Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 28 Mac 2011

Mac 28, 2011

Seindah biasa - 4


Bab empat
“Saya boleh jalan sendirilah. Tak payah nak dukung-dukung” bentak aku geram. Geram dengan sikap bos kecik ni. kononnya prihatin padahal hendak mengambil kesempatan untuk sentuh-sentuh, cuit – cuit aku yang kecil molek nih.
“boleh jalan ke kalau kaki berbalut tebal macam nih. haa cuba jalan saya nak tengok?” balas Daud sambil melepaskan pegangannya.
Baru aje kaki mencecah simen, aku terus meraung.sakit.. sengal.. rasa macam nak potong je kaki nih.
“haaa tau tak pe. Tulah pengajaran untuk orang yang degil. Orang yang perasaan tak sakit padahal dia sakit” berdas-das bos kecik menyembur. Aku apa lagi, jeling sampai nak juling mata ni. nak tak nak terpaksalah berada di dalam dukungannya lagi.
Uishhhh… ringan sangat ke aku ni, bos kecik dukung macam dukung kapas seguni je. dengan muka yang selamba, dengan gaya jalannya yang santai.ewah.. ewah mata sempat lagi menganalisa muka bos kecik ni. bukankah tadi dah kena sound!! Tak serik-serik lagi erk. Hahaha bukan main tadi melawan, kononnya nak tunjuk kuat. Padahal suka je kalau bos kecik dukung ye. Syikin lihat nanti, mesti tangkap jeles ni.
Sampai di rumah, mak hairan melihat aku kena dukung oleh seorang lelaki. Muka mak usah cakaplah, sekilas aku pandang, memang dah tau dah muka nak makan orang. Bukan Kila sengaja mak, Kaki kila terseliuh, tak boleh jalan. Bukannya anak mak nak menggatal tak tentu pasal pulak.
“Assamualaikum mak cik” Bos kecik memberi salam sambil meletakkan aku ke atas bangku yang memang ada di halaman rumah.
“Waalaikumussalam. Kenapa ni sampai berdukung-dukung? Tanpa membuang masa mak bertanya.
“Syakila ni terseliuh kaki semasa kami pergi melihat site tadi. Tak boleh jalan. Maafkan saya sebab dukung dia tadi” ewah berbahasa sungguh bos kecik ni. cirri-ciri menantu pilihan mak. Satu markah untuknya.
“oo iye ke? Kila memang macam tu. Cuai.. bukan cuai sikit tapi banyak. mata dia tu kalau jalan bukan nak pandang ke  depan tapi melingas tengok tempat lain. haa padan muka. Dah kena”
Muka aku dah merah. “ sampai hati mak memalukan anaknya sendiri di depan orang asing ni” pelan je suaraku. Berjauh hati. Dah hilang satu markah. Desisnya.
Bos kecik tersengih-sengih. “tengok gayanya pun dah tahu mak cik. Tapi salah saya juga sebab ajak dia ke site tu. Padahal tak berapa perlu pun.” Ewah-ewah sesuka hatinya nak label orang macam tu. Macamlah dia kenal sangat aku ni. tak apa.. taka pa. ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
Mak dah ketawa. Suka benar melihat anak dikenakan di depan mata. Dan mak pun tumpang sekakilah. Bukan main rancak lagi mereka bercerita, macamlah aku ni pulak yang jadi tunggul kayu dengar entah apa-apa mereka ceritakan. Dari satu topic ke satu topic dan terselit juga kisah aku.
“hello..hello anybody at home? I’m back” sengaja aku mencelah. Yelaa macam takkan habis je cerita dua orang ni. mak pun sama. Macam nak jumpa geng cik kiah pula bergossip padahal di depannya itu bos anaknya. Bukan member-member gossip tepi pagar mak setiap petang laa mak.
Serentak mereka berdua berpaling. “kenapa?” soal mak.
“nak masuk rumahlaa.. nak tidur. Orang kan sakit” aku merengek-rengek.
“masuklah… tak ada orang nak halang pun”
“tapi mana boleh jalan. Sakit. Mak dukunglah”
“issyyykk… budak bertuah ni. mak dengan kau mana lebih besar? Lebih kuat. Mak mana larat nak angkat. Tulaa orang suruh cari suami, tak mau.. kang sakit macam ni siapa yang susah?” Aduh … sedas lagi dia terkena. Molek atas hidungnya yang serba tak mancung nih.
Mak… mak sampai hati memalukan anak mak yang comel ni.. aku dah menunjuk menahan tangis.
“biar saya tolong mak cik..” bos kecik menawarkan diri.
“tak payah. Saya boleh jalan sendiri” tiba-tiba entah dari mana semangat itu dah. Sakit pun sakitlah dari menadah telinga dengan sindiran demi sindiran dari mak, baik aku bawa diri. Jadi dalam susah payah aku pun mengheret kaki aku memasuki rumah. Bisanya hanya Dia yang tahu. Ahhh… tak macam bisa dalam hati ni.
Aku perasan mak dan bos kecik tak lepas-lepas memandang aku dari belakang. Nampak macam bos kecik nak datang tolong tapi mak halang.
“biarlaa.. merajuklaa tu. Tak lama lagi sejuklah. Bukan mak cik tak tahu perangai anak mak cik tu. Sakit sikit je tapi macam dunia ni dah nak kiamat.” Lagi-lagi mak mendedahkan keburukan aku. Entah berapa banyak aku dah hilang markah di mata bos kecik tu. Uwaaa…… sampai hati mak. Bukan mak tak tahu, orang suka sikit-sikit kat bos kecik tu. Kalau macam ni, mesti bos kecik awal-awal lagi dah reject dia. Menangis laa wahai hati. Baru je nak berbunga kena cantas dengan gunting tajam. 

