Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 28 Jun 2010

Jun 28, 2010

DENDAM RINDU BERAKHIR

p/s cerita ini telah shima postkan di Penulisan2u tahun lepas kot kalau x silaplaaa. n juga blog lagi satu...oleh sebab blog lagi satu juz utk personal life jerr..so shima postkan kat sini semula.....layan ini dulu erk..sebelum n3 SRSI dipostkn...:)

Aku pulang…. Tanpa dendam
Ku terima kesalahanku
Aku pulang…. Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganku
Kau ajar aku bahagia…
Kau ajar aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkak aku derita…
Kau berikan ku bahagia
Kau berikanku derita

'Isyyyyy…Siapa pula yang rajin ganggu aku malam-malam buta ini.'terkumat kumit mulut Mutia, merungut entah pada siapa. Dengan malas digapai N70 tersebut. Berkerut dahi Mutia, dia masih ingat dengan no yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Biarpun nombor tersebut telah dipadamkan daripada memori telefon itu namun ia tetap tidak dapat dipadam dan dihapuskan daripada kotak memori ingatannya. Dibiarkan sahaja lagu Sheila on 7 terus kedengaran. Untuk mengangkatnya tidak sesekali. Cukuplah luka dan rindu yang ditanggung ini. Mutia tidak ingin menyakiti hatinya lagi.



Dicekalkan hati untuk tidak menurut perasaan lagi biarpun di dalam dada segunung rasa ingin tahu kenapa si empunya nombor tersebut menghubunginya lagi. Setelah sekian lama hubungan kasih ini terputus. Namun dikuatkan semangat untuk tidak melayan perasaan itu. Biarpun Mutia tidak pernah berdendam malah rindu itu tetap tersisip di sudut hatinya. Tetapi dia juga ada ego dan maruah yang perlu dipertahankan. Untuk apa lagi terhegeh-hegeh mengemis kasih pada yang tak sudi, yang menamakan hubungan yang terjalin itu hanyalah simpati. Dia tidak perlukan itu semua. Sudah diajar pada hati dan dirinya agar tabah dalam meniti kehidupan ini. Dia tidak perlukan simpati orang lain.



Mutia cuba menumpukan perhatian pada Majalah 3, cuba untuk menghayati cerita tersebut. Irama lagu berhenti berharap mati dengan sendirinya. Tidak sampai 5 minit, N70 berbunyi lagi. Kali ini suatu nombor asing tertera. Siapa pula yer, detik hati Mutia. Dengan teragak-agak, Mutia menekan butang hijau.



'Hello, Assamualaikum..'Kedengaran suara seorang perempuan yang asing daripada pendengaran mutia. 'Waalaikummusalam..yer..nak cakap dengan siapa? Jawab Mutia sambil terus bertanyakan soalan pada pemanggil tersebut. 'Errr..boleh saya cakap dengan Mutia, saya Alyysa'. 'Yer, Mutia bercakap, ada apa-apa yang boleh saya Bantu ker?' Tanya Mutia lagi. Setahunya dia tidak ada kawan yang bernama Alyysa, takkan aku dah jadi pelupa kot. 'Seingat sayalah, saya tak de kawan nama Alyysa, macam mana awak boleh tahu nama saya?' Soal Mutia lagi. 'Begini Mutia, awak kenal Sufian kan? Saya kawan dia'. Jawab suara yang bernama Alyysa .



'Hmmmm…'Mutia cuba menggali kenangannya bersama Sufian semula. Sedikit demi sedikit, dia teringat tentang kisah dan cerita Sufian tentang sahabat baiknya sejak dari kecil lagi.'Yup okey..Sufian ada cerita sedikit ooopps banyaklah juga tentang his bestfriend and girlfriend dia kat saya. Tapi untuk pengetahuan awaklah kan, antara saya dan Suffian dah tidak ada apa-apa hubungan dan saya tak nak ambil tahu tentang hidup dia lagi'. Tegas Mutia. Entah kenapa berbahang bara dalam hatinya. Untuk apa minah ini telefon aku malam buta ini. Setahunya Suffian tidak pernah pun memceritakan tentang hubungan mereka kepada sesiapa pun. Mutia hanyalah 'kawan baik' di alam maya. Di alam cyber bukannya di alam realiti.



Alyysa dapat merasakan ketidaksenangan yang bermukim di hatinya Mutia. Dikuatkan hati untuk terus berbicara dengan Mutia untuk memberitahu tujuan dia menghubungi gadis ini. 'Begini Mutia, memang saya dan keluarga Suffian tidak tahu apa-apa tentang hubungan awak dan Suffian. Tujuan saya telefon ini pun kerana tidak tahan melihat Suffian sebab selepas dia sedar dari koma, hanya nama awak yang disebutnya. Kami pun tidak tahu nak buat apa-apa pun lagi. Jalan terakhir adalah cari awak, hanya awak penguat semangat dia sekarang'.



