Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 31 Oktober 2011

Oktober 31, 2011

Buah Mangga & Khasiatnya.

Selamat pagi semua... tengah tunggu update siri e-novel kat sini? Sabar ya.. shima tengah bercuti sekarang ni, jalan-jalan makan angin plus shopping di Kuching..Pagi ini sengaja shima nak bercerita pasal buah mangga dan khasiatnya sebab semalam shima mendapat tahu satu fakta pelik.. Makan buah mangga akan menyebabkan kita diserang sakit-sakit badan... Betul ke? Jadi oleh sebab itu pagi ini... shima menggoogle abang google kita ni untuk mencari faktanya yang sebenar....dan di dapati bahawa



- mangga mengandung vitamin A, E dan C. 
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan. 
- mangga dapat membersihkan darah. 
- mangga dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti: 
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak. 
b. menurunkan panas tubuh ketika demam.

nak tahu lebih lanjut klik sumber

Lagi fakta tentang kelebihan mangga....


Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.

Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

nak tahu lebih lanjut klik sumber


Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.


Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

nak tahu lebih lanjut klik sumber


Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin AB dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Mangga tergolong dalam famili yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balasalergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga adalah toksik terhadap lembu. (keburukan mangga)
Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaanIndia dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebagai corak Paisley.


1. Khasiat mangga sebagai Antioksidan Tubuh
Mangga pun merupakan sumber beta-karoten , kalium, dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang di dalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten (dan vitaminC) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanker karena dapat menetralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok, dan pengaruh-pengaruh lingkungan lainnya.

2. Untuk menjaga kesehatan Gigi dan Gusi
Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesehatan pembuluh-pembuluh kapiler, kesehatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghambat produksi natrosamin , satu zat pemicu kanker. Vitamin C mampu pula membuat jaringan penghubung tetap normal dan membantu penyembuhan luka.

Kandungan vitamin C mangga cukup layak diperhitungkan. Setiap 100 gram bagian mangga masak yang dapat dimakan memasok vitamin C sebanyak 41 mg, mangga muda bahkan hingga 65 mg. Berarti, dengan mengkonsumsi mangga ranum 150 gram atau mangga golek 200 gram (1/2 buah ukuran kecil), kecukupan vitamin C yang dianjurkan untuk laki-laki dan perempuan dewasa per hari (masing-masing 60 mg) dapat terpenuhi.

3. Mangga mengandung Kalium menurunkan resiko stroke
Kalium mempunyai fungsi meningkatkan keteraturan denyut jantung, mengaktifkan kotraksi otot, dan membantu tekanan darah. Konsumsi kalium yang memadai dapat mengurangi efek natrium dalam meningkatkan tekanan darah, dan secara bebas memberikan kontribusi terhadap penurunan risiko karena stroke.

Satu penelitian menunjukkan bahwa bila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena stroke fatal dapat dikurangi sebesar 40 persen. Konsumsi ekstra kalium sebanyak 400 mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

Kalium terdapat melimpah pada mangga. Tiap 100 gram mangga terkandung kalium sebesar 189 mg. Dengan mengkonsumsi sebuah mangga harumanis ukuran sangat kecil (minimal 250 gram), atau sebuah mangga gedong ukuran sedang (200-250 g), kecukupan kalium sebanyak 400 mg per hari dapat terpenuhi.

4. Bermanfaat untuk menumpas Kanker
Para ahli meyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, yaitu bahan penumpas kanker yang baik.

5. Baik untuk pencernakan, kesehatan mata, mulut, dan tenggorokan
Kandungan asam galat pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan. Sedangkan kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesehatan mata, mulut, dan tenggorokan.

6. Menyembuhkan berbagai macam penyakit
Mangga pun berkhasiat membantu menyembuhkan berbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan pengelihatan, gusi berdarah, radang tenggorokan, radang saluran napas, sesak napas dan borok. Selain itu juga bisa mengatasi bisul, kudis, eksim, perut mulas, diare, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan rematik.

