Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 29 Mac 2012

Mac 29, 2012

Kasih tersimpan dalam diam- 2i

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


Kafetaria KTDI penuh dengan mahasiswa yang mahu menjamu selera. Jam di tangan menunjukkan pukul 12 tengahari, patutlah, mestilah penuh. Aku menjenguk lauk pauk yang dijual pada hari itu. Cuba untuk menggamit selera datang. Sejak menjadi penghuni di kampus ini, selera makanku menjunam turun, asyik teringat masakan umi di rumah sahaja. Lauk pauk di sini jarang yang melepasi seleraku. Tetapi jika diikutkan rasa hati it, nantinya sampai bila-bila pun aku tidak akan makan. Jadi nak tak hendak, aku memaksa diri untuk membiasakan diri dengan persekitaran dan makanan kampus ini.


Sedang aku beratur untuk mengambil lauk, kurasakan ada seseorang memerhatikanku. Lantas tanpa bertangguh aku terus menoleh ke belakang dan mendongak. Dia tersenyum memandangku. Aku terpaku seketika, manisnya senyuman dengan gigi yang tersusun indah. Lalu setelah aku kembali kepada diriku dalam sesaat itu, aku pun turut sama menghiasi bibirku dengan senyuman. Bagaikan ada dedaun rindu luruh di dalam taman di dalam hatiku. Agak lama mereka tidak bersua dan berdekatan seperti, hanya kalibatnya yang dapat kulihat dari jauh sebelum ini. Sejak berakhirnya minggu suai kenal, sejak mula sibuk dengan kuliah dan tutorial, aku dan dia tidak pernah bertembung lagi.


“tapau je?” Soalnya perlahan. Aku lihat di tangan kanannya ada sepinggan nasi putih.


“A’aaah” jawabku pendek.


“temankan saya makan” ajaknya.. Hatiku mula berbunga kembang. Baru mulutku ingin menjawab ajakan itu...tiba-tiba..


“I tunggu you kat sana ya” ada orang lain bersama dengannya rupanya. Gadis itu langsung tidak memandangku, seolah-olah aku tidak wujud di situ. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya dan menghantar gadis itu dengan pandangannya.


Aku pula mula mengisi polistrenku yang berisi nasi tadi dengan ayam masak merah, sayur kacang panjang goreng dan juga sambal belacan. Dia masih lagi di belakangku.


“Jomlah join saya sekali” ulangnya sekali lagi. sekilas aku memandangnya tersenyum.


“Lainkali sajalah. Lagipun saya tak rasa lapar lagi, saja beli awal-awal takut lauk habis” beritahuku. Sebenarnya bukan itu maksudku yang sebenar. Aku faham pandangan yang dilemparkan oleh gadis yang menyapanya tadi. jelas tertera diwajahnya, ‘jangan ganggu kami berdating’. Jadi takkan aku nak interframe plak.


Dia terdiam tidak mengulas sehinggalah sampai di tempat pembayaran.


“lamakan kita tak jumpa, sejak habis minggu suai kenal tu, susah sangat nak nampak awak di kolej” komennya. Aku tersenyum mendengarnya sambil menghulurkan duit untuk membayar harga makananku.


“Mungkin sebab jadual kita tak sama. Lagipun kita berlainan fakulti, macam mana nak jumpa” balasku pula.


“Jadi why not, awak bagi nombor handset awak, mungkin boleh juga lepas ini kita tetapkan masa untuk berjumpa dan keluar makan bersama ke” dia berterus terang dan terus mengeluarkan handsetnya untuk menyimpan nomborku.


Aku memandang wajahnya. Kelihatan dia begitu bersungguh-sungguh menanti aku menyebut nombor handsetku.


“arrrhhgg....”aku serba salah. Aku bukanlah orang yang senang-senang memberikan nombor handset pada orang lain tanpa sebarang sebab.


“cepatlah... desaknya”


“Mungkin lain kali je” balasku sambil tersenyum.


“tak sudi kawan dengan saya ke?” tanyanya bagaikan berjauh hati.


“bukan tapi takut ada orang salah anggap nanti. Kawan awak tengah tunggu kat sana tu. Baik awak pergi cepat” usulku. Aku pun ingin cepat-cepat beredar dari situ.


“Habis tu bila kita akan bertemu lagi?”


“kitakan duduk satu kolej, pasti lepas ni akan selalu berjumpa jugak” jawabku ringkas.


“ok.. lepas ni kita jumpa lagi, awak kena berikan nombor handset awak kat saya” katanya tegas. Aku tahu dia separuh rela melepaskanku pergi dengan hasratnya yang tidak tercapai itu.


