Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Jumaat, 23 Julai 2010

Julai 23, 2010

Masih Ada Bahagia


“cukuplah sampai di sini sahaja kita bersama, lepaskan saya”
“tapi abang amat sayangkan sayang”
“sayang! Begini awak zahirkan sayang awak pada saya? Dengan berdua-duaan dengan perempuan lain sampai di tangkap khalwat?” tinggi nada suara Widad. Seolah-olah meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Lama dia memendam rasa.
            Sejak dia mendapat panggilan telefon daripada Aziz supaya datang menjaminnya di balai polis sejak itulah dia menahan perasaan. Kecewa, sakit hati, marah bercampur baur. Apa kekurangannya sehingga Aziz sanggup menduakan dia. Tidak cukupkah selama ini layanan yang diberikan? Rintih hatinya. Air matanya tidak pernah kering sejak dia mendapat panggilan itu. Kepercayaannya musnah sama sekali.
            Tetapi dikuatkan juga hati pergi menjamin suaminya itu. Rasanya sudah sampai masa mereka membawa haluan masing-masing.
“Maafkan abang, bukan salah abang, abang hanya mahu menolong dia sahaja. Ketika hendak balik kerja tadi, Murni mengadu sakit dada dan tidak boleh memandu, jadi abang tawarkan diri menghantar dia pulang ke rumah. Kasihan pula dia keseorangan, jadi abang tunggulah sekejap, mana tahu jadi macam nie” jelas Aziz.
Widad hanya mendiamkan diri sahaja. Dia sudah tidak mahu mempercayai lagi apa yang keluar daripada mulut suaminya itu. Dia sudah penat melayan kerenah suaminya. Dia sudah bertekad. Lagi pun perkara ini telah lama berlarutan. Perubahan  demi perubahan yang berlaku pada diri suaminya itu membuatkan dia makan hati di dalam diam.
            Sudah jenuh dia mencari kekurangan diri, sudah jenuh dia menyalahkan diri sendiri kenapa begitu ketara perubahan yang terjadi. Sehingga dia merasa tiada lagi kemanisan bersama diri ini. Tanpa alasan kukuh, dia mencari hiburan di luar.
            Widad cuba lagi mencari kekurangan dirinya. Rumahnya sentiasa kemas dan terjaga. Penampilan dirinya jarang sekali kelihatan selekeh di hadapan suami, walaupun sesibuk mana pun dia, dia tetap mempunyai masa untuk menyediakan sarapan pagi, kemudian memastikan dirinya pulang lebih awal daripada suaminya itu. Disambut kepulangan dengan senyuman manis dan makan petang. Dan dalam apa jua keadaan, dia sentiasa mendahulukan keperluan suaminya lebih dari diri sendiri. jadi di manakah lagi kelemahannya?
“Awak kahwin jer dengan perempuan itu, mungkin dia dapat memuaskan hati awak. Mungkin dia dapat memberikan layanan yang lebih istimewa daripada yang awak terima daripada saya selama ini. saya izinkan awak kahwin dengan dia. Kemudian lepaskan saya” tegas Widad. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi. Memperhambakan diri kepada seorang suami yang tidak pernah menghargainya sebagai seorang isteri.
“saya tak akan sesekali melepaskan awak” tegas Aziz.
“terpulanglah, saya akan tuntut fasakh” Ujar Widad terus tetap dengan keputusannya untuk berpisah.
            Aziz tidak mampu berkata apa-apa lagi. Memang salahnya mengikut kata hatinya. Mengikut nafsunya sendiri. Sekarang baru dia menyedari bahawa dia masih sayangkan isterinya itu. Barulah dia menyedari di hatinya tetap cintakan isterinya. Mungkin disebabkan dia tidak mampu menepis godaan demi godaan maka kini segalanya telah menjadi bubur. Takkan boleh diputar kembali. Jika selama ini dia memandang Widad seorang isteri yang lemah lembut dan sentiasa menurut cakapnya. Hari ini dia melihat diri Widad yang baru. Yang tegas. Yang langsung tidak memandangnya lagi. Terselit keinsafan di dalam dirinya. Tetapi dia tidak mampu mengubah peristiwa yang berlaku. Dia terpaksa menerimanya.
            Runtuh sudah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu. Rumah yang hanya sempat terbina dalam masa 3 tahun sahaja. Dia tidak meletakkan salah pada sesiapa pun. Mungkin itulah takdir yang tersurat untuk dirinya. Bukan dia tidak pernah berusaha. Bukan dia seorang isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya. Telah sesempurna mungkin dia berusaha menjadi isteri yang terbaik. Isteri yang mithali. Tetapi jika hanya dia sahaja yang berusaha, itulah yang telah terjadi.
            Di pandangnya pasangan yang selamat diijabkabulkan. Bohonglah kalau dia tidak terasa pedih melihat suami yang disayangi. Lelaki yang pernah dicintainya telah selamat menjadi milik perempuan lain. Patutnya dia tidak hadir pada hari ini. tetapi dikuatkan semangat untuk turut bersama. Ini adalah kali terakhir dia di sini. Selepas ini akan dia mengundurkan diri. Mencari kembali harga diri yang telah diragut oleh suami sendiri.
            Widad telah diceraikan dengan talak satu. Proses penceraiannya tidak mengambil masa yang lama kerana dia tidak menuntut apa-apa pun daripada Aziz. Lagipun sepanjang hidup bersama mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
            Widad menghampiri pasangan pengantin baru itu.
“Tahniah semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat” ucapnya tenang. Aziz terkaku memandang bekas isterinya itu. Manakala Murni erat memaut lengan suaminya.
“Terima kasih” ujar Murni sambil tersenyum sinis. Cita-citanya telah tercapai. Aziz kini menjadi miliknya yang mutlak. Lalu di tarik suaminya itu beramah mesra dengan kaum kerabat dia yang lain.
            Widad menarik nafas panjang. Dikumpulkan semangat dan keyakinannya. Lalu dia berpaling menuju ke pintu dan beredar dari situ. Tamat sudah kisahnya dengan Aziz. Dia akan memulakan hidup baru. Jauh dari sini.
----------------

