Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 25 April 2012

9:15:00 PTG

e-novel housemates ditukar tajuk kepada pelarian kasih

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog Akhirnya..

setelah bertungkus lumus mengedit.. baiki sana sini.. tambah sana sini. akhirnya siap... finally e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU siap sepenuhnya. Setebal 290 mukasurat. Walaupun bukan hasil yang terbaik (sebab ini adalah e-novel perintis / sulung untuk versi e-book ) tapi shima tetap berpuashati.... Sesiapa nak order.. boleh order sekarang.

Untuk mereka yang telah beli versi lama (sebelum edit) shima telah pun emailkan kepada anda semua. Yang beli tapi tak dapat beritahu ek.. tak leh bukak pun bagitahu.. nnt shima emailkan semula... Cara pembayaran dan bagaimana nak order boleh klik kat atas tu...
*******************

Kisah pengeditan untuk e-novel housemates telah pun bermula. esok akan keluar epilog untuk cerita ini. Tapi sebelum itu, apabila shima renung-renungkan semula tajuk e-novel ini, rasa tidak sesuai pulak. sebab utamanya adalah tajuknya dalam bahasa Inggeris padahal ceritanya dalam versi melayu.. Amatlah tidak sesuai sebab shima PENCINTA BAHASA KEBANGSAAN KITA. bahasa rasmi negara kita dan bahasa harian kita.

Jadinya... tajuk ini perlu ditukar agar dapat disesuaikan dengan persekitaran. lagipun shima hendak mula sedikit demi sedikit memperbaiki penggunaan bahasa agar tatabahasa dan nahunya betul mengikut standard DBP. Oooo tingginya angan-angan tetapi itulah hakikatnya... Anak melayu perlu bangga dengan bahasa melayu ni.

Oleh itu fikir punya fikir.. kerah ingatan kepada jalan cerita e-novel ni, maka shima terfikirkan tajuk ni... PELARIAN KASIH.... sesuai tak? boleh kawan-kawan berikan pendapat tak?

Versi edit ada penambahan dan pembaikan... jika mereka-mereka yang pernah mengikuti e-novel ini akan perasan penambahannya. jalan cerita versi edit dan versi tak edit sama je.. cuma shima cuba dan terus mencuba memperkemaskan persembahan dan mutu penulisannya.....

Bila boleh siap? Oooo jangan tanya ya.. pasti mengambil masa dan shima akan cuba sedaya upaya untuk siapkan dalam masa sebulan ni.... doakan moga-moga dikurniakan ilham dan semangat menulis sepanjang masa ya!...

Oklah itu nak beritahu sebagai permulaannya...Sinopsis cerita nie akan dipostkan kemudian sebab nak tulis semula sinopsisnya.... ;)


Khamis, 19 April 2012

8:57:00 PG

Cinta Yang Kurasa...

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog

Psst : Bukan cerpen ataupun novel. Mungkin puisi atau sajak kot... Shima tak pandai bab-bab sajak tetapi apabila tetiba je dok termenung di dalam kereta ke.. depan PC ke... Depan tv ke.. hehehe selalunya memang tak tumpu pada cerita yang ditayangkan.. datang idea.. rangkap-rangkap indah ini kot.. hehehe.. Memandang turn entri pada hari ini adalah Kasih tersimpan dalam diam @ Kembalikan Maruahku tak tertulis lagi.. So shima postkan bait-bait indah ini ek... Buat mereka yang sedang bercinta...



Cinta Itu Indah,
Menyusupi hati tanpa sedar,
Tersebar mengikut aliran darah yang mengalir di segenap sudut diriku,
Meresap auranya membuatku gembira,
Meringankan hatiku untuk merinduimu,
Cintamu hadir disaat kupejamkan mata ini,
Saat seluruh kenangan bersamamu mengambil ruang di dalam fantasi mimpiku,
Lantas bibir terukir senyuman tanpa sedar,
Hati semakin rancak berdansa,
Rindu yang membuai di hati,
Lalu mengindahkan pandangan mataku,
Alam kelihatan berseri-seri,
Beginilah rasanya saat hati diresapi cinta,
Kasih dan sayang,
Saat angin meniupkan rindu,
Indah, asyik dan mengkhayalkan...
Aku ingin selamanya begini...




