Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 28 Jun 2010

DENDAM RINDU BERAKHIR

p/s cerita ini telah shima postkan di Penulisan2u tahun lepas kot kalau x silaplaaa. n juga blog lagi satu...oleh sebab blog lagi satu juz utk personal life jerr..so shima postkan kat sini semula.....layan ini dulu erk..sebelum n3 SRSI dipostkn...:)

Aku pulang…. Tanpa dendam
Ku terima kesalahanku
Aku pulang…. Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganku
Kau ajar aku bahagia…
Kau ajar aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkak aku derita…
Kau berikan ku bahagia
Kau berikanku derita

'Isyyyyy…Siapa pula yang rajin ganggu aku malam-malam buta ini.'terkumat kumit mulut Mutia, merungut entah pada siapa. Dengan malas digapai N70 tersebut. Berkerut dahi Mutia, dia masih ingat dengan no yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Biarpun nombor tersebut telah dipadamkan daripada memori telefon itu namun ia tetap tidak dapat dipadam dan dihapuskan daripada kotak memori ingatannya. Dibiarkan sahaja lagu Sheila on 7 terus kedengaran. Untuk mengangkatnya tidak sesekali. Cukuplah luka dan rindu yang ditanggung ini. Mutia tidak ingin menyakiti hatinya lagi.



Dicekalkan hati untuk tidak menurut perasaan lagi biarpun di dalam dada segunung rasa ingin tahu kenapa si empunya nombor tersebut menghubunginya lagi. Setelah sekian lama hubungan kasih ini terputus. Namun dikuatkan semangat untuk tidak melayan perasaan itu. Biarpun Mutia tidak pernah berdendam malah rindu itu tetap tersisip di sudut hatinya. Tetapi dia juga ada ego dan maruah yang perlu dipertahankan. Untuk apa lagi terhegeh-hegeh mengemis kasih pada yang tak sudi, yang menamakan hubungan yang terjalin itu hanyalah simpati. Dia tidak perlukan itu semua. Sudah diajar pada hati dan dirinya agar tabah dalam meniti kehidupan ini. Dia tidak perlukan simpati orang lain.



Mutia cuba menumpukan perhatian pada Majalah 3, cuba untuk menghayati cerita tersebut. Irama lagu berhenti berharap mati dengan sendirinya. Tidak sampai 5 minit, N70 berbunyi lagi. Kali ini suatu nombor asing tertera. Siapa pula yer, detik hati Mutia. Dengan teragak-agak, Mutia menekan butang hijau.



'Hello, Assamualaikum..'Kedengaran suara seorang perempuan yang asing daripada pendengaran mutia. 'Waalaikummusalam..yer..nak cakap dengan siapa? Jawab Mutia sambil terus bertanyakan soalan pada pemanggil tersebut. 'Errr..boleh saya cakap dengan Mutia, saya Alyysa'. 'Yer, Mutia bercakap, ada apa-apa yang boleh saya Bantu ker?' Tanya Mutia lagi. Setahunya dia tidak ada kawan yang bernama Alyysa, takkan aku dah jadi pelupa kot. 'Seingat sayalah, saya tak de kawan nama Alyysa, macam mana awak boleh tahu nama saya?' Soal Mutia lagi. 'Begini Mutia, awak kenal Sufian kan? Saya kawan dia'. Jawab suara yang bernama Alyysa .



'Hmmmm…'Mutia cuba menggali kenangannya bersama Sufian semula. Sedikit demi sedikit, dia teringat tentang kisah dan cerita Sufian tentang sahabat baiknya sejak dari kecil lagi.'Yup okey..Sufian ada cerita sedikit ooopps banyaklah juga tentang his bestfriend and girlfriend dia kat saya. Tapi untuk pengetahuan awaklah kan, antara saya dan Suffian dah tidak ada apa-apa hubungan dan saya tak nak ambil tahu tentang hidup dia lagi'. Tegas Mutia. Entah kenapa berbahang bara dalam hatinya. Untuk apa minah ini telefon aku malam buta ini. Setahunya Suffian tidak pernah pun memceritakan tentang hubungan mereka kepada sesiapa pun. Mutia hanyalah 'kawan baik' di alam maya. Di alam cyber bukannya di alam realiti.



Alyysa dapat merasakan ketidaksenangan yang bermukim di hatinya Mutia. Dikuatkan hati untuk terus berbicara dengan Mutia untuk memberitahu tujuan dia menghubungi gadis ini. 'Begini Mutia, memang saya dan keluarga Suffian tidak tahu apa-apa tentang hubungan awak dan Suffian. Tujuan saya telefon ini pun kerana tidak tahan melihat Suffian sebab selepas dia sedar dari koma, hanya nama awak yang disebutnya. Kami pun tidak tahu nak buat apa-apa pun lagi. Jalan terakhir adalah cari awak, hanya awak penguat semangat dia sekarang'.