“Assamualaikum….”
“Waalaikummusalam..” Dia berpaling. Di depannya seorang lelaki yang sedang memegang sebuah kamera. Tiba-tiba klik..klik..diambil gambarnya beberapa kali. Widad terasa bengang. Sudahlah tiba-tiba sahaja muncul. Lepas itu pula mengambil gambar tanpa persetujuannya.
“hei..apa awak buat nie!! Siapa beri kebenaran awak tangkap gambar saya” jerit Widad geram. Lelaki itu tersengih. Masih lagi dengan kameranya. Di klik klik beberapa kali mengambil gambar Widad yang telah nyata amat bengang dengannya.
“Saya Rizman. Cantik..cuba awak lihat nie” ujarnya sambil disuakan kameranya kepada Widad. Dalam geram Widad melihat juga gambar yang ditunjukkan itu. Hmmm memang cantik. Tak sedar pula dia boleh kelihatan cantik di dalam gambar. Banyak gambar yang diambil tanpa disedarinya. Pelbagai aksi. Dia stalker ker apa? Widad memandang lelaki itu. dia mula merasa gerun. Entah-entah lelaki ini berniat jahat dengannya.
“janganlah takut. Saya tak berniat apa-apa pun. kebetulan saya nampak awak berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai semalam. Nampak lawa pula pemandangan tue. Tambah pula awak seperti seolah olah berada di alam lain. Asyik sungguh merenung ke laut sana. Muram jer. Itulah saya snap tuh. Tak sangka cantik jugak yer” terangnya sambil memuji. Seola-olah tahu apa yang sedang bermain difikiran Widad.
“Dah awak professional. Ambik gambar batu kerr kayu ker mesti cantik jugakkan” selar Widad. Lelaki itu tersenyum lalu ketawa kecil. Boleh tahan jugak garangnya.
“boleh kita kawan” pinta Rizman mengubah topik.
“Saya tak berminat nak kawan dengan sesiapa. Boleh minta tolong sikit” balas Widad.
“Apa dia?”
“Boleh tak awak jangan ganggu saya dan boleh tak awak padamkan semua gambar saya yang awak ambik tuh. Saya tak suka orang yang tidak dikenali menganggu privacy saya” tegas Widad.
“Bukan tak kenal, kita dah kenal kan nie, saya Rizman dan awak Widad bukan. So mana boleh awak kata tak kenal saya” ujar Rizman sambil tersenyum. Makin bertambah keinginannya untuk mengenali gadis itu.
            Widad mendengus geram. Degil betul lelaki nie lah. Tetapi macam mana dia boleh tahu namanya pula. Entah-entah lelaki ini ada niat tidak baik ke atas dirinya tak? Spontan Widad menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. lalu dia pantas berjalan meninggalkan lelaki itu.
            Rizman juga turut berjalan mengikuti Widad. “awak nak apa nie, kenapa ikut saya?” soal Widad cuak. Suaranya sudah berubah seakan ingin menangis. Dia amat takut. Takut diapa-apakan. Tempat itu jauh dari pandangan orang. Dia sendiri tidak menyedari bahawa dia telah jauh meninggalkan resortnya. Itulah menurut kata hati sangat. Dan sekarang berjumpa pula lelaki yang tidak dikenali. Yang mengetahui namanya tetapi langsung dia tidak mengenali siapa lelaki itu yang sebenarnya.
“Hei..Relax..Saya bukan nak apa-apakan awak. Juz nak berkenalan jer. Okey” pujuk Rizman.
“Saya bukan orang jahat ok, saya juga tinggal di resort yang awak menginap tuh. Dua tiga kali kita terserempak tapi awak seperti tidak endahkan sekeliling. So bila saya lihat awak berjalan seorang menuju ke pantai saya follow awak, entah kenapa tiba-tiba jer saya risaukan awak” jelas lelaki itu. dan kata-katanya telah mematikan langkah Widad. Lalu dia berpaling mengadap lelaki itu.
“Kenapa? Takkan tak ada orang lain yang boleh menarik minat awak. But thanks kerana risaukan saya tapi saya tak perlukan orang lain untuk risaukan saya. Saya tahu jaga diri sendiri ok. Apa pun berbanyak terima kasih”Ujar Widad seolah-olah ingin menghalau lelaki itu dari terus mengekorinya.
“Tapi saya tak ikut awak pun. saya jalan-jalan jer kat sini. Lagi pun pantai inikan bukan pantai awak kan” belit Rizman. Dia tersenyum apabila melihat wajah cemberut gadis itu.
            Giler..tadi kata sengaja ikut aku, nie lain pulak yang dicakapnya. Memang spesis lelaki lidah bercabang. Malas nak layan. Suka hati dialah. Lalu Widad mengubah haluan menuju ke resort semula. dan lelaki itu turut mengikutnya juga. Dijeling dengan rasa yang amat tidak puas hati. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Ada sahaja alasan yang diberikan.
            Maka sejak hari tue, Rizman sentiasa mengekori Widad. Di mana ada Widad disitulah dia menempel. Bermacam cara dilakukan untuk menarik perhatian Widad. Sebenarnya cuba untuk menghiburkan gadis itu yang seperti ada sesuatu yang menyebabkan dia kelihatan sedih. Dan dia entah mengapa dia merasa bertanggungjawab untuk menghiburkannya.
            Disangkakan pertemuan di pantai itu, akan berakhir begitu sahaja. Tetapi lelaki itu sentiasa ada di mana sahaja dia berada. Selalu mengekorinya. Selalu cuba menarik perhatiannya. Dia yang pada mulanya tidak menghiraukan lelaki itu, entah bila boleh berbual mesra. Boleh berbicara tanpa ada rasa sangsi. Mungkin kerana dia ikhlas dalam  menghulurkan tali persahabatan ini. membuatkan dia lupa seketika luka yang diguriskan oleh bekas suaminya.
            Rizman..seringkali nama itu bergema di dalam hatinya. Telatah yang bersahaja. Dalam diam begitu mengambil berat. Tetap setia mahu mendampinginya. Tetapi dia takut untuk membuka pintu hatinya. Dikecewakan oleh orang yang disayangi amat menyakitkan. Lalu dia cuba mencipta jarak. Diciptakan sebuah tembok agar persahabatan ini tidak melepasi pintu hatinya. Tidak menjenguk ke dalam rumah cintanya.
            Pulang daripada bercuti di Pulau Perhentian itu, sengaja Widad mendiamkan diri. Sengaja dia memencilkan dirinya daripada lelaki itu. biarpun dia tahu lelai itu tidak pernah berputus asa. Tidak pernah sesekali melupakan dirinya. mujurlah kekangan kerja menolong dia untuk terus menjauhkan diri daripada Rizman. Walaupun ada ketika hatinya memberontak, merindui lelaki itu. tetapi tidak sesekali dia tunduk. Tidak sesekali dia mengikut kata hatinya. Ditumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya. Dan dunianya kini hanyalah kerja semata-mata. Yer..dia telah menjadi seorang yang gila kerja.


