Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 29 Februari 2012

8:30:00 PG

Review Novel : Ilusi Hati

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!




Harga: RM 19.90

ISBN: 978-983-124-522-4
Halaman: ~512

Sinopsis

TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. 



Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. 



Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Ulasan Shima..

Kalau yang susah nak percaya ada seseorang itu miliki pancaindera yang ke 6, pastinya menganggap cerita ini fiksyen semata-mata ( yang seangkatan dengan adik bongsu shimalah.. memang tak minat langsung kalau cerita novel begini. Mengarut katanya) Jadinya sesiapa yang ingin membaca novel Haiza Najwa kena berfikiran terbuka. bukan suruh menarima atau percaya seratus peratus apa yang diceritakan di dalam novel ini. tetapi percaya bahawa ada di antara kita mempunyai kebolehan istimewa (cthnya kawan adik shima yang mempunyai kebolehan melihat apa yang orang lain tak mampu lihat) dan adik shima yang bongsu pun mampu merasa dan kadang kala melihat sesuatu yang tidak mungkin orang lain lihat. 

Tapi cerita ini bukan cerita hantu tau. Tapi kisah kebolehan seseorang berhubung secara telepati. berhubung dengan seseorang melalui gelombang tertentu otak dan menghubungi seseorang itu samaada melalui mimpi ataupun mendengar bisikan hati seseorang itu. Hai yaa.. bahaya gak kan orang macam ni kalau dia salah seorang sahabat kitA. nantikan apa yang kita rungutkan di dalam hati dia boleh dengar pulak.

Ceritanya menarik.. tetapi berat sikitlah.. kalau yang susah nak percaya tentang deria rasa ke 6 baik tak yah baca ya. Bagi shima buku ini walaupun berbentuk novel tetapi memberikan shima info yang selama ini shima tak tahu. Mungkin juga pernah terbaca tentang telepati ni.. but tidak ambil kisah sangat.  

Tapi ada jugak geramnya dengan MArlia.. shabat yang tAK mengenal budi ni.. kerana pentingkan diri sendiri dia sanggup buat apa sahaja, termasuk mengaku dialah gadis yang selalu berhubung dengan Josh.. Kerana mata telah dikelabui ketamakan dan penyakit hati begitulah jadinya. hingga ke saat akhirpun tak insaf-insaf jugak.. 

Orang kata cinta yang tulus dan suci... lambat laun akan bersatu juga. itulah yang terjadi kepada Jas Dan Josh... setelah pelbagai dugaan menimpa mereka, akhirnya mereka bersatu juga.. hepi ending? tentunya...:)

Selasa, 28 Februari 2012

8:30:00 PG

Review buku : Renungan bertukar Rasa

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


ISBN: 978-967-365-054-5
Sem. Malaysia: RM21.90
Sabah/Sarawak: RM24.90

Sufi Khalisa ~ Dia harus mencari calon suami secepat mungkin agar hati si kakak tidak lagi berprasangka terhadapnya. Namun, sanggupkah dia menerima lelaki yang hanya dianggap kawan untuk dibuat suami? Apakah dia mampu meluputkan renungan mata coklat milik Indra yang berjaya memukau pandangannya dan telah berjaya mencuri hatinya tanpa sedar? Dia buntu. Buntu untuk membuat keputusan.

“Sufi, aku sanggup jadi pengantin lelaki kau jika kau tiada calon lain…”

Ean ~ Lelaki yang penuh misteri pada pandangan sesiapa yang melihatnya. Lelaki yang siapa pun tidak tahu latar belakangnya. Lelaki yang penuh dengan rahsia. Lelaki yang telah lama jatuh sayang kepada si gadis yang berjaya menarik perhatiannya. Namun, bukan dia tidak mahu menyampaikan maksud hatinya, tapi biar keadaan yang menentukan segalanya. Itu perinsipnya. Dia percaya, kalau ada jodoh, takkan ke mana…

Bakal bersatukah cinta Sufi Khalisa bersama Indra? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ean? Mampukah renungan yang tidak disangka, akan ada satu rasa yang menyinggah?

Ulasan Shima.. 
baru je beli buku ni dah pun habis baca. Dari penulis yang sama shima sudah miliki 3 buah naskah kot. ehehe...

Kekadang kita tak sedar... disebalik personaliti yang mempersonakan seseorang itu ada sesi lain yang amat menakutkan. Di sebalik senyuman lembut itu rupanya tersimpan segala rasa cemburu dan benci. tanpa disedari memakan diri dari dalam.. Itulah yang terjadi kepada Syalis Amira seorang anak yang menjadi kebanggaan keluarga. Kerana cinta tidak terbalas, sisi gelapnya akhirnya terserlah. Nak salahkan siapa? Lagipun penyakit jiwa ni.. susah orang nak tahu sehinggalah seseorang itu hilang fokus di dalam hidupnya.

Sufi Khalisa seorang anak yang sering tidak menyenangkan hati mamanya. Segala perkara yang dilakukannya amat tidak disenangi oleh ibunya sendiri. Oleh sebab itulah dia mempunyai hati selembut sutera. Kerana kasih adik kepada kakaknya, dia rela berkorban, berkahwin dengan seseorang yang dianggap sahabatnya. tanpa disedari itulah cinta sejati yang dicarinya selama ini. Kasih seorang sahabat rupanya kasih seorang lelaki kepada gadis yang dicintainya.

