Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 27 Mei 2010

Mei 27, 2010

cinta 20 sen - episod 2

Bagi Adam pula, dia seolah-olah tidak percaya Alma membantunya melangsaikan bayaran tadi. Tidak terlintas difikirannya selama ini Alma sudi menghulurkan bantuan. Selama ini sangkanya Alma seorang yang dingin atau tidak langsung tidak tertarik dengannya seperti pelajar perempuan yang lain. Kiranya Adam adalah salah seorang pelajar yang popular di KYPM, bangi ini. Sambil berbaring di atas katil dengan tangan kanannya diletakkan di atas dahi, memorinya pula berulangkali mengulang tayang adegan yang berlaku beberapa jam yang lalu. Seolah-olah tidak jemu untuk dipertontonkan semula oleh mata hati Adam. Sungguh tidak diduga. Kebetulan yang amat manis. Adakah ini suatu tanda bahawa sudah tiba masanya dia bertindak untuk mendekati Alma. Sementelah selama ini dia yang menjadi buruan pelajar perempuan di kolej ini. Bukan dia yang mengejar tetapi sebaliknya.Adam tersenyum sendirian. Iya pastinya dia akan cuba mendekati diri Alma. Langkah pertama pulangkan Syiling 20 sen Alma beberapa jam yang lalu.


Adam tersenyum sendirian. Kembali mengingati si gadis manis yang bernama Alma. Dalam tidak sedar dia terlelap dan terus di ulit mimpi indah di temani oleh Alma. Si dara pingitan yang Berjaya menggugat ketenangan selama ini. Mungkinkah inilah perasaan yang menimpa orang yang telah dirasuk angin asmara?

Suasana dalam dewan kuliah J amat bingit seperti suasana di pasar borong Selangor. Seperti ada jualan sedang dijalankan. Tawar menawar antara pihak pembeli dan juga penjual. Langsung tidak menggambarkan tingkah laku sebagai mahasiswa. Begitulah keadaan di dalam dewan ini. Mereka sibuk bergelak ketawa, berbual dalam berkumpulan. Boleh dilihat hampir wujud 20 kumpulan kecil tapi bukannya berdiskusi, namun lebih kepada bergossip tentang artis pujaan. Tidak pun tentang gossip hangat yang berlegar sekitar kolej mara ini.

Namun begitu ia tidak sedikit pun menjejaskan konsentrasi Alma untuk menyelesaikan masalah tutorial matematiknya. Dia perlu membuat ulangkali terlebih dahulu kerana topic pengamilan ini akan dibincangkan dalam tutorial nanti. Dia perlu berusaha lebih memandangkan dia kurang pandai dalam subjek tersebut. Tanpa disedarinya seseorang telah merenungnya sejak dari dia masuk ke dewan itu. Mata itu tidak jemu mengushanya dari jauh.

Alma terus ralit tenggelem dalam dunianya sendiri. Manakala mata it uterus terpaku menatap wajah yang sedang mencebir, mengherotkan mulut dan juga kekadang mengerutkan dahi. Dia tersenyum sendirian. ‘dia ini memang kebal, tak terjejas pun dek kebisingan ini. Boleh lagi kusyuk stadi’ bebel mata itu sendirian.

Tanpa disedari beberapa mata lain menangkap basah kenakalan mata itu. mulalah suara sumbang bersahutan di dalam kuliah itu. dan itu masih lagi tidak menjejaskan tumpuan alma terhadap masalah pengamirannya. Dan mata itu telah menyedari tentang bunyi-bunyi sumbang yang menyindiri dirinya. Hanya yang mampu dia lakukan hanyalah tersenyum sumbing. Dia telah tertangkap basah oleh rakan-rakan dalam kuliah itu.

‘apa lagi oi..takkan nak pandang dari jauh jerr, usha laa beb’ terdengar laungan dari sebelah kanan kuliah.

‘betui tuh..orang tu takkan sedar yang kau pandang dia tak berkelip tadi. dia tu batu, tak ada perasaan. Kau kena usaha lebih lagi.’ Sebelah kiri pula kedengaran.

Takkan kau nak pandang jer, lagi 3 bulan kita akan habis belajar kat sini. Kang melepas kau nanti’ lagi suara supaya mata itu bertindak.

Mata itu tersengih Cuma.

‘alaaa…takkan dia pun kau nak, ramai lagi yang cun kau boleh pilih Dam’ satu suara perempuan mencelah. Nadanya menggambarkan dia sedang cemburu tentang keadaan itu.