            “can we meet?”
Sorry, I sedang sibuk sekarang, tak ada masa” jawab Widad tegas.
“Please dear….dah lama kita tak jumpa”rayu suara itu.
Widad menyandarkan badannya di kerusi. Mengeluh. Lelaki ini tidak pernah berputus asa.
“untuk apa kita jumpa? Please… u boleh dapatkan wanita yang lebih baik daripada janda seperti I nie, u boleh dapatkan gadis-gadis yang lebih cantik, yang lebih muda. Cuba bukak mata U luas-luas… and u can see someone better than me” ujar Widad.
“I’m not. Huhuhu…  u tahukan kalau I nak yang macam tuh bersepah kat luar sana. Senang jer I jumpa. Tapi hati I, cinta I, hanya untuk U, tak berubah-ubah. U jugak yang I rindu selama ini.
“please kita jumpa, dah lama I tak jumpa u, sementara I ada tengah free sekarang nie, please” rayu Rizman lagi.
“tak boleh.. I banyak kerja yang nak disiapkan” tegas Widad.
“I tak kira, tepat jam 5.30, I tunggu u kat lobi pejabat u. kalau u tak turun jugak I akan naik dan heret u” ugut Rizman.
Widad mengeluh. Lelaki ini tidak pernah berputus asa. Dia akan lakukan apa yang dia katakan. Widad tiada pilihan lain. Selain terpaksa mengikut apa yang dikatakan. Diraupkan wajahnya. Dia mengeluh lagi. Perkenalan tanpa sengaja dengan lelaki itu setahun yang lalu membuatkan dia di dalam dilema.
            Rizman tidak pernah berputus asa menawan hatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh bujang terlajak itu. semuanya ditepis dan ditolak mentah-mentah. Dia merasa serik untuk jatuh cinta lagi. Kegagalan dalam rumahtangga dahulu sering menghantuinya. Dia tidak mahu merasa kecewa lagi. Dia bahagia sendirian. Tetapi Rizman tidak pernah berputus asa.
            Petang itu, tepat jam 5.30 petang, Rizman telah setia menunggu. Widad melangkah perlahan ke arahnya. lalu dia memasuki kereta Rizman.
“Kita nak ke mana nie?”soal Widad setelah hampir setengah jam mereka masih lagi berada di dalam kereta. Di pandang kiri dan kanannya cuba mencari signboard untuk mengetahui di manakah dia berada sekarang.
            Rizman tenang memandu. Tiada tanda-tanda dia mahu menjawab soalan yang diajukan tadi.
“kita nak ker mana nie?”soal Widad lagi. Resah. Mereka kini telah memasuki highway karak.
“Bila dah sampai u akan tahulah”jawab Rizman ringkas. Widad mendengus geram. Geram dengan sikap Rizman yang selalu sahaja bertindak mengikut hati sendiri. Suka-suka dia jer angkut anak orang entah ke mana.
            Hari telah pun beransur ke malam. Mereka masih lagi di dalam perjalanan entah ke mana tujuannya. Widad sudah malas untuk bertanya lagi. Dilayan perasaannya sendiri. Manakala Rizman tenang memandu. Sesekali di dipandang wajah wanita di sebelahnya itu. ada rindu yang bermukim. Sudah sebulan lebih mereka tidak berjumpa. Kesibukan kerja membataskan dirinya untuk bertemu dan melepaskan rindu. Sejak pertemuan yang pertama, dia telah jatuh kasih dengan wanita ini. Lalu diusahakan mencari maklumat dan number telefon wanita ini. Tidak pernah dia begitu bersungguh untuk mengetahui tentang seorang perempuan.
            Sebelum ini dia tidak pernah mengambil kisah mengenai seorang perempuan. Dunianya hanyalah kerja dan kerja sahaja. Sementelah kerja itu banyak menuntut dia sentiasa travel ke luar Negara. Sebab cinta tidak pernah wujud di dalam hidupnya.
Dan segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Widad. Ketika itu dia sedang bercuti di Pulau Perhentian. Apabila bercuti di situlah dia menghabiskan masanya. Mengambil gambar keindahan pulau tersebut. Dia langsung tidak jemu. Sehinggalah lense kameranya menangkap gambar seorang gadis yang berjalan sendirian. Sambil merenung jauh ke lautan luas. Terlukis kesayuan di wajah itu. dalam tidak sedar, pelbagai pose ditangkapnya tanpa pengetahuan tuan punya badan. Dia berusaha menyelidik tentang gadis itu.
            Kemudian barulah dia mendekati gadis itu. Sukar pada mulanya. Kebisuan dan kebekuannya menggamit dia untuk terus mendekatinya. Dicuba pelbagai cara untuk menarik perhatian gadis itu. Cutinya juga dilanjutkan semata-mata mahu mendampingi gadis itu. Ternyata berbaloi.
            Rupanya ada cerita yang tersimpan di sebalik kesayuan wajah itu. Kegagalan rumahtangga bagaikan mematahkan semangat hidupnya. Walaupun peristiwa itu telah setahun berlaku ternyata dia masih lagi berduka. Apatah lagi itulah cinta pertamanya. Lelaki pertama yang hadir di dalam hidupnya. Tetapi lelaki itu juga yang pertama mengecewakan dia. Dia bagaikan serik untuk mempercayai lelaki lagi.
            Oleh sebab itulah Rizman semakin tertarik dengan Widad. Walaupun dia dikecewakan, namun tidak pernah dia menyalahkan bekas suaminya di atas kegagalan rumah tangga mereka. Semua keburukan suami disimpan kemas daripada pengetahuan keluarga. Biasalah orang nie, jika bercerai, perempuan biasanya akan dipersalahkan kerana tidak pandai menjaga hati suami. Tidak pandai menguruskan rumah tangga sendiri. lalu dia disisihkan oleh ahli keluarga sendiri. Segalanya kesedihannya ditanggung sendiri.
            Ingin Rizman mengubati luka itu. ingin dia menjadi tempat sandaran buat Widad. Tetapi kerasnya hati Widad tidak pernah berubah. Tetap dengan pendiriannya untuk terus hidup sendirian. Dan dia semakin parah merindui wanita itu. dalam tidak sedar Rizman mengeluh. Ia disedari oleh Widad.
“kenapa?” soal Widad.
“tak ada apa-apa” jawab Rizman ringkas. Mereka kini telah hampir sampai ke tempat yang ditujui. Bukit tinggi Berjaya Hill. Dia telah menempah bilik di Colmar Tropicale, Berjaya Hill di situ.  Three Bedroom Suite sengaja ditempahnya. Sengaja ditempah suite kerana jika tidak sukar untuk dia menghabiskan masa berduaan dengan Widad. Dia sudah masak dengan perangai Widad yang keras kepala itu. Jika dia tidak suka, walau macam mana dipujuk sekali pun, takkan mahunya dia keluar dari bilik.
