Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 20 Januari 2009

9:04:00 PG

Zarith Syuhada

Malam yang indah. Langit yang ditaburi bintang-bintang berkerlipan di angkasa raya memagari bulan yang begitu sempurna bentuknya malam ini. Tidak berkilauan namun penuh seri cahaya yang mengasyikkan. Dipandang dari bumi yang aman damai ini. Namun begitu keindahan pada malam ini tidak mampu mengurangkan resah gelisah yang menghuni hati Zarith Syuhada. Sudah berpuluh kali panggilan dibuat ke atas nombor yang sama. Tetap membisu, tidak terjawab. Hanya irama Lagu Kita sahaja yang cuba menghiburkan hatinya. Itu pun tidak memadaii selagi tuan punya tidak mahu mengangkatnya. Apa salahnya pada kali ini. Sampai begini layanan yang diberikan. Jika tidak suka katakanlah. Jangan menyeksa dia begini. Menyeksa jiwa dan menyeksa hatinya.
Zarith Syuhada cuba menahan sebak di dadanya. Cuba menahan sakit di hati yang terasa menyerap seluruh sisa-sisa semangat yang ada dalam dirinya ini. Calar yang tercalar di hati tidak mampu di tanggung lagi. Ia telah menjadi luka yang panjang di dalam hatinya. Buat sekian kali dia mencuba lagi mendail nombor yang telah tersimpan sekian lama di dalam handset itu. Juga ia tersimpan kemas di dalam memori fikirannya. Nombor telefon insane kesayangan sudah tentu akan tersimpan kukuh biarpun nombor tersebut tidak pernah dihafalnya. Dan buat sekian kalinya juga, talian tetap tidak bersambut. Dari jendela bilik, Zarith Syuhada berpaling dan berjalan menuju ke arah katil. Menghempaskan dirinya di situ. Di campakkan handset ke sisinya. Tak guna. Mana perginya mamat ini. Ketika di pejabat tadi bukan main berjanji untuk keluar makan bersama. Namun kini sepi. Membuatkan dia tertunggu-tunggu . kenapa?. Jika tidak ingin keluar bersama pun. beritahulah awal-awal. Jangan biarkan dia seperti orang bodoh tertunggu tunggu dalam gelisah.
Zarith Syuhada memandang kosong syiling putih di dalam biliknya. Kipas yang berpusing ligat tidak mampu menyejukkan hatinya yang sedang kepanasan. Dalam tak sedar. Air mata Zarith Syuhada mengalir membasahi pipi mulusnya. Dia berdialog sendirian. Kenapa Suffian melayan dia sebegini rupa. Apa salahnya. Telah banyak dia korbankan untuk memenangi hati lelaki itu. tidak cukupkah kasih sayang yang dia hulurkan selama ini. Zarith Syuhada masih lagi teringat pertemuan pertama mereka. Pertemuan pertama yang boleh dikatakan mengundang cinta pandang pertamanya pada lelaki itu. pada ketika itu, Zarith Syuhada merupakan staff baru di bahagian sumber manusia di Kilang Kereta Toyota di Shah Alam. Dia masih lagi belum memahami selok belok kilang tersebut sehinggalah dia tersesat. Sebenarnya pada ketika itu, dia diarahkan supaya menyerahkan dokumen ke bahagian Quality Management dan tanpa berlengah lagi dia terus keluar untuk ke bahagian tersebut padahal dia terlupa malahan sebenarnya keliru dengan kawasan kilang itu lagi. Tersesat kebahagiaan lain sehinggalah Suffian yang kebetulan perasaan kehadirannya yang seperti rusa masuk kampong terus menegurnya. Setelah diterangkan tujuan dan tempat yang dicari, Suffian bermurah hati menunjukkan tempat tersebut. Dalam perjalanan ke sana, Zarith Syuhada sempat menganalisa lelaki itu. dalam tidak sedar, sesuatu telah berbunga di dalam hatinya.
Sejak hari itu, Zarith Syuhada seakan mencari peluang untuk mendekati lelaki tersebut. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Bahagia hidupnya di samping Suffian. Boleh dikatakan setiap hari mereka bersama. Memandangkan mereka satu tempat kerja. Jika tidak bersarapan bersama, tentu lunch mereka dapat meluangkan masa. Ataupun selepas waktu kerja. Sungguh indah dan mengasyikkan. Bukan Zarith tidak pernah jatuh cinta sebelum ini. Rasa cinta yang dirasa sebelum ini amat berbeza. Dulu mungkin cinta monyet. Tapi kini dia merasakan dia telah betul-betul menemui cinta sejatinya. Cinta yang akan menemani hidupnya hingga ke akhir hayat. Hinggalah kepada kejadian sebulan yang lepas. Di mana Suffian meminta dia membuktikan cinta yang tak berbelah bagi padanya dengan menyerahkan kehormatan dirinya. Zarith Syuhada terkejut. Betul-betul terkejut dengan permintaan lelaki yang dia sayanginya itu. masih diingati betapa marahnya Suffian apabila permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Zarith Syuhada. Bukan dia tidak sudi. Tetapi bukan ini caranya. Zarith Syuhada tetap dengan pendiriannya. Dia hanya akan menyerahkan hak itu pada malam pertama nanti. Dia juga meminta Suffian menemui kedua ibubapanya dan membincangkan hal mereka berdua. Tetapi bermacam-macam alas an yang Suffian cipta. Zarith Syuhada betul-betul tidak memahami apa yang dikehendaki oleh Suffian sebenarnya. Sejak kejadian malam itu, Suffian terus dingin. Tiada lagi perhatian yang diberikan. Seolah-olah mereka tidak pernah mempunyai hubungan istimewa. Zarith Syuhada terasa dengan kelakuan Suffian itu. salahkah dia mempertahankan maruah diri. Jika diikutkan nafsu dan perasaannya, sudah lama dia menyerah diri pada lelaki yang dicintainya ini. Namun dia dan Suffian adalah orang melayu yang juga beragama islam. Ada adat dan budaya yang perlu dihormati. Ada pegangan agama yang melaknati hubungan yang diluar batasan. Dalam sedih dan kecewa, tidak terselit pun rasa kesal membaluti hatinya. Dia seorang yang berpendirian. Dan itulah yang dipegang sejak sekian lama. Didikan kedua ibu bapanya tetap terpahat kukuh di hatinya. Maruah keluarga tetap disanjungi biarpun dia jauh dari keluarganya.
