Wednesday, 29 September 2010

Si Adik Manja dengan Menantu pilihan Abah -4



“Errrhhh”
“Alhamdulillah…”ucap Adik. Syukur di atas nikmat yang diberikan. Berada di kampung amat membahagiakan. Mengenyangkan. Bukan seperti duduk di hostel sana, semua makanan tidak kena pada selera. Dia makan pun sebab terpaksa. Kalau tidak macam mana hendak dapatkan tenaga untuk memanjat tangga ke tingkat tiga nuh. Jika tidak macam mana dia hendak mendaki bukit, berkejar ke kelas dan tutorial nanti. Itu pun kak long tidak sudah-sudah membebel. Tiap kali telefon itulah yang ditanya terlebih dahulu. adik sudah makan? Vitamin makan tak? Banyak lagi ker vitamin? Minum air banyak yer. Haaa itulah mukadimah panggilan telefon daripada kak long. Mentang-mentanglah dia seorang doctor. Semua percakapannya mesti berkaitan dengan ubat. Tidak pun seangkatan dengannya.
            Adik bersandar kekenyangan. Macam ular sawa yang sedang kekenyangan laaa plak. Dah tersebut tentang ular ini. teringat dia tentang mimpi-mimpi yang datang di dalam tidurnya lewat kebelakangan ini. setiap malam mimpi itu akan hadir. Seekor ular yang sederhana besar, tidak tahulah ular jenis apa, menunggunya di sisi katil. Ular itu mendekatinya lalu tidur bersamanya. Setiap kali ular itu menyusap masuk ke dalam selimutnya pasti dia akan terjaga. Bagaikan terasa kelicinan badan ular yang kian membelitnya. Lalu dia diburu ketakutan. Hinggakan dia fobia untuk melelapkan mata kembali.
            Untuk mengatasinya setiap malam sebelum tidur. Dia mengambil wuduk dan membaca tujuh kali surul Qul. Diletakkan juga surah yassin di tepi bantal tidurnya. Tetapi mimpi itu tetap juga datang. Dia pelik. Dia takut. Tidak pernah pula diceritakan kepada sesiapa. Tidak pada umi, tidak juga pada kak long dan kak chik. Abah pun sama. Dia hanya mendiamkan diri sahaja kerana di waktu siang hari langsung dia tidak teringat pun tentang mimpi itu.
“eloklah anak dara bersandar macam tuh. Duduk elok” tegur umi dan menampar paha adik. Adik tersengih-sengih. Lalu membetulkan kedudukannya. Ketika ini adik, umi dan abah sedang berehat-rehat selepas makan malam di ruang tamu sambil menonton cerita yang disiarkan di televisyen.

