Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 29 November 2010

4:15:00 PTG

Rasa hati seorang anak



PERASAAN seorang anak ada kala tidak difahami oleh ibu bapa sehingga mengheret mereka menyimpan perasaan benci yang mendalam.

Begitulah yang berlaku kepada Ifa (bukan nama sebenar) yang mengirim kisah hidupnya untuk renungan kita bersama.

Begini kisah Ifa. "Aku dilahirkan di sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan. Sejak kecil aku memang seorang kanak-kanak yang aktif, nakal dan ada sahaja perbuatan yang membuatkan mak abah marah kepadaku.

"Kasih sayang ku kepada mereka tiada tandingnya walaupun aku hidup dalam keadaan yang terkongkong.

"Semua keputusan, arahan, permintaan dan apa sahaja perlu di rujuk pada abah sehinggakan aku benci melihat sikap mak yang langsung tiada peranan terhadap anak-anak.

"Makan minum pun mengikut selera suami sahaja. Mak memang seorang isteri yang lurus dan terlalu percaya dengan apa yang dibuat oleh abah.

"Penampilan dan sikap abah memang amat berbeza semasa di depan saudara mara, kawan-kawan dan isteri. Kematangannya dilihat sebagai seorang bapa yang amat bertanggungjawab. Pada hal dia abah yang bagaikan talam dua muka.

"Abah mengajar anak-anaknya mencium pipi kedua-dua ibu bapa setelah selesai mendirikan solat.

"Tetapi apabila remaja, aku merasa tidak selesa melihat kelakuan abah yang asyik meminta aku mencium pipinya ketika masak, semasa menjemput ku dari asrama.

"Lama kelamaan aku perasan permintaannya itu biasanya berlaku setiap kali ketiadaan mak sahaja.

"Masih segar dalam ingatan ku lagi peristiwa waktu Subuh semasa aku berumur 13 tahun. Biasalah remaja tidur pun lasak sudah semestinya kain terangkat sana sini.

"Rumah kami ketika itu cuma ada tiga bilik. Sebuah bilik wan dan atuk dan sebuah bilik mak abah. Bilik mak abah itulah yang kami adik beradik gunakan.

"Mak dan abah tidur di luar dan semestinya barang-barang mereka masih berada di dalam bilik itu. Abah sering keluar masuk bilik itu apabila hendak mengambil sesuatu.

"Pada subuh itu sedang aku lena tidur bersama adik beradik ku yang lain, tiba-tiba aku melihat abah berada di hujung katil.

"Aku tergamam dan menjadi takut seperti tidak percaya apa yang aku lihat. Abah cuba mencabul kehormatan ku. Namun aku berpura-pura tidak sedar dan menggeliat supaya abah menghentikan perbuatannya itu.

"Perlahan-lahan aku membuka mata menyebabkan abah segera beredar dari bilik. Aku menggigil tidak tahu apa yang patut aku lakukan.

"Semasa tinggal di sekolah berasrama, abah yang akan menjemput aku setiap kali balik bercuti.

"Bencinya aku apabila abah mengambil kesempatan memaksa aku mencium pipinya berkali-kali sepanjang perjalanan sehingga terkadang terkena mulutnya.

"Dia turut memegang tanganku seperti seorang kekasih sambil mengatakan sayang padaku dan sekali sekala cuba meletakkan tangannya di atas pahaku membuatkan aku mengalihkan tangannya semula.

"Jika aku enggan abah mengugut meninggalkan aku di tepi jalan. Selepas itu aku sering memberi alasan untuk pulang bersama dengan rakan-rakan.

"Mahu sahaja aku menjerit pada mak bercerita apa yang telah abah lakukan, tetapi aku benar-benar tidak sanggup menceritakan perihal suaminya yang mak benar-benar percaya dan tunduk selama ini. Sikap mak menyebabkan aku melabelkan mak sebagai isteri yang terlalu lemah.

"Aku memasang nekad untuk keluar dari 'neraka' itu. Aku belajar bersungguh-sungguh sehingga aku mendapat tawaran belajar di sebuah institut pengajian tinggi awam di Sarawak.