“Insyaallah..” aku mengambil langkah selamat. Walaupun di dalam hati, ingin saja aku berikan terus nombor handsetku, namun akal warasku begitu kuat menegah. Dia sedang berkawan dengan seseorang, takkanlah aku nak mengacau pula. Dan aku dapat merasakan dia terus memerhati langkahku sehinggalah aku hilang disebalik pintu.


Jika tadi aku mampu berpura-pura tidak terasa dengan kehadiran, kini apabila jauh.. auranya terasa dekat di hatiku. Tidakku sangka, pergaulan di dalam satu kumpulan ketika minggu suai kenal itu mengikat hatiku padanya. Sungguh aku tidak ingin merasakan apa yang kurasakan sekarang ini, bagiku matlamat utama aku di sini adalah untuk menggenggam segulung ijazah. Soal hati tidak pernah ada di dalam perancanganku. Namun siapalah aku untuk menindakkan perasaan halus itu. Melihat dia yang ditemani oleh gadis lain, terasa bagaikan hati ditusuk sembilu. Oleh sebab itu aku tidak ingin memanjangkan kisah hati ini lagi, sebab itulah aku tidak memberikan nombor telefonku tadi.


Aku melangkah cepat-cepat menuju ke blokku tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan sehinggalah aku terdengar namaku di panggil oleh seseorang. Pantas aku mengangkat pandanganku dan berpaling ke arah suara tadi.


“Lajunya jalan. Nak ke mana?” Soal abang Bad yang telah pun berada di sebelahku. Langkah kakiku diperlahankan. Sebuah senyuman ku hadiahkan padanya walaupun hati merasa jengkel dengannya. Kenapalah hari ini aku boleh pula bersua dengannya sedangkan selalu, waktu ini aku tidak pernah terserempak dengannya secara kebetulan seperti ini.


“Nak balik ke biliklah” jawabku ringkas. Dia telah berjalan seiringan denganku.


“Jom temankan abang makan, abang belanja” ajaknya pula.


“tak pelah abang Bad, lainkalilah, saya dah beli makanan ni, nanti siapa pulak nak makan. Membazir pulak” aku menolak pelawaannya secara berhemah.


“Macam ni, Zue makan makanan Zue beli tu dan temankan abang makan. Boleh?” Katanya lagi tanpa mahu berputus asa.


“Saya tak biasalah makan dengan orang lelaki ni. Lainkalilah ya.. nanti saya ajak Nafisa temankan saya dan barulah kita boleh makan sekali”


“Laaa kalau ada orang lain temankan.. tak seronoklah. Abang nak makan bersama dengan Zu berdua je. Lagipun ada benda yang abang nak cakapkan kat Zue ni. Please?”


Aku membatu. Serba salah. Aku memang tidak ingin berdua-duaan dengannya.


“Lagipun minggu ni saja abang ada kat kolej ni, minggu depan abang dah kena buat training kat jabatan haiwan dah” beritahunya lagi. sekilas aku memandangnya. Tidak salahkan kalau aku berikan dia peluang untuk memberitahu apa yang dia ingin beritahuku.


“hmmmm...kalau macam tu, boleh tak kita makan kat sana.. abang pergilah tapau makanan, saya tunggu kat sana tu.”kataku sambil menunjukkan meja simen bulat yang terdapat di tepi blok jelawat dan bertentangan dengan blok baung itu.


Abang Bad tersenyum, lalu berkata “ kenapa tak makan je kat dalam kafe sana?”


“tak naklah. Ramai sangat orang. Kat sini kan elok” balasku lagi.


“ok..kalau macam tu tunggu sekejap.. abang pergi beli makanan ya” pintanya dan aku hanya menganggukkan kepala seraya melangkah ke meja yang dimaksudkan tadi.





Rabu, 28 Mac 2012

Mac 28, 2012

Berikan Aku Peluang Mencintaimu 5

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!



Hujung minggu datang lagi. seperti hari minggu yang lalu, Riya dengan aktiviti rutinnya mengunjungi cyber cafe untuk menghabiskan masa luangnya. Dia sibuk membalas komen yang ditinggalkan oleh kawan-kawan di status di dalam friendsternya. Dan Riya juga stand by di dalam chatroom #KL.

Noble-Man : hye dear..

Riya berkerut dahi. Siapa pula ni? Kenal ke? Sebab dia muncul secara tiba-tiba. Siap memanggil dia dear lagi.

Mizz-lady : siapa ni?

Noble-Man : u tak ingat kat i? Last 2 week kita ada chatting kan?

Mizz-Lady : oooo ye ..ingat-ingat. Baru je ingat. How are you?

Noble-Man : maklumlah orang ramai kawankan? Fine and u?