Setelah umi mengambil tempat disebelahnya, terus sahaja adik merebahkan kepalanya ke atas riba umi. Saja nak bermanja-manja laa tuh. Kalau tidak bila lagikan. Nak buat macam nie alamatnya kena tunggu lagi 3 bulan laaaa. Lama lagi tuh.
“eh..tidur pulak budak nie, bangun..bangun..baru je lepas makan mana boleh terus baring, nasi pun tak sempat turun ke perut lagi tuh. Tak elok untuk tubuh badan kita” nasihat Umi sambil meengangkat kepala adik supaya duduk elok- elok di kerusi panjang itu.
“ala umi ni, orang nak bermanja sikit pun tak boleh. Dah laa adik sudah lama terpisah dengan umi. Nak tidur atas riba umi tak boleh gak” rajuk Adik.
“bukan tak boleh, kan lepas makan tuh. Nanti kang dia mengadu sakit perut pulak. Dan bertambah malas laa anak umi ni bila lemak dah membiak ke dalam badan tuh. Bertambah manja. Nak bermanja pun tunggu biar makanan yang dimakan tuh turun dulu. Dah laa makan punyalah banyak. Kalah abah” nasihat umi sambil memujuk.
            Tersenyum abah mendengar pujukan umi  kepada anak manja mereka itu. adik sudah memuncung mulutnya. Lagi tambah panjang muncungnya apabila melihat abah senyum-senyum memandangnya.
“abah pun sukalah umi marah adik yer. Tahulah umi dan abah dah tak sayang kat adik lagi” rajuk adik.
“laaa ke situ pula dicakapnya. Sayanglah. Kenapa lak tak sayangnya. Betullah cakap umi tu. Abah tak rasa jauh pun dengan adik walaupun adik tak ada kat rumah. Sebab apa tahu tiap-tiap malam abah mendengar suara adik membebel. Bercerita itu dan ini. tak habis-habis. Jadi macam manalah kami dah tak sayang kat adik?” pujuk abah pula.
            Lalu umi memeluk bahu adik di sisinya. Sebuah ciuman hinggap di pipi adik.
“inilah intan paying, buah hati umi. Takkanlah umi nak marah kat adik. Lagipun adik dah besar panjang. Dah mula belajar hidup berdikari di tempat orang. Sesekali balik mestilah umi tunggu. Teguran umi tu bukan bermaksud marahkan adik, tak sayang kat adik. Tetapi sebagai peringatan, sebagai nasihat. Sebagai pedoman untuk adik nanti. Yerlah bila makan terus tidur, memang tak elok untuk pernafasan kita, akan membuatkan kita sesak nafas. Tidak elok untuk system pencernaan kita sebab makanan tidak dapat dihadam dengan betul. Nanti akan sakit perut pula. Lagi satu, masa tengah Kenyang macam tu, mata pun lali nak tidurlah. Jadi segala kerja akan tertangguh kalau setiap kali lepas makan, mengantuk dan tertidur. Jadi tak boleh dibiarkan. Jangan diamalkan. Banyak kesan buruknya untuk kesihatan kita” jelas umi panjang lebar.
            Adik terdiam mendengarnya. Umi ni, setiap larangan dan tegurannya ada alasannya yang tersendiri. Sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri juga. Hahahhaah bukan adik tak tahu, dah tahu sangat. Tapi yelaaa..sudah namanya adik manjakan? Anak bongsu penghibur lara umi dan abah. Mesti adanya benda nak dirajukkan. Saja nak perhatian lebih daripada umi dan abah. Tambah pula dok jauh-jauh macam ni. Adik tersenyum lalu memeluk uminya, diberikan kucupan kasih ke dua belah pipi umi dan direbahkan kepalanya ke dada umi pula. Umi tersenyum dan membalas pelukan adik itu.
Abah melihat sahaja kelakuan dua beranak itu lalu berkata, mengusik.
“peluk umi jer? Abah tak nak peluk ke?” sengih abah.
Cepat-cepat je adik mendapatkan abah di sebelahnya. Lalu dicium pipi abah dan memeluknya.
“abah..malam ni adik tidur dengan abah dan umi erk” minta adik.
“ah..sudah..pengacau dah kembali uminya.” Kata abah pada umi. Umi tersenyum mendengarnya.
“adik dah besar panjang. Dah belajar jauh pun. mana boleh tidur dengan umi  dan abah lagi. Bagilah can untuk abah bermanja dengan umi pulak”
“kenapa plak, abah kan dah puas bermanja dengan umi masa adik tak ada. Bagilah peluang untuk adik tidur peluk umi lak. Lepas ni lagi lama adik tak balik. Cian adik tau”
“abah tak ciankan adik ker?”adik berlagu kata sedih.
“tak”
“mana boleh amik bantal peluk abah tuh. Nak bantal peluk, adik kena cari laaa” usik abah.
“tak nak, nak tidur peluk umi jugak” adik dan membentak marah.
Abah tiba-tiba ketawa kuat. Anak manja betul. Tak berubah-ubah. Tingkahnya sama semasa kecil dahulu. padahal dah besar pun. sudah menjadi anak dara. Sudah layak untuk berkahwin pun. Macam itulah. Asyik berebut umi dengan abah je. Sampai abah terpaksa bertindak tegas. Walaupun adik merayu-rayu untuk tidur bersama mereka. Tetapi abah buat tidak peduli sehinggalah adik membiasakan tidur sendirian.
“bolehlaa abah ye..malam ni jerr adik nak tidur dengan umi. Malam esok dan seterusnya adik tidur dalam bilik adik”
“habis tu abah nak tidur kat mana pula?”?
“abah pun tidur sekali dengan umi dan adiklah. Adik tidur di tengah-tengah umi dan abah yer” atur adik. Abah menggeleng kepala. Adik…adik..ada je akal dia apabila hendakkan sesuatu. Tak boleh dan nak tahan-tahan.
“hmmmm ikut adiklah” putus abah. Mengalah. Tersengih-sengih adik. Macam kerang busuk pun ada apabila mendapat apa yang dihajatinya.
“esok, rumah pak cik hasyim buat kenduri maulidur rasul. Nanti adik ikut umi ke sana yer menolong” dengar sahaja ajakan umi, adik terus menegakkan badannya.
“tak pergi tak boleh ke umi” tanya adik.
“tak boleh. Lagipun mak cik Khadija selalu tanya adik. Dia tahu adik balik siap dipesan awal-awal kat umi supaya adik datang rumahnya” jelas Umi.
“dulu kan adik suka pergi rumah mereka tu. Kenapa pula sekarang tak suka.” Tanya umi walaupun dia telah tahu perkara yang sebenarnya.
“dulu tak pelah, budak jahat tu tak ada kat rumah. Sekarang ni budak jahat berlagak alim tuh dah balik. Tak mahulah. Adik benci dia. Tak suka dia sering ganggu adik dulu. Parut kat lutut adik masih ada lagi umi tau tak” jelas adik pula.
“itu dulu, masa kecik dulu memang nakallah. Sesiapa pun nakal jugak. Adik pun nakal jugak kan?”
“tapi nakal adik tak ada pula sampai cederakan orang, buat orang sampai nangis-nangis.”
“dah namanya budak lelaki dik, cara mereka mengusik ni memanglaa kasar sikit.”
“dah..dah ..jangan nak amik hati tentang perkara masa budak-budak dulu”
“tapi abah..umi..adik tak leh tengok muka dia, benci!!!”
“adik..tak baik benci orang melebih-lebih ni, nanti lain pula akan jadi. Mana tahu lepas ini adik plak sayang dia lebih-lebih” usik abah.
“huhuhu..simpang malaikat 44 bah”
“huh..tak baik cakap macam tuh.”
“ajakan umi muktamad, esok adik kena ikut umi pergi ke rumah pak cik hasyim tuh”
“itu bukan ajakanlah..itu paksaan” ajuk adik yang sedang menyilangkan tangan ke dadanya. Mukanya usah cakaplah macam..macam asam boi..hahahahaha..masam pun manis gak. Abah dan umi saling berpandangan sambil bertukar senyum. Tiada kata pujukan lagi. Dibiarkan saja adik begitu.


Layan sekejap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...