Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 25 Julai 2011

Julai 25, 2011

Ku hapus luka, kusemai cinta

p/s : Ini adalah cerpen yang belum ada tajuk hari tu..so ramai yang pilih tajuk ku hapus luka, ku semai cinta.. yang dicadangkan oleh cactaceous opuntia...So cactaceous opuntia tunggu cenderahati misteri dari kak shima ek... oklaa.. shima repostkan semula cerpen ni... dan sori sangat2 sebab shima dah lama biarkan blog ini sepi... tak tahu sampai bila... tp shima tetap akan muncul... sabar ek...


Hati - Aku ingin merasai apa itu cinta tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk mula bercinta. Hati ini kuat mahukan dibelai, dimanjai dan disayangi oleh seseorang yang bergelar kekasih. tapi aku takut, takut ditinggalkan setelah seluruh raga aku curahkan seperti ibu yang telah ditinggalkan oleh ayah bertahun dulu, sehingga kini dia membenci lelaki. Mengapa harus ada rasa takut ini? Hati ini belum lagi dijentik oleh sesiapa tetapi ia telah cakap takut akan dilukai. Argggg...Nurin mengeluh kuat. dia terlalu menurut rasa hati. terlalu takut untuk bercinta.


Melihat mereka -mereka yang berjalan berpasang-pasangan hatinya diterpa rasa cemburu. Cemburu melihat kebahagian orang lain. cemburu melihat wajah riang si gadis bermanja mesra dengan si jejaka pilihan hati. Sedangkan dia, orang hanya menyapa, dia terus berlari macam disapa oleh hantu. entah dari mana phobia ini datang menyusup ke dalam hatinya. Adakah kerana pengalaman lalu? tapi dia tidak pernah bercinta apatah lagi memberikan ruang untuk seorang lelaki melangkahkan kaki ke dalamnya.


“Cantikkan warna matahari senja?” tiba-tiba terasa bisikan di telinganya. Pantas dia berpaling. mukanya pucat bagaikan ternampak sesuatu yang menakutkan di petang hari. Kenapa dia berada di sini sedangkan baru tadi terlihatnya di kedai dobi di kawasan apartmentnya.


“awak ikut saya ke?” spontan soalan itu keluar dari bibirnya. kuat. lagi kuat detak hatinya sekarang ini.


Sebuah sengihan terbit di bibir lelaki itu. lucu dengan reaksi yang tidak disangkakan dari gadis itu. “bukan mengikut tetapi kebetulan tempat yang kita tuju adalah sama. suka datang ke sini?”


“buat apa hendak tahu?” Nurin berura-ura untuk bangun dari situ. dia amat alah kalau ada seorang lelaki menegurnya. wajahnya akan berubah pucat dan dia tidak tahu macam mana mahu bereaksi di atas keramahan seorang lelaki. hatinya tetap curiga dengan niat disebalik teguran itu.


“mungkin lainkali kita boleh datang bersama-sama” ringkas saja jawapannya mengundang rasa jengkel di dalam hati Nurin. Lelaki memang pandai berkata-kata dan bersahaja. Lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai rupa paras yang menarik seperti lelaki yang berada di hadapannya ini. sekilas Nurin memandang wajahnya dan pantas mata lelaki itu menyambar matanya menjadikan dia terkaku seketika. nafasnya terasa sesak. apakah rasa ini. hangatnya terasa menyerbu ke wajahnya.


Bagaikan baru tersedar, cepat-cepat Nurin mengalihkan pandangan. memandang cahaya matahari yang tersimbah di atas permukaaan tasik di Taman Tasik Metropolitan ini.



Mengapa wanita perlukan lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


Nurin termenung selepas membaca artikel tersebut. Sangat menyentuh perasaannya. bagaikan dialah Kawan yang dimaksudkan di dalam artikel itu padahal dia tidak pernah mengenali si penulis artikel itu. Di dalam hati diakui setiap yang dicipta oleh Allah s.w.t ada pasangan masing masing dan mengapa dia hendak menindakkan kebenaran itu. Lantas dia teringatkan perbualannya dengan ibunya tentang risikan yang diterima.

“Ajmal itu baik orangnya. Anak ibu pun telah pun dewasa. Sudah cukup umur untuk membina keluarga sendiri dan ibu yakin Ajmal adalah sebaik lelaki yang ditakdirkan menjadi teman hidup anak ibu ini”
“tapi ibu... Kalau Nurin tak kawin pun Nurin boleh hidup juga. Jadi buat apa nak kawin” Nurin membalas kata ibunya. Baginya hidupnya sudah cukup lengkap dan bahagia dengan kasih sayang ibunya. Buat apa memeningkan kepala dengan kehadiran seorang lelaki walhal dia sendiri tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa. Hidupnya lebih dari bahagia. Jadi dia tidak nampak perlunya seorang lelaki di dalam kehidupannya kini dan akan datang.

“ Nurin ...Fitrah semula jadi manusia saling memerlukan antara lelaki dan perempuan....”

