Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 6 Januari 2011

Dia yang kupuja-1

p/s : selamat tahun baru semua. apa azam tahun ni? hehehehehe..tentu tertunggu-tunggu shima update blog nihkan. shima bertapa tak abis lagi nih.hahahaha.. tetapi insyaallah. mulai hari ini shima akan update blog yang agak lama gak ditinggalkan. nak buat macam mana. tuntutkan kerja perlu diutamakan dulu. hope u all enjoy dengan mini siri terbaru ini. Dia Yang Kupuja.


Bab 1

Udara sejuk menghembus dari arah laut seolah membelai wajahnya. Telah lama dia ingin bercuti di situ. tetapi kekangan masa dengan kerja-kerja yang semakin hari semakin banyak membuatkan dia tiada masa untuk bersantai. Untuk merehatkan diri. Setelah setahun tanpa rehat dia mengambil keputusan untuk memberikan tubuh badannya berehat. Lantas tanpa menyesal dia menolak beberapa tawaran kerja yang lumayan. Ahh duit boleh dicari. Tetapi kesihatan yang baik belum tentu dapat dimiliki andai terlalu memaksa diri bekerja tanpa henti.
Laman Desa Resort. Itulah nama resort yang didiami untuk 2 minggu ini. jauh dari hiruk pikuk bandar. Jauh lagi buruan para pemberita yang sentiasa dahagakan cerita hangat darinya. Sehinggakan dia sesak untuk bernafas. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar apabila terlibat di dalam industri hiburan ini. bermula dari sebuah peranan kecil dalam iklan telekomunikasi dia terus melangkah jauh ke dalam dunia hiburan. Siapa yang tak kenal Alan Yeoh. Jejaka kacukan keturunan Baba Nyonya Melaka sebelah ibunya dan America sebelah ayah ini, dilahirkan dan dibesarkan di New York. Ketika berumur 16 tahun barulah keluarganya berpindah ke  Melaka semula.
Sejak itulah dia bergiat aktif di dalam dunia modeling dan pengiklanan. Dan baru-baru ini pula mula berjinak – jinak dengan dunia lakonan. Seluruh Malaysia menggilainya. Dengan pakej yang cukup sempurna dari segi fizikal dan kehidupan. Tentu sahaja sesiapa yang menjadi teman wanitanya seorang yang cukup bertuah. Amat beruntung memilikinya. Haaaa..hanya dia je yang tahu. Tak pun orang-orang yang mengenalinya. Hahaa..tentu sahaja seluruh Malaysia mengenalinya kan?
Suria pagi mula memunculkan dirinya di sebelah timur. Warna kuning keemasan membias lautan menjadikan pemandangan begitu indah sekali. Tanpa membuang masa Alan terus mengambil gambar. Begitu terujanya dia dengan keindahan alam semula jadi ini. siapa sangka di Malaysia pun ada pantai yang begitu cantik. Putih bersih. Sesekali angin pantai bertiup, sejuk menggigit kulitnya.
Alan asyik mengambil gambar sehingga pendengarannya menangkap hilaian tawa yang bertingkah. Terus dia mencari arah bunyi tersebut. Nun di hujung sana kelihatan kalibat orang yang sedang berlari dan berkejaran. Mak ai.. kuatnya dia ketawa. Tak padan dengan diri. Omel Alan sendirian. Tanpa dia sedar, tangannya laju sahaja snap mereka bertiga. Sesekali mereka berlarian di gigi ombak. Sesekali mereka berkejaran dan saling menyimbah air laut. Seorang gadis kecil yang sedang dibuli oleh dua orang kanak-kanak lelaki. Mungkin adiknya kot. Getus hatinya.
Tersenyum dia sendirian. Dan tanpa sedar kakinya melangkah menghampiri mereka bertiga. Spontan mereka berhenti berlari dan ketawa. Saling berpandang-pandangan. Sedikit cuak dengan kehadiran seorang lelaki asing di situ. Dari segi penampilannya pun dah tahu dia bukan orang sini. Mungkin penghuni di Laman Desa Resort kot.
“haiii…Morning…oppppss selamat pagi” tegur Alan.
“haiii.morning” sambut salah seorang budak lelaki itu. yang besar sedikit dari yang seorang lagi. Si gadis kecil itu hanya diam membisu. Kelihatan dahinya berkerut-kerut. Seola-olah memikirkan sesuatu.
“haaa adik dah ingat. Abang nikan yang dalam iklan 1 Malaysia tu kan?” teriak budak lelaki yang kecil sekali.
Terkejut Alan mendengarnya. Mana budak ni tahu. Sejak dia tiba 3 hari lepas tak ada sesiapa pun yang dapat mengecamnya. Jadi dia bebas bergerak ke sana ke sini.
