Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 12 Disember 2011

10:14:00 PTG

Semuanya tentang Penulisan.

Ombak Rindu terus menghempas pantai... Penangannya memang hebat kan? Dari sebuah novel terlaris di pasaran, ia terus diangkat menjadi sebuah Filem. Oleh sebab citarasa orang yang berbeza, maka banyaklah komen yang berbeza dapat dibaca di dalam dunia internet tanpa sempadan ini. Terus terang shima cakap, shima belum tengok lagilah. Semalam memang semangat nak pergi tengok TAPI... komuter yang mengong plus menyakitkan hati buat hal pulak. Tetiba je mati kat Stesyen Jalan Templer (balik hantar my uncle kt airport subang, kena drop by kat Stesyen Subang Jaya..) Kemudian kena buat panggilan hayat angkut kami 3 orang semula dari Jalan Templer pulak. Jadinya semangat nak tengok ombak rindu.. merudumlah. Tapi pergi juga ke Mid Valleynya... orang punyalah ramai.. beratur panjang.. So kirim salam je laa kat ombak rindu....

Ok... cukup bercerita pasal tak jadi tengok ombak rindu tu.. tunggu je laa filem ni keluar kat Astro First nanti. Dunia Penulisan kini sudah macam dunia hiburan ek... Glamor habis.. Banyak lak gossip-gossip yang timbul. yang kadang kala buat shima geleng kepala. Dalam FB tu berlambak penulis baru.. berlambak page dan group penulisan sampai dah tak tahu nak aktif kat mana satu. Oleh sebab dah pening lalat dah, maka shima pun jadi pemerhati sahaja. Lagipun shima bukan penulis yang sebetulnya boleh digelar penulis. Shima cuma penulis blog sahaja. tu pun banyak cerita yang terkandas.


Menulislah dari hati. Menulislah untuk meluahkan apa yang dirasa. Untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup. Menulislah sebab kerana hati dan diri kita sukakan bidang penulisan ini. Hasil nukilan kita akan terus ada walaupun kita tidak ada nanti. Menulis juga memberikan kita saham ke dunia lagi satu. tetapi jangan pula menulis kerana syok sendiri, atau pun kerana ingin glamor atau ingin orang tergila-gilakan hasil penulisan kita yang tak seberapa. Walaupun diri kita menyatakan kita tidak mahukan itu semua, namun perbuatan kita menunjukkan kita mahu semua itu. Ikhlaskan hati ketika menulis. Carilah identiti diri kita dalam bidang penulisan ini (shima masih lagi mencari, di manakah ia di dalam setiap apa yang shima tulis)

Satu lagi shima perhatikan corak penulisan kini, banyak dipengaruhi oleh cerita korea. huh... ok.. shima peminat drama korea jugak tapi tak adalah sampai nak buat cerita terikut diorang.. huhuhu... Pening dah nak  baca novel macam tu.. Buatlaa cerita orang kita nih... takkan kisah melayu tak laku kot.. huhuhu...
(peringatan untuk diri sendiri jugak nih)

oklaa...untuk mereka yang sedang menunggu sambungan cerita di blog ini... minggu ini tak pasti samaada ada ke tak sambungannya..tapi shima cuba untuk mengadakannya.. Okeh?


Isnin, 5 Disember 2011

1:27:00 PTG

Sahabat pena - 1


p/s : Sebenar kekadang kalau tak buat apa-apa.. banyak idea terlintas untuk dikarang tetapi oleh sebab malas kot banyak yang hilang begitu je.. Nasib baik kekadang tu idea datang lagi.. cerita ini dah lama berlegar-legar difikiran.. ingatkan ia hilang begitu je.. rupanya datang lagi.. Insyaallah shima akan kerahkan diri, cuba membahagikan masa untuk adakan ruang menulis...Oleh sebab cerita ini pun tak siap lagi.. shima letakkan sebagai mini cerita dulu....baca dah berikan pendapat ya... dan penting shima nak tekankan di sini, semua cerita yang ada di sini..adalah tak diedit lagi..Jadi ada sedikit kesalahan ejaan mungkin..tak pun jika di edit, jalan ceritanya mungkin berubah sedikit...