“tapi.. ibu seorang juga selama ini. Mana ada lelaki di samping ibu...” tingkah Nurin.

“Jangan samakan ibu dengan Nurin. Memang tidak ada lelaki di samping ibu sekarang tetapi ibu pernah mengecapi nikmat hidup bersama seorang lelaki yang digelar suami...”

“tapi kalaulah ibu bahagia bersama dengannya tapi kenapa dia tega meninggal ibu dan Nurin. Langsung tidak pernah menghargai kita berdua” Suaranya sedikit meninggi. Kerana seorang lelaki, dia diejek sebagai anak luar nikah, anak pungut kerana berbintikan Abdullah dan hanya dia dan ibu sahaja di dalam keluarga mereka.

“Ayah Nurin seorang lelaki yang baik. Dia meninggalkan kita bukan dengan relahati tetapi kerana terpaksa. Antara isteri dan ibu, Ibu lebih berhak ke atas anak lelakinya. Kebahagiaan dan restu ibu paling amat penting. Jadi oleh sebab itu dia terpaksa pergi...”

“tapi kenapa dia tidak pernah kembali untuk menjenguk anak dan isterinya di sini..”

“Sebab ibu bukan lagi isterinya. Sebab ibu bukan lagi tanggungjawabnya. dan kerana dia tidak mampu untuk datang ke sini” jelas ibunya. Rasanya sudah tiba masanya dia membongkar kisah mereka.

“Ayah Nurin kemalangan ketika ingin kembali ke rumah keluarganya menyebabkan dia telah lumpuh. dia tidak mampu berjalan lagi. Sebab itulah dia tidak dapat kembali kepada kita” Dalam suara yang amat dalam ibunya bercerita. Rindunya usah ditanya, pastinya seluruh hatinya merindui lelaki yang pernah bergelar suami itu.

“tapi kenapa tak cakap awal-awal”

“Sebab tidak ada sesiapa pun yang sudi menitipkan berita itu.. sehinggalah Ajmal mengetahui tentang kita...”

“apa kaitannya AJmal dalam hal ini...” soal Nurin pelik.

“Ajmal adalah anak sepupu ayah Nurin.. peguam kepada keluarga mereka.. Sebelum ayah Nurin meninggal dia menitipkan pesan supaya mencari Nurin dan ibu serta memperisterikan Nurin.. ini Amanat ayah Nurin.. dan Nurin patut menerimanya...”

“Ayah yang tidak pernah Nurin rasai kasih sayang dan belaiannya?”

“Buat apa Nurin perlu ikut amanatnya” dengus Nurin tidak berpuashati.

“Ayah Nurin bukan tidak sayang tetapi masa tidak menyebelahinya. Ibu pasti Ayah Nurin sangat sayangkan Nurin seperti mana dia sayangkan ibu..” Pujuk ibu lagi..

“hmmmm..nantilah Nurin fikirkan..”Putus Nurin.

“termenung??” Tegur seorang lelaki di hadapannya. Lantas dipanggungkan kepalanya untuk melihat orang itu.

Dia... dia yang mengacau bilaukan hidupnya yang tenang selama ini.

“Macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini”

“Hujung minggu seperti ini tiada tempat lain lagi dah yang awak suka lepak kan?” Dengan sengihan nakal dia memberikan jawapannya.

“Awak mengintip saya?” Jeling Nurin.

“Bila masa? taman ini tempat awam. Sesiapa pun boleh datang dan tiap kali saya ke sini saya nampak awak. Kesimpulannya awak memang suka ke sinikan?” Jawab Ajmal selamba.
Nurin menjeling. tidak suka orang mengganggu ketenangannya.

“kenapa awak termenung.. tak nak kongsi?”

“Buat apa kongsi dengan awak. saya tak kenal awak pun” Balas Nurin kasar. Dia memang tak suka dan tidak pernah suka jika ada lelaki yang ingin mendekatinya. dia memang alegik.

“Sebab tidak lama lagi awak akan berkongsi hidup dengan saya!” Satu ayat penyata keluar dari bibir lelaki itu membuat Nurin bertambah meluat.

“Tak hingin pun” Lalu bingkas Nurin bangun dan ingin beredar dari situ.

“Selama mana awak ingin mengelak dan lari dari masalah Nurin. tak akan selesai. tidak boleh ke awak berikan peluang untuk diri sendiri dan jangan susahkan hati ibu awak dengan sikap degil awak ni” Keluh Ajmal.

“Susahkan ibu. selama ini saya tidak pernah menyusahkan ibu apatah lagi menyakitkan hatinya. Apa yang saya buat hinggakan awak tuduh saya macam tu sekali?” Nurin telah mula berang. tidak suka dituduh tanpa usul periksa.