Tok..tok.. Zarith Syuhada tersedar dari lamunannya. Najiha menguak pintu bilik Zarith Syuhada.
“kau buat apa berkurung dalam bilik ni?” Tanya Najiha sambil melabuhkan punggung di sisi Zarith Syuhada. Diperhatikan wajah sendu itu. ada terukir kesedihan biarpun Zarith Syuhada mengukir senyuman padanya. Zarith Syuhada mengesot ke kepala katil. Menyandarkan tubuhnya di situ. Pandangan kosong sehingga menembusi Najiha yang sedang memperhatikan gerak gerinya. Najiha menepuk perlahan paha Zarith Syuhada. Dia terkejut. Segaris senyuman dihadiahkan pada teman serumahnya itu.
“hei..termenung lagi?? Apa kena kau nie sejak kebelakangan ini? monyok jerrr. Macam orang mati laki lak?”
“tak ada apa-apalah”.dalih Zarith Syuhada cuba untuk menutup kesuraman yang terpapar di wajahnya itu.
“tak ada apa-apa kata kau? Biasanya bukan main lagi senyum. Nie aku tengok dalam seminggu ini asyik berkurung dalam bilik jer lepas balik kerja. Biasanya kau rajin masuk dapur masak. Ini terbalik pula, tue sofea yang pemalas yang tunjuk terror kat dapur sekarang ini”.
“hahahaha..aku bagi peluang kat dia tunjuk bakat memasak dia tue. Selama ini makan masakan air tangan aku. Nanti korang jemu gak. Kasi can lah kat Sofea lak. Lagipun memang patut dia merajinkan diri ke dapur tue”.
“dia masak apa? Aku laparlah”
“haaaa..nak lari dari soalan aku tadilah tue? Kau ada masalah ker?”
“mana ada. Aku okeylah”. Jawab Zarith Syuhada sambil tersenyum.
“kalau ada sebarang masalah, kau jangan pendam sorang-sorang. Ceritalah kat aku yer?”.
“kita dah lama kenal, takkan kau tak percaya kat aku pula”.
“iyalah-iyalah Cik Puan Hariz”.
“ishhh kau nie, kalau tak sebut nama tu tak boleh ker?”
Zarith Syuhada tersengih-sengih melihat cebikan Najiha itu. dia tahu Najiha tidak setuju dengan aturan keluarga yang menjodohkan dia dengan Hariz. Dalam terpaksa dia terima Hariz sebagai tunang. Perasaan sayang belum lagi tumbuh subur di hati walaupun Hariz kelihatan bersungguh-sungguh menanam benih cinta di hati Najiha. Tapi bukan semudah itu. parut yang ditinggalkan oleh Hariz sendiri 3 tahun lalu masih lagi merah. Masih lagi belum sembuh. Dan kini tanpa sebarang isyarat, hariz menghantar rombongan merisik seterusnya mereka bertunang. Namun Zarith Syuhada tahu, dalam keras ada lembutnya hati Najiha. Dia sebenarnya membalas semula perbuatan yang dilakukan oleh Hariz terhadapnya dulu. Dan cinta untuk Hariz masih lagi tersemat kukuh di hati Najiha. Katanya biarlah Hariz tahu betapa sakitnya hati dilayan sebegitu. Sama seperti yang pernah Hariz lakukan padanya dulu. Bila dah kahwin barulah aku laksanakan tanggungjawab dan memberikan kasih sayang selayaknya sebagai seorang isteri. Itulah pendirian Najiha kini. Dia tidak mahu diperkotak katikkan lagi oleh lelaki yang bernama Hariz ini.
“JOmlah kita keluar. Perut aku dah menyanyi lagu dangdut dah nie”. Zarith Syuhada menarik tangan Najiha.
“Minah senget yang sorang lagi mana?” soal Zarith Syuhada.
“Aik, kenapa kau Tanya aku pula? Itukan bestfriend kau, takkanlah dia tak cakap kat kau dia nak pergi mana”. Perli Najiha. Kadang-kadang dia merasa cemburu melihat keakraban Zarith dengan Syakira itu. namun dipendamkan jauh di sudut hati. Tidak mahu melayan hasutan syaitan yang menghembus angin hasad dengki di hatinya. Biarlah, Syakira juga kawannya, biarpun dia dan Zarith Syuhada kenal lebih lama dari Syakira. Sebenarnya Najiha dan Zarith Syuhada satu sekolah dahulu. Dan kini mereka tetap bersama. Syakira pula mereka kenal ketika mengikuti latihan kemahiran dan praktikal lepasan diploma selepas mereka menamatkan pengajian dulu. Dan persahabatan itu kekal hingga kini walaupun dia kurang berkenan dengan Syakira yang disifatkan manusia dua alam. Bukan apa, Syakira ada kalanya memakai tudung adakalanya tidak memakai tudung. Bukankah itu dua alam namanya. Sekejap seperti perempuan muslimah terakhir. Sekejap seperti perempuan melayu penggoda terakhir. Dan dia sendiri hairan dengan sikap Zarith Syuhada yang terlalu baik dengan Syakira. Sampai kerja pun Zarith Syuhada yang tolong rekomenkan di Toyota itu. satu tempat kerja dengan Zarith sendiri tetapi berlainan department. Janganlah menggoda teman Lelaki Zarith Syuhada sudahlah.
Bukan apa dari cara Syakira itu, Najiha dapat rasakan Syakira bukanlah seorang yang baik sangat. Dan baik Syakira itu bersebab. Dia akan berbuat baik pada orang yang member manfaat padanya. Seperti sekarang inilah. Baiknya dia pada Zarith Syuhada kerana Zarith banyak membantu Syakira itu. Najiha tersenyum melihat Zarith Syuhada dengan penuh perhatian menikmati makanan tersebut. Memang tak syak lagi, Zarith Syuhada memang menghadapi masalah tetapi siapalah dirinya hendak memaksa Zarith meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Mungkin dia telah meluahkan pada Syakira.
Sedang mereka asyik menjamu selera, kedengaran pintu dibuka dari luar. terpancul Syakira dari luar dengan membawa sejambak bunga Rose.
“wah bertuahnya orang tu mala mini, ada orang hadiahkan bunga”.
Syakira tersengih-sengih seperti monyet mendapat bunga. Memang sebijik. Nampak seperti dia serbasalah.