'Koma? Kenapa?. Mutia betul-betul terkejut.



'Suffian kemalangan, kepalanya terhentak kuat, doctor telah membuang darah beku di dalam kepalanya dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dia kembali sedar,tapi Alhamdulillah dia telah sedar. Tetapi dia asyik sebut nama awak sahaja'. Jelas Alyysa panjang lebar. Mutia terdiam. Biarpun ada dendam dan rindu dalam hatinya. Namun dia bukanlah seorang yang kejam.



'Jadi macam mana sekarang ini?. Soal Mutia.



'hmmm..saya harap awak dapat datang melawat Suffian biarpun sekejap?. Pinta Alyysa. 'Untuk apa?, tunang diakan doctor, pandai-pandailah rawat Suffian yang sakit tu. Lagi satu Hairul kan doctor juga, tak boleh rawat bestfriend dia tue? Sinis dan berunsur cemburu dari nada suara Mutia. 'Saya tidak tahu apa yang berlaku dan dari nada suara awak saya tahu awak marah dan bencikan Suffian. Tapi tolonglah Mutia, hanya awak yang dia perlukan sekarang'. Rayu Alyysa lagi.



Hmmmmmm..Mutia menarik nafas panjang, cuba untuk mengusir sebak yang tiba-tiba datang menggigit tangkai hatinya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.cuba untuk terus berbicara.



'Rasanya awak tidap pernah tahukan Alyysa. Saya dengan Suffian tidak pernah berjumpa biarpun lebih 2 tahun kami berkawan, sebelum dia kembali rapat dengan awak, dengan kawan-kawannya yang lain, kawan dengan bekas kekasihnya dulu dan kembali ke pangkuan keluarganya. Untuk apa lagi dia hendak berjumpa dengan saya, sedangkan ketika kami berkawan tidak pernah pun dia terlintas untuk berjumpa saya. Mengapa baru kini. Tika dia sakit, baru nak cari saya. Tika dia senang bahagia dia ketepikan saya.?' Jelas Mutia panjang lebar. Dia sebak. Tanpa sedar mutiara jenis menitis di pipinya.



Alyysa bungkam, tiada kata dapat dibicarakan lagi. Dia menghela nafas. Dipandang suaminya di sisi dan juga Dr Najwa sahabat juga tunang Suffian. Terdetik sedikit kekesalan mengapa harus dia yang menghubungi Alyysa. Di pandang pula Suffian terbaring tidak bermaya di atas katil. Dicekalkan hatinya untuk terus berbicara dengan Mutia.



'Saya tidak tahu semua itu Mutia, tapi bagi pihaknya saya minta maaf. Saya rayu pada awak datanglah lawat Suffian. Dia betul-betul perlukan awak sekarang?. Rayu Alyysa lagi.



Mutia serba salah. Dia bukanlah seorang yang kejam. Malah terlalu baik hati. Selama ini dia selalu berkorban dan mendahulukn kesenangan orang lain berbanding dirinya. Tetapi kali ini Mutia berbelah bahagi. Antara kesian dan benci. Tersemat juga rindu yang bukan sedikit. Tetapi tegakah dia untuk menghadapi situasi itu. Mampukah dia untuk berlagak seolah-olah tiada dendam dan benci di hati terhadap perbuatan kejam Suffian meninggalkan dirinya terkapai-kapai setelah menemui kembali pelangi bahagia dalam hidupnya. Mampukah lagi dia memujuk hati untuk redha dengan Ujian hati yang telah dilaluinya lagi.



'baiklah Allysa, besok pagi saya pergi lawat dia, hospital mane?' Biarlah kali ini. Pertama dan terakhir. Tekad hati kecil Mutia. Mutia mendengar sahaja apa yang diucapkan. Seketika kemudian, dia memutuskan talian.


Sesudah memastikan keretanya dikunci, Mutia melangkah perlahan-lahan menuju ke bangunan Pantai Medical. Sambil dia menghubungi Alyysa untuk memberitahu kehadirannya di situ. Mutia juga meminta Alyysa menunggunya di lobi hospital tersebut.