Ego seorang mama yang seringkali terkenangkan kisah silam rupanya mengorbankan jiwa anaknya tanpa disedari. Disaat dia menyedari rupanya telah terlambat. anaknya parah kerana ada penyakit jiwa. Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika tidak terhantuk dahi manalah nak sedar di mana silap sendirikan? Itulah yang terjadi kepada Datin Suhana. Namun dia tetap bersyukur kerana anak-anak dan suami tetap setia di sisinya.

Cerita ini menarik.. Shima suka. Konflik keluarga. tanpa kita sedar sebenarnya kisah cemburu antara adik beradik ni memang berlaku di sekeliling kita mahupun di dalam keluarga kita. tetapi ikatan darah yang kuat sepatutnya dapat menangkis segala rasa yang tidak elok itu. Sebaiknya bersangka baiklah sesama kita. itulah yang Sufi Khalisa buktikan.



Isnin, 27 Februari 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

8:52:00 PG

Berikan Aku Peluang Mencintaimu 1

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


BAB 1

Riya sedang berbaring-baring di atas katil di dalam biliknya di kolej Pertama, UM. Dia keseorangan di dalam bilik tersebut. Biasalah di hujung minggu begini, telah menjadi kebiasaannya menjadi penunggu setia di sini. Dua orang teman sebiliknya entah ceruk mana berada, suka sangat keluar setiap minggu. Masing-masing sudah mempunyai buah hati, tentunya di hujung minggu begini adalah hari mereka berpoya-poya. Hahaha oppss..dalam bahasa yang lebih sopan, hari mereka menghabiskan masa bersama, memadu kasih, menghangatkan cinta dan juga mengukir janji setia.

Dia pula? Menghabiskan masa di kolej sambil menelaah pelajaran ataupun pulang ke rumah orang tuanya ataupun berchatting di Siber kafe. Di peringkat usianya yang mencecah dua puluh tiga tahun ini sepatutnya dia telah mempunyai teman lelaki? Tetapi kenapa hatinya terlalu dingin untuk menyambut huluran persahabatan atau perkenalan itu. Bukan dia tak perasan, adalah seorang dua rakan kuliah yang jeling-jeling dan pandang-pandang untuk mendekatinya. Ada juga yang berani menegurnya dan berbual-bual. Tetapi takut pula mahu membuka mulut untuk mengajaknya keluar. Sebab pasti mereka merasakan dia ini seorang yang susah untuk berkeluar berdating begitu. Kadang kala, Riya pun pelik dengan dirinya sendiri, kenapa sukar sangat untuk dia menerima persahabatan dengan lelaki ini, dalam erti kata lain persahabatan yang akan menjurus kepada perhubungan jangka panjang antara lelaki dan perempuan. Cukup panjang melangkaui batasan perhubungan itu dengan mengikat janji sebagai suami isteri. Padahal diakui, dia mempunyai ramai kawan lelaki, tapi sekadar kawan untuk bertukar pendapat dan menyiapkan tugasan sahaja tau. Tidak pernah terjalin lebih dari itu.

Di saat keseorangan seperti ini, mulalah hatinya terasa untuk mempunyai seorang teman yang boleh menemaninya ke mana sahaja. Berhibur, bersiar-siar di taman ataupun sekadar keluar makan bersama. Bibirnya mengukir senyuman, sepi ini kadang kala cukup indah, dan kadang kala kesepian ini boleh menjadi musuh pada diri sendiri. Betul tak?Sepi itu indah, bak kata orang-orang yang berjiwa romantis ini.

 Dalam kesepian ku akan merindui mu yang jauh di sana.
Dalam kesepian ini, ku akan mengenang saat-saat indah kita bersama,
Kesepian ini memberikan aku inspirasi untuk mencoretkan madah rindu ini buat mu,
Agar kau tahu, dirimu sentiasa di dalam ingatanku,
Di dalam mimpiku
Dan juga di dalam jagaku.

Riya tersenyum sendirian. Itulah dia, dikala keseorangan seperti ini ayat-ayat jiwang akan mencurah-curah untuk diluahkan dan dijadikan coretan diarinya. Padan muka, siapa yang suruh jual mahal sangat. Kalau dia mempunyai kekasih tentunya lagi bertambah romantis ayat-ayatnya, namun peluang itu tidak pernah terbuka untuk sesiapa pun.

Hmmmmm.. Riya mengeluh perlahan. Hatinya mula terasa menyesal pula. Itulah orang ajak keluar berjalan-jalan dan berdating tak mahu. Patutnya dia tidak usah fikir banyak, keluar ajalah. Tak perlu sendirian seperti ini.

Tapi.. hisyyyy masih lagi nak bertapi-tapi, ini bukan caraku. Marah hatinya yang sebahagian lagi. Buat apa keluar kalau tidak sampai separuh jalan, hatii ini telah meronta mahu pulang. Buat apa keluar kalau diri ini memang tak dapat menghayati keindahan keluar berdating ini. Pasti membosankan? Dan sudah tentunya dia juga tidak mahu membuatkan orang lain bosan dengan dirinya. Lebih-lebih lagi kemudiannya melabelkan dirinya seorang gadis yang membosankan.