“siapa yang kasi bunga kat kau ni? Bertuahnya badan. Hariz pun tak adalah seromantik ini. Kasi-kasi bunga nie.” Kata Najiha teruja. Dia mengerling Zarith Syuhada, ada kelainan di wajah temannya itu.
“iyalah, siapa erk? Bak sini aku nak tengok”. Kata Zarith Syuhada sambil bangun berjalan menuju kea rah Syakira. Syakira kelihatan serbasalah.
“eh sebenarnya bunga ini, Pian kasi kat kau. Aku tolong bawakan aje. Kau amiklah”. Kata Syakira teragak-agak.
“Iya? Suffian ada kat bawah ke sekarang nie?”. Tanya Zarith Syuhada teruja. Dia mengambil jambangan bunga dari Syakira dan mencium haruman yang terbit daripada rose itu.
“errrrr…dia dah balik. Katanya nak cepat tadi”. Bagitahu Syakira cepat-cepat apabila dia melihat Zarith Syuhada menuju ke arah pintu.
“Hmmm”. Keluh Zarith Syuhada lemah mematikan langkahnya itu. dia kemudiannya terperasan sekeping kad terselit di sebalik jambangan bunga itu.
Kira sayang..
Semoga mimpikan I malam ini.
Thanks for wonderful night tonight.
From,
Your Love
Suffian

Zarith Syuhada terkaku seketika. Sampai hati. Inikah balasan yang diterima di atas kebaikannya selama ini. Kawan baiknya sendiri yang merampas teman lelakinya. Inikah yang dikatakan ingin menolong memperbaiki hubungan dia dengan Suffian. Pedih dengan kebenaran yang sama sekali tidak diduga. Patutlah sejak dia meluahkan perasaan sedih dan setelah diberikan nombor telefon Suffian kepada Syakira, Syakira dingin terhadap nya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Tak guna punya kawan.
“oooo aku punya? Nah amik kau!!!”. Zarith terus melemparkan bunga tersebut kepada Syakira. Terkena mukanya. Kelu Syakira seketika. Sedetik perasaan sesal merajai hatinya. Namun dia tidak salah jika Suffian berpaling kasih padanya. Lagipun dia juga menyukai Suffian dalam diam setelah mendengar cerita tentang Suffian daripada Zarith Syuhada sendiri.
Zarith Syuhada berlari masuk ke bilik. Najiha terpinga-pinga menonton drama sebabak itu. dia tersenyum sinis sambil berlalu menuju ke arah biliknya. Biarlah Zarith Syuhada tenang dahulu sebelum dia memujuk.Syakira tanpa sedikit pun riak bersalah bersahaja mengambil jambangan bunga lalu menuju ke biliknya. Dia tersenyum sinis. Hati Suffian miliknya kini. Dulu dia selalu cemburu dan irihati dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Zarith Syuhada. Dia selalu merasa sesal kenapa dia tidak dipertemukan lebih awal dari Zarith Syuhada. Kini dia boleh berlapang dada. Suffian telah menjadi miliknya.
Di dalam bilik, Zarith Syuhada menangis bersungguh-sungguh. Habis basah bantal dek air jernih yang tidak berhenti-henti mengalir itu. apa salahnya? Begini sekali dugaan yang menimpa. Dia tak pernah mengharapkan balasan dari budi yang dihulurkan. Dan dia juga tidak mengharapkan hati dilukai oleh kawan yang dianggap teman baiknya. Jika Suffian ingin putus dengan janganlah tergantung seperti ini. Tanpa kata putus dan diketahui pula, pengganti dia adalah kawan baiknya sendiri. Dia sendiri tidak menyangka. Syakira talam dua muka. Kata ingin bersemuka dengan Suffian untuk bertanyakan apa masalah antara mereka berdua. Tapi lain dibuatnya. Menggoda Suffian. Tidak dinafikan, Syakira lebih cantik dan lawa. Berbanding dirinya yang hitam manis. Syakira pula berkulit putih kemerahan dan tinggi langsing. Dia pula rendah dan kecil molek. Zarith mengutuk diri sendiri yang terlampau mempercayai kawan sendiri natijahnya dia dikhianati. Dan dalam tangisan Zarith Syuhada terus hanyut, terlena.
Semalam yang berlalu bagaikan tidak pernah terjadi perkara yang menyakitkan. Syakira tetap bersikap selamba dia. Dan Zarith Syuhada juga selamba. Biarpun perkara yang berlaku itu telah meragut sebahagian kebahagiaan hatinya. Syakira kini tanpa rasa malu terus keluar berdating dengan Suffian secara terangan. Sikitpun tidak memikirkan perasaan orang lain. Dia juga tanpa perasaan menceritakan kebahagiaan yang dilalui kini. Najiha naik mual mendengar kisah cinta terhangat Syakira itu. Zarith pula bagaikan orang yang tiada perasaan.
Tiga bulan berlalu. Rutin hidup mereka seperti biasa. Zarith Syuhada dan Syakira seperti biasa pergi kerja bersama-sama. Kadang kala sahaja mereka tidak pergi bersama apabila Suffian datang mengambil Syakira. Walaupun begitu hubungan erat mereka bukan seperti dulu lagi. Zarith Syuhada lebih berhati-hati kini. Bagaikan serik dengan apa yang berlaku.
“Zarith, cuti tahun baru cina ini kau nak balik tak? Lama cuti ni termasuk sabtu ahad, 4 harilah kita cuti nanti.”
“aku memang bercadang nak balik pun. jom kita tumpang budak opis aku, diorang pun nak balik kampong. Hari tu dia dah pelawa aku. Tapi aku seganlah. Kau ada oklah. Tak segan sangat”.
“iya? Huh jimatlah duit tambang sikit. Nama apa kawan opis kau tu?”.
“Nazri. Kalau macam tu. Nanti aku confirm dengan dia yer”.
“Nazri? Yang ada hati kat kau tue?”. Tanya Najiha terangkat sebelah keningnya. Tidak menduga nama itu yang keluar dari bibir Zarith Syuhada.
“Isyyy kau ni, dia member akulah. Bila masa pula dia ada hati kat aku nya?” sangkal Zarith Syuhada.
Najiha Cuma tersenyum. Teringat kembali ketika mereka keluar beramai-ramai dulu. Terang-terangan Nazri menunjukkan minat terhadap Zarith Syuhada. Namun tidak dilayan sementelah Zarith Syuhada ketika itu bersama Suffian. Dan kini Zarith Syuhada telah kembali keseorangan. Zarith Syuhada mungkin tidak perasaan selama ini. Ada seseorang sedang menantinya. Najiha teringat lagi kata-kata Nazri ketika mereka makan bersama-sama dulu.
