Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 31 Januari 2012

Januari 31, 2012

mini cerita : Kebetulan yang Indah - 10


Suhaila tersenyum dan terus berlari menerpa Hasma setelah melihat kalibatnya. Akrab sungguh perhubungan mereka berdua di mata Puan Hasni. Ada bunga-bunga bahagia melihat mereka, persis ibu dan anak. Ada juga sendu di hati mengenangkan nasib cucunya yang ternyata amat merindui kehadiran seorang ibu. Mungkin sebab layanan seorang nenek tidak sama dengan layanan seorang ibu. Hasma kelihatan sabar melayan kerenah Suhaila, mendengar celotehnya yang tidak putus-putus.

“banyak mak cik membeli hari ni?” Tegur Hasma setelah merapatinya.

“Macam biasalah Hasma, hujung minggu kena beli lebih sikit sebab semua makan kat rumah. Kalau hari-hari biasa, dua hari sekali baru mak cik datang membeli barang basah kat sini” terang Puan Hasni.

Hasma menganggukkan kepalanya.

“Suka dia sebab ada orang nak layan kerenahnya. Kalau harapkan mak cik memang tak larat nak dengar Ila dok bercerita nih”

Hasma tersenyum. Melihat Suhaila teringat adiknya di kampung. Selalunya tiap kali dia pulang ke kampung, dia dan Halina tidak berenggan langsung. Ada-ada je cerita yang ingin dikisahkan padanya.

“tengok Suhaila ni, teringat kat adik saya mak cik. Suka sangat bercakap. Macam-macam cerita yang kuar.”

Puan Hasni tersenyum mendengarnya.

“Adik umur berapa Hasma?”

“Dah besar dah. Tingkatan tiga sekarang ni. Jarak saya dengan dia jauh sikit. Itulah satu-satunya adik yang saya ada” jelas Hasma.

“oooo... jom ke rumah mak cik. Boleh berbual panjang”

“err.. tak pelah mak cik. Mengganggu pulak nanti”

“Eh taklah. Mak cik dengan Ila je. Yang lain entah ke mana pergi. Bukannya lekat kat rumah tu. Masa makan pandai pulak balik pada masanya. Marilah...” Ajak Puan Hasni bersungguh-sungguh.

“A’aah kakak.. jomlah ke rumah Ila. Nanti Ila nak tunjuk kat kakak ikan yang Ila bela dengan papa.” Suhaila turut sama menyampuk.

Jadi dia tidak sampai hati untuk menolak. Lagipun tak ada barang basah yang perlu dibelinya pada hari ini. Oleh itu, tak apalah kan memenuhi permintaan mereka, lagipun hatinya begitu mendesak untuk meneroka rumah idamannya itu.

Pertama kali menjejakkan kaki di situ, hatinya terpegun melihat keindahan lanskapnya dan juga dekorasi dalaman yang tampak tradisional tetapi mempunyai sentuhan moden.

“Cantiknya rumah mak cik ni” puji Hasma tanpa dapat ditahan. Dia ikhlas dan jelas terpancar kekaguman di wajahnya.

Puan Hasni tersenyum. “Rumah ini Shaiful yang bina dan hiasnya. Semuanya ada sentuhan tangannya dan juga arwah isterinya” jelas Puan Hasni.

Lambat-lambat Hasma memandang wajah Puan Hasni. Dapat dirasakan kasih sayang yang mendalam terhadap arwah menantunya.

“Maaf mak cik, dah berapa lama menantu mak cik meninggal? Sakit apa sebenarnya?” Soal Hasma setelah mengambi tempat di sofa yang berada di ruangan terbuka. Dari situ dapat dilihat keseluruhan taman mininya. Ada sebuah air terjun buatan yang airnya sentiasa mengalir. Di sisinya terdapat pokok-pokok bunga seperti ros, kekwa, seri pagi dan banyak lagi yang tidak diketahui jenisnya oleh Hasma ditaman ditepi pagar. Tanahnya pula ditutupi oleh pokok rumput jenis carpet yang menghijau tanp sedikit pun kelihatan tanah. Pasti seronok kalau berbaring di atasnya sambil merenung langit. Ah Hasma sempat lagi berangan.

“Dua tahun lepas. Sakit barah di dalam perut” jelas Puan Hasni ringkas. Hasma mengangguk perlahan tanda mengerti. Diusap kepala Ila yang setia menempel di sisinya.

‘Kasihan dia.. kecil lagi sudah kehilangan ibu. Nasib baik neneknya ada’ monolog Hasma apabila memandang wajah polos Suhaila.

“Has dah ada teman? Bila nak kawin?” Terlepas juga soalan yang kerap berlegar di dalam kepalanya. Rasa ingin tahu semakin mendesak di hati, apatah lagi melihat cucunya begitu manja di sisi gadis ini.

Hasma tersenyum tawar dan menghela nafas. Ada sedikit rasa pedih pabila mengingatkan pertunangan yang terputus di pertengahan jalan.

Hasma menggeleng kepalanya perlahan. “belum lagi mak cik. Jodoh belum sampai. Saya baru je putus tunang” jelasnya tanpa memandang wajah Puan Hasni.

“Tak apalah.. Has muda lagi. Mungkin lepas ni Has akan berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih baik dari bekas tunang Has dulu. Tapi kenapa ya boleh terputus?” Sambil menasihati, Puan Hasni tetap menyoal. Ingin juga dia tahu kenapa perhubungan itu terputus dipertengahan jalan sedangkan pada pandangannya sebagai orang tua, Hasma menepati citarasa seorang lelaki, cantik, lemah lembut, penuh dengan sifat penyayang dan keibuan.

“tak ada jodoh mak cik nak buat macam mana. Saya kenal dan berkawan dengan bekas tunang saya tu sejak sekolah lagi. apabila kami dah kerja dan stabil, orang tua suruh bertunang. Tapi dia letakkan syarat bertunang sempai setahun. Mana tahu dalam tempoh itu dia ada menjalin perhubungan dengan orang lain. Kawan saya juga. Dan hmmm... bila dah jadi macam tu.. buat apa saya teruskan lagi. mungkin dia akan lebih bahagia dengan kawan saya tu berbanding dengan saya.” Terang Hasma.

Puan Hasni terdiam. Mimik muka Hasma ketika bercerita diperhatikan. Tenang dan seolah-olah dia pasrah dengan takdir duka yang menimpanya. Hatinya kian jatuh kasih pada gadis di hadapannya. dia yakin Shaiful akan bahagia kalau memilih Hasma sebagai pengganti arwah Suraya.