Isnin, 16 April 2012

7:34:00 PG

Kelakar : Nenek jual topi



Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog






Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..’mengerat’ orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni … diperbuat dari rumput ‘menerung’ kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket…) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari ‘rembang’, jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia…dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqeh’. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia …’aik!! mana pi topi aku semua?’.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh…sqoh..sqeh’ tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas…Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat nak ‘give-up’ juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng… jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa…Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la ‘keterer an’ dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqehh’ kat atas pokok tuu…..hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya ‘bodoh juga monyet2 ni..’..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, “hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk…?”

kredit to klik di sini

Isnin, 9 April 2012

8:00:00 PG

Lawak kelas bahasa arab

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog



Part one :

ustaz : hari ini kita belajar nama-nama buah

Abu Latif : Zaitun buah zaiton ustaz....

Ustaz : bagus Latif...

Fatimah : tuffahun epal ustaz...

Ustaz : bagus Fatimah......Ali?

Ali : Aliyyun buah Ali ustaz...

Ustaz : @#$%^&*()_!@#$%^&*().................




Part two
Ustaz : Hari ini kita belajar muthanna .Muthanna adalah kata nama menunjukkan dua ,contohnya kitab ;satu buku .Kitabani :dua buku.Ok,Fatimah mulakan ...

Fatimah : madrasatani : dua sekolah

Ustaz :bagus Fatimah

Abu Latif : qalamani :dua pen....

Ustaz : bagus Latif......Bakar?

Bakar : aaa...aaaa...Makaroni....balkoni....

Ustaz : salah!

Bakar :nape salah ustaz..kan ada ni ni .....hujung tu?

Ustaz : !@#$%^&*(&%$@!!@#$%^&*()




Part three

Ustaz : Hari ini kita belajar nama haiwan...ok,Abu mulakan

Abu : timsahun buaya ustaz

Ustaz :bagus Abu....Fatimah?

Fatimah : namlun semut ustaz....

Ustaz :bagus Fatimah.......Ali pula..

Ali : Kalbun anjing...

Ustaz :bagus.....Aminah pula

Aminah : sukban ular ustaz...

Ustaz :sukban itu racun..thu'ban itu ular...Ahmad pula..

Ahmad : aha..jap ustaz...Iguana!

Ustaz : Iguana?bagus....ejaannya adalah الإغوانة

Ahmad :saya main hentam je ustaz..nasib baik betul....




Part four

ustaz : hari ini kita menyebut anggota badan

fatimah : saya ustaz.....yadun tangan...

Ustaz :bagus fatimah...siapa lagi?

Ali : rijlun kaki

ustaz :bagus Ali.....siapa lagi?Abu mahu mencuba?

Abu : za......za.........za..................................

zakarun apa ustaz?

Ustaz : dalam seluar kamu !

Abu : hah? 

Part five

Ustaz : Bahasa Melayu banyak dipinjam dari arab...sila berikan contoh...

Fatimah : Masjid :masjidun

ustaz :betul Fatimah...lagi?

Abu : Imam :imamun....

ustaz :betul Abu....

Zakaria : Zakaria...zakaria....

ustaz: Zakaria o zakaria......betul!


Nak baca banyak lagi lawak ni klik di sini
kredit kepada forum cari.

Khamis, 5 April 2012

8:00:00 PG

Kasih tersimpan dalam diam- 2ii

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


Beberapa minit yang pertama kami makan dengan senyap. Abang Bad memberikan aku sebotol air mineral. Aku sedar kami menjadi perhatian penghuni kolej yang melalui tempat yang kami sedang makan ini. Sesekali Abang Bad mengangkat tangannya ke arah mereka.

“Abang na cakap apa dengan saya?” Soalku setelah agak lama mereka menikmati makanan masing-masing.

“Abang sukakan Zue”

“ooowh..saya pun sukakan abang juga. Respect kat abang kerana mengendalikan minggu suaikenal dengan baik. Walaupun letih tapi saya enjoy. Tak adalah boring sangat” jawabku pula.

“no.. maksud abang.. abang sukakan Zue seperti seorang lelaki yang sukakan perempuan. Dan ingin menyunting perempuan itu menjadi suri hidupnya.”

Aku terkaku. Abang Bad terlalu berterus terang sampaikan aku hilang kata-kata. Aku pula langsung tidak merasakan sebarang perasaan ‘suka’ yang istimewa sepertinya. Aku memandangnya seperti aku memandang abang-abang senior yang lain. Tidak lebih dari itu. Jadi bagaimanakah harus aku menjawab agar hatinya tidak terluka dengan apa yang akan aku cakapkan ini.