"Tamat pengajian, aku bertemu dengan seorang lelaki yang kini telah menjadi suamiku. Kakak pula telah mengandung sebelum menikah. Mujur lelaki itu mahu bertanggungjawab dan mereka akhirnya bernikah.

"Jauh di sudut hati aku merasakan inilah balasan buat abah. Walaupun aku melihat abah telah punya perubahan yang amat banyak berbanding dulu, tetapi aku masih benci padanya.

"Sepanjang hidup, aku langsung tidak ikhlas dan hanya berpura-pura mengambil hatinya.

"Selepas habis belajar aku mendapat tawaran kerja di bank dan pada pertengahan tahun aku selamat diijab kabul. Aku mengambil keputusan duduk berjauhan daripada mak dan abah.

"Sepanjang tempoh itu aku hanya datang sebulan sekali ke sana bertemu suami dan cuti selebihnya pulang ke rumah abah dan keluarga suami.

"Keluarga suami terlalu baik melayan aku sehingga ke hari ini. Dengan mertua aku merasa nikmat kasih sayang sebenar ibu bapa.

"Aku mengalami dua kali keguguran tetapi mak abah tidak peduli, langsung tidak bertanya khabar.

"Mak aku tidak seperti mak orang lain yang penyayang mengambil berat dan prihatin dengan anak menantu. Sepanjang tempoh aku berpantang, mak mertuaku yang setiap hari bertanya khabar dan memberi tunjuk ajar pada suami untuk menjaga aku sebaiknya," kata Ifa menutup ceritanya.

Kisah Ifa bukan satu di dunia ini. Banyak kes-kes seumpama itu berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh anak-anak kerana sayang dan kasih kepada ibu bapa.

Bagaimanapun saya puji sikap Ifa yang bijak menangani masalah ini walaupun ia menyebabkan tekanan perasaan kepadanya.

Kepada Ifa, tabahkan hati, kuatkan semangat. Pesanan saya, biar macam mana buruk sekalipun ibu bapa, mereka patut dihargai dan dihormati. Berdoa selalu agar satu hari mereka sedar kesilapan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan.

Menutup kata, "sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik dalam sebuah kehidupan yang setiap saat daripadanya adalah satu nikmat."

Salam

Sumber: utusan malaysia
7:00:00 PG

Ayuni-end


“Nah…! Awak kena beli semua beg yang saya kait sekarang juga” kata Ayuni berlagak. Tersenyum besar Ahmad kerana dia telah terkena dalam diam. Apapun tak kisah janji Ayuni dan Tok Ubainya masih seperti dulu sebelum kedatangannya.

Melihatkan Ahmad yang sedang megeluarkan duit, Ayuni gembira kerana anak pokok semakin hampir dalam gengamannya.

“Nah… semuanya sekali RM100.00 lagi satu beg tu saya bagi percuma. Hadiahkan pada buah hati awak ya…!” kata Ayuni sambil memeluk duit yang baru sahaja diperoleinya.

“Hik… hik… hik, dapatlah aku beli anak pokok manggis dengan mangga…” kata Ayuni keriangan. Ahmad yang ketika itu ada di hadapannya terkejut kerana sampai begitu sekali kesannya kepada Ayuni.

“Jadinya kita kosong-kosonglah ya…!” kata Ahmad inginkan kepastian. Anggukkan Ayuni melegakan hati Ahmad yang tidak senang duduk selama beberapa hari ini.

“Tak apalah… kadangkala mentimun tak boleh nak lawan dengan durian. Nanti susah pula mentimun nak cari tempat berteduh lain kalau durian mengamuk…” kata-kata Ayuni membuatkan Ahmad terkejut.

Sungguh dia tidak menyangka, hampir sepuluh tahun, perkara tersebut masih membuatkan Ayuni sekeluarga rasa rendah diri dan seperti menumpang. Ahmad berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Dia sedar dan bersyukur kerana dia pasti dapat membuatkan Tok Ubai sedar akan apa yang sebenarnya dialami oleh Pak Jalal sekeluarga.