Mizz-lady :ok gak.. selalu juga i online tapi tak nampak pula u online

Noble-Man : i busy dear. Travel. Ni pun baru je balik.

Riya tersenyum-senyum di depan pc yang disewanya. Abang Luqman yang terperasankan Riya yang tersenyum sendirian menggelengkan kepalanya. Barangkali sedang berchatting dengan seseorang yang kelakar kot, fikirnya. Riya oooh Riya, orangnya memang comel tetapi kelihatan sombong sedikit kerana gadis itu jarang tersenyum. Tetapi Luqman pasti, jikalau Riya murah dengan senyuman pasti ramai yang ingin mendekati dan berkenalan dengannya. Dia pun dulu menyangkakan gadis ini sombong, namun apabila sudah berkenalan dan bertegur sapa, barulah dia tahu bahawa, Riya ni peramah juga. Tapi tulah senyumannya amat mahal sekali.

Mizz-lady : oooo... actually your name apa ye?.

Noble-Man : Why? Ingatkan tak mahu tanya dah.

Mizz-lady : selalu i tak tanya, diorg yang suk bagitahu je.

Noble-Man : ur name?

Mizz-Lady : i tanya u firstlah. Dan u patut cakap dulu tau.

Noble-Man : my prinsip woman first. Heheheh

Seronok dia mengusik Mizz_Lady. Hatinya ingin terus memberitahu namanya yang sebenar, tetapi kepalanya pula berkata sebaliknya. Masih terlalu awal untuk memecahkan rahsia diri. Biarlah mereka berkawan di sini dulu. Lagipun bukankah dirinya tidak mahu sebarang komitmen buat masa ini, sementelah kerjanya yang tidak tentu tempat dan negara. Hari ini di sini, esok sudah pasti dia perlu berangkat ke Sudan pula. Bermastautin di sana paling cepat pun sebulan. Habis itu, patutkah dia memberi sebarang harapan untuk gadis ini. Dia sepatutnya berhati-hati, bukan caranya menyakiti hati seorang gadis.

Mizz-lady : prinsiplaaa sangat. Tak pelaa.. tak nak cakap pun i tak kisah.

Noble-Man : bunyi macam merajuk nampak.

Mizz-lady : tak ada maknanya nak merajuk dengan u.

Noble-Man : hahhaah. U ni sweetlah. Mesti orangnya cantikkan.

Mizz-lady : kalau i cakap i ni gemok. Hitam dan pendek, agak-agak u still nak tegur i lagi tak lepas ni?

Noble-Man : why u cakap macam tu?

Dia pasti sebaliknya, mana ada seorang gadis yang sanggup mengaku dirinya gemok, pendek ataupun hitam. Mizz_Lady lah satu-satunya orangnya. Hatinya berbunga indah. Jeritan telefon bimbit di sebelah tidak dihiraukannya. Tumpuannya kini seratus peratus pada gadis yang berhubung dengannya di saat ini. pastinya dia seorang yang manis dan menawan. Pastinya dia seorang gadis yang terdidik dengan didikan gadis Melayu yang sewajarnya. Ah biarkan telefon itu terus menjerit. Tiada yang lebih penting di saat ini selain terus mengusik si dia.

Mizz-lady : biasalaa lelaki kan suka kawan dengan orang yang cantik, lawa n sexy je. Mana nak layan orang yang tiada rupa ni. Even dalam Yahoo Messenger pun.

Noble-Man : try me. I tak penah memilih untuk berkawan.  I like talks wit you.

Mizz-Lady : haha berapa orang dah jatuh hati kat u ni?

Noble-Man : mean? I not understand?

Mizz-Lady : U laa always sweet talk je. Berapa ramai chatter yang dah tangkap cintan dengan u ni?

Noble-Man : I think u seorang je kot?

Mizz-Lady : why?

Noble-Man : coz i chatting dengan je.

Mizz-Lady : boleh caya ke?

Noble-Man :up to u dear. That time is my first time chatting dan dengan u je i chatting. First dan last kot.

Mizz-Lady : before that?

Noble-Man : i’m busy dear. Mana sempat nak chatting ni. Yang hari tu i juz nak try je. Mana tau terkawan dengan u . and i like chatting wit u.

Mizz-Lady : bolehlaa percaya kot. :P

Noble-Man : i gigit kang baru tau.. jelir lagi..

Mizz-Lady : :P suka hatilaa.

Noble-Man : u soo sweet darling.

Miz-Lady : ewah tak habis-habis lagi dengan kata-kata manis ni. U ni memang macam ni ke? Kat luar tu berapa orang yang dah cair dengan u?

