Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Sabtu, 12 Februari 2011

12:00:00 PG

Seindah biasa-2


Bab 2.
            Penat sungguh jadi pengapit nih. Terpaksa pulak ikut jer kerenah si pengantin. Siap kau Zana, kau perah keringat aku hari ni, tak pe, nanti tiba hari aku kahwin pulak. Siap kau, aku jugak akan kerah keringat kau pulak’ dendam hatiku. Eh boleh ker? Entah bilalah aku nak ikut jejak langkah dia ni, bayang pak we pun tak de lagi. Kawan tapi mesra pun tak de, inikan pula kahwin. Jauh panggang dari apilah jawabnya.
            Termenung seketika. A’aah kalau disusuri warna warni kehidupan yang aku lalui dulu dan kini, tak ada bezanya. Mendatar jer warna biru kesukaanku. Tak ada pulak singgah warna pink ke merah ker, hijau ker purple ker jingga ke di dalam hatiku. Semuanya biru. Tapi orang kat biru itu melambangkan rindu. Betul ker? Tapi aku rindu kat siapa erk. Dah memang aku suka warna biru. Nak kata apa dah. nak kata rindu. Tak dok sorang pun yang boleh aku rindu. Kononnya boleh dirinduilah.
            Kelakar betullah aku nih, pasal warna pun nak amik port. Dah tak kerja nak dicari kerja begitulah. Biar mereng sikit otak nih. Tersengih-sengih seorang pun boleh dilabelkan minah senget gak. Tapi taka pa, memandangkan aku telah pun selamat sampai ke rumahku syurgaku ini, tak kisahlah kan.
            Oooh dah sampai bab dua aku berceloteh erk, lupa pula nak kenalkan diri, nama aku Nursyakila binti Norman, aku berusia 25 tahun masih lagi single mingle nih. Ada orang nak masuk boleh jer, kenal kenalan kan. Aku sekarang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil yang diberi nama Tuah Construction Sdn Bhd. Kerani yang juga merangkap pembantu peribadi kepada pengarah syarikat ini. aku ni belajar setakat diploma jerlaa. Malas dah nak sambung belajar. Alhamdulillah setakat ini, gaji aku pun boleh tahan, setiap tahun ada bonus dan increment plus company trip. Ke mana? Ke mana sahaja yang majority suka dalam keluarga Tuah nih.  Jadi tak adalah aku bersusah payah nak bertukar kerja lagi. Nak harapkan kerja kerajaan, aku tak berapa berminat. Hehehe mungkin tak pernah dapat, sebab tuh kot aku labelkan tak minat. Kalau dapat terus jadi minatlah kot.
            Bos aku pulak memang baik. Dan pekerja kat situ pun baik-baik belaka. Tapi yang aku tak tahan mamat bangla yang dok merenyam gatal kat aku tuh. Tak ingin aku. gatal betullah. Tapi oleh sebab aku nih garang, diorang tak ada laa terover dose gatal kat aku. bolayan jer. Tapi ada seorang lagi minah kat pejabat aku tuh, dok tergedik kat diorang. Memanglah nampak macho tapi tak sesuailah kan. Lainlaaa kalau macam Aamir Khan ker, Shah Ruth Khan ker, boleh gak lah layan. Setakat buruh kasar tuh baik tak yah. Merana jiwa nanti.
            Setiap hari aku akan memandu ke pejabat dengan kereta viva kesayanganku. Viva je, tak mampulah nak beli kereta yang besar-besar. Tapi manalah tau kan, suatu hari nanti aku jadi mem besar, boleh merasa gak naik kereta besar. Ahhh berangan jer lebih. Tapi tak salah berangan kan?
            “kila..masuk bilik saya sekejap” tiba-tiba bos termunculkan dirinya di sebalik pintu biliknya. Aik bila masa pula bos datang? Rasanya aku dah awal dah datang. Hari ini tercipta sejarah, bos datang awal. Huhuhu. Tak ok gak. Tak delah aku dok asyik tepon, tepon bos jer. Tanya kat mana, dah nak sampai ke lum. Sebab setiap hari ada je benda yang bos kena sign. Ada jer appointment yang bos kena attend. Yang jadi tukang peringat, siapa lagi kalau bukan PA tak rasminya itu.
            Dengan langkah yakinnya aku pun ketuk pintu bilik bos aku tuh. Kreeet aku membuka pintu bilik tersebut sambil menatap buku nota di tangan aku, oleh sebab aku dah biasa dengan susun atur bilik tersebut, so aku tak pandang kiri kananlah tetapi tiba-tiba…dumm…aduh..bila masa pulak bilik bos nih ada tiang kat tengah-tengah bilik. Sakit woooo dahi nih. Bonjollah nanti. Tiang apa plak?
            Mata yang tadi terpejam menahan sakit sambil tangan menggosok-gosok perlahan dahi tang terkena tiang tadi, aku membuka mata perlahan-lahan, nak maju ke depan pun tiang ada lagi, lalu aku undur ke belakang dan melangkah kea rah kiri sikit, aik tiang pun ada lagi kat sini, mata pulak walaupun dah bukak asyik dok tengok kat buku nota kat tangan je, mana laa tau kalau-kalau ada appointment yang aku terlupa nak remaindkan boss. Confirm tak ada.