“Cantikkan dia?” Gumam Badrul sendirian. Isteri sebelah mula menjelingnya. Ada senyuman di bibir wanita anggun itu.
“A’aah cantik. Tak sangka dia telah menjadi orang korporat sekarang ni. Kalau dibandingkan penampilannya dulu dan kini, ayang tengok, macam tak percaya. Lima tahun tak berjumpa, dia memang telah berubah habis” Balas Nina.
Pantas Badrul berpaling dengan wajah berkerut.
“Ayang kenal dia?” Soalnya ingin tahu.
“Mestilah kenal. Mula-mula tengok tadi tak perasan lagi tapi bila dia mendengar pengacara majlis menyebut namanya, barulah ayang sedar. Rupanya kawan opis lama dulu” terang Nina panjang lebar. Ada rasa sedikit bangga di dalam suaranya. Yelah siapa menyangka kawan lama kini telah berjaya. Dia pula berjaya menjadi suri rumah sepenuh masa. Pengurus rumah tangga yang efisien lagi bijaksana.
“Memang dia cantik dan bijak” celah seseorang dari belakang.  Lalu keduanya berpaling dan tersenyum.
“Laa bro.. apa khabar? Lama tak jumpa. Tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Ingatkan ada di hujung dunia mana” Ucap Badrul sambil menyambut huluran tangan dan seketika mereka berpelukan. Nina yang menyaksikan pertemuan dua sahabat itu Cuma tersenyum. Dia kenal sahabat baik suaminya menerusi cerita-cerita yang dibawa oleh suaminya sendiri. Adalah mereka berjumpa dua, tiga kali sebelum ini. Jadi dia memang telah mengenalinya walaupun tidak serapat suaminya.
Sempat lagi memerhati dua orang lelaki yang sedang rancak berbual di hadapanya ini. kedua-duanya mempunyai tarikan yang tersendiri. Sama segak, sama-sama berkarisma dan tidak hairanlah kalau-kalau ada gadis yang menjeling ke arah mereka. Tarikan auranya yang kuat mampu membuatkan ramai gadis tersungkur di kaki mereka. Dulu sebelum dia berkahwin, hatinya terasa was-was dan tidak yakin dengan cinta Badrul. Adakah mereka mampu menggapai bahagia sedangkan sebelum berkahwin, hati mudah cemburu dengan sikap mesra dan mudah berkawan suaminya ini. mana-mana gadis akan cuba mendampinginya. Namun dia menjadi pilihan hati Badrul.
Apabila berkahwin, dia cuba menjadi seorang isteri yang baik dan taat. Dilayan suami sepenuh hatinya. Dicurahkan kasih sayang dan cinta sehinggakan suaminya tidak lagi memandang gadis lain. Penampilan di hadapan suaminya tetap seperti mula-mula mereka berkahwin. Hangat membara sehinggakan suaminya tidak perlu memandang gadis lain yang seksi. Sejak itu juga hatinya diajar agar percaya dan memberi kebebasan kepada suaminya. Dia pula sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik di hadapan mahupun dibelakang Badrul. Ternyata, kebahagiaan itu telah menjadi milik mereka.
Dipandang lagi mereka berdua yang kini telah ada dua orang gadis oleh dua orang gadis cantik. Nina buat tak kisah. Sudah terlalu biasa dengan keadaan itu. Tidak pula terasa tergugat dengan kehadiran gadis-gadis yang seksi itu. Dia percaya dan yakin dengan suaminya. Tidak perlu bersikap cemburu buta. Terasa diri bagaikan tidak dipedulikan oleh gadis yang datang menghampiri. Seolah-olah dia tidak wujud di situ. Fokus mereka tentunya dua orang lelaki yang cukup berkarisma ini. Nina menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah mereka yang terlalu berani dan tiada rasa segan untuk mendampingi suami dan kawannya. Terbit senyuman sinis di bibir Nina, orang segak dan banyak duit, siapa yang tak nak menempelkan? Dia terlalu faham dengan sikap materialistik mereka.
Matanya meninjau-ninjau dia yang diperkatakan dengan suaminya tadi. sudah lama mereka tidak bertegur sapa. Rindu pula dengan kenangan lalu. Ketika mereka sama-sama bekerja di firma audit dulu. Hawa seorang pendiam dan pencinta yang setia. Terasa tepukan di bahunya. Lantas dia berpaling. Oooh panjang umur. Fikirannya menerawang teringatkan dia kini mereka saling berbalas senyuman dan berpelukan. Senyuman manis terhias di bibirnya.
“Nina?”
“Hawa?”
“Lamanya tak jumpa. Wah makin hebat kawan kita nih. Tak caya aku”
“Kau pun apa kurangnya. Makin lawa. Apa rahsianya?” usik Hawa. Ingatkan  matanya menipu tadi, rupanya memang betul, di hadapannya kini adalah kawan tempat kerja lamanya. Telah agak lama juga mereka berpisah setelah masing-masing meninggalkan tempat kerja lama kerana mendapat peluang yang lebih baik, kini baru berjumpa. Gembiranya hati ini, kawan lama, tempat lama sentiasa menjadi kenangan terindah di hati. Tempat menimba pengalaman hidup. Tempat bermulanya kerjayanya.
“Tue rahsianya”Muncung Nina menunjukkan kepada suaminya.
“Badrul tu suami kau?” Ulas Hawa terkejut. Hawa ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Kecilnya dunia. Dia je yang tidak sedar atau terkurang peka dengan orang disekeliling? Ataupun dia telah mempunyai masalah mengingati wajah seseorang?
“A’aah kenapa?”
“ Tak ada apa. Patutlah aku rasa familiar je muka dia. rupanya aku pernah tengok dalam FB kau.. hahahaha” Hawa menggelengkan kepalanya. Punyalah dia bertungkus lumus mencari di celah-celah ingatannya, siapalah Badrul, Pengarah Syarikat Warisan Holding yang berurusan dengannya. Rupa-rupanya suami Nina.
“Aku ni dah tua gamaknya. Lupa. Memang tak ingat langsung. Padahal aku pernah tengok gambar dia dalam photo kau” Terang Hawa.
“Mananya nak ingat. Eh.. kau layan lagi FB? Ingatkan orang sibuk dan berjaya ni tak sempat nak berFB dan bertwitter nih”
Hawa menggeleng sambil ketawa bebas. Sungguh hatinya gembira dengan pertemuan yang tak di sangka ini. Sudah lama dia tidak merasa gembira begini, biar pun pertemuan ini kiranya perkara biasa bagi orang lain. Namun hatinya berterima kasih padaNya. Disaat dia terasa keseorangan, hadir teman lama sebagai ubatnya.
“Sebab jadi orang sibuklah aku berFB, kalau harapkan aku bertelefon sana sini, tak ada maknanya. Selalu je aku online FB, tengok gelagat member-member dalam sana.” Terang Hawa lagi.
“Apa cerita member-member yang lain. Kau kontek mereka lagi tak?” Soal Hawa pula. Nina menggelengkan kepalanya.
