Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 30 April 2012

4:00:00 PTG

Hari terbuka istana negara...

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog Akhirnya..

setelah bertungkus lumus mengedit.. baiki sana sini.. tambah sana sini. akhirnya siap... finally e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU siap sepenuhnya. Setebal 290 mukasurat. Walaupun bukan hasil yang terbaik (sebab ini adalah e-novel perintis / sulung untuk versi e-book ) tapi shima tetap berpuashati....

Sesiapa nak order.. boleh order sekarang. Untuk mereka yang telah beli versi lama (sebelum edit) shima telah pun emailkan kepada anda semua. Yang beli tapi tak dapat beritahu ek.. tak leh bukak pun bagitahu.. nnt shima emailkan semula... Cara pembayaran dan bagaimana nak order boleh klik kat atas tu...
****************
Hari ahad petang (semalam) encik hubby ajak pergi jalan-jalan ke istana negara. Untuk pengetahuan semua, istana negara lama di buka untuk orang ramai sampai 15 jun 2012 kalau tak silap shimalah.. Jadi kami mengambil kesempatan ini melawat dalam istana. Yelah peluang yang jarang-jarang dapat, jangan dilepaskan.. kan? Masuk adalah percuma. cuma kamera dan telefon berkamera dikenakan bayaran... tak mahal pun standard biasa je apabila masuk muzium...

di sini shima kongsikan gambar yang shima amik ek..










Jadi ambillah kesempatan ni melawat istana negara lama.. Memang ramai orang semalam... Kita patut berbangga dengan sistem beraja negara kita. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.. petik kata-kata hang tuah sat.. tul ke ni? hehehe
12:34:00 PTG

Pesta Buku 2012 & Bersih 3.0

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog Akhirnya..
setelah bertungkus lumus mengedit.. baiki sana sini.. tambah sana sini. akhirnya siap... finally e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU siap sepenuhnya. Setebal 290 mukasurat. Walaupun bukan hasil yang terbaik (sebab ini adalah e-novel perintis / sulung untuk versi e-book ) tapi shima tetap berpuashati....

Sesiapa nak order.. boleh order sekarang. Untuk mereka yang telah beli versi lama (sebelum edit) shima telah pun emailkan kepada anda semua. Yang beli tapi tak dapat beritahu ek.. tak leh bukak pun bagitahu.. nnt shima emailkan semula... Cara pembayaran dan bagaimana nak order boleh klik kat atas tu...

***********

Salam semua... dua hari blog ini sepi tanpa entri ek.. Maaf dipinta. sebab tak sempat nak update blog ni. Busy.. Busy... bukan busy sebab pergi BERSIH 3.0 tetapi busy dengan rutin mingguan memBERSIH dan mengemas rumah. lagipun minggu ni adik-adik shima ada datang rumah dan jawabnya laptop ni bukan hak milik mutlak kakaknyalah... kena konker dengan diorng...

Pesta buku 2012.. rancangan asal hendak ke sana hari sabtu tetapi oleh sebab BERSIH encik hubby tak bagi keluar.. nak kata apa dah terpaksa dan dipaksa dok rumah. tapi tak gak.. bila hati nak jugak ke sana mesti nak ke sana jugak.. terbayang-bayang di ruangan mata kemeriahan pesta buku di pwtc tu. Jadinya apabila encik hubby habis kelas.. Dia balik rumah dalam kul 2 petang gitu dan kebetulan adik ja pun datang... kemudian encik hubby cakap dia nak kena ke opis lagi malam nanti. muka shima masam dah.. asalnya dia boleh kuar kita tak leh kuar plak.. Nak jugak pergi pesta buku nih. ketika dok rehat-rehat depan tv..
 Shima cakap ' nana boringlah.. nak g pesta buku".
Encik hubby tanya ' pesta buku tutup kul berapa?"
" Kul 10 kot.." ceh masa tu tak tahu pun pesta buku dari kul 10 pagi -9 malam."
"Nanti nana drop kat LRt... pergilah kul 10 nana amik kat putra"
Shima apa lagi tersengih-sengihlah.. dah terbayang ni nak beli buku apa.. dah buat senarai dah pun... tapi tak adalah sampai berpuluh buah.. nanti kang tak terbuat keje lain pulak sebab dok pulun baca novel...
Tapi.. sampai kat pesta buku orang dah nak berkemas-kemas nak balik.. dah lengang dah.. nak buat macam mana... nak pergi siang tersangkut sebab BERSIH 3.0

Walau bagaimana pun sempat jugak beli 4 buah novel, sebuah tafsir al-Quran dan majalah harmoni.

