Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Khamis, 28 Jun 2012

Sabtu, 16 Jun 2012

10:16:00 PG

Kampung Halamanku

Hari ni nak bercerita sikit tentang kampung tercinta. terletak di daerah Bachok, Kelantan. Nama diberi Kampung Surau Bator. Lebih kurang 25km dari Kota Bharu dan 10km dari pekan Bachok ataupun Pantai Irama. 2km dari Kedai Jelawat. Kegiatan utama kat sini adalah menanam padi dan bercucuk tanam. tetapi aktiviti utama ni nampak lama kelamaan akan tinggal sejarah sebab golongan muda tidak mahu mewarisinya (huhuhu cthnya shima kot :P)

Dulu depan rumah ada dua pohon pokok rambutan menjadikan kawasan halaman rumah redup. tetapi kini pokok tersebut abah telah tebang, nampak halaman rumah yang luas. dibelakang rumah pula terbentang sawah padi. Walaupun tidak seluas sawah padi yang terdapat di Kedah, namun sayup mata memandang jugaklah. Kalau musim banjir atau bah. sawah padi ini menjadi lautan. dipenuhi dengan air.
Ni di belakang rumah.. nampak tak pokok tu? Menurut abah pokok tu dah ada sejak abah kecik lagi... Agak2 berapa usianya?

 Sayup mata memandangkan? Padi tengah berbuah...dalam sebulan dua lagi masaklah dan boleh dituai. Dulu manual je...Sekarang dah ada mesin padi dah...
Dihujung sana... dibelakang pokok-pokok tu akan tembus ke jalan raya. Dan seberang jalan raya tu akan dibina hospital Bachok. Agak-agak tanah-tanah sawah ini akan kekal lama mana ya? Mungkin sepuluh tahun @ 20 tahun lagi sawah dah tak ada...Apa yang akan ada nanti?

Ni dari pintu rumah yang abah buat mengadap sawah... ada gere dan petang-petang angin bertiup... memang best lepak di sini. Gambarnya tak ada.. next time ek

Kenal tak alat ni? Ni alat untuk mengopek kelapa. 


 Ni akan tinggal sejarah bila abah mula mengubah suai rumah...
Dari pintu dapur....


Sabtu, 9 Jun 2012

12:14:00 PTG

Skodeng blog orang....

Hai... Hai... selamat pagi... Rasanya dah lama giler tak update blog pada hari sabtu ni.. Jadual posting pun entah ke mana... maaf ek.. tak sempat nak tulis, tak sempat nak berangan tak sempat nak berceloteh di sini... Tapi saya sentiasa ada menjenguh rumah saya ni... Mana yang sempat saya tulis, saya autopublishkan... mana yang sempat komen saya balas, saya akan balas...

hari ni nak cerita sikit tempat lepak saya selain melepak di rumah sendiri. Rumah diorang pun selesa jugak....

Blog Luahan ni kepunyaan kak sofi... nak like pages dia pun boleh.. sini linknya... saya suka lepak kat sini bila saya ada masa lapang kat opis, nak melepak di blog sendiri kekadang tu bosan jugak, pulak tu nak menulis tak de feel, so di sini saya suka layan cerpen-cerpennya yang banyak... kalau kak sofi nak bukukan cerpen dia pun, saya akan beli... cerpennya semua best.


Blog Karyalepak kepunyaan rin ahmad.... Kat sini saya telah jatuh hati dengan Jo, dengan Que, dengan Sean, Dengan Syed Azri... Membuai jiwa karya Rin ni.... Hahhahaa.. padahal susah jugak nak buat jiwa saya terbuai-buai ni....

Blog kembara seorang penulis blog kak nik ni mampu mengajak kita berfikir tentang sesuatu yang kadangkala kita anggap remeh. mendekatkan diri kita pada-Nya...

oooo..nak tambah lagi.. tapi ada cerita best kat tv plak.. sambung lain hari ek