'Koma? Kenapa?. Mutia betul-betul terkejut.



'Suffian kemalangan, kepalanya terhentak kuat, doctor telah membuang darah beku di dalam kepalanya dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dia kembali sedar,tapi Alhamdulillah dia telah sedar. Tetapi dia asyik sebut nama awak sahaja'. Jelas Alyysa panjang lebar. Mutia terdiam. Biarpun ada dendam dan rindu dalam hatinya. Namun dia bukanlah seorang yang kejam.



'Jadi macam mana sekarang ini?. Soal Mutia.



'hmmm..saya harap awak dapat datang melawat Suffian biarpun sekejap?. Pinta Alyysa. 'Untuk apa?, tunang diakan doctor, pandai-pandailah rawat Suffian yang sakit tu. Lagi satu Hairul kan doctor juga, tak boleh rawat bestfriend dia tue? Sinis dan berunsur cemburu dari nada suara Mutia. 'Saya tidak tahu apa yang berlaku dan dari nada suara awak saya tahu awak marah dan bencikan Suffian. Tapi tolonglah Mutia, hanya awak yang dia perlukan sekarang'. Rayu Alyysa lagi.



Hmmmmmm..Mutia menarik nafas panjang, cuba untuk mengusir sebak yang tiba-tiba datang menggigit tangkai hatinya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.cuba untuk terus berbicara.



'Rasanya awak tidap pernah tahukan Alyysa. Saya dengan Suffian tidak pernah berjumpa biarpun lebih 2 tahun kami berkawan, sebelum dia kembali rapat dengan awak, dengan kawan-kawannya yang lain, kawan dengan bekas kekasihnya dulu dan kembali ke pangkuan keluarganya. Untuk apa lagi dia hendak berjumpa dengan saya, sedangkan ketika kami berkawan tidak pernah pun dia terlintas untuk berjumpa saya. Mengapa baru kini. Tika dia sakit, baru nak cari saya. Tika dia senang bahagia dia ketepikan saya.?' Jelas Mutia panjang lebar. Dia sebak. Tanpa sedar mutiara jenis menitis di pipinya.



Alyysa bungkam, tiada kata dapat dibicarakan lagi. Dia menghela nafas. Dipandang suaminya di sisi dan juga Dr Najwa sahabat juga tunang Suffian. Terdetik sedikit kekesalan mengapa harus dia yang menghubungi Alyysa. Di pandang pula Suffian terbaring tidak bermaya di atas katil. Dicekalkan hatinya untuk terus berbicara dengan Mutia.



'Saya tidak tahu semua itu Mutia, tapi bagi pihaknya saya minta maaf. Saya rayu pada awak datanglah lawat Suffian. Dia betul-betul perlukan awak sekarang?. Rayu Alyysa lagi.



Mutia serba salah. Dia bukanlah seorang yang kejam. Malah terlalu baik hati. Selama ini dia selalu berkorban dan mendahulukn kesenangan orang lain berbanding dirinya. Tetapi kali ini Mutia berbelah bahagi. Antara kesian dan benci. Tersemat juga rindu yang bukan sedikit. Tetapi tegakah dia untuk menghadapi situasi itu. Mampukah dia untuk berlagak seolah-olah tiada dendam dan benci di hati terhadap perbuatan kejam Suffian meninggalkan dirinya terkapai-kapai setelah menemui kembali pelangi bahagia dalam hidupnya. Mampukah lagi dia memujuk hati untuk redha dengan Ujian hati yang telah dilaluinya lagi.



'baiklah Allysa, besok pagi saya pergi lawat dia, hospital mane?' Biarlah kali ini. Pertama dan terakhir. Tekad hati kecil Mutia. Mutia mendengar sahaja apa yang diucapkan. Seketika kemudian, dia memutuskan talian.


Sesudah memastikan keretanya dikunci, Mutia melangkah perlahan-lahan menuju ke bangunan Pantai Medical. Sambil dia menghubungi Alyysa untuk memberitahu kehadirannya di situ. Mutia juga meminta Alyysa menunggunya di lobi hospital tersebut.