Noble-Man : entah. I tak kira pula. Lantak dia orang laa.. kalau u, i nak laa.. hahahaha

Tercetus tawanya tanpa sedar. Memang diakuinya dengan pakej dirinya yang hampir sempurna, dia sering menjadi intaian dan jelingan gadis-gadis cantik yang ingin mendampinginya. Namun entah mengapa dia tidak berminat langsung. Kalaupun dia berurusan dengan mereka, hanyalah berkisarkan pasal urusan perniagaan sahaja. Sungguh mereka semua tidak mampu membuatkan hatinya berlagu riang seperti saat ini.

Mizz-Lady : isyyyyy u ni.. jumpa pun tak.. rupa pun tak tengok lagi. suka suki je nak cakap macam tu.

Noble-Man : coz i percaya gerak hati yang pertama dear. Bila hati i rasa suka.. i pasti i going to  like u apabila jumpa nanti.

Mizz-Lady : well ..kita tengok nanti.

Dan mereka terus mencipta memori indah bersama. Dia mengedipkan matanya yang terasa panas dan berpasir. Memori indah datang lagi. Sejak itu hatinya berbunga rindu biarpun mereka tidak pernah bersua. Pelikkan? Seorang lelaki berkerjaya sepertinya boleh jatuh terjatuh cinta hanya melalui chatting di Yahoo Mesengar. Ada pilu di hati. Ada rasa sesal mengetuk jiwanya. Kenapa kesempatan yang ada dulu tidak digunakan sepenuhnya. Kini hanya kenangan terindah menemani hari sunyinya. Hatinya terus ingin mengenang kenangan itu.



Isnin, 26 Mac 2012

Mac 26, 2012

kelakar : Surat pekeliling daripada bapak kepada boyfriend anaknya...

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!



Kepada Bf anak aku,



Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.


Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?


Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”


Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.


Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.


Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.


Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


kredit to Cari forum : lawak & jenaka


Khamis, 22 Mac 2012

Mac 22, 2012

Kasih tersimpan dalam diam- 1ii

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


“ada orang kirim salam kat kau” beritahu Nafisa apabila dia datang bertandang ke bilikku.

“Waalaikumussalam...”

“tak mahu tahu siapa?” soal Nafisa pelik setelah melihat aku yang masih lagi biasa-biasa. Bukan teruja apabila mendengar ada orang berkirim salam.

“aku dah tahu...”jawabku sambil lewa. Semasa minggu suaikenal aku kagum dengan kewibawaannya sebagai pengerusi minggu suai kenal. Tetapi setelah sebulan minggu itu berlalu dan boleh dikatakan setiap hari pemuda itu berkirim salam kepadanya. Itu belum lagi dicampur dengan teguran dan ajakan untuk dibelanja makan. Namun semuanya aku tolak dengan sebaik-baiknya. Rasa kagum dulu kian beransur hilang. Aku melihatnya biasa-biasa sahaja seperti mahasiswa lain di kolej ini.

“Siapa?” Soal Nafisa pula. Sengaja ingin menduga. Mungkin fikirnya aku tersilap orang.

“Abang Badkan?” tanyaku kembali.

“A’aaah betul. Macam mana kau tahu?”

“tak tahu macam mananya, semalam dengan Ain bilik depan dia berkirim salam, sebelum tu, Siti bilik sebelah.. boleh dikatakan setiap penghuni di blok ini dikirimnya salam. tak tahu malu langsung” bebelku. Memang aku semakin sebal dengan sikapnya yang agresif. Boleh dikatakan hampir semua penghuni kolej ini mengetahui Abang Bad meminatiku. Sampaikan ada yang menganggap aku adalah teman wanitanya. Huh tak kuasa. Dari minat dulu, kini makin bertukar menjadi benci. Aku tidak suka dikaitkan dengan seseorang yang terlalu menunjuk-nunjuk seperti itu. Kalau boleh biarlah, hubungan itu menjadi rahsia. Bukan sebab aku malu, tetapi sebab aku belum bersedia untuk berkasih sayang. Aku baru sahaja menjadi warga kampus tidak sampai satu semester pun, tetapi namaku telah awal-awal lagi dipalit kontroversi. Hati ini membengkak marah. Aku memang tidak suka dengan situasi ini.

“Bertuahlah kau jadi perhatian Abang Bad, orang lain bukan main lagi nak menarik perhatianya, kau tak buat apa-apa pun. Abang Bad yang kejar” Kata Nafisa lagi.

“huh.. tak jadi orang bertuah pun tak pe. Memalukan adalah. Kalau kau nak, kau amiklah” cemikku. Nafisa terkekeh-kekeh ketawa apabila melihat mimik mukaku yang jelas kelihatan meluat.