            Rizman tahu, Widad memberontak di dalam diam. Mungkin disebabkan paksaannya itu. ditambah pula dibawa jauh sampai ke Bukit Tinggi dengan hanya sehelai sepinggang. Bermalam pula di sini. Siapalah yang tidak marahkan? Sebenarnya Rizman telah berpakat dengan adik Widad. Semua keperluan Widad telah dibawa bersama. Cuma Widad sahaja tidak mengetahuinya. Dia ada misi. Dan dia memang sangat berharap misinya dapat diselesaikan pada percutian kali ini.
            Setelah check in mereka dibawa ke suite penginapan mereka. Ruangannya luas. Lengkap dengan ruang tamu, dapur dan tiga bilik tidur. Cantik. Diluar pula dihidangkan dengan pemandangan bukit yang menghijau.
“U masuk bilik yang besar tuh. Semuanya cukup lengkap. Nah nie pakaian u, I dah sediakan semuanya. Adik u yang tolong” jelas Rizman. Komplot ker apa nie. Detik hatinya.
Tanpa bersuara, diambil beg pakaian itu dan terus memasuki bilik yang ditunjukkan tadi. Biar Rizman tahu dia tidak suka dan Widad melancarkan perang dingin. Rizman pula tidak kisah. Dia telah masak dengan perangai Widad itu. Menurut adik Widad, dulu Widad seorang yang lemah lembut, selalu tersenyum dan tidak keras kepala. Dulu dia seorang yang peramah dan ceria. Mungkin kerana kekecewaan dulu menjadikan dia berubah menjadi seorang yang keras kepala.
“Pukul 8 nanti keluar yer, kita makan sama-sama”
 “tak nak, tak lapar pun, kalau u lapar, u makan seoranglah. I nak berehat, nak tidur letih” beritahu Widad dingin.
“I tak kira, tepat jam 8 malam I kan masuk bilik u kalau u tak keluar, I heret u nanti. Nak macam tuh” ugut Rizman.
“huh” Widad mendengus geram. Geram dengan Rizman yang tak faham bahasa dan sering memaksanya. Sejak mereka kenal ada sahaja benda yang dipaksa Widad lakukan.
            Dalam separuh rela, Widad melangkah keluar dari bilik dia. Serta merta dia terpaku. Ruang tamu hanya bertemankan cahaya lilin di atas meja makan di tengah ruang. Lampu dinding sahaja yang dibuka untuk menerangi ruang tamu itu. dan Rizman telah sedia menyambutnya ketika dia membuka pintu biliknya. Dia kelihatan segak dengan kemeja lengan panjang dan juga seluar slack. Nampak santai dan kacak disimbahi cahaya malap bilik itu.
            Widad pula menyarungkan sehelai dress labuh warna biru lembut yang dihiasi labuci di hujung lengan dan dileher yang meleret sampai ke dadanya. Dipadankan pula dengan tudung Syria yang berwarna senada. Widad seperti terpaku. Rizman menghulurkan tangan lantas disambut. Lalu mereka beriringan menuju ke meja makan.
            Entah bila masanya Rizman menghias dan mengubah ruangan itu. sungguh romantic. Widad terkelu. Bagaikan dipukau  mengikut rentak Rizman.
            Alunan muzik I love You by Celine Dion dimainkan ketika mereka sedang menikmati makan malam. Tidak pernah dia termimpikan suasana yang romantic ini. Sepanjang perkahwinannya dulu, tidak pernah dia dilayan sebegitu. Tidak pernah dihargai seperti ini. tiba-tiba dia terasa sebak. Dulu dia pernah berangan-angan melalui malam yang romantic bersama orang yang dicintainya. Menghabiskan malam bersama menganyam impian dan harapan. Tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.
            Namun kini, Rizman merealisasikannya. Direnung wajah yang dihadapannya. Yang sedang menyudukan makanan dihadapannya. Inikah lelaki yang ditakdirkan untukku. Yang akan menyayangiku selepas ini. dia berbisik sendirian. Bertanya pada hati kecilnya. Namun dia takut. Takut andai ini Cuma mimpi indah sahaja. Apabila dia sedar nanti keindahan malam ini hanya tinggal mimpi.
            Rizman merenung wanita yang dicintai dihadapannya. Cantik sungguh dia. Sejak pertemuan yang pertama, dia sering bermimpi dan berangan-angan agar wanita ini menjadi miliknya yang sah. Menjadi pendampingnya. Akan dicurahkan kasih sayang dan cintanya kepada dia. Hanyalah dia. Tetapi hatinya terlalu keras. Sukar untuk dia takluki. Lalu diatur rancangan malam ini. Dia ingin melamar gadis itu.
            Selesai makan, Rizman menghulurkan tangan dan mereka berdiri ditengah ruang yang sengaja dikosongkan itu. irama sentimental terus dimainkan. Lalu mereka bagaikan terbuai oleh melodi dan hanyut di dalam perasaan masing-masing. Tanpa bicara mereka menari mengikut rentak irama di dalam hati. Mata asyik bertentangan.  Widad terus tenggelam dibuai keasyikan dan Rizman terus membuai perasaannya.
            Tiba-tiba Rizman mematikan langkahnya lalu berlutut di hadapan Widad. Diseluk poket seluarnya dan diambil sebentuk cincin berlian di dalamnya. Lalu diambil tangan Widad dan disarungkan cincin itu.
“Sudikah Widad binti Abdul Wahid menjadi isteriku. Berkongsi suka dan duka bersamaku. Sentiasa di sisiku sehingga akhir hayat. Menjadi isteriku di dunia dan di syurga?” lamar Rizman.
            Widad tergamam. Dia mahu tapi dia takut dikecewakan sekali lagi. Dia takut andai bahagia yang dia impikan, derita yang dimilikinya. Lalu dalam tak sedar dia menganggukkan kepalanya. Airmata membasahi pipinya. Dia trauma untuk melangkah ke alam perkahwinan lagi. Tetapi dia ingin bersama lelaki itu.
             Rizman bangun dan dipeluk gadis itu. ditenangkan di dalam pelukannya. Biarlah diam menangis sepuas-puasnya. Biarlah dilepaskan perasaan malam ini. Esok dan hari seterusnya tidak akan sekali-kali dibiarkan airmata itu mengalir kesedihan. Biarlah airmata bahagia sahaja. Tamat