Sampai di lobi tersebut kelihatan 2 orang wanita menanti kehadirannya dia situ. Seorang memakai jubah doctor dan seorang lagi sarat mengandung. Tentu Alyysa dan Najwa. Mutia memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyalami kedua-duanya. Mereka tidak tunggu lama dan terus menuju ke bilik Suffian. Mutia menahan debaran di hati dan mengucapkan selawat berkali-kali. Cuba untuk menenangkan dirinya. Ini kali pertama dia akan bertemu dengan Suffian, lelaki yang buat dia jatuh cinta hanya melalui suara. Seorang lelaki yang telah banyak berkongsi cerita suka dan duka sebelum ini. Seorang lelaki yang menjadi teman akrab hanya melalui telefon dan email.



Pintu bilik wad kelas satu itu dibuka perlahan. Alyysa mempersilakan Mutia masuk. Di dalam bilik tersebut kelihatan ibu dan ayah Suffian, adik-adiknya dan juga kawan karib suffian yang selama ini Mutia hanya kenal melalui cerita-cerita Suffian. Setelah diperkenalkan kepada mereka semua, Alyysa membimbing Mutia ke katil Suffian. Pucat dan sungguh tidak bermaya wajah itu. Sungguh yang dirasakan kini, tiada lagi rasa marah atau benci. Yang tinggal cumalah air mata pilu dan sedih mengenangkan diri yang tidak bermaya itu. Perlahan-lahan Mutia menyentuh tangan itu.



'Abang….abang…Ayang sampai bang' itulah kata-kat pertama yang mampu Mutia ucapkan. Cuba untuk mengejutkan Suffian dari lenanya.



Perlahan-lahan Suffian membuka matanya. Di kelip-kelipkan beberapa kali. Cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Cuba untuk mengenal pasti wajah yang terpaku di depannya. Cuba untuk mengingati siapa yang berdiri dihadapannya.

Terkumat kamit mulut Suffian..payahnya untuk mengeluarkan suara.


'Ayangggg…Mutia…'akhirnya dapat jua di sebut nama yang selama ini hanya mampu disebut di dalam hati. Nama yang cuba dikuburkan jauh di sudut hati. Seorang yang dihancurkan hatinya. Seorang yang mengundur diri hanya untuk melihatnya bahagia. Kerana keegoannya tidak mahu mengaku perasaaan kasih dan cintanya pada gadis yang ditemui di alam cyber itu. Egonya yang telah memakan diri. Dia tahu, tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk membetulkan keadaan. Namun dia tetap ingin memcuba.



Dipandang gadis itu tanpa jemu. Diraihkan tangan kecil itu. Diciumnya.



'Abang minta maaf, abang banyak salah. Abang ego untuk mengakui sayang abang pada ayang lebih dari sayang abang untuk sabahat. Lebih dari sayang abang pada Najwa. Cinta untuk Najwa sudah lama tiada. Cinta untuk awak untuk selamanya. Abang cuba menafikan perasaan itu. Tapi abang tidak mampu lagi. Jangan tinggalkan abang. Abang perlukan awak'. Mendayu suara Suffian meluahkan isi hatinya. Allysa. Dr Najwa dan Ibu Suffia mengesat air mata masing-masing.



Mutia mengesat air mstanya perlahan-lahan dia melabuhkn punggung di birai katil Suffian. Sungguh belas melihat keadaan Suffian kini. Namun hatinya telah lama mati. Telah lama beku. Baru kini terlepas beban di hatinya. Ya.. tiada lagi dendam di hatinya. Marah telah lama menghilang. Cuma yang tinggal kini hanya sisanya sahaja. Jika dari dulu Suffian tidak mempertahankan keegoannya. Jika dari dulu mereka berjumpa tentu keadaan tidak akan sama seperti hari ini. Tentu sekali mereka bahagia. Tentu sekali Mutia akan terus berada di sisi lelaki itu. Tetapi kini sudah terlambat.



Mutia bukanlah seorang gadis yang mementingkan diri. Sekilas di pandang wajah Dr Najwa, ada sendu di wajahnya. Dia tahu gadis itu tidak mampu kehilangan Suffian lagi. Dia faham kerana dia juga seorang perempuan. Siapa yang sanggup menerima semula seorang lelaki yang tetiba meninggalkan dirinya tanpa sebab ketika dipuncak bahagia. Yang ghaib sekelip mata. Mutia juga tahu kasih dan cinta Najwa tidak pernah berganjak. Hidupnya adalah untuk Suffian. Jadi siapakah Mutia untuk mencelah di tengah-tengah keduanya. Najwa yang disenangi oleh seluruh keluarga Suffian. Dan dia Mutia seseorang yang tidak pernah diketahui kewujudan dalam hati dan hidup Suffian tetiba sahaja muncul. Jika bukan kerana kemalangan yang menimpa Suffian, sehingga akhir hayat pun tiada siapa yang kenal Mutia. Sungguh pandai Suffian menyembunyikan kewujudan Mutia.