“Sabarlah Has. Ini Cuma ujian kecil sebelum Allah hadirkan seorang lelaki yang akan membahagiakan Has. Mak cik yakin selepas ini Has akan menemui kebahagiaan” pujuk Puan Hasni.

“terima kasih mak cik” Hasma memberikan senyumannya.
*********

Sabtu, 28 Januari 2012

Januari 28, 2012

mini cerita : Kebtulan yang Indah -9


Shaiful memasuki pejabatnya agak lewat hari ini setelah menemani ibunya berjumpa doktor. Kebetulan yang dirasakan indah hari ini adalah kerana kemunculan dia yang menjadi sebutan anak dan juga ibunya. Sesekali kepalanya digelengkan, apabila teringat pertanyaan ibunya.
“cantikkan Hasma tu. Sekali lihat tingkahnya persis Sue. Ila pun bukan main lagi rapat dan manja dengannya. Jadi umi harap, kamu dapat membuka hati kamu kembali. Kembali ke alam nyata. Kembali mengukir dan mengecapi bahagia”
“Umi.. umi.. tak habis-habis lagi? Ok Ful mengaku dia cantik lawa, tapi dalam hati Ful tidak ada orang lain yang dapat menandingi kecantikan Sue, umi”
“bagi Ful masa ok? Suraya baru dua tahun meninggalkan kita. Hati ini masih padanya”
Dia dapat merasakan saat itu, ibunya memandang tajam ke arahnya. Soal hati, mana boleh dipaksa-paksa, biarlah ia berlaku secara semulajadi, datangnya tanpa dirasa dan disedari. Yang pasti ia pasti akan membuai rasa indah di hati. Jika dia terjatuh cinta sekali lagi pun, dia ingin melalui sebagai mana dilalui ketika bersama Suraya dulu.
“hai.. Encik Shaiful. Ceria hari ini. Ada something special wanna to share with me?”Soal Hani yang muncul secara tiba-tiba dan kini berada di sebelah Shaiful. Shaiful buat-buat tidak peduli. Sudah terbiasa sangat dengan sikap terjah setiausahanya. Dulu ketika Suraya masih ada, sikapnya tidak seperti sekarang. Dulu dia lebih bersopan santun dan berbudi bahasa. Tetapi setelah isterinya pergi, Hani berubah secara drastik, seolah-olah ingin menggodanya. Maaflah, tidak ada sesiapa yang dapat menggodanya seperti mana Suraya menggodanya. Hatinya langsung tidak terjejas.
“Apa agenda hari ini?” Soal Shaiful dengan suara yang tegas dan wajahnya yang kembali diseriuskan.
“hari ni Encik Shaiful free, Cuma petang nanti ada mesyuarat bulanan pengurusan. Itu sahaja”
“Ok terima kasih. Awak boleh keluar sekarang”
Namun Hani tetap tidak berganjak. Sebalik kembali mendekatkan dirinya dengan Shaiful.
“Ada apa-apa lagi yang awak nak informkan kat saya?” Soal Shaiful senada.
“Ada...i miss u. I dah lama jatuh cinta dekat u. Please.. i love you so much” rengek Hani ditelinga Shaiful.
Shaiful mendengus geram. Perempuan ini memang tak reti bahasa. Berapa kali diberikan amaran namun tetap tiada perubahan. Nampaknya tindakan sewajarnya perlu diambil.
“Awak sukakan kerja awak sekarang ni?” Soal Shaiful tanpa mahu membalas kata-kata cinta yang diucapkan oleh Hani.
“Suka.. lebih-lebih lagi sebab you yang jadi bos i”
“Nak kerja lama ke?”
“Mestilah sebab nak dekat dengan you. Macam mana i nak tinggalkan you sayang kalau di dalam hati i penuh dengan wajah, suara dan rasa kat you je”
“Oklah. Since saya yang cakap macam tu. Then dengar saya nak cakap pula. Saya sudah lama bersabar dengan sikap dan perangai awak yang tidak profesional ni. Jadi jika awak nak kekal sebagai setiausaha saya, berubah sikap. Saya takkan sesekali jatuh hati dengan perempuan macam awak ni. Jika tidak, mulai saat ini, saya berhentikan awak dengan 24 jam notis. Sebelum pulang awak pergi dekat HR ambil cek pampasan. Jelas?”
“Pilih sekarang!” lagi kerasa suara Shaiful sambil menolak Hani yang tergamam bergesel di sisinya. Merah padam mukanya. Tidak pernah dimalukan sedemikian rupanya menyebabkan dia tersedar dari angan indah yang panjang. Bodohnya dia selama ini yang beriya-iaya menggoda, namun sikit pun tidak tergoda.
“Maaf Encik Shaiful. I quit!” terus dia meluru keluar tanpa sengaja merempuh bahu seseorang.
“Kenapa tu?” tegur Zahir, rakan kongsi Shaiful yang baru sahaja memasuki biliknya. Dan sekejap tadi dirempuh oleh Hani.
“Aku pecat dia. tahap kesabaran aku sudah sampai limitnya” beritahu Shaiful.
“Good for you. Dari dulu lagi aku sudah cakap. Tapi kau tetap backing dia. sekarang kenapa tiba-tiba. Why not dua tahun lalu?”
“Kan aku dah cakap tadi. kesabaran aku dah sampai hadnya. Lagi lama lagi aku menyampah dengan dia. dari sopan santun dulu, dia berubah secara drastik. Ingat hati aku makan sangat dengan perempuan yang tak cukup kain ni”
Zahir tersengih-sengih. Wow... tak sangka pulak rakannya boleh melenting macam ni. Padahal sejak dulu, Shaiful lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Kemudian berikan surat amaran atau surat tunjuk sebab. Bukannya direct sound dan pecat macam tu je.
“Apahal masuk ke sini?” Soal Shaiful setelah keadaan sepi seketika.
“Jom makan”
“Hmmm.. aku kenyang lagilah. Kau pergi dulu”
“Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Mungkin dia mampu membuka pintu hati kau sekali lagi” terang Zahir maksud ajakannya tadi.
“Nope.. kau pun ikut jejak umi aku jugak ke? Asyik nak kenalkan aku dengan gadis ni, gadis tulaa... sorry ya kawan. Aku tak minat. Tapi aku rasa aku dah terminat nak kenal dengan calon umi aku tu” Ujar Shaiful tersenyum sedikit. Sekilas wajah Hasma bertandang di ruang matanya.
Zahir tersenyum-senyum..
“Alhamdulillah.. sampai cepat jodoh kau nanti”
“Hei kawan.. aku cakap minat je, tak lebih dan tak kurang tau”
“Ah sudah lah kau. Perut aku dah lapar. Baik aku pergi dating since kau tak nak”Ujar Zahir sebelum meninggalkan Shaiful di situ.
Shaiful menggelengkan kepala. Zahir dan ibunya sama sahaja. Terlalu mengambil berat tentang dirinya. tidak lama selepas itu, dia terus tenggelam dengan timbunan kertas di atas mejanya.
Disandarkan kepalanya di kerusi. Matanya terpejam. Ada kenangan mula mengusik hatinya. Dulu, selalu Suraya selalu memicitkan kepalanya apabila melihat dia begitu. Elusan dan urutan tangan lembut itu membuatkan ketegangan dan tekanan dirasainya mulai menghilang.
‘Abang tahu tak, abang seorang yang bertuah kerana disayangi oleh dua orang wanita. Sue dan seseorang yang bakal hadir selepas Sue nanti. Kasih sayangnya sama seperti Sue menyayangi abang dan anak kita”
“Huh.. kenapa merepek tak pasal-pasal ni. Kenapa kata-kata Sue seolah-olah mahu meninggalkan abang. Ada perkara yang abang tak tahu dan abang perlu tahu?” Soalnya. Dia cukup tidak suka apabila Suraya berbicara begitul seolah-olah menggambarkan dia bakal pergi jauh darinya.
“Sue lah satu-satunya wanita di dalam hidup abang. Takkan ada orang lain selain Sue. Faham tak sayang”
Pantas ketika itu Suraya menggelengkan kepalanya. Rupanya dia amat pasti yang kematian kian menghampirinya. Dia pasti tidak boleh menangguhkan walaupun sesaat. Dia pasti pergi meninggalkan semua yang disayangi dan menyayanginya.
“tak bang.. Sue yakin akan ada wanita lain yang menanti abang dan akan menyayangi abang seperti mana Sue menyayangi abang. Jadi Sue harap sangat agar abang juga menyayanginya walau siapapun dia”
Shaiful tidak ingin mengenang lagi. Pantas dia membuka matanya. Lagi dia hanyut, lagi bertambah rindu di jiwanya.
***************