“Kontek guna YM, FB lah. Sesekali berchatting kat situ. Haaa kau ni satu hal, bila dah tukar kerja, senyap terus, nasib baik aku terasa nak ikut laki aku ke majlis ni, kalau tak memang takkan jumpalah. Suami kau mana? Nak juga kenal-kenal” Soal Nina teruja.
Hawa tersenyum hambar. “di sebalik kejayaan ada harga yang perlu di bayar. Kami dah berpisah sejak awal tahun ni” perlahan suaranya. Perpisahan itu memang perit tetapi itulah realiti dalam kehidupannya. Siapa yang inginkan perpisahan setelah lima tahun hidup bersama. Namun takdir, apabila hanya satu pihak sahaja berusaha untuk bahagia, pastinya takkan kekal lama.
“Oppppsss.. Maaf, aku tak tahu. Seingat aku korang merupakan pasangan yang paling ideal. Paling sepadan dulu. Tapi yelaa... kenapa boleh berpisah. Sori aku nak menyibuk sikit ni” Sengih Nina cuba menceriakan keadaan. Hawa tersenyum. Senyum dalam kepedihan. Hancurnya hati tak siapa yang tahu. Penanggungannya, kalau tidak kuat semangat dan iman, dia tidak akan berada di sini. Entah-entah berada di Tanjung Rambutan. Alhamdulillah Allah s.w.t masih sayang padanya. Perpisahan dan kenaikan pangkat datang serentak, sehinggakan ia dapat membuatkan hatinya lupa pada kepedihan itu.
“Hmmm.. biasalah. Lelaki punya ego yang tinggi, tak boleh isteri lebih dari dirinya tapi dia juga tak ingin berusaha. Nak hidup dalam zon selesa tetapi tak nak susah sikit, tak nak usaha lebih. Aku pula sentiasa berusaha untuk maju, nak hidup senang. Tapi kena usahalaa kan. Walaupun sebenarnya aku nak juga merasa jadi suri rumah ni, tiap-tiap bulan duit masuk” Luah Hawa. Pelik bukan? Dia telah berjaya, tapi punyai impian yang teramat biasa. Ingin menjadi seorang surirumah yang menguruskan keperluan keluarga. Naluri seorang wanita sebenarnya tidak banyak bezanya. Berjaya ke puncak dunia pun, jiwanya tetap kepada keluarga. Jiwanya tetap ingin hidup normal seperti orang lain.
“tapi...dia tetap juga begitu. Bila aku dah berjaya, pandai pula merendah diri. Bukannya nak beri sokongan.” Keluh Hawa. Ada getar di dalam suaranya. Ada sendu bertapak di jiwanya.
“Sabarlah. Aku pun tak sangka Sabri tu begitu. Mungkin selepas ini kau akan jumpa seseorang yang lebih baik darinya”
“Hmmmm.. biarlah. Aku pun tak fikir dah. Yang penting aku fokus pada kerja aku ni. Lagi bahagia. Tapi aku jeles dengan kau. Senang hidup” Usik Hawa.
“Senang apanya? Nak melayan kerenah anak-anak dan suaminya, teruk gak. Lagi penat dari orang kerja pejabat nih” Sangkal Nina.
“Eh.. dah ada orang datang cari aku ni. Aku kena pergilah. Nanti ada masa kita sembang-sembang lagi ek. Kau masih guna nombor lama kan?”
“A’aaah. Insyaallah. Seronok sangat jumpa kau. Aku bangga tengok kau dah berjaya.”
“Aku pun seronok jugak jumpa kau. Tak adalah rasa boring kat sini.”Balas Hawa dan mereka berpelukan seketika sebelum Hawa membawa diri ke arah golongan korporat di hadapan sana.
“Seronok jumpa member lama yang?” usik Badrul. Sengaja dia menjarakkan diri untuk memberi peluang kepada isterinya bersembang dengan teman lama.
“Aaah seronok sangat. Tapi abang lagi seronokkan dihimpit oleh gadis-gadis seksi tadi” Perli Nina.
Badrul menggelenkan kepala sambil memeluk erat bahu isterinya. Perasan ada nada cemburu di dalam suara itu. Tetapi tidak dihiraukan kerana dia tahu Nina amat memahami dirinya yang sangat cintakan dia dan anak-anak. Baginya keluargalah yang paling penting sekarang. Masa berpoya-poya telah lama tamat. Fokusnya kini pada keluarga. Memberi kesenangan dan kemewahan adalah matlamat utamanya. Nina mencebik. Nak membodeklah tu. Namun tidak lama, dia tersenyum juga apabila sebuah ciuman terasa di ubun-ubunnya.
“ Tak sia-sia ayang ikut abang malam ni. Hawa tetap seperti dulu. Sikapnya sikit pun tak berubah walaupun dah berjaya. Eh bukan ke abang pernah berurusan dengan dia? Kenapa tak cakap?”
“Memang ada. Syarikat abang nak masuk tender yang dibuka oleh Terma Berhad tu. Ada juga dua tiga kali jumpa dia. Patutlah dia cakap macam familiar je dengan rupa abang. Ingatkan gimik je”
“Hawa cakap gitu? Tak maknanya gimik-gimik. Dia tu lurus je. Apa yang dia rasa itulah yang dia cakap. Memang dia pernah lihat gambar abang kat dalam FB ayang tu”
Badrul tersenyum.
“Tapi aku rasa dia tak gembira dengan kehidupannya sekarang kan?” Celah Zakwan setelah sekian lama menjadi pendengar.
“Ermmm..dia dah berpisah dengan suaminya” Perlahan suara Nina memberitahu.
Zakwan tersenyum. “Alhamdulillah akhirnya datang peluang aku” spontan dia mengucapkannya.
Badrul dan Nina melihatnya pelik.
“Kau sukakan dia?”
Zakwan mengangguk. “Sejak dulu”
“Maksud kau? Dia yang kau dok gilakan dulu? Dok angaukan dulu?”
“Pen Pal kau tu?” Soal Badrul lagi bertalu-talu. Ingin mendapatkan kepastian. Nina lagilah terpinga-pinga. Bila pula mereka berkenalan. Serasanya Hawa ni jenis yang susah nak kawan dengan orang lelaki ni. Pencinta sejatilah konon. Setia pada yang satu je.
Senyuman terukir di bibir Zakwan seakan mengiyakan segala pertanyaan Badrul itu.
“Kau yakin, dia yang kau dok angaukan dulu? Bukan ke tak pernah jumpa dia. tak pernah tengok gambarnya?”
Senyuman di bibir Zakwan terus terukir. Soalan itu tak perlu dijawab.
“dah lama dia berpisah dengan bekas suaminya?” Soal Zakwan ingin tahu.
“Katanya tadi sejak awal tahun ni? Kau ni betul ke nak kat dia?” Soal Nina pula.
“Insyaallah, sejak dulu. Hanya dia yang aku mahukan”
“tapi kenapa sejak dulu, tak ada pula dia sebut tentang kau. Sejak dulu nama Sabri je yang bermain di bibirnya”
“Sebab sejak dulu kami pen pal. Kawan atas kertas” ujar Zakwan bersahaja.
“Sebab tu terlepaskan? Pastu merana? Kalau ayang nak tahu...abanglah tukang dengar luahan jiwa dia. kita pula terkena tempiasnya” Sindir Badrul. Teringat kisah dulu. Teringat bagaimana kecewanya lelaki ini.
Zakwan tersenyum. Tak terasa langsung. Memang kenyataannya begitu.