Mutia tersenyum dalam tangisan ini. Dalam hatinya. Dia harus menyelesaikan semua ini. Biarlah hari ini hari pertama dan terakhirnya dia berada di sisi Suffian. Selepas ini dia akan pergi jauh. Ada seseorang tetiba muncul di hatinya, mnggamitnya untuk bersama dengannya. Mutia tenang. Mungkin inilah petunjuk daripada Solat Iskhtikarah yang dilakukan sejak seminggu yang lalu. Dia yakin, dia telah temui petunjuk jodohnya. Dia telah temui Adamnya. Dia harus cepat cepat selesaikan perkara ini. Tidak sabar untuk bertemu Adammnya dan memberitahu keputusannya.



'Abang dah makan?' Soal Mutia kepada Suffian. Suffian menggelengkan kepalanya. 'Mutia Suapkan yer.' Kata mutia sambil mengambil sup sayur yang masih panas di atas meja bersebelahan dengan katil Suffian. Dilayannya Suffian dengan sepenuh hati. Bercerita tentang diri dan kehidupan dia sepanjang terputus hubungan dengan Suffian. Tiada suatu pun yang tinggal kecuali satu, dia telah menemui seorang lelaki yang mampu membuat dia senyum, buat dia melupai kelukaan yang diberikan oleh Suffian. Seorang yang mampu menggantikan Suffian di hatinya.



Mutia tidak sedar bila yang lain-lain meninggalkan dia melayan Suffian sendirian. Suffian telah mampu tersenyum kini kerana kasihnya telah kembali. Masa berlalu terlalu cepat rasanya, hinggalah terdengar irama lagu Sheila on 7 dari telefon bimbit Mutia.



Mutia cepat-cepat menjawab telefon. Tersenyum bahagia dia mendengar suara itu. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang disebutnya. Kemudian dia meletakkan telefon. Seketika kemudian Mutia, menghubungi Alyysa untuk memberitahu dia ingin pulang dan mahu Najwa dating ke bilik Suffian.



15 minit kemudian Najwa memunculkan dirinya sambil tersenyum hambar. Dia juga meminta maaf kerana lambat sedikit kerana baru merawat pesakit dan juga menyampaikan salam Alyysa yang telah lama pulang ke rumahnya. Mutia Menggamit Najwa menghampiri katil Suffian. Diambil tangan Suffian diletakkan di dalam genggaman tangan Najwa.



'Abang…Najwa sudah ditakdirkan sebagai Teman Hidup abang. Jodoh abang. Bukan saya. Abang sedar, abang cinta dan sayangkan saya sudah terlambat bang. Cinta dalam hati untuk abang telah lama mati. Kehadiran saya di sini pun untuk pastikan masih adakah cinta itu. Jawapan yang saya temui, tiada. Dan ada cinta lain yang telah singgah di hati ini. Yang memberikan saya bahagia. Yang dapat membuat saya tersenyum kembali. Dan cinta itu tidak sesekali membiarkan air mata ini menitis. Selama ini saya tidak sedar. Baru saat ini saya sedar. Hati saya telah ada dia. Dan Najwa adalah amanah abang. Dia akan jaga abang lebih baik dari saya.' Mutia tersenyum kepada keduanya sambil menyambung bicaranya.



'cinta kita hanyalah cinta seorang sahabat. Dan ia akan kekal begitu untuk selamanya. Saya akan perkenalkan abang dengan Adam saya nanti.harap kita boleh jadi kawan untuk selamanya. Tiga bulan lagi saya akan kawin, itulah perjanjian yang saya buat dengan Adam, andai saya terima lamarannya hari ini. Nie pun tak sabar-sabar saya nak jumpa dia'. Berubah nada suara Mutia menggambarkan isi hatinya.



Dia puas hati. Mutia tidak ingin pandang ke belakang lagi. Mutia tahu Suffian ingin menyuarakan sesuatu,namun tidak diendahkan oleh Mutia. Mutia bersalaman dan berpelukan dengan Najwa. Amat perlahan tetapi masih didengarinya ucapan terima kasih Najwa.



Mutia tersenyum memandang Suffian dan Najwa untuk kali terakhir sebelum melangkah meninggalkan wad kelas permata itu. Bibirnya tanpa di paksa tersenyum ramah sesiapa yang berselisih dengannya. Pergilah derita. Pergilah rindu dendam dalam hati ini.. datanglah bahagia.. pergilah sepi…tidak sabar untuk berjumpa Adamnya untuk sebuah jawapan kasih.tamat.

Jumaat, 25 Jun 2010

Jun 25, 2010

Jodoh..siapa sangkakan??

