Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 31 Ogos 2010

Ogos 31, 2010

Forever In Time -6

Lower Six
Jadi tamat jer sessi sekolah terus memerap kat umah.Dalam hati “dah dua minggu Aisyah pergi belajar kat Melaka, tak dengar khabar berita pun dari dia. Dah lupa kat aku ker agaknya, tak mungkin kot”serba salah abg dibuatnya
 “agaknya sibuk,maklum lah freshie”...pas makan,mandi dan sembahyang Zohor, abg dengar ada call, abang angkat la, dengarla suara sayang yang hampir tengelam timbul time tu, Rasanya phone rosak, apa lagi bila dengar je suara sayang abg pun cakap “hai darling...”...tak ade kontrolnya time tu...peh!!!rindu gila...
“wei tolong aku boleh tak, tepon kat rumah aku, kata aku nak balik cuti merdeka nie kat abah aku”  eh!why me? tapi takpe bukan susah pun nak tepon,baru abang nak tanya panjang lagi.”
“wei mama,duit aku dah tak ada,nanti aku kasi surat kat kau....ok” then terus putus.
Alah baru nak cakap panjang-panjang, tapi takpe sekurang-kurang abang dah dapat dengar suara ayang abg nie. Petang tue abang  pun call la rumah ayang cakap pada daddy sayang yang sayang nak balik rumah merdeka nanti. Pas tu esoknya abg pun cerita la pada yatie. Tersengih je dia dan terus bidas abang tanpa hentinya “hari tu dah terlepas peluang nak cakap isi hati kau tu.”
abang pun senyum je. could be this time i will say it... “agaknya time nie kot” abang kata pada yatie... tapi bila tiba masa sayang kata nak balik tu abang siap preparelaa kan. Maklumla abang nie memang pantang dicabar je nak gak cuba dapatkan...telefon la rumah sayang. Time tu beso yang angkat phone, abang tanya la ayang ada tak... “dia tak jadi balik,ada hal katanya. bulan sembilan nanti dia balik”kata beso.
Ah,impian tak menjadi kenyataan. Esok abang cerita la kat yatie. Ada  ke patut dia pakat gelak jer “takpe..kau cuba plak masa tahun baru nanti...”
“oi yatie kau ingat nie peraduan ker?”kata abang. Tapi sedikit sebanyak betul gak. Cuma lambat benar tahun baru tu. Abang ternanti-nanti bila la sayang dapat cuti. Sudah lama tak dengar berita dari sayang. Abang mula terkenangkan sayang. Walaupun sayang ada kirim surat  dan ada tepon tapi abg still rasa tak sama ayang ada depan mata. Agaknya bila dua tahun asyik ada depan mata tetiba berjauhan. Masa inilah  abang belajar macam mana nak terima hakikat kita berjauhan.
Alhamdulillah abang dapat survive tanpa sayang walaupun ada masa terkenang sayang yang jauh dimata. Apabila sayang balik cuti mid sem time matriks tu. Ayang pun telefon abang. Tapi masa itu aban nieg cuma kos lepas jerkan, yerlaa selepas sayang telefon saing lain tak dapat.
Rasanya macam sayang baru sampai dari Melaka terus telefon abang kat rumah. Banyak yang sayang cerita kat abg pengalaman sayang kat matriks...tentang member kat sana, time kuliah dan bermacam macam lagilah. Dari pukul 9.15 sampai pukul 11.45 malam kita dok bergayut kat phone. Entahlaa masa itu tak terluah pun apa yang abang nak cakapkan. Kenapa yer? Abang pun tak tahu. Agaknya tak tau nak mula macam mana kot, lagipun abang kurang yakin. So bila pergi ke sekolah abang cerita la kat yatie.hehehe masa tu yatie macam dah jadi pengganti kak long.
Terkejut dia pasal sebegitu lama kita berbual. dia tanya ada abang cakap apa yang nak diluahkan selama nie? “tak pun” kata abang pada dia. Ada gak dia tanya kenapa? Abang cakaplaa abang tak bersedia dan tak berapa confident lagi dengan diri abang.
Masa sayang cuti tu sempat juga abang keluar dengan sayang lagi. Abang ikut sayang beli barang, Abang beli buku teks Geografi. Masa itu kawan-kawan lain pergi sekolah ada majlis ape tah. Walaupun kedatangan diwajibkan tetapi jumpa sayang lagi penting. Dan masa itu jugalah kita kantoi dengan cikgu yatie kat Mydin. Sayang ada conteng buku abang, rasa bersemangat je nak belajar. Satu lagi kenangan yang tak boleh dilupakan..
Eemm.masa itu keserasian mula terasa dengan kawan-kawan baru. Sahabat setia kini adalah Ateh dan Kong. Diikuti oleh Srikandi bernama Ina dan Saadah yang begitu ganas. Aah keriangan bersekolah kembali terasa. Meskipun begitu abang nie tak sama kelas dengan dia orang tapi pantang ada masa free mesti ke sebelah. Boring laaakan. Walaupun ada gak kawan lain kat dalam kelas abang tapi diorang tue skema sangat. Satu lagi sebab, kelas sebelah tu umpama kelas kita time F5 dulu. Apa yang membezakan kelas tu dengan kelas abang ialah kelas tu ade subjek BM dan majoritinya Melayu dan kelas abang pula tak ada subjek BM dan diganti dengan Subjek Geografi. Lagi pun cikgu kelas kong tu paling abang tak suka iaitu CIkGU LIZA. tuelaa pasal bawa diri nie. Majoritinya kaum lain dalam kelas abang tu. Abang adalah boy melayu yang aktif dikelas tu yang lain semua girls(pasal boys yang lain tak aktif macam abang).
 Semakin hari ramai budak-budak masuk dan berhenti dari form six umpama pasang surutnya indeks di BSKL. Sampai abg payah nak jumpa member yang serasi. Apa tah lagi merayap la ke sebelah atau pun mengusik Yatie. Terjerit-jerit dia. Itulah aktiviti abang semasa Lower Six.
Sehinggalah satu hari anak saudara Cikgu Adnan yang dekat rumah sayang tu register masuk. Hidup pun jadi makna sedikit...Dapat member yang paling best. Dan masa itu juga abang dapat jadi pengawas sekolah. Segala kenakalan tidak dapat dibuat lagi. Maklumlah dah jadi pengawas nie kena control skit. Jika tidak segeng jerr dengan ateh,kong, cumit dan mirul. Dengan diorang memang ngam habis. Kenakalan yang paling hebat dalam sejarah ketamadunan manusia bergelar pelajar dulu. Apabila jadi pengawas nie memang kena control la. Tapi eleh jadi pengawas pun buleh tahan gak wat jahat dalam sekolah. Mestilah, coz kalau tak terkantoi tu umpama penyeludup beras siam yang berjaya seludup beras berlori-lori tanpa ditangkap. Macam biasa je kalu orang tak perasan tapi. Memang ligatla.
Dalam bulan Oktober sayang datang sekolah dengan maksu. Abang jumpa sayang bawah pokok depan surau tuh. Masa itu abang baru pakai motor yang abang guna sekarang nie. Sedang kita bertiga lepak-lepak  entah macam mana si yatie boleh panggil maksu masuk dalam hostel dan tinggalkan abang dan sayang berdua je kat situ. Abang tengok  muka sayang dah merah macam peti pos. Tapi sayang still control depan abg. Nak gak abg tanya kenapa jadi macam tu tetapi kesianlaa pula. kita pun mcm biasa jer berborak. Tapi abang tak dapat cakap apa yang abg nak sampaikan pada sayang nie. Cuma sayang tiba-tiba jer ajak abang ambil gambor berdua. Bagus  gak.. itulaa pasal abang tak tolak permintaan sayang...harap-harap impian menjadi kenyataan. Gambar itu masih ada pada abang lagi. Cuma tak jelas la pasal menggunakan jurukamera amatur bernama yatie. Aah..kenapala kelabu gambor tu...
Apabila tamat lower six abg bermula la cuti semester. tetapi macam biasa la masa ini sayang pun cuti gak. So tak adala sunyi sangat. Boring-boring  abang call sayang. Pada masa yang sama abang ditawarkan tempat di politeknik di Jitra,Kedah. Abang cerita kat ayangkan masa tu. Abang tak pernah tercuit pun dalam hati yang abang nak merantau begitu jauh. Tak confident sangat. Jauh ke utara kena bawa diri tuh... eemmm... Sayang gelakkan abg yer. Taulaa abang tak pernah merantau lagi macam sayang yang dah biasa berjauhan dengan family. tetapi itu bukan  alasannya sebenarnya, cuma apabila abang baca course tu nak abang hadiri temuduga, rabun warna menjadi kreateria penting dalam kursus tu. Mana boleh, abang kan blind colour. Lagipun abang sudah beli buku yang ada kata-kata peransang dari sayang (yang sayang conteng dalam buku rujukan geografi tuh). Itulah alasan abang yang paling logik bagi abang tak nak pergi ke sana. Abang nak sama taraf dengan sayang. Kan sayang tengah buat Matrikulasi, that means kalau ada STPM boleh terus apply degree. Sama taraf dengan sayang. kalau masuk politeknik abang rasa cita-cita tue tak tercapai. Peluang tak secerah guna tiket STPM. mesti pas belajar politeknik abang rasa abang mengganggur atau dapat kerja di luar bidang abang belajar kat politeknik.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ogos 24, 2010

