Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Ahad, 31 Oktober 2010

Oktober 31, 2010

Selingan hari ini


 1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
       Jawapannya kerana :
 kerana kalau kawin satu is ONE
 kalau kawin dua isTWO 
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
    SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
    SENYUM pada kekasih tanda cinta.
    SENYUM depan pc tanda gila,
    masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
       Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
        MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
       MASIH PICIT??
       LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
    makin dipendam makin gelisah...
    bila di lepaskan ... ... .
    ahhhhhhh lega rasanya... ... .

 5.Aku terpaku dek renungan matamu,
     hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
     nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
    lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
     maka berdoalah; dan
    apabila selesai berdoa, jika
     kegelapan masih mengelilingimu
      maka bayarlah

Sabtu, 30 Oktober 2010

Oktober 30, 2010

Aku Cinta Padamu ~14 ~ - Oleh : Caza 14


"Aku terima nikahnya Anita Binte Razak dengan mas kahwinnya, seutas rantai tunai." Akad sudah selesai di jalankan. Kini sahlah Kamal Hisham dan Anita sebagai suami isteri. Kamal tersenyum, mengucup dahi isterinya; seraya mengucap syukur di dalam hatinya. Akhirnya impiannya membina istana cinta bersama Anita tercapai. Moga berkekalan hendaknya, doanya lagi.




DI AUSTRALIA:




Matanya perlahan di buka. Tapi di rasakan perit. Cepat-cepat di pejamkan semula. Sebentar kemudian, cuba di buka semula kelopak matanya. Biar di rasakan perit, cuba di gagahi. Perlahan-lahan pandangan matanya di tebarkan di sekeliling. Hanya dinding putih mengelilinginya. Bau ubat-ubatan pula menerpa rongga hidungnya. Badannya cuba di gerakkan. Namun, rasa sakit yang menyentap membuat dia terhenti. Dia mengerang menahan sakit, kembali merebahkan badannya semula.




"Amy," satu suara menegurnya lembut. Amelia menoleh, pandangannya masih berbalam-balam. Cuba di pastikan sekujur tubuh di hadapan. Matanya di cerunkan ke wajah di hadapannya. "Y.. Yusri," perlahan nama itu di sebut. Wajah itu tersenyum, menghampiri dan mencapai jemarinya.




"Syukur, syukur Amy dah sedar. Alhamdulillah," ucap Yusri. Resah yang menghantui kamar hatinya sejak dua hari yang lalu, berbebaran pergi. Sejak Amelia kemalangan tempohari dan tidak sedarkan diri, Yusri menjadi penghuni setia hospital itu. Terus menanti di sisi Amelia.




"Err, Amy tunggu sebentar," Yusri bingkas bangun, melangkah keluar. Sebentar kemudian, "Amelia!!" Puan Halimah menerpa ke arah Amelia. Mereka berpelukan, tenggelam dalam airmata. Amelia mengucup wajah ibunya. Sekali lagi mereka berpelukan.




"Amy jangan banyak bergerak. Amy masih lemah lagi," pesan Puan Halimah seketika kemudian. Amelia hanya mengangguk-anggukka n kepalanya.




"Berapa hari Amy tak sedar, Ma?" soal Amelia perlahan. Dia melihat keadaan dirinya. Tangannya masih berbalut. Begitu juga dengan kedua kakinya. Kepalanya juga berbalut kemas. Masih terasa sakit seluruh badannya.




"Dah 3 hari Amy. Yusri yang telefon ibu di S'pore. Katanya Amy kemalangan. Bergegas ibu datang ke sini Amy. Ibu risau melihatkan keadaan Amy. Syukurlah Amy dah sedar sekarang," Jemari Amelia di paut erat Puan Halimah. Airmata masih lagi bersisa di pipinya.




Yusri hanya tercegat memerhati, sesekali tersenyum ke arahnya dan Puan Halimah. Dalam diam, dia mengucap syukur. Tuhan aja yang tau, betapa resah dia meniti hari-hari ketika Amelia tidak sedarkan diri. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Gadis yang terlalu di cintainya.




"Eh, biar ibu telefon Mak Ngah Amy di Spore dulu. Dia risau juga tu," Puan Halimah bergegas keluar, setelah satu kucupan singgah di dahi Amelia.




"Yus," panggil Amelia perlahan. Yusri hampir, berdiri di samping Amelia. Dia melemparkan sebuah senyuman. 




"Terima kasih Yus," ucap Amelia lagi.




"Tak perlulah Amy berterima kasih. Yus cuma buat apa yang patut. As your cousin," suara Yusri membalas perlahan.




Amelia menunduk. Seketika kemudian, dia mendongak kembali. Wajah Yusri di sapu pandangan matanya. Wajah putih bersih, berkacamata itu pernah membuatnya sering tertawa semasa mereka remaja dahulu. Yusri selalu menghiburkan hatinya. Perhubungan memang erat sejak kecil lagi, tapi rupa-rupanya Yusri sudah terpaut hati padanya. Yusri sudah terlanjur menyayangi dirinya lebih dari seorang saudara pada saudaranya yang lain.