Isnin, 7 Mac 2011

Mac 07, 2011

Kisah Lidya Alya.


“Kau dah fikir habis-habisan ni?” soal Soraya untuk sekian kalinya.
“Berapa kali aku nak cakap ni, pasti 100%!”tegas Lidya Alya.
“Manalah tau kot-kot kau ubah fikiran ke?”
‘Tak.. aku rasa inilah yang terbaik buat kami.”
“Kau tak sayangkan dia lagi ker?”
“Tak sayang kata kau? Kalau tak sayang takkanlah aku sanggup menunggu sampai bertahun lamanya. Dah hampir sepuluh tahun. Kau ingat sekejap ke?” tanya Lidya Alya. Matanya memandang tepat ke arah mata temannya itu. Walaupun hati terasa nyilu dan air mata terasa ingin menghambur keluar, dia keraskan hati seperti mana dia berpegang teguh pada keputusannya ini.
“Habis tu, kalau sayang kenapa kau mengambil keputusan ini. Bukankah lebih baik kau berbincang dulu dengan dia.”
“Aku buat semua ini untuk kebaikannya. Untuk kebaikan semua pihak”
“Bukan untuk kebaikan kau sorang?” tempelak Soraya. Lidya Alya mendengus.
“Kau tak faham.”
“Habis tu cuba fahamkan aku. Tang mana yang aku tak faham tu sebab memang aku tak faham semuanya.”
“Bolehkah kau cuba memahami tanpa menyoal sebab dan musababnya,” perlahan Lidya Alya berkata.
“Tak. Sebab aku kawan kau. Dan aku tak nak melihat kau bersedih, menangis kemudian hari. Aku tak nak kau menyesal di atas setiap keputusan yang kau amik ni.”
“Aku telah buat pertimbangan yang sewajarnya. Baik dan buruk. Yang aku nampak kalau aku meneruskan perhubungan ini, perkahwinan ini banyak buruk dari baiknya.”
“Apa yang buruknya. Cuba bagitahu aku, tak pun kau berbincanglah dengan suami kau tu.”
“Nak bincang apa lagi. Keputusan dah muktamad.”
“Aku rasa dia lebih bahagia setelah berpisah dengan aku.”

Seterusnya boleh baca di ILHAM

Sabtu, 5 Mac 2011

Mac 05, 2011

Email Cinta buat dia...


Assamualaikum... Apa khabar? tentu awak terkejut menerima email ini kan. telah lama ye kita tidak berbalas email. rasanya bagaikan semalam saya mengambil keputusan untuk pergi dan menoktahkan hubungan ini tetapi rupanya telah setahun berlalu. tentunya awak bahagia bersama si dia kan?