Sabtu, 3 Disember 2011

11:24:00 PTG

Mini cerita -Kebetulan yang Indah - 2


Hari minggu datang lagi. Seperti biasa, Hasma akan berjalan ke pasar mini di Jalan Laksamana untuk membeli barang dapur. Lima belas minit berjalan kaki dari rumah sewanya. Kadang kala dia berteman dan kadang kala dia bersendirian. Untuk sampai ke kedai tersebut, Hasma akan melalui hadapan sebuah banglo yang dibina daripada kayu. Dia cukup mengagumi keindahan banglo tersebut. Pintu pagarnya juga daripada kayu yang di bina tinggi untuk mengelakkan halaman rumah daripada di lihat dari luar. Setiap minggu Hasma akan melalui banglo tersebut dan mata nakalnya akan sentiasa mencari peluang untuk mengamati dan mengintai melalui celah-celah pagar itu. Dia selalu berangan-angan, kalaulah dia mempunyai wang yang cukup nanti, akan di bina banglo seperti ini. cantik penuh dengan nilai-nilai seni ukir melayu.
Tak ramai orang pagi ini. Hasma lagi suka sebab dia bebas memilih lama-lama. Bebas hendak bergerak pun satu perkara juga. Dia tidak suka berhimpit-himpit di tempat ayam dan ikan ni. Tersilap pijak habis bajunya terkena air ikan yang hanyir. Matanya melilau melihat deretan ikan yang berada di situ. Ikan kerapu, siakap, kembung, merah, pari dan banyak lagi. Dan tiba-tiba matanya terlihat ikan keli, ikan haruan dan juga puyu. Pantas bibirnya mengukir senyuman.
‘Kalau buat masak lemak daun kesum best ni. Dah lama tak makan. Teringat masakan mak kat kampung’ katanya sendirian.
Tanpa disedari kata-katanya itu turut didengari oleh Puan Hasni. Pantas Puan Hasn menoleh, ingin melihat siapa yang bercakap itu. Bibirnya tersenyum. Seorang gadis mungkin di awal 20an sedang membelek-belek ikan keli yang telah siap disiang itu.
“Beli ikan ke dik?” Tanyanya tanpa bertangguh.
Hasma berpaling dan tersenyum. Selalu terjumpa mak cik ni di sini. Selalunya mereka hanya berbalas senyuman.
“Aaah.. mak cik. Hujung minggu ni terasa nak makan makanan yang dimasak kat rumah pulak. Asyik kat kedai je. Jemulah” balasnya sopan.
“Ooooo suka ke makan ikan keli ni?”
“kesukaan saya tu.. kalau dibuat masak lemak daun kesum lagi best” jawabnya ikhlas.
Kebetulan yang indah. Shaiful pun suka makan ikan keli masak lemak daun kesum ni. Dia tersenyum. Ada bunga-bunga harapan di dalam hatinya untuk melihat anak lelakinya bernyawa kembali. Bernafas dan hidup seperti orang lain. Dan banglo mereka berseri kembali.
“Mak cik pun suka. Dulu menantu mak cik suka masak lemak daun kesum ikan keli ni.” Beritahunya. Mereka sama-sama memilih ikan di hadapan.
“Ooo mesti menantu mak cik orang kelantan kan? Hanya orang kelantan je tahu masak lemak daun kesum ni. Tapi tak ramai yang tahu.”
“A’aaah orang pasir puteh.”Seketika wajah Suraya menyapa hatinya. Pantas disedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
“Oooo saya orang tok bali. Dekat dah tu mak cik.”
“tok bali? Laaa.. keluarga arwah tinggal dekat-dekat situ jugak. Dekatlah dekat jambatan tinggi tok bali tu” jelas Puan Hasni.
Hasma terdiam seketika. Arwah? Menantu mak cik ni dah meninggal ke?”
“Mak cik.. minta maaf ya.. menantu mak cik dah tak ada ke?” Soal Hasma ingin tahu.
Puan Hasni mengangguk perlahan. “dah dekat 2 tahun dah” perlahan sahaja suaranya. Ada kesedihan tersimpan di dalam suara yang kedengaran dalam itu. Pastinya dia seorang wanita yang istimewa. Masakan tidak, mak mertuanya kelihatan amat menyayanginya. Menyebut namanya pun membuatkan wajah itu terlukis kedukaan akibat kehilangannya.
Hasma terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Ada rasa bersalah mengusik hatinya. Namun senyuman ikhlas yang dilemparkan oleh mak cik ini melegakan hatinya. lalu dia membuang jauh-jauh rasa bersalah itu.
“Adik nama apa ya? Selalu sangat terserempak tapi tak tertegur sapa lagi” Soal Puan Hasni ramah.
“Saya Hasmahani Mak cik. Panggil Hasma je” Beritahu Hasma.
“Ooo... dekat-dekat je nama kita ya.. kebetulan pula, nama makcik Hasni.” Balasnya ramah.
“Nek.. nak aiskrim” suara si cilik tiba-tiba mencelah.
“Ila kan batuk. Mana boleh makan aiskrim pagi-pagi ni. Nanti ajak minta papa belikan tengahari nanti ya” pujuk Puan Hasni.
Hasma diam memerhati. Comelnya dia dengan t-shirt pink dan seluar jeans biru. Rambut pula ditocang dua dan berkulit putih gebu. Wajahnya muram kerana tidak dapat memujuk neneknya supaya membelikannya aiskrim. Tangannya tetap menarik-narik baju kurung neneknya bagaikan merayu supaya dibelikan aiskrim idamannya.
“Sayang.. nanti Ila batuk. Sejuk pagi-pagi makan aiskrim” pujuk Puan Hasni lagi. Hasma tersenyum. Dia tidak pandai memujuk kanak-kanak. Dia Cuma boleh menjadi pemerhati sahaja.
“Sakit.. makan ubatlah. Ubat batuk kan ada” pandai dia menjawab.
“Iyalah makan ubat. Nek ambil ubat, satu rumah Ila berlari sebab tak nak makan. pujuk macam mana pun, nenek tak benarkan. Kalau nak makan sangat, cakap kat papa. Minta papa belikan” Tegas Puan Hasni. Wajah kecil itu mendung. Matanya berkaca.
“Nak gula-gula tak? Kakak belanja. Nak?” Pujuk Hasma tiba-tiba. Kasihan pula si kecil ini. neneknya pula buat selamba sahaja.
Dalam malu-malu gadis cilik itu mengangguk. Hasma terus menghulurkan tangan dan disambut oleh tangan kecil itu. Lalu mereka berpegangan tangan menuju ke rak yang mempamerkan gula-gula pelbagai jenama dan warna.
“Adik nak gula-gula apa?” Soalnya rendah. Dari jauh Puan Hasni memerhati gelagat mereka. Ada senyuman terukir. Mereka nampak serasi bersama. Cucunya pula walaupun kelihatan malu-malu dan segan, tapi tidak kekok untuk bermesra dengan gadis itu. ‘Cantik juga si Hasma ni, kalaulah dibuat calon mama Suhaila pun ok juga’ detika hatinya.
‘tapi mahukah si Shaiful nanti. Sedangkan di dalam bilik tidurnya penuh sarat dengan gambar-gambar isterinya. Segalanya masih tidak berubah. Pakaian dan segala peralatan arwah isteri tetap berada di tempat biasa, bagaikan dia masih ada bersamanya.
Puan Hasni mengeluh. Dia perlu melakukan sesuatu. Sudah sampai masanya, Shaiful keluar dari bayang-bayang arwah isterinya. Dia perlu menghadapi realiti kehidupan ini. Perginya takkan kembali. Shaiful perlu mencari pengganti Suraya. Suhaila perlukan perhatian seorang ibu untuk mendidiknya menjadi seorang gadis yang baik. Puan Hasni tahu, dia bukan selama-lamanya akan berada di sisi cucunya. Lambat laun dia juga akan turut dijemput oleh pencipta-Nya.
“Nek.. tengok kakak belanja Ila kit kat” Beritahu Suhaila sambil menunjukkan sebungku coklat kit kat. Hasma tersenyum. Wajah si cilik senyum kembali dan turut membuatkan hatinya tersenyum. Entah mengapa dia mula merasa sayang pada kanak-kanak di hadapannya ini.
Setelah selesai membeli barang dapur, mereka bertiga berjalan seiringan untuk pulang ke rumah. Kebetulan yang dilalui adalah sama sehinggalah sampai di hadapan rumah banglo yang amat disukai oleh Hasma.
“Singgahlaa dulu Hasma. Minum teh ke dulu”
“Tak apalah mak cik. Nanti busuk pulak ikan yang saya beli ni. Lain kalilah” Tolak Hasma dengan sopan. Tapi kalau diikutkan hatinya, ingin sekali dia menerima pelawaan itu dan menjelajarah rumah yang menjadi idamannya. Tak apa, lainkali masih lagi ada peluang untuknya menjadi tetamu banglo ini.
Puan Hasni tersenyum. Suhaila yang tadi berpegangan tangan dengan Hasma mula muram.
“kakak tak nak kawan dengan Ila ke? Jomlah main dengan Ila” sedih bunyinya.
“Mestilah nak. Tapi lainkali ya. Nanti busuk pula ikan yang kakak beli ni. Boleh? Ila kan baik, comel lagi” pujuk Hasma sambil diperhatikan oleh Puan Hasni sambil tersenyum.
“Kakak janji tau!”
“Iya, kakak janji sayang” lalu mereka mengaitkan jari kelingking menandakan janji telah terpatri.
“Saya balik dululah mak cik.” Pinta Hasma sambil menyalami Puan Hasni.
“Yalaah. Jalan elok-elok. Jaga diri”

Selasa, 29 November 2011

9:00:00 PG

Mini Cerita -Kebetulan yang Indah 1


p/s : ni cerita pendek yg saja2 shima tulis.. tak siap lagi.. so shima akan postkan skit2..coz dah seminggu blog ni kosong.. kena laa masuk entri ya...