forever ini time -5


Kejauhan..rindu menjengah di hati
Keesokkan harinya sayang pula yang menelefon abang di rumah (yelah takkan nak telefon menggunakan handphone pula masa tukan? Mamat nie mana ada cell phone lagi). Tiba-tiba sayang menceritakan yang sayang sudah clash dengan pakwe sayang...Eemm...Memang abang terkejut sangat. Kan semasa kita keluar hari itu abang tanya sayang “pakwe ko tau ke ko kuar dengan aku nie” Sayang cakap dia tau. Dan dia pun ada keluar hari itu. What i means is here, agaknya dia jealous abang keluar dengan sayang kot. Tentunya abang pun terasa bersalah sangat jadi macam itu. Abang diam je selepas sayang telefon abang hari itu.
Kemudian abang telefon pula kak long untuk kepastian. Ada ker patut kak long gelakkan abang apabila abang cerita semula kepada dia. Dia kata dia sudah pun tahu hal ini. Itulah pasal dia suka je apabila abang tanya tentang sayang semasa dia telefon abang hari itu. “aku sudah janji dengan Aisyah tak kasi tau ko. Sebab  Aisyah cakap hendak memberitahu kau sendiri”. oh macam itu rupanya. “eh..ko nie macam tak suka ke dengar. tapi buat sementara ini ko jangan la luahkan apa-apa lagi”kata kak long
Dia kan memang sudah tahu isi hati abang. Dialah tempat abang mengadu sebelum ini. So memang dia tahulah isi hati abang nie. Masa sebelum SPM hari itu, kak long suruh simpan jer..dia tau mesti sayang reject abang bulat-bulat. Dia kata “ sampai masa yang sesuai BULAN TU JATUH GAK KE RIBA KO DAN TAK KEMANA NYA BULAN TU”. Pesan kak long lagi.  “Aisyah tu manja orangnya,bila time ko nampak dia nak bermanja tu ko layan je la”. Itulah yang  abang tahu sayang ni walaupun garang tapi manjanya masih ada lagi
Masa itu kak long masih ada kat kuantan lagi. Banyak juga yang abang cerita kepada dia. Tetapi  kak long masih menyuruh abang sabar dan terus menunggu. Masa abang membawa dia keluar pun dia siap meminta izin sayang lagi dalam telefon. Rosak betul budak kak long seorang ni. Macamlah sayang ini madu dia pula. Eemm...kak long kan masa itu bercinta dengan Yo. Masa tue Yo ada projek pasar kat semambu.
Apabila kak long sudah habis belajar kat Kuantan dan hendak balik Terengganu dan sayang pulak hendak ke Melaka. Masa itulah paling sedih barangkali. Yelah dua orang bestfriend membawa diri jauh dari abang. Masa kian jauh memisahkan kaita. Confirm selepas ini tidak akan seperti dahulu lagi. Mesti susah hendak jumpa lagi.
Jadi, abang menemani Yo jumpa kak long di rumah sayang. Abang gelakkan je mereka berdating. Sampai abang membaca komik pun terbalik. Balik dari rumah sayang tu barulah abang terasa macam abang kehilangan semua member. Dua tahun bersama dan  sekarang kita berpisah. Abang macam berat untuk merelakan perpisahan ini. Macam tak logik bagi abang. Mungkin kerana banyak kenangan bersama  kita semua yang membuatkan abang berperasan seperti itu.
Abang jug mendapat tawaran ke tingkatan enam rendah. Abang pun pergi je lah mendaftar. Rupa-rupanya Yatz pun ada bersama kak teh dan nani. Aah sudah. Mana yang lain-lainnya. Masa itu Jang tak masuk  UUM. Pasal tengah menunggu rayuan yang dibuat. Abang ajak laa dia masuk jerr tingkatan enam rendah ini. Tetapi dia cakap dia confirm dapat. Alah mana best macam ini. tidak ada geng. Pada senarai nama ada nama Kong dengan ateh juga. Tetapi mereka tidak muncul- muncul juga. Abang sudah tension dah nie.
Masa itu juga abang ada konflik dengan kawan-kawan yang lain. Apa lagi semuanya tentang kisah motorlah. tiba masa daftar abang seorang sahaja budak melayu yang lain semua bangsa asing. terasa seperti di Bollywood dan China town pula Aah! Bosannya. Saat-saat itulah abang teringatkan sayang. Akhirnya abang telefon sayang ajak sayang masuk form six. Tetapi sayang tak nak
Lepas itu selamba sahaja abang keluar dari sekolah, pergi ke Peramu baiki motor abang. Pelajar lain tengok jer. Ah pedulilah apa yang mereka nak kata. Kemudian abang pergi melepak pula dengan kawan-kawan dan makan kat Tanjong Api. Jadi itulah rutin abang pada minggu pertama di Form Six.
Minggu ke dua barulah ada muka budak-budak lama. Masa itu adalah kawan-kawan dari sekolah lain. Fuhh baru terasa meriah sikit. Tetapi kemeriahan tu tak lama erana minda abang masih ingat kepada sayang lagi. Abang memang berharap juga kalau – kalau sayang mengubah fikiran. Masuk Form Six bersama abang. Boleh jadi Tagteam macam Form Five dulu. Jadi hari sayang hendnak pergi mendaftar ke Melaka pun tiba la. Hari itu yatie menyakat abang sampai surrender dibuatnya.
Pulang dari sekolah tu, abang keluar ke umah Airil. Setting motor, jadinya tak tersa sangat kehilngan sayang. Kalau tidak mesti terasa sebab kena berpisah jauh dari sayang.Petang baru abang balik ke rumah. Ingatkan boleh tidurlaa tetapi tak jugak dapat tidur sebab mata tak nak lena. Dalam lebih kurang pukul 8 malam, kak teh telefon abang, memberitahu yang sayang baru sahaja lepas telefon dia, lepas ini sayang akan telefon abang pula. So dia surah abang tunggu panggilan itu. mungkin lewat sikit kot sebab sayang telefon jugak kawan-kawan yang lain.
 ‘Ooh yer ker. Tak apelah. Abang pun tunggulah panggilan dari sayang. Entah apa kenanya dengan mata tiba-tiba terasa mengantuk. Tak tahu bila masa abang tertidur. Sedar pun dah bagi. Itu pun abang yang kejutkan pergi sekolah. Terasa sekejap jer tertidur. Hari telah pun menginjak ke siang. Jadi abang bangunalah mandi dan berdiap untuk ke sekolah. Abah pula tiba-tiba membuka mulut “malam tadi awek awak tepon,abah kata awak dah tido...”  Haaa!!!... Kalau tak silap abang, sayang nak bertolak ke sana pukul 4 pagi. Aah! sekarang sudah pun pukul 6.30 pagi. Alaamak. Melepas laa hendak mendengar suara sayang.
“apasal abah tak kejutkan along”.
 “Dah awak lena sangat tido”. Aah kacau. Sudah jadi kes parah.
Abang pun pergilah ke sekolah. Sampai-sampai jer terus jer Yatie terjah. Tanya abang. “macam mana malam tadi dah declare ker?”.
 “declare apernya...aku tertido awal,tak dapat la aku cakap aper2 pun”.Terkejutlah kak the nie.
 “apsal ko tido awak sangat, kan aku dah cakap dia nak phone ko.”
Abang pun diam jer laaa. Benda sudah lepas. Nak buat macam mana. Dalam hati abang, kalaulah boleh diputarkan masa. Nak jer abang putarkan. Kalaulah abang adam membela Doremon, boleh juga pinjam mesin masa dia
Hari itu abang belajar laa seperti biasa. Tetapi di dalam hati tuhan jer yang tau.berbaur pelbagai rencah rasa. Mata kat papan hitam. Tetapi di dalam hati Cuma nampak muka sayang. Apabila balik ke rumah. Abang harap sayang akan menelepon juga abang...emmm tapi tak ada juga. Malam itu abang pergi ke Tanjung Api menghantar motor untuk membuat final setting. itu pun sudah lewat sangat dah.  Pasal menanti sayang ada phone ke tidak.
Hari hari berlalu abang pergi sekolah seperti biasa tetapi memang cukup memboringkan terasa tidak adsa kawan-kawan rapat yang lain. Umpama budak tadika yang baru masuk darjah satu. Dua minggu lebih abang jadi macam itu. tetapi demi masa sedikit demi sedikit perasaan itu makin berkurangan. Masa itu kawan-kawan sudah ramai masuk ke sekolah. Dari seluruh pelusuk daerah kuantan datang. Biarlah. Yang datang tak sama dengan Wan Noraisyah yang abg kenali.
Masa itu mulalah flashback memori. Tetiba je kawan abang  si Khaled (arwah) datang ajak bikin motor. Potong betullah, baru nak feeling-feeling nie. Tapi abg tak dapat pergi, sebab kena ke sekolah dan kelas sudah pun mula belajar sepenuhnya. Abang sudah tidak bebas seperti mula-mula masuk dulu. Last-last dia je ambil motor pergi ke rumah Airil.

Isnin, 23 Ogos 2010

Ogos 23, 2010

Sambungan masih ada bahagia..