Alhamdulillah saya tumpang gembira di atas kegembiraan awak ini. walaupun dalam hati sedikit merintih apatah lagi luka di hati ini bagaikan tak mahu sembuh. ah jangan awak ambil hati pula. bukan salah awak pun. salah saya sebenarnya. salah saya yang silap mentafsir layanan mesra awak. keprihatinan awak. 

saya tahu awak tak relakan saya letakkan noktah di dalam hubungan ini. saya tahu awak sentiasa risaukan saya. sentiasa mengambil berat tentang saya. tapi saya tidak mampu untuk berlagak tak ada rasa cinta, tak ada rasa cemburu melihat awak dengan awek awak tu. maafkan saya. saya memang sayang awak lebih dari seorang sahabat. dan saya tahu awak sayang saya sebagai seorang adikkan. rupanya hati kita ini tak selari dengan kehendak masing-masing. saya tahu awak bengang bila saya tidak hadir di majlis perkahwinan awak. tidak pernah mengangkat telefon lagi apabila awak menghubungi saya.

sebenarnya awak time tu, saya sedang sibuk memujuk hati sendiri. sedang sibuk membiasakan diri untuk hidup tanpa bergantung dengan awak. memang dulu, sikit-sikit saya akan telefon awak. minta izin dari awak apabila hendak keluar dan awak akan bersusah payah menemani sayakan. tidak pun jika saya sedih dan tertekan dengan masalah keluarga saya saya akan cari awak, mengadu kat awak dan tanpa segan silu menangis di hadapan awak. dan jika apa-apa perkara yang saya nak buat, seperti course apa yang patut saya ambil ketika kat U pun awak yang tentukan. baju apa yang perlu saya beli pun awak yang pilih. pendek kata sepenuhnya saya bergantung kat awak. saya ingatkan semua perhatian yang awak berikan kat saya tu adalah tanda awak menyayangi dan menyintai saya. tetapi rupanya saya silap. saya syok sendiri rupanya.

itu pun saya tahu setelah orang yang awak sayang, orang yang ada di dalam hati awak selama ini telah pulang ke sisi awak. dulu dia tiada di sini, jadi banyaklah masa yang awak ada dihabiskan dengan saya. sungguh saya tak tahu bahawa ada orang lain yang awak tunggu selama ini. sehinggalah pada hari bersejarah itu. awak kata awak nak kenalkan saya dengan orang yang paling penting dalam hidup awak. masa itu pun saya amat teruja. dalam hati saya tentu awak nak kenalkan saya dengan mama awak kan. dulu awak pernah cakap mama adalah orang yang paling teratas di dalam hati awak. tak ada wanita lain yang dapat menggantikan tempat mama kerana mama mana mungkin dapat digantikan.

jadi saya bukan main lagi bersemangat ni, awal pagi bangun dan sibuk memilih baju yang sesuai. terlalu excited untuk berjumpa dengan orang yang paling penting dalam hidup awak tu sampaikan tak sentuh. sarapan pagi. tentunya selepas ini saya akan jadi orang yang kedua penting dalam hidup awak. masa tu saya dah berangan-angan untuk hidup bersama awak. menjadi isteri awak.

hahahhaha..saya tertawa dengan kebodohan sendiri selepas berjumpa awak hari itu. ketawa tetapi kenapa air mata ni tak henti-henti keluar. hati saya rasa macam kebas. macam dah tak dapat rasakan apa-apa. tak rasa sakit tak juga rasa gembira sampaikan saya tak tahu ke mana arah tuju saya selepas berjumpa awak hari itu. sebenarnya tak ada panggilan telefon dari adik pun, saya dalam diam-diam bunyikan sendiri ring tone telefon saya itu. kononnya ada panggilan telefon itu adalah tipu semata-mata. saya tak mampu lagi untuk berlakon depan awak dan awek awak. tak mampu lag untuk tersenyum apatah lagi bersuara. jadi baik saya cepat-cepat beredar dari situ. saya tak ingin air mata ini tumpah di hadapan awak.

sejak hari itu awak sentasa sibuk. masa untuk bersama saya pun makin kurang. tapi saya tahu awak cuba sedaya upaya untuk memperuntukkan masa untuk saya kan. awak masih lagi menefon saya, sms kat saya. saya tahu awak akan sentiasa mengambil berat tentang saya. sebab awak pernah cakap itu kan tugas seorang abang, seorang kawan. dan saya tahu awak akan tetap tunaikan janji awak untuk sentiasa menjaga saya, sentiasa ada di sisi saya bila - bila masa saya memerlukan.

tetapi saya sedar diri. rasa dalam hati ini tidak akan berubah. dan saya tahu saya takkan mampu berpura - pura gembira di hadapan awak lagi. dan saya tahu bermulanya saat itu juga saya perlu menghadapi kehidupan ini sendirian. takkan selamanya saya akan bergantung kat awakkan. lambat laun awak akan kahwin juga, akan punya isteri untuk disayangi, akan punya anak untuk dikasihi dan diberikan perhatian. jadi siapa saya untuk terus mengharapkan kehadiran awak sentiasa.