Amelia mencantas hayalannya tadi, bila dia tersedar Yusri gelisah di perhatikannya. "Yus," sapa Amelia. Yusri mendongak, melayarkan arah pandangan padanya. "Why are you so good to me?" soal Amelia pula.




Yusri mengeluh perlahan. Dia menjawab seketika kemudian, "Rasanya Amy lebih tau apa yang tersurat di hati Yus sekarang ni. Tapi Yus buat semua ni, bukanlah untuk memaksa Amy menerima diri Yus. Biarpun kalau di takdirkan, Amy tak dapat Yus miliki, Amy tetap sepupu yang Yus sayang sampai akhir hayat. Cuma satu yang Yus minta, berilah peluang. Beri peluang untuk Yus buktikan cinta Yus pada Amy. Jikalau selepas itu, Amy masih tak dapat menerima cinta Yus, Yus akan berundur diri."




Amelia sayu mendengar luahan Yusri. Dadanya makin sebak. Dia mendongak, airmata perlahan mengalir ke pipinya. Lidahnya bagaikan terkunci. Dia hanya melihat Yusri berlalu pergi dalam deraian airmatanya.




Malam pengantin di layar bersama. Kamal dan Anita tenggelam dalam rasa cinta yang hangat dan indah.




Yusri menyorong kerusi roda itu, seiring mengatur langkah bersama Puan Halimah. Suria juga mengiringi mereka. Sudah seminggu, Amelia di hantar pulang. Tapi kedua kakinya yang patah, akan mengambil masa untuk sembuh. Begitu juga dengan tangannya. Masih berbalut rapi.




"Maafkan Ma, Amy. Sebab tak boleh berlama di sini, banyak perkara yang harus di uruskan," Puan Halimah tersenyum, mengusap mesra rambut Amelia.




"Tak apalah Ma, ni pun dah lama sangat kerja di Spore tu Ma tinggalkan. I will be fine," Tangan ibunya di paut, di kucup mesra.




"Baiklah. Amy jaga diri baik-baik. Su, Yus, tolong tengok-tengokkan Amelia," pesan Puan Halimah. Suria dan Yusri bersalaman erat dengan Puan Halimah sebelum dia melangkah menaiki pesawat yang akan meninggalkan Australia sebentar lagi.




"Err.. Yus, Amy. Su pulang dulu ya?"




"Eh, balik sama-samalah. Kan kita naik kereta Yus tadi," sahut Amelia.




"Errr..," wajah Suria mula merona. Sekejap-sekejap jam di tangan di kerling.




"Hmm, ada temujanji?" soal Amelia. Bibirnya merekah mengukir senyuman. Suria hanya tersenyum, tertunduk malu.




"Di mana, sini ke?" soal Yusri pula. Suria menganggukkan kepalanya.




"Kalau macam tu, kita pulang dulu. Amy?"




"Oklah, Su. Amy balik dulu." Kerusi roda itu di sorong perlahan menuju ke kereta Yusri. Perlahan bahu Yusri di pautnya sebelum di papah masuk ke perut kereta. Yusri melipat kemas kerusi rodanya, meletakkan di tempat duduk belakang. Sebentar kemudian, enjin kereta di hidupkan.




Mereka hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan. Walau banyak yang hendak Amelia perkatakan pada Yusri, namun lidah bagaikan terkunci. Sekilas di toleh ke wajah Yusri. Sebentar cuma, di alihkan semula ke luar. Tapi, sebentar kemudian kembali di pandang Yusri semula.




"Amy nak cakap sesuatu?" sapa Yusri. Tapi matanya masih lagi terarah ke hadapan. Kereta di pandu perlahan. Amelia menunduk, jemari menguis-guis hujung tudungnya.




"Marahkah Yus pada Amy kalau cinta Yus Amy tolak?" soal Amelia seketika kemudian.




"Tak, mengapa Yus harus marah. Cinta tak boleh di paksa, Amy," sahut Yusri ringkas.




Amelia termenung seketika. Kata Yusri tadi mengusik mindanya. Ya, cinta tidak boleh di paksa. Seperti cintanya pada Kamal yang tidak berbalas. Dia tak boleh memaksa Kamal menyintainya. Arhh.. usah di kenang Kamal, dia suami orang. Tapi, memang mudah untuk berkata-kata. Namun, dia sedar cintanya pada Kamal tidak akan terhakis dengan mudah. Cintanya terlalu agung.




"Biarlah cinta Amy pada Kamal bertakhta. Tapi berilah Yus peluang untuk menumpang sepicing kasih sayangmu, Amy," sambung Yusri. Sekilas di toleh, menyapu wajah Amelia.




Amelia hanya membiarkan kata-kata Yusri tidak bersahut. Setiba di Frank Tate House; tempat Amelia menginap sepanjang meneruskan pembelajarannya, dia sekali lagi di papah keluar.




Yusri menolak kerusi roda hingga ke pintu biliknya. Amelia berpaling,"Terima kasih Yus." Yusri tersenyum kecil. Ketika dia ingin melangkah pergi, "Yus!" Amelia memanggil.




Yusri menoleh, langkahnya terhenti. "Jangan sia-siakan peluang yang Amy beri?" Amelia melemparkan senyuman. Yusri membalas mesra, bibirnya merekah mengukir senyuman sebelum kembali melangkah semula. Tapi, kali ini langkahnya di rasakan ringan, bagaikan tiada beban lagi yang di tanggungnya. Dunia di rasakan kembali indah.