Giler…giler.memang aku nie dah giler..kenapa aku boleh terbabas tadi. kenapa aku boleh dibuai perasaan. Dihanyutkan  perasaan. Patutnya aku sedar diri. Aku tak sepatutnya mengikut rentak Rizman. Aku tidak sepatutnya menangis. Tidak sepatutnya berpeluk dengan dia. Patutnya dari awal lagi aku patut sedar, tidak terlalu ikutkan perasaan. Ikutkan rentak Rizman. Aaarggghhhh…Widad memegang kepalanya lalu merebahkan diri di atas katil. Dia menyesal dengan perbuatannya tadi.
            Selama ini dia menjaga batasan pergaulan. Tidak terlalu bebas. Tidak mudah dipegang-pegang oleh orang yang bukan muhrimnya. Tapi mala mini dalam sejarahnya tersendiri, dia melanggar peraturan yang telah dia tetapkan sekian lama. Dia seorang wanita yang bukan mudah disentuh oleh seorang lelaki. Biarpun dia seorang yang bergelar kekasih. Sepanjang bercinta dengan bekas suaminya dulu pun, dia tetap menjaga batasan. Dan Aziz amat menghormati prinsip yang dipegangnya.
            Tetapi dengan Rizman kenapa dia boleh melampaui batasannya. Kenapa dia boleh hanyut begitu jauh. Berdosanya dia. Widad meraup wajahnya pula. Adakah ini disebabkan oleh Cinta atau nafsu semata-mata? Ahhh..tentunya nafsu, kalau cinta yang ikhlas kerana Allah mereka tidak akan hanyut begini. Dan mujurlah dia cepat-cepat sedar sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Cepat-cepat dia membolosi biliknya. Cepat-cepat dia mengunci pintu. Beristiqfar banyak-banyak. Dia tidak peduli apa perasaan Rizman ketika ini. Yang penting dia perlu menyelamatkan dirinya. Perlu keluar dari situasi itu. tidak patut dia sebagai seorang muslimah yang berpakaian menutup aurat berdansa dengan seorang yang bukan muhrimnya. Tidak patut berlaku!. Apa kata orang lain jika tahu perkara ini. Tercemarlah nama baiknya. Akan muncul lah kata-kata cemuhan yang memang senang dilemparkan kepada janda seperti dia. Masyarakat mesti melabel dia sebagai janda gatal. Yang pandai menggoda dan memikat lelaki seperti Rizman. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu, jauhi aku dari sebarang fitnah. Ya Allah aku menyesal mengikut kata nafsu dan hanyut di bawa arus hawa nafsu ini. Ya Allah berikanlah kekuatan dan petunjuk kepadaku. Semoga aku dapat memilih jalan yang mendekatkan aku kepada MU. Jauhilah aku dari bisikan syaitan yang menyesatkan.
            Rizman terkejut, tindakan spontan Widad yang menolak dia secara tiba-tiba dan terus meluru masuk ke dalam bilik menyedarkan dia betapa mereka telah hanyut di bawa arus hawa nafsu. Masya Allah..apakah yang telah aku lakukan ini. Jika mereka sama-sama hanyut tudak mustahil benda yang patutnya dinikmati selepas kahwin terjadi pada malam ini.
            Di pandang pintu yang tertutup rapi. Maafkan I sayang. Dia tidak boleh membiarkan nafsu menguasi jiwanya lagi. Hanya satu cara sahaja untuk menghalalkan semua ini. mereka perlu cepat-cepat bernikah. Di dalam hatinya Rizman bertekad, selepas ini dia tidak akan menangguhkan lagi rancangan untuk menikahi Widad. Semakin sesak dadanya menahan perasaan ini. dan sepatutnya diluahkan secepat mungkin.
            Rizman tidak ingin mengganggu Widad. Cukuplah peristiwa tadi. Dia tidak ingin juga dipandang rendah oleh Widad di atas ketelanjuran mereka tadi. Dia yang tidak dapat menahan perasaan. Jika berlaku apa-apa dialah yang paling menyesal. Tentunya rancangan dia untuk memiliki Widad akan terkubur.