Jumaat, 27 Januari 2012

Januari 27, 2012

mini cerita : Kebetulan yang Indah 8


Hari kian cerah.. mentari mula menampakkan auranya. Bas pula sejak setengah yang lalu masih belum menampakkan badannya. Manalah bas yang banyak-banyak setiap pagi yang bagaikan berlumba-lumba mahu mengangkut penumpang. Hasma resah. Jarum jam tidak pernah berhenti berdetik, terus berdetik meninggalkan dia yang masih lagi terkontang kanting di tepi jalan. Lambat lagilah hari ni.. rungutnya.

Hasma mengeluh lagi. Banyak pula dugaan sejak kebelakangan ini. hidupnya terasa sedikit susah dan resah. Hati tidak tenang. Segala apa yang dilakukan semuanya bagaikan tidak menjadi.  

Tiba-tiba sebuah Honda CRV berhenti di hadapannya. Hasma buat tidak tahu sehinggalah namanya di panggil.

“Hasma..” berkerut dahinya. Siapa pulak ni. Dipalingkan wajah dan terus wajah Mak Cik Hasni terpampang di kornea matanya.

Lantas Hasma tersenyum dan mendekati.

“Nak pergi kerja?” Soal Mak Cik Hasni ramah.

“Kakak...kakak..” lagi  ramah suara Suhaila memanggilnya. Manakala pemandunya hanya diam memandang dengan wajah yang beku.

“A’aah.. bas lambat pula hari ni.”

“Kerja kat mana?”

“Kat jalan Ipoh..”

“Oooo..naiklah mari mak cik hantarkan.. dah lambat ni kan?”

“eh.. tak yahlah mak cik.. tu bas dah sampai..” beriya-iya Hasma menolak. Segan pada pemandunya.

“Alaaa mari laa kakak naik.. teman ila..pastu Ila hantar kakak pergi kerja ya” petah Suhaila mengajak. Gayanya macam orang dewasa.

“a’aah.. marilah. Jalan pulak sehala ni”

Dalam keterpaksaan Hasma mengikut juga walaupun hatinya segan dan agak kekok. Sesekali Hasma perasan yang si pemandunya menjeling dan memandangnya melalui cermin pandang belakang. Sengaja dia buat tak kisah dan melayan celoteh Suhaila.

“Hasma kerja apa?” Soal Puan Hasni

“Kerja biasa je mak cik kat syarikat pembinaan.”

“Oooo dah lama ke kerjanya?”

“Adalah dalam tiga tahun selepas habis belajar”

“Dulu belajar kat mana?”

“Kat UKM, mak cik. Nak pergi mana sebenarnya ni? Pagi-pagi keluar. Mak cik kerja jugak ke?” Soal Hasma ingin tahu.

“Eh tak laa.. mak cik nak pergi ke hospital sebenarnya. Ada medical check up”

“Medical check up? Mak cik ke?”

“A’aah.. mak ciklah”

Si pemandu tenang memandu sambil memasang telinga mendengar perbualan mereka. Sesekali mata Hasma memandang belakang pemandu tersebut.

“Mak cik sakit apa?”

“tak ada apa sebenarnya. Tekanan darah rendah je”

“Oooo tapi tekanan darah rendah lebih bahaya dari tekanan darah tinggi sebenarnya mak cik”

“Mak saya pun dia tekanan darah rendah jugak. Dia amalkan makan  sayur bayam batang merah, hati ayam dan kerang...”

“tu laa doktor pun nasihatkan mak cik makan benda tu jugak tapi sayur bayam je yang mak cik boleh makan. Mak cik alegik dengan kerang, organ dalaman pulak mak cik memang tak boleh masuk..”

Hasma mengangguk. Dia teringat satu artikel mengenai tekanan darah rendah  melalui sebuah website. Ketika ini dia baru sahaja mengetahui tentang penyakit maknya. Dengan perasaan ini tahu apakah penyakit ini sebenarnya menyebabkan dia berusaha mencari artikel mengenainya.

Hipotensi merupakan keadaan di mana tekanan darah tidak normal kerana tekanan terlalu rendah. Biasanya orang kurang memberikan perhatian kepada tekanan darah rendah berbanding dengan hipertensi iaitu tekanan darah tinggi. Tekanan darah rendah sebenarnya boleh menyebabkan seseorang pitam secara tiba-tiba atau selalu pengsan. Sebenarnya untuk merawat tekanan darah rendah lebih sukar daripada menurunkan tekanan darah tinggi. Hampir sahaja tiada rawatan kursus untuk merawat tekanan darah rendah ini.