Aku mengangkat pandanganku dan melihatnya masih lagi setia memandang wajahku. Dia cuba mencari mataku agar dapat bertentang mata, namun aku segera melarikannya.

“Saya baru sahaja menjadi warga kolej ini. Menjadi mahasiswi di UPM ini. Soal hati dan pasangan hidup ini langsung tidak terlintas di dalam fikiran saya ketika ini. Perancangan hidup saya untuk empat tahun akan datang adalah mendapatkan segulung ijazah dan mencari kerja yang baik untuk membantu keluarga saya. Saya harap abang faham dan hormati saya. Saya sukakan abang tapi suka saya adalah hormat kerana abang adalah senior saya di sini. Yang membimbing pelajar baru seperti saya menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus ini.”Perlahan aku berkata dan memandang wajahnya.

“Abang faham dan abang sanggup tunggu hingga Zue habis belajar. Abang harap hati Zu berikan kepada abang” terangnya lagi.

“empat tahun itu masa yang panjang. Abang pula akan habis belajar tahun ini.  Bila dah kerja nanti, tentu abang akan berjumpa pelbagai jenis orang dan mungkin abang akan berjumpa dengan seseorang yang sebetulnya jodoh abang. Dalam empat tahun ini, apa sahaja boleh berlaku, lagipun selepas saya habis belajar nanti, saya tak terfikirpun untuk terus melangkah ke alam rumahtangga. Saya ada tanggungjawab lagi yang perlu dipikul”ujarku lagi.

Abang Bad terdiam mendengar hujahku. Wajahnya sedikit berubah. Mungkin terasa atau mungkin juga kecewa. Bagiku, lebih baik dia kecewa sekarang daripada kecewa kemudian. Aku tidak ingin memberikan apa-apa harapan yang memungkinkan abang Bad merasakan aku yang terbaik untuk dirinya. Soal Jodoh ini bukan kita yang tentukan, tetapi DIA YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk umat-Nya.

Ketika aku sedang menikmati makananku bersama-sama dengan Abang Bad, dia melalui tempat duduk kami. Aku perasan dengan panahan matanya yang tajam melihat kami berdua. Abang Bad mengangkat tangan menegur, begitu juga dia. Dan dia pun terus berlalu tanpa singgah di tempat kami makan.

Di dalam hatiku dilanda rasa yang tidak menentu. Ada rasa takut andai dia salah faham tentang perhubungan kami. terasa ingin sekali aku memanggilnya dan menjelaskan bahawa aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Abang Bad, hanya sekadar hubungan senior dan junior sahaja. Tetapi itu semua hanya keinginan hatiku, takkan sesekali aku lakukan.

Sejak dari hari itu, itulah kali terakhir aku melihatnya. Hubungan aku dengan abang Bad berakhir di situ. Dia telah berjumpa dengan gadis lain yang mampu membuatkan hatinya terpikat dan seterusnya melupakanku.

Dalam diam aku merindui dia. Dia yang tidak lagi kutemui sejak peristiwa tengah hari itu. Bayangannya langsung tidak kelihatan, apatah lagi dirinya. Sedikit kecewa terasa di hati, namun mungkin ini suratan takdirku.

Kita bertemu bukan untuk bersama,

Kita bermesra bukan untuk bercinta,

Kita bersua bukan untuk selamanya,

Aku dan dia..

Dua insan yang berbeza,

Punya misi dan matlamat yang satu,

Menggenggam segulung ijazah

Mengejar kejayaan dan kebahagiaan.

Aku dan dia..

Saling merasa

Ada rasa indah terselit di hati..

Aku dan dia saling menyimpan rasa..

Takdir telah menentukan

Siapa dia untukku..

Hanya sekadar teman biasa..

Hanya sekadar seseorang yang singgah di hati

Bukan mendiami..

Jadi biarkanlah dia pergi...

Wahai hati...

Aku dan dia..

Tidak pernah ditakdirkan untuk bersua lagi.



Isnin, 2 April 2012

8:00:00 PG

kelakar : Polis..Pak we & Mak We

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!




Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis….

pakwer : ada apa masalah encik ?



polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer…mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipu polis tue…tadikan abang pandu lebih dari 150km…

polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi…

pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik…minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang…

pakwer: saya baru jer bukak encik….masa encik tahan saya…

makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang…tak baik tipu encik nie

si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terus melenting.

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis…ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko…budusss,aku tepok paler ko kang…

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler…dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer...


kredit to Forum Cari : Lawak & Jenaka