oleh sebab itulah saya mengambil keputusan untuk pergi pada hari awak melafazkan akad. kalau awak nak tahu pada masa itu kedua ibu bapa saya telah selamat bercerai. umi kembali ke kampung dan baba sedang bersiap sedia untuk berkahwin lain. mereka bagaikan tak kisahkan tentang anak-anak mereka. umi cakap kat saya dan adik, ikut kamilah samaada nak ikut umi atau baba. sampai hati umi cakap macam tu. seolah-olah kami berdua bagaikan tidak memberi sebarang makna kepadanya.baba lagilah tengah sibuk berkepit dengan bakal isterinya, langsung tak hiraukan kami. mujurlah masa itu, saya telah pun diterima bekerja sebagai PTD di salah sebuah kementerian dan dihantar bertugas di selatan tanah air. saya tanya adik sama ada nak ikut saya atau pun nak ikut umi dan baba. adik cakap nak ikut saya. jadi kami pun berpindah ke selatan, hidup berdua.

saya tahu mulai saat itu, saya perlu bergantung pada diri sendiri. sayalah ayah dan sayalah ibu. kalau awak nak tahu sudah setahun juga saya tak berjumpa umi dan baba. mereka sibuk dengan keluarga baru mereka. saya dan adik bagaikan anak yatim piatu. raya pun kami sambut berdua. sebaknya rasa hati ini. tapi saya cakap kat diri saya, saya seorang yang kuat, seorang yang tabah untuk terus meneruskan perjalanan ini.

tentu awak terkejut menerima email inikan? sebenarnya tadi saya nampak awak bersama isteri awak. saya nampak awak sangat bahagia bersamanya. senyum tak pernah lekang  dari bibir awak. asyik pula memeluk pinggang isteri awak yang sedang sarat mengandungkan buah cinta awak  tanpa sedar air mata membasahi pipi saya. rupanya hati ini tetap sama seperti dulu. untuk muncul di hadapan awak? tak mungkin. sebab saya tak punya kekuatan. saya tahu awak masih seperti dulu. setiap bulan sentiasa ada email dari awak bertanya khabar tentang saya. saya tahu awak sentiasa mengambil berat tentang saya. saya tahu awak tak puas hati dengan saya kerana meninggalkan awak begitu sahaja. menoktahkan hubungan kita tanpa memberi sebarang sebab.

akhirnya selepas setahun saya terbuka hati untuk membalas email awak ni. jadi rasanya dengan kedatangan email ini menjelaskan segala yang tak jelas setahun yang lalu. jangan awak merasa susah hati selepas membaca email ini. jangan awak rasa simpati atau jangan sesekali rasa yang tak sepatutnya awak rasa. saya bahagia dan gembira melihat awak bahagia bersama keluarga awak. tentang saya, jangan awak risau, saya dah cukup dewasa untuk menghadapi kehidupan ini bersendirian. awak jangan risaukan saya ye. 

saya gembira dengan kehidupan saya ini. biar pun sendirian lagi tapi cukuplah saya katakan saya senang sendirian. bukan kerana cinta yang masih wujud dalam hati ini. dan bukan juga disebabkan luka ini. semuanya bukan. sebab serunya belum sampai. saya belum lagi jumpa dengan pemilik tulang rusuk yang ada pada saya  ni. insyaallah sampai masanya akan ditemui jua :D

oklah dah panjang benar email saya ni. cukuplah sampai di sini. haa satu lagi saya ingin memberitahu kat awak, saya sekarang bukan lagi berada di bumi Malaysia. jangan tanya di mana cukuplah saya katakan saya sekarang berada di sebuah negara empat musim. akhir kata, semoga awak akan terus bahagia di samping keluarga awak. Wasalam.

salam dari jauh,
Atikah.
..................
bergenang air matanya. sekian lama menunggu akhirnya dia menerima juga balasan emai dari Atikah. dulu merata-rata dia mencari apabila rumah Atikah kosong dan diiklankan untuk dijual. ah salahnya juga kerana sibuk dengan agendanya sendiri. sibuk menguruskan hal sendiri sehingga dia tidak punya waktu untuk bersama dengan gadis itu. 