Masak lemak daun kesum ikan keli dan puyu benar-benar membangkitkan seleranya. Telah lama dia tidak menikmati masakan ini. Jadi tanpa menoleh kiri dan kanan, Shaiful terus menarik kerusi dan duduk di meja makan itu. Tanpa menunggu orang lain, dia menceduk nasi ke dalam pinggannya.
“Anak bertuah ni, balik-balik kerja terus terkam ke meja makan. Kot iya pun pergi mandi dan solat maghrib dulu.” Tegur Puan Hasni yang menatang dulang minuman dari arah dapur.
“Laparlah umi. Sekejap lagilah. Kena makan dulu nanti tak kusyuk solat” usai berkata, tangan Shaiful pantas menceduk kuah lemak kuning itu tetapi tak sempat kerana tangannya dipegang kejap oleh Puan Hasni.
“Jangan nak mengada-ngada. Pergi solat dulu. Bukannya budak-budak lagi. Umur dah masuk 30 tahun kena tegur jugak ke?” Jegil Puan Hasni. Anak bertuah ni memang tak makan saman. Lebih-lebih lagi apabila ternampak lauk kegemarannya.
Kemarahan Puan Hasni tidak mendatangkan kesan pun ke atas Shaiful tetapi diturutkan juga arahan uminya. Dia bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas untuk mandi dan bersolat. Sejak kebelakangan ini seleranya agak tumpul. Dia telah jemu menjamu selera di restoran mahupun gerai. Lidahnya teringin merasai masakan kampung seperti masak lemak daun kesum ikan keli dan puyu. Telah lama dia mengidam dan telah lama juga dia meminta umi masakkan untuknya. Baru hari ini lauk itu menjadi hidangan makan malam mereka. Dengan langkah yang besar-besar, Shaiful pantas memasuki biliknya dengan senyuman terus terukir di bibirnya.
.*****
Puan Hasni leka memerhati anak lelakinya menikmati hidangan. Nampak berselera dengan dua kali menambah nasi. Sejak berpisah dengan Suraya, selera Shaiful langsung tiada. Hidupnya pula merangkumi pejabat dan rumah sahaja. Wajahnya kian cengkung dan tidak berseri. Walaupun dia sentiasa tersenyum, namun sebagai ibu, Puan Hasni dapat melihat kedukaan dan kesedihan di sebalik senyuman itu. Hati ibu mana yang tidak bersedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu.
Perpisahan kekal abadi itu telah meragut keceriaan di wajah Shaiful. Walaupun tidak kelihatan setitis air mata membasahi pipi itu, namun dia tahu, di jiwanya tetap merintih pilu. Siapa sangka, Suraya, menantu kesayangannya yang ceria dijemput terlebih dahulu oleh pencipta-Nya. Rupa-rupanya selama ini dia bijak menyembunyikan penyakitnya. Tidak seorang pun yang mengetahui bahawa dia mengidap barah usus. Patutlah Suraya amat memilih makanan. Hanya makan makanan yang direbus dan panggang sahaja. Hanya menggunakan rempah ratus tanpa perasa kimia di dalam apa juga masakan yang disediakan. Hati Puan Hasni bergetar. Hatinya juga disapa rindu apabila mengingati arwah menantunya.
Suraya seorang menantu yang baik. Amat menghormati dirinya dan juga seorang anak yang patuh. Isteri yang didambakan oleh seorang suami. Shaiful memang bertuah kerana memperisterikan Suraya. Dan dia juga menumpang tuah itu kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang selama ini diidam-idamkan. Empat orang anaknya adalah lelaki. Jadi apabila Shaiful berkahwin dengan Suraya, Puan Hasni bagaikan dikurniakan seorang anak perempuan, apatah lagi Suraya yang pandai membawa diri dan mengambil hatinya.
“Nek.. nak nasik lagi” Pinta Suhaila sambil menggoncangkan tangan Puan Hasni.
Puan Hasni tersentak dari lamunan dan terus menoleh di sisi.
“Oooo nak nasi lagi. Sedap tak lauk hari ini?” Aju Puan Hasni kepada si kecil yang berusia lima tahun itu.
“Sedap nek. Hari-hari nenek masak lagi ya” Pintanya lagi.
“Hari-hari jemulah. Sesekali boleh.”
Suhaila menarik muncungnya. “ Hari-harilah nek. Ila nak makan dengan papa. Kalau nek tak masak macam hari ni, nanti papa tak nak makan sekali dengan Ila lagi” rayu Suhaila lagi. Suaranya kedengaran sayu.
Puan Hasni, Shaiful, Shahmi dan juga Encik Sahak tersentak. Permintaan tulus dari satu-satunya cucu mereka membuatkan yang lain terhenti menyuap makanan. Puan Hasni menjeling kepada Shaiful. Ada sayu menggigit tangkai hatinya. Sampai bila rumah ini akan terus berkabung. Suraya telah hampir dua tahun pergi meninggalkan mereka semua. Kehilangannya bagaikan baru semalam. Semenjak kehilangan itu, rumah ini kehilangan serinya. Segalanya kelihatan suram dan muram. Semuram hati mereka semua.
“Sudah sampai masanya kita berhenti meratapi pemergian Sue. Shaiful.. abah harap kau dapat luangkan masa bersama –sama dengan Ila. Kasihan dia. sikap acuh tak acuh kau ni membuatkan hatinya sedih dan terasing. Dia berharap sangat dapat makan bersama dengan papanya setiap hari” Ujar Encik Sahak.
Sudah sampai masanya dia bersuara. Bukan hanya Shaiful yang kehilangan isteri, malah dia turut sama merasai kehilangan menantunya itu. Lebih-lebih lagi isterinya yang rapat dengan arwah. Shaiful menundukkan kepalanya. Sebak terasa sesak di dada. Bagaimana dia boleh terlupa, permata hatinya itu. Kerana ingin merawat lara di hati, dia mengabaikan permata hatinya. Maafkan papa sayang. Matanya tunak merenung wajah polos anaknya yang sedang makan itu. Belas hatinya. Anak yatim yang kehilangan ibu dalam usia yang baru menjangkau lima tahun. Kasih papa pula turut menghilang sama dengan kehilangan kasih ibu. Namun nasib baiklah, di sisinya ada nenek dan datuk yang sentiasa mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang mereka. Rasa sesal mula menguasai dirinya. dalam diam Shaiful berjanji akan memberikan lebih perhatian kepada anaknya itu. Ralit dia memerhati Suhaila yang makan dengan berselera. Tingkah lakunya amat mirip dengan sikap mamanya, dan pantas membuatkan hati Shaiful terus mengenang wanita kesayangannya itu.
*******
Shaiful mengusap kepala Suhaila yang sedang tidur berbantalkan pahanya. Belas melihat wajah polos anaknya itu. Wajah yang saling tidak tumpah wajah mamanya. Sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah lakunya mengabaikan permata hati mereka.  Melihat wajahnya, membuatkan rindu kian berputik di hati. Sesak nafasnya. Rindu itu terlalu dalam sehingga dia mengabaikan diri sendiri. Terus bekerja tanpa memikirkan perkara lain kerana ingin dilenyapkan kesakitan yang mencengkam jiwanya.
Memori semalam bermain-main di pinggir memorinya. Masanya seperti ketika ini. Ketika itu, yang berbaring beralaskan pahanya adalah Suraya. Wajahnya asyik menatap wajah Shaiful yang sedang fokus membaca. Sesekali tangan halus itu sengaja mengusap lembut dadanya. Menggaru-garu di situ. Sengaja Shaiful mengabaikan biarpun ada rasa telah mengocak ketenangan hatinya. Ada keinginan yang timbul. Sesekali tangan itu mengusap perutnya yang sedikit tinggi dari dadanya. Senang hati kerana mengahwini Suraya membuatkan dia sentiasa berselera. Lebih-lebih lagi masakan isterinya, terutamanya masak lemak daun kesum ikan keli. Pertama kali merasai gulai lemak itu, dia mulai jatuh cinta pada masakan itu. Sebelum ini tidak pernah dia merasakan  itu dan Surayalah yang mengajarnya untuk merasai keenakkannya.
“Abang..”di tarik tangan Shaiful dan dikucup belakang telapak tangan itu.
“Kalau Sue pergi dulu, abang janji akan kahwin lain ya” pinta Suraya ikhlas. Dahi Shaiful berkerut.
“Kenapa cakap melalut ni. Sue nak pergi mana? Tempat Sue kan di sisi abang” Soal Shaiful lembut. Rambut isteri kesayangannya dibelai-belai.
“Abang salah. Tempat Sue di sisi abang hanyalah sementara. Tempat kekal Sue adalah di sisi Allah s.w.t” pintas suara halus itu. Shaiful tajam merenung wajah di atas pahanya. Ada rasa tidak enak mengetuk pintu hatinya. Dia tidak suka orang membicarakan tentang kematian, walaupun orang islam disarankan supaya sentiasa mengingati kematian.
Suraya tersenyum. Namun ada misteri di sebalik senyuman itu. Seringkali Shaiful tertanya-tanya. Puas sudah dia bertanya kepada isterinya, adakah perkara lain yang tidak diberitahu lagi. Apa juga perkara yang dia perlu tahu. Jawapannya hanyalah sebuah senyuman dan ciuman di pipinya. Dan persoalan yang sering bermain-main di fikirannya terus berlalu pergi biarpun sesekali ia datang mengetuk pintu hati dan inginkan jawapannya.
Suraya, seorang gadis yang penuh lemah lembut. Kerana senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya membuatkan hati Shaiful jatuh kasih pada pandangan pertama ketika gadis itu datang untuk temuduga sebagai penyambut tetamu syarikatnya. Selepas temuduga, sebaliknya yang berlaku, Suraya lulus sebagai calon isterinya. Tanpa menunggu lama, dia terus meminta umi meminang Suraya untuknya. Pinangan pertama di tolak. Siapa yang tak kecewa. Namun dia tetap tidak berputus asa. Pinangan ke dua pula menyusul, Suraya tiada lagi alasan untuk menolaknya.
Tiga tahun hidup bersama, Shaiful terlalu bahagia. Suraya pandai mengambil hatinya dan juga hati kedua ibu bapanya. Dia disayangi oleh semua ahli keluarganya. Tapi hari yang indah tidak selamanya indah. Tiba-tiba Suraya jatuh pengsan dan koma. Saat itu barulah mereka mengetahui tentang penyakit barah usus yang dideritainya.
Ada air jernih bertakung di sudut matanya. Shaiful kembali ke alam realiti. Kenangan bersama Suraya terlalu indah sehinggakan kadang-kala dia tidak ingin kembali lagi. Ingin terus hidup bersamanya di dalam ilusi indahnya. Namun dia sedar, dia masih punya permata hati untuk diberi perhatian. Dia masih punya tanggungjawab sebagai insan di dunia ini.