“Kenapa kau tak suka dia? Dia hensem pe? Bakal doktor haiwan pulak tu” tanya Nafisa lagi.

“Hensem ke tak hensem tapi kalau perasan diri bagus sangat, orang menyampah gak. Aku paling tak suka orang macam tu”

“Perasan sangat semua orang akan jatuh hati dengannya. Tidak akan tolak dirinya. Over confident” rungutku lagi, meluahkan apa yang terbuku di hati.

“tak baik kau cakap macam tu. Aku tengok dia tak adalah teruk sangat” Bela Nafisa. Aku mencemik tanda tidak suka.

“tak over confident ke kalau aku tak cakap apa-apa lagi, dia dah jaja nama aku sebagai girlfriendnya? Malu tau.. ada sorang dua kakak senior dok pandang lain macam je kat aku. Macam aku pulak merampas pak we diorang” rungutku lagi.

Nafisa terus ketawa terkekeh-kekeh. Kelakar sangat ke hal tu? Aku mendengus geram dengan sikapnya yang seperti mentertawakanku. Aku menjeling dan tidak menghiraukan tingkahnya. Aku terus membuat kerjaku, melihat-lihat nota kuliah siang tadi.

Lima minit kemudian, ketawa Nafisa mula beransur-ansur hilang. Dia masih lagi tersengih-sengih.

“Habis tu kau nak buat macam mana? Bertuah kau sebab dapat menarik perhatian orang penting kat kolej ni”lagi-lagi Nafisa mahu memanjangkan perkara tersebut.

“buat apa lagi buat bodohlah. Selagi aku rasa benda itu tidak memudaratkan kehidupan aku di kolej ini, selagi itu aku akan buat tidak tahu je.”jelasku lagi.

“takkan kau tak nak memberi peluang kepada dia? Aku nampak tak ada salahnya kalau kau berikan dia peluang untuk berkawan dengan kau”

“Memang tak salah, tapi kau nampak tak kat sini, dia bukan nak berkawan je dengan aku tetapi nak lebih daripada itu. Katakanlah jika aku memberikan respons positif kepadanya, tidakkah dia fikir aku ni sukakan dia juga. Padahal aku anggap dia tidak lebih dari kawan”

“kau ni terlalu memikirkan yang negatif lah. Aku nampak kat sini tidak ada salahnya kau sambut salam persahabatan Abang Bad tu. Lepas kau bagi respon, tentu dia tidak akan buat kerja gila ni, berkirim salam dengan setiap penghuni blok ini” Nafisa memberikan buah fikirannya.

Hmmmm... betul juga. Mana tau dengan itu, perkara ini akan jadi senyap. Aku berpaling memandang Nafisa yang santai berbaring di atas katilku. Dia juga memandangku sambil mengangkat kening dan tersengih-sengih.

Betul juga ya, apa yang kau cakapkan tu. Kenapalah aku tidak terfikir macam tu”

“Sebab kau menghukum dulu sebelum memberikan peluang” sindir Nafisa dalam sengihnya.

“Habis tu macam mana nak mulakan?” Soalku sedikit bingung. Malu mula menerpa dihatiku. Takkanlah aku kena tegur dia pulak.

“gini.. langkah pertama.. kau smslah dia, cakap salamnya telah diterima.” Ajar Nafisa lagi.

“Kemudian kau cakaplah. Tak payahlah berkirim salam lagi. then kalau dia ajak kau keluar makan ke, kau iya je laa.. dengan syarat makan kat dalam kampus je. Then kau slow talklah dengannya. Kan senang gitu”

Aku berfikir seketika. Betul apa yang Nafisa cakapkan. Lagi pun tidak ada ruginya kalau aku berkawan dengannya walaupun ada rasa menyampah di dalam hati dengan sikapnya yang terlalu agresif.

Don’t judge the book by the cover.. aku berbisik sendirian falsafah inggeris itu. Manalah tau setelah kenalnya, Aku menyenanginya.