mungkin salahnya juga kerana membiarkan gadis itu menyimpan rasa kepadanya. sebenarnya apa yang dirasakan oleh Atikah senada dengan apa yang dirasakan di dalam hatinya. tetapi dia tiada pilihan lain. dia terpaksa memilih dan pilihan adalah mengecewakan gadis itu,. biarlah rahsia hati ini tersimpan di dalam hatinya yang paling dalam. 

mengetahui Atikah hidup baik-baik saja, dia bersyukur sangat. dia tahu gadis itu seorang yang tabah. dia mampu mengharungi setiap rintangan dan dugaan ini dengan penuh sabar. di dalam hati dia berdoa agar gadis sebaik itu akan menemui seorang lelaki yang baik, yang mampu melindungi dan menjaganya. walaupun di hati tetap ada rindu, namun dia redha dengan takdir ini. semoga bahagia sayang... saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak walau di mana pun awak berada sekarang ni. 

lalu dia pun menutup email dan juga laptopnya...



Jumaat, 4 Mac 2011

Mac 04, 2011

Suamiku tukang masak?


"Dear... lepas ni awak tolong kupas bawang, pastu rebus cili kering dan blender, halia dan bawang putih pun blender jugak" Encik Suami memberi arahan. biasalah time dia masak cik isteri ni yang kena sediakan bahan. maklumlah chef nak masakkan.

"baik" jawab cik isteri tapi tak sedikit pun berganjak dari depan astro.

Encik suami dah menjeling-jeling dah. mulut je jawab tapi orangnya dok ralit tengok tv lagi. ni memang nak kena nih.

" orang suruh buat, pergi laa buat... dok landing lagi ni kenapa?"

"jap ah.... sikit lagi nak habis ni. lagi 15 minit" pinta cik isteri sambil memberikan sengihan  malas. hahahaha.. dah time drama korea full house tengah main kat tv ni. ada je benda nak disuruh. kena tunggu cerita ni habis dulu baru cik isteri berganjak dari depan tv.

"issshhh. giler sangat ke drama korea nih. tak tahulah tang mana yang best sangat." Encik Suami telah mula membebel.

"hero dia hensem dan heroin dia cute... citerr best nie nana. tengok tu cantik kan tempat dia" jawab cik isteri,.

"nanti kita pergi honeymoon kat korea ye nana" cik isteri buat muka kasihan. bestnya kalau dapat pergi korea kan. dah berangan dah dalam hati nih.

"honeymoon apa nye. bukan ker hari tue dah pergi comeron, tak puas lagi?" balas encik suami. malas nak layan ajakan cik isteri nih.

"huh... nana ni tak romantiklah. tue cameron je. bukan oversea pun " cebik cik isteri sambil tarik muka masamnya.

" nanti ada duit nana bawak pergi Jerman erk" pujuk Encik suami lak. cik isteri dah tarik muka empat belas dah. asyik kena ikut selera dia je.. selera orang bila plak. bebelnya di dalam hati.

"entah bila ntah nak sampai"

"alaa ada rezeki nanti sampailah"

"dah....dah... pergi buat apa yang nana suruh nuh. cerita dah habis.. nanti tak sempat nak masak lak" gesa Encik Suami sambil mengambil remote astro untuk menukar channel lain. channel mana lagi kalau bukan channel yang menyiarkan cerita P. Ramlee. tak pun tamil. berbelit lidah nak bercakap bahasa tamil ni, tak pun pening kepala dengan orang india bercakap nih.

"nana nih suka sangat tengok cerita tamil ni. kalau filem tu tak pe gak. ni cerita masakan. tak pun cerita realiti menari. entah apa-apa..dah laa tak de subtitle..orang faham pun dak" rungut cik isteri perlahan tapi masih lagi didengari oleh Encik Suami.

"awak yang tak faham. nana faham je" balas encik suami. selamba je. 

dengan langkah malas, cik isteri pun pergila ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan untuk encik suami masak. dia nak masak orang yang kena sediakan bahannya. rungut cik isteri dalam hati.

"nana dah siap. cepat laa masak orang lapar ni" laung cik isteri dari dapur. ceh macam laa dapur tu jauh sangat padahal dua tiga langkah dah pun sampai.

lalu encik suami pun masuk dapurlah nak masak. eh.. untung jugak dapat Encik Suami yang pandai masak ni kan. kalau cik isteri malas masak, Encik Suami boleh masak kan. alahai bertuahnya badan.