Ahad, 28 November 2010

7:00:00 PG

Ayuni-17


“Mak pergi dulu. Jangan lupa lauk tu nanti bagikan pada Tok Ubai kamu ya…!” kata Mak Limah memesan.

“Iyalah… Ayu ingatlah mak. Ayu bukannya jahat sangat” kata Ayuni lagi. Setelah perginya kedua orang tuanya. Ayuni mula bersarapan. Sedari tadi dia tidak lagi bersarapan kerana ingin menyiapkan segera sarapan untuk mak dan abahnya.

Selesai makan pagi, Ayuni mula turun ke belakang rumah sambil memetik pucuk ubi untuk dimasak tengahari nanti. Melihatkan Ahmad yang tiba-tiba muncul, Ayuni pura-pura tidak tahu.

“Ehem… ehem…!” berkali-kali Ahmad berdehem tetapi Ayuni masih tidak mempedulikannya. Akhirnya Ayuni mengalah kerana teringatkan kata-kata abahnya sebentar tadi.

“Nak apa cakap ajalah… saya belum buta lagi” kata-kata Ayuni membuatkan Ahmad tersenyum lebar. Sudah lama benar dia tidak mendengar suara Ayuni melawan atau berkata-kata dihadapannya.

“Saya datang ini nak minta maaf sebab kejadian tempoh hari” kata Ahmad memulakan bicara.

“Kenapa nak minta maaf pulak…? Awak tak ada salah apapun” kata Ayuni sambil memetik pucuk ubi yang masih muda.

“Maksud saya… buah yang dikait tu semuanya kerja saya, tak ada kena mengena dengan Tok saya. Jadinya awak janganlah salahkan dia ya…! Saya tahu saya salah. Mulanya saya saja nak sakat awak. Sebabnya awak itu… nakal sangat suka bergaduh dengan Tok saya. Itu aja…! Tak ada niat nak buat awak sampai marah macam ini” kata Ahmad ikhlas dan rasa bersalah.

“isk…! Tak ada bendalah. Lagipun pokok manggis, pokok mangga itu Tok Ubai yang punya, buat apa saya nak marah pula. Tak ada bendalah. Cumanya saya sedih sebab tak dapat rasa buah manggis tu” kata Ayuni mula terbayangkan buah manggis yang memanggilnya malam tersebut sewaktu mengajak Tok Ubai makan bersamanya setelah pulih dari demam yang teruk.

“Saya rasa bersalah juga. Jadinya bolehlah awak jadi macam dulu balik ya…! Kesian Tok saya… sedih aja muka dia dalam beberapa hari ini” kata Ahmad.

“Awak ingat senang-senang saya nak maafkan orang yang bersalah mengait pokok buah manggis dengan pokok mangga saya…! Kalau tak kerana saya ini dah besar…! Mahu saya tokak batang pokok itu semua…” kata Ayuni masih marah dan terus melepaskan apa yang terbuku dihatinya saat ini.

“Saya akan buat apa saja. Asalkan Ayu maafkan saya. Awaklah kawan Tok saya berborak selama berbelas tahun ini. Saya rasa bersalah sangat sebab Tok tak salahpun. Boleh ya awak maafkan saya…?” kata Ahmad menyesal kerana membuatkan Ayuni kecil hati.

“Tak ada apalah… tapi dengan satu syarat…! Sekejap… awak pergi depan dulu. Nanti saya datang” kata Ayuni sambil tersenyum riang.

Sabtu, 27 November 2010

12:00:00 PTG

Petua orang kampung



CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah..

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan..

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23.. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik..

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Assalamualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36.. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.
Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda

Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.


7:00:00 PG

Ayuni-16


“Ngantuknya lagi…” kata Ayuni perlahan sendirian di dalam biliknya. Malam tadi lewat tidurnya Ayuni kerana hendak menyiapkan kerja mengaitnya seminggu seperti yang dicadangkan oleh Ahmad kepadanya tempoh hari. Tinggal sedikit sahaja lagi beg yang keenam dibuat oleh Ayuni.

“Tak kisahlah janji siap…! Nanti dapat beli anak pokok manggis kat pejabat daerah tu…” kata Ayuni lalu mencapi tuala untuk mandi.