Ini dia buku dan majalah yang dibeli... Novel Pukul 3.00 pagi shima dah habis baca tau.. Kak Aina Emir ada kat situ masa shima pergi beli.. tapi shima tak sempat nak jumpa dia, shima suruh adik yang pergi amik signaturenya ketika shima tgh bayar buku.. sebab apa tak sempat.. takut booth lain tutup pulak sebab masa tu dah dekat kul 8.30 mlm... adik shima cakap... Kak Aina Emir ada tanya shima ni pernah datang dulu kan.. adik cakap shima tu kakak sy... yap mmg shima pernah dapatkan signature kak Aina dulu.. dua tahun lepas kot... sayang novel SELAMAT MALAM KEKASIH entah siapa pinjam tak pulangkan... semua novel Aina Emir shima ada tau... cuma satu tu je tak de.. ni rasa geram nih ... 



Nanti ada kesempatan shima akan buat review untuk semua novel yang telah dibaca.. Next novel Tolong Ingatkan Aku... tapi sebenarnya... yang sudah lama shima cari.. sudah lama terbuku di dalam hati hendak dapatkan ia.. dulu pun ada beli tapi versi tebal dan besar dan tidak dapat dikelek ke sana ke mari, adalah tafsir al-Quran itu.. itulah NOVEL YANG PALING MENARIK DAN HEBAT SEKALI. Akan diluangkan membacanya.. akan difahami kisah-kisah di dalamnya... Jadi kepada mereka yang membuat bajet nak memborong sakan di Pesta buku tu.. apa kata masukkan sekali novel ALLAH S.W.T ni.. Ganjaran hebat menanti kita semua. 


Oklah... shima nak share secebis kisah pasal BERSIH ni... Adik shima ni belajar kat UPM.. jadi dia datang ke rumah shima menaiki KOMUTER dari serdang ke Batu Caves.. katanya punyalah ramai orang hari sabtu tu.. dia rasa bengang n sakit hati dengan sikap sesetengah orang yang sertai bersih ni.. tak hormatkan orang lain... menurutnya.. dia duduk tren yang dikhaskan untuk wanita.. tiba di stesyen mana tah.. ada sekumpulan orang berbaju kuning.. adalah yang menegur kumpulan tersebut sebab silap naik tren khas tuk wanita ni.. mereka cakap apa tau " TAK APA.. HARI NI HARI RAYA... TAK DE ORANG NAK MARAH!"
hari perhimpunan bersih dianggap hari raya? Adakah mereka yang menyertai bersih tu sebab nak berseronok-seronok? nak rasa hidup dalam negara kucar kacir ke? yang tak aman.. tak bebas bergerak tanpa rasa takut? macam thailand.. macam indonesia.. begitu ke? patutnya mereka fahami apa yang diperjuangkan oleh BERSIH 3.0.. patutnya mereka menghormati peraturan yang telah ditetapkan selama ini tanpa ada pengecualian samaada hari raya ke? hari cuti umum ke.. hari perhimpunan ke apa... Hormatilah undang-undang dan hormatilah orang lain.

Bercakap pasal polis.. tahukah kita semua.. orang yang bekerja sebagai polis ni hampir keseluruhan masanya dihabiskan di pejabat.. rumah bagaikan tempat persinggahan sahaja... Salah seorang adik shima kerjanya polis... sudah lama dia tak balik kampung menjenguk abah dan ma.. Jadinya dia plan.. minggu ni oleh sebab cuti hari pekerja jatuh hari selasa.. dia minta cuti.. bersemangat nak balik kampung bawak anak dia...tok abah dan tok ma tengah dok rindukan cucu sulung mereka.. cucu pulak tinggal kat penang dengan mama dia, abah dia bertugas kat Johor.. Jadi.. nak balik kampung kena planning betullah sebab si abah kena travel dari selatan ke utara dan ke pantai timur plak... boleh dikatakan separuh semenanjung Malaysia kena pusing... 
tetapi planning tinggal planning... gara - gara kena BERSIH cutinya dibekukan... tak dapat nak balik kampung... dia? semestinya bengang dan marah... dahlah susah dapat cuti.. bila dah lulus kemudian kena tarik semula... semua perancangan tidak menjadi.. tok abah n tok ma kempunan lagi hendak berjumpa dan bermain dengan cucunya.. sebabnya satu je.. BERSIH... 



gambar ni diambil dari encik google..