Isnin, 21 November 2011

9:27:00 PG

Melayan Jiwa : Kemesraan itu.. Sahabat.


"Member kita semua apa khabar? Dah lama tak jumpa. Aku selalu teringat. aku selalu juga rindu kat diorang"

"Bukan kau je.. Aku pun sama. teringat kisah kita dulu-dulu. Rindunya kemesraan pada alam persekolahan dulu. Kini bila dah ada kehidupan masing-masing, apabila semua dah dok jauh dari kampung, setahun sekali belum tentu dapat jumpa. Padahal rumah orang tua dekat je"

"Nak buat macam mana. Kadang kala tu dia balik, kita tak balik. Apabila semua balik, masing-masing ada kerja. ada komitmen dengan keluarga. Keluarga kena didahulukan. dulu lain, sekarang lain"

"Apa yang lain. Aku tetap seperti dulu. mana ada pernah berubah. Sungguh aku rindukan sahabat-sahabat kita. Kenangan manis tika di sekolah amat kuat melekat di sanubariku."

"Bukan kau saja.. aku pun sama. ingat tak kita sama-sama kejar bas. Sama-sama lewat datang ke sekolah tetapi boleh buat selamba je apabila Cikgu Bidah menjeling"

"A'aah tak pun kau ingat tak selepas PMR dulu. kita bermain banjir kat sekolah. bergambar dalam hujan. Seronok kan dulu. Bergelak tawa. bagaikan tiada apa yang merisaukan hati kita"

"A'aah kenangan lebih 15 tahun yang lepas. Ooooh cepatnya masa berlalu.

"Aku rindukan kita-kita yang dulu. Yang masih lagi comot dan gelap. yang sentiasa je ada agenda nak buat. bukan agenda belajar tapi agenda lain. hahahaa..."

"Masih ingat lagi kekasih lain. Pak we masa muda-muda dulu?"

Ada tawa yang bergema. Ada lucu mencuit hati. tak sangka dalam usia di awal belasan tahun sudah pandai melayan jiwa. Sudah pandai berkasih- kasihan. tapi kami tetap tahu batasan. tetap ada tembok yang menghalang. tidak ada yang melanggar peraturan alam apatah lagi adat dan agama. Orang kata berkasihlah biar satu, berkawanlah biar seribu. Walaupun berkasih cuma satu, namun kehormatan diri dan maruah tetap nombor SATU!.

"tapi yang pelikkan. Orang yang berkasih sayang masa sekolah dulu tak ada satu pun bersatu. Yang bermusuh dan berperang mulut time sekolah dulu boleh pula bersatu. Macam Yus dengan Ijam. Haa.. aku tak tahu, tiba-tiba pula dapat kad walimatulurus. Alahai.. hidup ni macam bola. bulat.. tak lurus. dan kita tak tahu apa yang menunggu di hadapan kita. kan?"

"Betul tu? Siapa sangka.. geng dulu semuanya berjaya. Geng dulu yang hot kini berjaya di dalam hidup masing-masing. punya kerjaya dan keluarga yang boleh dibanggakan"

"itulah Orang tua berpesan sebelum mengata orang, lebih baik mengata diri sendiri dulu. Walaupun orang tu hebat di sekolah dulu, belum tentu hebat juga hidupnya. Walaupun orang tu hantu di sekolah dulu, belum tentu dia akan jadi hantu selama-lamanya.Seperti perpatah .. Iman tak boleh diwarisi, betul tak?"

"Aik apa kaitan pula dengan iman?"

"Hahahahaa.. aku pun tak tahu..terlintas kat kepala aku ni perpatah tu"

Kemudian.. gelak lagi bergema.. walaupun begitu ada sayu bergayut di ulu hati. Aku rindu kemesraan dulu. AKu rindu pada temanku dulu. AKu rindu saat kita bersama dulu.

Jangan salah sangka. di dalam hati setiap kawan ada rasa rindu pada musim-musim lalu. Saat diri masih lagi polos, naif dengan kehidupan ini, sahabatlah tempat jatuh bangun bersama. Saat-saat diri masih lagi mencari jalan.. mencari arah.. sahabatlah orang yang setia bersama. Mana mungkin dilupakan, sedang tempat yang jauh lagi di kenang, inikan pula sahabat yang seiring bersama.

Sebenarnya masa telah mengubah segalanya, jika dulu kita hanya memikirkan diri sendiri, kini kita kena berfikir untuk orang lain, keluargan, anak-anak dan juga suami. Jika dulu kita bebas ke mana-mana bila-bila masa, kini kebebasan itu telah tiada. Ada keluarga perlu di dahulukan. Ada kerjaya perlu diutamakan. Masa sebenarnya telah melarikan segala-galanya. Menyusuri masa, mengikuti arusnya membuatkan kita perlu berkorban rasa, berkorban masa lalu. Lalu dijadikan memori indah untuk diingati.

Fahamilah wahai sahabat... Hati siapa yang tak terasa.. yang dekat terasa jauh.. yang jauh lagilah jauh. Sampai masa... yang jauh akan dekat.. yang dekat bertambah dekat. :D

Ahad, 20 November 2011

1:22:00 PTG

Holiday : Sarawak bahagian 2

Borne Highland Resort

Resort ni adalah persendirian. Hari tu kami bernasib baik sebab dibuka kepada orang ramai. Dengan bayaran RM30 seorang, naik teksi dapatlah kami naik ke puncaknya. Huh jalannya lebih teruk dari ular dipalu. Sebab itulah kena naik teksi atau kenderaan yang disediakan. hanya pemandu yang mahir je dibenarkan.
Mengikut pemandu teksi yang kami naiki, dalam setahun hanya beberapa hari je di buka kepada orang lain. Kalau hari - hari biasa, pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang. tempat ni memang cantik.

di belakang tanah tinggi ni adalah dah sempadan Indonesia.



 menara mengintai burung. tp kami x nampak pun burung2 nya..