“Hah…! Awal kamu bangun… malam tadi pukul berapa kamu tidur Ayuni. Mak tengok dah dua tiga malam kamu tidur lewat mengapanya…” Mak Limah takut yang Ayuni akan jatuh sakit semula.

“Ayu siapkan beg itu mak… sebab ada orang KL nak beli” kata Ayuni yang terlalu gembira kerana hasrat dan dendamnya akan terbalas juga akhirnya.

“Ayu mandi dululah mak. Nanti sarapan biar Ayu yang buat tau” kata Ayuni gembira tidak terkata.

“Memang betullah anak aku ini dah masuk angin” kata Mak Limah risau dan masih mengekori Ayuni melalui anak matanya sehingga Ayuni menuruni anak tangga.

Setengah jam kemudian, semuanya siap…

“Mak… sarapan dah siap. Hari ini mak nak ke kebun ke?” tanya Ayuni lagi.

“A`ah… semalamkan hujan sikit… jadinya mak nak tolong abah kamu berkebun. Tengahari ini kamu masak gulai pucuk ubi boleh…?” pinta Mak Limah yang tiba-tiba teringin hendak makan lauk tersebut.

“Okey… nanti Ayu hantar kat kebun…” kata Ayuni tersenyum.

Pak Jalal hanya memandang Ayuni. Dibiarkan sahaja Ayuni kerana dia sudah dapat agak mesti ada perkara yang nakal yang akan dibuatnya. sementara Mak Limah hanya memandang ke arah Pak Jalal supaya berpesan kepada Ayuni agar jangan buat perkara yang tidak elok semasa ketiadaan mereka kelak.

“Ayuni binti Jalal… abah nak kamu hari ini jangan nakal-nakal. Ingat sikit kamu tu dah besar…” kata Pak Jalal bersahaja.

“Ada ke macam itu abahnya tegur anak…” kata Mak Limah terkejut.

“Saya tahulah… dah jom… biar saya yang bawa bakul makan itu. Awak turunlah dulu” kata Pak Jalal yang sangat memanjakan Mak Limah jika ada masa terluang.

Jumaat, 26 November 2010

7:00:00 PG

Ayuni-15


Masuk hari kedua, Ayuni masih lagi sibuk mengait.

Tingkahlakunya membuatkan Pak Jalal dan Mak Limah tidak sampai hati menegur sekerap mungkin. Apa yang diingatkan oleh Pak Jalal hanyalah satu, kenal dari mana asal dan di mana bumi yang dipijak.

Kefahaman Ayuni dan pandangan abahnya membuatkan Ayuni rasa dia berada di landasan yang jujur dan masih tahu adab dan sopan. Ayuni tetap memberitahu akan abah dan maknya agar jangan risau dan susah hati akan tindakannya kerana dia tahu cara terbaik untuk membalas dendam.

Masuk hari ketiga, Ayuni masih lagi seperti biasa membawakan makanan kepada Tok Ubai. Cuma yang bezanya, Ayuni langsung tidak mahu bercakap atau memandang Ahmad dan Tok Ubai.

Begitu jugalah dengan hari-hari berikutnya. Ayuni tetap bersahaja. Hari yang berlalu membuatkan Tok Ubai dan Ahmad rasa sangat bersalah dan susah hati.

“Ayu… abah dengar, kamu dah tak bertegur sapa dengan Tok Ubai lagi kenapa?” tanya Pak Jalal mula menyelidiki sebelumnya bertambah parah.

“Ada berbual tapi tak malas nak bergaduh aja. Lagipun, mak juga kata jangan cakap banyak sangat nanti Tok halau kita. Rasanya tak salah Ayuni belajar matangkan diri” kata Ayuni didepan abahnya yang sedang asyik meghisap roko daun.

“Eloklah kalau kamu dah sedar. Ada batas-batasnya nak berguraupun” pujuk Pak Jalal lagi.