8:00:00 PG

Terowong buluh di Jepun

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog


Akhirnya.. setelah bertungkus lumus mengedit.. baiki sana sini.. tambah sana sini. akhirnya siap... finally e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU siap sepenuhnya. Setebal 290 mukasurat. Walaupun bukan hasil yang terbaik (sebab ini adalah e-novel perintis / sulung untuk versi e-book ) tapi shima tetap berpuashati....

Sesiapa nak order.. boleh order sekarang. Untuk mereka yang telah beli versi lama (sebelum edit) shima telah pun emailkan kepada anda semua. Yang beli tapi tak dapat beritahu ek.. tak leh bukak pun bagitahu.. nnt shima emailkan semula...

Cara pembayaran dan bagaimana nak order boleh klik kat atas tu...
**********


Alam semula jadi ini memang indah... Inilah kebesaran-Nya.. Kita patut bersyukur kerana dapat menikmati keindahan ini....dan hargainya agar keindahan ini dapat dinikmati oleh anak cucu kita nanti...








kredit kepada klik di sini







Rabu, 25 April 2012

9:15:00 PTG

e-novel housemates ditukar tajuk kepada pelarian kasih

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog Akhirnya..

setelah bertungkus lumus mengedit.. baiki sana sini.. tambah sana sini. akhirnya siap... finally e-novel BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU siap sepenuhnya. Setebal 290 mukasurat. Walaupun bukan hasil yang terbaik (sebab ini adalah e-novel perintis / sulung untuk versi e-book ) tapi shima tetap berpuashati.... Sesiapa nak order.. boleh order sekarang.

Untuk mereka yang telah beli versi lama (sebelum edit) shima telah pun emailkan kepada anda semua. Yang beli tapi tak dapat beritahu ek.. tak leh bukak pun bagitahu.. nnt shima emailkan semula... Cara pembayaran dan bagaimana nak order boleh klik kat atas tu...
*******************

Kisah pengeditan untuk e-novel housemates telah pun bermula. esok akan keluar epilog untuk cerita ini. Tapi sebelum itu, apabila shima renung-renungkan semula tajuk e-novel ini, rasa tidak sesuai pulak. sebab utamanya adalah tajuknya dalam bahasa Inggeris padahal ceritanya dalam versi melayu.. Amatlah tidak sesuai sebab shima PENCINTA BAHASA KEBANGSAAN KITA. bahasa rasmi negara kita dan bahasa harian kita.

Jadinya... tajuk ini perlu ditukar agar dapat disesuaikan dengan persekitaran. lagipun shima hendak mula sedikit demi sedikit memperbaiki penggunaan bahasa agar tatabahasa dan nahunya betul mengikut standard DBP. Oooo tingginya angan-angan tetapi itulah hakikatnya... Anak melayu perlu bangga dengan bahasa melayu ni.

Oleh itu fikir punya fikir.. kerah ingatan kepada jalan cerita e-novel ni, maka shima terfikirkan tajuk ni... PELARIAN KASIH.... sesuai tak? boleh kawan-kawan berikan pendapat tak?

Versi edit ada penambahan dan pembaikan... jika mereka-mereka yang pernah mengikuti e-novel ini akan perasan penambahannya. jalan cerita versi edit dan versi tak edit sama je.. cuma shima cuba dan terus mencuba memperkemaskan persembahan dan mutu penulisannya.....

Bila boleh siap? Oooo jangan tanya ya.. pasti mengambil masa dan shima akan cuba sedaya upaya untuk siapkan dalam masa sebulan ni.... doakan moga-moga dikurniakan ilham dan semangat menulis sepanjang masa ya!...

