Cerpen : Cinta Ini



Saya tahu.. dah lebih seminggu tak de update cerita di sini...Saya nak tulis cerita tapi tak sempat, ilham pun dah merajuk dengan saya... Dua hari cuti ni tengah mengayat ilhamlah ni.... Sorang-sorang kat rumah baru dia datang.... :D

Sesiapa nak baca kisah Riya dan Tuan Syed.. boleh beli e-novelnya dengan saya.. harganya tetap juga RM12.00. Ni e-novel lama... tapi saya dah lama tak promote.. ni nak promote lagi....

Saya cadangnya nak buat kompilasi mini novel yang pernah disiarkan di sini dan juga beberapa cerpen baru.. Dalam proses.. InsyaAllah... Mungkin tahun depan siap dan saya akan war-warkan di sini... Sudah tentu e-novel... bukan bercetak ek.. Nak bercetak boleh.. tapi kosnya tinggilah.. So lebih ekonomi jika saya jualnya sebagai e-book sahaja...


Oklaa.. nak saja nak promote salah satu cerpen saya, pernah diupload di dalam blog ini, kini saya upkan ke ILHAM plak.... jadi sesiapa yang terlupa kisahnya.. boleh ulang baca ya...

@--- @--- @--- @--- @--- @



“Hai...”

“Hai.. apa cerita hari ni”

“tak ada apa.. macam biasa je” Ada senyuman terukir di bibir. Berbicara dengannya bagaikan dapat melepas rindu. Hairankan? Aku tak pernah kenal dia tapi kami selalu berkongsi cerita. Pada dia, aku luahkan rasa sedih dan tekanan yang aku hadapi ini. Dia pula tidak pernah mengeluh. Pandai menjadi pendengar setia dan sesekali menasihati dan juga memberikan pendapat.

“Awak tahu tak?”

“Dah tentu saya tak tahu, tapi kalau awak cerita pasti saya akan tahu”

“Dia dah kembali”

“Dia? Siapa dia?”

“Orang yang saya lukakan hatinya dulu”

“Hmmmm... Awak suka dia kembali?” Aku bertanya lagi.


“Entahlah. Ada rasa bersalah di dalam hati. Saya yang salah bukan dia. Dan saya tengok dia masih seperti dulu.”

“Awak masih rindu dan mengingatinya?”


Nak baca sambungannya? Klik di sini




"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (30:21)

"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (4:1).

Ulasan

  1. cinta itu buta, dan cinta tak mengenal nestapa...sahabat dan kekasih, takdir penentu akhirnya. Suka cerpen ini! Tahniah!!

    BalasPadam
  2. Aynora Nur :terima kasih :D
    Nadiah.. tak puas kenapa plak? Jgn suh sambung ya.. Ini cerpen je.. pendek.. n tak ada sambungan tau. cinta ni tak semestinya bersatu tau!! peace :D

    BalasPadam
  3. eh, tak adalah nak suruh sambung.
    cuma rasa macam tak kenal watak tu menyeluruh. hihi ^^

    BalasPadam
  4. hahahaha..Nadiah.. cerita tu spontan je...dlm sejal dah siap..boleh jadi org2 disekeliling kita :D

    BalasPadam

Catat Ulasan