Masa dan waktu terus berlalu. Perhubungan yang terjalin di antara Amelia dan Yusri semakin mesra. Namun belum pernah Amelia membalas lafaz cinta dari Yusri, walau sudah berkali-kali Yusri cuba menyakinkan. Baginya cinta hanya sekali dan cinta yang sekali itu telah di berikan pada Kamal Hisham. Tak mungkin akan ada cinta lagi buat dirinya.




"Amy!!" Amelia menoleh. Yusri menuju ke arahnya, melemparkan senyuman lebar. Amelia membalas mesra.




"Yus tunggu Amy ke?" Yusri mengangguk-anggukka n kepalanya. Bag Amelia di capai, di sangkut ke bahunya. Sempat Amelia tersenyum. Dia berjalan memapah tongkat di samping Yusri, menuju ke Caulfied Railway Station untuk pulang ke kampus.




Sebentar kemudian, keretapi tiba untuk ke Dandenong, Frankston dan Pakenham. Amelia melabuhkan punggung di tempat duduk berhampiran tingkap. Yusri duduk di hadapannya. Tidak ramai pelajar yang menaiki keretapi itu bila waktu petang begini. Keretapi mula meninggalkan stesen. Amelia melemparkan pandangan ke luar, tenggelam dalam hayalannya sendiri. Kekadang wajah Kamal cuba mencelah, tapi cepat di tepisnya. Tak mahu lagi dia melayan impian yang sia-sia. Yusri memerhatikan Amelia. Pandangan di cerunkan, menyapu wajahnya. Sebuah keluhan kecil di lepaskan. Sukar benar memiliki cinta mu, Amy; sempat hatinya berkata-kata. Cintamu pada Kamal terlalu suci, tak dapat ku nafikan. Namun berilah sedikit ruang untuk ku menumpang di hatimu. Ku janji akan setia. Setia pada cinta mu, Amy. Berilah aku peluang. Mengapa sukar kau menerima diriku. "Hey!!" Pehanya di tepuk lembut. Amelia bingkas bangun, Yusri menurut.




"Kenapa ni, Yus diam je?" soal Amelia seketika kemudian. Mereka berjalan menuju ke Frank Tate House.




"Perasan juga ya, Amy," usik Yusri pula.




"Eh, mestilah. Sepupu kitakan," Amelia membalas usikan Yusri, tertawa kecil.




"Sepupu je ke Amy?" Langkah Amelia terhenti bila terdengar soalan yang Yusri lontarkan.




"Tak lebih dari itu? Tak ada peluang ke untuk Yus miliki hati Amy?" Yusri meneruskan lagi bila di lihat Amelia hanya berdiam diri. "Amy beri Yus peluang, tapi peluang itu rasanya bagaikan terkunci. Bila Yus rapat, Amy menjauh. Tak ada ruang ke di hati Amy untuk Yus menumpang?" Dia melangkah sayu, mengiringi Amelia yang masih berdiam diri. Mereka tiba di tangga menuju ke bilik Amelia. "Sampai sini sajalah Yus, terima kasih. Maafkan Amy." Perlahan begnya di capai dari genggaman Yusri. Dia berpaling, meneruskan langkah. Satu demi satu anak tangga di pijak perlahan. Yusri hanya tercegat memerhati. Dia berpaling, mula melangkah. Hatinya di ragut kecewa.




Suria memandangnya, mengeleng-gelengkan kepala. "Sampai bila Amy harus begini? Lupakan Kamal, Amy. Dia suami orang."




Amelia diam. Dia sedar tak sepatutnya dia masih menyimpan cinta untuk Kamal. Apa gunanya lagi, takkan hendak berdoa agar rumahtangga mereka gagal supaya dia dapat memiliki Kamal semula. Iskk, aku takkan bertindak sejauh itu, sahut hati kecilnya.




"Amy, kekadang ni lebih baik di terima orang yang lebih sayangkan diri kita, lebih dari kita sayangkan dia. Yusri tu betul-betul sayangkan Amy," sambung Suria lagi.




"Jangan memaksa, Su," Amelia menyahut.




Suria mengeluh keras. "Su tak memaksa. Tapi berilah peluang pada Yus, Su. Tak semestinya mesti jatuh cinta dengannya. Tapi, rapatilah dia dulu. Nilai hati budi dia dulu dan kalau selepas itu, cintanya masih tak boleh Amy terima, tolaklah niatnya baik-baik. He's a good guy, you should know that?" Amelia mengangguk perlahan. Dia akui Yusri memang baik. Punya akhlak dan budi pekerti. Tiada yang kurang. Tapi mengapa sukar untuk membuka pintu hatinya menerima cinta Yusri. Amelia merebahkan tubuhnya perlahan. Letih rasa memikirkan semua ini. Alangkah indahnya kalau dapat di pejamkan mata dan apabila di buka semula, semua masalah telah temui jalan penyelesaiannya sendiri. Tak perlu di fikir-fikirkan. "Su balik dululah ya. You think about it," Suria menepuk lembut bahunya sebelum berlalu pergi. Amelia memejamkan matanya, ingin melontarkan semua masalahnya pergi. Namun dia sedar, sekali lagi malam akan tiba dan berlalu pergi tanpa mimpi datang bertamu. Matanya di pejamkan perlahan.