Oklah itu nak beritahu sebagai permulaannya...Sinopsis cerita nie akan dipostkan kemudian sebab nak tulis semula sinopsisnya.... ;)


Isnin, 23 April 2012

8:00:00 PG

Rumah di tengah laut.. menarik!!

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog

Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana dibina di tengah laut. Dikatakan rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas batuan Rhode Island yang ada di tengah laut. Rumah itu selalu disebut Clingstone.


Rumah ini cukup besar dan tergolong selesa. Rumah tersebut dibina oleh JS Lovering Wharton dengan kos sebanyak 36.000 dolar , sepupu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.


Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 dengan harga 3600 dolar AS. Kemudian dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua dasawarsa lebih.







Kredits to Arif89trg  klik di sini





Khamis, 19 April 2012

8:57:00 PG

Cinta Yang Kurasa...

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog

Psst : Bukan cerpen ataupun novel. Mungkin puisi atau sajak kot... Shima tak pandai bab-bab sajak tetapi apabila tetiba je dok termenung di dalam kereta ke.. depan PC ke... Depan tv ke.. hehehe selalunya memang tak tumpu pada cerita yang ditayangkan.. datang idea.. rangkap-rangkap indah ini kot.. hehehe.. Memandang turn entri pada hari ini adalah Kasih tersimpan dalam diam @ Kembalikan Maruahku tak tertulis lagi.. So shima postkan bait-bait indah ini ek... Buat mereka yang sedang bercinta...



Cinta Itu Indah,
Menyusupi hati tanpa sedar,
Tersebar mengikut aliran darah yang mengalir di segenap sudut diriku,
Meresap auranya membuatku gembira,
Meringankan hatiku untuk merinduimu,
Cintamu hadir disaat kupejamkan mata ini,
Saat seluruh kenangan bersamamu mengambil ruang di dalam fantasi mimpiku,
Lantas bibir terukir senyuman tanpa sedar,
Hati semakin rancak berdansa,
Rindu yang membuai di hati,
Lalu mengindahkan pandangan mataku,
Alam kelihatan berseri-seri,
Beginilah rasanya saat hati diresapi cinta,
Kasih dan sayang,
Saat angin meniupkan rindu,
Indah, asyik dan mengkhayalkan...
Aku ingin selamanya begini...




Isnin, 16 April 2012

7:34:00 PG

Kelakar : Nenek jual topi



Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog






Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..’mengerat’ orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni … diperbuat dari rumput ‘menerung’ kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket…) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari ‘rembang’, jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia…dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqeh’. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia …’aik!! mana pi topi aku semua?’.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh…sqoh..sqeh’ tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas…Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat nak ‘give-up’ juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng… jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa…Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la ‘keterer an’ dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqehh’ kat atas pokok tuu…..hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya ‘bodoh juga monyet2 ni..’..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, “hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk…?”

kredit to klik di sini

Sabtu, 14 April 2012

7:45:00 PTG

14/4/12 : Derma DaRAh & Exam (setelah lebih 6 tahun tak masuk exam)

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog

Sihat semua? Alhamdulillah.. aku pun sihat.. terlebih sihat dah sebab itu sabtu lepas bersama-sama dengan encik suami dan adik aku pergi derma darah di Pusat Darah Negara. Aku pertama kalinya derma darah, mulanya takut-takut jugak.. Hahhaaha takut sakit kena cucuk je.. hehehehe.. Mula-mula je... bila dah kena cucuk tu.. dok rilex atas katil dia... siap boleh berborak-borak dengan akak kat sebelah... dia pun pertama kali jugak derma darah...

tahu kelebihan derma darah ni? baik untuk kesihatan dan juga membantu mereka yang memerlukan. selain itu jugak.. kita akan diberi buku untuk dicatatkan berapa kali kita menderma. dan berdasarkan kekerapan menderma darah itu, kita diberi kelebihan untuk mendapatkan rawatan percuma di hospital dan juga klinik.. lagi istimewa... percuma wad kelas satu tau untuk beberapa tahun dan free seumur hidup untuk rawatan kelas dua...   itu untuk mereka menderma lebih 50 kali kot... encik suami dah nak hampir 10 kali kot dan adik aku pulak dekat 3 or 4 kali kot. aku lak baru sekali.. hehehe ketinggalan sikit sebab berat aku dulu tak lepas 45kg... mana layak nak menderma.. atas 45 baru boleh dan dalam 3, 4 tahun kebelakangan ini je baru melepasi tahap minimun itu...
(masa aku pergi tak adalah ramai macam ni.. mungkin sebab dah petang kot)