“Apa!!!”
“Ko nak kahwin? Biar betul ko nie”
“Eh betullah” Jawab Ainul sambil menggosok telinganya. Berdengung sekejap dengan jeritan kuat Kamilia itu.
            Hampeh punyer member, yang menjerit tepi telinga aku tue buat apa. Over betullah. Salah ke kalau dah sampai seru untuk aku berkahwin.

            Ainul menjeling ke arah Kamilia, terlopong lagi mulut dah laa mata tue bulat tak berkelip memandang aku. Kalau lawa pun tak per gak, nie macam mata singa lapar nak terkam mangsa jer.
Papp…Kang dah kena sebijik. Padan muka.
“Aduh”
“Sakitlah ngok” Bisa sungguh tangan tuh.
“Kenapa kau pukul aku plak nie, Kalau pukul sayang tak perlah jugak, nie pukul macam nak mendera lak”
“Mendera apa apa plak kau nie, aku pukul dengan kasih sayanglah tadi tue, yang kau dok terlopong dengan mata bulat tak berkelip tue kenapa? Buat malu jer.” Ujar Ainul sampai memandang sekeliling  restoran Sri Pulasan itu.
            Kamilia tersengih-sengih. Konon nak cover malu dengan aksi suara macam tarzan tadi. Terlupa pula dia berada di restoran bukan di rumah. Kalau di rumah bolehlah nak buat suara tarzan tue. Nie public, buat malu company jer. Pakai dah ayu dah tapi bila tang dengar suara terpekik tadi, terus hilang markah. Kalaulah tadi, ada mak cik- mak cik yang terbekenan nak jadikan Kamilia menantu. Terus cancel plan. Ganas sangat.
       
Seterusnya baca di ILHAM

Selasa, 1 Jun 2010

Jun 01, 2010

Cinta 20 sen-last episod..

Lalu dia mengambil sampul yang diletakkan oleh Adam tadi. tertera nama Alma Nadia bt Mustakim, berkerut dahinya. Apa pula nih. Lantak dialah. Nanti tuan punya nama akan tahu jugak apa isi kandungan surat itu.


‘Alma, kau nak ikut kitorang pergi CC tak nie?’tanya Ziha. Alma cuma memandang tanpa perasaaan. Sejak dia menerima surat secret admirer tuh, pelbagai rasa bercampur aduk dalam benaknya. Ada gembira, ada suka, ada seriau, ada takut pun ada…huh macam-macam. Tapi tidakkah itu tandanya Dua hati menjadi satu? Eh macam tajuk lagu lak…



‘Aida..Ada tak lagu dua hati menjadi satu?’

‘Ada, tu lagu Dafi dan Gita Gutawan, kenapa?’

‘oooo patut laa ayat tuh aku rasa familiar jerrr’ bisik Alma pada dirinya sendiri.

Pap..aduh bisanya…

‘Sakit laa wei, apasal kau pukul aku nih?’

‘dah aku Tanya kenapa tak jawb, lepas tue berangan tak habis-habis kau nih!’ bebel Aida.

‘biarlah Aida, dia dah kena penyakit angau tuh, tambah lak dapat surat dari SA’, sampuk Ziha.

‘betul ker nie, sampai hati kau tak share ngan aku’. Ujar Aida seakan jauh hati.

‘ada plak cakap macam tuh, dah namanya SA, wat per nak heboh, entah-entah korang yang nak permainkan aku tak?’ tukas Alma pula.

‘tak de masa nak kenakan kau lah, banyak lagi hal lain yang kami boleh buat tau.’ Balas Ziha semula.

‘kau tahu ker siapa SA kau tuh, ke si Adam tuh?’ Serkap Aida.

‘mana kau tau?’ soal Alma, memang Adam sebab dia sendiri yang Nampak Adam meletakkan surat tersebut dalam bilik tutorialnya. Kerja orang tak professional begitulah. Senang jer tertangkap.

Dalam tak sedar Aida telah merampas kad kiraman Adam, lalu dibacanya kuat…



Sejak melihatmu


Ku jatuh hati padamu


Saat mengenalmu


Semakin ku ingin kamu


Maukah engkau menemani aku…


Hari kuindah


Dua hati kan bersatu


Hariku indah


Dua langkah menjadi satu


Andai aku dan kamu


Bersama selalu


Saat kau menatapku


Aku jadi salah tingkah


Kau genggam tanganku


Berdebar debar jantungku


Maukah engkau Menemani aku…


Hari kuindah


Dua hati kan bersatu


Hariku indah


Dua langkah menjadi satu


Andai aku dan kamu


Bersama selalu


Dan bila kau tak ada


Mengapaku memikirkanmu


Apakah engkau juga


Memikirkan aku


Hari kuindah


Dua hati kan bersatu


Hariku indah


Dua langkah menjadi satu


Andai aku dan kamu


Bersama selalu






Ikhlas itulah yang aku rasa. Sudikah kau puteri hatiku?