“Itulah… Ayu rasa ada baiknya kita tanam pokok manggislah abah. Kita tanam pokok mangga sekali. Lepas itu kita tanam pokok jambu air telur. Apa kata…? Ayu rasa baguslah” kata Ayuni sambil bangun dan terus masuk ke dapur.

“Apa…tanam pokok manggis…!” Pak Jalal terkejut dan menyebabkan rokoknya terjatuh dari celahan tangannya.

“Saya tak nak masuk campur…” kata Mak Limah sambil membawa bekas jahitannya ke dalam rumah. Melihatkan suaminya masih lagi berfikir, Mak Limah meminta izin untuk tidur awal malam ini. Penatnya membuat jeruk ikan masih lagi terasa.

“Hah… iyalah!” kata Pak Jalal lagi. Pak Jalal termenung sambil mula memikirkan Tok Ubai dan Ahmad.

“Selamat malam mak…” kata Ayuni sambil tersenyum.

“Iyalah…” kata Mak Limah.

Malam itu, hujan renyai-renyai. Mujurlah Pak Jalal sudah bersedia dari awal lagi. Ladangnya sudah disiapkan perparitan ciptaannya sendiri. Tempat berteduh dari hujan sudahpun disiapkan oleh Pak Jalal. Jadi tiada masalah andaikata hujan turun dengan lebatnya.

Pak Jalal mula menutup pintu setelah melihat Tok Ubai dan Ahmad masih lagi sedang berehat-rehat di serambi depan.

Khamis, 25 November 2010

7:00:00 PG

Ayuni-14


“Mak… oh mak…! Ayuni dapat banyak ikan hari ini. Kita buat jeruk nak tak mak…! Kan hari tu, Ah Seng kedai ubat tu nak ikan jeruk pekasam mak…!” kata Ayuni lagi sambil berlari ke dapur apabila panggilannya tidak dihiraukan.

“ Ada ini, mak tengah tunggu nasi kering ini hah…! Apa kata kamu, ikan jeruk pekasam…?” tanya Mak Limah pura-pura tidak dengar.

“A`ahh… alah yang dengan beras tu mak…! Mesti sedap kan…!” kata Ayuni lagi.

“Iyalah… petang nanti kita buat. Letak dalam air ikan tu semua. Hidup lagikan semuanya?” tanya Mak Limah lagi.

“A`ah… hari ini Ayu pakai mata kail yang tak besar sangat sebab ikan banyak mesti kena punya” kata Ayuni bangga.

“Apalah kamu nak jadi Ayu. Nama dah lawa Ayu… tapi perangai kamu tak ubah macam orang lelaki. Ada ke memancing yang kamu suka. Tengok… kaki tu penuh lumpuh… pergilah mandi” bebelan Mak Limah membuatkan Ayuni gembira,

“Pulak…!” ujarnya lagi sambil menuang air yang banyak di dalam bakul besar untuk meletakkan ikan yang masih hidup.

“Toknya makanan dah bagi ke mak…?” tanya Ayuni lagi.

“Dah… tadi. Kamu lambat sangat baliknya. Mak bawalah sendiri. Pergi mandi cepat. Lepas mandi… kita makan. Nanti kamu bawakan bekas nasi tengahari ini pada abah kamu ya!” kata Mak Limah melihatkan Ayuni masih lagi bermain-main dengan ikan yang masih bernyawa di dalam bekas yang berisi air tadi.

“Iyalah…!” kata Ayuni lagi.

“Iyalah… iyalah bangunlah…! Aku lukukan pula budak bertuah ini kang…!” kata Mak Limah mula panas hati.

“Hik… Hik… Hik… iyalah. Orang nak geraklah ini” kata Ayuni lalu bangun sebelum maknya mula melukukan kepalanya.

Dijengguknya Tok Ubai dari tingkap dapur. Langsung tidak kelihatan.

“Apsal Tok Ubai tak nak kawan aku hari ini…?” tanya Ayuni hairan.

Selepas mandi Ayuni makan tengahari bersama maknya sahaja. Bekalan makanan tengahari yang perlu dibawanya diletakkan disisinya. Laju sahaja Ayuni makan kerana dia tidak mahu abahnya kelaparan di kebun. 