Seseorang boleh dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan kesihatan Dunia, WHO, yang penting ia tidak boleh lebih rendah dari 50 mmHg. Jika sekiranya terjadi, aliran darah di koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung. Keadaan ini disebabkan oleh arteri koroner yang terletak di celah-celah otot jantung ia akan mengembang dan bekerja semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung.

“Kena jaga pemakanan tu mak cik. Sebab hipotensi ni tak ada ubat. Yang penting kena pastikan tekanan darah tidak kurang dari 50. Jika tidak boleh dapat serangan jantung juga. Tak semestinya  tekanan darah tinggi je yang dapat serangan jantung” jelas Hasma mengenai tekanan darah rendah setakat dia tahu.

“ Banyak Hasma tahu tentang penyakit ini ya?” Kata Puan Hasni sedikit kagum.

“Mak saya ada penyakit ni mak cik, jadi saya kenalah ambil tahu serba sedikit. Jika ada rawatan alternatif, saya akan suruh mak saya cuba.”

“Kalau macam tu.. nanti kalau Hasma tahu rawatan alternatifnya, bagitahu mak cik juga ya”

“Insyaallah...”

Suhaila terus menempel di sepanjang perjalanan itu. Nampak sayang benar dia kepada Hasma.

“Satu lagi mak cik kena elakkan berdiri lama di bawah cahaya matahari atau suhu panas. Kena banyak minum air putih dan bersenam” Sambung Hasma pula.

Puan Hasni tersenyum di hadapan. Ada kalanya dia memandang Shaiful yang sedang memandu.

“terima kasih Hasma. Patutlah mak cik rasa pening-pening kalau berdiri lama”

“Lupa pulak nak kenalkan.. ni anak mak cik Shaiful, papa Suhaila..”

Hasma mengangguk sambil memandang mata Shaiful yang memandang melalui cermin pandang belakang. Sekejap sahaja mereka bertentang mata dan Hasma menghadiahkan sebuah senyuman padanya tanda berkenalan. Hanya mata sahaja yang berbahasa antara mereka.

Tidak lama kemudian mereka sampai di hadapan Wisma Rizki, tempat Hasma bekerja.

“Terima kasih mak cik, encik Shaiful..”

“Bye Ila..” ucap Hasma sambil mencuit pipi Suhaila..

“Babai.. kakak.. nanti kita jumpa lagi ya...promised?” Pinta Suhaila...

“Insyaallah ..kakak promised..” sambil mengaitkan jari kelinkingnya dengan Suhaila.

**********

Khamis, 26 Januari 2012

Januari 26, 2012

mini cerita : Kebetulan yang Indah 7



“Assamualaikum mak...”salam diberikan setelah menekan butang hijau di telefon bimbitnya. Ada senyuman di bibir buat ibu di hujung talian sana. Walaupun tidak nampak namun Hasma tetap tersenyum.


“Waalaikumussalam... Hasma sihat?”


“Alhamdulillah sihat... mak? Ayah macam mana pula?”


“Kami kat sini semuanya sihat.....hmmmm”


“Petang tadi mak ayah kamil datang rumah...”


Hasma menghela nafas. Ada rasa nyilu di ulu hati, ada air mata yang cuba ditahan. Dia cuba bertenang dan berlagak biasa.


“Mereka datang juga akhirnya untuk putus pertunangan kami.” perlahan saja bunyinya.


“Betul ke kata mereka anak mak ni dah ada lelaki lain. Curang kat Kamil tu” soal mak tenang.


“Mak rasa? Anak mak ni buat perangai macam tu ke? Mak lebih tahu siapa anak mak ni” Jawab Hasma perlahan. Ada sebak di dalam suaranya walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menahannya.


“Mak tahu. Sikit pun mak tak percaya apa yang mereka ceritakan. Mereka datang dengan baik untuk putuskan pertunangan ni. Tapi bila mereka membuka cerita tentang perkara yang tidak betul tentang anak mak ni, mak tak boleh nak tahan sabar. Mujurlah ada ayah kamu.”


Hasma terdiam. Dia terharu. Walau apapun mereka kata tentang dirinya, mak tetap mempercayainya.


“terima kasih mak kerana percaya kat Has”


“Mak tahu siapa anak mak. Mak tahu mak sudah bekalkan ilmu agama yang cukup sebagai pendinding kamu apabila jauh dari mata mak. Apa yang mak cakapkan malam pertunangan kamu tu, betulkan? Mak tak pernah salah dalam menilai orang. Alhamdulillah... mak bersyukur kamu tak jadi kahwin dengan Kamil tu”


“Mak ni.. bukannya sedih sebab anak putus tunang. Syukur lagi ada. Orang sedihnya” Hasma pura-pura merajuk. Hatinya kini tenang. Sebab telah seminggu dia berduka. Status perhubungannya pun sudah terjawab. Maka tak perlulah dia menghabiskan masa dengan bersedih lagi.


“Sebab mak dah agak lambat laun, perkara ni akan jadi jugak. Dari dulu lagi mak dah cakapkan, si Kamil tu tak ikhlas kat anak mak ni.”


“tapi tak pelah.. yang lepas-lepaslah. InsyaAllah mak yakin anak mak ni akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia”


Hasma tersendu di situ. Mak memang seorang yang memahami. Walaupun dulu dia tidak suka dengan keputusannya, tapi kerana anak dia ikutkan. Dan kini anaknya telah dikecewakan, mak tetap ada di sisi untuk menenangkan dan tetap mempercayai anaknya.


“terima kasih mak sebab percayakan Has” syahdunya suaranya. Kalaulah mak ada di sisi sekarang pasti kini dia berada di dalam pelukan mak yang mendamaikan.


Seketika kemudian, talian diputuskan. Hidup mesti diteruskan. Kamil.. lelaki pertama berada di dalam hatinya. Persahabatan di alam persekolahan menerbitkan bunga-bunga rindu di hati mereka. Dulu Hasma tidak ingin menggunakan istilah cinta untuk perhubungan itu, cukuplah sekadar menggelarnya sayang lebih dari seorang kawan. Lalu mereka meneruskan perjalanan meniti usia remaja di dalam musim bunga yang indah. Namun begitu, perhubungan mereka tetap ada batasnya. Hasma tetap menjaga adab pergaulan mereka. Selari dengan usia persahabatan itu, sepatutnya hubungan mereka kian kukuh, apatah lagi dengan ikatan pertunangan yang terjalin. Kita hanya merancang, yang menentukan adalah DIA Yang Maha Mengetahui. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Hubungan mereka kian jauh, walaupun sedaya upaya dia cuba melakukan yang terbaik. Dan segalanya bagaikan berakhir apabila dia terserempak dengan pasangan sejoli itu.