Mengharap kasih.

Mada ♥ Alma



‘hahaha…tak sangka romantik gak si Adam nie erk,’

‘apa lagi terima jerlaaa’ saran Aida di sokong pula oleh Ziha.

‘isyyyy…kau nie, ingat senang-senang ker nak terima macam tuh jerr..lagipun aku bukannya kenal dia pun.’

‘laaa..dah lama satu kuliah, tak kenal lagi? Lagipun memang dari dulu lagi kami perasaan yang si Adam tuh tergila-gilakan kau, kau tu jerr yang kayu.’ Terang Aida.

‘kayu aku pun, aku perasan gak tapi malas nak amik portlah…lagi pun dia tuh orang sabah, jauh tuh, pula non muslim..tak mungkin laluan kami senang cam tuh jer’

‘wei..kau nie terkedepan sangat fikirnya. Aku tak dak lah terfikir jauh macam tuh’. Ngomel Ziha.

‘haa..betul-betul…aku pun tak terfikir jauh macam kau tuh’sokong Aida pula.

‘aku nie memang fikir macam tuh, sebab itulah aku tak nak terlibat dengan hati dan perasaan ini. Sebab aku rasa terlalu awal lagi untuk melangkah ke arah itu. Hati aku Cuma satu sahaja Aida, Ziha. Dan satu itulah ingin aku persembah sesucinya untuk insan yang bergelar kekasih, seterusnya menjadi suami aku’, terang Alma panjang lebar…

‘patutlah kau buat dek jerr selama ini’

‘melepaslah Adam tuh’

‘tapi kalau dia sanggup tunggu, camner?’

‘tengoklah macam mana masa depan nanti’

‘kalau ada jodoh, tak ke mana kan?’

‘yer betul, jawab Aida dan Ziha serentak.

‘eh..tadi bukan ker korang nak pergi CC, apa lagi belah laa cepat, menyemak jerr korang nie’ halau Alma sambil menjelirkan lidahnya. Cuba keluar dari situasi jiwang itu.

Aida dan Ziha Cuma mengangkat bahu sesama mereka. Tiada kata yang terkeluar. Kemudian mereka melangkah keluar dari bilik itu menuju ke CC.

Dari jauh, Adam dapat melihat dua orang gadis berlenggang kangkung menuju ke arahnya. Dipandang lagi ke belakang gadis tersebut, namun hampa. Orang yang ditunggu tiada.



‘Dam, tak payah lah kau pandang belakang kami lagi, Alma ada kat bilik nuh..dia tak datang’ jelas Ziha.

Ertinya dia tidak menyambut huluran kasihnya.’monolog Adam dalam hati, kecewa mungkin. Adam meraup wajahnya untuk mencari sedikit semangat agar tidak ketara kekecewaan dalam hatinya.

Ziha dan Aida berpandangan sesama sendiri. Mereka faham Adam terlalu mengharapkan Alma datang ke situ. Tapi harapan itu hanyalah kosong sahaja. Lalu mereka mengambil tempat di hadapan Adam.

‘Kalau kau yakin dia jodoh yang terbaik untuk kau, dan kau hanya inginkan dia seorang sahaja. Maka kau akan tahu bilakah masa yang sesuai untuk kau lamar dia sebagai suri hati kau. Dan tika itu aku yakin 2 hati korang ini akan jadi satu. Percayalah’ pujuk Aida.

‘Alma bukan menolak kau, tapi buat masa sekarang dia lebih pentingkan impian dan pelajaran dia. Lagi satu prinsipnya.. cinta hanya datang sekali sahaja. Dan cinta itulah yang mahu dia persembahkan untuk kekasih hati merangkap suaminya kelak. Dia mahu serahkan sekeping hati yang bersih, putih, yang tulus untuk suaminya.’ Tokok Aida lagi…

‘Jadi jika kau bebetul mahukan dia, sampai masanya, kau lamarlah dia. Dan kau akan memilikinya. Dengan syarat masa itu kau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Kau dah bersedia memeluk islam, telah mendalaminya. Boleh menjadi pemimpin yang baik untuk Alma’. Terang Ziha pula.

Dia termenung kusyuk mendengar kat-kata nasihat mereka berdua. dia perlu bersabar. Yer kalau dah jodoh tak ke mana. Dan dia amat pasti tentang itu. Lalu Adam mendongakkan kepalanya dan tersenyum..