Kamal duduk membatu, memerhati sekujur tubuh di hadapannya. Peluh dingin menitik di dahinya walaupun bilik itu di lengkapi hawa dingin. Benak Kamal berputar-putar. Kembali terdengar kata-kata doktor sebentar tadi. "Isteri awak keguguran. Sudah hampir 4 bulan kandungannya." 4 bulan!! Sedangkan baru saja hampir 2 bulan mereka bernikah. Mana mungkin kandungannya sudah mencapai 4 bulan, mana mungkin?! Bingung Kamal memikirkannya. Wajah Anita terus di renung.




DI AUSTRALIA:




"Boleh Amy jumpa Yus sekarang? Amy ada di Seahorse Tavern ni." Yusri mengatur langkah. Sempat juga hatinya tertanya-tanya mengapa Amelia hendak berjumpa dengannya. Pintu masuk di tolak. Ternampak Amelia di sudut restoran. "Hai Amy," tegur Yusri. Amelia senyum.




"Dah makan?" soal Yusri pula, seraya ingin bangkit membuat pesanan.




"Eh, tak payahlah. Kita borak aje?" cadang Amelia pula. Yusri kembali melabuhkan punggungnya semula. Mereka berdua mendiamkan diri. Hanya alunan muzik perlahan yang terdengar. "Amy ada sesuatu nak beritahu Yus?" soal Yusri, bila Amelia terus berdiam. Amelia mengangguk. Dia mendongak. Yusri mengangkat keningnya, menanti bicara Amelia seterusnya.




"Cuti semester nanti, kita pulang ke S'pore ya?" Amelia mengaju pertanyaan.




"Well, kalau nak balik kita balik samalah," jawab Yusri pula.




"Kita tunang cuti nanti?" Yusri terkejut. Berkerut dahinya memandang Amelia. Bagaikan tidak percaya apa yang di dengarnya.




"Tunang?" sahut Yusri pendek. Amelia tersenyum seraya kepalanya di anggukkan.




"Inilah peluang untuk Yus." Bibir Amelia masih mengukir senyum, Yusri membalas.




"Terima kasih, Amy. Yus janji takkan sia-sia kan peluang yang Amy beri." Tangan Amelia di raih, di genggam erat.




"Hmm, jangan mudah berjanji Yus. Kita manusia, mudah lupa pada janji."




"Tapi itu bukan Yus. Insyallah, apa yang Yus janjikan akan di kotakan." Jemari mereka bersatu erat, bersama seribu satu kebahagiaan yang cuba di gapai.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Oktober 29, 2010

Berkorban itu Indah

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama?

Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan - perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.
Oktober 29, 2010

Indahnya malam pertama

                                            
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...                                    
Tuk merenungkan indahnya malam pertama                                    
                                                                            
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata                          
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa                        
Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut                    
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara                  
                                                                            
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan                                    
Mandipun...harus dimandikan                                                
Seluruh badan Kita terbuka....                                            
Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .                                  
Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan      
                                                                            
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan                            
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...                        
Itulah sosok Kita.....                                                    
Itulah jasad Kita waktu itu                                                
                                                                            
Setelah dimandikan.. ,                                                    
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih                          
Kain itu ...jarang orang memakainya..                                      
Karena sangat terkenal bernama Kafan                                      
Wangian ditaburkan kebaju Kita...                                          
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan                            
                                                                            
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita                                
Keranda pelaminan... langsung disiapkan                                    
Pengantin bersanding sendirian...                                          
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga                    
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul                          
                                                                            
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga                            
Serta rasa haru para handai taulan                                        
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir                        
Akad nikahnya bacaan talkin....                                            
Berwalikan liang lahat..                                                  
                                                                            
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan                      
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan                              
Dan akhirnya..... tiba masa pengantin..                                    
Menunggu dan ditinggal sendirian,                                          
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan                      
Malam pertama yang indah atau meresahkan..                                
                                                                            
Dite mani rayap-rayap dan cacing tanah                                    
Di kamar bertilamkan tanah...                                              
Dan ketika 7 langkah telah pergi....                                      
Sang Malaikat lalu bertanya........                                        
Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur... 

Khamis, 28 Oktober 2010

Oktober 28, 2010

Aku Cinta Padamu ~13 ~ - Oleh : Caza 14


DI AUSTRALIA:

Waktu dan masa sering berkejaran. Tak di sangka sudah agak lama juga dia di sini, menghidup udara bumi Australia yang masih lagi di rasakan asing. Walau sudah dapat di sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan sudah mempunyai beberapa teman sekuliah, namun dia masih merasakan ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Dia tak seperti dulu. Keceriaan, senyuman di bibir hanya hiasan. Hiasan menutup hati yang resah. Puas sudah di cari punca keadaannya begini dan dia sedar apa yang masih lagi memburunya. Kamal Hisham. Ya, nama itu yang masih memburunya setiap saat dan waktu. Sudah puas cuba dia melontarkan segala kenangan bersamanya, tapi sukar. Setiap masa luang, pasti benaknya di heret mengenangkan Kamal. Kamal.. Kamal.. Kamal.. nama itu sahaja yang bergema di segenap pelusuk jiwanya.