Pemandangan yang di ambil dari puncak Borneo resort. Subhanallah..Cantikkan?
 Lanskap tamannya.. Kalau datang sini memang akan jatuh hati dengan keindahan tamannya.





Yang ni penginapannya.. Kalaulah dapat berhoneymoon kat sini mmg best.. Udaranya yang dingin.. Keindahan alam semulajadinya akan membangkitkan mood santai dan tenang... agak2 berapa RM untuk satu malam erk?

Jumaat, 18 November 2011

8:01:00 PTG

Melayan Jiwa- Kemesraan dulu 1

Melihat dalam banyak-banyak status update kat Facebook wall, shima tertarik dengan status adik sedara shima.....


"tgh bce yassin td..tetibe t'pikir cmne k'hidupan akn dtg..supo po loni ko..cmne nge hubungan my sibling..adakah se'close' loni n seceria loni ble b'kumpul..or msing2 sibuk nge k'hidupan masing..xsempat nk b'tnye kaba,gurau,usik m'gusik n gelak sme2...doa2 semoga keadaan ceria ni kekal sapa ble2 sehingga tiba mse bertemu illahi..wlpn usia menginjak dewasa,masing2 dah ada tnggungjwb masing2 n duk jauh2..Ya Allah..peliharalah kami dan tautkan hati2 kami dgn kasih sayang..pertemukanlah kami dan ibubapa kami dsyurgaMu...ameen..♥.."



Membuatkan shima terfikir juga... Masa telah sedikit demi sedikit melarikan kemesraan itu. Dulu.. sebelum shima kahwin dan sebelum adik-adik sedara mengikut jejak melangkah ke alam perkahwinan.. kami mesra. berjauhan dengan keluarga mengeratkan hubungan kami. Dulu kalau nak ke mana -mana, jika tak ada teman, shima akan ajak adik sedara shima. Mereka teman.. kami berkongsi cerita.. tawa.. dan juga rahsia hati.. Saling ingat mengingati... Saling bantu membantu...

Kini.. kemesraan itu kian jauh. dek terpisah oleh masa dan juga jarak. Pertemuan pula terjadi setahun atau dua tahun sekali.  Itu dalam masa yang singkat sebab masing-masing ada komitmen lain yang perlu didahulukan. Apabila sendirian.. kala mendengar lagu dan melayan jiwa.. rindu adakalanya menusuk kalbu. Kini.. hanya facebook menjadi penyambung hubungan.. itu pun tak selalu. Percaya atau tidak.. kian kita menginjak usia.. menempuhi cabaran demi cabaran kehidupan ini.. kian kita meninggalkan kemesraan dulu. Teman kala meniti usia kanak-kanak dan remaja. 

Tetapi.. semua itu sebenarnya bukannya terjadi di atas kerelaan kita. Masa menghanyutkan kita jauh dari segala  keindahan yang dikecapi dulu. Kalau diberi pilihan tentunya kita semua mahu keadaan seperti dulu. Masa lalu yang memberikan seribu kemanisan. Tanp dibebani dengan masalah kehidupan. Namun kehidupan manusia terus bergerak ke hadapan. Meneruskan perjalanan mengikut haluan dan jalan yang dipilih. Sedar atau tidak.. itulah takdir yang tertulis di dalam diari kehidupan kita. Masa akan terus berlalu. Sesekali.. apabila hati dirusuh gelisah.. memori manis pahit semalam akan ditelusuri. dibelek satu persatu ingatan dulu, yang duka jadi cerita, yang kelat, jadi manis. Ajaibnya masa adalah mampu mengubati kesakitan dulu dan dikenang sebagai satu di atas seribu kemanisan itu. Yang benci jadi rindu.. Yang terluka telah diubati.

Jadi.. kenangilah saat indah dulu. Yang pahit jadikan ia manis.. Yang sedih jadikan ia gembira., Yang duka Jadikan ia suka. Kerana masa telah mengubah dan mengubati segala. Iringkan hari-hari berlalu dengan sebuah doa agar hari yang sedih dapat dikenangi sebagai hari yang teristimewa. Katakanlah pada diri sendiri.. Semalam adalah kenangan. Hari ini adalah kenyataan.. Esok adalah sebuah Impian.



"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. 
(103:1-3)

"Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang,  dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam.
Dia mengetahui apa yang di dalam dada."
(57:6)


Selasa, 15 November 2011

10:43:00 PG

Review Novel : Awak Suka Saya Tak!


Hari ini Shima coretkan komen untuk novel yang telah habis dibaca. Awak Suka Saya Tak, nukilan kak Melur Jelita kita. Sebenarnya shima telah habis baca novel ni dalam dua minggu yang lepas. Dan novel ni telah dipinjam pula oleh Kak Ita, biras shima. So memang tak ada dalam simpananlah sekarang ni. Pendapat shima tentang buku ini? Hmmmm sebetulnya minat untuk karya-karya romantik ni telah beransur berkurangan. Tapi tak kisahlaa kan, Novel ni memang romantik. haa yang si gadis yang sukakan lelaki yang romantik seperti Hilman Yong tu pasti tergodakan? 

Hidup ini singkat je. Dua tahun mereka berpisah. Kemudian berjumpa, dalam masa dua minggu mereka merancang pertunangan. Dua minggu di alam pertunangan, macam-macam dugaan yang menimpa. Hidup ini tak mungkin selalu sempurna, pasti ada dugaan yang menimpa. Begitu juga kisah Hilman dan Zulaikha ini, dugaan tetap datang hampir pada masa mereka di satukan. tetapi Janji Allah. Jodoh dan Ajal maut di tangan-Nya. Berserah padanya pasti ada balasan yang menunggu. So sesiapa yang belum lagi membaca novel ini cepat-cepat dapatkannya ek. Dengarnya, antara yang terhangat dipasaran.

Tak boleh komen lebih-lebih. Nak tahu ceritanya.. kena baca sendiri. Sesuai untuk mereka yang berjiwa romantik dan halus ni.. Hehehehe...tapi jangan pulak terberangan nakkan si Hilman tu sebab untuk mendapatkan jejaka spesis itu.. rasanya sukar dan mungkin hanya wujud di dalam ASST ni sahaja. Nak boleh.. kena mainkan peranan sendirilah. cakap kat Hubby tu ya.. biar jadi romantik macam Hilman Yong. :D 

Isnin, 14 November 2011

4:48:00 PTG

Holiday: Sarawak bahagian 1

Jam di dinding menunjukkan jarum pendek di angka lima dan jarum panjang di angka sepuluh. Rupa-rupanya lagi sepuluh minit ke pukul lima. Hari yang sibuk beransur lega. Hehehe..Shima sedang melegakan diri sendiri setelah hampir lapan jam mengadap PC ni. Tapi sempat lagi bersarapan maggie goreng jam sepuluh pagi. dan rojak buah ketika makan tengahari (bos belanja tau) My boss memang baik. Alhamdulillah murah rezekinya coz selalu belanja staff.

Oklah kali ni nak kongsi cerita tentang percutian shima ke sarawak. pada 28 Oktober hingga 1 November. Saja nak share gambar-gambar yang menarik dengan korang semua. Tapi lambatkan. baru sekarang nak berkongsi? Tak danlaa.. sibuk.. entah apa yang sibuk pun shima tak tahu.. tapi memang sejak balik bercuti, rasa banyak sangat kerja nak kena buat... huhuhuu....

Ni Gunung Santubung... tika ni jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. kami berhenti sekejap di tepi jalan dan mengambil gambar.. Cantikkan... Yang nampak sedikit sebelah kiri tu.. my father in law.. tengah menghayati keindahan alam.