7. Manfaat buah mangga untuk terapi
Misalnya untuk Pembersih darah, Menurunkan panas badan, dan Menghilangkan bau badan. Mangga dianggap mampu membersihkan aliran darah dan mengurangi kelebihan panas badan. Selain itu mangga juga baik untuk menghilangkan bau badan.


sumber

p/s : Siapa yang berikan fakta yang shima sebutkan di atas? Orang tua.. yang kononnya banyak pengalaman hidup. Nak membantah nanti kang kata kurang ajar dan tak hormat pula.. Jadinya shima zip mulut dan mula mencari kebenaran fakta tersebut. Hasilnya... banyak sangat kebaikan buah mangga ini rupanya... Jadi nasihat shima lebihkan makan buah mangga dalam menu seharian. Amalkan setiap hari.. Mungkin kita tidak dapat merasai hasilnya dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa panjang kita akan dapat merasainya. Oleh sebab itu satu lagi nasihat shima.. jangan terima bulat-bulat apa orang tua kata waima ibu bapa kita.. cari kebenarannya dulu. Sebab ubat untuk menyembuh dan mengelakkan penyakit terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran di sekeliling kita. tidak perlu menelan segala jenis pill.. Asalkan kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita pasti dapat mencegah penyakit daripada dihinggapi.. 

Khamis, 27 Oktober 2011

Oktober 27, 2011

BuAh DeLiMa dan Khasiatnya

Pagi ini (Rabu) shima mengikut suami berjogging di Stadium Selayang.. 3 kali round berjalan kaki je sudah pun berpeluh. Kalau di hujung minggu shima akan buat 5 round. tapi pagi ini cukuplah, 3 round peluh dah berceceran. Balik dari jogging.. singgah sekejap di pasar borong selayang, beli sedikit sayur. Sebelum suami keluar bekerja (dia kerja hari ini) sempatlah shima sediakan nasi goreng dan alicafe tongkat ali semug.

Jadi tinggal sendirian di pagi ini, shima mula mengedit dan mengolah semula e-novel -Berikan aku peluang mencintaimu. telah lama shima ingin menyemak semula cerita ini, baru kali ini ada peluang dan kebetulan kak nik ada komen sedikit mengenai novel ini. komen dan kritikan itu amat bererti buat shima untuk memperbaiki mutu penulisan shima. Untuk sesiapa yang telah pun membeli e-novel ini, apabila siap diedit nanti shima akan sentkan semula untuk anda- dengan beberapa penambahan istimewa.. Shima sedaya upaya untuk menjadikan e-novel ini istimewa untuk anda semua.

Sambil-sambil mengedit, mulut ini duduk mengunyah buah delima. sedap manis masam buahnya. Walaupun banyak biji tetapi banyak jusnya juga. Delima di antara buah-buah yang paling shima sukai. Tetapi hendak mendapatkannya susah juga, ikut musim juga kot. Baru-baru ini shima ada membeli belah di giant, ternampak buah ni, apa lagi kenalah ambil kesempatan. Hari tu.. dua bulan yang lepas kot, ketika adik shima datang dari kampung dengan membawa sekotak buah rambutan, duku dan salak, mak shima selitkan juga tiga biji delima yang abah beli di pasar. tahu-tahu je anaknya ini suka makan delima.



Delima banyak khasiatnya. Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html#ixzz1br0lvgWy





Lagi Khasiat buah delima.


1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3. Cara memanfaatkan Delima
  • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
  • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
  • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
  • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.
Sumber : 
http://fazlisyam.com/2008/02/10/rahsia-buah-delima/




Menurut Al-Quran pula


“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Sumber :  http://cikgunurionline.wordpress.com/2010/07/18/khasiat-buah-delima/



Sabtu, 22 Oktober 2011

Oktober 22, 2011

Sajak : KEHADIRAN I (maka tepatlah yang disabda)


p/s hari in kita sama-sama hayati sajak pula ya... Cuba fahami maksud yang ingin disampaikan.. kemudian renung-renungkanlah...


Aliran Eufret sudah mengering
segunung emas sudah tersingkap
yang mendorong manusia hilang adab
berperang di tanah antara tertua di dunia
maka tepat apa yang disabda

Sejalur cahaya telah terbit dari timur
dalam Ramadhan dua gerhana bertemu
lalu lautan menghukum yang berdosa
dan api membakar yang diduga
maka tepat apa yang disabda

Seruan perang di bulan syawal
hal-hal suci telah pun dilanggar
dan banyak tertumpah darah
perbantaian di bulan Dzulhijjah
peristiwa di dekat ka'abah
maka tepat apa yang disabda

Kehadiran begitu hampir
dengan pertunjuk yang sahih

.
Angah Arie
Seremban N9DK
18102011 01:30

Ahad, 16 Oktober 2011

Oktober 16, 2011

Sajak : Wajah Rindu.