Kata orang belum cuba, belum tahukan? Cuba dulu. Mana tahu akan terjumpa keserasian, adalah juga teman lelaki yang boleh bergantung harap untuk bergerak ke sana ke mari nanti. Merepek betul! kalau setakat berteman lelakikan rakan sekuliah buat apa, berjalan ke sana ke mari dengan hanya menaiki motosikal, ataupun menaiki bas,  komuter mahupun LRT? Baik tak payah. Seorang diri pun aku boleh jalan juga.

Ewah, bukan main tinggi lagi permintaannya, patut pun sampai sekarang masih lagi sendiri. Bak kata Umairah dan Liza.

‘Pemilih’

‘Macamlah kau tu lawa sangat. Sedar diri sikit, kalau bukan masa ni kita mencari pasangan hidup, bila lagi? Apabila mula bekerja nanti? Susah hendak dapat tau. Entah-entah jadi anak dara tua’

‘Aku percaya jodoh di tangan tuhan. Ke hulu ke hilir belum tentu akan kawin juga, kita tak tahu masa depan macam mana’

‘Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencari jodoh itu. Cik Riya sayang, sekarang ni lelaki sikit je yang boleh pakai berbanding perempuan. Cuba kau tengok dalam kuliah kita, berapa orang je lelaki? Tak sampai suku pun daripada jumlah pelajar di dalam kuliah tu, selebihnya adalah perempuan. Kalau kerja nanti, pasti kalau terjumpa yang berkenan di hati pun, sudah menjadi pak we orang atau tunang orang, tidak pun laki orang’

Riya tetap tersenyum. Kata-kata itu tidak pernah menggugat prinsip hidupnya. Kalau itulah yang boleh dikatakan prinsip, namun dia lebih suka menyatakan itu adalah pendirian dirinya. ‘Aku adalah wanita zaman teknologi, zaman serba moden. Bukan seperti wanita dahulu kala yang hidupnya terpaksa bergantung kepada lelaki. Aku wanita moden yang diberikan pelajaran dan ilmu yang cukup sebagai bekalan di masa depan. Bagiku, aku boleh berdikari tanpa perlu bergantung kepada mana-mana lelaki. Insyaallah jodoh yang mendatang, tidak sesekaliku tolak tetapi untuk merendahkan martabat diri mencari seseorang untuk dijadikan teman, tidak akan sama sekali aku lakukan. Aku gadis melayu yang terdidik penuh adat ketimuran, kesopanan dan tinggi budi bahasa. Sekarang ini aku belum terdesak untuk berteman lelaki. Mungkin pada masa akan datang siapa tahukan?. Sudah menjadi lumrah kehidupan, hidup mestilah berpasangan. Tetapi bukan sekarang’

‘tak apalah. Aku percaya pasti ada seseorang untuk aku’

‘ah susah nak cakap dengan orang yang hati batu ni. Yang lebih dingin daripada ais di kutub utara’

Riya tersenyum-senyum sambil menggelengkan kepalanya. Biarlah setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masingkan? Buat apa terikut-ikut dengan pendapat orang lain sedangkan hati kita lebih tahu apa yang kita mahukan. Sebal juga hatinya melihat budaya bercinta yang sentiasa hangat di sekitar Universiti ini. siapa dia hendak menegahnya, sedangkan mereka adalah penuntut pusat pengajian tinggi, tentunya yang telah terpilih dikalangan bijak pandai untuk meneruskan pengajian di sini. Patutnya mereka lebih tahu apa yang boleh, yang haram, yang harus dan juga yang patut dijauhkan.

Riya tersedar dari khayalannya yang menjulang tinggi. Dia bermonolog sendirian,daripada aku tersengih-sengih dan tersenyum-senyum seorang diri macam ni, lebih baik aku ke Siber kafe, ada juga kawan untuk berbual-bual.

***********************************

Siber kafe kolej pertama tidak pernah sunyi. Dengan hanya mengenakan bayaran RM2.50 sejam, ia menjadi pilihan siswa dan siswi untuk menyiapkan tugasan mahupun melayari internet. Maklumlah tidak semua pelajar berkemampuan untuk mempunyai komputer sendiri. Jadinya pilihan utama adalah menggunakan kemudahan di sini.

Riya melangkah masuk ke dalam bilik yang bercermin gelap itu. Nyaman penyaman udara menyapa dirinya yang kepanasan ketika berjalan di bawah mentari terik tengah hari. Hari ini hari yang cerah nan indah. Panas pun ya juga kerana langit kelihatan tidak berawan langsung. Namun begitu jangan tertipu dengan helah cuaca yang indah ini kerana mungkin hujan di petang hari ataupun panas yang melampau yang menyebabkan kita tidak sanggup untuk keluar ke mana-mana pun. Riya sebenarnya takut panas terik seperti hari ini akan mengundang sakit kepalanya. Dia amat senang diserang sakit kepala lebih-lebih lagi apabila cuaca terik begini, sebab itulah dia sering mengelak untuk berjalan di tengah hari.

