Monday, 20 February 2012

SRSI- edited Bab 1


“Khalisa…masuk bilik saya sekejap”
“baik encik”
Tuk ..tuk..
“Masuk …” kedengaran suara dari dalam menyuruh Khalisa memasuki bilik serba sederhana milik Encik Kamarulzaman. Entah mengapa setiap kali melangkah masuk ke bilik tersebut hatinya berdenyut lebih cepat dari kebiasaannya. Terutamanya ketika ini, dia tahu Encik Kamarulzaman mempunyai tetamu ketika ini dan menjadi luar biasa kerana dia turut dipanggil untuk menyertai mereka. Bagaikan pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan, begitulah perasaan Khalisa ketika ini. Seolah-olah dia telah diadili dan bakal dijatuhi hukuman yang bakal mengubah kehidupannya mulai dari saat ini.
Khalisa menundukkan kepalanya tanda hormat kepada tetamu yang berada dibilik bosnya itu.
“Ada apa Encik panggil saya ni” Tanya Khalisa sopan.
“duduk dulu Khalisa, kita berbual-bual sikit dan ini saya kenalkan Tan Sri Badrul Syah, kawan saya dan dialah orang disebalik tabir kewujudan syarikat kita ini sekarang” terang En Kamarulzaman.
Khalisa tersenyum sambil menganggukkan kepalanya tanda hormat kepada Tan Sri Badrul Syah.
“Apa khabar Tan Sri”
“Baik, Alhamdulillah, eh duduklah, jangan segan-segan dengan saya ini. Saya sebenarnya banyak mendengar cerita pasal awak dari bos awak ni, itulah tergerak hati nak kenal macam mana orangnya” ucap Tan Sri Badrul Syah berbahasa.
“Dari yang saya nampak ni, betullah apa yang diceritakan kat saya, orangnya manis, sopan santun, kecik molek dan lemah lembut” Puji Tan Sri Badrul Syah sambil tersenyum memerhati Khalisa.
Serba tak kena Khalisa dibuatnya. Pipinya terasa berbahang. Entah cerita apa yang disogokkan oleh bosnya sehingga mendapat pujian yang melambung  daripada Tan Sri miang keladi ini. Huhhuhu dasar orang tua tak sedar diri. Kubur kata mari, dunia kata pergi, nak menggatal lagi kerjanya. Kutuk Khalisa dalam hatinya. Tak senang menghadapi situasi seperti ini. Lagipun, selama dia bekerja, tak pernah lagi dia menghadapi keadaan sekarang ini. Khalisa mendiamkan diri tanpa mahu memberikan apa-apa reaksi di sebalik pujian – pujian Tan Sri itu. Hatinya telah rasa mual dan meluat dengan pujian tersebut. Tak puji pun tak apa, dia lebih kenal siapa dirinya yang sebenar.
“Haa Khalisa.... Mesti awak sedang mengutuk saya sehingga berkerut-kerut dahi  tu kan?”
“Mesti kata saya ni orang tua gatalkan” lagi Tan Sri Badrul Syah menyambung kata.
Terkejut dengan sergahan itu, Khalisa hanya mampu tersenyum sumbing. Telahan Tan Sri itu memang tepat sekali. Memang itulah yang sedang bermain-main di dalam fikirannya sekarang.
“Eh tak de lah Tan Sri, saya cuma heran je, yelah ni kali pertama kita jumpa dan Tan Sri pula siap puji sampai melangit saya ini, ada apa-apa yang perlu saya tolong ke? Takkan percuma je pujian itu, mesti diminta balasan kan?” Khalisa cuba menafikan dengan mempersoalkan tentang tujuan disebalik pujian itu. Takkanlah hendak mengaku pulakan. Biarlah kata hatinya tersimpan di dalam hati. Mungkin sebab itulah kot wujud kata-kata mulut cakap lain, hati cakap lain. Sama seperti keadaan dia sekarang ni.
“Haa kau dengar tu Bad, kan betul aku cakap. Dengan Khalisa ni kau tak boleh puji lebih-lebih, otak dia ni akan terlebih fikir yang bukan-bukan. Kita cakap ikhlas, dia fahamnya lain, kata kita ini gatal, ada udang di sebalik mee lah, kadok naik daunlah… macam-macamlah peribahasa yang akan keluar dari mulut dia nanti.” Celah Encik Kamarulzaman sambil ketawa. Tan Sri Badrul Syah juga ikut ketawa. Khalisa tidak terasa dengan sindiran itu. Memang betul pun apa yang dia kata. Realitinya memang macam itu.