            Tapi aku peliklah kenapa tiang kat depan aku ni asyik ikut jer aku nak ke kiri, dia bergerak ke kiri, nak ke kanan, dia bergerak ke kanan, eeeeeeiii dalam hati dah geram dah. siapa yang nak main-main dengan aku pagi-pagi buta ni oi, mamat bangle mana pula? Kalau nak usik aku dalam sehari tak boleh ke? Tak tenang ke hidup? Orang tak layan, masih lagi terhegeh-hegeh nak mengayat. Blah laa balik negare korang, aku ni gadis melayu, mau lelaki melayu gak yang jadi suami aku tau, bebelnya di dalam hati.
            Dengan wajah geram aku mendongak untuk melihat wajah tiang hidup di hadapanku ini. Gulpppppp..mak woi encemnya, dari mana pulak datang nih. Tapi ehhh… kenapa macam familiar je muka dia nih?
“daud? Sudah-sudahlaaaa..nak menyakat kerani abah tuh kenapa?” tegur bosss
Haaaa anak boss ker? Tapi setahu aku anak bos yang sulung dalam lebih kurang umur 18 tahun, baru je lepas SPM, Shaiful Azim, memang aku kenal. Dah jadi kamcing dah dengan aku nih. Suka hati dia jer naikkan pangkat aku menjadi kakaknya. Jadi alkisahnya kalau ada apa-apa yang dia perlukan nasihat untuk memikat awek-awek yang dia berkenan, dirujuknya dahulu padaku, aku laa jadi penasihat tak rasminya. Amik kesempatan sungguh, mentang-mentanglah aku ni pekerja kesayangan abahnya.
“saya tak buat apa-apa pun bah, kerani abah ni yang jalan tak tengok depan, dah stail dia kot bah. Main redah jer”
Ewah-ewah mulut. Tak ada insurance langsung. Depan abahnya pun selamba je nak kutuk aku.
“excuse me Encik, boleh ke tepi sikit, encik telah menghalang laluan saya,” skema sungguh aku berkata. Kat pejabat kenalh skema kan. Ingat ni tempat permainan ker, kat taman kerr….ooo taman tasik titiwangsa. Aku dah ingat dah kat mana aku pernah jumpa mamat nih.
Daud tersengih-sengih. “silakan Cik Manis Kila”
Aku berkerut dahi, bila pulak nama aku ada manis kat depan, cik tuh biasalah. Sebab aku belum kahwin lagi, memang patut dipanggil cik, lainlah di panggil Puan, meraunglah aku kat sini, tak pasal-pasal dan naik pangkat menjadi Puan. Tapi manis tuh pangkat apa pula? Heran sungguh aku, sukahati je nak tambah nama aku yang dah sedia manis nih. Hahaha…syok sendiri pulak.
            Setelah halangan tiada lagi, aku pun maju ke depan dan berhenti di depan meja bos. “hari ini Bos tak ada apa-apa meeting kat luar” beritahu aku.
Bos mengangguk-ngangguk kepala. Tiang bergerak tadi telah pun berada di sisi aku. di sebelah. Rapat pulak tuh. Tak reti malu ke?
“ehemmmmm….” Orang sebelah bersuara, lalu boss mengangkat mukanya dari melihat dokumen di hadapannya.
“lupa pulak saya nak kenalkan, ini Daud, anak saudara saya, merangkap anak angkat saya. Mulai hari ini, dia akan bekerja di sini sebagai arkitek menggantikan Sulaiman yang telah berhenti kerja.
“mulai hari ini juga awak akan menjadi pembantunya” sambung Bos lagi. Aku berkerut dahi. Apa salah aku pula kali ini. kenapa aku perlu menjadi pembantu lelaki itu?.
“boss kenapa saya pula kena jadi pembantu dia, bukan ker Razak pembantu Sulaiman dulu boleh bantu Encik Daud ni” tanyaku.
“Razak sekarang banyak lakukan kerja kat luar, jadi saya rasa awak yang sesuai jadi pembantu dia, lagipun awak ada diploma lukis pelan kan?”
“ehhh…ye tak ye jugak. Tapi dah lama sangat jadi kerani kat sini menyebabkan aku tak berapa kisah ada diploma ke tak. Kerja sekarang pun best jugak walaupun lari dari apa yang aku belajar dulu. tak kisahlaa kan, asalkan rezeki halal.
“jadi dah sampai masanya saya beri awak peluang untuk bekerja di dalam bidang yang awak belajar sebelum ini. lagipun, kerja-kerja yang awak buat sekarang ni, shikin boleh ambil alih. Nanti saya akan arahkan bahagian human resource untuk membuat surat pelantikan awak ke jawatan baru ini”
“jadi Shakila, ambillah kesempatan ini untuk mengejar cita-cita awak itu dan manalaa tahu awaklah tercalon menjadi menantu saya pula” mataku dah membulat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh boss aku sendiri. selamba sahaja. Macam tak kisah pun.
            Bos baru aku pulak dah tersengih-sengih. “ abah…saya rasa dah lebih dari layak nih. Cuma kena beri tunjuk ajar skit-skit je” sambung Daud pulak. Anak beranak nih memang sehati sejiwa betul. Belum masuk lagi mamat sorang lagi. Masaklah aku nanti. Entah muka ni akan jadi warna warni. Sekarang ni pun tak tahu dah warna apa.