Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 30 Julai 2012

3:04:00 PTG

Sinopsis mini novela : Cinta berputik di hadapan masjid.


Salam dan selamat berpuasa semuanya... sebuah kisah baru... tak panjang dan tak pendek untuk mengisi blog ini... buat permulaanlah. atau mungkin akan dikembangkan menjadi novel... dapat idea ni pun ketika tengah mengedit e-novel lain...

CINTA SEJATI milik insan yang mencintai Allah s.w.t sesungguh hatinya. Pertemuan tanpa dirancang di hadapan masjid Wilayah Persekutuan di bulan Ramadhan menjadi permulaan kisah hati Hanan dan Hariz. Dua hati ini mulai merasai resapan kasih sayang-Nya tetapi tiada keberanian untuk meneroka resapan kasih itu bagi mengenal pasti apakah ia yang sebenarnya. Oleh sebab itu rasa itu tidak berkembang di dalam hati mereka seperti benih yang tidak subur.

Khamis, 26 Julai 2012

1:50:00 PTG

Inilah kisah SRSI bakal terbit ditukar tajuk CINTA PERIGI DAN TIMBA

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu.. karya pertama saya akan terbit.. Tapi bukan tajuk asalnya... Ditukar tajuk .. jeng.. jeng tengok kat cover bawah ni... Rezeki di bulan puasa... 
Jika minggu lepas saya terpaksa tolak tawaran membeli rumah yang saya idamkan selama ini, rupanya DIA hendak memberikan rezeki yang lebih baik lagi.... Ada dua berita gembira yang saya terima. Ini salah satunya dan satu lagi nantilah akan cakap kemudian....

Menurut Penerbit, novel ini akan terbit ogos ni... Jadi stand by ye kawan-kawan semua.... 

Jumaat, 20 Julai 2012

2:05:00 PTG

Cerpen : Lepaskan dia pergi...

"Jika sayang... lepaskan dia pergi dengan aman." Amir tidak menoleh pada yang melafazkan kata-kata itu. Dia masih lagi merenung tanah merah di hadapannya.

"Cinta tak semestinya akan dimiliki selama-lamanya. Kadang kala kerana cinta juga kita perlu melepaskannya pergi." Suraya terus mengeluarkan kata-kata nasihatnya.

Amir masih diam. Fikirannya jauh melayang ke masa lalu.

"Mak harap puasa tahun ini kamu dapat sambut di kampung Mir," Ujar Hajah Meriam.

Rabu, 18 Julai 2012

Ahad, 15 Julai 2012

4:13:00 PTG

Simple & senang : Pankek

Semalam (sabtu) saya masak pankek. Sebab Nana (panggilan untuk suami-dia orang penang) tak nak makan nasi katanya. Nak diet. So fikirlah apa nak dimakan ni. teringat Pankek. Lama dah nak buatnya. Buat pertama kali dulu tak menjadi rasa pahit dan tak kenalah. rupa-rupanya terlebih masukkan serbuk penaik. 


(ni gambarnya. tak menarik sangat sebab amik guna telefon je. pinggan yang digunakan pun klasik)