Rabu, 21 Mac 2012

Mac 21, 2012

Berikan Aku Peluang Mencintaimu 4

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


Sepi. Setelah masing-masing mempertahankan pendapat, bagaikan malaikat lalu, suasana sepi menguasai bilik ini. Riya memandang mereka berdua silih berganti. Bagaikan ada yang tidak kena pula apabila melihat dua orang rakan sebiliknya bermain mata,seolah-olah ada perkara lain yang ingin disampaikannya.
“Apanya?” soalnya sambil mengerutkan kening.
“Kau betul tak nak cari pasangan lagi ke?” Soal Liza yang telah selesa bersila di atas katil Riya. Katilnya atas, jadi dia memang selalu suka menumpang duduk mahu pun tidur di atas katil Riya apabila Riya tidak menggunakannya.
Pantas Riya menggelengkan kepalanya.
“Apa salahnya kau cuba kawan-kawan ke?”
Pantas Riya mengangkat muka memandang kembali wajah Liza.
Couple dan kawan lain. Aku on je kalau orang nak berkawan dengan aku. Ok je aku kawan dengan bebudak di dalam kuliah tu” terang Riya.
“Maksud aku.. kawan-kawan dulu. Saling mengenali antara satu sama lain dengan matlamat untuk menjalinkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan selepas itu”
Riya terdiam.
“Aku dah cubalah. Tapi tak boleh. Pernah sekali aku keluar dengan kawan kuliah aku, kononnya nak pergi tengok wayanglah. Tapi sekerat jalan je” jelas Riya perlahan.
“Kenapa?” Soal Umairah berminat. Selama ini tak tahu pula dia tentang perkara tersebut.
“Sebab aku rasa tak selesa. Kau bayangkanlah. Belum ada apa-apa nak pegang tangan aku. Belum apa-apa dah nak cuit-cuit hidung aku. Kalau aku tak sabar, naik dah tangan ni kat muka tu. Selepas itu aku serik. Tak couple pun tak apalah. Itu bukan namanya couple, itu gatal namanya” juih Riya.
Umairah dan Liza saling berpandangan dan seterusnya melambakkan tawa mereka.
“Eh.. macam tulah romantik namanya. Dia pegang tangan kau sebab takut kau hilang ke. Dia cuit hidung kau sebab dia nak manja-manja dengan kau”
“Romantik kepala hotak dia. Haa kan dah terkeluar perkataan kurang ajar aku ni”
“Itu mengambil kesempatan namanya. Aku tak cakap pun nak terima dia sebagai pak we aku ke apa. Aku just terima pelawaan untuk keluar berjalan-jalan je”
“Kau kena fikirkan yang positif. Jangan selalu fikirkan yang negatif. Biasa je bagi aku semua tu”
“Bagi aku pula luar biasa. Sebab hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim kan haram?”
“Ikut peredaran zamanlah, Riya”
“Islam sesuai untuk mana-mana zaman” tegas Riya.
“Habis tu kalau kau bersikap kolot macam ni sampai bila-bila pun kau takkan bercouplelah. Takkan merasai indah alam percintaan ini”
“Tak apalah. Suatu hari nanti aku akan rasai juga.”
“Bercinta sebelum kawin lagi best dari bercinta selepas kawin. Sebab sebelum kawin kita akan kenal bakal pasangan kita macam mana. Kena tak dengan jiwa kita. Serasi ke tak dengan kita. Kalau dah kawin kalu tak sesuai dan tak serasi tak boleh nak tarik balik dah. Tak kan nak bercerai berai pula” Umairah memberikan pendapat bernasnya.
“Tapi di dalam islam ada dianjurkan ke bercinta sebelum kawin ni? Bukankah islam melawan keras hubungan tanpa ikatan antara lelaki dan perempuan ni?” tegas Riya.
“Selagi kita tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan kehormatan kita. Mungkin kot” balas Liza.
Riya menggelengkan kepalanya. Susah berdebat dengan orang cerdik pandai ni. Dia pun banyak kekurangan. Sekadar memberikan pendapatnya sahaja. Kalau mereka bertegas dengan pendapat mereka, nak buat macam mana. Bukan boleh dipaksa-paksa orang untuk menerima pendapat kitakan? Moga-moga suatu hari nanti mereka akan dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk.
“Jadi kau tetap dengan pendirian kaulaa ni. Tak nak kawan-kawan dulu?” Soal Liza untuk kepastian.
Pantas Riya mengangguk tanpa perlu berfikir panjang lagi.
“Kalau macam tu tak apalah. Nanti aku cakap kat Zamri kau tak terima huluran perkenalannya darinya. Dia kirim salam kat kau” beritahu Liza.
‘Waalaikumussalam’ jawab Riya di dalam hati.
“Zamri mana? Top student engineering tu ke?”
“Haaa’aah siapa lagi. Minggu lepas dia ada nampak kita jalan sekali. Kebetulan Khairul roommate dia dan aku terjumpa dengan dia kat kafe tengahari tadi. Terus dia tanya pasal Riya ni. So dia minta tolong aku sampaikan salam kat Riya. Tadi dia minta nombor telefon Riya. Aku tak kasilah coz aku cakap kena tanya Riya dulu. Kalau dia setuju baru aku boleh bagi. So boleh tak aku bagi nombor telefon kau kat dia?”
“Jangan. Tak payahlah. Nanti dia telefon dan nak ajak aku keluar pula. Dan masa tu pasti dia akan tahu aku ni membosankan. Baik tak yah. Kalau ada jodoh, adalaa”
“Nak ada laa jodoh macam mana kalau kau tak pernah membuka jalan untuk orang mengenali kau”
“Pasti ada.. kan Allah telah tetapkan setiap orang tu berpasang-pasangan. Lambat laun pasti berjumpa juga. Aku ni tetap tulang rusuk adam yang hilang. Sama macam korang juga”
“Susah cakap dengan kau ni” dengus Liza.
“Tahu pun susah. Tak payah laa dok jadi orang tengah lagi. aku tak minta pun” sindir Riya.
“Sebab aku kawan kau. Dan aku tak ingin tengok kau berjalan sorang-sorang je. Tak pun memerap kat dalam bilik atau pun melepak kat cc tu” bebel Liza.
Riya tersengih. “Sebab itulah aku sayang sangat kat kau. Aku berterima kasih sebab kau mengambil berat pasal aku. Tapi soal ni.. tak payah laa kau bersusah payah lagi ye. Insyaallah adalaa jodoh aku nanti” ucap Riya yang telah mengambil tempat di sisi Liza dan memeluk bahunya.