Kertas-kertas yang berselerak tadi di susun rapi. Amelia bangun, mengerak-gerakkan badannya ke kiri dan kanan. Cuba menghilangkan lenguh setelah sejak tadi cuba menyiapkan kertas kerja yang harus di hantar esok. Setelah mengeliat beberapa kali, dia kembali melabuhkan punggungnya ke kerusi. Skrin komputer kembali di tatap. Alamat website yahoo di taipkan di bahagian URL. Sebentar kemudian, terpapar 4 emel baru dalam inboxnya. Amelia hanya memerhatikan lesu. Takde rasa dalam dirinya untuk membaca emel-emel kiriman Kamal. Emel-emel bertajuk, 'Where are you', 'I'm Missing You', 'Losing You' itu semua di biarkan sepi. Dia menyandarkan badannya ke kerusi, namun matanya masih lagi tertancap pada emel-emel itu. Seketika kemudian, dia bangkit. Mencapai tudung kelabu yang di pakai siang tadi, memandang cermin seketika dan pantas menuju ke pintu. Keadaan kampus sudah agak sunyi pada ketika itu. Jam di tangan di kerling seketika. Sudah dekat 9 malam. Pantas dia menuju ke deretan telefon di ujung bangunan. Ingin di hubungi ibunya di Singapura. Tetiba dadanya sebak di serang rindu pada ibunya, pada mak ngahnya dan pada... Kamal. Langkahnya makin cepat di atur. Beberapa pelajar di situ berpaling padanya tersenyum. Dia membalas sebentar cuma, gagang telefon di angkat.

Sebentar kemudian, "Assalamualaikum ibu," sapa Amelia tersenyum, mendengar suara ibunya di corong telefon.

Puan Halimah kedengaran tertawa juga. "Walaikumsalam, nak. Amy sihat ke?" sahut Puan Halimah lagi.

"Sihat alhamdulillah, Ma sihat?" soal Amelia lagi. Bibirnya mekar mengukir senyuman. Reda sedikit rasa rindu yang kuat mengegar jiwanya tadi.

"Alhamdulillah Amy. Cuma sibuk sikit di ofis tu. Amy macamana, studi ok ke?"

"Ok je Ma, ada yang susah juga. Tapi minta tolong kawan-kawan jelah kalau ada yang tak dapat nak buat tu. Yus pun banyak tolong Amy, Ma. So oklah semuanya."

"Haa, mana Yus? Sihat ke dia?" sambung Puan Halimah seketika kemudian.

"Dia pun sihat juga Ma. Tapi, hari ni Amy tak nampak pulak dia. Sibuklah tu kot, Ma."

"Hmm, Amy?" sapa Puan Halimah perlahan.

"Iya Ma? Kenapa ni, Ma ada masalah ke?" Resah menyapa di pintu hati Amelia mendengar suara ibunya begitu.

"Kamal tak contact Amy ke?" soal ibunya pula.

Amelia terdiam seketika terdengar nama Kamal di sebut ibunya. Dia teringat emel-emel Kamal yang tidak berbalas. "Ada juga dia hantar emel pada Amy, hmm.. tapi, tak sempat nak balas lagi."

"Hmm, dia tak beritahu Amy apa-apa ke?" sambung ibunya lagi.

Amelia mengeleng-gelengkan kepalanya, tapi sebentar kemudian, membalas pertanyaan ibunya.

"Tak Ma," jawabnya pendek, cuba menyembunyikan resah yang menyapa.

"Amy...," panggil ibunya mesra.

"Ya Ma," gagang telefon itu makin erat di genggaman Amelia. Bagaikan ingin mencari kekuatan dalam dirinya. Bagaikan menagih ketabahan dalam dirinya agar menerima apa jua yang akan di dengarnya kelak.

"Kamal akan bernikah bulan depan, Amy." Saat itu, rasa bagai ingin terlepas gagang telefon itu dari genggamannya. Kamal akan bernikah!! Dadanya kuat menahan gegaran yang mengasak. Walau sudah lama cuba dia mengasuh jiwanya agar menerima kenyataan; Kamal tidak akan dapat di miliki sejak dia bertunang dahulu namun nyata hatinya belum lagi dapat di lenturkan. Ternyata cintanya pada Kamal terlalu agung, terlalu suci. Tak mungkin ada apa pun yangkan dapat mengubahnya. Kini dia akan kehilangan Kamal buat selama-lamanya walaupun dia sedar dia telah kehilangannya sejak dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Singapura, meneruskan pelajaran di Australia. Tapi...

"Amy, hello.. Amy??" Suara Puan Halimah yang menyapa cuping telinganya, menyedarkannya.

"Ma.." sahutnya, cuba mengawal titisan airmata yang sudah mula membahasi pipinya di saat itu.

"Amy.." terdengar ibunya memanggil lagi.

"Ma, Amy tak boleh lama. Kad telefon dah nak habis ni. Nanti Amy call lagi ya."