Khamis, 8 Julai 2010

Julai 08, 2010

Mitos cinta..4

Cinta Tidak Harus Berbentuk `Bunga'

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu 
menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di 
bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam 
perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah 
dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan 
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif 
serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti 
seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi 
aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. 
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan 
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua 
harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk 
bercerai.

"Mengapa?", dia bertanya dengan terkejut.

"Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan"

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, 
nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat 
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang dapat aku lakukan untuk 
mengubah fikiranmu?".

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, "Aku 
ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan 
mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah 
yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat 
gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Aku akan memberikan jawapannya 
esok."

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, 
suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan 
coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang 
bertulis…

"Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan 
aku untuk menjelaskan alasannya."

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus 
membacanya.

"Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan 
monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu 
dan memperbaiki programnya."

"Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku 
harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan 
pintu untukmu ketika pulang."

"Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat 
baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat 
memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu."

"Kamu selalu kelelahan pada waktu `teman baikmu' datang setiap 
bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang 
kebas."

"Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu 
akan menjadi `aneh'. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat 
menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan 
hal-hal lucu yang aku alami."

"Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik 
untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua 
nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti 
ubanmu."

"Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, 
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu".

"Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. 
Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi 
kematianku."

"Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu 
mencintaimu lebih dari aku mencintaimu. "

"Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan 
tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat 
menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat 
membahagiakanmu. "

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi 
kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…

"Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika 
kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku 
untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku 
sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu."

"Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil 
barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, 
kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.".

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan 
pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti 
kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku 
lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta 
itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan 
pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita 
inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain 
yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari 
pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta 
tidak selalu harus berbentuk "bunga". 

Jangan Ada Benci

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya 
sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir 
menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara 
yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu 
cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan 
tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju 
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan 
sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang 
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya 
sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai 
dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita 
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama 
lebih bahagia…".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya 
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika 
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk 
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah 
tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-
masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Sayang 
akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. 
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai 
mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan 
sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit 
kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari…

"Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan …" jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu 
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata 
dengan bahagia, "Sekarang giliran abang pula membacakan senarai 
abang..Sayang sedia mendengarnya" .

Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, "Maafkan 
abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang 
berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak 
ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. 
Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada 
peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan 
isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat 
abang….."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan 
ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima 
dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…

——————————–
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri 
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang 
lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. 
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada 
yang perlu diperbaiki…..

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan 
kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini 
adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….

Selasa, 6 Julai 2010

Julai 06, 2010

Jeling-jeling, pandang-pandang...