            Pagi yang hening. Suasana diluar sana masih lagi berkabus. Cahaya matahari pagi tidak dapat menembusi kabus yang menebal di atas tanah tinggi ini. pokok-pokok yang menghijau yang dilitupi kabus putih nampak seperti masih lagi tertidur. Biarpun kicauan burung-burung yang berterbangan seakan mengejutkannya untuk tersedar dari lena yang panjang. Ia tetap juga begitu. Sayup mata memandang. Menyejukkan pemandangan. Widad melebarkan pandangan sejauh yang dapat dicapai oleh pancainderanya. Keheningan itu seolah memahami dirinya yang terasa keseorangan. Walaupun sesekali terlintas peristiwa semalam. Dia tidak betah untuk terus meneruskan imbasan cerita itu. rasa hangat dan malu memukul hatinya. Mendetikkan penyesalan yang bukan sedikit. Terlena diulit rona-rona romantik yang hampir-hampir melontarkannya ke dalam lembah kehinaan. Cintakah itu andai berpaksikan nafsu. Kukuhkah ikatan andai segalanya bermula dari asas yang tidak kukuh. Asas yang melalaikan.
            Sedang dia asyik menikmati pemandangan alam, ketukan kedengaran di pintu. Dilihat jam di tangan, sudah pukul 9 pagi rupanya. Lama juga dia mengelamun di situ. tentunya Rizman yang sedang mengetuk pintu biliknya. Tidak ada sesiapa lagi melainkan mereka berdua di situ. lalu dengan langkah perlahan dia berjalan menuju ke pintu dan dibukanya.
            Disebalik pintu itu, Rizman melemparkan senyum dan dibalas pula dengan jelingan. Teringat peristiwa semalam, darah menyerbu ke wajahnya. Malu masih lagi bertandang. Senyuman itu mampu mengggoncang hatinya. Juga mampu membuatkan wajahnya menjadi merah.
“Assamualaikum sweetheart. Jom breakfast” ucap Rizman sambil memandang wanita pujaannya itu. Widad mendiamkan diri. Salam dijawab di dalam hati. Manakala kakinya melangkah mengikut langkah Rizman menuju ke balkoni.
            Telah tersedia di situ makanan untuk sarapan. Rizman menarik sebuah kerusi dan mempersilakan Widad duduk. Kemudian dia mengambil tempat di hadapannya. Dan mereka pun menikmati sarapan dalam suasana senyap. Sesekali mata Widad memandang lelaki di hadapannya. Yang asyik menikmati hidangan. Dan mata itu tidak lari dari memandang wajahnya. Sesekali mata mereka bertembung dan Rizman menghadiahkan sebuah senyuman. Namun Widad tetap membeku. Begitu susah untuk dia mengukir senyuman pagi yang damai ini.
“bila nak balik?”tanya Widad memecah kesunyian.
“Kenapa? Dah tak sabar hendak memberitahu keluarga ker?”acah Rizman.
Widad mencebik. Lelaki ini sejak semalam lagi telah mengada- ngada, miang menjadi-jadi. Huhu.. Widad menjelingnya. Kalau sehari tidak membuat hatinya membara. Memang bukan Rizmanlah. Semuanya mesti mengikut apa yang dimahukannya.
            “tak ada masalaah. Lagi pun semalam I tidak memberi kata putus. So jangan dok perasan yang I nak kawin dengan U” ucap Widad tegas. Serta merta Rizman meletakkan sudu dan garfu yang tengah di pegangnya tadi.
“kenapa? Bukankah u telah setuju semalam dengan lamaran I?”tanya Rizman. Matanya tidak lepas-lepas memandang Widad. Kata-kata yang dituturkan tadi telah mencantas kegembiraan yang bermungkin di hatinya. Menyekat seleranya. Memang kalau diikutkan mereka telah hanyut di dalam perasaan sendiri. tetapi keadaan itu tentunya tidak akan berlaku andainya ke dua-dua mereka tidak ada perasaan di antara satu sama lain. Dan pagi ini Widad tanpa riak menyatakan dia tidak memberi kata putus lagi. Padahal teramat jelas di matanya tentang persetujuan yang diberikan. Apa yang harus aku lakukan lagi untuk memiliki wanita di hadapanku ini?
“semalam tidak memberi sebarang makna. Kita hanyut di dalam arus perasaan sendiri. I tidak sepatutnya begitu. Betapa lalainya. Kira I nie masih lagi lemah dalam mengawal perasaan dan tingkah laku sendiri. berikan I masa lagi.”
“berapa lama u nak? Ambillah seberapa lama pun I tetap akan menunggu”
“terima kasih. I hargai apa yang u lakukan untuk I semalam dan juga sebelum-sebelum ini. tetapi hati ini terlalu sukar untuk menerima dan mempercayai seseorang lagi. Kegagalan dulu membuatkan hati I tidak yakin untuk melangkah jauh. Untuk melangkah ke alam rumahtangga lagi. I takut ia berulang lagi” berlinang matanya menuturkan kata-kata itu.
            Selama ini dia cuba selindungkan apa yang dirasa. Dia cuba melarikan diri dengan perasaan sendiri. sehingga dia penat berlari lalu dicuba untuk menghadapinya. Ternyata dia masih lagi dibelenggu. Walaupun dalam hati ada bunga-bunga cinta, namun ketakutan masih lagi kuat membelenggu. Dia tidak yakin dengan cinta Rizman.
            Walaupun berkali-kali lelaki itu melafazkan cinta. Melafazkan sayang. Dia tetap sangsi. Walaupun berkali-kali dia menunjukkan keprihatinannya, dia tetap membutakan hatinya. Tidak mahu mengakui. Walaupun Rizman sentiasa memanjainya dengan pelbagai hadiah, bunga dan juga perhatian yang tulus, dia tegar untuk terus menepisnya. Dia sendiri bingung. Saat ingin saja diterima segala perhatian itu, tiba-tiba seperti ada suara yang kuat melarangnya. Lalu dia membiarkan ia sepi.
            Dan sekarang ini, melihat betapa keruhnya wajah Rizman mendengar kata-katanya, dia tidak bisa memujuk. Dia lebih rela memujuk hatinya supaya tidak mempedulikan Rizman. Suatu hari nanti lelaki itu akan sedar. Akan melihat dirinya dengan mata hati. Dia seorang janda. Tentunya bukan seorang yang sesuai untuk seorang teruna sepertinya.
            Rizman memiliki segalanya. Kekacakannya pasti ada sahaja gadis-gadis muda terpikat dengannya. Kekayaannya tentu sahaja menjamin dia tentunya diterima tanpa banyak bicara. Macam mana lagi dia boleh membuatkan lelaki ini memahami dirinya. dia bukanlah seorang wanita yang layak untuk lelaki seperti Rizman. Rizman patut memikat wanita lain. Yang belum berkahwin. Bukan seperti dirinya yang sudah merasai hidup berumahtangga.
“jadi U akan terus dengan pendirian U. I pun akan terus tetap dengan pendirian I. tiada wanita lain yang I mahukan selain U.”tegas Rizman bersuara.
“selama u berfikir tentang perhubungan kita ini. I tak akan ganggu. Jadi bolehlah u berfikir dengan baik. Timbang baik dan buruknya. Dan tidak salah teruna berkahwin dengan janda. Sedangkan Nabi junjungan kita pun mengahwinan Siti Khatijah seorang janda yang jauh lebih tua. Jadi apalah sangat dengan status janda U itu. lagipun u lebih muda dari I. dan tidak ada pula hadis yang menyebut Teruna tidak boleh bernikah dengan Janda. Jadi buang prasangka U  pada diri sendiri. U atau pun I tidak layak melabelkan diri sendiri atau diri orang lain baik atau buruk. Tak ada sesiapapun. Hanya Allah sahaja yang layak!” tegas Rizman sambil berdiri dan berlalu dari situ. seketika dia terhenti melangkah.
“bersiaplah, sekejap lagi kita bertolak balik”beritahunya dan berlalu masuk ke dalam biliknya sendiri.
            Tinggallah Widad termangu-mangu seorang diri di situ. kata-kata terakhir Rizman meresap ke dalam hatinya. Tanpa sedar air mata laju menuruni pipinya. Ya Allah berilah petunjuk kepadaku. Tunjukkanlah apa yang baik, apa yang buruk untuk diriku ini. kuatkanlah semangatku dan lapangkanlah dadaku untuk menerima apa yang engkau berikan. Doanya di dalam hati.
-------------------------------
            Enam bulan telah pun berlalu sejak peristiwa di bukit tinggi. Rizman terus menyepikan diri. Walaupun Widad ada juga menghubunginya dan juga menghantar sms kepadanya, tiada balasan dari lelaki itu. dan Widad tentunya merasai kekosongan sejak lelaki itu menjauhkan diri.
            Berkali-kali peristiwa di bukit tinggi berulang tayang di mindanya. Semakin sarat dia merindui lelaki itu. barulah dia sedar selama ini dia tidak mengetahui apa-apa pun tentang lelaki itu. hanya Rizman yang mengetahui segalanya tentang dia. Dia melepaskan keluhannya.
“kenapa kak?”soal Tisya apabila mendengar kakaknya tiba-tiba mengeluh. Widad Cuma menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak ingin dikongsi apa yang dirasakannya.
“ooo yer..esok member orang minta tolong jagakan anak saudaranya. Dia ada kerja kat Singapore 2 hari. Bolehkan kak? Akak cuti kan?”soal Tisya sambil meminta tolong. Widad berpaling kepada adiknya itu. nak jaga anak orang pula. Dahlah perasan nya tak stabil. Ini pula nak ditambah lagi menjaga anak orang.
“berapa umurnya? Dia tak ada mak ayah ker?”soal Widad malas.
“mak ayah dia kat U.K lagi. Lagi sebulan baru balik. Budak ini nak sangat ikut bapa saudaranya nie balik Malaysia. Terpaksalah buat balik. Sementara menunggu mak ayah dia balik. Terpaksalah dia menjaganya. Tetapi tiba-tiba jerr adai urgent meeting kat Singapore pula” jelas Tisya.
“bakal anak sedara kau ker nie?”Tanya Widad lagi
“dok eh..kawan orang jerlaaa” jawab Tisya.
“dah tue baik hatinya nak tolong jagakan budak tue kenapa?”soalnya lagi.
“dah orang minta tolong, takkan tak boleh pulak. Lagipun bos orang yang minta tolong nie” terang Tisya.
“kau yang nak tolong, nie kenapa pula kak yang kena jagakan?”
“dah kak kan cuti. Alaaa minta tolong sikit pun dah soal macam-macam. Kalau tak nak tolong cakaplah taknak tolong. Orang minta cutilah kalau macam tuh” rajuk TIsya.
“yerlaaa…yerlaa kak tolong. Sikit-sikit nak tarik muka. Huhuhu… taunya nak merajuk jer”bebel Widad.
            Tisya tersengih. Yes misinya berjaya. Hahhahahahaa.
--------------------
            “kak kenalkan ini Azalea Balkish. Salam dengan Auntie yer.” Suruh TIsya. Lalu gadis kecil bertocang dua dan berbaju gaun warna pink itu pun menurut kata. Menyalamin tangan Widad dan menciumnya. Widad merendahkan badannya agar sama tinggi dengan gadis kecil itu yang mungkin berumur lebih kurang 4 tahun.
“comelnya. Pandainya dia” Puji Widad. Gadis cilik itu tersenyum mendengar pujian tersebut.
“oklah..orang nak pergi kerja nie. Babai..Assalamualaikum” Tisya pun berlalu di situ.
“ok..hari ini Azalea nak buat apa? Kita nak buat apa yer berdua nie?”tanya Widad.
“tak tahu. Uncle cakap nanti jangan susahkan Auntie, duduk baik-baik jerr. Dengar cakap Auntie” jawab Azalea. Banyak mulut jugak budak nie yer” kata hati Widad.
“ok..kita tengok kartun laa macam itu yer..petang nanti kita pergi main kat teman permainan depan sana. Ok?” atur Widad.
“ok Auntie, no problem”jawab Azalea. Lalu mereka berdua berpimpinan tangan masuk ke dalam rumah.
            Ternyata telatah Azalea menceriakan hari Widad. Ada sahaja perkara yang mereka lakukan bersama. Dua hari yang berlalu tidak terasa. Widada merasa sayang pula untuk melepaskan Azalea kembali kepada bapa saudaranya.
            Telatah Azalea riang bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya menghiburkan hatinya. Sesekali matanya memerhati gadis cilik itu. sesekali dialihkan kepada majalah yang dibacanya.
            Kemudia dia terperasan ada seseorang yang mengambil tempat disebelahnya di situ. tidak diendahkan.
“seronok kan mereka bermain.”
Serta merta Widad menoleh. Terkaku dia seketika. Enam bulan mereka tidak bersua. Rizman masih seperti dulu. Sebuah senyuman manis dilemparkan. Bagaikan menyirami kesuraman di hati Widad.
“Uncle…uncle..”jerit Azalea sambil berlari ke arah mereka.
“seronok bermain?”soal Rizman sambil meggomol pipi Azalea. Mengekek dia ketawa. Widada Cuma mampu memandang. Minda masih lagi tidak berfungsi.
            Azalea mendekatkan mulutnya di telinga Rizman. Seperti mahu membisikkan sesuatu.
“Auntie lulus menjadi Auntie Lea tahu. Auntie baik. Seronok tinggal dengan Auntie. Nanti Uncle cepat-cepatlah kawin dengan Auntie tau. Bolehlah Lea kawan dengan Auntie tiap-tiap hari” bisiknya. Nampak jerr seperti berbisik tetapi suaranya bukan main kuat lagi.
            Ketawa Rizman. Widad apatah lagi merah mukanya. Kelakar pun ada. Azalea nie memang ada jer telatahnya membuatkan Widad ketawa. Lalu Rizman pun seolah –olah membisikkan sesuatu dengan Azalea.
“Lea tanyalah Auntie, nak kawin ker tidak dengan Uncle nie?”bisik Rizman. Suaranya pun kuat. Kononnya berbisiklah.
            Lalu cepat sahaja Azalea berada di hadapan Widad.
“Auntie, uncle ajak Auntie kawin. Kira setujulah Auntie yer.. cian kat Uncle tinggal sorang-sorang. Mama ada papa. Nenek pun ada atuk gak. Jadi Uncle tinggal sorang. Tapi kalau Auntie kawin dengan Uncle. Uncle ada Auntie laaa” cakap Azalea. Nak tergelak pun ada jugak. Pandai jer budak nie. Siapa yang ajar.
“siapa yang cakap macam itu. kalau Uncle kawin dengan Auntie lain pun. Uncle ada teman jugak”
“tak boleh. Uncle kena kawin dengan Auntie. Tak seronoklah Uncle kawin dengan Auntie lain. Auntie kena kawin dengan Uncle laa..nanti Lea boleh kawan dengan Auntie lagi. Boleh main-main dengan Auntie lagi…boleh yer Auntie” lalu digoncang-goncangkan tangan Widad.
“cakaplah kat Uncle..nak kawin dengan Auntie kena jumpa mak dan ayah Auntie dulu. Kalau mereka setuju barulah boleh kawin” jelas Widad. Di jeling Rizman di sebelahnya. Apa lagi tersengih – sengihlah mamat itu.
Lalu Azalea mendekati Unclenya pula.
“haaa..uncle kena pergi jumpa mak dan ayah auntie..baru boleh kawin” beritahunya.
“ok nanti hujung minggu ini kita pergi ngan atuk dan nenek sekali.”jelas Rizman.
“hoooreyyyy”sorak Azalea sambil berlari bermain semula.
            Merah muka Widad tidak lagi pudar. Ditambah pula Rizman yang seakan merenung dirinya.
“terima kasih sayang….abang akan pastikan sayang bahagia.”ikrar Rizman. Widad menoleh. Dia menghulurkan senyuman. Berkaca matanya. Sejauh mana pun dia menindakkan kehadiran lelaki ini. dia tetap tidak berganjak. Hilangnya seketika membuatkan dia hilang arah. Kini dia pasrah. Akan dia cuba untuk meletakkan kepercayaan dan harapan ke atas Rizman. Moga-moga kebahagian melingkari hidup mereka nanti.