Sampai di lobi tersebut kelihatan 2 orang wanita menanti kehadirannya dia situ. Seorang memakai jubah doctor dan seorang lagi sarat mengandung. Tentu Alyysa dan Najwa. Mutia memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyalami kedua-duanya. Mereka tidak tunggu lama dan terus menuju ke bilik Suffian. Mutia menahan debaran di hati dan mengucapkan selawat berkali-kali. Cuba untuk menenangkan dirinya. Ini kali pertama dia akan bertemu dengan Suffian, lelaki yang buat dia jatuh cinta hanya melalui suara. Seorang lelaki yang telah banyak berkongsi cerita suka dan duka sebelum ini. Seorang lelaki yang menjadi teman akrab hanya melalui telefon dan email.



Pintu bilik wad kelas satu itu dibuka perlahan. Alyysa mempersilakan Mutia masuk. Di dalam bilik tersebut kelihatan ibu dan ayah Suffian, adik-adiknya dan juga kawan karib suffian yang selama ini Mutia hanya kenal melalui cerita-cerita Suffian. Setelah diperkenalkan kepada mereka semua, Alyysa membimbing Mutia ke katil Suffian. Pucat dan sungguh tidak bermaya wajah itu. Sungguh yang dirasakan kini, tiada lagi rasa marah atau benci. Yang tinggal cumalah air mata pilu dan sedih mengenangkan diri yang tidak bermaya itu. Perlahan-lahan Mutia menyentuh tangan itu.



'Abang….abang…Ayang sampai bang' itulah kata-kat pertama yang mampu Mutia ucapkan. Cuba untuk mengejutkan Suffian dari lenanya.



Perlahan-lahan Suffian membuka matanya. Di kelip-kelipkan beberapa kali. Cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Cuba untuk mengenal pasti wajah yang terpaku di depannya. Cuba untuk mengingati siapa yang berdiri dihadapannya.

Terkumat kamit mulut Suffian..payahnya untuk mengeluarkan suara.


'Ayangggg…Mutia…'akhirnya dapat jua di sebut nama yang selama ini hanya mampu disebut di dalam hati. Nama yang cuba dikuburkan jauh di sudut hati. Seorang yang dihancurkan hatinya. Seorang yang mengundur diri hanya untuk melihatnya bahagia. Kerana keegoannya tidak mahu mengaku perasaaan kasih dan cintanya pada gadis yang ditemui di alam cyber itu. Egonya yang telah memakan diri. Dia tahu, tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk membetulkan keadaan. Namun dia tetap ingin memcuba.



Dipandang gadis itu tanpa jemu. Diraihkan tangan kecil itu. Diciumnya.



'Abang minta maaf, abang banyak salah. Abang ego untuk mengakui sayang abang pada ayang lebih dari sayang abang untuk sabahat. Lebih dari sayang abang pada Najwa. Cinta untuk Najwa sudah lama tiada. Cinta untuk awak untuk selamanya. Abang cuba menafikan perasaan itu. Tapi abang tidak mampu lagi. Jangan tinggalkan abang. Abang perlukan awak'. Mendayu suara Suffian meluahkan isi hatinya. Allysa. Dr Najwa dan Ibu Suffia mengesat air mata masing-masing.



Mutia mengesat air mstanya perlahan-lahan dia melabuhkn punggung di birai katil Suffian. Sungguh belas melihat keadaan Suffian kini. Namun hatinya telah lama mati. Telah lama beku. Baru kini terlepas beban di hatinya. Ya.. tiada lagi dendam di hatinya. Marah telah lama menghilang. Cuma yang tinggal kini hanya sisanya sahaja. Jika dari dulu Suffian tidak mempertahankan keegoannya. Jika dari dulu mereka berjumpa tentu keadaan tidak akan sama seperti hari ini. Tentu sekali mereka bahagia. Tentu sekali Mutia akan terus berada di sisi lelaki itu. Tetapi kini sudah terlambat.



Mutia bukanlah seorang gadis yang mementingkan diri. Sekilas di pandang wajah Dr Najwa, ada sendu di wajahnya. Dia tahu gadis itu tidak mampu kehilangan Suffian lagi. Dia faham kerana dia juga seorang perempuan. Siapa yang sanggup menerima semula seorang lelaki yang tetiba meninggalkan dirinya tanpa sebab ketika dipuncak bahagia. Yang ghaib sekelip mata. Mutia juga tahu kasih dan cinta Najwa tidak pernah berganjak. Hidupnya adalah untuk Suffian. Jadi siapakah Mutia untuk mencelah di tengah-tengah keduanya. Najwa yang disenangi oleh seluruh keluarga Suffian. Dan dia Mutia seseorang yang tidak pernah diketahui kewujudan dalam hati dan hidup Suffian tetiba sahaja muncul. Jika bukan kerana kemalangan yang menimpa Suffian, sehingga akhir hayat pun tiada siapa yang kenal Mutia. Sungguh pandai Suffian menyembunyikan kewujudan Mutia.