“Mak…! Ayu hantar makanan dulu ya…!” kata Ayuni lagi sambil tersenyum melihat maknya sedang bersiap-siap untuk menyiang ikan. Menurut kata mak, nak buat ikan pekasam bagi sedap caranya hanyalah satu iaitu berada dalam keadaan bersih dan suci, kerana ikan pekasam lain cara membuatnya.






Selepas memberi bekalan kepada abahnya, Ayuni terus sahaja pulang. Dia terlupa akan buah durian, buah manggis dan buah mangganya untuk hari ini. Ayuni berjalan dengan gembiranya kerana dia berjaya memperolehi ikan yang banyak hari ini. Apa yang lebih mengembirakan hatinya ialah dia tidak perlu dimarahi oleh mak dan abahnya semasa menyatakan hasrat hatinya untuk memancing ikan pagi tadi.

“Aik…! Mana Tok Ubai ini?” tanya Ayuni hairan.

“Tok…! Oh Tok…! Ayu datang ini” jeritan Ayuni membuatkan Tok Ubai terjaga dari tidur-tidur ayam. Masih juga tidak kelihatan. Ahmad pula terus memberanikan diri untuk keluar melihat Ayuni.

“Tok kita mana…?” tanya Ayuni ingin tahu.

“Tok awak tidur. Letih katanya… kenapa?” tanya Ahmad pura-pura ramah.

“Tak ada apalah… Ayu balik dululah” kata Ayuni sambil berlalu melintasi pokok manggis. Ahmad sudah keresahan.

Dia hanya menunggu apapun kemungkinan yang berlaku. Ayuni mula ternampak kait di bawah pokok tersebut. Lalu dicapainya buluh kait yang selau digunakannya.

“Aik…!” kata Ayuni. Lalu menepuk-nepuk pipinya berulangkali. Ahmad pula mula berlari mendapatkan Tok Ubainya kerana rahsia sudahpun pecah dan Tok Ubainya masih tidak mendapat akal dan buah fikiran lagi.

“Aik…! Mana ini…?” kata Ayuni sambil berpusing-pusing di bawah pokok manggis tersebut. Terduduk Ayuni sambil wajahnya masih mencari-cari buah manggis yang sedang masak ranum petang semalam.

“Tooook…!!! Mana ini?” jeritan Ayuni membuatkan Tok Ubai tersedar. Ayuni berjalan keliling berulangkali di bawah pokok manggis tersebut.

“Eerkk…! Anu… kamu tunggulah buah tu masak. Ada yang belum masak itu lagi” kata Tok Ubai.

“Semalamkan ada. Orang nampak tau! Mana boleh tetiba tak ada…!” kata Ayuni yang tidak puas hati dengan jawapan Tok Ubainya.

“Walau apapun yang kamu nak cakap… jangan bagitahu pada dia yang kamu jual buah itu… faham tak?” kata Tok Ubai melihat Ahmad yang sedang berada dibelakangnya sambil menggaru-garukan kepala.

“Alamak… bala dah sampai Tok” kata Ahmad sambil menggaru-garukan kepala.

“Aaiiyaa…! Apa khabar Tok Ubai. Ahmad… ini saya bawa duit baki yang belum bayar pagi tadi jual itu buah manggis sama dengan itu buah mangga punya…” kata peraih buah yang tiba-tiba muncul dengan menaiki motor skuternya. Alangkah terkejutnya Ayuni mendengarkan buah manggis dan mangganya sudah dijual.

“Apaaa…!” tanya Ayuni kepada peraih buah tersebut.

“Meh sini duitnya… Ayu bagikan pada Tok Ubai” kata Ayuni sambil tersenyum. Tok Ubai dan Ahmad saling berpandangan.
“Ini hah duitnya Tok Ubai” kata Ayuni lagi.

“Iyalah…” kata Tok Ubai sambil pura-pura tersenyum. Ayuni berlalu sambil berulangkali berpesan satu pepatah kepada Ahmad.

“Ada ubi ada batas… esok pagi Ayu fikir apa nak balas” kata Ayuni lagi sambil berlalu pergi dan menjeling tajam kepada Tok Ubai dan Ahmad.