‘thanks untuk korang berdua, aku tahu apa yang perlu aku buat. Dan suatu hari nanti korang akan dapat melihat aku bersama dengannya’ jawab Adam yakin. Seolah-olah dia dapat meramal masa depannya nanti.



Lima tahun berlalu

“Alma..surat untuk kau” Jerit Ziha.

“letak jer atas meja kopi tuh, nanti aku baca’ balas Alma yang sedang menyediakan makanan tengahari untuk mereka bertiga hari ini. Mereka telah pun menamatkan pengajian dan kini telah sama-sama bekerja. Alma bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham, Aida pun sedang melanjutkan pengajian sarjananya dalam bidang ekonomi di UM, manakala Ziha bertugas sebagai Auditor. Mereka masih lagi akrab. Persahabatan yang terjalin sejak di matrikulasi terus berlanjutan sehingga kini.

Setelah siap memasak, Alma menyertai Ziha menonton TV, diambilnya surat tersebut. Apabila dia membukanya sekeping syiling 20 sen jatuh terkena kakinya. Alma tidak mengerti. Lalu di baca isi kandungan surat ini.

Dear,


Telah lama abang menunggu dan kini abang tak mampu untuk menunggu lagi,


Alma, sudikah engkau menjadikan 2 hati menjadi satu?


Sudikah menjadi kekasihku?






Yang mencintaimu.


012-6357455



Memang direct jerr. Dahlah 3 ayat jerr. Alma pelik. Siapa pula yang memain nie. Berkeru dahinya.

‘kenapa?’ Tanya Ziha pelik.

Diunjukkan surat itu kepada Ziha. Lalu dibacanya.

Hmmmm..nampak gayanya Adam sudah bertindak. Setia sungguh mamat nie. Bertuahlah kau Alma.bisik hatinya.

‘kau tahu tak siapa yang hantar surat nie’ qtanya Alma

‘eh surat kau, manalah aku tahu. Laku jugak kau yerr’ sindir Ziha.

Kurang asam member sorang nih. Kenakan aku pula. dicubit sahabatnya itu. mulut tue kalau sehari tak sindir dia memang tak sah. ada jerr benda nak disindir. Nasiblah dah faham perangai lepas mulut sahabatnya itu.Malas memanjangkan cerita, Alma menumpukan perhatian pada siaran siaran TV. Persoalan surat itu dibiarkan sepi.

‘boleh lagi kau buat tak tahu yer, kenapa kau tak telefon sahaja nombor tuh, then kau akan mendapat jawapannya’ nasihat Ziha.

‘biar jerlah..kalau orang tuh serius dia akan datang jumpa aku juga’ balas Alma malas. Ziha pula yang terasa geram. Geram dengan sikap kayu Alma ni.

‘Kau tak nak berkahwin kerr Alma, tak lama lagi aku dan Aida akan berkahwin, kami risau nak tinggalkan kau keseorangan kat rumah nie.’ Terang Ziha kepada Alma.

‘laaa nak risau apa pula, nanti aku carilah housemate baru, lagipun korang kahwin nanti bukan jauh pun tinggalkan. Kat Kl jugak. Boleh gak selalu jumpakan?’ balas Alma pula acuh tak acuh.

‘sukahati kaulah Alma, aku dan Ziha dah selalu nasihatkan kau. Selalu nak kenenkan kau dengan seseorang tapi kau taknak.’

‘takkan sampai bergelar andartu baru nak cari. Tika inilah kau kena berkenal-kenalan dulu. Dah serasi boleh go on. Lagipun takkan boleh pakai lagi prinsip kau dulu. Dah umur dah 25 nie’ luah Ziha lagi.

Spontan Alma memeluk bahu Ziha. ‘aku faham dan faham sangat apa yang kau katakan tu. Keprihatinan kau memang aku hargai. Jangan risau tak lama lepas kau kawin nanti aku akan menyusul. Sebenarnya, dari dulu lagi hati aku milik seseorang’. Terang Alma

‘Siapa?’ soal Ziha teruja.

‘Saper- saperlah..hehehhee’ seloroh Alma tapi tidak mampu pun membuat Ziha tersenyum. Alma Cuma tersenyum.

‘Orang yang mampu menyatukan hati aku dan dialah’. Jawab Alma penuh makna tersirat.

Sejak dari hari itu, setiap hari Alma akan menerima sampul surat berisi duit syiling 20 sen itu. Suatu hari itu, barulah dia perasaan surat itu tanpa setem. Bila dikumpulkan syiling tersebut hampir dua puluh dua ringgit dan dua puluh sen. Lantas disebabkan desakan naluri ingin tahunya dia mengambil keputusan untuk menyiasat perkara itu. Dia ingin mengetahui siapakah yang ingin bermain teka tekinya.