‘aik..ada orang jeles Nampak’

‘tak usahlaa nak usha Adam tuh, dia dah dicop kat dahi tue kepunyaan someone. Kau tak perlu mencelah..aku kan ada kalau kau nak’ disambut dengan hilaian tawa rakan-rakan yang lain.

Adam hanya tersengih Cuma. Tak disangka dia mendapat sokongan padu seperti itu. Alma tercengang-cengang. Dia baru tersedar dengan ketawa yang kuat bergabung itu. Apa halnya ini? Soalnya dalam hati. Dipalingkan ke sisi kirinya sambil mengangkat kening kepada Aida yang berada di situ. apabila melihat wajah Alma yang bingung, Aida menahan dirinya dari terus ketawa. Kesian Alma yang tidak sedar bahawa dirinyalah yang menjadi bahan ketawa seisi bilik kuliah itu.

“Assalamualaikum w.b.t kelas”

“Waalaikumussalam Cik Wan”

“Amboi kelas bukan main lagi kamu yer, ketawa sebatu saya boleh dengar. Mentang-mentanglah saya lambat masuk”

“Apa ceritanya nie?”

“Ada orang tuh Cik Wan, berani usha dengan mata jerr!! Manalah orang yang diusha itu nak sedar bahawa dia sedang dihalakan anak panak asmara nih. Orang tuh tunggu time sesuai jerr. Tapi masa tuh takkan tibalah sebab orang yang diusha itu takkan bagi peluangnya. Sebabnya dia kayu cik wan. Tak sedar tentang alam sekitarnya.” Terang satu suara dalam kuliah itu.

‘Amboi kau, cantik benar mulut kau tu aku tengok. Depan-depan aku dikutuknya. Cik Wan ini Adamlah Cik Wan. Mesti dapat apa yang saya nak. Hujung semester nanti tunggu dan lihatlah” begitu yakin Adam berkata. Di sambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh kelas.

“yakin kamu yerr, jadi kena yakin jugaklah dapat A untuk subjek saya nih” Cabar Cik Wan pula.

“Gerenti Cik Wan. Ini janji saya.” Jawab Adam lagi. Penuh keyakinan juga. Lagi bertambah kuat tepukan yang diterimanya.

Lain pula dengan Alma. Dia masih lagi terpinga-pinga. Tak diketahui topic sebenarnya. Apa yang dimaksudkan. Dihalakan pertanyaan kepada Aida disebelahnya.

“apa yang berlaku nie?”

“Nanti lambat laun kau akan tahu jugak. Kau Cuma perlu tunggu dan lihat”

“lagi satu lainkali kau kena peka alam sekeliling kau. Orang dok mengata kat kau pun boleh lagi kau buat muka kayu jerr…Isyyyy..tak paham aku nih” sambung Aida lagi.

Malas untuk memberatkan fikirannya. Alma terus memberi tumpuan kepada pelajaran hari ini. Biarlah. Bukan masalah dia pun.

Masa terus berlalu pantas meninggalkan sesiapa yang masih di alam mimpi. Namun tidak bagi Adam. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Langkah pertama perlu diambil. Dia perlu dapatkan Alma sebelum mereka tamat pengajian di Kolej itu.

Adam memerhatikan disekitar bilih kuliah. Dipilih meja yang terletak ditengah-tengahnya. Diletakkan satu sampul surat yang tertulis nama Alma Nadia Bt Mustakim. Lalu dia berlalu pergi. Tanpa disedari seseorang memerhati tingkah lakunya

Rabu, 26 Mei 2010

Mei 26, 2010

Cinta 20 sen- episod 1

“Bang kira berapa semua ni”


“Kira sekali ker asing-asing”

“Asing-asinglah, macam tak faham plak abang nie”

“Kau RM5.50 dan Kau plak RM5.20”

“Nah bang, terima kasih yer”. Ujar Saiful setelah membayar harga makanannya.

“Eh kau ada 20 sen tak, abang tak ada duit kecik ni”.

“Tak adalaa bang”. Balas Adam sambil menyeluk poket seluar tracknya.

Tiba-tiba…

“Nah bang 20 sen”. Ujar suatu suara dari arah kanan Adam.

Si gadis tersebut tersenyum. Terus sahaja abang kedai makan menyambut huluran gadis itu tanpa banyak soal.

“Terima kasih, nanti aku ganti balik yer”

“tak ada apa laaa, kira saya belanja awak laa malam ini”. Ujar gadis tersebut.