Riya terus melemparkan senyuman kepada Abang Luqman, penjaga Siber kafe pada hari ini sebaik sahaja pintu dia menolak pintu kafe itu. Oleh kerana dia adalah muka biasa yang selalu dilihat menggunakan kemudahan ini, maka secara tidak langsung mereka menjadi mesra dan berbalas senyuman. Jangan salah sangka tau. Setakat itu je, tidak ada lebih-lebih kerana Abang Luqman ni, kak Wardah punya tunang. Kak Wardah pula pelajar sarjana komunikasi yang tinggal di blok yang sama dengan Riya.

“Abang Luq, tempat biasa ye? Kosong tak?” tanya Riya sambil menjeling server yang berada di hadapannya. Terpaksalah dia membongkokkan dirinya sedikit kerana tidak berapa nampak.

“Ok.. komputer tu baru je free”

“Ok.. terima kasih abang Luq”

“Lama ke?”

“Tak sure.. Rasanya lama kot sebab boringlah tinggal sorang-sorang kat dalam bilik tu” Jawab Riya.

“Roommate mana?”

“Keluar dating” Jawab Riya lagi sambil tersengih-sengih.

“Habis tu kenapa Riya tak keluar dating juga?”

Banyak pula soal siasat abang Luqman kali ini. Terasa malas pula nak layan tetapi Riya tahu Abang Luq salah seorang yang mengambil berat tentang dirinya.

“Sebab tak ada sesiapa yang sudi mengajak Riya dating. Dan kalau ada orang ajak pun, Riya malas nak keluar. Panas macam ni, lebih baik duduk kat dalam bilik je”

“Tadi kata boring tinggal sorang?” Abang Luqman mengangkat keningnya sambil tersengih.

“Datang ke sini, tak adalah boring lagi. Boleh juga berdating di dalam ni” balas Riya selamba. Dia suka berbual-bual di chatroom, ruangan sembang di alam maya yang amat popular sejak kebelakangan ini. Di sini dia terasa bebas bersembang dan meluahkan apa sahaja pendapatnya. Tidak perlu malu asalkan apa yang disembangkan tidak melebihi batasannya.

“Berchatting laa tu?”

“pandai pun... haha” balas Riya sambil mengenyitkan matanya.

“Amboi, nak mengorat tunang akak ke nih.. siap kenyit-kenyit mata lagi” celah suara di sebelah Riya. Pantas Riya berpaling dan kemudiannya melemparkan senyuman. Aik tak perasan pula bila Kak Wardah ni berada di sisinya.

“Hahaha.. Isyyy akak ni, datang-datang je terus mencelah. Tak ada maknanya kak. Abang Luq ni, not my taste laa.. dia taste akak je.” Jelas Riya sambil tersengih menampakkan giginya.

“tahu tak pe”

“Orang lain bila dah final year ni semua telah berpasangan. Awak pulak sejak dulu sendiri jugak. Bila lagi nak mencarinya? Habis belajar nanti, susah nak jumpa regu tau” soal Kak Wardah lagi.

“Jodoh di tangan tuhan kak. Entahlah orang UM ni satu pun tak dapat membuatkan hati saya berdebar. Huhuhu...nak pilih pun memang hati tak mahu pilih. Kena cari kat tempat lain kot”

Kak Wardah menggelengkan kepalanya. “Takkanlah dalam berpuluh ribu pelajar kat sini. Awak tak pernah terjumpa sesiapa?”

“Tak ada” Sambil kepala Riya tergeleng-geleng sekali.

“Mungkin saya akan terjumpa dalam chatting kot... peace ” Ujar Riya sambil menunjukkan tanda peace kepada Kak Wardah. Ini lagi seorang tukang sibuk yang hendak  sangat mengambil tahu tentang halnya. Bukan salah pun kalau tak bercinta atau berpasangan lagi kan?. Bukankah lagi selamat daripada ke hulu ke hilir tanpa ikatan ni. Silap hari bulan kena kahwin free.. ataupun cinta entah ke mana, tetapi benih cinta telah pun siap disemai. Siapa nak jawab kalau jadi macam tu? Siapa yang akan menyesal tak sudah kerana dek terikut dengan hawa nafsu dan juga pengaruh kawan? Ngeri pula Riya fikirkannya. Minta-mintalah semua perkara yang tidak baik itu, tidak berlaku pada dirinya.

“Ni akak nak ingatkan chatting tu, jangan dok percaya sangat dik oi.. auta je lebih dari yang benar. Tak pun ada yang sedang mencari mangsa dan memasang perangkap. Dah tertangkap cintan kat situ, badannya pun turut binasa”

“Hahahhaa..nak binasa macam mana kak? Setakat berchatting kat dalam chatroom je. Pasti selamatlah” sangkal Riya lagi.

“Mula-mula tu chatroom je, lama-lama mesti berjanji nak keluar berjumpa, terjumpa pulak dalam hotel room. Tak ke orang panggil jadi mangsa tu?”

“Itu orang yang tak berfikir panjanglaa kak. Terlalu ikutkan hati sangat. Jadilah macam tu.. Insyaallah kalau kita ikhlas cari kawan, kita akan berjumpa dengan orang yang ikhlas juga ingin berkawan dengan kita. Setakat ini, alhamdulillah semuanya saya jumpa yang baik-baik”

“Yang itu memang tak dapat dinafikan. Tetapi kena juga berwaspada. Kena juga berhati-hati. Jaga hati tu elok-elok.. jangan dah tertangkap cintan, badan pun jadi mangsa”

“Insyaallah. Saya sentiasa ingat nasihat akak tu”


Jumaat, 17 Februari 2012

1:47:00 PTG

Seindah Bahasa kita (1)

Jumaat yang Indah.. tak tau nak tulis apa.. tetapi jumaat adalah hari penghulu segala hari. betul tak.. ok.. hari ni saya dalam usaha renovate rumah ni.. So tetiba je ada perubahan tu.. yalaa dalam proses sebab saya takkan privatekan blog semata-mata nk renovate blog ni.. okeh?