Oleh sebab itu hari ini, Alma sengaja mengambil cuti untuk mengintip pemberi surat 20 sen itu. Jam di dinding telah menginjak ke pukul satu tengah hari. Dia telah dilanda kebosanan. Orang yang di tunggu tidak juga muncul sehinggalah dia mendengar bunyi kereta berhenti dihadapan rumahnya. Cepat-cepat dia mengendap keluar untuk melihat siapakah insan misteri itu.

Setelah hampir 10 minit lelaki itu tidak juga beredar. Alma cuak. Diberanikan diri untuk bersua dengan lelaki tersebut. Apabila dia membuka pintu dan memandang lelaki itu. Dia tergamam.

Di hadapan tersenyum segak seseorang yang dirinduinya. Seseorang yang pernah hadir menagih kasihnya dulu. Teragak-agak dia merapati lelaki tersebut.

‘Adam’ bisiknya perlahan.

‘Assamualaikum Alma’salam diberi.

‘Waalaikumussalam…Adam?’

‘yer saya…saya datang nak pulangkan hak awak dulu’ terang Adam.

‘Apa dia?’

Syiling 20 sen nie’ jawab Adam..

‘Awak yang kirimkan surat-surat tu?’ Tanya Alma lagi. Adam Cuma mengangguk dan tersenyum manis.

‘tapi..kan awak dah beri dulu kan. Dah tak ada hutang lagi kan?’tanya Alma pelik. Takkan sebab itu jerr.

‘tak lah, saya masih lagi hutang awak 22.20 sen plus 22,222.20’. terang adam lagi.

‘Awat banyak sangat nie, Cuma 20 sen jerlaa awak hutang dulu..saya pun dah tak ingat dah.’terang Alma pula.

‘Memang tapi saya kena juga berikan sekali dengan hati yang perlu saya pulangkan kat awak’

‘Hati apa plak?’ confius Alma.

‘Hati awak yang saya curi dulu. Dan saya telah sediakan wang sebanyak sebagai ganti ruginya.’ Terang Adam lagi. Tersenyum menatap wajah yang selalu di hatinya. Wajah yang dirindui. Yang dipujanya. Kini dia telah kembali. janjinya pada diri untuk memiliki gadis itu hampir pasti. 5 tahun masa menjarakkan mereka. tetapi sedikitpun tidak memisahkan hati mereka. itu dia pasti. Telah diselidikinya terlebih dahulu. Dan kini dia di sini, melamar kekasih hati. direnung lagi wajah dihadapannya yang masih lagi bingung dan keliru. tidak lagi memahami makna tersirat simbolik 20 sen itu. tak apa, dia akan menunggu sehinggalah Alma memahaminya.

Alma terasa matanya berair apabila dia dapat memahami apa yang tersirat disebalik simbolik 20 sen itu. Dua hati menjadi satu. Mereka tak pernah berjanji tapi hati mereka telah lama bersatu. Dan kini segala penantian telah berakhir.

Perlahan-lahan Alma mendekati Adam. Adam menghulurkan tangan kepada Alma, lantas disambut oleh Alma. Tanpa kata mata mereka bercerita. Lalu Adam sarungkan cincin di jari manis Alma. Dengan disaksikan oleh Ziha dan Aida tanpa disedari oleh Alma.

Bagi Adam penantian dia tak sia-sia..tambah lagi dengan 2 orang spy tanpa gaji yang tak bertauliah itu, akhirnya lirikan mata saat syiling 20 sen bertukar menjadi kenyataan yang amat manis dan membahagiakan buat mereka berdua.

p/s Dah lama sebenarnya aku karang cerita ini, dah setahun lebih kot then tergantung camtu jerr, baru-baru nie jerr perasaan tentang cerita ini. tak ingat..coz pendrive hilang then cerita ini ada copy dalam laptop...so Alhamdulillah habis juga akhirnya...cerita ini berlatar belakangkan kenangan manis semasa belajar di matrikulasi KPM di Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Bangi. rasanya Kolej itu dah bertukar jadi Polytech Mara dah kot. Dulu memang best, terubat rindu pada member kat sana dulu. Nama lecturer Cik Wan memang lecturer kesayangan aku. walaupun dia garang tapi best. Last subjek untuk Perakaunan Costing, aku dapat A. tapi cerita tentang cinta Adam & Alma adalah ilham aku daripada kisah menolong seorang member yang tiada duit syiling 20 sen nak bayar makan malam suatu malam itu. then terilhamlah kisah Adam & Alma...
then untuk semua kawan2 yang singgah di sini..tolong2 komen erk..untuk diperbaiki lagi penulisan aku yang baru nak mula menulis nie..