Love picture
Love pictures
Dia mengintai dari kejauhan. Hari ini smartnya si dia. Dengan uniform sekolah yang sama sahaja antara pelajar lain pun, boleh lagi mata hatinya memuji jejaka idaman kalbu  segak dan tampan hari ini. Padahal hari-hari lain pun dia tetap juga seperti itu. itulah padahnya kalau dah terkena panahan asmara ni, semuanya nampak elok, nampak cantik menawan. Dia tersenyum sendirian sambil memejamkan matanya. Dibayangkan hanya dia dan si dia sahaja. Kemaruk betullah minah seorang nie
            Pap tetiba ditamparnya pipi sendiri. Cuba untuk menyedarkan diri yang hilang entah ke mana. Kedengaran dua, tiga suara bergabung ketawa. Lalu dialihkan pandangan ke sisinya.
“kenapa kau tampar pipi sendiri. Nak kata nyamuk, tak ada pula aku nampak nyamuk kat sini. Kau nie sedar ke tak?” tegur teman di sebelah. Namanya Kirana, merangkap jiran meja sebelah, manakala Zulaika dan Adibah jiran depan meja. Dia pula Siti Umairah., mereka sebenarnya masih lagi budak sekolah. Budak-budak yang baru nak mengenal kehidupan yang sebenar. Baru jer berusia 16 tahun.
            Oleh kerana baru hendak mengenal kehidupan maka tak heranlah mereka akan ter..terlibat dengan masalah perasaan ini. sama jer dengan Siti Umairah ini. dan tiga orang kawannya itu. 
            Siti Umairah tersengih menampakkan giginya. Kontrol-kontrol, jangan sampai terkantoi denga minah 3 orang nie, nanti kang tak pasal-pasal mereka menjalankan misi rahsia pula.
“tak ada papelah. Aku rasa gatal. Dah asyik dok garu jer. Tue yang aku geram. Tamparlah pipi sendiri. Baru kurang sikit gatal nie”. Alasan yang logikkan? Hehehhe..nasiblah kawan kena tipu kat aku. Huhuhu. Rahsia hati, biar pecah di hati, di mulut jangan”. Peribahasa baru nih. Ciptaan ulung Siti Umairah.
“eleh alasan lapuk”
“kau tengok apa kat luar tuh sampai tak berkelip-kelip. Kami yang panggil 2, 3 kali nie buat tak reti jer?”Soal Kirana. Sunggu-sungguh ingin tahu. Di pandangnya juga ke luar kelas, tapi tak nampak sesiapa pun. Cuma sekumpulan budak-budak lelaki dok lepak kat wakaf di hujung padang sana. Bukan boleh nampak dengan jelas pun.
“Laaa..dah kau tak nampak apa-apa, lagi mau tanya ka?”tanya Siti Umairah pula.
“tapi kan kat hujung sana mesti ada Amer Hamzah kan? Makin lama makin hensem plak aku tengok dia” tetiba jer Zulaika mengeluarkan kata-kata yang mampu menyentak perasaan Siti Umairah
‘isyyy tak boleh jadi nie, jejaka idamanku diintip orang gak. Tapi macam mana nak buat erk’detik hati kecil Siti Umairah.
“a’aah kan, semakin hensem dan comel lak. Dulu nampak keding jer. Sekarang nie dah nampak tinggi dan berisi sikit. Semenjak dia menyertai pasukan bola sepak sekolahlah.”
“yup” Siti Umairah pun setuju tapi dia dah jadi secret admirer sejak tingkatan satu lagi. Dan tak ada sesiapapun yang tahu tau.
            Ceritanya macam nie, memang menjadi rutin Sekolah Menengah Tok Tangok nie apabila peperiksaan hujung tahun tiba. Mereka akan mengadakan peperiksaan akhir tahun itu dalam dewan besar. Jadi dewan besar itu pula sebenarnya gabungan kelas-kelas. Dinding-dinding yang menjadi pembahagi kelas akan dibuka. Jadinya tingkatan satu masa itu ada 5 kelas digabungkan menjadi satu dewanlah. Dan mereka pula akan disusun mengikut abjab. Jadinya jika nama berpangkal dengan huruf A akan disusun ikut huruf A dan seterusnya. Memanjanglah. Semuanya dah bercampur-campur. Tak kiralah kelas A ker kelas B ker. Tak boleh nak memilih jiran-jiran kiri kanan tuh. Satu jer tujuan cikgu-cikgu tika itunya. Tak mahu pelajar-pelajar dok pakat-pakat bagi jawapan. Hahaha…bagus betul cikgu-cikgu buat macam tue kan. Dan Siti Umairah pula dapatlah jirannya yang baru Amer Hamzah. Dan di situlah perasaannya terpupuk. Dia suka melihat Amer Hamzah yang malu-malu kucing. Curi-curi pandang padanya. Dan dia pun apa lagi sama gaklah. Dok curi-curi pandang gak. Curi-curi pandang dua makna tuh. Satu nak lihat tuannya dan lagi satu nak lihat jawapannya. Hahahaha..serampang dua mata katakan.
            Dan kini telah 4 tahun berlalu. Sistem yang digunapakai dahulu sudah tidak digunakan lagi. Jadi tak ada canlah mereka nak bermain pandang-pandang, jeling-jeling nie. 4 tahun nie, Siti Umairah dok tunggu Amer Hamzah memulakan langkahnya. Tapi sehingga hari ini, tak ada bayang-bayang pun. bunga-bunga apatah lagi. Jadinya pungguk rindukan bulanlah Siti Umairah nie. Hendak dia mulakan langkah. Tak akan sekali-kali yer. Takkan perigi nak mencari timba pula.
            Hmmmm ataupun mungkin hanya Siti Umairah syok sendiri jer. Pulak tuh Amer Hamzah makin popular sekarang nie, dah makin ramai peminat-peminat wanita. Dan dia kian dipinggirkan. Dalam tak sedar Siti Umairah mengeluh.
“Apasal kau mengeluh pulak, angina tak de, ribut tak de tetiba kau mengeluh. Apa masalah nie?”
Siti Umairah tersentak. Aku mengeluh ker tadi. Eeeeiii macam mana boleh tak sedar. Itulah berangankan Amer Hamzah lagi.
“huh? Tak de papelah. Aku dok pening kepalalah..masalah matematik nie, dah laaa aku yang kena present jalan kira dia”. Ayat cover tuh. Ketiga-tiga kawannya Cuma angkat bahu. Entah apa-apalah Siti Umairah ni, macamlah diorang tak perasan. Kebelakangan ini dia banyak mengelamun dan berangan jer kerja dia.
            “Sebelum balik nanti aku nak ulangkaji kat perpustakaan. Korang nak ikut tak?”soal Siti Umairah. Ketiga-tiganya menggelengkan kepala. Malas.
‘tahu dah’ ujar Siti Umairah.
            *****
Dia mencuri pandang wajah ayu itu. Wajah yang menemani tidurnya sejak 4 tahun yang lalu. Yang selalu di candid gambarnya. Asyik sungguh si dia membuat latihan matematik. Patutlah namanya sering dipuji-puji oleh Cikgu Zaidi,guru matematik mereka.
Tapi sampai bila dia nak mengintai dari jauh jer. Tahun depan dah tingkatan 5 dan selepas itu mereka akan tamat belajar. Takkan ia akan terputus di situ jer. Tiada lagi wajah ayu menghiasi hari-harinya nanti. Dia perlu berbuat sesuatu. Tiba masanya dia perlu bertindak.
Didekati gadis itu. ditarik kerusi di hadapan gadis itu. khusyuk sungguh. Kepala pun tak diangkatnya. Tidak pula mahu melihat siapa yang duduk dihadapannya itu. Lalu dia mengoyakkan sehelai kertas dari buku latihan yang dibawanya. Dituliskan sesuatu di situ.
Assamualaikum w.b.t boleh saya join?  Lalu dihulurkan ke hadapan Siti Umairah. Barulah dia tersedar. Ada orang di hadapannya. Dup dap dup dap tiba-tiba jantungnya menarikan lagu rancak.
Waalaikumussalam w.b.t boleh jer apa salahnya. Awak pun dah duduk di depan saya ni. Kira dah joinkan? Dihulurkan kembali tapi tak diangkat pun mukanya. Yang pasti mukanyna dah bertukar warna dah.
Amer Hamzah tersenyum. Lalu dicoretkan lagi di situ.
Dah lama saya nak join, tapi tak beranilah. Saya selalu perhatikan awak duduk di sini. Jadi kiranya bolehlah saya join awak selamanya kan? Dihulurkan ke hadapan.
Siti Umairah :Laaa join jerlah. Saya tak makan orang laa..ingatkan awak tak nampak saya selama ini…Opss bukan ..
Amer Hamzh :Hahahha…jadinya awak pun perhatikan saya?
Siti Umairah : bukan macam tuh lah…
Amer Hamzah : Habis tue macam mana?
Siti Umairah : saya selalu lihat awak stadi di hujung sana. Terlihat jer bukan perhati tau!!!
Amer Hamzah: memang saya sengaja duduk kat hujung saya supaya senang dapat tengok awak?
Siti Umairah : kenapa pula nak tengok saya?
Amer Hamzah : sebabnya saya suka.
Siti Umairah : suka? Tapi saya tak suka…..
Amer Hamzah : sorry sebab perhatikan awak selama ini. lepas nie saya takkan buat lagi.
Siti Umairah : bunyi macam merajuk jer. Ayat saya tak habis lagi ni. Saya tak sukalah awak kat hujung sana tapi saya suka awak kat sini.
Amer Hamzah mengangkat mukanya memandang Siti Umairah. Terkejut dengan kata-kata itu. Siti Umairah hanya mengulum senyum malu. Alang-alang si idaman dah mulakan langkah,. Baik diselesaikan terus. Tak mahu lagi jeling-jeling pandang-pandang nie.
Amer Hamzah : awak tahu tak dah lama saya ingin tegur awak tapi awak nampak sombong sangat. Itu yang saya tak berani. dah lama saya minat kat awak. Sejak kita berjiran dalam dewan peperiksaan dulu. Sejak itulah saya Suka kat awak.
Siti Umairah terkejut. Dengan pengakuan berani Amer Hamzah
Siti Umairah : saya pun sejak dalam dewan peperiksaan tingkatan satu lagi.
Amer Hamzah : betul nie..nampaknya hati kita menyanyi lagu yang sama yer
Siti Umairah : awak rasa? ^_^
Amer Hamzah : betullah lepas nie tak perlulah kita jeling-jeling dan pandang-pandang lagi yer.. saya perasan awak pun macam tu jugak kan?
Siti Umairah : Aik..tadi tak cakap pun…malulah..kantoi.
Amer Hamzah : nak malu apa lagi saya suka. Dulu saya tak pasti dan kini pasti sangat dah.
Lalu bermula saat itu mereka selalu belajar bersama-sama. Dah tentu semua pelajar di Sekolah itu terkejut dengan perkembangan terbaru itu. angin ribut tak ada, sekarang mereka bersama.
*****
Cupp..cupp ciuman hinggap di pipinya. Inilah dia cinta pertamanya Amer Hamzah. Habis jer sekolah mereka terus bertunang. Tahun akhir di Universiti mereka selamat disatukan sebagai suami isteri. Masing-masing memilih profesion perguruan. Bertugas di sekolah yang sama. Apabila terdengar gossip pelajar di sekolah terimbas kenangan cinta mereka. Siapa sangkakan. Hingga kini mereka bersama. Alhmadulillah.semoga dipanjang jodoh mereka hingga akhir hayat.