Ok bercerita pulak pasal exam.. exam apa tau.. exam nak mintak kerja dengan kerajaan.. Sesiapa yang pernah pergi exam tahulah macam mana examnya kan.. Oleh sebab dah lama tak exam.. nervous tu ada sikit... Dah lama tak isi borang SPA ni.. tahun ni entah macam mana terfikir nak cuba nasib pulak... Padahal kalau diikutkan gaji yang diterima kini lebih tinggi gaji kalau berkhidmat dalam kerajaan ni.. tak pelah kan.. untuk masa depan... heheheehe... Padahal aku tahu kalau masuk jabatan Audit negara.. kerjanya memang sibuk dan asyik outstation je ( Aku pernah berkerjasama dengan Jabatan Audit Negeri Pahang semasa masih lagi bekerja kat audit firm dulu.. 3 tahun berturut-turut kot.. satu ikut senior ..dua tahun ketuai pengauditan itu sendiri)...

Berbalik kepada exam ni.. format dulu dan sekarang ada sikit perbezaan... dulu masa mula grad dulu ada gak dua kali gi exam... satu untuk PTD dan kedua untuk KPLI... dua-duanya aku pergi buta-buta macam tu je.. coz tak tahu nak rujuk kat mana dan apa format examnya.. dua-duanya memang tak lepas pun... hahahaha... Yang kali ini.. tak tahulah.. ada buat ulang kaji sedikit dan tahu macam mana bentuk soalannya tapiiiiii ada dua seksyen yang aku tak confident dapat jawab dengan betul.. iaitu seksyen penyelesaian masalah dan esei Bi.. Esei Bm pun sama gak... hahahhaahaa....keluar dari dewan exam.. adui...apa yang aku jawab tadi... hehehe.. selesai sudah.. ada rezeki dapatlah panggilan.. tak ada.. cuba lagi lain kali... Ramai tau yang kena panggil exam...



oklah itu je buat minggu ni.. ada banyakkk cerita nak cerita.. tapi aku tapis jadi dua je.. mana tau malam nanti nak menulis lagi kisah yang berlaku minggu ni.. aku akan tulis selain nak menulis manuskrip... Malam nanti nak pergi uptown kat danau kota.. Jom pakat pi ramai ek...;)



Isnin, 9 April 2012

8:00:00 PG

Lawak kelas bahasa arab

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog



Part one :

ustaz : hari ini kita belajar nama-nama buah

Abu Latif : Zaitun buah zaiton ustaz....

Ustaz : bagus Latif...

Fatimah : tuffahun epal ustaz...

Ustaz : bagus Fatimah......Ali?

Ali : Aliyyun buah Ali ustaz...

Ustaz : @#$%^&*()_!@#$%^&*().................




Part two
Ustaz : Hari ini kita belajar muthanna .Muthanna adalah kata nama menunjukkan dua ,contohnya kitab ;satu buku .Kitabani :dua buku.Ok,Fatimah mulakan ...

Fatimah : madrasatani : dua sekolah

Ustaz :bagus Fatimah

Abu Latif : qalamani :dua pen....

Ustaz : bagus Latif......Bakar?

Bakar : aaa...aaaa...Makaroni....balkoni....

Ustaz : salah!

Bakar :nape salah ustaz..kan ada ni ni .....hujung tu?

Ustaz : !@#$%^&*(&%$@!!@#$%^&*()




Part three

Ustaz : Hari ini kita belajar nama haiwan...ok,Abu mulakan

Abu : timsahun buaya ustaz

Ustaz :bagus Abu....Fatimah?

Fatimah : namlun semut ustaz....

Ustaz :bagus Fatimah.......Ali pula..

Ali : Kalbun anjing...

Ustaz :bagus.....Aminah pula

Aminah : sukban ular ustaz...