Seketika kemudian, Adam dan Saiful melangkah pulang ke Desasiswa Nong Chik yang terletak seberang jalan dan bertentangan dengan deretan gerai makan. Mereka sebenarnya pelajar Matrikulasi Kementerian Pendidikan dalam jurusan Pengurusan perniagaan. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk makan malam di gerai tersebut. Lagipun makanan di gerai diluar kawasan Desasiswa bukan sahaja sedap malahan harganya berpatutan berbanding dengan harga makanan yang dijual di cafeteria Desasiswa itu. Yang mana menu harian adalah sama sahaja dan tak sedap pula. Malah harganya pun Mahal.

Alma hanya memandang Adam dan rakannya melangkah pergi. Dia sebenarnya baru sahaja sampai ke gerai yang diberi jolokan Blue Lagoon oleh warga desasiswa termasuk juga warga MFI yang terletak di belakang deretan gerai itu. Terdapat banyak gerai yang ada disepanjang jalan yang bertentangan dengan desasiswa namun hanya blue lagoon yang menjadi kegemaran Alma. Dia ralit memerhati Adam melangkah pergi sehingga bayangan Adam hilang dari pandangan matanya. Dia tidak sedar sebenarnya dia juga menjadi perhatian dua sahabatnya yang sama-sama berada bersamanya ketika ini.

“wei…sudah-sudahla tue..cukuplah pandang, bukannya kau Nampak pun. Mata kau tue bukannya transparent leh Nampak semua makhluk yang ada kat dalam bangunan tue” Perli Aida sambil menyiku lengan Alma.

“Amboi….bukan main baik erk kau dengan Adam ni. Macam mana aku boleh tak tahu nie?” Soal Ziha pula dengan muka yang berkerut-kerut. Seolah-olah cuba untuk mengingati kembali sama ada dia tertinggal sesuatu yang tidak disedarinya. Alma dan Adam? Ada apa-apa ke di antara mereka. Fikir punya fikir tidak ada pun yang aneh. Yang diluar kebiasaannya sebelum ini. Tidak ada pula tanda-tanda Alma dilanda perasaan sampai jatuh tangga. Hahahaha..jatuh cintalah.. Alma ini kan dikenali dikalangan rakan-rakan sekuliah adalah pemalu orangnya. Tak pernah sekalipun dia bercakap yang tak penting dengan rakan sekuliah lelaki yang lain. Jika ada yang kirim salam pun tidak dilayan. Jika ada yang menjeling manja pun tiada tindakbalas. Orang kata kayu, batu dan sedingin salju.

Ziha dengan wajah peliknya memandang muka Alma. Eh bukan sahaja memandang tetapi mencari bukti adakah teman yang sedingin salju ini telah di timpa perasaan aneh yang menandakan dia telah jatuh tangga atau jatuh hati atau jatuh cintan. Yang dapat membuktikan dia juga seperti sahabat yang lain yang sibuk menyulam kasih disamping sibuk bercinta dengan assignment dan juga kuliah. Sama seperti dia sendiri.

“Apasal kau tengok aku macam tue sekali? Lawa sangat ker muka aku ni ahh?”

Alma buat-buat muka naif. Sambil senyum-senyum mengangkat kening ala kak Ziana Zain.

“Toksah dok perasaan laaa Alma oi”

“Sebetulnyalahkan…aku heranlaa, bila masa kau baik dengan si Adam tue, tak pernah Nampak pun selama ini kau dok usha dia?” Tanya Ziha.

“Eh bila masa pula aku dok usha dan baik dengan dia nie. Tadi tue aku pun tak tahu kenapa aku spontan jer hulurkan 20 sen tue. Walhal aku tak pernah tegur dan rapat dengan dia”.

“Ntah-ntah kau dah tangkap lentuk dengan dia tak?’ serkap Aida pula.

“ishhh tak ada laaa…not this timelah, lagipun tugas aku sekarang ini belajar bukannya involved dengan hati dan perasaan ini”.

“alaaa apa salahnya Aida kan, kita orang ok jer. Stadi pun jalan gak. Lagipun bila ada orang sayang ini semakin syok pula belajar. Orang kata semakin bermotivasi bila ada orang tersayang di sisi”.

“betul tue Aida. Aku setuju sesangatlah, hey give me five” ujar Ziha sampai bertempuk tangan dengan Aida sampai tersengih-sengih.

Alma hanya menggeleng kepala sambil mencebik mulutnya. Amat tidak setuju dengan pendapat dua temannya itu. Baginya buat masa sekarang tumpuannya hanya pada pelajaran sahaja. Bukan membuang masa untuk perkara yang dia rasakan terlalu awal untuk dia terlibat.