"Hmm, baiklah Amy. Jaga diri baik-baik, sampaikan salam pada Yus." Gagang telefon pantas di letakkan kembali ke induknya. Pantas Amelia berpaling, mengorak langkah pantas. Airmata sudah tumpah, mengaburi pandangan matanya. Makin laju, dia berlari. Selaju air matanya di saat itu.

"Amy!!" Terdengar suara memanggilnya, namun tak di pedulikan. Langkahnya makin laju, dia berlari. Kamal!! Sahut hatinya berulang kali.

Kamal!!

Puan Halimah meletak kembali gagang telefon yang sudah sepi. Kad berwarna biru laut bertinta emas itu masih lagi di genggamannya. Dia tahu kehadiran kad itu telah menghiris hati anak gadisnya. Tapi apakan daya, biarlah dia tahu sekarang. Tak sanggup rasanya melihat Amelia terus menyemai benih di ladang orang. Takkan dapat di tuai hasilnya. Pasti hasil pulang pada tuannya. Bukankan lebih baik terluka sekarang dari terus menyimpan harapan dan impian yang tidak kesampaian. Puan Halimah mengeluh kecil. Kad itu perlahan di letakkan di atas meja. Kad pernikahan antara Kamal dan Anita.

Anita tersenyum manja. Satu kucupan hinggap lagi di pipinya. Dia bahagia di saat itu.

"Ucu kemana? Malam macam ni, baru pulang?" Siti berdiri di muka pintu, menyambut kepulangan Kamal. Kamal melemparkan senyuman mesra, di sambut Siti.

"Hantar Nita," sahutnya ringkas, melangkah masuk.

"Kemana? Kerja?" soal Kak Longnya lagi. Kamal mengangguk-angguk perlahan.

"Haii, hari minggu pun kerja ke? Esok Ucu selalulah kena tinggal," Kamal hanya tersenyum mendengar usikkan Kak Longnya. Dia melangkah lesu, menuju ke kamarnya. Suis komputer di hidupkan. Dia melabuhkan punggungnya, cuba melampiaskan rasa penat yang menghuni badannya. Sejak siang tadi, dia menemankkan Anita berbelanja untuk hari perkhawinan mereka yang tinggal tak berapa lama aje. Selepas itu, menghantarkannya pula ke pejabat modellingnya. Ada kerja, katanya.

Skrin komputer di tatap. Sebentar kemudian, dia melepaskan keluhan keras. Dia bingkas bangkit, menuju ke katil. Menghempaskan tubuhnya. Skrin komputer di biarkan sepi. Emel yang dikirimkan pada Amelia masih tidak berbalas.

DI AUSTRALIA:

Sinar suria yang menjengah ke kamarnya, menyentakkan Amelia dari lena. Tapi lena yang hadir tanpa mimpi. Sepanjang malam, Amelia memutar kotak ingatannya, mengenangkan Kamal. Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya. Perlahan dia bangkit, melangkah ke jendela. Ingin menenangkan hati yang bergelora. Namun, hampa. Setiap apa yang di pandangnya, pasti wajah Kamal berlabuh di situ. Cuba pula di pejamkan matanya. Tapi wajah Kamal masih di situ. Enggan berganjak. Airmata berlinang lagi. Tapi pantas di sapu, bila terdengar ketukan di pintu. Dia mengatur langkah, daun pintu di kuak. Suria berdiri di muka pintu, tersenyum lebar. Amelia membalas hambar.

"Laa Amy, tak siap lagi ke?" sahutnya bila terlihat Amelia masih lagi belum bersiap. "Kata hari ni nak ke supermarket. . hmm, bas tu awal Amy. Nanti ketinggalan pula. Cepatlah bersiap."

Amelia melabuhkan punggungnya, seraya mengeleng-gelengkan kepalanya. "Amy tak sihatlah. Suria ajelah pergi, ya?"

Dahi Suria berkerut-kerut melihatkan sikap Amelia itu. "Eh, semalam Amy juga yang beria-ia nak pergi. Nak beli itu, beli ini." Sempat juga matanya menyapu wajah sahabatnya itu. Jelas terpamer sisa-sisa kesedihan. Tapi kenapa, hatinya tertanya-tanya.

"Semalam plan sihat, hari ni dah tak sihat pula," sahut Amelia, tersenyum kecil ke arah Suria. Namun Suria sedar senyuman itu bagai di paksa-paksa.

"Demam ke?" Telapak tangannya di letak ke dahi Amelia.

Amelia mengelengkan kepala. "Tak, cuma pening je. Suria pergilah, ok?" Perlahan Amelia merebahkan badannya semula di ranjang. Cuba di selindungi kesedihan yang menghuni segenap jiwanya di saat itu. Tapi seketika kemudian, bahunya terhinggut-hinggut menahan tangisan. Airmata yang cuba di tahan, punya fikirannya sendiri.

"Amy?!" Suria bangkit, menuju ke arah Amelia. Memang dia tau ada sesuatu yang mengusik jiwa sahabatnya itu, tapi tak di sangka seteruk ini. "Amy, kenapa ni? Kenapa Amy menangis?"