“Betullah apa yang saya cakapkan tu. Orang lelaki KL ini bukan boleh percaya sangat. Tua-tua pun masih lagi gatal, tak macam orang tua kat kampung saya tu. Mereka itu memang saya respectlah sebab apa yang mereka cakapkan ikhlas. Tak ada niat tersembunyi dan tak perlu ragu-ragu”. Pertahan Khalisa dengan apa yang dikatakan sebelum ini.
“Kenapa awak cakap macam tu? Bukan semuanya sama sahaja. Orang tua patut awak hormati bukan meragui apa yang diucapkan. Mereka lebih lama hidup daripada awak tau. Dah masak dengan sepak terajang di dunia ini”. Kata Tan Sri lagi.
“Errrrr..memanglah. Tidak dinafikan. Tapi kenalah tengok tempat mana mereka tinggal, tahap sosial mereka dan pergaulan mereka. Macam di KL ini memang tidak dinafikan segelintir mereka boleh dikatakan gatal dan oleh kerana sejak saya bekerja di KL ini, yang selalu saya jumpa adalah lelaki-lelaki gatal yang tak sedar diri. Patutnya mereka treat saya sebagai anak mereka atau patut bersikap dengan sikap yang boleh kita hormat pada dia. Bukan bersikap gatal, macam tak sedar diri tu dah tua.” Bukan main bersemangat lagi Khalisa mempertahankan hujahnya. Pantang orang nak berbahas, dengan penuh yakin dia akan menegakkan pendapatnya.
“Ada hatilah nak mengorat kita, ajak pergi tengok wayanglah, karaokelah, jalan-jalanlah. Nak ajak pun agak-agaklah orang tu macam mana. Bukan orang yang macam saya ini. Biarpun kaya mana pun, tak adanya saya heranlah. Nak bagi saya wang beribu pun saya tak nak. Itu semua akan saya dapat dengan usaha saya sendiri.” Sedikit meninggu diri. Bukan mahu menunjukkan sikap sombong tetapi lebih untuk memberitahu tentang prinsip hidupnya.
 “Tak perlu jalan singkat. Perempuan lain bolehlah tapi bukan macam saya ini” Sambungnya lagi dengan penuh perasaan. Seolah-olah dia meluahkan perasaan geram yang terbuku  dalam hatinya selama ini. Sudah jenuh dia menangkis godaan yang tak masuk dek akal itu. Jadinya, jika Tan Sri yang berada di hadapannya ini nak menggatal juga, baik diberi amaran awal-awal lagi supaya tidak hilang hormat kepadanya yang memang terpengaruh di dalam dunia korporat ini.
Tan Sri Badrul Syah dan Encik Kamarulzaman berpandangan sesama sendiri sebelum berkata.
“Man..aku respectlah staff kau ini. Memang betul kata kau, dia memang calon yang sesuai dan dicari-cari selama ini”.
Khalisa tercengang-cengang memandang keduanya. Dengan pandangan seribu pertanyaan. Calon apa? Takkan calon jadi isteri muda kot. Maaak…. Lis tak nak kawin dengan orang tua ini. Jerit hati Khalisa.
“Haaaa apa yang awak menungkan tu Khalisa? Tentu awak fikir awak tercalon jadi isteri muda sayakan?” Serkap Tan Sri Badrul lagi sambil ketawa panjang beradu dengan En Kamarulzaman.
 Khalisa hanya mampu tersengih-sengih menutup kegusaran hatinya. Dia tidak mampu untuk meneka dia menjadi calon apa sebenarnya. Macam manalah muka aku sekarang ini. Mesti dah merah menyala kot. Sudahlah aku ini darah gemuruh, cepat sangat panik dan mudah sangat darah naik ke muka. Lebih-lebih lagi jika berada di dalam situasi yang serba pelik macam ini. Yang dia tidak tahu hujung pangkal gelak ketawa dua orang lelaki yang dihormati ini. Rasanyalah, dia yang menjadi bahan ketawa. Tetapi mengapa? Apa yang geli hati sangat sebenarnya. Khalisa betul-betul blur. Rasa ingin keluar sahaja dari bilik ini. Tapi tak manis pula merempuh keluar tanpa kebenaran bos ni.