“permainan jodoh tiada siapa pun yang tahu. Kita tengoklah nanti. Aku yakin wanita yang ditakdirkan untuk aku berada di sisi aku sekarang. Cuma dia yang tidak pernah merasai kewujudan aku selama ini. Kita tengoklah nanti. Kekasih belum tentu akan jadi suami isteri. Dan kawan tidak semestinya akan menjadi kawan buat selamanya. Mungkin akan bertukar status menjadi suami isteri juga”. Ungkap Nazri sambil melirik kepada Zarith Syuhada. Ketika itu Zarith Syuhada memang tidak memahami bahasa kiasan itu. hanya Najiha sahaja yang mengerti. Najiha tersenyum.
“apasal kau tersenyum sorang-sorang ni?”. Soal Zarith Syuhada pelik.
“ntah-ntah kau yang naik pelamin dulu kot?”.
“isyyyy mengarutlah kau nie. Aku pakwe pun tak da. Nikan pula nak nikah. Naik pelamin.”. Zarith Syuhada mencebik.
“kau tak tahu, tapi aku tahu, hahahaha……”. Najiha ketawa penuh misteri.
Hari yang ditunggu pun tiba. Mereka berempat menaiki kereta iswara aerobak milik Nazri meluncur laju membelah keheningan pagi menuju kea rah timur semenanjung Malaysia. Mereka bertolak seawal 7 pagi. Mungkin akan sampai ke kampong dalam lebih kurang pukul 2 nanti. Di awal perjalanan riuh rendah suara mereka bertingkah berbual dengan pelbagai topic. Sesekali Najiha perasaan Nazri melirik kea rah Zarith Syuhada. Dia tersenyum dalam. Sempat lagi dia mengusik Nazri dengan kiasan. Hanya dia dengan Nazri sahaja yang megerti.
Mereka kemudiannya singgah di rumah Nazri terlebih dahulu sebelum Nazri menghantar ke rumah masing-masing. Di rumah Nazri, mereka dilayan begitu mesra oleh ahli keluarga Nazri. Zarith Syuhada merasakan begitu dekat dengan keluarga Nazri itu. Dua jam berada di rumah Nazri cukup untuk membina kemesraan di antara Zarith Syuhada dengan keluarga Nazri. Namun berlainan pula apabila tiba dirumah Zarith Syuhada.
“Kau balik dengan lelaki mana ni? Mentang-mentanglah tinggal di KL sana, dah pandai bergatal dengan lelaki. Tak boleh jadi nie”.
“KAu apa nama kau hah?”. Jerkah Ayah Zarith Syuhada kepada Nazri. Kecut perut mendengar sengahan yang kuat itu.
“Saya Nazri, kawan satu opis dengan Zarith”. Jawab Nazri teragak-agak.
“Kau suka kat anak aku ni”. Terus Pak Bakar bertanya kepada Nazri.
“Ayah!!!”.
Terkejut Zarith Syuhada mendengar soalan ayahnya itu. tak masuk dek akal langsung. Selama ini ayahnya tidak pernah berkelakuan seperti itu. tidak pernah mempersoalkan kawan lelaki yang berkunjung ke rumahnya selama ini. Takkanlah sekarang ini tidak boleh pula.
“Suka pak cik”. Jawab Nazri yakin.
Zarith Syuhada terkejut. Tidak disangka dengan jawapan yang terkeluar dari bibir Nazri. Bulat matanya memandang Nazri. Sedangkan dia tiada sekelumit pun perasaan terhadap Nazri
“Bagus, esok kau bawak mak ayah kau datang sini. Kita buat secara beradat. Aku tidak suka anak aku ke hulu ke hilir dengan lelaki tanpa ikatan. Faham!!!!”. Sergah Pak Bakar lagi. Semua yang berada di situ terpinga-pinga mendengar apa yang telah diucapkan oleh Pak bakar.
“Mana boleh!! Zarith tak ada perasaan pun kat dia ayah. Mami tolonglah”. Rayu Zarith Syuhada. Merah matanya dengan keputusan ayahnya itu.
“habis tue, bolehlah kau ke hulu ke hilir dengan lelaki tanpa ikatan? Elok ker perbuatan itu. sebelum benda tak baik berlaku. Baik kau kahwin. Baru aku boleh hidup aman. Tak risaukan kau yang entah macam mana hidup kat sana. Nanti adalah orang dapat jaga kau nanti.”
“tapi zarith tak cintakan dia”
“cinta dan kasih sayang akan hadir selepas kahwin nanti. Lagipun ayah dengan mami pun kahwin tanpa cinta. Bahagia juga”.
“Tapi…mami..” Zarith syuhada telah teresak-esak kini. Mami tidak mampu berkata apa-apa. Dia tahu apabila suaminya telah memberi kata putus tiada siapa yang dapat menukar fikirannya. Lagipun ada baiknya juga. Adalah orang yang dapat menjaga anaknya di Kuala Lumpur nanti. Nazri pun kelihatan seperti seorang lelaki yang bertanggungjawab.
“ingat bawak mak ayah kau ke sini esok”. Peringat Pak Bakar kepada nazri sebelum berlalu ke biliknya.
Dengan sekelip mata, dalam masa 4 hari, status Zarith Syuhada telah berubah menjadi tunangan orang. 4 bulan akan datang dia akan berkahwin dengan Nazri. Yang selama ini tidak terlintas pun difikiran. Namun siapalah dia untuk menolak jodoh yang tersurat sejak Azali lagi. Zarith Syuhada cuba menerima Nazri seadanya. Mungkin inilah yang terbaik untuknya. Setelah dikecewakan oleh Suffian dan dikhianati oleh Syakira. Sedikit demi sedikit, perjalanan masa telah mengubah perasaan Zarith Syuhada. Dalam diam dia mula menyayangi Nazri sebagai teman hidupnya nanti. Alangkah indahnya perasaan ini andai dipupuk dalam ikatan yang sah di sisi agama. Dan masinlah mulut Najiha tentang apa yang diperkatakannya tempoh hari.