Ahad, 22 Ogos 2010

Ogos 22, 2010

Forever In Time -4


Abang, Sayang dan birthday gift
Abang selalu tertunggu – tunggu saat Mak Su pergi merayap ke kelas lain atau pergi tempat lain. Masa itu ada camlah abang nak usik sayang. Nak mengacau hidup sayang. Kononnya kita berdua jerlah. Setiap pagi bila sampai jer ke sekolah, perkara pertama yang abang cari mestilah sayang. Masa keluar kelas pun masa rehat kita pun keluar sama-sama tetapi selepas itu bawak haluan masing-masinglah. Takkan nak berkepit pulak yer. Ayang lepak bersama kawan-kawan ayang di bawah pondok depan Aspuri dan abang pula di kantin lepak sambil makan keropok dengan member-member abang. Bila loceng berbunyi kita selalu jerr macam berjanji mesti bertembung masa naik ke kelas tuh. Banyak benda yang tidak dirancang terjadi secara kebetulan. Memang abang perasan. Hairan pun ada jugak.
Masa terus berlalu, dalam tak sedar SPM telah pun bermula. Semua orang sibuk mengulit buku masing-masing. Sibuk dengan study. Maklumlah inikan peperiksaan yang menentukan masa depan kita. Hala tuju kehidupan kita selepas ini. apa yang akan kita jadi. Dan apakah perjalanan hidup kita yang seterusnya. Berlainan pula dengan abang. Abang ini asyik tengok sayang jer. Bagi abang, masa depan itu, masa depan jugak. Ayang pun kenalah tengok juga kan. Hahahaha..Pencetus semangat abang tue.
Kesempatan dicelah – celah kesibukan menghadapi SPM abang gunakan sepenuhnya. Selepas ini mungkin kita akan susah untuk berjumpa. Jadi abang gunakan untuk melihat sayang dengan sepuasnya. Aneh tapi benar. Kala itu abang menaruh harapan tinggi menggunung kepada ayang. Padahal sayang tidak tahu langsung mengenai perasaan abang. Perjalanan kita masih lagi jauh. Abang pun masa itu seolah-olah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sentiasa enjoy bagaikan tiada masalah pun dalam hidup. Semuanya kelihatan indah.
Sehinggalah sampai birthday sayang. Sebenarnya abang terlupa tau. Padahal memang abang ada terniat hendak memberikan sesuatu yang istimewa kepada sayang. Bukan apa, masa itu niat abang sekadar untuk menghargai pertolongan demi pertolongan yang telah sayang hulurkan sebagai kawan abang. Tetapi abang tak tahu apakah hadiah yang sesuai patut abang berikan kepada sayang.
Petang itu abang ajaklah Raizal temankan abang membeli hadiah. Kami pusing punya pusing, tak tahulah berapa pusingan dah. sehinggalah terjumpa dengan mug yang sesuai. Jadi abang pun memeinta tauke kedai itu tulis apa yang patut di atas mug itu. Kemudian entah macam mana pula, abang tergoda dengan taktik salesgirl yang menyuruh abang membeli beg bimbit itu sekali. Comel pula beg. Abang ambillah beg Little Bob Dog itu. dalam fikiran abang mesti sayang akan suka nie.
Then abang rush ke sekolah. Masa itu abang rapat dengan Syam, so beri pesanan kat dia jerlaa suruh sampaikab kepada kak long. Boleh dia tanya hadiah ini untuk siapa? Kak long ker?. Ishhhh..merepek betullah dia ini. abang siap pesan lagi kat dia suruh sampaikan kepada kak long dan biar kak long sampaikan kepada Awek Peramu. Saja abang cakap macam itu supaya Syam tidak tahu hadiah itu untuk siapa. Then abang balik ke rumah.
Esok pagi-pagi lagi kak long disoal siasat oleh abang. Nak tahu apa reaksi sayang ketika menerima hadiah itu daripada abang. Hehehhee..gelojohkan. tak sabar-sabar. Lorat sungguh. Jadi kak long jadi penglipulara laa pagi itu, cerita dari awal hingga akhir. Syukur, Alhamdulillah sayang terima juga hadiah itu. siap sorokkan jauh-jauh lagi supaya orang lain tak nampak. Tetapi sayang cerita juga kat kawan-kawan sayang yang lainkan?
Entahlah abang rasa, ini cuma perasaan abang sendiri jer kot, rasanya sayang dah tau yang abang suka dekat sayang kan. Tetapi sayang sebaliknya. Itulah kesimpulan yang abang buat memandangkan sayang tidak pernah pun memberikan respond yang sepatutnya. Takut jugak abang, kot-kot ayang pulangkan semula hadiah yang abang berikan. Jika itu yang berlaku abang faham.  
SPM abang hadapi dengan tenang. Mungkin kot abang terasa betul-betul bersedia. Sebab itulah abang tidak rasa takut mengghadapinya. Atau mungkin juga sebab abang masih lagi dapat melihat sayang. Subjek ekonomi terasa senang jer apabila abang lihat sayang. Seperti melihat nota ekonomi yang abang baca. Hahhahahaa. Patutnya masa itu tak ada dah masa untuk pandang-pandang dan jeling jeling ini. tapi tidak bagi abang macam abang katakan tadilah. Melihat sayang umpama melihat nota-nota ekonomi yang abang belajar selama ini.
Tak sangka pula hari paper seni kertas satu, kena hari jadi abang. Berdebar dan gembira bercampur menjadi satu pada hari itu. sampaikan abang tukar motor dengan kawan abang hari tu tau. Sampai tahap itu sekali. Hahhaa. Dan terlampau seronok lagi apabila mendapat kad ucapan hari jadi darpada sayang. Yerlaa masa kita semakin singkat untuk bersama. Maksud abang untuk melihat dan berbual-bual dengan sayang setiap hari. Yerlaa selepas inikan masing-masing akan membawa haluan sendiri.
Dapat jer kad itu terus abang buka dan baca. Banyak yang sayang tulis. Sayang suruh abang mengingati kenangan indah kita bersama dalam tahun 1997 dan 1998 itu. Jangan lupakan sayanglah sebab sayang cakap sayang ini musuh abanglah. Kalau melihat tweety tue, ingatlah kat sayang. Masa abang tahu sayang minat kat tweety terus jerr abang cari sticker karton tweety tue (sebelum abang dapat kad birthday dari sayanglah) kita ini seperti kucing dan burung ini tak pernah berdamai. Dan ada pula notes kecil kat kad itu yang tulis kad itu tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Hehehehe..kalaupun ada abang tetap ingatkan sayang juga.
Hari terakhir paper, abang antara orang yang terakhir melangkah keluar dari sekolah. Banyak kenangan manis yang tercipta di situ. buruk dan masam pun ada tapi abang tak mahu ingat. Selamat tinggal SABS. Selamat tinggal semua. Tidak dapatlah abang jumpa sayang selepas ini.
Mujurlah Alexender Graham Bell telah mencipta telefon...maka suatu hari di masa cuti tu abang pun call la sayang bertanya khabar. Lama jugak bercakap dengan sayang...then apabila abang dapat kerja. Kita masih lagi berhubung. Kuat betul perhubungan kita. Agaknya kita memang sesuai berkawan kot. Mungkin sebab itulah kita boleh  bertukar – tukar cerita tentang kehidupan masing-masing.Hari raya pun abg masih lagi hantar kad raya pada sayang. Minta maaflah konon tapi struktur ayat tu boleh dikatakan semua berunsur fire memfire. Saja nak menyakat sayang. hehehe...
1 April, the April Fool Day. Dan hari yang sama untuk kita ketahui result SPM. Memang pada mulanya abang tak nak pergi hari tu sebab tak berapa confident. Yelah,abang niekan antara pelajar yang ternakal di dalam dan luar sekolah. Mana mungkin dapat result best. Tapi bila dapat arahan daripada mama terus abang pergi tengok. Sampai jer depan dewan sekolah. Orang pertama yang abg jumpa ialah kak teh dan Ain. Tetiba jer  mereka cakap taniah. Mereka cakap abang punya result sama dengan results sayang. Terkejut abang nie. Yelah mana mungkinkan. So abang pun pergilah ambik results tu. abang cari gak results sayang tapi tak jumpa pun. Abang pergilah merayau. Ingatkan ayang dah ambik results sayang. Yelah nak sorok dengan abang nie. abang nak juga lihat betul ker  yang abang dan sayang dapat 16 Agg. Well, akhirnya abang jumpa sayang jugak. Tapi abg tak dapat jugak melihat slip result tu sampai ke hari nie. Takpe dah lama lepas biarkan aje. Abang seronok coz dapat capai ape yang abang hajati.
So abang berharap dapat melangkah bersama sayang ke menara gading. Tetapi nasib tak menyebelahi abang. Masa itu abang tak tau hendak ke mana. Yelah coz abang rasa macam berpisah dan tak dapat berjumpa dengan sayang lagi. Mana taknya, sayang selalu bertanya abg kalau ada apa-apa hal. Sampai hari itu pun sayang tanya abang antara  Matrikulasi di Melaka dengan kolej swasta di Johor. Lastly abang  buat lawak bodoh kata di Melaka tu ada orang gila. Tak sangka yang ayang cerita pada aboh ayang. Dan tentunya abang kena fire.
Ooh ya., sebelum ayang pergi ke sana. Kita sempat keluar bersama-samakan. Masa itu sayang yang belanja abang. Kemudian kita pergi beli kad birthday member sayang kat Parade. Masa itu seingat abang skema giler keluar. Masa out jugaklah sayang suruh abang menjadi pakwe kontrak sayang. Eleh!dalam hati abang nak jer try apply jadi pakwe ayang yang sah dari jadi pakwe kontrak. Dan hari tu jugaklah sayang mengaku kat abang yang sayang sudah pun berpunya kan. Abang tak terkejut pun pasal abang sudah tahu tentang hal ini. Ada ke sayang paksa abang suruh cerita on the spot macam mana abang boleh tahu. Mana dapat. Gagaplah abang jadinya. Hari tu juga sayang cerita semuanya pada abang. Hehehe. Sayang cakap itu la,ini la...So abang dengar je la. Then selepas je kita keluar hari itu terus abang memberi tahu kak long pasal hal nie. “akhirnya dapat juga ko keluar dengan Aisyah ya mama!”. Itupun  dalam phone. the oher day kak long ada call abg tanya khabar. Tapi nada berbual dia lain sikit apabila dia cerita ada call sayang. Abang tanya kenapa dia suka jer kalau abang tanya pasal sayang. Dia kata tak ada apa-apa pun.

