Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Sabtu, 6 November 2010

cerpen : permata hatiku


Goncangan tangan jurunikah membuatkan hatinya gelisah, risau, takut dan gementar semua berbaur. Tanggungjawab yang akan dipikul bukannya sedikit. Takut tidak tertanggung segalanya itu. Terasa bagaikan bahunya terlalu rapuh untuk memikul.

"Aku terima nikah, Zahnita binti Zainuddin dengan maskahwinnya lapan puruh ringgit tunai." Mujur lafaz itu meluncur dengan lancar. Alhamdulillah. Ya Allah berilah daku kekuatan memikul amanahmu ini.

Faiz hampir menitiskan air mata tatkala menyentuh tangan dingin isteri. Cincin disarungkan bagi memenuhi adat membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam. Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.
Majlis pada hari itu berjalan dengan lancar, walaupun ada soksek-soksek yang mengatakan mereka melanggar adat tempatan. Mereka tidak bersanding seperti mana pasangan lain. Duduk berdua di atas pelamin sekadar memenuhi permintaan rakan untuk mengambil foto sebagai kenangan.

Puan Rahama dan Puan Zaini adalan antara orang yang paling gembira. Setelah bertahun lamanya menjalinkan perhubungan, hari itu bersatu dua hati dengan ikatan yang sah. Encik Zainuddin sibuk melayan tetamu yang hadir. Terpancar raut gembira di wajah. Puteri sulungnya sudahpun selamat berumahtangga.

--ooOoo--
Riuh rumah Puan Rahama. Suasana pada Hari Raya tahun ini sememangnya berbeza. Seluruh keluarga Gagasan Sukari meraikan malam raya ketiga di situ. Nita duduk bersimpuh, sopan di sisi suami. Dengan hormat mendengar nasihat yang disampaikan Pak Cik Shahrom sebagai mukadimah.

Tibalah ketikanya, Acik Udin sebagai wakil keluarga Puan Rahama memberitakan perkembangan keluarga setelah wakil Pak Long Seman menggulung ucapan. Dan ketika itu Faiz dijemput untuk mengenalkan Nita sebagai sebahagian dari keluarga.

"Assalammualaikum... Mungkin ada antara yang hadir sudahpun mengenali wanita jelita ini. Ada juga yang tidak mengenalinya, sampai ada yang terngurat, takpe sabar." Faiz mengurut dada dan tersengih. "Jadi untuk proses takruf ini, saya serahkan majlis kepada dia sendiri untuk mngenalkan diri."

Muka Nita memerah, spontan tangannya mencubit peha Faiz. Faiz hanya memandang wajah merah itu sambil mengusap bekas cubitan di peha. Suara dari yang hadir sudah menghingarkan keadaan bagi menyuruhnya mengenalkan diri. "Assalammualaikum. Saya Zahnita Zainuddin, isteri Mohd Faizudin Mohamad. Berasal dari Selangor. Untuk seterusnya, silakan Mohd Faizudin untuk menyambung."

"Dah kenal dah kan, jangan ngurat lagi eek."

"Abang Faiz, ada pertanyaan. Macamana boleh jumpa ni, sorang kat Johor sorang lagi kat Selangor, apa cerita ni?" Petah Nurul berkata-kata, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak mengenakan Faiz.

"Nak kena cerita ke?" Sorakan yang majoritinya mahukan penjelasan memaksa Faiz untuk memulakan bicara. "Panjang cerita, nanti tak boleh balik Segamat nanti." Matanya melirik pada Mak Uda Bedah.

Memandangkan suara tidak puas hati mula berkumandang, Faiz memulakan cerita bagi memujuk mereka. "Kitaorang ni satu kolej dulu. Satu batch. Camne kenen sampai dapat jangan tanya yer. Itu skil tersendiri."

"Belajar satu tempat? Jadi kisah percintaan berapa lama?"

"Tak lama, satu aje, satu dekad."

--ooOoo--
NITA menyisir rambut basahnya di hadapan cermin. Wajah tenang Faiz ditonton melalui cermin. "Jahat abang yer. Ada ke suruh ayang kenalkan diri sendiri. Malu tau"

"Abang bukannya apa, Cuma nak bagi pendedahan supaya ayang tak gugup bila jumpa dengan semua keluarga kita tu."

"Abang, tak sangka abang boleh setia pada ayang."

"Sekali nama ayang di hati, ia akan pegun di situ sehingga jasad yang melindunginya peroi"

Faiz menatap wajah Nita. Letih memandu belum lagi hilang. Niat di hati tak mahu meninggalkan rumah bonda bersepah sebegitu, namun cuti yang sedikit membataskan. Kasihan melihat bonda mengemas rumah sendirian nanti.