Syakira telah menerima pembalasan yang setimpa dengan perbuatan yang dilakukannya. Syakira dengan Suffian telah mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang bersuka ria di taman permainan Genting Highland. Mereka berdua telah mengalami cedera parah. Namun Allah masih lagi menyayangi mereka. Diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini untuk menginsafi dan memperbetulkan kesilapan mereka.

Selasa, 6 Januari 2009

4:18:00 PTG

tak kesampaian

“Hoi…berangan tak abis-abis”
“Syah kirim salam kat kau” Ujar Saerah sambil menghempaskan punggungnya di bangku bersebelahan dengan Amni. Puh penat betul berjalan di bawh matahari yang begitu terik memancar ini. Dia kemudiannya mengambil sehelai kertas A4 dan mengibas dirinya yang kepanasan.
“Woit, habislah nota aku tue, sukati dia jer guna buat kipas dengan kertas aku ini” . Kata Amni sambil merampas kembali kertas A4 yang mengandungi nota untuk subjek Auditing part 2.
“Eh kenapa kau boleh sesat sampai ke sini ni, bukan ker fakulti kau jauh nun di sana dan bagaimana pula kau boleh tahu aku ada kat sini?” Soal Amni panjang lebar.
“ini semua kau punya pasallah, aku terpaksa menapak kat sini. Tadi tue aku berselisih dengan member kau dan dia yang memberitahu aku kau ada kat sini”.
“Ooooo..kenapa pula kau kata sebab aku kau terpaksa menapak kat sini. Rasanya aku tak lak panggil kau dating dan dah lebih 2 minggu kita tak berhubungkan?’ soal Amni pelik bila mana Saerah menyatakan kerana dialah dia terpaksa menapak ke fakulti Ekonomi dan pengurusan ini. Jika hendak dibandingkan jarak antara Fakulti Bahasa dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ini memang agak jauh dan terpaksa menaiki bas barulah boleh sampai. Itu pun kena buat satu pusingan dulu memandangkan system bas di UPM ini tidak ada jalan shortcut.
Amni terus memandang Saerah dengan muka yang maha pelik. Memang 2 minggu itu dikira agak lama mereka tidak berjumpa mahu pun berhubung melalui telefon memandangkan mereka semua agak sibuk dengan Mid Sem Test.
“Kot iya pun bagilah aku hilangkan semput ni dan jangan pandang aku dengan pandangan pelik macam ini.” Sergah Saerah sambil menampar perlahan bahu Amni.
“Sakitlah,biarpun tangan kau tue kecik jer tapi berbisa tau”. Kata Amni sambil mengusap bahunya yang terasa sedikit sengal akibat tamparan Saerah tadi.
Saerah menarik nafas perlahan sambil cuba mendapatkan kembali tenaga yang telah digunakan ketika berjalan ke sini tadi. Sebenarnya jika bukan disebabkan gesaan si Akasyah Luqman tadi, jangan haraplah dia mahu bersusah payah datang mencari Amni di sini.
“Syah kirim salam kat kau” ujar Saerah perlahan sambil melihat reaksi Amni.
“Waalaikumussalam” perlahan sahaja bunyinya.
“Kenapa kau tak terima dia?, kau dah ada pak we lain ker?”terus direct Saerah bertanya.
“Eh mana ada dan bila masa pula aku tak terima dia. Diakan sahabat aku sejak zaman sekolah rendah lagi”.
“dah tue bila dia ajak kau keluar tak nak, telefon pun jarang sangat bersambutnya” terus dihujani persoalan yang dipersoalkan oleh Akasyah Luqman tadi. Dah penat dah dia mempertahankan Amni ni. Namun tengok dari segi sikap Amni sekarang ini hambar sahaja sambutannya, memberikan dia satu kesimpulan bahawa Amni tidak berminat kepada kepada Akasyah Luqman.
Namun berlainan pula dengan pemikiran Amni Nabila ini. Bukan dia menolak jauh sekali tidak menghargai huluran kasih oleh Akasyah Luqman itu. Tetapi keadaan dan masa tidak mengizinkan dan dia sememangnya tidak mahu terburu-buru dari menerima sesiapapun dalam hidupnya buat masa sekarang. Baginya…cinta seharusnya hadir sekali sahaja seumur hidup. Bukan berkali-kali hati ini diserahkan. Dia tidak mahu menjadi seperti kawan-kawan yang lain begitu mudah untuk jatuh cinta, begitu mudah menerima seseorang dalam hidup dan begitu mudah untuk memutuskan perhubungan andai rasa tida keserasian di dalam perhubungan itu atau telah jatuh hati pada orang lain. Begitu rapuhnya perasaan itu.
Amni mahukan kesempurnaan dalam soal cinta ini. Biarlah cinta yang hadir itu terus subur di dalam hatinya. Mengharum sepanjang hayat kehidupan ini. Mengecapi kemanisan madu bunga cinta yang mekar di taman hati dengan penuh kebahagiaan dan kesucian cinta yang bersatu dalam satu ikatan yang diredhai serta mengikut lunas-lunas agama. Itulah cinta yang dia mahu. Bukan seperti ini cinta yang berlandaskan nafsu remaja.. cinta yang hanya mekar seketika dan pudar ditelan arus masa. Ketika ini cinta yang ingin di dambakan oleh Amni ialah cinta pada ilmu dan cinta pada kejayaan. Bukan sebarangan cinta seperti itu. Biarlah masa yang menentukan cinta Akasyah Luqman itu cinta sejati atau pun cinta nafsu sahaja.
“Hei..berangan plak kau nie, penatlah aku membebel kau dengar ker tak nie?” Jerkah Saerah lagi.
“Dengar..tapi aku tak faham apa yang kau bebelkan ni. Yang aku faham syah itu..syah ini.” Balas Amni sambil ketawa.
“tulah kau, hati kayu, batu betullah.. Akasyah Luqman yang hensem tue kau tak nak, apa lagi yang kau nak sebenaqrnya hah?
“nak kata kau tak kenal dia, kau satu sekolah masa sekolah rendah dulu then sekelas pula tue, apa lagi yang tak beresnya. Kau dah lebih dari kenallah kan?”.
“Sebab aku kenal dia sejak sekolah rendah lagilah aku tak berapa boleh nak terima dia, tak ngan..aku masih ingat dulu dia selalu sangat kacau aku, buat aku marah sampai naik menyampah kau tau tak? Lepas tue pula mulut dia tue bukan main laser lagi..telinga dia dari dulu lagi jadi mangsa aku. Tau tak”. Jelas Amni panjang lebar.
