Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 14 April 2011

8:31:00 PG

seindah biasa - 6


Bab enam
Seminggu berlalu. Walaupun cuti tetapi boleh dikatakan setiap hari bos kecik bertandang ke rumah aku. Tak tahu apa yang ada di dalam rumah ini sampai dia tidak pernah culas datang ke sini sampaikan aku naik muak melihat wajahnya yang tidak tahu malu. Pulak tu selamba buat macam rumah sendiri. Bebas untuk keluar masuk. Macamlah dia salah seorang penghuni di rumah ini. Keadaan ini membuatkan aku tidak berapa bebas bergerak. Selalu kena bersedia dengan tudung di sebelah. Sebabnya dia datang main terjah je. Bagi salam sekali, tak kiralah orang jawab ke tak terus dia masuk dan aku pula yang terkulat-kulat membetulkan tudung yang senget benget ini. Geramnya hati. Selagi aku masih lagi bercuti sakit ini, selagi itulah dia akan terus bertandang ke sini.
Apabila aku ceritakan kepada Zana, mak oi ketawa tak ingat dunia bini orang ni. Macamlah cerita aku ni kelakar sangat. Padahal aku hendak melepaskan perasaan tidak puas hati dengan tindak tanduk bos kecik yang menjadikan diri sendiri sebagai salah seorang ahli di dalam rumah ini. Siap ada bilik sendiri lagi. bilik mana lagi kalau bukan bilik tetamu yang sememangnya dikhaskan untuk saudara mara yang datang bertandang. Kini bilik tersebut bagaikan biliknya.
Kemudian, apabila melihat Zana yang tidak henti-henti ketawa tu, laju je tangan untuk mengepit pahanya. Apalagi lagi bini orang tu pun terjerit kuatlah. Langsung dah tak ada kontrol-kontrol seperti zaman anak dara dulu. Ahhh betapa drastiknya perubahan yang berlalu di dalam hidup member aku yang seorang ini. Melihat wajahnya yang sentiasa tersenyum dan berseri-seri itu, aku tahu dia sedang di alam bahagia. Badannya pun kian bertambah tembam dah.
Setelah memberi kepitan berbisa tadi, perlahan-lahan Zana berhenti ketawa. Tapi teruk sangat dia ketawa sampaikan air mata meleleh keluar. Langsung tak kelakar laa.
“Aku rasakan dia tu tengah angau kat kau lah. Sebab itulah dia selalu datang ke mari. Yelaaa seminggu kau cuti, mana tahan beb menanggung rindu tidak melihat wajah kau ni” terus aku menjeling sampai terasa nak juling matanya. Pendapat yang langsung tak relevan. Ada ke patut? Tak patut...tak patut. Memang tak patut sebab aku tak rasa apa-apa pun. Rasa menyampah dan meluat lagi ada.
Bukankah orang kata, dari mata turun ke hati. Dan apabila kita menyukai seseorang itu kita akan merasakan getarannya di dalam hati. Tubuh pula akan berpeluh dingin apabila dia dekat dengannya. Sehari tidak menatap wajahnya membuat seseorang itu teringat-ingat, terindu-rindu. Tapi... sekejap aku nak fikir, semua tanda-tanda itu tidak ada pula bersangkut pauk dengan aku. Terkena sipi-sipi pun tak ada. Jadi teori yang dikemukakan oleh Zana itu memang tidak logik langsung.