‘Biarlah ia berlalu.. Aku pasrah walaupun hatiku sakit sangat. Aku pasrah walaupun momen-momen indah itu menjadi perkara yang ingin aku lenyapkan dari memoriku. Ya Allah.. Kau cepatkanlah masa agar aku dapat melupakan segalanya...’Setitis air mata membasahi pipinya tanpa sedar. Walaupun mulut dan hati rela, namun pilu tetap juga meresap di hati.






p/s :tak pe kan pendek je??
Januari 26, 2012

Sebuah Kisah Penuh Pengajaran...

p/s " kisah ini shima baca di Facebook Aduka Panji Alam semoga memberi kesedaran kepada kita semua...








Akibat derhaka kepada IBU dan meninggalkan solat!
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.


Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Selasa, 24 Januari 2012

Januari 24, 2012

mini cerita- Kebetulan yang Indah -6


“Nek tadi masa jalan-jalan dengan papa, Ila jumpa kakak tu” Teruja Suhaila bercerita. Sebaik sahaja kereta papanya berhenti, terus dia membuka pintu dan berlari mencari neneknya untuk bercerita tentang pertemuan tanpa diduga tadi.

“Kakak? Kakak mana ni sayang?” Soal Puan Hasni sambil membelai rambut halus cucunya dihadapannya.

“Alaa kakak yang kita jumpa dekat kedai Tok Mat tu laa nek. Yang belanja Ila kit kat” Beritahu Suhaila lagi.

“Ooooo..Kak Hasma ya?”

“A’aah betul nek. Kak Hasma. Ila terlupalah nama dia tadi” Katanya sambil menggaru-garu kepala.

“Tapikan nek tadiiii, Ila nampak Kakak menangis. Tapi bila Ila tegur dia terus dikesat air matanya macam ni” Cerita Suhaila lagi sambil menunjukkan cara Hasma menyapu airmatanya. Sekilas Puan Hasni menjeling Shaiful yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di salah sebuah rangkaian sofa di situ. Dia turut sama mendengar cerita yang disampaikan oleh anaknya itu. Namun tak terperasan pula perihal perkara ini. Kelihatan tadi gadis itu biasa-biasa je.

“Iya?”

“Betul nek. Tapikan bila Ila tanya dia cakap matanya masuk habuk. Alah macamlah Ila tak tahu, dia nangis. Alasan sama macam papa jugak. Senyap-senyap nangis. Bila Ila tanya kata mata masuk habuk” Sambung Suhaila lagi.

Mencerlung mata Shaiful mendengarnya. Tak di sangka selama ini anaknya seorang pemerhati yang berjaya. Mengetahui pembohongannya selama ini. Dalam masa yang sama Puan Hasni turut memandang wajah anaknya silih berganti dengan wajah cucunya.

“Habis tu Ila cakap apa lagi?”

“tak cakap apa dah. Lepas tu kakak tanya Ila datang dengan siapa?”

“Masa tu papa kat mana?”

“Papa sibuk berbual dengan kawan dia. Ila boringlah nek. Nasib baik nampak kakak tu. Tapi lepas papa datang dekat kami, cepat-cepat je kakak tu pergi. Papa laa tak pandai ngorat kakak tu. Kalau tak boleh kita jalan-jalan sekali”

“Eh..eh papa pulak yang disalahkan. Papa tak kenal pun dia dan Ila tak ada pula kenalkan kami. Macam mana papa nak ngorat dia” Selamba sahaja di balas kata anaknya.

Suhaila tersengih. “lepas ni kalau Ila jumpa lagi kakak tu, Ila kenalkan dengan papa ek. Nek! Kita selalu jumpa kakak tu kat kedai Tok mat kan?”

“A’aaah yela...”

“Dah dekat maghrib ni. Ila pergi mandi ya sayang. Nek nak cakap sikit dengan papa ni” Suruh Puan Hasni.

“Ok.. nek” dan pantas sahaja Ila berlari naik ke tingkat atas dengan diikuti oleh bibik yang setia menunggu sejak tadi.

“Apa dia umi?”Soal Shaiful setelah perasan yang uminya melihat dia tanpa berkelip sejak Suhaila beredar dari situ.

“Ful tak nak kenal dengan Hasma tu? Kawan-kawan dengan dia”

“Kenapa umi ni? Tiba-tiba je”

“yelaa.. sampai bila kamu nak macam ni. Sue dah pergi hampir 2 tahun. Dah sampai masanya kamu cari pengganti dia”

“Dia masih ada bersama saya umi. Tak pernah sesaat pun saya melupakannya”

“Macam nak lupa kalau bilik kamu penuh dengan gambarnya, penuh dengan barang-barang Sue. Sedarlah Ful, dia dah lama tak ada. Dah pergi mengadap tuhan. Kamu yang hidup ini kena teruskan kehidupan. Kamu masih muda”

Wajah Shaiful tegang. Ada kesedihan tergambar di situ.

“Umi dah mula lupakan Sue. Sampai hati umi”

“Su tetap selamanya di dalam hati umi. Sebab tak sampai hatilah umi nak kamu sedikit demi sedikit melepaskan dia pergi. Kamu tak kasihan kat arwahkah? Dia terseksa di alam sana sebab sikap kamu ni yang tidak mahu melepaskan dia. Sedarlah”

“Sedangkan rasullullah pun tidak suka umatnya bersedih berlebih-lebihan di atas kematian orang yang disayangi. Sebaliknya digalakkan memperbanyakkan sedekah bacaaan Al-Quran ke atasnya. Kamu kena sedar, kamu terlalu ikutkan perasaan sendiri. Terlalu ikutkan hasutan syaitan”

Shaiful terdiam. Tidak membalas apa yang dikatakan oleh uminya. Melihat wajah uminya ada rasa bersalah juga tetapi dia tidak mampu melupakan kasih sayang arwah isterinya. Terasa bagaikan baru semalam Arwah pergi meninggalkannya. Terasa bagaikan baru kelmarin mereka berkahwin dan hidup bahagia.

Selesai berkata, Puan Hasni bangun untuk melihat Suhaila. Maka tinggallah Shaiful termangu-mangu di situ. Disandarkan tubuhnya di sofa, ada resah bermukim di hati dan telah lama di situ. Apa yang dikatakan oleh Umi, benar-benar belaka. Dia sepatutnya belajar melupai sedikit demi sedikit arwah isterinya. Bukan bererti dia tak menyayanginya lagi tetapi kehidupannya perlu diteruskan. Namun begitu hati tetap sentiasa mahukan Suraya sentiasa dekat di sisinya. Dengan keadaan yang tidak berubah sejak Suraya masih ada, membuatkan Shaiful tetap merasakan Suraya berada di sisi. Sebab itulah dia kuat untuk meneruskan kehidupan ini.