“tapi itu kan zaman budak-budak. Zaman yang dah berzaman berlalu. Biasalah time budak-budak mestilah nakal. Kau pun apa kurang jugakkan?”
“sudah-sudahlah tue..kau terima ajer laa si Syah tue, bukannya rugi apa, hensem lagi. Kalau kau nak ke mana-mana senang jer, adalah orang tolong bawa dan temankan. Tak adalah kau jalan sorang-sorang lagi.”
Amni mencebik. Alasan lapuk dan tak boleh dipakai langsung. Adakah kerana sebab itu sahaja dia patut terima Syah begitu sahaja. Yang si Saerah sibuk-sibuk nak paksa aku terima Syah ni kenapa, macam mak nenek dia nie, mak aku pun tak de laaa main paksa macam ni, malah tak peduli pun. Gumam Amni di dalam hati.
“Wahai sayangku Saerah yang comel lote, tentang hati dan perasaan ini tak boleh dipaksa tau. Aku tak pernah benci dia malah aku anggap dia salah seorang dari sahabat aku yang seberapa orang ini. Jika takdir dia adalah untukku maka aku dengan rela hati menerima dia sebagai suamiku. Tetapi buat masa sekarang aku tak ingin terikat dengan sesiapa pun. Memng aku akui dia amat baik tapi now tugas aku adalah study dan jika dia nak juga kat aku lepas study..dah dapat keje bagus, dah stabil. Masuklah meminang aku, ok”
Saerah terdiam mendengar luahan dari Amni Nabila itu, biarpun perlahan tetapi amat tegas kedengaran di telinganya. Dia mengeluh, susah betul jadi orang tengah ini.
“eh kenapa kau pula yang bersusah payah seperti ini, kan senang biar dia sahaja berhadapan dengan aku. Lepas ini apa-apa hal biar Syah sendiri yang cakap ngan aku yer”.
“dahlah.. aku ada kelas ni. Jumpa lagi and kirim salam kat Syah tue erk.” Kata Amni sambil mengemaskan barang-barangnya untuk ke kelas.
*****************************************************
Kenapa susah sangat untuk menakluki hati Amni Nabila ini. Apa kurangnya aku dam mamat yang tak berapa hensem kat foodcourt KTP tadi. Monolog Akasyah Luqman lagi. Berbulu matanya melihat gelagat Amni dengan seorang lelaki ketika sedang makan di sana. Siap berkongsi sekeping kek lagi. Dengan aku bukan main susah lagi. Nak keluar pun macam-macam alasan yang diberikan. Apatah lagi nak berkongsi makan mesra-mesra macam tue. Tak malu langsung. Kononnya tak ingin bercintalah.. dia mengimbau kembali peristiwa sebentar tadi.
Ketika dia sedang menjamu selera, tetiba matanya terfokus kepada sepasang pasangan yang baru sampai. Si gadis yang amat familiar di matanya dan selalu mengganggu lenanya. Bukan main mesra lagi. Berbonceng dengan entah sesiapa. Dasar perempuan gatal. Sumpah hatinya. Apabila dia terperasan Amni menyedari kehadirannya di situ, dia berlagak seperti biasa dan pasangan tersebut berlabuh di meja sebelahnya. Dengan ekor mata dia terus memerhatikan kelakuan pasangan sejoli itu. Dapat didengari kata-kata yang terbit dari mulut ke dua orang tersebut. Setelah lelaki tadi pergi membuat pesanan. Dia melihat Amni memandang kea rah namun dia tetap berpura-pura tidak perasaan akan kehadiran meraka.
Yang paling membuat hatinya digeletek cemburu apabila bila mana hanya sekeping kek sahaja yang dipesan dengan dua gelas minuman. Nasib baik tak berkongsi minuman kalau tak adalah kes amuk terpampang di akhbar keesokkan harinya.
Akasyah Luqman berkalih baring lagi. Hatinya betul-betul penasaran. Tidak boleh jadi ini. Esok juga aku harus bersemuka dengan Amni biarpun telah dijelaskan pendirian Amni oleh Saerah beberapa hari yang lalu.
Dengan penuh semangat, Akasyah melangkah menuju kea rah Amni yang sedang bersantai itu.
“hai..Assamualaikum..”
“Waalaikumussalam..dah lama tunggu?”
“tak juga, kenapa nak jumpa aku ini? Semalam bukan main sombong lagi, aku depan mata pun buat-buat tak Nampak.” Bidas Amni terus.
“dah kau sibuk berkasihan tue, malas aku nak kacau. Nantikan ada yang makan penumpuk sulung aku lak” ujar syah dengan nada cemburu.
Amni ketawa dan terus ketawa..kelakar betul mamat sorang ini. Nak cemburu buta tu apasal laaa. Nie belum lagi aku terima sebagai pak we aku. Nasib baik aku tak mudah tergoda. Nampak saja hensem tapi perangai tak hensem langsung.
“Kenapa? Kau cemburu ker..hahahaha”.
“ye aku jeles..dengan aku semua tak boleh, nak cuit-cuit, nak manja-manja skit pun tak boleh, baru jer orang nak pegang tangan dah lagi sebatu jauhnya. Dengan mamat yang muka macam kuali tu boleh pula ko bermesra. Pak we kau ker tue”. Sindir syah lagi. Siap dengan mimic muka yang menggambarkan perasaannya ketika ini.
Amni mendengus geram. Geram dengan kata-kata kurang ajar yang terbit dari mulut lelaki di hadapannya ini. Mulut busuk tak setanding dengan rupa langsung. Tak reti berfikir langsung. Ini ker lelaki yang mahu jadi pak we aku. Perangai setan masa kecil masih lagi terbawa-bawa sampai sekarang. Sekarang hatinya tertutup terus. Tiada lagi ruang yang layak untuk dipertimbangkan.
Amni menyedut nafasnya panjang-panjang. Seolah-olah cuba untuk meredakan ketegangan yang wujud dalam hati sebelum berkata
“for ur information, mamat yang macam kuali itu adalah bapa saudara aku, kitorang memang sebaya. Dia dah macam abang aku sendiri bukan hanya bapa saudara sahaja. We are very closed. Kalau kau tidak berburuk sangka dan mahu bertegur sapa semalam mungkin aku boleh pertimbangkan kau sebagai pak we aku. Dan memperkenalkan korang berdua. Jika kau lulus dengan dia semalam tentu sahaja aku terima kau. Ini tidak, buat macam tak kenal, cemburu membuta, sukahati maki hamun orang tanpa usul periksa. Dan untuk menyedarkan kau lagi, sengaja aku bawak dia makan kat situ. Semalam birthday aku, tentu sahaja pak su aku belanja makan kek tapi aku bukannya jenis suka makan kek sebab itulah kami berkongsi”.