“Nonsense... kau ni cakap tak reti nak fikir dulu. Impossible laa dia suka kat aku. Lagipun aku tak rasa apa-apa pun. Lagi naik menyampah ada laa” juihku.
“tak semestinya cinta berputik itu bermula dari rasa suka, mungkin juga dari rasa menyampak dan muak kau tu. Jangan bilang benci, lama-lama jadi suka tau. Takut kau yang akan telan balik kata-kata kau sendiri” Zana dengan pendapatnya.
“Aaah tak mungkinlah. No feeling. Lagipun dia selalu datang ke sini berborak-borak dengan mak aku. Kadang kala tu dengan ayah aku. Tak pun dok layan budak dua ekor tu main PS” setelah selesai berkata-kata aku menggelengkan kepala. Mati-mati menindakkan apa yang dikatakan oleh Zana.
“Haaa... See... oleh sebab kau tak layan dia. Dia ambil hati ahli keluarga kau yang lain. Nak dapatkan kau, dia dapatkan sokongan orang-orang yang terdekat dengan kau. Hihihi aku respectlaa dengan dia. Kalau dulu laki aku buat gitu, awal-awal lagi aku dah terima dia. Rugi tau kahwin lambat ni” ceh membawakan maksud ayat gatal.
Aku membuat muka. Kurang asam punya member. Aku ni masih lagi dikatogerikan sebagai budak kecil tau mengenai alam rumahtangga ni. Macamlah best sangat. Mula-mula memang indahlah tetapi lama kelamaan mesti ada bunga-bunga pertengkaran, perselisihan faham ni. Ye laaaa dua kepala dengan dua citarasa yang berbeza, mesti ada yang tak kena di mata satu sama lain. Lagikan lidah boleh tergigit, inikah pula sepasang suami isteri.
“best laa sangat. Mula-mula kahwin bestlah. Lama-lama nanti kau jangan datang kat aku mengadu itu ini tau”
Pap.... “ mulut kau ni kan memang tak ada insuran. Memang padan dengan muka kaki boleh termasuk lubang. Kalau kata aku sentiasa nampak aman bahagia tak apa juga. Ni menyumpah aku sebaliknya” muncung mulut Zana setelah berkata.
Sentaplahh tu. Sikit-sikit nak sentap. Satu je perangai dia tidak berubah. Cepat sangat sentap. Bukan sentap apa cepat terasa. Cepat merajuk.
“Dah kau tu yang dok kata kat aku yang bukan-bukan. Orang kata kat dia marah pulak. Aku pun marah juga dengan teori yang tak berasas kau tu”
“tapi apa yang aku cakap tu memang betul. Kau tu yang buta lagi nak melihat tindak tanduknya. Kalau dia tak syok kat kau takkanlah dia sanggup datang setiap hari. Dahlaa kau tak layan. Tapi pandai pula dia bawa diri.”
“bahagia hidup kau nanti. Kalau kau tak percaya, tengoklah suatu hari nanti masin mulut aku ni”
“masin ke kelat ke.... tak nak.. manis aku naklah.. hahahhaaha....”
“kau ni kan kalau  orang cakap ada je alasan. Ada je jawapan dari kau ek. Tak apa, aku yakin gerak hati aku ni benat-benar belaka”
“aku pulak yakin, gerak hati kau tu.... angan-angan belaka”
“hahahahaha.....”
Tanpa disedari perbualan mereka berdua didengari oleh seseorang dengan senyuma tak lekang di bibir. Ada ubi ada batas.. ada hari, kau takkan lepas... sayang.