Melihat Ayuni yang sedang berjalan menuju ke rumah, Mak Limah hairan melihat Ayuni yang diam dan tidak langsung berkata apa.

“Kamu ini kenapa Ayuni…?” tanya Mak Limah kehairanan.
Kemuraman Ayuni membuatkan Mak Limah terasa yang rahsia buah yang dikait oleh Ahmad pagi tadi terang sudah.

“Jangan buat benda tak elok Ayu… sedar sikit kita ini menumpang kat tanah dia. Jangan kamu buat pasal…! Nanti dihalaunya kita nanti Ayu…!” kata Mak Limah lagi.

“Itu Ayu tahulah mak…” kata Ayuni yang menyedari kebenaran kata-kata maknya sebentar tadi.

Disebabkan perkara tersebutlah membuatkan Ayuni terus mematikan diri dari melawan, kerana dia sedar yang apapun yang berlaku dia dan keluarganya tetap menumpang di tanah Tok Ubai.

“Tapikan… Ayu ada lain cara. Ayu ada misi dalam seminggu ini. Mak buat ikan pekasam tu sendiri ya…” kata Ayuni yang terus bergegas ke dalam biliknya dan mula mengait.

“Lantak kamulah Ayu… asal jangan bergaduh dengan Tok Ubai sudahlah…” kata Mak Limah sambil tersenyum.

Pada pendapat Mak Limah, Ayuni sudahpun matang dan berfikiran luas. Lalu dia terus mengabaikan insiden kait buah tersebut.

Dari mula menyiang ikan, serta membuat ramuan untuk pekasam, Ayuni masih lagi di dalam biliknya. Mak Limah hairan.

“Apa yang dibuatnya tah…!” kata Mak Limah sendirian sambil menguli tepung untuk dibuat karipap. Mak Limah meninjaukan Ayuni berulangkali.

“Biarkanlah… asalkan jangan bergaduh sudah” kata Mak Limah sendirian. Dia mula mengguntil hujung karipap sambil mula mengetamnya selaju mungkin. Setelah itu, Mak Limah mula menggoreng.

“Ayu…! Mari tolong mak kejap…” jerit Mak Limah berulangkali.
“Baik…!” akhirnya suara Ayuni dapat juga kedengaran untuk beberapa jam yang lalu.

“Apa yang kamu buat kat dalam bilik tu berjam-jam…?” tanya Mak Limah berulangkali.

“Adalah… tapi bukannya benda tak elokpun” Ayuni mula berbual.

“Dah tu…?” sambung Mak Limah bertanya lagi.

“Ayu mengaitlah…” kata Ayuni akhirnya agar maknya tidak berasa bimbang dan susah hati.

“Ini hah…! Kuih yang dah masak ini, bagikan pada Tok Ubai kamu. Jangan kamu bergaduh pula” kata Mak Limah memesan lebih awal. Dengan lemahnya Ayuni mengambil pinggan kuih untuk diberikan kepada Tok Ubainya.

“Ini yang sedih ini. Kena lalu bawah pokok manggis itu pula” kata Ayuni lagi. Terus dia kehadapan melalui pintu hadapan untuk ke rumah Tok Ubai. Itu sahaja caranya untuk Ayuni cuba menghilangkan rasa sedihnya saat ini.

“Pulak…!” Mak Limah kehairanan melihat Ayuni berjalan jauh sedangkan pintu dapur betul-betul berdekatan dengan pintu dapur Tok Ubai.
Tercegat Ayuni di depan tangga sambil menatang pinggan karipap yang dibuat maknya.

“Hah… kamu Ayuni. Apa yang kamu bawa tu..?” tanya Tok Ubai sambil tersenyum. Sementara Ayuni langsung tidak ada apa reaksi. Setelah memberikan pinggan karipap kepada Ahmad, Ayuni berlalu pergi.

“Ini semua sebab kamulah ini. Tengok cucu aku dah merajuk dah…” kata Tok Ubai lagi.

"Nanti dia okeylah itu” kata Ahmad pura-pura tidak rasa bersalah