Setelah beberapa detik kemudian, kedua lelaki ini mulai reda gelak tawanya. Sambil menyapu hujung mata yang sedikit berair. Teruk sangat gelakkan dirinya sampai berair mata. Selang beberapa saat kemudian. Tan Sri Badrul Syah kembali tenang dan berwajah serius dan berkata.
“Khalisa.. awak tak perlu takut dan fikir yang bukan-bukan. Tadi tu saya cuma bergurau sahaja. Saya ingin tahu awak ini macam mana orangnya. Dan ternyata benar apa yang bos awak beritahu saya selama ini. Awak ini seorang yang lurus dan jujur. Ada pendirian sendiri serta tegas pula. Sesuai untuk jadi calon menantu saya sebenarnya.” Tan Sri Badrul Syah berterus terang tentang maksudnya yang sebenar.
“Saya tengah mencari calon isteri untuk anak sulung saya. Apabila bos awak bercerita tentang diri awak, saya cuba analisa dan perhatikan dari jauh. Dan setelah berpuashati barulah saya datang sini untuk berjumpa dengan awak hari ini. Untuk menjadi menantu saya, seseorang itu mestilah berpendirian dan mempunyai asas agama yang kukuh. Macam awak ni. Barulah dapat menundukkan pemuda seperti anak saya itu.”terangnya lagi.
“Saya Tan Sri?” ujar Khalisa sambil jari telunjuknya menunjuk pada dadanya. Diri sendiri. Tercengang-cengang. Apa yang lebihnya dia? Dan apa yang mampu dia lakukan nanti?
“Kenapa Tan Sri kata saya layak? Isssyyy saya tak sesuailah, bos saya dah silap menilai saya ini. Saya ini kolotlah. Not very open minded. Not fashionable. Pendek kata  mesti tak sesuai untuk anak Tan Sri. Saya pasti dia tentunya mempunyai pilihan sendirikan? Lagipun saya ini anak orang kampung. Tak masuk langsung kalau nak digandingkan dengan anak Tan Sri ini” jelas Khalisa merendah diri. Tidak sangka dirinya dipilih untuk menjadi menantu kepada Tan Sri Badrul Syah. Dilamar sendiri oleh Tan Sri Badrul Syah untuk anaknya. Of courselah anak dia takkan pilih aku. Detik hati Khalisa.
Memanglah selama ini Khalisa tidak berkira dalam soal jodoh. Malah tak terfikir pun untuk bercintan-cintun ini. Semuanya dia serahkan pada keluarga. Segala yang baik dan buruk pilihan keluarga dia terima. Itu lagi baik daripada mencari sendiri jodoh, yang belum tentu dia tahu baik buruknya lelaki tersebut. Masa bercinta semuanya kelihatan baik, selepas kahwin lain pula jadinya. Oleh sebab itu, baginya adalah lebih berkat hidup ini jika jodoh itu keluarga yang tentukan. Dan hati dan cintanya hanyalah untuk diserahkan pada seorang lelaki yang telah sah bergelar suaminya. Biarlah dia belajar dari A mencintai seorang lelaki yang sah berbanding belajar mencintai lelaki yang belum tentu lagi jodohnya. Itulah yang sebaiknya.
“Tak layak apanya. Awak lebih dari layak untuk menjadi menantu saya. Saya ini jenis yang tak kisah sesiapa pun jadi menantu saya asalkan dia seorang yang mempunyai pengetahuan agama yang baik, berpelajaran dan ada pendirian macam awak ini. Lagipun saya rasa anak saya yang tak layak untuk awak sebenarnya.  Itulah silap saya terlalu memewahkan dan memanjakan dia sangat. Sampai rosak akhlaknya”. Jelas Tan Sri Badrul Syah lagi sambil mengeluh mengenangkan tindak tanduk anak sulung kesayangannya. Anak lelaki tunggal yang bakal menerajui empayar perniagaan yang diusahakan selama ini. Ini adalah usahanya yang terakhir dalam menyelamatkan akhlak dan akidah anaknya yang hampir terpesong dan untuk menyedarkan anaknya tentang tangggungjawab yang perlu digalasnya.
Dengan berat hati, Tan Sri Badrul Syah menceritakan perihal anak terunanya itu. Khalisa mendengar dengan penuh perhatian. Astafirullah halazim…sampai macam tu sekali.  Khalia beristiqfar banyak kali sepanjang mendengar penjelasan Tan Sri Badrul Syah. Sayu hatinya mendengar luahan seorang bapa yang sayangkan anak dan mahu menyelamatkan anak itu kembali ke pangkal jalan.