Namun, mengenangkan anaknya, Suhaila, dia sepatutnya mengambil langkah yang wajar. Anaknya begitu bijak. Sikap memerhatinya membuatkan Shaiful risau. Dia ingatkan anaknya tidak tahu apa yang berlaku padanya dan juga keadaan sekeliling, ternyata dia silap. Suhaila masih lagi seorang kanak-kanak yang jernih hati dan naif. Apa yang dia lihat, itulah yang akan dikatakannya. Shaiful juga sedar, keadaan sekeliling akan mempengaruhi perkembang fizikal dan mentalnya. Dia tidak ingin apa yang sedang berlaku ke atas dirinya mempengaruhi perkembangan tumbersaran anaknya.

Shaiful mengeluh lagi. Ya sampai bila dia harus begini. Su... abang amat rindukan Su. Kalaulah Su masih ada, tentu keadaan abang takkan jadi begini. Tentunya Ila akan membesar menjadi seorang anak gadis yang bijak dan cantik macam mamanya. Su apa yang perlu abang lakukan, rintih hatinya.
@@@@@

Sabtu, 21 Januari 2012

Khamis, 19 Januari 2012

Januari 19, 2012

mini cerita- Kebetulan Yang Indah-5


“kakak...kakak!!!”
Panggilan itu menyedarkannya dari lamunan. Kebimbangan emak dulu kini telah menjadi kenyataan. Airmata yang cuba ditahan di hadapan tunangnya, kini sudah mengalir keluar tanpa mampu ditahan lagi.
“kakak..Kenapa kakak nangis?” Soal seorang kanak-kanak tiba-tiba. Dia tercegat di hadapan Hasma dengan wajah kehairanan.
“Ada orang marah kakak ya?”Soalnya lagi.
Hasma tersenyum tawar. Dia menarik nafas panjang dan cuba mengusir hiba di hatinya.
“Ila datang dengan siapa ni? Comelnya dia” Soal Hasma sambil memuji. Matanya juga melilau mencari Mak Cik Hasni di sekelilingnya.
“Nenek mana?” Soalnya lagi. ditarik Suhaila supaya duduk di atas ribanya.
“Ila dengan papa. Nuh papa kat sana, tengah berbual dengan kawan dia. Ila bosanlah. Nasib baik nampak kakak kat sini. Kenapa kakak nangis tadi?”
Lalu Hasma memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Suhaila. Dilihat Papa Suhaila asyik bersembang dan mungkin tidak menyedari tentang kehilangan Suhaila itu.
“taklah mana ada kakak menangis. Mata kakak masuk habuklah”
“Sama macam papa. Mata papa selalu juga masuk habuk bila dok sorang-sorang. Tapi Ila tahu papa nangis. Sama macam kakak jugak”
Hasma terdiam. Dia tahu Suhaila menyatakan apa yang dia lihat dan perhati. Hatinya polos dan tidak pandai berbohong. Apa yang dia lihat dan rasa itulah yang dikatakannya.
“Ada orang tinggalkan kakak ya?”Soalnya lagi. Hasma berkerut dahi.
“Kenapa Ila tanya macam tu?”
“Papa pun selalu nangis sebab mama tinggalkan papa dan Ila. Mama dah pergi jumpa Allah.”Beritahunya lagi.
“taklah. Kakak tak kahwin lagi, macam mana orang nak tinggalkan kakak” Rasanya dia tidak perlu bercerita perihal tunangnya yang curang. Suhaila masih lagi kanak-kanak yang tidak memahami kompleknya dunia orang dewasa. Pancaroba kehidupan yang perlu dilalui. Suhaila akan belajar sedikit demi sedikit menghadapi cabaran hidup ini. Ceritanya tidak perlu diketahui oleh budak sekecil Suhaila.
“Kalau macam tu, kakak kahwinlah dengan papa. Nanti tiap hari Ila dapat jumpa kakak dan mata papa takkan masuk habuk lagi” Pinta Suhaila lagi.
Hasma tersenyum. Senangnya dia bercakap. Permintaan itu nampak mudah tetapi payah sebenarnya seperti mana mencari jawapan yang sesuai untuk permintaan yang lurus itu.
“Papa Ila dan kakak tak kenal pun. Macam mana nak kawin?”
“Tadi kan Ila dan tunjukkan kat kakak papa Ila, jadi dah kenallah. Kenapa kakak cakap tak kenal lagi?” Soal Ila bingung.
“Sayang.. tadi Ila Cuma tunjukkan kat kakak papa Ila. Jadi kakak tahu Ila datang sini dengan siapa. Kenal maksud kakak, macam kita sekarang ni. Berbual-bual di sini”
Oooooo... Suhaila mengangguk walaupun padahalnya dia tak faham.
“Ilaaa.. kat sini rupanya sayang. Kenapa tak beritahu papa. Ila dah takutkan papa tadi”tiba-tiba seorang lelaki menerjah mereka. Kedua-duanya terkejut.
“Ila boring. Papa asyik cakap dengan kawan papa je. Nasib baik Ila nampak kakak ni” petah Suhaila membalas.
Hasma melemparkan senyuman dan menurunkan Suhaila dari ribanya. Wajah papa Suhaila masih lagi serius dan memandang anaknya.
“Lainkali kalau nak ke mana-mana beritahu papa dulu. Jangan buatkan papa risau”
“Baik papa. Ila minta maaf. Tadi Ila tengok kakak ni matanya masuk habuk macam papa juga.”Terang Suhaila. Spontan keduanya saling bertentang mata. Pantas Hasma melarikan matanya.
“Maaflah Ila ni terlebih bijak memerhati. Awak tak apa-apa ke? Soal lelaki itu.
“eh.. tak apa-apa.”Hasma menafikannya.
“Betul... Ila tak tipu” sampuk Suhaila lagi.
“Er.. Kakak tak cakap Ila menipu. Kakak cakap kakak tak apa-apalah sayang” Kata Hasma sambil mencuit pipi gebu Suhaila.
“Kakak pergi dulu ya. Kakak ada barang sikit nak beli” Hasma meminta izin untuk berlalu dari situ.
“Alaaa Ila nak ikut” rengek Suhaila lagi.
“Ila...”tegas papanya memanggil.
“Lainkali ya. Nanti kita jumpa kat kedai dengan nenek ya. Nanti kakak belanja Ila makan aiskrim pula. Ok sayang?”
“Kakak janji tau”
“Ia.. kakak janji” lalu dikaitkan jari kelingking dan ditemukan ibu jari menandakan janji dipatrikan. Papa Suhaila diam memerhati tingkah laku mereka berdua dengan rasa ingin tahu.
“Awak kenal umi saya?”Soal Papa Ila sebelum Hasma berlalu dari situ.
“Kami selalu terserempak di kedai setiap pagi sabtu”jawab Hasma sebelum melarikan langkahnya berlalu dari situ. Dia tidak ingin berlama-lama. Manakala Suhaila dan papanya terus memerhati langkahnya yang kian jauh.
Tanpa disedari oleh mereka, dua pasang mata sedang memerhati dengan dua pandangan yang berbeza. Satunya terukir senyuman sinis dan ada niat tersendiri di hati. Satu lagi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan di antara cemburu dan marah. Ada juga rasa kesal kerana melakukan sesuatu yang membuatkan mereka kian terpisah.