Kepalanya direbahkan ke bahu Faiz. Tenang dan selesa dengan keadaan sebegitu. Terasa dirinya dilindungi. Terasa tangan suami lembut membelai perlahan rambut separas siku. Suasana sepi pada malam beberapa ketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Abang..." Suara manja Nita membuatkan Faiz tertarik untuk memandang wajahnya. "Abang nak berapa anak nanti?"

Faiz tersenyum, dia pernah menujukan soalan yang sama. Namun soalannya dibalas dengan senyuman. "Abang nak satu team bola."

"Sebelas orang? Banyak tu. Abang ingat ayang ni mesin ke?"

"Bukan padang besar, futsal aje."

"Banyak juga tu bang, larat ke nak jaga?"

"Alah, takpelah. Tak kesah la berapa pun, yang penting kita larat nak menjaga."

--ooOoo--
SUASANA pagi itu mendamaikan. Kicauan burung sekali-sekala bagaikan menyanyi dan menghiburkan. Faiz menuju pintu di ruang utama yang menghubungkan rumah itu dengan dunia luar. Tombol dipulas, pintu dibuka selebarnya. Deruan angin yang lembut menyapa pipi, ah, nyamannya.

Keadaan di kampung amat berbeza dengan bandar. Kadangkala bercuti di kampung boleh merehatkan fikiran. Menenangkan minda. Mujur rumah bonda tidak sesibuk keadaan di rumah ibu. Keadaan di rumah ibu hingar sedikit. Tidak berapa tenang, lebih seronok bermalam rumah bonda dari rumah ibu. Bukan kerana rumah mak sendiri, keadaannya yang membezakan.

Pinggangnya dipaut lembut dari belakang. Faiz berpaling, wajah berseri isteri ditonton. Raut itu tetap berseri walaupun pada hakikatnya Nita belumpun mandi. Mungkin wuduk yang diambil pada subuh tadi sudah cukup menyucikan wajah itu dari kekotoran.

Direnung wajah itu dalam-dalam. "Ayang tak tolong bonda? Kesian bonda buat sarapan sorang-sorang."

"Malas la, penat semalam tak abis lagi." Senyuman dilemparkan, dengan harapan suaminya tidak mempersoalkan lagi.

"Penat apenya, yang drive abang, ayang tidur kat sebelah. Langsung tak kesian abang drive sorang-sorang." Faiz memegang lembut pergelangan isteri. Memimpinnya menuju bonda yang sedang membancuh tepung seorang diri. "Tolong yer, kesian bonda."

Nak tak nak Nita terpaksa menuruti. Mahu saja dia memberontak dan merajuk masuk ke bilik. Namun hati mertua harus dijaga. Perempuan Nombor Satu dalam hidup suaminya dihampiri. Dengan suara yang agak sopan menegur wanita itu. "Bonda nak buat ape ni?"

"Takde buat ape, Nita, nak buat lempeng aje." Nita duduk bersimpuh di sebelahnya. Melihat Nita cuba turut serta Puan Rahama cuba menghalang. "Tak payah susah-susah, Nita tu penat berjalan jauh, sampai pun dah nak subuh. Tak cukup rehat."

"Takpelah mak, dalam perjalanan semalam Nita dah tidur."

"Dah nak siap dah pun. Cuma tinggal goreng aje."

"Takpelah, bonda rehat dulu. Biar Nita goreng." Bonda berlalu menuju bilik air, mungkin mahu mencuci baju. Nita menyoroti langkah bonda, bimbang terjelepuk di tangga simen. Kudrat bonda masih lagi kuat, Nita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya pada usia bonda. Isk, mana pernah buat lempeng-lempeng ni, tu ler gatal sangat.

"Hah, termenung aje. Dah siap belum. Abang dah lapar ni."

Isk laki ni, lapar dia aje kira. Kita ni tak pandai nak buat sarapan mak awak la. "Ler, awal lagi, Achik ngan Ucu belum bangun lagi."

"Diorang tu memang bangun lambat." Faiz menjenguk besen kecil di tangan Nita. Dia tersenyum sinis. "Reti ke masak lempeng?"

Muka Nita memerah, malu disergah sedemikian. Apa tidaknya selalu bersarapan dengan roti bakar saja. Tidak pernah memasak yang remeh. Ada pun cuma mi goreng. "Tak pandai la."