“Dengan sikap awak yang tidak mahu menerima lamaran saya ini dan menunaikan amanat terakhir ayah awak. bukankah sedikit sebanyak membuatkan dia susah hati”

Nurin terdiam sebelum membalasnya. “Ibu tidak pernah memaksa. Ibu mahukan yang terbaik untuk saya. Jadi jika saya tak nak, takkan sesekali ibu memaksa saya termasuklah perkara ini.

“Itulah yang awak tidak tahu. Hati ibu mana yang tidak risau jika anak gadisnya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berumah tangga. tentulah dia risau dengan masa depan anak gadisnya itu”

“No pointlah. Saya ada kerja dan saya mampu jaga diri sendiri” balas Nurin lagi.

“tapi tentunya dia ingin merasa kasih sayang cucunya pula kan?” Ajmal bermain kata.

“Merepek... ada saya lebih dari cukup buat ibu” selesai berkata Nurin tidak menunggu lebih lama lagi untuk berlalu dari situ.

Dilhatnya lelaki itu menggelengkan kepala dengan kekerasan hatinya. Biarlah..biar dia tahu siapa Nurin yang sebenarnya...
…..

“tapi ibu.. Nurin tetap tak suka dia..”
“Keputusan ibu muktamad.. bulan depan majlis akad nikahnya..” tegas ibunya. Berlinang air mata Nurin. kenapa dia perlu hadapi semua ini. Hidupnya sudah cukup selesa tetapi kenapa perlu lelaki mencelah.

“Saya sukakan Nurin sejak pertama kali mata saya menyapa wajah Nurin...”

“Kenapa? Sebab saya cantik?”

Lelaki itu ketawa perlahan.

“Yang itu satu bonus. Saya telah berjumpa ramai gadis cantik dan lawa. Tetapi hati saya tidak pernah merasai apa yang saya rasai bila saya terpandangkan Nurin. Sejak itu saya tahu saya telah jumpa tulang rusuk saya yang hilang....” lebar dia berkata.

Nurin mencebirkan bibirnya.

“Ah lelaki memang pandai bermain kata...Berderet lelaki macam awak. sampaikan saya muak mendengarnya...” bidas Nurin cepat.

Lelaki ini tetap tenang dan bersahaja dan mengundang getar di hatinya.

“Itu saya tidak nafikan dan kalau saya katakan kata-kata saya tadi, pertama kali saya katakan dan tujuan pada awak saja, tentunya awak tak percayakan? tapi tentunya awak dapat rasakan keikhlasannya kan?” Lagi dia berkata...

Nurin terdiam..benar dengan apa yang dilafazkan itu tidak mengundang jelek di hatinya. kedengaran bunyinya ikhlas.
Sebulan berlalu dan kini dia selamat menjadi isteri orang. Senyuman manis ibu dan keceriaannya bagaikan mengunci perlakuannya agar menerima sahaja takdir ini. Kesegakan Ajmal mengundang pujian ramai. Nurin tidak berani untuk memuji walaupun berjuta rasa hatinya telah tertawan dengan lelaki itu.

“Terima kasih....” perlahan ucapan itu menerjah ke pendengarannya. Ketika itu Nurin sedang membuka tudung setelah seharian majlis berlangsung.

“Untuk apa?”

“Kerana sudi menjadi isteri abang...” Perlahan suara suaminya berbisik sambil menolong dia merungkaikan tudung yang menyembunyikan rambutnya dari pandangan suaminya.

“Saya lakukan ini kerana ingin melihat ibu gembira..” Balas Nurin menutup rasa yang bergetar di dalam hatinya.

Saat lafaz disahkan hatinya sejuk. Panas yang dirasakan selama ini mulai beransur hilang. Ruang yang kosong dulu kini bagaikan berunsur-ansur dipenuhi dengan rasa yang tidak pernah dirasakan selama ini.

Melihat renungan sepasang mata di bias oleh cermin dihadapannya, membuatkan wajah merah. Lalu Nurin tunduk... tidak tega untuk bertentang lama-lama. Takut rahsia hatinya yang semakin tergoda itu terserlah.

Terasa dirinya ditarik untuk bertentangan dengannya. Nurin tetap menundukkan. terasa dahinya disentuh dengan penuh kasih sayang. Dia kaku di situ. tubuhnya terasa panas membakar perasaan benci yang menghuni dulu menjadi abu. Kini walaupun baru beberapa jam dia menjadi seorang isteri, manisnya mula dirasai. Kasihnya mula melimpahi hatinya.  

Inilah yang dikatakan kemanisan di dalam hubungan yang dihalalkan dan direstui. Cinta yang datang akan terus subur mewangi.

p/s cerpen x tau best ke dak.. dulu karang sikit je.. then lama tertinggal macam tu.. br hari ni tersambung balik dengan idea yg mmg lari dari dulu coz dah cuba panggil idea lama....x datang2 gak...
So untuk mengubat rindu korang semua.. yang setia melepak kat sini... cerpen ni x de tajuk lagi.. boleh sumbangkan tajuk tak... tajuk terpilih shima akan bagi cenderahati special tau...

Featured