"orang dok masak bukan nak tengok, bukannya nak belajar. dok berangan je lebih" tegur encik suami setelah melihat cik isteri termenung. dok berangan. alahai tertangkap basahlah pulak. apa lagi cik isteri pun tersengih-sengihlah. konon nak cover muka yang malu..eh tak malu pun.. buang karan je nak malu ngan encik suami ni.

jadinya dia pun mendekati encik suami yang sedang tumis bahan untuk masak ayam kapitan ni. menu hari ni adalah nasi kandar. sedap tau encik suami ni masak. maklumlah sebelum ni dia berguru dengan mamak kat penang dulu untuk masak nasi kandar ni. kiranya kalau bukak kedai memang laku habislah. tapi oleh sebab tak de modal lagi, tak sampai laa hajat nak bukak restoran. jadi pengawai sains laaa dulu. itulaa untungnya dapat encik suami yang pandai masak ni. weekend boleh je encik suami masak masakan mamak ni. tapi...

"haaa dok berangan lagi.. kacau kat dalam kuali ni. tue laa time orang masak bukan nak belajar pun. bila nak pandai masak kalau macam ni" bebel encik suami. garang. 

cik isteri mencebik sambil buat muka " eloklah tu buat muka macam tu kat suami." terus kena tegur.

tahu kenapa tapi..... tadi? sebabnya kalau encik suami dah masuk dapur. kat dapur dia dah berkuasa, jadinya dia akan berubah jadi garang dan suka membebel kat isteri dia nih. sebab itulah cik isteri tak mahu belajar masak dengan Encik Suami sebab apa tau..sebab selalu kena marah. garang plak tuh.

Pernah cik isteri nak belajar masak masakan mamak ni laa kononnya lalu dia pun tanyalah " nana nie bubuh apa selain bawang serai dan pandan ni. yang putih ni serbuk apa?"

"tengoklaa sendiri. banyak tanya plak?"

"dah tak tahu kenalah tanya, nak suruh orang belajar masak sangat" rajuk cik isteri,

"ni malas nak belajar ni"

"orang dok tengah masak, janganlah tanya banyak-banyak"

"tak tanya tak tahulah. macam mana nak masak" lagi cik isteri bersuara.

lepas tu encik suami dah mendiamkan diri. malas nak layan dah kot. dan cik isteri puin ke depan. baik tak yah masuk dapur. asyik kena marah dan kena bebel je. baik tunggu siap masak dan makan je. rungut cik isteri dalam hati.

haaa..itulah dia kalau dua - dua orang pandai masak. dua-dua orang pandai bertukang kat dapur. walaupun cik isteri taklah sepandai encik suami tapi setakat masak tomyam, mee hailam, sup, masak merah tu kacang je laaa... tapi bab masak masakan mamak ni faillah. dah ada Encik suamikan boleh masakkan. tak yah belajar lagi.

p/s : kalau sesiapa nak catering untuk masakan nasi kandar ke, nasi tomato ker, nasi briyani ke... leh bagi tahu shima... ;)




Khamis, 3 Mac 2011

Mac 03, 2011

Seindah biasa - 3


Bab tiga
Telah seminggu aku menyandang jawatan baru itu. kelam kabut dibuatnya. Macam-macam benda dia nak tahu semuanya ditanya kat aku. pasal projek –projek yang sedang Tuah laksanakanlah. Aku pulak, hampeh satu pun tak tahu. Yelaa kan, sebelum ni bab-bab projek ni aku tak masuk campur, tak ambil tahu pun. aku buat kerja dalam scope kerja akulah. Yang lain-lain, yang tak ada hubung kait tu aku tak ambil tahu. Tapi sekarang siapa yang susah. Kot iyer pun bos nak naikkan pangkat aku, patutnya dia beritahulah aku awal-awal, bolehlah aku berbaik-baik dengan si Razak tu. Belanja makan ke, alaaa bodek-bodek skit suh dia ajar apa yang patut diajar.

Ini tidak terkapai-kapai aku sorang nak melayan kerenah bos kecik nih. Boleh jadi biol otak kecik aku ni. Uwaaa.. kalaulah aku tahu jawatan aku yang baru ni, kerja-kerjanya nak menyerabutkan kepala ni, awal-awal lagi aku takkan terima. Baik buat kerja yang dulu. aman damai hidup aku ni.

“Kila.. lepas ni ikut I tengok projek dekat bangi?” pantas aku mendongak. Muka pula macam blur. Apa yang dia cakapkan nih

“apa bos?”