“Aku berani jaminlah selepas ini cinta 20 sen ini akan berputik. Dan Adam akan mencari peluang untuk mendekati kau”.

“Kenapa pula, takkanlah kerana hanya 20 sen itu dia nak terpikat dengan aku. Lainlah kalau 20 ribu aku kasi free jerk kat dia tadi.” Sangkal Alma lagi.

“Wait and See laa”. Ujar Aida dengan penuh keyakinan. Bukannya dia tak perasaan selama ini Adam seringkali mencuri pandang kepada Alma. Banyak kali dan mungkin tindakan spontan Alma tadi member isyarat kepada Adam untuk bertindak. Senyum Aida lagi sampai mengangkat keningnya kepada Ziha seolah-olah berkomunikasi tanpa lisan. Alma pula seolah-olah malas melayan kedua orang rakannya yang entah apa-apa yang difikirkan. Tak masuk akal langsung. Takkanlah perkara sekecil itu Adam akan terpikat dengannya.

Tetapi hatinya juga berdebar-debar. Mungkinkah Adam akan mengambil langkah untuk mendekati dirinya. Bukannya dia tidak perasaan selama ini yang Adam seringkali memandang dia dengan pandangan yang redup. Seolah-olah membicarakan sesuatu melalui talian ghaib yang hanya menghubungkan hatinya dengan hati Adam. Namun semua itu tidak diendahkan. Bagi Alma itu semua tidak penting. Namun dia juga hairan dengan tindakan spontannya itu. Seolah-olah ada suatu kuasa yang mendorong dia bertindak sedemikian, Setelah melihat Adam teraba-raba maencari syiling 20 sen untuk membayar harga makanan tadi. Entah mengapa timbul kasihan di hati lantas memhulurkan syiling 20 sen kepada abang gerai tadi. Sebenarnya tindakan dia tadi di bawah sedar. Dihulurkan dahulu sebelum berfikir. Sedar-sedar dia telah menghulurkan tangan untuk memberi syiling 20 sen itu.

Mungkinkah dia telah dilanda perasaan seperti mana tekaan Aida dengan Ziha tadi. Tetapi dia tidak perasaan selama ini. Mengeraskan hatinya untuk terus mendingin daripada di sapa huluran kasih dari sesiapapun. Alma merasa takut. Takut untuk terus menganalisi tentang perasaannya. Takut untuk mengakui dia sebenarnya di timpa perasaan indah seketika tadi, apabila melihat senyuman yang dihulurkan oleh Adam sebagai tanda terima kasihnya di atas pertolongan yang tidak seberapa itu.

Seketika kemudian makanan yang mereka pesan telah pun sampai. Mereka bertiga menikmatinya tanpa banyak bicara lagi. Sebetulnya Aida dan Ziha memerhati perlakuan Alma itu. Tetapi mereka tidak mengulas lanjut. Sepanjang enam bulan belajar di sini membuatkan mereka memahami rentak tingkah laku rakan mereka itu. Yang sememangnya pemalu adakala berani dan juga seringkali termenung. Seolah-olah berfikir sesuatu yang amat berat. Sesekali ada juga mereka cuba untuk mengorek rahsia hati Alma, namun tidak pernah menemui jawapan. Alma seorang yang penuh rahsia.

Bagi Alma pula mungkin itu tindakan reflex untuk menunjukkan tentang perasaan bawah sedarnya selama ini. Perasaan yang cuba dinyahkan dari laman hati. Dia betul-betul buntu kenapa dia boleh bersikap mesra dan dirasakan sendiri dia cuba membuat aksi menggoda Adam tadi. Ahhhh… Malunya bagaimana nanti peristiwa tadi dihotkan dan tersebar dikalangan rakan sekelasnya. Tidakkah buat malu company sahaja. Nanti apa pula orang kata, pipi tak mancung hidung tersorong-sorang. Wei silaplah, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Hua…hua dah kes parah dah kau nie Alma, peribahasa yang senang macam tu pun dah boleh tunggang terbalik dibuatnya.