Isnin, 5 Julai 2010

Julai 05, 2010

Mitos cinta..3

Kisah Cinta Sejati

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku 
sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat 
dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap 
bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela 
tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, 
Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan 
dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku 
masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan 
dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 
40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin 
dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan 
selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi 
kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. 
Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang 
menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari 
pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan 
kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari 
kerja. Kata ibuku,"Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu 
sendirian".

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang 
terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap 
suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, 
kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup 
suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, 
itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku 
tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga 
mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku 
terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau 
saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus 
menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia 
tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan 
membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah 
meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku 
selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan 
ketika ibuku bertanya ,"Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat 
tua dan hodoh sekali".
Ayahku menjawab, "Aku ingin kau tetap merasa cantik".

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh 
kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,"Kau tahu, Linda. 
Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?"

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, "Kerana aku tak pernah 
meninggalkannya… "

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine 
Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang 
tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, 
kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka 
memberikan contoh dari kehidupannya.


Tulang Rusuk Yang Patah

"Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?" tanya Dara.
"Sudah pasti kamu!" balas Jejaka.
"Pada pandangan kamu, aku ini siapa?" tanya Dara lagi.

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan 
berkata, "Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat 
bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari 
Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang 
hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan 
sakit di hati."

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan 
manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam 
dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. 
Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat 
mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin 
panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara 
membentak, "Kamu tak cintakan aku lagi!"

Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan 
membalas, "Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata 
bukan tulang rusukku!"

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. 
Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah 
didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia 
ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak 
mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara 
mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita 
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. "

Lima tahun berlalu…

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang 
kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang 
selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu 
semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi 
kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, 
dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup 
mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu 
kembali secara tidak sengaja.

"Kamu apa khabar?" tanya Jejaka.

"Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang 
hilang?" tanya Dara spontan.

"Belum," jawab Jejaka sepatah.

"Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi," 
beritahu Dara.

"Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, 
bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah," kata 
Jejaka. 

Dara tersenyum kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami 
kemalangan, dan meninggal. 

Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali 
merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu 
adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan 
bodohnya dia patahkan

Cinta Tidak Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri 
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti 
di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri 
bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang 
memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh 
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh 
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan 
bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan 
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai 
suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka 
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang 
tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang 
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, 
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman 
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang 
bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. 
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan 
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun 
isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa 
isterinya tetap mendengar,

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah 
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang 
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh 
mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau 
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika 
disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau 
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak 
mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? 
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak 
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia 
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam 
hati."

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma 
itu…..

Sabtu, 3 Julai 2010

Julai 03, 2010

Kisah Cinta

Luahkan Sebelum Terlambat

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya 
yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah 
tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka 
yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam 
meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia 
harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai 
tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah 
kebahagiaannya jua.

"Adam rasa, dia suka Adam tak?" tanya Farah. "Adam tak pasti, 
tetapi… mungkin juga," jawab Adam. "Adakah Adam pasti dia belum 
berpunya?" tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis 
pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: "Belum."

"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama 
ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak 
lelaki seperti Adam," ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan 
perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada 
teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. "Perlukah saya membelinya 
sejambak bunga?" "Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana 
perempuan yang tidak sukakan bunga!' "Bunga apa yang patut Adam 
berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada apa jenis 
bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada." "Adam 
tak kisah tentang duit."

"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu 
tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya 
bersama kad ucapan?" "Ya." "Kenapa Adam tidak memberikannya 
sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?" "Adam takut dia tidak sukakan 
Adam." Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah 
mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar 
berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama 
sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

"Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak 
tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam 
dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan 
luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan 
tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

"Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi 
Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah 
tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. 
Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam 
berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, 
ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. 
Adam mahu tahu, apa pendapat Farah."

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka 
menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia 
sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita 
menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang 
kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it'.