Rabu, 18 Ogos 2010

Ogos 18, 2010

forever ini time -3


MAHU tapi MALU
pada malam sayang membuat persembahan gamelan di laman budaya, pergi juga ke sana di atas ajakan Jang. Maklumlah orang yang tengah hangat bercinta nie dia memang mabuk-mabuk sikit, tidak boleh bereangggan jauh. Ada peluang kena ambil, jangan bagi terlepas. Itulah Jang. Abang pun tumpang samalah. Masa itu Nurul pun ada sekali. Apa lagi gamatlah dengan kami bertiga. Mulanya niat nak temankan Jang jer, tapi bila ternampak sayang, terus niat itu terpesong. Apa lagi masa itu abang mengambil kesempatan untuk melihat dan merenung ayang. Dalam hati ini berbakul-bakul pujian. Apabila ayang naik ke atas pentas mengambil sijil lagilah abang terpesona “comel laa dia” detik hati abang. Mata ini tak lepas-lepas perhatikan ayang. Rasanya tak mahu sesat pun biarkan ayang terlepas dari pandangan mata.
Selepas persembahan berakhir, Jang dengan kak long sibuk ke hulu ke hilir bergambar. Abang Cuma boleh tengok jerr.  Cemburu pun ada jugak. Kalaulah abang boleh bergamber dengan ayang juga, alangkah indahnya dunia ini. hahahaha. Terlupa pulak tentang Nurul nie, tetiba jerr dia boleh menjerit “ Aisyah tak nak ambil gambar dengan mama kerr?” terkejut abang. Mulut dia tuh tak boleh cover langsung. Ah..sengaja diam encari penyakit nih. Rungut abang dalam hati. Abang dah tak tentu hala nie dibuatnya. Malu pun ada. Masa itu entahlah samaada ayang dengar atau tidak. Kalau dengar macam mana nak cover nanti, maklumlah masa itu ayang dikelilingi kawan-kawan baik ayang. Jadinya dalam hati abang berdoa ayang tidak mendengar jeritan Nurul tadi.
Masa terus berjalan. Hari demi hari kita menjadi semakin rapat. Masa itu abang merasakan ayang ini seperti awek abang. Tetapi abang masih lagi sedar diri. Sayang. Don’t have any relationship. Only the good friend. Tetapi kawan-kawan abang macam faham-faham pulak, tahu-tahu pulak yang abang ini minat kat ayang. Jadi tebal jugaklah muka ini. mahunya berinci-inci. Hehehehe. Abang buat tak reti jer, asalkan sekurang-kurangnya abang dapat belajar bersama-sama sayang.
Selepas itu boleh dikatakan tiap kali ujian dan exam, abang akan bandingkan keputusan abang dengan ayang. Kadang-kadang jer nasib menyebelahi abang. Kebanyakannya ayang yang mendahului abang. Sayang masih ingat tak lagi, kita pernah buat deal. Siapa yang dapat keputusan paling tinggi pada ujian bulan April maka dia yang kena belanja. Akhirnya yang juga yang better dari abang. Oleh sebab itulah telah menyedarkan abang dan berusaha untuk bersaing dengan ayang demi masa depan.
Oleh sebab itu abang pun sengaja mereka moto abang sendiri “ U’RE MY BESTFRIEND…AND ALSO MY DANGEROUS ENEMY”…Abang bukan apa, just untuk memberi motivasi kepada diri sendiri agar terus dapat bersaing dengan ayang. Yang tidak terduga, abang boleh terlepas cakap hendak pergi rumah ayang semata-mata untuk membuat kerja rumah ekonomi. Memang cari nahas betullah. Dah tahu dia tuh awek orang lain, nanti apa kata pak we dia pulak kalau tiba-tiba jerr datang rumah ayang, terlihat abang dengan ayang tengah buat kerja sama-sama. Marah abang pada diri sendiri. tetapi pada masa itu kan, memang abang tak berfikir panjang pun. dalam hati Cuma satu jer nak siapkan kerja ekonomi ini. masa itu abang ingatkan member-member ayang tak tahu, rupanya ayang sudah memberitahu mereka semua. Suka mereka jerr menghentam abang selepas itu.
“eleh mama, stadi dengan kita dia tak mahu, pergi rumah aisyah pun tak beritahu kita” kenyataan maut dari Siti. Sebab itulah abang cepat-cepat larikan diri, lepak dengan Jang dan Nurul pula. Nurul tanyalah betul ker tak nie apa yang dikecoh-kecohkan itu. kemudian dia cabar abang suruh abang luahkan isi hati abang. Nahas laa abang kalau macam tuh. Siap cakap Indon lagi tuh. So tak boleh jadi ni, abang pun balik kat tempat abang semula.
Kena pula marah dengan kak Long “ kau nie kecoh – kecoh bercerita apasal. Cerita dekat aku sorang cukupah. Ini tidak semua orang sudah tahu rahsia kau”
“emm..pedulilah. benda betul apa. Nak buat macam mana lagi”kata abang.  Lagi abang kata “ tak salah pun abang pergi rumah ayang. Bukan dengan sayang seorang jer abang compete, dengan Jang pun sana juga”.
Boleh dikatakan tiap-tiap malam Jang dedikasikan lagu melalui rFm. Kemudia telefon abang suruh abang dengar. Sebab itulah juga abang siap letakkan gambar ayang dekat Radio. Penat mata tengok nota, cerahkan mata dengan melihat gambar ayang. Gambar itu sebenarnya abang curia tau ambil tanpa kebenaran. Alaa gambar yang ayang suruh abang cuci selepas dinner budak-budak hostel itulah. Bila ayang tanya dah siap cuci ker belum tapi abang kata belum, padahal abang cuci lagi sekali. Yang itu abang ambil simpan untuk diri sendiri. maaf yer sayang. Kalau abang minta agak-agak mesti sayang tidak kasi. Sebab itulah abang ambil macam itu jerr.. hahahaa..nak buat jahat ini..akalnya kekadang terlalu panjang. Kreatif sungguh.
Jika penat melukis folio untuk subjek seni, abang akan tenung gambar ayang. Hahahaha..kerja itu pun sebenarnya hampir separuh ayang yang tolong siapkan kan? Pelik juga abang kenapa sayang masih lagi nak tolong abang, padahal ada juga budak lelaki lain minta tolong dari ayang. Hanya sayang sahaja ada jawapannya.
Alangkah seronoknya sayang dengan abang tekun membuat kerja seni nie. Masa itu Yatz dan Kelly ada temankan. Ingat lagi tak, Yakin ada ada masuk dalam kelas dan melihat kita berdua. Abang terdengar dia bertanya “ diorang tue couple ker?” dalam hati cepat jerr abang menjawab “ suatu hari nanti dia akan jadi awek aku jugak”
 Ermmmm nasib baik sayang sudi siapkan kerja abang. Kalau tak huru haralah hidup abang nih. Oh yang ada satu lagi cerita yang abang masih ingat. Actually abang rasa sunyi masa sayang tak ada di dalam kelas. Padahal boleh jer merayap cari member abang yang lain. Walaupun kak long masih ada, tapi tetap juga terasa kekosongan. Dunia telah menjadi suram dan sepi. Masa ayang sakit jatuh katil tue pun memang abang tak tahu buat apa jugak. Memang laa nampak happy tapi suasana tak meriah tanpa ayang di sisi abang. Padahal masa itu tak couple pun, dah jadi parah macam ini. kalaulah kita couple macam mana laa plak yer?
Tapi ada satu hari yang paling abang terasa kehilangan. Masa itu sayang and the gang pergi Muadzam untuk persembahan gamelan. Uish memang terasa kesunyian menggigit tangkai hatilah. Boleh diibaratkan baru pindah sekolah baru hari itu. mana tidaknya puteri impian tiada di sisi. Abang ingat dah, ada waktu sekali kita lepak sebelum ayang pergi Muadzam. Mak Su pulak entah ke mana merayapnya. Abang ingat lagi ayang cakap “ esok aku tak ada dalam kelas, so pepandailah kau cari member lain” sayang sambung lagi “ tapi pagi esok, sebelum masuk sekolah aku tengok jer laa kau dari hostel” “Ermmm..pelik jugak abang masa ayang begitu. Kenapa yer. Macam tak percaya jerr..entah-entah ayang pun ada rasa something tak?
Keesokannya abang datang ke sekolah seperti biasa. On the way tue abang jeling-jelinglah sayang dari pokok depan surau itu. it’s true..i can see u. tetapi tak tahulah betul ker tidak itu adalah ayang. Pernah juga kak long ada cerita. Ada sat masa muka ayang jadi merah selepas cakap dengan abang. Ermmmm ajaib laa jugak. Pasal abang tak ada laa capak apa-apa pun. Cuma usik sikit-sikit jer.  Tak perasa pula boleh jadi macam tue. Semenjak dari itulah abang selalu perhatikan ayang lebih dari biasa.
Oh yer..ada satu kali tue, kak long mengadu sayang panggil dia dan tanya kenapa awabang buat macam itu, sampai merah mukanya, dia kata sayang tanya dia macam itu sambil makan berger kat atas katil. Tersedak dia. Hampir-hampir tercekik. Kesian kak long. Tak tahu nak jawab apa. Rasanya memang abang tak ada buat apa-apa pun.