“sebenarnya aku nak uji kau dan ternyata kau tetap perangai macam budak-budak. Tetap seperti masa kecik dulu. Aku suka kau dari kita kawan masa sekolah rendah dulu. Ingatkan perasaan itu hanyalah perasaan ketika kecil sahaja. Namun ternyata ia terbawa-bawa hingga kini. Oleh kerana aku telah dengar kata-kata kau tadi. Terus aku reject. Aku tak sangka perangai kau macam ini. Ini ker yang nak jadi pak we aku? Dan jawapannya TIDAK..KAU TAK LAYAK LANGSUNG. Mulai kau jangan cari aku lagi”. Ujar Amni seraya bangun untuk beredar.
“Amni tunggu jap”. Syah terus memegang lengan Amni. Tindak spontan.
Amni terus merentap tangannya.
“Apa kau nie, nak pegang-pegang orang. Kau tak de hak laaa nak pegang aku”. Marah Amni yang ternyata bengang dengan tindakan Akasyah Luqman yang spontan itu.
“bagi aku peluang Amni..please aku minta maaf.. tak sepatutnya aku cakap macam tue. Tapi aku terlalu cemburu tengok kau mesra sangat semalam” jelas Akasyah Luqman.
“Please…”
“Maaflah..aku tak dapat terima kau pun. Apatah lagi dengan sikap membabi buta kau tu..Sori..setakat ini jerlah persahabatan kita.” Ujar Amni sambil melangkah pergi.tanpa sempat dihalang oleh Akasyah Luqman lagi.
Dia amat menyesal kerana mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Sebetulnya patut diselidik dahulu siapakah lelaki itu yang sebenar. Yang pasti makin sukar untuk memikat hati Amni Nabila lagi. Yang selama ini sedingin dan beku. Namun dia tetap akan berusaha selagi Amni belum menjadi milik sesiapapun lagi.

Jumaat, 2 Januari 2009

3:59:00 PTG

Kak Long

“Abah..hari sabtu ni ada perjumpaan ibubapa dengan cikgu untuk pelajar tingkatan 3. Abah boleh pergi tak?”
Abah menggelengkan kepala sambil mengeluh.
“buat apa nak pergi sekolahnya? Tak ada faedah dan buang masa aku jer laaa” abah mendengus marah.
Memuncung mulut Kak Long dengan jawapan yang abah berikan. Abah memang tak sayangkan Kak Long. Kak Long malu dengan kawan-kawan yang lain. Tiapkali ada perjumpaaan ibu bapa guru, abah tidak pernah hadir. Selalunya kak long akan menitipkan keratan kehadiran ibubapa pada Ayah Yaya iaitu bapa saudara Kak Long, abang Ibu. Akan tetapi kali ini Cikgu Salbiah telah memberi amaran pada semua pelajar tingkatan 3 ibu bapa mesti hadir pada perjumpaan kali ini. Perjumpaan ini penting kerana cikgu akan memberitahu prestasi dan potensi pelajar mana yang dirasakan mampu memperoleh 9A dalam PMR nanti.
Kak Long menghentakkan kaki kuat-kuat tiapkali dia melangkah menuju ke biliknya. Menunjukkan protes di atas kedangkalan dan ketidakprihatinan abah itu. Apa salahnya abah pergi perjumpaan itu. Bukannya boleh mati pun. Bukannya kena bayar apa-apa. Abah selalu tak nak tahu prestasi pelajaran kak long. Abah selalu ketepikan hal pelajaran anaknya.
“Dummmmm” dengan sekuat hati kak long menghempaskan pintu bilik. Bergegar satu rumah. Rumah kampong yang separuh kayu,separuh batu itu. Tadi pun tika kak long berjalan menghentakkan kaki seperti hendak runtuh lantai rumah dibuatnya. Kak Long benar-benar memberontak.
Abah tak pernah peduli. Sejak kak Long memasuki sekolah tadika lagi. Abah tidak pernah pun berkeinginan untuk menghadiri perjumpaan para ibu bapa. Dulu hanya ibu sahaja yang hadir. Tetapi kini memandangkan kak long sudah tingkatan 3, dia ingin abah pula yang menghadiri perjumpaan tersebut. Kak long nak abah tahu, anak dia ini merupakan pelajar harapan sekolah untuk mendapat 9A dalam PMR nanti. Tetapi abah tetap buat tidak faham tentang hal itu.
Safira dan Amnah serta Zaiful hanya memandang menikus melihat kak long mengamuk. Tetiba sahaja mereka menjadi baik sesangat. Tidak membuat bising. Biasanya rumah bagaikan hendak runtuh dengan suara mereka sahaja. Sebatu dari rumah pun suara mereka masih boleh didengari. Tetapi pada petang ini, mereka tetiba menjadi budak baik. Bukan lagi tiga orang budak nakal yang selalu dimarahi oleh Kak Long.
Suasana yang sepi bagaikan memahami keresahan hati kak long. Di mana harus disorokkan muka ini. Perasaan yang tidak dimengertikan oleh abah sendiri. Kalau macam ini buat apa abah hantar kak long ke sekolah. Lepas itu tidak mahu mengambil peduli tentang pelajaran kak long. Lebih baik kak long jadi budak bodoh sahaja yang buta huruf. Yang tak pandai membaca dan mengira. Biar tempatnya hanyalah tersorok di penjuru dapur sahaja. Kak long bermonolog sendirian di atas katil sambil mengesat air mata dengan hujung sarung bantal. Kak long betul-betul sedih. Abah memang tidak sayang kak long lagi. Padahal sebelum ini kak long tak pernah mahu menyusahkan abah. Kak long faham keadaaan abah. Tapi kali ini cikgu Salbiah telah memberi amaran kepada sesiapa yang ibu bapa yang tidak hadir, mereka tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan. Mereka akan di denda kerana tidak memberitahu ibu bapa tentang perjumpaan ibu bapa ini. Kak long tahu sebab mengapa Cikgu Salbiah memberi ugutan seperti itu. Kerana ramai pelajar yang mengelat tidak memberi surat jemputan untuk perjumpaan ibu bapa ini. Tetapi itu pelajar yang memang tidak suka belajar. Pelajar yang tidak ingin ibubapa mereka tahu tentang prestasi pelajaran mereka. Kak Long bukan seperti itu. Kak long ada matlamat dan cita-cita sendiri dan kak long tiada kuasa untuk memaksa abah menghadiri perjumpaan itu. Cikgu Salbiah tidak adil langsung. Kak long telah berjumpa cikgu Salbiah dan memberitahu sebab musabah abah tidak dapat hadir. Tetapi langsung tidak diterima. Cikgu kata itu hanyalah alas an untuk tidak memberitahu ibu bapa tentang perjumpaan ini. Kak long buntu dan mati kata.