Isnin, 19 Mac 2012

Mac 19, 2012

kelakar : Permohonan untuk Poligami ;)

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.



2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki 




passt kredit to forum cari.. lawak & jenaka..

Khamis, 15 Mac 2012

Mac 15, 2012

Kasih tersimpan dalam diam- 1i

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!

E-novel yang terbaru shima...


“tapi saya tidak cintakan awak. Awak kawan baik saya, tidak lebih dari itu. Tolonglah faham” tegasku.

“tapi takkan sedikit pun awak tidak ada rasa sayang kat sayang?” Soalnya. Matanya tetap memandangku. Aku mendengus. Tak faham bahasa ke? Belajar tinggi-tinggi tapi tak faham fakta yang jelas dan ringkas.

“saya sayang tapi sayang saya tidak lebih dari sayang seorang sahabat. Berapa kali saya nak ulang ni” dengusku bosan. Bosan untuk menjelaskan perkara yang sama setiap kali mereka berjumpa. Sebab itulah aku kalau boleh, ingin mengelak daripada berjumpa dengannya. Memang dia seorang yang boleh dikategorikan di dalam golongan ramai peminat. Namun entah mengapa hatiku langsung tidak terusik.

Aku melihat dia terdiam sambil memejamkan matanya seketika. Wajahnya jelas terlukis kekecewaan. Terbit rasa kasihan di dalam hati, namun bolehkah rasa kasihan itu bertukar menjadi cinta. Jika diterima, kalau aku terjumpa seseorang yang membuatkan hatinya berdebar-debar, macam mana pula? Takkanlah aku harus melepaskannya pergi? Atau memutuskan perhubungan itu secara tiba-tiba? Tidakkah kejam namanya. Aku bukan seorang gadis yang kejam tapi seorang yang mengharapkan cinta hadir tanpa sebarang paksaan. Cinta yang kurasa tanpa disedari bahawa itulah cinta. Cinta yang akan membuatku merasai betapa indahnya alam ini. Berwarna-warni dan berseri.

Lama dia berteleku di situ sebelum mengangkat kepala dan terus memandang tepat ke dalam mataku.

“maafkan saya. Selepas ini saya takkan paksa awak terima cinta saya lagi. jaga diri. Selamat tinggal” ucapnya sebelum berlalu dari situ.

Aku menyusuri langkahnya dengan ekor mata dan ternampak sebuah motor dari arah kiri laju menghampirinya. Pantas aku bangun dan memanggil namanya.

“Aizaaat... motor.. Aizat berhenti...” kuat suaraku melaung memanggilnya. Namun telah terlambat dan Aizat telah pun dilanggar motosikal tersebut. Terus aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Begitu juga dengan menunggang motosikal tersebut. Namun aku tidak hiraukan, yang penting Aizat. Ya Allah. Selamatkanlah dirinya. Aku tidak mahu kehilangannya.

“Ya Allah.. apa yang telah aku buat ni?” aku merintih. Airmata ku meluncur laju membasahi pipi. Tidakku hiraukan bau hanyir darah, terusku pangku kepalanya dan memanggil namanya. Orang ramai mula berkerumun di sekeliling mereka.

“Aizat.. bangun Aizat.. bangun.. saya minta maaf. Saya salah.. saya sayangkan awak. Saya tak sedar tentang perasaan saya sendiri. Tolong Aizat. Sedarlah. Saya sayangkan awak. Cintakan awak” Aku merayu-rayu sambil memeluk kepalanya.. air mata terus mengalir tanpa henti-henti. Aizat terus kaku.