“follow me” kemudian bos kecik pun berlalu masuk ke bilik dia. Aku masih lagi blur. Apa yang follow me…. Follow me ni! Ingat ke ni iklan follow me  kat dalam tv ke? Lalu aku berpaling ke sebelah meminta talian hayat.

“apa yang bos kecik cakapkan tadi?”

“dia nak kau ikut dia keluar tengok site kat Bangi lah” sambil tersengih sengih Salwa memberitahu.

“apa maknanya aku kena ikut dia. Tak tahu ke perempuan tak digalakkan keluar tengah-tengah hari macam ni, matahari berdiri tegak macam ni.. hanguslah kulit aku nanti” rungutku. Bos kecik pergi seorang tak boleh ke? Aku pergi ke sana buat apa? Tak ada maknanya.

Eeeeiiii…boleh ketawa pulak si Salwa ni. Aku mencebik dan menjeling tajam. Suka-sukalah. Kalau terkena kat batang hidung sendiri baru tahu. Aku paling tak suka pergi site. bukan macam si Shikin tuh. Pantang kalau orang mengajak dia pergi site. boleh cakap seronok lagi. Jalan-jalan makan angin katanya. Boleh gak cuci mata. Siap makan free lagi. Huh. Kenapalah bos tak ajak je si Shikin tu, memang sesuai sangat. Bukan macam aku nih.

“jom….” Bos kecik dah terpacak kat depan aku dengan gaya handsomenya.

“erk……. Tak pergi tak boleh ke bos. Panaslah kat luar tu. Kalau saya pengsan macam mana? Susah pulak bos nanti” aku memberikan alasan – alasan yang amat lojik yang dapat difikirkan.

“ tak boleh. Kena pergi jugak. Dah namanya pembantu I kan, kenalah ikut ke mana I pergi. Kalau pengsan, no problem. Setakat you ni, sebelah tangan I mampu angkat tau” selamba je jawapannya. Siap mengenyitkan mata kat Salwa lagi. Apa lagi minah tu, tersenyum sipu lah. Bos main kenyit mata dengannya. 

Amboi minah ni, bukan main lagi ye. Bos pulak boleh termesra alam macam tu. Tahulah nak pikat hati pekerja tapi janganlah terover sangat. Nanti dapat pulak title “ bos miang” baru tau. Cemuh aku di dalam hati. Aku masih lagi berat punggung untuk bangun. Bukan apa mengingatkan kena pergi ke site dalam panas terik ni, kena jeling dengan mamat indon dan bangla kat sana. Huh tak sanggup gue. Aik tercakap indon laa plak.

“cepatlah. Nanti makin panas pulak kat luar sana” gesa bos.

Dengan gaya lemah longlai dan malas, aku mengambil beg tangan yang terletak di dalam laci meja dan terus membontoti bos ke keretanya sambil menjelirkan lidah  kepada Salwa yang menunjukkan tanda bagus. Suka sangat dia tuh. Nasib baik Shikin cuti hari ni. Kalau tak boleh gak merayu kat boss bawa Shikin sekali. Jadi adalah temannya.

Di dalam kereta mereka diam seribu bahasa. Masing-masing melayan perasaan. Sesekali Daud menjeling  gadis di sebelahnya. Nampak sangat dia tak berapa puas hari sebab kena ikut ke site. tapi kan memang lambat laun pun gadis ini perlu juga menjejakkan ke site gak. Kalau tak apa fungsinya sebagai pembantunya.

“ u berangan ingatkan pak we ke?” soalnya tiba-tiba.

“hmmmmmm….” Malas nak layan. Orang tak nak ikut. Dipaksa-paksa jugak. So secara automatiknya mulut pun jadi bisulah. Aku buat-buat tak tahu dan asyik memandang keluar je. Terasa lambat pula nak sampai. Dikerling jam kat dashboard, baru  jam sebelas pagi. Tapi matahari bagaikan tak malu-malu memancarkan cahayanya, apatah lagi dengan langit yang bagaikan tak berawan, biru je. Dalam diam aku mengeluh. Aku memang tak sukalah pergi site nih.

“tak baik mengeluh. Rezeki akan lari” pantas sekali mulutnya menegur. Belum sempat aku menghembuskan nafas keluhan ini.

“peduli apa.” Haa… baru dua patah kosa kata keluar dari bibirku. Rasakan. Perang dingin telah bermula.