Mutia tersenyum dalam tangisan ini. Dalam hatinya. Dia harus menyelesaikan semua ini. Biarlah hari ini hari pertama dan terakhirnya dia berada di sisi Suffian. Selepas ini dia akan pergi jauh. Ada seseorang tetiba muncul di hatinya, mnggamitnya untuk bersama dengannya. Mutia tenang. Mungkin inilah petunjuk daripada Solat Iskhtikarah yang dilakukan sejak seminggu yang lalu. Dia yakin, dia telah temui petunjuk jodohnya. Dia telah temui Adamnya. Dia harus cepat cepat selesaikan perkara ini. Tidak sabar untuk bertemu Adammnya dan memberitahu keputusannya.



'Abang dah makan?' Soal Mutia kepada Suffian. Suffian menggelengkan kepalanya. 'Mutia Suapkan yer.' Kata mutia sambil mengambil sup sayur yang masih panas di atas meja bersebelahan dengan katil Suffian. Dilayannya Suffian dengan sepenuh hati. Bercerita tentang diri dan kehidupan dia sepanjang terputus hubungan dengan Suffian. Tiada suatu pun yang tinggal kecuali satu, dia telah menemui seorang lelaki yang mampu membuat dia senyum, buat dia melupai kelukaan yang diberikan oleh Suffian. Seorang yang mampu menggantikan Suffian di hatinya.



Mutia tidak sedar bila yang lain-lain meninggalkan dia melayan Suffian sendirian. Suffian telah mampu tersenyum kini kerana kasihnya telah kembali. Masa berlalu terlalu cepat rasanya, hinggalah terdengar irama lagu Sheila on 7 dari telefon bimbit Mutia.



Mutia cepat-cepat menjawab telefon. Tersenyum bahagia dia mendengar suara itu. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang disebutnya. Kemudian dia meletakkan telefon. Seketika kemudian Mutia, menghubungi Alyysa untuk memberitahu dia ingin pulang dan mahu Najwa dating ke bilik Suffian.



15 minit kemudian Najwa memunculkan dirinya sambil tersenyum hambar. Dia juga meminta maaf kerana lambat sedikit kerana baru merawat pesakit dan juga menyampaikan salam Alyysa yang telah lama pulang ke rumahnya. Mutia Menggamit Najwa menghampiri katil Suffian. Diambil tangan Suffian diletakkan di dalam genggaman tangan Najwa.



'Abang…Najwa sudah ditakdirkan sebagai Teman Hidup abang. Jodoh abang. Bukan saya. Abang sedar, abang cinta dan sayangkan saya sudah terlambat bang. Cinta dalam hati untuk abang telah lama mati. Kehadiran saya di sini pun untuk pastikan masih adakah cinta itu. Jawapan yang saya temui, tiada. Dan ada cinta lain yang telah singgah di hati ini. Yang memberikan saya bahagia. Yang dapat membuat saya tersenyum kembali. Dan cinta itu tidak sesekali membiarkan air mata ini menitis. Selama ini saya tidak sedar. Baru saat ini saya sedar. Hati saya telah ada dia. Dan Najwa adalah amanah abang. Dia akan jaga abang lebih baik dari saya.' Mutia tersenyum kepada keduanya sambil menyambung bicaranya.



'cinta kita hanyalah cinta seorang sahabat. Dan ia akan kekal begitu untuk selamanya. Saya akan perkenalkan abang dengan Adam saya nanti.harap kita boleh jadi kawan untuk selamanya. Tiga bulan lagi saya akan kawin, itulah perjanjian yang saya buat dengan Adam, andai saya terima lamarannya hari ini. Nie pun tak sabar-sabar saya nak jumpa dia'. Berubah nada suara Mutia menggambarkan isi hatinya.



Dia puas hati. Mutia tidak ingin pandang ke belakang lagi. Mutia tahu Suffian ingin menyuarakan sesuatu,namun tidak diendahkan oleh Mutia. Mutia bersalaman dan berpelukan dengan Najwa. Amat perlahan tetapi masih didengarinya ucapan terima kasih Najwa.



Mutia tersenyum memandang Suffian dan Najwa untuk kali terakhir sebelum melangkah meninggalkan wad kelas permata itu. Bibirnya tanpa di paksa tersenyum ramah sesiapa yang berselisih dengannya. Pergilah derita. Pergilah rindu dendam dalam hati ini.. datanglah bahagia.. pergilah sepi…tidak sabar untuk berjumpa Adamnya untuk sebuah jawapan kasih.tamat.

Featured