Seketika kemudian, tepukan gemuruh mula kedengaran diikuti oleh suara pengacara majlis.

“itulah tadi persembahan terakhir kita pada malam terakhir minggu suaikenal kolej ke lima. Berikan tepukan gemuruh kepada kumpulan Heebat”

Aku dan juga ahli kumpulan memberikan tundukan hormat kepada semua. Bibirku terus menguntum senyum biarpun sisa air mata masih lagi membasahi pipi. Dikerling di sisi kanannya. Dia tersenyum lebar. Senyuman itu mengundang debar di hati. Biarpun hanya lakonan, namun kesannya terus terasa hingga ke saat ini.

“dengan berakhirnya persembahan ini, maka berakhirnya minggu suai kenal untuk sesi 2004/2005. Diharapkan sepanjang minggu ini, adik-adik semua telah dapat sedikit sebanyak menyesuaikan diri sebagai mahasiswa di Universiti Putra Malaysia ini. Jadi di sini, kami sebagai fasalitator ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, marah-marah kepada adik-adik semua. Semua itu adalah untuk menyediakan adik-adik dengan cabar hidup di kampus ini. Selepas ini takkan ada orang yang akan membimbing dan menbantu adik lagi. pandai-pandailah adik-adik uruskan diri sendiri”Ujar pengacara majlis panjang lebar.

Sekilas aku memandang wajah fasalitator – fasalitator dihadapanku. Ada yang tersenyum dan ada juga yang masih lagi berwajah serious.  Bagi diriku dan juga rakan-rakan lain, keluhan lega mula terlepas dari hati. Selepas ini tiada lagi tengkingan dan juga bebelan. Tiada lagi denda apabila terlambat berkumpul seperti yang diarahkan. Tiada lagi bangun awal pagi untuk beriadah dan mendengar ceramah-ceramah yang hampir membuatkan mataku layu.

Pengacara majlis masih lagi berucap di hadapan mereka. Dan seterusnya seorang demi seorang fasalitator mengambil mikrofon dan berucap sepatah dua kata.

Diakhir majlis kami beramai-ramai menyanyikan lagi Pelangi Petang, lagu allahyarham Sudirman.

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Sayu menapak dihatiku. Terasa sedih pula apabila menyanyikan lagi ini. Liriknya meresap di dalam hati. Sepintas lalu, aku terkenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang minggu suai kenal ini. Dalam rasa sayu, ada senyuman yang meniti di bibir. Tanpa sedar mataku memandang wajah Abang Bad, pengerusi minggu suaikenal, dan matanya juga turut sama memandang diriku. Dia melontarkan senyuman dan aku terkaku untuk membalasnya. Aku terus mengalihkan pandangan dan memandang ke wajah-wajah fasalitator yang lain.

Tanpaku sedari ada sepasang mata lain juga sedang memandang diriku. Tidak lama selepas itu, majlis pun bersurai. Badanku mula terasa penat, di dalam kepalaku kini, hanyalah kelihatan bantal dan tilam keras di dalam bilikku. Biarpun keras, namun itulah tempat yang paling selesa di saat ini untuk melepaskan segala penat setelah seharian berkejar ke sana ke sini mengikuti program minggu suaikenal ini.

“Jom kita pergi berbual-bual dengan dia orang dulu” Ajak Nafisa yang berada di sebelahku.

“tak naklah ..aku penat.. nak balik rehat dan tidur. Mataku ni rasa macam dah tak boleh bukak dah” tolakku elok-elok.

Aku perasan dia setia memandang setiap langkah yang ku ambil menuju ke blok yang aku diami. Walaupun hati ini turut sama ingin menyertai mereka, namun rasa letih dan mengantuk lebih menguasai diriku. Aku takut nanti, pagi esok jika tidak cukup tidur, badanku tidak mampu bertahan. Dan aku akan demam. Padahal esok merupakan hari yang sibuk. Esok bermulanya kuliah pertama dan aku juga harus menyelesaikan pendaftaran subjek yang masih lagi belum selesai. Jadi ada baiknya, aku mengutamakan kesihatan diriku terlebih dahulu daripada melayan perasaan yang asing yang semakin bertapak di hati apabila berada dekat dengannya. Aku tetap berpegang pada prinsipku, kalau telah ditetapkan jodohku dengan dia, empat tahun tempoh pengajianku di bumi UPM ini, pasti di sepanjang tempoh itu, akan ada masa untuk aku dan dia. Tempoh masanya masih lagi panjang, jadi buat apa perlu tergesa-gesa?