Biarkan Aku Jadi Mataharimu

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan 
harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan 
pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa 
pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang 
terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin 
menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan 
takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. 
Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit 
jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi 
matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun 
pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut 
berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan 
rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan 
kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung 
sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga 
dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada 
bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang 
cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan 
akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih 
iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan 
dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah 
hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk 
mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela 
memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya 
menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan 
kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan 
tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk 
cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke 
langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari 
agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia 
mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan 
burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta 
yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau 
burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain 
selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan 
cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi 
dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda 
tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang 
dicintainya….

Pengajaran Dari Sebuah Cinta

Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa 
meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih baik di 
Amerika. "Di sini keadaannya amat sukar. Kau adalaah harapan kami" 
kata si ayah sambil memeluk anak lelakinya itu sambil mengucapkan 
selamat tinggal.

Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan percuma 
kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh penyodok arang 
batu sebagai imbalan kos pelayaran selama sebulan. Kalau Shinji 
menemui emas di pergunungan Colorado, keluarganya akan menyusul. 
Berbulan lamanya Shinji mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas 
yang tidak besar memberinya penghasilan yang tidak seberapa tetapi 
teratur.

Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat teringin 
disambut oleh Asaka Matsutoya, gadis yang diam-diam diminatinya di 
kampung. Sepanjang ingatannya keluarga mereka sudah lama saling 
mengenali dan sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk 
memperisterikan Asaka. Senyumnya yang menawan membuatnya menjadi 
puteri keluarga Yoshinori Matsutoya yang paling cantik.

Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin sekali membelai 
rambut ikal panjang Asaka yang perang kemerah-merahan itu. Akhirnya 
dia mengirim surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya 
itu. Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang membawa 
berita. Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada Shinji 
di Amerika.

Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan Shinji dan membantunya 
mengembangkan bisnes perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun, 
keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika untuk menghadiri 
majlis pernikahan mereka. Hati Shinji sangat bahagia. Dia 
menghabiskan satu bulan berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya 
menjadi tempat tinggal yang lebih sempurna.

Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya di ruang tamu dan 
menata kamar tidurnya agar sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari 
bekas karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari bekas 
karung gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia meletakkan pasu berisi 
bunga-bunga kering yang dipetiknya di padang rumput.

Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba. Dengan membawa 
seikat bunga daisi segar yang baru dipetiknya, di pergi ke stesen 
keretapi. Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi 
mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap jendela, mencari 
senyum dan rambut ikal Asaka. Jantungnya berdebar kencang penuh 
harapan sebelum tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi 
Matsutoya, kakaknya yang turun dari keretapi.

Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya menunduk. Shinji 
hanya mampu memandang terpana. Kemudian dengan tangan gementar 
dihulurkan jambangan bunga itu kepada Yumi. "Selamat datang" katanya 
perlahan-lahan sambil matanya menatap nanar. Senyum tipis menghiasi 
wajah Yumi yang tidak cantik.

"Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku datang ke sini" 
kata Yumi.

"Ayuh! Aku akan membawa begmu" kata Shinji dengan senyum terpaksa, 
bersama-sama mereka menuju kereta kuda.

Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi mencatat semua kegiatan di 
lombong. Dalam tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat sekali 
ganda. Masakannya yang lazat dan senyumannya yang tenang menghiasi 
pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang wanita.

"Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan" keluh Shinji di dalam 
hati, setiap malam sebelum tidur dengan seribu rasa susah hati di 
ruang tamu.

Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja, bermain dan tertawa 
bersama, tetapi tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali Yumi 
mencium pipi Shinji sebelum masuk ke kamarnya. Pria itu hanya 
tersenyum canggung. Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya mampu berpuas 
hati dengan jalan-jalan berdua menjelajahi pergunungan atau sekadar 
berbual di beranda setelah makan malam.

Pada suatu petang di musim bunga, hujan deras menyirami punggung 
bukit, membuat jalan masuk ke lombong mereka ditenggelami air. 
Shinji mengisi karung-karung pasir untuk dijadikan benteng. Badannya 
basah kuyup tetapi usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul di 
sampingnya, memegang karung guni yang terbuka. Shinji mencedok dan 
memasukkan pasir ke dalamnya, kemudian dengan tenaga sekuat lelaki, 
Yumi melemparkan karung itu ke tepi lalu membuka karung yang lain.

Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam lumpur setinggi lutut, 
sampai hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka berjalan pulang 
ke pondok. Sambil menikmati sup panas, Shinji berterima kasih kepada 
Yumi. "Aku takkan dapat menyelamatkan lombong itu tanpamu"

"Sama-sama" gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang seperti 
biasa, lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke kamarnya.

Beberapa hari kemudian, Shinji menerima sepucuk surat yang 
menyatakan keluarga Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu 
berikutnya. Meskipun berusaha keras menyembunyikannya, namun jantung 
Shinji kembali berdebar-debar seperti dahulu kerana akan bertemu 
lagi dengan Asaka. Ketika Asaka muncul di hujung platformnya, Yumi 
menoleh kepada Shinji. "Sambutlah dia" katanya. Shinji berasa 
kaget, "Apa maksudmu?"

"Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan puteri Matsutoya yang 
kau inginkan. Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka 
pada pesta bunga nan lalu."katanya. Dia mengangguk ke arah adiknya 
yang sedang menuruni tangga kereta. "Aku tahu bahawa dia bukan aku, 
yang kau inginkan menjadi isterimu.."

"Tapi…" Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
"Syy.." bisiknya "Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu mencintaimu. 
Kerana itu, yang kuinginkan hanya melihatmu bahagia. Sambutlah 
adikku," Shinji mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan 
menggenggamnya. Ketika Yumi mendongakkan mukanya, utk pertama 
kalinya Shinji melihat betapa cantiknya gadis itu.

Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan di padang rumput, ingat malam-
malam tenang yang mereka nikmati di depan unggun api, ingat ketika 
Yumi membantunya mengisi karung-karung pasir. Ketika itulah dia 
menyedari, apa yang sebenarnya selama berbulan-bulan tidak 
disedarinya.

"Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan"

Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya dan mengucup dahinya 
dengan cinta yang tiba-tiba membara di dalam dadanya. Keluarga 
mereka berkerumun dan berseru, "Kami datang untuk menghadiri 
pernikahan kalian!" Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat 
yang menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci itu 
sesungguhnya tidak akan pernah berakhir.


Featured