Shima kongsikan di sini sajak oleh Angah Arie. cuba renungkan sajak-sajaknya nanti... Shima suka sajak. dulu pernah juga cipta sajak tetapi hahahaha... bukan betul pun.. dalam seminggu sekali shima akan kongsikan di sini sajak-sajak ciptaannya yang banyak membuatkan kita memunasabah diri sendiri. Sajak tidak terjurus kepada cinta sahaja tetapi kepada semua perkara... p/s : kalau shima buat sajaklaa kan mesti sajak yang sedih-sedih dan jiwang-jiwang... sebenarnya banyak sajak yang Angah Arie kongsikan di dalam Facebooknya.. 

Wajah Rindu

rindu...
selimut hati nan paling lembut
bagai bayang mengikat langkah
terusan bertingkah

...kerna rindu..
rasa ini jadi indah
rasa ini jadi parah
bersanding di persada rasa

Bagai diminta sudi mencecah
lalu tak segan madah menyinggah
tiada gambar secantik lukisan
untuk gambarkan perasaan
itulah lukisan kerinduan..

andai benar itu wajah rindu...

Ahad, 2 Oktober 2011

Oktober 02, 2011

Cerpen : BeNcI TaPi SuKa, lafazkan sebelum terlewat.

p/s : cerpen terbaru shima.. nak jom baca....
Aku menyampah melihatnya. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Lebih-lebih lagi kalau menyendeng dekat perempuan. Tersengih-sengih, kemudian berbisik-bisik dan kedua-duanya ketawa dengan mendayu-dayu. Ketawa gatal. Nampak muka pun memang jantan gatal plus miang plus perasan hensem plus ulat beluncas plus mangkuk ayun. Kenapalah dia selalu menyemak di hadapanku. Kenapa tidak tempat lain. Meja yang berhadapan dengan meja aku juga yang menjadi portnya.

Aku cuba memberi tumpuan pada kerja yang sedang aku lakukan ketika ini. Ini lagi satu cashflow ni dari tadi lagi tak balance - balance. Telah lima kali aku semak tetapi tetap juga baki tunainya pada akhir tahun tak gak sama dengan balance sheet. Bukan banyak mana pun lima puluh ringgit je. Kat manalah yang shock nya. Ni yang leceh ni, kalau buat audit penyata kewangan, cashflowlah yang paling-paling lama mengambil masa. tak pernahnya sekali buat terus balance. Benci plus menyampah. Nombor-nombor pula seakan-akan menari-nari di atas kertas, mengejek sebab telah hampir 2 jam aku cuba menyelesaikan, namun tetap juga tak tally-tally.
Ok..stop...i need the fresh air. Baik aku pergi pantri buat air. pastu pergi ambil angin kat luar jam. Waktu petang-petang macam ni memang otak menjadi tepu. Kerja remeh pun menjadi kerja berat-seberatnya. Rasa macam pikul seguni kertas pula di atas bahu. tanpa mempedulikan sesiapa, aku terus keluar turun ke bawah. Bukannya dapat udara segar tetapi kebisingan, Biasalah apabila pejabat terletak di tingkat atas sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di negeri pantai timur ni, Inilah jamuan mataku yang letih dengan angka-angka dan nombor-nombor ni. Sengaja aku memilih kata-kata yang berulang kali untuk menggambarkan sememang-memangnya aku telah letih dengan nombor-nombor ini plus letih melihat gelagat miangnya.
Lama mataku menjamu selera dengan pelbagai gelagat manusia di kompleks membeli belah ini. Hairan juga ya, di sini tidak pernah sunyi. Sentiasa ada pengunjung dan pembelinya. ternyata rakyat Malaysia ini kaya-kaya semuanya. Aku tersenyum sendirian, kalau akulah banyak window shopping dari shoppingnya. Itu pun membeli dalam bajet tertentu. Jika tiada bajet, tak adalah aku buang duit begitu je. Mata terus merayap ke segenap sudut yang boleh dijangkau sehinggalah aku terpandang dia yang sedang bersandar di sisi sambil memerhati tingkahku. Entah bila mamat miang ini berada di sini. Mata tu langsung tak control, aku cungkilkan baru tau...bebelku di dalam hati.
nak baca lagi? klik link nih