Selasa, 17 Ogos 2010

Ogos 17, 2010

forever ini time -2


DEKAT tapi JAUH
Abang masih lagi teringat ketika hari sukan sekolah dulu, ketika itu abang sibuk mencari Jang dan kawan-kawan abang yang lain yang entah ke mana menghilang. Tak sangka pula terserempak dengan sayang yang tengah lepak di bawah pokok dengan kawan-kawan sayang. Jadinya abang tak lepaskan peluanglah. Tak jadi dah nak cari geng abang tuh. Terus sahaja abang mengambil keputusan untuk pergi dekat ayang. Saja mengambil kesempatan itu untuk turut sama relax dan sambil-sambil berbual-bual dan mengusik sayang.
Entah dari mana tiba-tiba saja seorang budak muncul dan datang berhampiran kita berdua. Dan tika itu abang hendak sangat sayang ambil budak itu dan bermain-main dengannya. Tetapi Nora pula yang sibuk-sibuk dok layan. Dalam hati abang bersungut “ alamak potong stim betullah. Kan bagus kalau dibiarkan jer budak itu dengan kita berdua, nasiblah. Kalau tidak boleh berborak lama-lama dengan ayang lagi. Ada juga topic lain kan
Abang baru sahaja dapat lesen motor dan tentunya Airil and the gangs menjadi saingan rapat abang dalam racing motor nih. Abang masih ingat lagi, masa nak balik hari sukan tuh, sayang pesan supaya bawa motor elok-elok. Abang ingat masa itu tidak ada apa-apa yang berlakulah. Tetapi abang silap, dua hari sebelum raya haji abang jatuh motor. Huhuu.. tak sangka betul, masin betul mulut ayang nie mengalahkan air lautan mati plak. Hahahhaaha..sebenarnya abang pun tak penah merasa air masin lautan mati nih. Tapi orang kata memang betul-betul kaw masinnyakan?
Apabila buka sekolah, sayanglah orang pertama yang perasan abang jatuh motor sebab jalan terhinjut-hinjut.  Apa lagi abang sindirlah sayang, sebab kata-kata ayang sebelum itulah abang jatuh motor. Sayang gelak jerr mendengar sindiran abang itu. dan sayang, ketawa sayanglah ubat yang paling mujarab sekali untuk abang tika itu. hilang tiba-tiba rasa sakit.
Oleh sebab SPM makin hampir, abang dan Jang merancang untuk mendaftar tuisyen sekali (memang 2 ekor nih tak pernah nak berenggan langsunglah, sejak dari sekolah rendah lagi..hehehe) jadi setiap pagi ahad selepas kelas tuisyen, kami lepak-lepak sambil minum air. Masa itu macam-macam kami bercerita. Hal jang dengan kak longlah. Tapi isi hati abang kepada ayang tak pernah terkeluar tau. Rahsia ini pecah dalam hati abang seorang jer.hehehe…masa itu jugalah  abang ringan mulut bertanya tentang hal-hal peribadi seorang demi seorang member ayang eh termasuk ayang sekalilah dari Jang. Jang pula dapat info daripada kak long. Apa yang dia dapat daripada kak long itulah dia ceritakan kepada abang.
Masa itu juga tahulah abang bahawa gadis idaman abang ini sudah berpunya sebenarnya. Barangkali masa itu Jang dapat agak yang abang nie syok kat sayang kot. Cerita terbaru itu memang interestinglah buat abang. Frust? Tak lagi sebabnya masih ada lagi masa yang panjang yang perlu kita lalui. Macam-macam perkara boleh berlaku pada masa akan datang.
Sayang ingat lagi tak? Abang selalu suruh ayang telefon abang masa ayang balik ke rumah. Kononnya untuk kejutkan abang bangun pergi tuisyenlah. Hahahha…sebenarnya abang hendak mendengar suara ayang. Sebabnya dengar suara sayang jer sudah membuatkan abang bersemangat lagi pergi kelas tuisyen.
Barangkali abang nie tak reti bahasa kot, dah tahu ayang telah berpunya tapi still lagi nak dekat-dekat dengan ayang. Yerlah rasanya selepas itu kita makin lama makin rapat. Abang sudah tidak segan silu bertanya tentang sayang kepada kak long. Dan abang telah pun berterus terang yang abang memang sukakan sayang kat kak long.
Tapi kak long nasihatkan abang “sabarlaaa.. dia sudah berpunya tapi kalau dah suka nak buat macam mana. Teruskanlah.” Lebih kurang begitulah nasihat kak long walaupun abang tak berapa ingat sangat yang sebetulnya apa yang dinasihatkan. Tetapi maksudnya lebih kurang begitulah. Sebab itulah abang selalu cakap kat sayang kalaulah sayang masih lagi perasanlah. Abang selalu ulang-ulang ayat ini “MENANTI BULAN JATUH KE RIBA”. Abang amat berharap suatu masa nanti abang akan dapat miliki sayang (Eei!! jahatnya mamat nie…)
Satu lagi ayang perasan tak, jika ada pelajaran yang abang tidak faham, abang mesti tanya sayang. Jarang sangat abang bertanya dengan orang lain. Kerja sekolah mesti buat dengan ayang. Dan abang pelik juga yer macam orang-orang disekeliling termasuk cukgu-cikgu yang mengajar kita tahu jer apa yang abang hajati itu. Apa yang ayang join abang akan turut join tetapi satu jerr yang ayang tak join tapi abang join. Terpaksa tuh sebabnya ditarik oleh Jang sebab kak long join kelab tuh dan dia pulak tak ada geng. So mangsanya abanglah. Itulah abang kata awal – awal tadi, seolah-olah orang disekeliling sedar abang nie dah kronik sangat nak bersama ayang jadi semuanya meletakkan abang dengan ayang. Tak kiralah kumpulan ker kelab ker, mesti kita akan sama.
 Sayang ingat tak lagi, untuk subjek bahasa melayu untuk ujian lisan, kita ditugaskan bersama. Kalau tak silap tajuk inflasi. Kita kena cari isi melalui perbincangan dan buat satu karangan hasil daripada perbincangan tersebut. Sekali dalam kumpulan kita ini mak su dan Khalid. Tetapi masa itu Mak Su ada MSSD dengan Siti di stadium. Klaid pula buat aktiviti sendiri. Jadinya hanya abang dengan sayang sahaja petang itu berbincang.
Masa itulah abang kenal dengan Yatz. Tapi walaupun bertiga yang kecohnya Cuma kita berdua sahaja. Yatz senyap jer macam tak ada mulut laa pulak… konon malu laa tika itu, maklumlah baru kenal.
Selepas selesai perbincangan itu, abang terus pergi stadium untuk melihat Mak Su dan Siti berlari. Jumpalah minat dua orang nie yang kepenatan berlari kat dalam stadium nih.  Teringat jugak mak su tentang tugasan yang kena buat itu. adalah dia tanya. Dan selepas itu tak di sangak pula boleh mereka selamba sahaja tanya abang solan maut “ Eh mama, kau suka kat Aisyah erk?”. Memang terkejut jugak.
Kemudian mereka mula bercerita macam-macam tentang sayang. Eleh macamlah abang tak tahu. Itu taktik mereka jer nak korek rahsia hati abang nie. Tapi tidak dinafikan memang abang terkejut giler dengan soalan direct daripada minah dua orang nih. Mungkinlah mereka dah tahu sebabnya cerita tentang abang suka sayang memang seperti ribut La Nina. Huh begitu kencang melanda sekolah kita tuh. Tapi masa itu abang cepat-cepat nafikan abang cakaplah “ mana ada. Gurauan budak-budak ne jerr. Tak beranilah. Aisyah itu kan garang. Takut aku”
Memang pun sebaab abang tak ada ternampak tanda-tanda ayang suka kat abang. Dan tentunya abang masih lagi fobia dengan ayang nih. Mulut jerr berkata begitu tapi hati sebaliknya pula. Cepat-cepat jerr dia cakap “ memang betul aku suka kat dia” tapi dalam hati jer lah. Nasiblah mereka tidak dapat membaca isi hati abang ini kan. Kalau tidak memang parahlah laaaa…Kalau tidak mahunya abang yang berlari di dalam stadium tuh. Malu punya pasallah.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ogos 13, 2010