“ini adalah usaha saya yang terakhir Khalisa. Harap awak dapat bantu saya. Sejak dahulu lagi kita akui, disebalik kelemahan lelaki penyebabnya adalah wanita dan di sebalik kekuatan lelaki sumbernya adalah datang dari seorang wanita juga. ‘ Rayu Tan Sri Badrul Syah lagi. Sejarah dunia membuktikan perkara ini. Lihatlah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, di sebaliknya berdiri teguh Siti Khadijah r.a memberikan semangat dan harta bendanya untuk Nabi terus berjuang mengembangkan syiar islam ke seluruh alam. Begitu juga dengan kejatuhan Hitler adalah disebabkan oleh seorang wanita. Jadi apa yang diperkatakan oleh Tan Sri itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
Hmmmmm.... Khalisa memandang keduanya yang seolah-olah mahukan jawapannya sekarang. Tetapi Khalisa tidak dapat berfikir apa-apapun apatah lagi memberikan jawapannya. Dia masih lagi buntu. Apa yang harus diperkatakanya. Sebahagian dari hatinya menyuruh dia menolong Tan Sri untuk menyelamatkan kehidupan anaknya. Namun sebahagian lagi menyatakan tidak sanggup menanggung tugasan ini. Jika dia menerimanya bererti dia mempertaruhkan seluruh kehidupannya kepada seorang lelaki yang belum tentu dapat membimbingnya ke arah kehidupan yang bahagia. Yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sudah tentu dia yang perlu membimbing lelaki ini. Beratnya tugasan ini.
“Tan Sri, berikan saya masa untuk membuat keputusan. Bagi saya tempoh seminggu boleh? Biarlah saya melakukan solat istiqarah terlebih dahulu agar saya dapat membuat keputusan yang tidak akan saya kesali seumur hidup nanti. Lagipun saya perlu memberitahu mak ayah saya tentang perkara ini sebab soal jodoh sebenarnya telah saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Saya takut nanti mereka sudah ada calon yang sesuai untuk saya.”
“Khalisa, sebenarnya kami telah pun pergi ke rumah ibu bapa awak. Merisik awak. Mak dan ayah awak menyatakan perkara ini terpulanglah pada awak sama ada ingin terima lamaran ini atau tidak. Mereka menerima sahaja keputusan awak.” Ucap En Kamarulzaman setelah sekian lama menjadi pemerhati dan pendengar di antara mereka bertiga.
“Oooooo bila encik pergi ke sana?” soal Khalisa hairan. Dan tidak pula diberitahu oleh ibunya walhal setiap hari mereka bercakap melalui telefon.
“Minggu lepaskan saya outstation tak masuk pejabat selama dua hari. Ketika itulah saya ke sana bersama Tan Sri dan isterinya. Sebelum itu pun saya dah telefon keluarga awak dahulu. Lagipun saya dah pastikan awak memang tidak ada teman lelaki buat masa sekarang?” terang En Kamarulzaman lagi.
Khalisa tiada alasan lain untuk diberikan lagi. Sekarang terpulanglah kepada dirinya untuk terima atau tidak.
“Oklah Tan Sri dan encik Kamarul, berikan saya tempoh seminggu kemudian saya akan beritahu jawapannya.” Putusnya. Dia perlukan masa juga.
 “Hmmmm… kalau tiada apa lagi saya keluar dahulu”. Ujar Khalisa meminta kebenaran untuk keluar dari situ setelah tujuan sebenar pertemuan ini diketahuinya.
“Khalisa saya harap sangat awak terima lamaran ini. Hanya awak sahaja harapan saya”. Rayu Tan Sri Badrul lagi.
“Insyaallah Tan Sri, bagi saya masa untuk fikirkan perkara ini”. Putus Khalisa seraya melangkah keluar dari bilik bosnya.
Dia perasan beberapa mata di situ memandangnya penuh dengan persoalan. Tetapi dia buat dek jer. Hanya melemparkan senyuman sambil mengangkat bahu. Tidak ingin menjelaskan apa-apa lagi. lagipun ini melibatkan masa depannya dan mereka semua tidak perlu tahu.
Tiba di mejanya, dia terus membuat kerja-kerja yang terbengkalai tadi. Cuba difokuskan kepada kerja-kerja tersebut biarpun kata-kata berupa harapan seorang ayah bagaikan berlagu di telinganya.

Layan sekejap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disukai ramai