Hmmmmm…..Alma mengeluh lagi untuk kali yang ke berapa. Susahnya untuk memujuk diri supaya tidur malam ini. Sekilas di menjeling jam loceng yang terletak sebelah kanan bantal tidurnya. Baru pukul 11 malam, patutlah mata ini liat sangat nak ditutup. Hati dan fikiran pula menerawang jauh ke angkasa raya di alam khayalannya. Alma berkalih ke kiri menghadap dinding. Kemudian diunjukkan jari telunjuknya ke dinding melakarkan sebaris nama yang menguasai benaknya ketika ini, Adam bin Kerol. Cuba dibayangkan wajah pemilik nama tersebut berkulit putih kemerahan,muka bulat dengan potongan rambut style Andy Lau pelakon kegemarannya. Bertahi lalat atas bibir sebelah kanan. Sederhana tinggi dan sekali imbas seperti Zachery X factor but bila dah biasa tengok dia tetaplah cuma seorang pelajar yang bernama Adam yang berasal dari Tawau, Sabah.

“Arghhhhh” tak mungkin aku jatuh cinta pada Adam. Dahlah dia bukan muslim. Tak naklah aku. Rungut hati Alma pula. Alma mengubah posisi tidurnya lagi. Kemudian meletakkan tangan di atas dahi pula seolah-olah memikirkan sesuatu yang amat berat. Terpejam -pejam matanya. Mulut pula terkumat kamit seperti membaca mentera jampi serapah. Hahahha…Alahai cik Alma sayang oi..

Lantaran sibuk melayan perasaan, Alma tidak mempedulikan dirinya yang menjadi tumpuan penghuni lain yang berada di dalam bilik tersebut. Sebenarnya terdapat dua lagi penghuni di bilik tersebut, tidak lain tidak bukan adalah Ziha dan Aida. Kedua-duanya berbisik-bisik mengumpat si empunya diri di atas katil. Yang kononnya mahu tidur awal, tetapi teramatlah sibuk melayan jiwa yang dilanda percikan asmara si teruna di blok lelaki sana.

“Aku rasa betullah Alma telah “terjatuh tangga dengan si Adam tu, cuba kau tengok dia tu bukan main gelisah lagi” ucap Ziha sambil menjuihkan mulutnya ke arah Alma yang sedang berbaring di atas katilnya.

“Kata nak tidur konon, tapi nak melayan amukan asmara sebenarnya” sambungnya lagi sambil berbisik-bisik dengan Aida. Mereka sebenarnya sedang melangsaikan soalan tutorial untuk kelas pagi esok. Ziha merupakan pelajar iaitu Kuliah K manakala Alma dan Aida pula satu Kuliah iaitu Kuliah J. Namun soalan tutorial mereka tetap sama walaupun telah dibahagikan kepada kumpulan tutorial yang berlainan. Perpecahan kumpulan kuliah ini disebabkan pelajar yang mengambil jurusan seramai 200 orang dan oleh kerana bilik kuliah hanya mampu memuatkan 100 orang pelajar untuk sesuatu masa maka mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan kuliah. Yang mana Kuliah J adalah pelajar yang namanya bermula huruf A hingga L dan Kuliah K pula bermula huruf N hingga Z.

“Syyyyy, kau nie, nanti dia dengar plak”. Sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

“ biarkanlah dia, lambat laun dia akan mengaku juga perasaannya itu. Kau tahulah kan dia tu kan sedingin salju orangnya”.

“Dah-dah cepatlah kita buat tutorial ini, aku nak tidur awal jugak ni. Esok nak bangun pagi, nak basuh baju yang berlambak dalam baldi tue, lambat karang takde tempat nak sidai pagi esok.”

“Alaaa kita copy jer jawapan yang Alma buat ni, abis cerita” ujar Ziha malas.

“Hekeleh kau nie, cik Nurzihani… nak copy orang punya pun kenalah faham apa dia. Bukan main copy sebarangan. Kan kita akan terus diskus dalam tutorian nanti, kau nak ternganga-nganga ker bila kena soal dengan Cik Wan Azlin nanti. Buat malu jer, jawapan ada tapi bila nak terangkan, tercengang-cengang tak reti nak explain.” Leter Aida sambil mengetuk kepala Ziha dengan pensel perlahan.

“Adoi kau ni, macam mak nenek. Dan tak sah kalau bercakap tangan tue tak mengetuk orang. Lagi biollah aku jawabnya”. Adu Ziha manja sambil mengosok di tempat yang terkena ketuk dengan Aida tadi.

Hahahahaha..Aida mengekek perlahan sambil menutup mulutnya supaya tidak mengganggu teman yang baru sahaja lena daripada melayan perasaannya.kemudian mereka berdua menumpukan sepenuh perhatian kepada soalan tutorial sambil berpandukan jawapan yang telah disiapkan oleh Alma petang tadi. Subjek Costing merupakan subjek yang amat susah bukan sahaja kepada mereka berdua malah seluruh pelajar yang mengambil jurusan perniagaan ini.

Featured