Oleh itu kita layan dulu kata-kata indah ini ya...Seindah hari ini...


~ Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~

~ Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~
~ Dalam benci seorang wanita , pasti ada kasih sayang jua ~
~ Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya ~
~ Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu ~
~ Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~
~ Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya ~


status seorang sahabat di Facebook









Sumber ihsan Encik Google

p/s : nanti bila ada masa kosong banyak saya menggoogle encik google lagi ek.. nnt saya post lagi kat sini, selingan seketika menunggu Nukilan hati saya. Ya!!




Khamis, 16 Februari 2012

12:00:00 PTG

Bagaimana awan kelihatan dari Angkasa lepas.. Saksikan!!

Subhanaallah.. Indahnya bumi ni kan.. Jika tidak ada teknologi moden, kita takkan dapat melihat wajah-wajah awan dari ruangan Angkasa. yang kita nampak seharian adalah tompokan awam putih di langit yang kelihatan biru.. Jom kita layan gambar awan yang diambil dari angkasa raya.. Cantik dan serta merta kita akan teringatkan-NYA. Begitu mudah DIA menciptakannya. berfungsi untuk melindungi makhluk-NYA di bumi...











sumber : forum cari



Rabu, 15 Februari 2012

2:26:00 PTG

Untold story....e-novel



Hohohohoho.. bukan saya tulis tau.. tapi saya baca kat forum cari Bakat & Ruangan Penulis
ceritanya menarik.. best bagi sayalah.. ok..sedikit sedutan kisah untold story ni ya...


Episod 1

SUDAH berapa lama aku mengenalinya? Hmmm… semenjak aku berusia empat belas tahun. Sekarang usia aku sudah pun menginjak lewat dua puluh tahun, bermaknanya sudah lebih sepuluh tahun aku mengenalinya. Kali terakhir aku bertemunya pula ialah ketika kami berusia 19 tahun. Opps..lupa nak mentioned yang actuallynya aku dan dia sebaya. So, maknanya sudah hampir sepuluh tahun jugalah aku tidak bersua muka.

Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang? Masih macam dulu kala? Kacak, tinggi dengan perangai gila-gilanya itu. Aku tersenyum sendiri. Teringatkan sesuatu yang kelakar. Dia masih seperti itukah?

Hafizz… Masih ingatkah lagi dia pada aku? Pada persahabatan kami. Itukah nama pada perhubungan kami pada ketika itu? Bolehkah dia melupai, sedang aku masih mengingati saat-saat manis dan pahit segala kenangan selama 5 tahun itu. Atau dia juga seperti aku?


Aku memerhatikan foto-foto yang tersusun didalam album tersebut dan pandangan aku jatuh pada foto sekumpulan lapan pelajar kelas 5 Melati. Hero-hero 5 Melati. Masing-masing dengan muka poyo. Lebih-lebih lagi yang duduk kat tengah-tengah tu (Hafizz ler) control handsome jer tapi kaki bangku. Tanpa sedar aku menumpukan perhatian pada wajah Hafizz dan menyentuhnya. Rindunya, detik hatiku. Di mana agaknya Hafizz kini? Apa khabarnya? Sudah berkahwin? Punya anak-anak? Bahagiakah dia dengan kehidupannya? Aku menghembus nafas kecil. Semoga dia hidup bahagia, aku berdoa dalam hati.


Aku memerhatikan lagi wajah Hafizz. Dia memang kacak dan segak. Tidak dapat dinafikan. Memang patutlah ramai anak-anak dara ketika itu jatuh hati dan minat over kat dia. Huh! Setengah tu tak boleh nak cover, obvioussangat. Apakah aku pun tergolong sekali dalam kumpulan gadis-gadis tersebut? Hopefully not. At that point of time that is what I am thinking. Hafizz? Well currently, I am not so sure. Maybe, I am secretly admiring him. Think again, dear! Nay, I don’t think so…Aku menggeleng-gelengkan kepala menidakkan.


Permulaan ceritanya pun dah menarik...

Ok.. lagi petikan yang saya suka ek..


“Lagu ini khas saya tujukan buat teman kesayangan saya. I wish she knew that I treasure our relationship the most.” Pandangannya jatuh padaku serentak diikuti dengan yang lain. Spontan telapak tanganku menutup mulut tak percaya. Aku meneguk air liur. Malunya bukan main. Dia meneruskan semula kata-katanya tanpa mengalihkan pandangan. 