Faiz datang menghampiri. Diambil sudip dari tangan isteri juga besen kecil berisi tepung. "Kita tengok mentor Chef Wan masak." Nita mengekek kecil melihat telatah Faiz yang bergaya seolah seorang chef.

Lempeng separa panas dicubit sedikit. Sedap, pandai juga dia masak. Ikan sepat masin yang baru digoreng menjadi perasa tambahan. Lebih enak makan sebegitu dari hari-hari mengadap roti bakar. Kena belajar ni, kalau tak pun suruh aje abang buatkan. Nita tersenyum sendiri, melihat suami sedang berpeluh. Dihampiri suami yang sedang leka menatap kuali, lalu dilapkan peluh yang berjuraian di dahi suami dengan tisu.


--ooOoo--
"FARHA kata, ayang sakit, sakit apa tu?" Pertanyaan diajukan setelah penggilan dijawab oleh suara lemah di hujung talian.

"Takde apa, demam sikit aje ni."

"Iye ke? Takpelah, abang mintak balik awal, hantar ayang balik rumah."

"Takpelah bang, Farha dah hantar ayang masa lunch tadi."

"Oh gitu. Takpelah, ayang rehat aje kat rumah yer. Tunggu abang balik."

Panggilan ditamatkan, telefon bimbit dibiarkan terdampar di sebelahnya. Nita belum lagi menukar baju, terasa lemah sungguh seluruh sendi. Farha yang beriya-iya ingin menghantar ke klinik, dilarang. Dia mahu berehat saja di rumah. Bukannya sakit teruk, demam sikit aje ni. Matanya dipejamkan, terus terlena lantaran badan terlalu lemah.

Bunyi ketukan bilik tidur mengejutkan dia dari lena. Entah sudah berapa lama lenanya nyenyak. Nita pasti siapa di luar. Dia membiarkan Faiz menuju masuk, tanpa bersambut. Badanna terlalu letih untuk meyambut kepulangan suami.

Beg sandang diletakkan sisi katil. Faiz menghampiri isteri. Dari wajah isteri sudah cukup menggambarkan kesakitan yang dialami. Perlahan belakang tangannya dirapatkan ke dahi isteri, panas. Faiz masih lagi mengukir senyuman. "Panas dahi ayang, kena demam panas ni. Dah pergi klinik?"

Nita hanya mampu menggelengkan kepalanya. Faiz mengangkat kepala isteri lalu disandarkan ke dada. Terasa ruam yang berpindah dari badan Nita. "Kita pergi klinik."

"Takpelah, sikit aje ni bang."

Faiz memegang pergelangan Nita, mencari denyutan nadi. Matanya memandang ke arah jam di tangan. Mengukur denyutan nadi Nita. Pegangannya dileraikan setelah beberapa ketika. "Betul ni tak nak ke klinik?"

Nita menggelengkan kepala. "Rasanya tak perlu, makan ubat baiklah nanti ni."

"Abang masakkan bubur untuk sayang." Faiz mengambil semula beg. "Abang keluar kejap, beli ubat yer."

Bubur diceduk dari periuk. Dituangkan sedikit kicap untuk memberi rasa. Ditaburkan sedikit ikan bilis goreng. Periuk sayur kangkung dihampiri, diceduk sedikit lalu diletakkan ke dalam mangkuk berisi bubur nasi.

Perlahan memasuki ruang kamar utama. Dia tidak mahu Nita terkejut. Nita terlena. Digoyangkan tubuh isteri bagi mengejutkannya. "Sayang, bangun. Makan bubur, pastu makan ubat yer."

Nita mengenyeh mata. Dia cuba bangun, badannya masih lagi lemah membuatkanya hampir terjatuh. Faiz yang menyedari membantu, bantal ditinggikan bagi menyokong badan Nita. Sudu disuakan ke bibir yang kemerahan akibat panas dalam. Setengah mangkuk saja bubur dapat dihabiskan. Tiada selera untuk meneruskan.

Dibiarkan Nita berehat bersendirian di atas katil besar itu. Faiz mengambil keputusan untuk beradu di atas sofa panjang. Tidak mahu menggangu Nita yang sedang nyenyak tidur. Biarlah, tidur itu merupakan penawar bagi penyakit.

--ooOoo--
MATANYA masih lagi merah. Air mata masih lagi bersisa. Nita mengetap bibir. Hati panas setelah menonton sesuatu yang di luar jangkauan fikiran. Dia pasti lelaki yang bersama seorang wanita cantik itu suaminya. Pedih hati melihat mereka bermesra berdua.