"Suria.." Amelia bingkas bangun, merangkul tubuh Suria. Dia rebah dalam pelukan Suria, tangisannya seakan tak mahu reda. Dunia ketika itu di rasakan kejam padanya.

Mocha panas itu di hirup perlahan. Musim sejuk baru sahaja tiba. Salju bertaburan di jalanan. Amelia menebarkan pandangannya sebentar. Buku yang sebentar tadi di baca, di tutup. Upperdeck Cafe itu masih lagi sunyi. Cuma ada dua, tiga pelanggan sahaja. Mungkin masih terlalu awal. Jam Nike biru di tangan, kembali di kerling. 8.15 pagi. Seketika kemudian, pintu kafe di buka. Amelia mendongak. Mereka berbalas senyuman.

"Yus lewat ke?" sapanya, perlahan menarik kerusi di hadapan Amelia, melabuhkan punggungnya. Jaket tebal yang tadi tersarung di tubuhnya juga di tanggalkan, di sangkutkan di kerusi.

Amelia tersenyum lagi. "Amy yang awal kot."

"Amy dah order ke? Aikk, air aje ke? Makan ya?" soal Yusri lagi. Tanpa menunggu jawapan Amelia, dia bingkas bangun membuat pesanan.

"So apa yang Yus nak cakap dengan Amy ni?" Roti croissant di cuit, di suap ke mulut.

Yusri mendongak, sebentar matanya menyinggah wajah Amelia. Cawan di hadapannya di capai. Menghirup perlahan.

Amelia mengangkat keningnya ke arah Yusri, bila dia masih berdiam diri. Yusri tersenyum tawar. Sekali lagi pandangannya hinggap ke wajah Amelia. Wajah yang di hiasi tudung hijau berbunga kecil putih itu menenangkannya. Wajah yang telah sekian lama mencuri hatinya.

"Yus?"

Tercantas hayalan Yusri sebentar tadi. Bibir kembali mengukir senyuman. "Err.. Amy.."

Amelia mendiamkan diri, memerhatikan Yusri; menanti bicara seterusnya.

"What do you think of us?" soal Yusri seketika kemudian.

"Us?" sahut Amelia, tawa pecah dari bibirnya. Lucu benar di rasakan soalan yang Yusri utarakan itu.

"Sepupulah Yus. Lerr, kenapa tanya soalan tu pada Amy? Ajak Amy jumpa pagi-pagi ni, nak tanya soalan camtu aje ke. Isskk," Amelia memuncungkan bibirnya kearah Yusri. Tawanya masih bersisa.

"Bukan.. bukan itu maksud Yus," Amelia mendongak, pandangan mereka berlaga. Pantas Amelia melarikan pandangan matanya.

"Sudi tak Amelia terima peminangan Yus nanti?" sambung Yusri lagi. Pandangannya tepat di cerna ke arah Amelia. Biarlah di luahkan apa yang di pendam selama ini. Rasanya tak terganggung lagi bebanan perasaannya itu.

"What??!! Apa Yus cakap ni?" Amelia terkejut. Sungguh tak di sangka Yusri menyimpan perasaan terhadapnya. Perhubungan mereka yang intim sejak kecil, rupanya memekarkan cinta Yusri terhadapnya. Tapi, tak mungkin...

"Amy, Yus sayangkan Amy. Bukan sayang seorang sepupu. Tapi sayang seorang kekasih, Amy. I love you," sahut Yusri pantas.

"B.. but, you are my cousin Yus. Tak mungkin," Amelia menutup mukanya dengan telapak tangannya. Bagaimana boleh terjadi begini..

"Ya, memang kita sepupu. Tapi dari hukum Islam, kita boleh bersatu Amy. Tak salah," perlahan di rasakan jemarinya di raih dalam genggaman Yusri. Perlahan di tarik kembali jemarinya.

Amelia mengeleng-gelengkan kepalanya. "Tak mungkin, Yus. Tak mungkin," Amelia berkata perlahan.

"Kenapa? Amy tak percayakan Yus? Amy takut di kecewakan seperti Kamal mengecewakan Amy?"

Amelia pantas mendongak. "Bagaimana... ?"

"Maafkan Yus. Tapi Yus risau lihat Amy bersikap murung je sejak kebelakangan ni. Bila Yus tanyakan pada Suria, dia yang ceritakan semuanya pada Yus. Jangan marah pada Suria. Dia sahabat Amy yang baik. Dia risau tentang Amy. Lagipun Yus yang paksa dia ceritakan masalah Amy. Maafkan Yus, Amy.." Yusri menundukkan kepala.

Amelia bingkas bangun. Buku dan begnya di capai. Yusri mendongak. "Amy nak kemana ni?" Tangan Amelia cuba di raih, namun Amelia pantas berlalu. Meninggalkannya.

"Amy!!" Jeritan Yusri di biarkan tiada bersahut.

Potret Kamal bersamanya masih lagi di tatap. Tidak pernah jemu. Lagu sentimental yang berkumandang perlahan di radio, menambah lagi sayu di hatinya. Kamal, jejaka yang pernah dan masih di cintai. Cinta yang di rasakan kini tiada lagi dalam dirinya. Semuanya telah diserahkan pada Kamal. Cinta yang di harapkan berbunga, namun hanya kekecewaan dan kehampaan yang di tuai. Kini Yusri pula hadir menagih cinta. Mana mungkin dia menyintai Yusri. Hubungan erat di antara mereka telah Amelia anggap seperti hubungan saudara. Makin kusut fikirannya di ketika itu.