“A friend is sweet when it’s new but it is sweeter when its true, but you know Zulaikha, its sweetest when its YOU!” (credit to Lovinghugs.com) 


Lagiiiii


There was nothing to say the day you left 
I just filled a suitcase full of regrets 
I hailed a taxi in the rain 
Looking for some place to ease the pain 

Pre-Chorus: 
Then like an answered prayer 
I turned around and found you there 
Chorus: 
You really where start (you really know where to start) 
Fixing a broken heart 
You really know what to do 
Your emotional tools 
Can cure any fool 
Whose dreams have fallen apart? 
Fixing a broken heart 
I never could understand 
What you're going to through 
There must be a plan that led me to you 
Coz' all the heart just disappears 
Every moment you are near 

Pre-Chorus: 
Just like an answered prayer 
You make the loneliness easy to bear 

Repeat Chorus 

Bridge: 
Soon the rain will stop falling, baby 
So let's forget the past 
Coz here we are at last 
Repeat Chorus


Lagiiii


“Nah, ini hadiah hari perkahwinan kau dari aku.” Hafizz menyerahkan sebuah kotak yang dibungkus rapi dengan pembalut hadiah berwarna ungu penuh dengan ayat ‘On Your Wedding’. Apalah mimpi si Hafizz bagi aku hadiah awal-awal ni? Bukankah majlis itu lambat lagi…iyer ker lambat…kurang dari 3 bulan tu, tapi tak adalah orang nak bagi hadiah seawal si Hafizz ni.

“Apasal awal sangat?” Bungkusan itu bertukar tangan. Aku letakkannya di atas meja sementara menunggu makanan yang telah kami pesan sebentar tadi.

“Saja jer…manalah tahu.” Maksudnya? 

“Bukalah…” 
“Tak nak aaar…”
“Bukalah.” Dia pula yang teruja. Aku dalam keadaan teragak-agak tapi dia nak juga aku buka hadiah itu kat depan mata dia. Aku pun mengoyakkan kertas pembalut dengan hati-hati lalu membuka kotak hadiah itu. Bila aku nampak jer isi dia…air muka aku terus berubah….nak terbeliak mata aku memandang dress malam berwarna ungu cair yang seksi dan nipis materialnya itu. Siapa punya idea, tak senonoh betul…. 

“Wei, agak-agaklah bagi aku night dress cam ni…” Terus aku ‘sembur’ dia. Nasib baiklah tempat kitorang makan tu terlindung sedikit daripada orang ramai.

“Jangan lupa pakai masa wedding night nanti…” Euwww!! Aku jegil mata aku kat dia sebelum menyepak perlahan kaki dia kat bawah meja. Nakal sungguh si Hafizz ni! 





Nak tahu kisah mereka.. haaa.. baca sendiri ek... macam cerita ni buat saya tersenyum sensorang.. sweet laa... diorang...;)






9:17:00 PG

Pabila Eropah membeku!

Hari ni kita layan gambar je ya... gambar yang menarik membuatkan hati kita tertarik... bila hati tertarik dan tertawan, jadi jiwa kita akan rasa tenang dan damai.. Dalam masa yang sama kita akan berfikir tentang KEBESARAN ALLAH S.W.T. Bagaimana DIA menciptakan bumi ini seindah-indah ciptaan. Dan kita bertuah kerana menghuni dunia yang Indah ini. Marilah kita mensyukuri nikmat yang kita nikmati hari ini dengan mengingati-NYA...So jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni ek..
Eropah beku?? mari kita tengok gambar-gambar yang menarik tentang kebekuannya.. hehehee 










sumber : forum cari


Isnin, 13 Februari 2012

9:09:00 PG

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI


p/s : Blog ni dah bertukar address tau : www.fantasiceritaku.com ... take note ya...



Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama... insyaAllah...

... .Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...

... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

::HR::

Jumaat, 10 Februari 2012

9:00:00 PG

mini cerita : kebetulan yang Indah-20 akhir


p/s : akhirnya tamat.. tak puas hati endingnya? huhuhu.. janganlaa cam tu ek.. bab-bab romantika de amour tak perlulah kot. masing-masing dah boleh imaginasikan sendiri kan... ini cebisan kisah terilham.. insyaallah lepas ni akan muncul kisah lain pula.... selamat membaca.. ya? pendapt dan komen dialu-alukan.. ek 

Telah dua bulan berlalu sejak peristiwa itu. Hasma menjalani kehidupannya seperti biasa. Hubungannya dengan Puan Hasni dan Suhaila cuba dijarakkan. Jika dulu setiap hujung minggu dia akan membeli barang basah di kedai Pak Mat, kini dia membeli sebulan sekali. Sengaja dirancangkan begitu agar Mak Cik Hasni tidak terasa atau perasan dia cuba mengelak berjumpa mereka. Apabila berjumpa mereka tetap mesra dan Suhaila tetap manja dengannya. Walaupun dia cuba menutup kejanggalan yang terasa, Puan Hasni sebagai orang tua yang terlebih dulu merasai hidup ini, tetap merasa ada yang tidak kena. Dia mengambil sikap memerhati dan melihat sahaja.

Bukan dia tidak mahu campur tangan, perjanjian secara lisan dengan mak Hasma pun telah terpatri, namun tidak diketahui oleh keduanya. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan anaknya ingin mendekati dan mendamping Hasma. Di dalam masa yang sama berusaha untuk melupakan Suraya yang telah pergi. Bukan kerana dia tidak sayangkan arwah tetapi kerana sayanglah, dia mahukan Shaiful melupakan sedikit demi sedikit arwah Suraya. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan ini. Yang pergi harus dikenang tetapi dengan cara menghadiahkannya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Dia ada bertanyakan Shaiful tentang perkembangannya dengan Hasma, namun jawapannya negatif. Menurut Shaiful, Hasma bagaikan mengelakkan diri darinya. Kalibatnya langsung tidak kelihatan paga-pagi menunggu bas. Shaiful juga membuat pengakuan, dia sayangkan gadis itu dan Suraya telah mula dilupai. Dia telah bersedia untuk memulakan kehidupan baru.