Jadi malam itu adalah kemuncak segala usaha kak long untuk memujuk abah. Hanya 3 hari lagi sebelum sampai hari sabtu. Dan sekali lagi kak long telah gagal. Gaya ala-ala manja telah digunakan. Gaya diplomasi pun sudah dicuba. Akhirnya dengan gaya merajuk dan memberontak pun tetap tidak jalan juga. Kerasnya hati abah.
Kak long merasa letih. Tidak bermaya. Abah langsung tidak melihat usaha kak long untuk terus maju dalam pelajarannya. Abah betul-betul berfikiran macam orang tua yang kolot. Orang kampong yang kolot. Yang tidak pentingkan pelajaran anak-anak. Bagi mereka cukuplah anak-anak pandai membaca dan menulis sahaja. Tidak buta huruf dan dapat kerja pun sudah cukup baik. Tetapi kak long tidak mahu berpuas hati setakat itu sahaja. Kak long mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti. Menjadi seorang doctor. Dan memberi kesenangan pada Ibu dan abah. Kak long mahu mengubah nasib keluarga sekaligus menjadi contoh buat adik-adik. Abah tidak pernah hendak faham.
Ibu hanya memandang abah dengan pandangan merayu. Sayu melihat mendengar tangisan kak long di sebalik dinding itu.
“Abahnya, pergilah perjumpaan itu sekejap pun jadilah. Kesian kak long tu.” Pujuk Ibu sambil mengusap belakang abah. Abah mendengus geram.
“buat apa aku nak pergi, bukannya aku boleh buat apapun. Pergi dok dengar ceramah sahaja. Buang masalah. Banyak lagi kerja aku kat sawah itu.”sambung abah lagi.
“laa..Pelajaran anak pun penting gak, dia sungguh dok ngaji selama ini. Takkanlah abahnya tak bangga langsung anak Berjaya dalam PMR nanti” pujuk ibu lagi.
Kak long memasang telinga di sebalik dinding papan yang pudar sudah catnya.
“hmmmm..nantilah aku fikir semula. Pukul berapa perjumpaan tu?’ Tanya abah.
Ibu mengunjukkan surat jemputan perjumpaan tersebut. Abah mengambil dan membaca sekilas sahaja. Sambil lewa abah memberi persetujuan untuk menghadiri perjumpaan tersebut, Kak long tersenyum dalam tangisan.
Ibu membuka pintu bilik kak long. Terus menghampiri kak long yang meniarap di atas katil. Di usap belakang kak long dengan penuh kasih sayang.
“Sudahlah menangis tu. Kan abah dah setuju untuk pergi perjumpaan itu. Dah..dah..kuat menangis macam ini jadi tak lawa pula anak ibu nanti”. Pujuk ibu
“mana ada kak long nangis lagi. Tak delaa bu” jawab kak long sambil bangun mengadap ibu. Tersenyum dan terus memeluk ibu. Sayang ibu.
Dalam tiga hari sebelum perjumpaan ibubapa dan guru, kak long sentiasa senyum. Abah telah member janjinya untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Jadi tidaklah kak long malu untuk berdepan dengan kawan-kawan dan juga cikgu Salbiah. Kak long amat senang hati.
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Abah menyuruh kak long pergi ke sekolah dahulu. Dia akan menyusul kemudiannya kerana perjumpaan bermula pukul 9 pagi. Kak long menurut kata abah dan berkali-kali pesan supaya abah jangan datang lambat.
Lagi setengah jam majlis akan bermula. Tetapi kelibat abah belum kelihatan. Ramai ibu bapa kawan-kawan kak long telah sampai. Betapa gembiranya mereka kerana mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang diri mereka. Kak long merasa amat kerdil. Berasa irihati melihat kemesraan mereka. Argggghh..aku pun ada ibu dan abah. Mereka pun sayangkan aku juga. Persetankan perasaaan cemburu itu. Tidak menjadi kudis pun. Pujuk hati kecil kak long. Kak long semakin keresahan. Tidak senang duduk. Daripada menunggu di tepi dewan, kak long berganjak menunggu abah di pintu pagar sekolah. Tetapi bayang-bayang abah tetap tidak kelihatan. Kak long menggigit bibir bawahnya. Menahan sebak di dada. Sampai hati abah member harapan palsu.
Telah 15 minit majlis bermula. Kak long mula putus harapan untuk mengharapkan kehadiran abah di sini. Cikgu Salbiah menghampiri Kak long. Mengajak masuki dewan kerana majlis telah bermula. Sebenarnya amaran yang diberikan tidak termasuk kak long. Itulah adalah untuk pelajar yang liat untuk memberitahu ibu bapa tentang perjumpaan tesebut. Namun kak long tetap bersedih. Betapa dia mengharapkan kehadiran abah. Mengharapkan abah menunaikan janji yang dibuatnya 3 hari yang lalu. Sampai hati abah tipu kak long.
Balik dari sekolah, kak long melihat abah sedang enak tidur. Tiada riak bersalah diwajah abah yang memungkiri janji dengan anaknya sendiri. Kak long terus memasuki biliknya dan menangis. Ibu datang memujuk kak long supaya bersabar dan faham perasaan abah. Sikit-sikit kak long yang kena faham. Tapi abah tak pernah nak faham perasaan kak long.
“Tak apa ibu..kak long sentiasa faham. Lepas ini kak long takkan kisah lagi sama ada abah hadir ker tidak ke perjumpaan ibu bapa lagi. Kak long malas nak peduli. Tetapi kak long akan buktikan kak long tetap akan Berjaya tanpa perhatian abah pun. Kak long akan buktikan” tegas kak long.
Ibu tersenyum hiba. Terima kasih kak long kerana memahami….