Rabu, 18 Januari 2012

Januari 18, 2012

mini cerita -Seindah biasa -akhir


p/s : akhirnya cerita ini tamat juga. lama shima tulis.. tanpa sebarang plot sebab itulah tajuknya SEINDAH BIASA, sebab kisahnya pun biasa-biasa je. hope pembaca semua memberikan komen. apa pendapat anda tentang cerita ini. Insyaallah lepas ini shima akan sambung cerita-cerita lain pula ya....

Aku memandang sekeliling bilik yang terhias indah. Gabungan warna putih keemasan menyerlahkan seri bilik pengantin ini. bilik ini cukup luas. Dua kali ganda lebih luas dari bilikku. Sejenak aku terpaku di tengah-tengah bilik sebelum kakiku melangkah ke balkoni. Aku memandang ke luar. Kelihatan masih ramai lagi saudara mara tengah berkumpul dan berbual-bual di halaman rumah walaupun khemah telah pun dikemaskan.
Matahari kian terlindung di sebalik awan di sebelah barat. Burung-burung mula kembali ke sarang masing-masing. Aku teringat kisah siang tadi. Mataku terpaku melihat dia yang kian menghampiri untuk upacara membatalkan air sembahyang dan menyarungkan cincin. Pandangannya redup memaku ke wajahku. Hilang sudah pandangan yang kerek dulu. Terus aku memandang tangan yang berada di atas riba. Tak sanggup aku berbalas pandangan dengannya. Getaran di dalam hati kian rancak. Bersimpuh dia di hadapanku. Spontan hujung jarinya mengangkat wajahku yang sedang menunduk. Wah tak sanggup lagi aku melaluinya. Kenapa tak cepatkan je. Malunya apabila menjadi perhatian ramai. Aku merasakan betapa kerdilnya diri ini berbanding dengannya.
Kemudian segala-galanya berjalan lancar tanpa aku sedari. Cukuplah sekali aku melalui situasi ini. tak nak lagi. Malulaaa.. kenapalah apabila jadi pengantin ni kena jadi tumpuan. Akad nikah dahlaa kan. Pastu sarung cincin ke, batalkan wuduk ke buatlah berduaan je. Tak boleh ke.
Kemudian kami berarak pulang ke rumah mertuaku. Siap terpacak dua buah khemah yang besar. Baju pengantin bertukar lagi. Haaa yang ni nasib baik dia tidak mencelah sama. Sebetulnya belum ada bicara di antara kami. Masing-masing sibuk tersenyum dan membalas sapaan orang. Mahupun berkenalan dengan semua saudara mara yang hadir ke majlis pernikahan kami ini. penat tau.. kata je kenduri kecil-kecilan. Gabungan jemputan dua buah keluarga mahunya dekat hampir-hampir seribu orang. Haa jangan tak tahu, keluarga aku ni ramai saudara mara, sepupu sepapatnya. Begitu juga dengan belah dia.
Letih, lenguh kaki yang dari tadi asyik berdiri. Lenguh otot muka kerana asyik tersenyum dan terus tersenyum dari tadi. Serasanya.. aku ingin rehat dan tidur sampai ke pagi esok. Penatnya hanya mereka yang telah melaluinya sahaja yang tahu. aku terkenang lagi wajah dia yang telah menjadi suamiku. Hilang sudah wajah kereknya dulu digantikan dengan wajah yang amat memukau mata dan juga hatiku. Mana boleh semuanya berubah dengan sekelip mata. Apasal dengan aku ni ya. Takkanlah dah terjatuh hati kot. Tak boleh. Kan aku dari dulu menyampah dengan dia. yang selalu je yakin diri dan tahu apa yang dia inginkan. Dia menjadikan aku rasa kerdil di sisinya.
“Dah puas berangan?” Ada suara garau lembut menyapa di pendengaranku. Pantas aku menoleh. Melihat dia yang tersenyum memandang. Wajahnya berseri. Aku terpaku lagi. Dari senyuman bertukar menjadi ketawa kecil. Dia menarik tanganku supaya aku merapatinya. Dibimbing aku sehingga ke sofa yang terletak di sudut bilik. Aku didudukkan di atas sofa manakala dia melutut dihadapanku. Matanya sedikit pun tidak lari dari memandang terus ke dalam mataku.
“Abang nak minta maaf dengan Kila di atas segala yang berlaku pada hari ini dan sebelumnya. Sebetulnya Kila telah mencuri hati abang pada kali pertama kita berjumpa dulu. Abang ingatkan kita tidak akan berjumpa lagi. Mana tahu rupanya kita memang telah ditakdirkan berjodoh. Sejak berjumpa di pejabat papa, abang telah berjanji di dalam hati abang, Kila akan sentiasa berada di sisi abang untuk selama-lamanya”
“Abang bukan jenis yang romantik. Abang bukan jenis yang suka bertangguh-tanguh dalam soal hati dan perasaan. Apabila abang berjumpa Kila, abang tahu abang ingin menghabiskan hidup abang bersama dengan Kila sepanjang hayat abang.”
Aku diam dan mendengar setiap patah yang keluar dari bibirnya. Hati yang memberontak dan panas, dua tiga hari lepas sebenarnya telah sejuk sejak dia melafazkan akad pagi tadi. Terus padam apabila melihat wajahnya yang redup dan berseri ketika upacara membatalkan wuduk. Hatiku juga tahu dialah yang aku mahukan. Betul kata mak, dia lebih tahu tentang hati anaknya ini. walaupun aku memberontak dan menyampah dengan dia, namun mak mampu mentafsirkan perasaanku sebaliknya. Sebab itulah aku sayang sangat pada mak. Bagiku dialah ibu yang terbaik di dunia.
Aku menyentuh wajahnya, sayu pula di hati ini apabila pada hari pertama kami bergelar suami isteri, dia melutut dan meminta maaf daripada isterinya ini. padahal isterilah yang patut meminta maaf dan memohon restu untuk bersamanya sehingga akhir hayat. Hilang sudah ayat-ayat yang ingin kusemburkan padanya. Segalanya telah lenyap dari ingatanku.
Yang aku mahukan sekarang ini, cinta dan kasih sayangnya. Aku mahu menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya. Aku mahu menjadi pasangannya sehingga ke syurga nanti.
“Kila pun nak minta maaf. Kila tahu Kila banyak berkasar dengan abang. Menyampah tengok muka abang. Benci dengan apa yang abang buat pada Kila. Kila tak sedar sebenarnya Kila pun mula sayangkan abang. Mula terasa rindu kat abang apabila abang tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesanan.”