Puan Hasni berpuas hati dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Shaiful. Dia yakin kini telah sampai masanya dia bertindak. Hasma bukan seperti gadis-gadis lain. Jadi sebagai orang tua, kini tugasnya menyatukan mereka berdua.

Senyuman Hasma dibalas dengan penuh kasih. Dia benar-benar berharap agar Hasma menjadi menantunya. Telah dua bulan berlalu, baru dua kali mereka berjumpa di sini. Ada juga dia bertanya kenapa jarang nampaknya di hujung minggu. Alasannya, sejak kebelakangan ini dia sibuk sikit kerana menyambung pelajaran separuh masa.

“Rindu sangat kat kakak. Kakak tak rindukan Ila ke?” Soal Suhaila polos.

“Yelaa.. mak cik pun rindu jugak kat Has. Nak jumpa sekarang bukan main payah lagi” adunya juga.

Hasma tersenyum lalu berkata “ Kakak pun rindu kat Ila juga tapi kakak sekarang belajar semula. Masa terhad. Nanti bila kakak ada masa lapang kita pergi jalan-jalan nak?” Pujuk Hasma sambil mengusap kepala Suhaila.

Mereka kini berada di rumah Puan Hasni setelah terserempak di kedai Pak Mat. Tak sampai hati pula menolak, apatah lagi melihat wajah sayu Suhaila yang sejak berjumpa langsung tidak berenggan dengannya.

“Maafkan saya mak cik sebab lama tak jumpa. Sambung belajar separuh masa ni penat sikit. Jadual padat hujung minggu. Hari ni je lapang sebab kelas batal. Mak cik apa khabar? Sihat?” beritahu Hasma sambil menyoal Puan Hasni. Dia perasan yang wanita hampir sebaya maknya kelihatan kurus sikit.

“Mak cik baru je sihat Has, dah seminggu mak cik demam.”

“Oooo... mak cik janganlah lasak sangat buat kerja. Banyakkan berehat. Biar je pembantu rumah buat segala kerja rumah tu” Nasihat Hasma.

“tulah.. mak cik ni sejak dari dulu memang tak boleh duduk diam. Lagipun mak cik tak harap sangat pembantu rumah masak ni. Tak boleh masuk. Kalau kemas-kemas rumah, memang mak cik serahkan kepada mereka”

“Alangkah baiknya kalau ada mak cik ada menantu. Adalah yang boleh diharap dan tolong mak cik uruskan rumah ni” Keluh Mak cik Hasni.

Hasma terdiam mendengar. Dia terus melayan karenah Suhaila.

“Apa pendapat Has tentang Shaiful” tiba-tiba soalan cepumas terpancul dari bibir Puan Hasni.

Hasma terdiam mendengarnya. Apa jawapannya? Dia sendiri pun kurang pasti. Lagipun sejak perbualan mereka di dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, mereka belum lagi bersua, apatah lagi berbual-bual. Dia memang sengaja mengelakkan diri. Bukannya dia tak perasan dengan kereta CR-V yang menantinya setiap pagi sejak mereka pulang. Dia mengambil langkah lain dengan menumpang teman serumah ke tempat kerja.

“Pendapat macam mana mak cik. Saya bukannya kenal dia sangat. Setahu saya dia bapa Ila.   Seorang bapa yang baik” tulus jawapannya. Harap-harap tiada soalan susulan yang lain.

Puan Hasni tersenyum. Soalannya tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

“Sebenarnya dah lama mak cik nak tanya ni. Anak mak cik ada cakap dengan mak cik dia ingin berkawan dengan Has. Nak kenal-kenal lebih rapat. Kalau boleh nak rapatkan lagi. Has macam mana?” Soal Puan Hasni berterus terang.

Merah wajahnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dijawab. Memang ada dia terfikirkan perkara ini sejak luahan Shaiful tempoh hari. Adakala terselit juga keinginan untuk menyambut salam persahabatan itu tetapi malu dan maruah diri menjadi bentengnya.Hasma mengambil sedikit masa sebelum tersenyum.

“dalam bab-bab berkawan ni, saya tidak ada masalah. Cuma.. yelaa takut orang bosan dengan saya. Mak selalu berpesan agar jaga pergaulan elok-elok. Sebab itulah saya segan dan tak berapa nak berkawan dengan lelaki ni.”

“Lagipun di dalam islam, tiada istilah berkawan di antara lelaki dan perempuan ni” Jelas Hasma tentang pendiriannya. Dia bukan seorang yang alim atau warak. Tetapi dia seorang yang amat mementingkan batas pergaulannya. Bukan tidak boleh berbual dan bercakap dengan lelaki tetapi biarlah perbualan itu berisi dengan benda-benda yang bermanafaat.

Mak cik Hasni tersenyum.

“Kalau macam tu, kalau mak cik panjangkan hasrat persahabatan yang diminta oleh anak mak cik kepada mak Has, setuju tak?”