Rabu, 13 April 2011

8:25:00 PG

seindah biasa - 5


Bab lima
“Kila.. Azim datang ni” laung Kira dari luar bilik. Kira merupakan adik Kila. Satu sekolah dengan Azim. Masih lagi menjadi penanam anggur yang tidak bertauliah di dalam rumah ini. sebenarnya dia tengah menunggu keputusan SPM. Suruh kerja parttime, malas. Bodek orang nombor satu. Dialah sering menjadi mangsanya. Ayat-ayatnya memang selalu membuatkan dia rasa kasihan. Kasih seorang kakaklah kononnya.
Dan jangan tak tahu Kira ada hati dengan Azim. Tetapi awal-awal lagi aku telah sound yang tangkap jiwang dengan si Azim. Dia tu memang ada potensi besar untuk menjadi buaya darat yang terkenal. Masuk je dalam mulut dia nanti, akan menangis tak berlagulah. Maybe memang asal keturunan buaya tembaga kot. Lebih kurang aje perangainya dengan bos kecik.
Jadi awal-awal lagi dia sudah bagi warning. Kalau nak dengar kira selamatlah berendam air mata. Kalau tak nak dengar, selepas ini kalau jadi apa-apa jangan cari dia. Itulah kata dua yang aku katakana kepada Kira. Ermmm.. boleh tahan baik juga adik aku ni, kat belakang tak tahulaa ye. Setakat ini menurut cakap lagi.
Dengan langkah malas, aku memulas tombol pintu bilik. Tetapi bukan muka Azim menerjah di kornea mataku ini tetapi muka bos kecik yang tengah sengih-sengih. Bila masa pula dia dapat lesen untuk berkeliaran di dalam rumah aku ni?
“bos buat apa kat depan bilik saya ni?” soal aku pelik. Nak berkampung depan muka pintu bilik aku ke apa?
“baru je saya nak ketuk pintu bilik awak ni. Dari tadi lagi panggil baru nak keluar?”
“tadi bukan ke cakap Azim yang datang? Mana Azimnya? Yang bos sibuk datang sini buat apa?”
“Aik macam tak suka nampak? Azim kat depan tu.. tengan main playstation dengan Amir.
“bukan tak suka.. tapi rimas. Ingatkan seminggu MC ni tak perlulah saya dok mengadap muka bos lagi!” aku berterus terang. Buat apa nak jaga hati diakan. Ini rumah aku lagipun dia ni tetamu yang tak diundang. Mentang-mentanglah mak suka dengan dia, terus dia mengambil kesempatan untuk berkeliaran di dalam rumah ini. Macamlah ini rumah dia pula. Aku pula yang jadi tidak bebas, kena bertudung 24 jam. Mana tidaknya hari ini hari ketiga aku MC, dan tiga hari juga dia meringankan kakinya melangkah ke rumah aku. Kononnya hendak melawat tetapi mengambil kesempatan untuk membeli hati mak. Entah apa-apa ntah. Tak tahulaa mereka nak komplot apa lagi.
“Laa salah ke kalau saya datang lawat pekerja kesayangan saya ni?” Soal Bos kecik sambil mengangkat keningnya. Hari ini entah angin ribut belah mana pula datang, tiba-tiba sahaja menyerangnya. Tak sempat nak berlindung terus terkena. Ah... lagi manis pula si Kila ni er.. buat aku termimpi-mimpi dan terrindu-rindu je kalau sehari tak melihat wajahnya.
Malas mahu melayan mamat yang tak reti bahasa ini, nasib baik sebab dia adalah bos. Kalau tak memang telah lama dihalaunya keluar, aku terus menuju ke ruang tamu dengan mengheret kaki yang masih lagi berbalut perlahan-lahan. Masih lagi sakit tetapi boleh berjalan lagi. Bukan main meriah lagi mulut budak dua orang ni berlawan. Bos kecik pula setia mengekori dari belakang. Kira yang kebetulan menatang dulang berisi jag dan gelas, tersenyum-senyum.
“tak lama lagi dapat pulak abang ipar.” Dikenyit mata kepada Bos Kecik.
“Nak jadi abang ipar? Abang on time je? Tapi yelaa siapalaa kita ni. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak kat orang tu” lirih saja bunyinya
“Tahu pun perasan.. ingatkan tersorong-sorong je muka tu” sedas aku berikan. Biar dia rasa. Aku tak ingin pun nak jadi bini dia. Dahlaa gatal, spesis buaya darat pula tu.
“Kila... yang mulut tak de insurans tu kenapa? Ada dia buat salah kat kamu ke sampai kau benci sangat kat daud ni? Bukan ke dia bos kau?” tegur mak yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan membawa sepinggang pisang goreng.
“bos kat opis je mak. Ni kat rumah, dia tak de kuasa nak pecat Kila. Lagipun kalau dia pecat, sah otaknya tak berapa centre campur adukkan personal dengan business”
“KILA... mak tak ajar anak mak cakap biadap macam ni”
“cepat minta maaf” tiba-tiba mak marah. Apa yang tak kena ni? Bukan ke mulut dia selama ini memang tak ada insurans?
“apa mak ni? Apa salah Kilanya? Bukan Kila yang suruh dia datang. Yang mak nak dok bela dia wat pe?” aku terus memuncungkan mulut. Tak jadi nak duduk. Baik aku masuk bilik, lagi aman damai.
“tak apa..tak apa mak cik.. memang saya faham mulut dia tu macam tu. Saya tak kisah. Tak ambil hati pun” bela Bos kecik. Aku pula telah menghadiahkan jeling maut.
“betul mak cik. Azim pun tak kisah. Biasalaaa perangai angin ribut dia, anytime boleh melanda” selamba Azim menyampuk tetapi tangan tetap ligat bermain. Amboi budak ni.. nak kena sekeh ke apa.
“biarlah je laa mak.. macam tak tahu perangai kakak tu...” bela Kira pula.
Menyampah betul kat sini. Baik masuk bilik terus. Lalu dengan susah payah aku mengheret kaki aku untuk kembali ke dalam bilik.
“Duduklaa sini. Nak pergi mana pulak tu?” tegur Mak.
“Panas kat sini. Baik masuk bilik ..aman dan nyaman lagi...” jawabku tanpa berpaling lagi.