“betulkan” desak budak itu lagi setelah dia mendiamkan diri.
“no. not me” sangkal Alan. Cuba untuk menyembunyikan identiti yang sebenarnya.
“betullah. Betulkan along?” sokong yang seorang lagi.
“dia cakap bukan. Bukan dialah angah. Merepek je. Takkan mamat tu ada kat sini” balas budak perempuan itu yang dipanggil along.
Dua lagi budak lelaki itu tidak berpuas hati. Lalu terus menghampiri Alan dan memandangnya dari atas ke bawah. Ouish….ada-ada jer budak ni. Lagak macam penyiasat pula. Gelak Alan di dalam hati.
“alaa tipulaa long. Kau tak yah nak cover. Memang abang ni yang dalam iklan tuh. Pujaan kaukan. Abang nak tahu tak..dalam bilik al…..”terus gadis kecil itu menekup mulut adiknya yang dipanggil angah. Terus diberi amaran supaya dia. Wajahnya merah mungkin disebabkan malu ataupun marah.
“dalam bilik along, terpampang besar gambar abang. Along cakap itulah pak we dia” sambung yang paling kecil sekali.
“adikkkkk”terus si gadis kecil menjerit kuat. Tergapai-gapai mahu menangkap adiknya itu. tetapi dia lebih pantas mengelakkan diri dari di tangkap oleh si kakak. Alan telah ketawa berdekah-dekah melihat gadis kecil itu kelam kabut cuba menangkap adiknya itu. cuba untuk menutup mulut mereka dari membocorkan rahsianya. Pantas sahaja Alan men-snap lagi gambar mereka bertiga yang sedang berkejaran. Manisnya wajah gadis kecil itu yang memarah mungkin kerana malu.
Lama mereka berkejaran sehingga ketiga-tiganya keletihan. Lalu mereka terduduk di atas pasir yang putih itu. kedua-dua budak lelaki itu selamba sahaja berbaring di situ. tetapi kelihatan si gadis kecil itu malu-malu untuk merebahkan dirinya di situ. mungkin kerana kehadiran dirinya.
Alan turut sama duduk di situ. tersenyum dia melihat gelagat mereka.
“betullah kan. Abang yang berlakon iklan tuh. Dan banyak lagi iklan lain kan?”tak habis lagi si bongsu bertanya. Tak puas hati kot dengan jawapan tadi.
“Auww..sakit laa long. Tak pasal-pasal cubit orang” adu si bongsu.
“padan muka, dah mulut tu tak reti nak dok diam. Itulah akibatnya. Dah abang tu kata bukan, bukanlah .dok asyik ulang tanya buat apa” ucap si gadis kecil itu geram. Dijeling adiknya lagi.
“actually, betullah abang kat dalam iklan tu” jawab Alan. Fasih berbahasa melayu. Terangkat wajah gadis kecil itu memandang wajahnya. Sebuah senyuman dia hulurkan. Tetapi terus sahaja gadis kecil tunduk memandang pasir di hujung kakinya. Mukanya merah lagi.
“fuuuyoooo, akhirnya along jumpa boyfriend dia,” jerit angah kuat. Terkejut alan di buatnya. Pantas sahaja tangan si gadis kecil memaut kepala adiknya itu dan terus menutup mulut kecilnya.
“diamlah. Kau ni buat malu along je” bisik gadis kecil itu sambil mencubit mulut angah.
“sakit-sakit long, janji tak cakap apa-apa lagi” janji angah. Terus sahaja gadis kecil itu melepaskan tangannya.
“tulaa long, kau asyik sebut nak jumpa boyfriend kau, sekali Allah makbulkan. Kenapa lak kau malu?” kata angah lagi dan terus berlari meninggalkan mereka di situ. bersungguh-sungguh dia berlari takut dengan penangan gadis kecil itu.
Alan tidak dapat menyembunyikan tawanya lagi. Dia ketawa lepas. kelakar dan terhibur dengan gelagat mereka. Lagilah merah muka gadis kecil itu.
“maaflah mereka tu memang nakal sikit. Jangan percaya sangat apa yang diorang cakapkan. Auta je lebih tu” sangkal gadis kecil itu.
“tapi kalau betul apa salahnya” cepat sahaja Alan membalasnya. Jelas gadis itu terkejut mendengar kata-katanya.
“hmmmm saya balik dulu erk” gadis kecil itu terus bangun dan berlalu dari situ menuju ke arah adiknya berlari tadi. Tanpa sempat ditahan oleh Alan. Dia Cuma mampu memandang dari belakang sahaja.
Seketika senyuman terhias dibibirnya. Kenakalan mereka mencuit hatinya. Di dalam hati dia berharap akan bertemu lagi dengan mereka bertiga. Gadis kecil it telah berjaya menarik perhatiannya. Alahai hati takkanlah kau terjatuh hati dengan gadis kecil itu kot. Budak lagi tu.

Featured