Mengapa Faiz begitu mudah untuk mencari kasih pada orang lain. Tak cukupkah kesetiaan yang ku taburkan selama ini? Nafas panjang dihela, mencari damai di hati. Menenangkan gelora dijiwa. Ah, lelaki, bezanya hanya pada nama. Tak pernah cukup satu.

Pintu utama dibuka oleh seseorang. Seseorang yang dinanti dari tadi. Agar senang dihamburkan semua perasaan terbuku. Nita masih lagi duduk di sofa, menanti Faiz menghampiri.

"Hai sayang, masam aje kenapa?" Faiz menegur dengan ceria. Menghampiri Nita lalu merengkuhnya.

Nita mengeliat minta dilepaskan. "Sayang? Untuk siapa abang panggil sayang tu?"

Dahi Faiz berkerut, berlainan benar tingkah laku Nita hari ini. Apa agaknya yang tidak kena yer. "Nape ni sayang? Apa salah abang? Terus terang la."

"Da siap dengan spotlight bang. Nak biar terang camne?"

Faiz menggelengkan kepala. Dia sendiri kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh Nita. "Maafkan abang, abang benar-benar tak faham."

"Abang pilih bang, saya ke dia?"

"Ayang, setentunya abg pilih ayang, sebab ayang isteri abang. Siapa lagi abang nak pilih. Abang mintak maaf dengan apa yang abang dah lakukan sepanjang hari ni, sehinggakan ada mencarik luka pada hati sayang. Maafkan abang. Ambil wuduk sayang, agar kurang marahmu."

Faiz berlalu pergi. Dia sendiri kurang pasti apa yang Nita persoalkan. Pada keadaan emosi tidak stabil wanita cepat marah. Biar hilang dulu marahnya, baru datang mendampingi. Jika sekarang ni diberitakan semua, masakan Nita mahu mendengar.

Aturan langkah Faiz langsung tidak dipandang. Lelaki, depan isteri pijak semut pun tak mati, lembut gigi dari lidah. Kat luar, dunia ni ana yang punya. Nita sudah masak dengan perangai lelaki yang mudah melafazkan janji untuk memujuk.

Ketukan pada pintu mengejutkan Nita. Pintu dihampiri dengan langkah malas. Suara salam diberi selembut suara wanita. Pintu dibuka separuh. "Waalaikumussalam." Jelas wajah wanita yang bersama dengan suaminya berada di ruang mata.

"Awak nak apa lagi? Nak ambik suami saya yang awak tertinggal?"

"Kak, sabar kak. Saya datang ni bukan nak mencari musuh dengan akak."

Takut juga kau yer. Tunggu, kalau kau masuk aku parang kau nanti. Ada hati nak rampas suami aku. "Abis tu nak ape, nak mintak aku sign borang poligami?"

Gadis itu mengekek kecil. Entah apa Puan Nita ni menyanyah. "Sebenarnya begini kak, saya nak bagi skrip, Abang Faiz tertinggal kat set. Esok ada shooting. Nanti tak hafal skrip pulak."

"Siapa tu sayang?" Faiz turun mendapatkan Nita setelah mendengar kekecohan. Bagai nak berperang gayanya. Kepalanya terus dijengahkan, wajah Nadia masih tersenyum walaupun sudah berbakul diseranah. "Nadia, oh. Terima kasih."

Nita masih lagi terpaku. Dia tidak sedar entah bila Faiz menjadi pelakon. "Sejak bila berlakon ni? Entah-entah ni pun berlakon tak, saje nak sedapkan hati ayang."

"Bukanlah, abang jadi extra aje. Watak Syamsul dalam cerita Mungkinkah. Director tak de pelakon yang sesuai, jadi terpaksalah abang ganti. Sorry tak bagitau ayang awal-awal."

"Takpelah, sepatutnya ayang yang mintak maaf kat abang. Tak sepatutnya ayang terus serang abang macam tadi." Tangan Faiz dipaut untuk bersalaman. Dicium tangan suami tanda hormat. "Ampunkan ayang bang."

"Alah, buang yang keruh ambil yang jernih."

"Esok birthday ayang. Apa yang abang nak hadiahkan?"

"Tunggu, Permata... mungkin."

--ooOoo--
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Lembut dan mendayu bunyi suara tersebut. Dia faham maksud senikata yang disampaikan. Setiap bait kata mengandungi maksud yang tersirat.

"Inilah permata yang abang maksudkan. Sunyi di daerah itu bukan bermaksud kosong, tapi tiada siapa selain ayang yang memenuhinya."

by akula2121

Featured