Hasma berkerut dahi. Tak faham.

“Apa maksud mak cik?”

“Mak cik pinangkan Has untuk Shaiful. Jadi menantu mak cik”

Hasma tergamam. Dia kelu. Pertanyaan itu membuatkan wajahnya merah. Lama dia mengambil masa untuk memberikan jawapannya. Dipandang wajah Suhaila di sisinya. Di usap rerambut anak itu. Wajahnya seiras wajah mamanya.

Rupa-rupanya, arwah isteri Shaiful, Suraya pernah rapat dengannya dulu. Ketika kecil Suraya rajin melayannya sehinggalah dia berumur lima tahun, apabila Suraya berpindah ke Besut untuk tinggal bersama nenek sebelah ayahnya di sana. Sejak itu hubungan mereka terputus. Menurut mak, setiap kali Suraya pulang ke kampung, dia selalu bertanyakan dirinya. sedangkan dia tidak mengingati langsung kewujudan Suraya di dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi keakraban mereka dulu.

“Shaiful nak ke kat saya mak cik. Saya rasa dia masih lagi sayangkan arwah isterinya. Saya tak nak dia terpaksa terima saya pula. Saya tak nak dikatakan perampas atau pengganti tempat isteri dia”

“Sebab dia minta mak cik tanyakanlah, mak cik tanya Has ni. Memang mak cik tak nafikan, dia masih lagi sayangkan arwah isterinya, tetapi sejak dia mengenali Has, dia sudah banyak berubah. Kenangan itu tetap ada, tapi dia nampaknya sudah mula mampu menerima orang lain di dalam hidupnya. Mak cik minta Has fikirkanlah dulu. Ambil masa, lama pun tak apa. Nanti mak cik minta Shaiful hubungi Has, macam mana?”

“erk... tak payah mak cik. Jangan” cepat-cepat Hasma menegah.

“Mak cik tanyalah mak saya. Apa sahaja jawapan mak, itulah jawapan saya. Mak lebih memahami diri saya berbanding diri saya sendiri.” Jawab Hasma perlahan.

Puan Hasni mula tersenyum lebar. Begitu juga dengan seseorang yang berada tidak berapa jauh dari ruang rehat keluarga itu. Setiap patah bicara antara maknya dengan Hasma didengarinya.

Dalam diam dia berjanji untuk mengasihi gadis itu lebih dari dia mengasihi arwah isterinya dulu.

*********

Enam bulan kemudian

Mereka diraikan secara sederhana. Tiada majlis persandingan. Cuma makan beradat dengan disertai ahli keluarga terdekat. Suhail menjadi pengapit mereka. Dalam malu-malu Hasma membiarkan tangannya digenggam erat oleh Shaiful. Ada senyuman di hati juga di bibir. Ada cinta yang mengalir laju di sungai kasih sayang di dalam hatinya.

Malam kian menginjak ke tengah malam. Suhaila lena keletihan di atas katil pengantin mereka. Hasma tidak kisah. Di saat dia bersedia menerima Shaiful, dia sudah mula menerima Suhaila akan sentiasa ada di tengah-tengah mereka.

“Terima kasih Has kerana menerima abang dan Suhaila” ujar Shaiful perlahan.

“terima kasih juga pada abang yang sudi mengangkat diri Has sebagai isteri abang...”

“Maafkan Has di atas segala kesilapan Has sebelum kita kawin, selepas kita diijabkabulkan dan pada hari-hari yang mendatang. Has akan cuba menjadi seorang isteri yang baik, taat pada abang. Tegurlah Has jika Has ada membuat kesilapan.” Ujar Hasma syahdu.

“Begitu juga dengan abang. Terima kasih kerana sudi terima abang sebagai suami Has. Abang akan bahagiakan hidup Has. Abang akan cuba menjadi seorang suami yang baik lagiiii.. romantik..” bisik Shaiful nakal.

Hasma tertunduk. Dia segan mahu bertentang mata. Perlahan Shaiful meraih kedua tangannya ke dalam genggaman.

“Insyaallah kita akan sama-sama membina bahagia. Mencipta memori indah bersama. Abang sayangkan Has sebab Has adalah wanita yang dipilih oleh Allah s.w.t menjadi isteri abang”

Hasma tersenyum. Ada linangan air mata di hujung matanya. Siapa sangka akhirnya jodoh dia bersama dengan Shaiful. Betul kata mak... pasti dia bertemu dengan seseorang yang lebih menyayangi dan menghargainya. Siapa sangka, perkenalan dengan Mak cik Hasni menemukan dia dengan jodohnya.

Benarlah kata Suraya... akan muncul seseorang yang hampir sama tetapi berbeza sebagai pengganti dan akan menemani menjalani kehidupan ini. Menyayanginya seperti mana dia menyayanginya.

“Kalau abang nak tau, Kak Su dulu rajin melayan Has ketika masih kecil. Tapi Has tak ingat pun pasal dia. mak yang cerita kat Has” beritahu Hasma ketika dia bersandar di bahu suaminya.

Indahnya takdir ini, apabila kebetulan-kebetulan yang terjadi menemukan jodoh mereka. Siapa sangka... antara Suraya dengan Hasma rupanya mempunyai ikatan yang istimewa.