"Amy, assalamualaikum?" Pintu biliknya terkuak perlahan. Suria menjengukkan kepalanya.

"Walaikumsalam, masuk Su." Potret Kamal kembali di letakkan semula di sisi mejanya. Melangkan menuju ke arah Suria. Suria tersenyum.

"Amy, Su nak minta maaf. Sebab bagitau semua tu pada Yusri. Su kasihankan Amy, sedih rasa tengok Amy cam ni. Lagipun Yusri tu sungguh nak tau masalah Amy sejak dia lihat Amy menangis malam kelmarin. Dia tau Amy ada masalah. Su minta maaf Amy," Suria menghulurkan salam ke arah Amelia.

Amelia menyambut, bibirnya mengukir senyuman kecil. "Tak, Su tak salah. Yus pun tak salah. Rasanya Amy yang salah kot. Susahkan hati kamu berdua. Amy yang sepatutnya minta maaf," Pandangannya di halakan keluar jendela. Cuba membuang segala resah yang bertakhta di hatinya. Tapi sebentar kemudian, dia memandangkan Suria. Tangannya di genggam erat, seiring satu senyuman di lemparkan.

"Amy.. Amy tak salah. Tak salah untuk jatuh cinta dan di kecewakan. Tapi berilah Yus peluang, Amy. Dia benar-benar menyayangi Amy. Rasanya Amy lebih mengenalinya, bukan? Bukan baru perhubungan kamu berdua. Mungkin tak perlulah Amy tergesa-gesa menerima cintanya, tapi berilah dia peluang untuk buktikan kata-katanya. Walau mungkin sukar untuk melupakan Kamal, but you'll have to move on, Amy. Dia masa lampau mu, jadikanlah Yusri masa depanmu." Amelia hanya membisu, namun jemari Suria makin erat di genggam.

Baju songket berwarna biru gelap, bersulam benang kilat tergantung indah di hadapannya. Lambang masa hadapannya yang akan di cipta sebentar lagi. Masa hadapan yang akan di layari bersama insan tersayang. Dia tersenyum.

"Haa, berangan Ucu," sergah Siti.

Kamal berpaling ke arahnya, tersengih. "Cantik kan Kak Long?"

"Hmm," Siti bergumam perlahan. "Cantik lagi kalau Amelia yang jadi pasangannya," usik Siti lagi.

"Eh, ke situ pula Kak Long ni. Hmm, depan Nita janganlan Kak Long cakap macam ni. Kecil pula hati dia nanti." Katilnya yang sudah pun ditukarkan pada cadar berhiaskan labuci, di perkemaskan. Tinggal sehari sahaja lagi, dia akan bergelar raja sehari. Dia benar-benar bahagia saat itu. Sedikit sebanyak menghilangkan jua resah mengenangkan Amelia.

"Ucu dah jemput Amy?" sambung Siti seketika kemudian. Kamal mengelengkan kepalanya. "Tapi, Ucu dah hantar kad jemputan pada Cik Halimah. Telefon pun sudah. Mungkin dia beritahu Amy lah nanti tu," Resah itu hadir semula ke jiwa Kamal. Walau dia gembira pada ketika itu, sedikit rasa risau mencelah, menyusup masuk di ingatannya. Bukankan lebih indah andainya kegembiraannya di saat itu dapat di kongsi bersama dengan sahabat yang di sayanginya.

DI AUSTRALIA:

Tarikh, 17 Disember itu telah di pangkahkan pada kalendarnya. Hari ini 17 Disember, tarikh pernikahan Kamal dan Anita. Airmata sejak semalam lagi di titiskan. Amelia bingung, bagai hilang segenap kekuatan dalam dirinya yang sebelum ini yang begitu gagah di pertahankan. Namun sekarang, rasa resah dan kecewa mengatasi segala rasa dalam jiwanya. Kamal kini bukan miliknya. Tak mungkin dapat di miliki biarpun persahabatannya. Dia telah kehilangan segala-galanya. Hanya kenangan bersama Kamal yang di simpan rapi dalam lipatan memorinya.

Airmata di pipi di usap. Dia tak harus membiarkan dirinya begini. Terus di hanyut kekecewaan. Amelia bingkas, menyarung jaket ke tubuhnya. Tudung cokelat lembut di kenakan. Sejurus kemudian, dia melangkah keluar.

Langkahnya di atur pantas. Dia ingin berjumpa Suria. Biar dapat di redakan rasa resah bila di siram kata-kata Suria nanti. Biar dapat di tenangkan gelora yang memukul hatinya. Ingin di luahkan segenap rasa pada ketika itu pada Suria. Langkahnya makin laju. Benaknya terus berputar. Berselang-seli gelak tawa bersama Kamal dan kekecewaan yang di rasakan kini bermain-main di mindanya.

Tiba-tiba hon berbunyi nyaring. Amelia tersentak, seketika kemudian di rasakan tubuhnya melayang. Alam hilang dari pandangan matanya.