Lelaki di sebelahnya menjeling lagi. Aik memang dah jadi bisu dah budak ni. Eh silap boleh jadi mak budak dah.

Akhinya perjalanan yang mengambil masa sejam itu pun sampai. Dilihat hanya pacak-pacak tiang yang naik. Yang lain tak naik lagi. Kereta dihentikan dan nak tak nak terpaksalah aku ikut turun sekali. Kelihatan Mr Bala, supervisor site menuju ke arah mereka. Tersengih-sengih melihat aku ada sekali.

“haiii cik adik manis. Datang melawat abang ke?” tegurnya dalam pelat tamil yang tak pernah nak betul. Katanya orang Malaysia tapi cakap melayu tak pandai-pandai. Cemuh aku di dalam hati.

Terus aku menjeling maut. Siap tunjuk penumbuk lagi. “ kalau bukan kena paksa, tak ingin saya datang tempat nih” kataku.

Bukan nak simpati malah gelak lagi kat aku. apa punya oranglah.

“nak buat apa ni? Bukannya bangunan dah naik pun” tanya ku.

Bos kecik buat tak tahu je, selamba je dia bertanya itu ini kat Mr Bala tu tanpa mahu menjawab apa yang aku tanya. Terpaksalah ikut sekali. Aku perasan ada mata yang memandang aku kat sini. Ada yang tersengih-sengih dan ada yang melemparkan senyuman menggoda lagi. Leh jalanlaa… tak ingin aku terjatuh cinta kat korang semua. Not my tastelah

Ewh bunyi macam sombong benarkan. Sebab itulah sampai sekarang ni masih keseorangan lagi. Memilih sangat. Mestilah kena pilih kan. Takkan nak terjatuh hati kat mamat Lombok pula. Lalu aku mengekor rapat bos kecik dan Mr Bala tu. Dalam hati bukan main dok menyumpah-nyumpah. Lambat lagi ke nak balik. Hahahahaha.. baru je sampai tak sampai 10 minit pun dah merungut nak balik.

“Aduh…” aku terjerit kuat. Bila masa pula lubang ada kat sini. Tak pasal-pasal aku terjatuh. Kaki kanan pula terbenam masuk ke dalam sebuah lubang yang tak berapa dalam. muka dah merah menahan tangis.

Mendengar suaraku, bos kecik cepat cepat menerpa. Pekerja lain yang berhampiran pun sama.macam gula kena hurung ke semut pun ada, situasi aku sekarang ni. malu usah cakaplah. tak tahu dah nak letak muka kat mana ni. buat kerja tak ikhlas macam nilah jadinya.

“kenapa? Kenapa boleh terjatuh pulak ni. Tak perasan ke lubang ni” bertalu – talu pula bos kecik menyoal. Bukan nak tolong angkat aku ke apa. Dengan muka yang merah padam dek panas dan juga sakit. Akhirnya air mata yang ditahan-tahan pun jatuh jua akhirnya.

Pantas sahaja dia menyentuh kaki ku yang termasuk lubang itu. sikit je pegang. Tapi “ sakiiiit” meraung lebih pula aku nih. Memang sakit pun. jari terkena pisau sikit pun dah meraung-raung apatah lagi tadi terjadi hampir jadi macam nangka busuk yang terjatuh atas tanahlaa juga.

            Jadi tanpa berlengah lagi, Bos kecik mendukung aku. aku pula terkedu. Tak sangka pula bos kecik dukung aku macam ni. Lagilah merah mukaku. Tapi aku tak ada pula melarang apatah lagi meminta untuk turun. Syok pulak kena dukung ni walaupun kaki sakit. menangis tapi dalam hati tersengih gatal. jangan Syakila, jangan main-main tersyok pula.

          “u ni lainkali berjalan tu tengok-tengok sikit. Ni tak berangan je. Pastu dok mengutuk-ngutuk kat dalam hati tu. Nilah jadinya” sempat lagi dia membebel masa menuju ke kereta.

            Aku pula terkaku. Mak oi. Handsomenya bos kecik ni bila pandang dekat. Dengan alis mata yang lebat dan kulit yang putih kemerahan. Mukana bersih tanpa jerawat. Aik. kenapa tiba-tiba dip dap dup di dalam hati…..

            “dah habis analisis muka I yang handsome ke?”  aku apa lagi pandang kot lain laaa… nasib baik dah dekat nak sampai kat kereta dah.  

Featured