forever ini time -1


Saat ku terpandang mu

Memang abang akui pertama kali melihat sayang, abang agak sayang budak baru. Sebab itu tidak pernah jumpa pun di dalam sekolah. Lainlah dengan Kak Long yang sering diganggu oleh geng famous ini (termasuk abang…hehehe,abang ngaku). Ketika kena berkumpul selepas PMR, dalam blok monyet itulah kali pertama abang melihat sayang. Hendak juga tegur ketika itu tetapi maklumlah Apui dengan Hearris sudah mengenali sayang, sebabnya mereka duduk dibelakang ayang dengan yatzkan? Siap boleh pinjam gam daripada ayang lagi tue, betul tak? Abang masih ingat lagi, (aiseeeh, boleh tahan juga memori mamat ini kekadang, tetapi ada juga ketikanya fail terus, punah betullah), hahahaha sedar diri sikit nih. Akan tetapi sebenarnya abang tak mengambil berat tentang perkara – perkara seperti ini, sebabnya sibuk sangat berpoya-poya dengan member-member abang di belakang. Entah mengapa bermula saat itu, abang ingin sangat mengenali sayang.
Ermmmm…tak sangka pula, cempedak menjadi nangka, satu rahmat dari tuhan kot, kita ditakdirkan sekelas. Well, pada mulanya sumpah abang tidak perasan kita satu kelas. Maklumlah ketika itukan keadaan masih lagi huru hara, rata-rata kawan-kawan yang kena pindah ke kelas lain masih lagi bertenggek di dalam kelas itu. Jadinya taklah abang ambil pusing sangat keadaan sekeliling ketika itu, tak terperasanlah sayang di situ.
Apabila mereka sudah tidak ada lagi di situ, maka tinggallah kawan-kawan yang paling rapat iaitu Faizul(Arwah),Jang,Sepeng dan Kak Long. Kak Long pula menjadi Penglipur Lara apabila semua dah tidak ada di situ.  Kadang-kadang tue, ada juga abang menegur dan mengacau Mak Su(Sheila), tetapi kenapa yer, sayang abang tak mampu nak tegur. Hmmm.. entahlah, mungkin abang nie berat mulut kot.
 Sayang masih ingat lagi tak, ada satu kali tue, ayang mengamuk sakan apabila diusik oleh Faizul. Alaaa masa Ustazah tiba-tiba keluar dari kelas tue. Abangkan ada sekali, abang tengok jerr ayang marah-marah tetapi dalam hati ini, sibuk dok mengata kat ayang, ‘fuiyoooo….garangnya awek nie’. Selepas dari hari itupun, abang masih lagi tidak tahu bagaimana mahu memulakan salam perkenalan. So, terpaksalah pendamkan lagi niat di dalam hati ini.
Pada masa yang sama kecoh pula kisah Jang yang minat kat Kak Long. Yes..abang dah terfikirkan jalan untuk rapat dengan ayang. Walaupun begitu, masa tue boleh lagi buat seperti biasa. Dan idea bernas pun datanglah. Bila lagi, masa Ayang bawa gambar Nadia datang ke kelaslah. So abang pun buat-buatlah konon-kononnya hendak berkenalan dengan Nadia, tetapi muslihatnya hendak berkawan dengan kawan Nadia nie. Hahahhaha..misi pun berjalanlah. Macam-macam strategi abang buat konon nak kenal dengan Nadia ini. kasi bungalah, minta gambarlah, tulis suratlah. Nampak macam abang betul-betul hendakkan Nadia, padahal abang nak kenal dengan ayang jer. Susah juga ya nak jadi pelakon nie, tambah pula berlakon di hadapan orang yang kita minat dan orang yang kita sudah jatuh cinta. Macam mana, boleh tak abang jadi  pelakon?
 Sebenarnya abang tak perlu bersusah payah macam itukan? Untuk kenal ayang, tetapi entahlah tika itu tak terfikir pula ataupun abang tak tahu cara mana yang sesuai untuk kenal dengan ayang. Memang abang ada contact Nadia, cuba untuk mengambil tahu tentang dia tetapi semuanya melalui sayangkan?. Abang bukan hendak mempermainkan Nadia masa itu, sekurang-kurangnya adalaaa sedikit abang mengenalinya secara tidak langsung.
Tidak lama kemudian cuti semester bermula. Last day pun abang tidak miss pergi sekolah. Nak tengok ayang sebenarnya. Bolehlah jadi bekalan kot-kot rindu dalam cuti nanti. Dan nak dijadikan cerita, entah macam mana ayang boleh beri nombor telefon ayang pada abang…hehehe..abang pun apa lagi, bagilah nombor telefon abang kat ayang. Adalaa juga sekali dua abang telefon ayangkan? Tetapi time tuh, kita cakap pasal sekolah jer, tak reti nak bercakap pasal hal lain. Hahahaha..skemalah katakan. Tetapi ada kemajuanlah, abang sudah pandai bergurau dengan sayang. Rasa seronok sangat dapat mendengar suara sayang ketawa.
Cuti pun habis, maka bermulalah tahun peperiksaan. THE SWEET YEAR,1998. Mula-mula masuk kelas 5F, abang sudah menempelkan diri bersama kroni-kroni abang yang nakal lagi menyesatkan itu. but they very fun. Dengan Faizullah yang paling rapat di samping Jang dan Sepeng. Disusuli pula dengan dua queen yang tidak kurang kecohnya iaitu Nurul dan As.
Tetapi apabila cikgu Zahani masuk, terus dia pisahkan abang bersama Khalid. Wow lagilah abang seronok. Pasal apa tau, pasalnya abang dapat tempat bersama sayang dan kak long. Lagilah bertambah cerah peluang untuk abang memikat ayang nanti. Hehehehe…takkan ayang tak perasan selama ini, masa belajar mesti abang akan menoleh ke belakang. Itu telah menjadi kemestian abang. Bukan apa, kononnya hendak bertanya hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran ini tetapi selebihnya sebenarnya hendak bercakap-cakap dengan ayang jer.
Tika itu abang rasa kita sudah semakin rapat, dan hal-hal yang berkaitan dengan Nadia pun telah tidak disentuh. Kita sudah boleh bergurau senda sampai satu tahap abang boleh pukul ayang dengan pembaris. Nasib baik ayang tidak mengadu kepada mak dan ayahkan? Kalau tidak menjawablah abang dengan mereka nanti. Tak sakitkan abang pukul? Abang cuma hendak bergurau dengan sayang jer masa itu.
 Awal tahun, semua orang sudah tahu kak long kembali menjadi solo. Apa lagi, Jang pun purpose lah untuk menjadi balak dia, maka mereka pun jadilah pasangan kekasih. Hahahhaha..tak sangka pula, dulu Cuma gossip sahaja, kini telah menjadi kenyataan. Tetapi lain pula dengan abang, abang rasa itu satu peluang yang amat baik untuk mengenali sayang dengan lebih mendalam lagi. Yerlah tentunya lebih mudah dan senangkan melalui kak long yang sememangnya baik dengan sayang.
Entah macam mana Jang setan itu dapat menghidu perancangan abang, ah..sudah bala sudah datang. Maka terciptalah satu gossip @ khabar angin yang “ABG SUKA KAT SAYANG”.Dan masa itulah Faizul memukul canangnya…sayang tahu atau tidak abang tak pasti. Yang pasti apabila kroni-kroni abang tahu tentang perkara ini, abang sudah tak senang duduk. Yerlah abang takut dimarahi oleh mu, sayang. Masa itu terasa kerdilnya diri ini untuk bercinta dengan mu. Hahaha..padahal kan, abang tinggi lagi dari sayangkan? Manalah tahu sayang sudi ke tidak masa itu. itu Cuma gossip sahaja dan cerita sebenarnya budak-budak ini tak tahu lagi.

Ogos 13, 2010

intro forever in time

kisah ini sebenarnya kisah benar.. dan bukan shima yang tulis tau...shima juz tolong edit dan tambah kan perisa agar jadi best sikit di baca hahahhahaa...luahan hati seorang lelaki terhadap gadis yang dicintainya.. lama dia memendam rasa. dan semuanya dicurahkan di dalam luahan ini. luahan dari kekasih kepada kekasih. bila baca kisah ini shima jadi terharu dan meminta kebenaran tuannya untuk dipost di blog ini. mereka sekarang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang ciut miut... hahahhaaha..buat my BFF terima kasih kerana membenarkan kisah anda dipaprkan di sini. hope kau akan berbahagia hingga ke akhir hayat... mama cayalah..ko nie memang romantik habis....*_^

Featured