Ini pula pantai Puteri.. Cantik pemandangan di sini. Ada sebuah villa yang mengadap pandai.. 2 tingkat dan yang mengadap laut tu hanya dilapisi cermin dan langsir je..memang cantik tapi nak ambik gambarnya segan pula sebab tuan rumahnya ada. Dan my mum & father in law sempat beramah mesra dengan mereka. menurut tuan punya rumah itu, villa tu berharga 2 juta kalau tak silap shima laa.. muda lagi tuannya... perempuan kahwin dengan mat saleh. masa ni ada 3 orang perempuan. kata mereka sedang bercuti. 


cantikkan?
 Sedang merenung masa depan.. hehehe
 Sehati Sejiwa.. masa ni shima tertinggal sorang kat belakang. tengah syok dok amik gambar. my partner pulak tengah parking kereta. hari tu cuaca mendung. tak sampai 15 minit kat sini hujan mula membasahi bumi.
 Air surut.

Cantik..

Mentari malu-malu untuk menonjolkan dirinya...

nanti Sambung lagi ya...:)

Khamis, 3 November 2011

12:23:00 PTG

Review novel : Menunggu keretapi


TAJUK :MENUNGGU KERETA API
PENULIS : NORHAYATI BERAHIM
HARGA : RM29.50

Shima mengambil masa 3 hari untuk menghabiskannya.. lamakan? Yelaa dah bawa buku ni pergi bercuti.. sempat baca pun malam, tika tunggu flight...tika ada masa lapanglah...Mula-mula baca, mestilah teruja. novel ini berlatarbelakangkan daerah jeli-kelantan.. hehehe Shima orang bachok-kelantan sipi-sipi gak kenanya..
Betul ke lelaki kelantan ni malas? hmmm...dalam novel ni banyak kuar pasal ni. Pendapat shima.. nak menafikan memang ada lelaki macam tu yang pemalas- memang banyak lelaki kelate macam tu. tetapi benda tu bukan terkena pada lelaki kelantan je.. malah lelaki negeri lain pun sama.. Sebenarnya atas didikan keluarga jugak.. Persekitaran pembesaran seseorang itu.. Alhamdulillah dalam famili shima semua kaum lelaki semuanya jenis ringan tulang nak membantu buat kerja rumah.

Selasa, 1 November 2011

6:46:00 PTG

Tangan Ibu




Cuba anda hayati cerita ini





ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. 

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. 

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. 

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Sumber Facebook

Isnin, 31 Oktober 2011

7:36:00 PG

Buah Mangga & Khasiatnya.

Selamat pagi semua... tengah tunggu update siri e-novel kat sini? Sabar ya.. shima tengah bercuti sekarang ni, jalan-jalan makan angin plus shopping di Kuching..Pagi ini sengaja shima nak bercerita pasal buah mangga dan khasiatnya sebab semalam shima mendapat tahu satu fakta pelik.. Makan buah mangga akan menyebabkan kita diserang sakit-sakit badan... Betul ke? Jadi oleh sebab itu pagi ini... shima menggoogle abang google kita ni untuk mencari faktanya yang sebenar....dan di dapati bahawa



- mangga mengandung vitamin A, E dan C. 
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan. 
- mangga dapat membersihkan darah. 
- mangga dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti: 
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak. 
b. menurunkan panas tubuh ketika demam.

nak tahu lebih lanjut klik sumber

Lagi fakta tentang kelebihan mangga....


Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.

Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

nak tahu lebih lanjut klik sumber


Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.


Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

nak tahu lebih lanjut klik sumber


Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin AB dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Mangga tergolong dalam famili yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balasalergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga adalah toksik terhadap lembu. (keburukan mangga)
Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaanIndia dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebagai corak Paisley.


1. Khasiat mangga sebagai Antioksidan Tubuh
Mangga pun merupakan sumber beta-karoten , kalium, dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang di dalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten (dan vitaminC) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanker karena dapat menetralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok, dan pengaruh-pengaruh lingkungan lainnya.

2. Untuk menjaga kesehatan Gigi dan Gusi
Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesehatan pembuluh-pembuluh kapiler, kesehatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghambat produksi natrosamin , satu zat pemicu kanker. Vitamin C mampu pula membuat jaringan penghubung tetap normal dan membantu penyembuhan luka.

Kandungan vitamin C mangga cukup layak diperhitungkan. Setiap 100 gram bagian mangga masak yang dapat dimakan memasok vitamin C sebanyak 41 mg, mangga muda bahkan hingga 65 mg. Berarti, dengan mengkonsumsi mangga ranum 150 gram atau mangga golek 200 gram (1/2 buah ukuran kecil), kecukupan vitamin C yang dianjurkan untuk laki-laki dan perempuan dewasa per hari (masing-masing 60 mg) dapat terpenuhi.

3. Mangga mengandung Kalium menurunkan resiko stroke
Kalium mempunyai fungsi meningkatkan keteraturan denyut jantung, mengaktifkan kotraksi otot, dan membantu tekanan darah. Konsumsi kalium yang memadai dapat mengurangi efek natrium dalam meningkatkan tekanan darah, dan secara bebas memberikan kontribusi terhadap penurunan risiko karena stroke.

Satu penelitian menunjukkan bahwa bila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena stroke fatal dapat dikurangi sebesar 40 persen. Konsumsi ekstra kalium sebanyak 400 mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

Kalium terdapat melimpah pada mangga. Tiap 100 gram mangga terkandung kalium sebesar 189 mg. Dengan mengkonsumsi sebuah mangga harumanis ukuran sangat kecil (minimal 250 gram), atau sebuah mangga gedong ukuran sedang (200-250 g), kecukupan kalium sebanyak 400 mg per hari dapat terpenuhi.

4. Bermanfaat untuk menumpas Kanker
Para ahli meyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, yaitu bahan penumpas kanker yang baik.

5. Baik untuk pencernakan, kesehatan mata, mulut, dan tenggorokan
Kandungan asam galat pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan. Sedangkan kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesehatan mata, mulut, dan tenggorokan.

6. Menyembuhkan berbagai macam penyakit
Mangga pun berkhasiat membantu menyembuhkan berbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan pengelihatan, gusi berdarah, radang tenggorokan, radang saluran napas, sesak napas dan borok. Selain itu juga bisa mengatasi bisul, kudis, eksim, perut mulas, diare, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan rematik.

7. Manfaat buah mangga untuk terapi
Misalnya untuk Pembersih darah, Menurunkan panas badan, dan Menghilangkan bau badan. Mangga dianggap mampu membersihkan aliran darah dan mengurangi kelebihan panas badan. Selain itu mangga juga baik untuk menghilangkan bau badan.


sumber

p/s : Siapa yang berikan fakta yang shima sebutkan di atas? Orang tua.. yang kononnya banyak pengalaman hidup. Nak membantah nanti kang kata kurang ajar dan tak hormat pula.. Jadinya shima zip mulut dan mula mencari kebenaran fakta tersebut. Hasilnya... banyak sangat kebaikan buah mangga ini rupanya... Jadi nasihat shima lebihkan makan buah mangga dalam menu seharian. Amalkan setiap hari.. Mungkin kita tidak dapat merasai hasilnya dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa panjang kita akan dapat merasainya. Oleh sebab itu satu lagi nasihat shima.. jangan terima bulat-bulat apa orang tua kata waima ibu bapa kita.. cari kebenarannya dulu. Sebab ubat untuk menyembuh dan mengelakkan penyakit terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran di sekeliling kita. tidak perlu menelan segala jenis pill.. Asalkan kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita pasti dapat mencegah penyakit daripada dihinggapi..