“Abang tahu.. sebab itulah abang buat macam tu” Ujarnya tersenyum – senyum. Ah...sikap nakalnya masih ada lagi. Aku mencebik. Dia bangun dan duduk di sebelahku. Aku ditarik rapat ke dadanya.
“Akhirnya dapat juga abang peluk Kila. Dah lama nak buat sebenarnya. Bila dapat peluang dukung Kila dulu, malam tu abang tidur tersenyum tau. Sejak itu abang tahu, abang memang tak boleh percaya pada diri sendiri apabila berada rapat dengan Kila. Nasib baik Kila garang dengan abang. Kalau tak... hmmm.. tak tahulah apa akan jadi bila kita berdua-duaan”
“Huhuhu... gatal.. miang...” aku mengejeknya. Sedikit aku menolak badannya menjauh tetapi dia tetap memeluk kejap bahuku, sedikitpun tidak berganjak
“Hahahaha.. memang abang gatal dan miang pun dengan Kila. Sebab itulah abang nak cepat-cepat nikah supaya abang boleh buat apa je kat Kila” bisiknya di telingaku.
Eeeiii geli...memang gatal.. miang.....
Aku tersenyum-senyum.... “ beranganlah ya.. gatallah sorang-sorang ya... Kila tengah angkat bendara jepun” padan mukanya.
Dia memandang wajahku. Aku perasaan ada kehampaan di wajahnya. Namun seketika sahaja apabila senyuman miang kembali terukir di bibirnya.
“Hmmmmm.. ringan-ringan tak salahkan?” dia terus tersengih-sengih. Aku mencebik. Huhu.. kalau lelaki kan, namanya lelaki jugakkan. Nafsunya satu, akalnya sembilan.. memang banyaklah jalannya.
“Sukati abanglah. Kila nak pergi mandi.. rimaslah. Lepas ni nak rehat sat. Penatlah. Kata buat kecil-kecilan je.. tapi dekat seribu gak yang datang” aku merungut dan cuba untuk terus melepaskan diri.
“Mandi sama ya” dia meminta.
“tak boleh. Mana boleh. Tak nak” aku bersuara agak kuat.
“Kenapa pula tak boleh? Suami isteri digalakkan mandi bersama untuk memupuk kasih sayang tau” dia terus berhujah.
Parah dah dengan dia ni. Tak sampai sehari, dia memang tak tahu malu. Aku memasamkan wajah.
Dia terus ketawa pula.
“Rindu nak tengok muka masam Kila. Muka orang tak puas hati.” Dia terus ketawa sebelum berkata lagi.
“Hmmm.. abang ambil wuduk dulu. Lepas ni Kila mandilah. Ok sayang?”
Aku tersenyum dan mengangguk. Serta merta sebuah ciuman dihadiahkan di pipiku sebelum dia melangkah ke bilik air. Aku tersenyum. Virus bahagia mula melular di dalam tubuhku.
I praise allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and i'm here with you
now let me let you know
you've opened my heart
i was always thinking that love was wrong
but everything was changed when you came along
ooo
and there's a couple words i want to say
for the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side honest and true
till the end of my time
i'll be loving you. Loving you
for the rest of my life
through days and night
i'll thank allah for open my eyes
now and forever i i'll be there for you
i know that deep in my heart
i feel so blessed when i think of you
and i ask allah to bless all we do
you're my wife and my friend and my strength
and i pray we're together to jannah
now i find myself so strong
everything changed when you came along
ooo
and there's a couple word i want to say
for the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side honest and true
till the end of my time
i'll be loving you. Loving you
for the rest of my life
through days and night
i'll thank allah for open my eyes
now and forever i i'll be there for you
i know that deep in my heart now that you're here
infront of me i strongly feel love
and i have no doubt
and i'm singing loud that i'll love you eternally
for the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side honest and true
till the end of my time
i'll be loving you.loving you
for the rest of my life
thru days and night
i'll thank allah for open my eyes
now and forever i i'll be there for you
i know that deep in my heart
Malam ini setelah beramah mesra dengan saudara mara yang masih lagi berada di sini, kami melangkah memasuki kamar pengantin. Wangian lavender mendamaikan jiwaku yang sedang berdebar hebat. Tadi debarannya tidak terasa sangat kini apabila malam kian menginjak ke awal pagi, berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bergelar suami memang menggetarkan jiwaku.
Alunan lagi Maher Zain menemani kami berdua. Dia menghulurkan tangan dan memimpin aku ke peraduan.
“Untuk isteri abang.. abang tahu abang bukan lelaki yang terbaik tetapi abang akan cuba menjadi yang terbaik untuk isteri abang ni dan juga bakal anak-anak kita nanti” bisiknya perlahan sambil merebahkan badan kami berdua di atas katil.
Pertama kali di dalam hidupku, aku tidur berbantalkan lengan seorang suami.
“apa yang abang rasa di saat ini, sama seperti lagu ini... selamat malam sayang....” bisiknya dan terus memelukku erat.
Aku terus memejamkan mata. Ada damai di situ.
Kebahagiaan seseorang telah pun Allah s.w.t tetapkan dengan seseorang yang sepadan dengannya. Kita tidak perlu tergesa-gesa mencari, sebaliknya usaha dan diiringi pasrah padaNYA pasti akan menemukan kita dengan apa yang kita cari.
Alhamdulillah aku bersyukur dengan hidup baru ini. lengkap sudah diriku dengan adanya dia. dia yang aku menyampah dan benci dulu adalah orang yang terbaik untukku. Dia yang tidak langsung terlintas difikiranku untuk bersama dengannya, kini menjadi pelindung dan pemimpin diriku.
Semoga.. mereka-mereka yang membaca kisahku ini, menemui seseorang sepertinya.
tamat