Ustaz :sukban itu racun..thu'ban itu ular...Ahmad pula..

Ahmad : aha..jap ustaz...Iguana!

Ustaz : Iguana?bagus....ejaannya adalah الإغوانة

Ahmad :saya main hentam je ustaz..nasib baik betul....




Part four

ustaz : hari ini kita menyebut anggota badan

fatimah : saya ustaz.....yadun tangan...

Ustaz :bagus fatimah...siapa lagi?

Ali : rijlun kaki

ustaz :bagus Ali.....siapa lagi?Abu mahu mencuba?

Abu : za......za.........za..................................

zakarun apa ustaz?

Ustaz : dalam seluar kamu !

Abu : hah? 

Part five

Ustaz : Bahasa Melayu banyak dipinjam dari arab...sila berikan contoh...

Fatimah : Masjid :masjidun

ustaz :betul Fatimah...lagi?

Abu : Imam :imamun....

ustaz :betul Abu....

Zakaria : Zakaria...zakaria....

ustaz: Zakaria o zakaria......betul!


Nak baca banyak lagi lawak ni klik di sini
kredit kepada forum cari.

Sabtu, 7 April 2012

6:30:00 PG

Balik Kampung-Mengangkut novel-novel lama

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!! Nak tahu hari apa setiap e-novel di sini dipostkan..klik kat Info Blog

Hai semua... edisi journal minggu lepas tak de, tak sempat nak tulis sebab balik kampung on da spot. ingatkan balik minggu ni, rupanya minggu lepas planning on.. So tak sempat nak backup auto publish untuk journal dan SAM. Maaf ya. Insya Allah minggu ni akan ada entri untuk ke duanya.

Kali ini nak hupdet cerita balik kampung hari itu. Rasa macam tak cukup puas berada di kampung, dah pun kena balik KL. :( sedihnya.. Sejak kerja dan seterusnya kahwin.. balik kampung tak pernah lama...sedih kan... Jumpa ma n abah dalam dua tiga hari je.. pastu kena kembali ke kota ini. Waaa bilalah pulak nak balik kampung selama-lamanya. Tinggal kat kampung memang best.. cakap je nak makan ulam apa, semuanya ada di sekeliling rumah. segar-segar belaka. terbaik dari kebun. Hahhahhaa... plus murah-murah. udara pun segar dan bersih.

Oleh sebab balik pun dalam 2 hari setengah je... tak sempat nak pergi mana. mengemas rumah kat kampung dah ambil masa sehari.. sempat nak cilok beberapa buah novel lama dan diangkut balik ke KL ni. sayang tau banyak dah kena makan dek lipas, pepijat, anai-anai... Novel ni aku kumpul sejak darjah 6 lagi. itupun buku-buku penyiasatan siri salma, siri hadi dah hilang.. entah ke mana pergi..tak tau kena rembat kat siapa... huhuhu....Buku merupakan harta khazanah yang paling aku sayangi. Nak marah kat orang yang meminjam dan tak reti nak pulangkan tak tau saper! Redha jela... lepas ni.. sesiapa nak pinjam? No way yeh.. kena beli sendiri.. sebab buku ni.. bila dah lama-lama dah tak ada dalam pasaran. Susah nak cari... Pesta buku nnt.. Nak gi cari buku2 lama yang telah hilang nih...

 Ni buku-buku yang ada di atas rak di rumah KL... tak cukup tempat..huhuhu kena beli rak buku lagi

 Lagi.. buku-bukunya....

Ni plak buku yang di angkut dari kampung... Buku Malaysian taxation pun terangkut sekali... bab-bab taxation kena cover balik.. kerja punya pasal.. Nanti tak pasal-pasal terlebih bayar tax lak...

P/s : Journal hari ni akan ada dua tiga entri kot.. sebab nak cover entri yang minggu lepas terlepas tulis.. hik hik.. biasalah hupdet.. seminggu sekali kan.. terlepas seminggu kena cover utk 2 minggu..




Khamis, 5 April 2012

8:00:00 PG

Kasih tersimpan dalam diam- 2ii

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!


Beberapa minit yang pertama kami makan dengan senyap. Abang Bad memberikan aku sebotol air mineral. Aku sedar kami menjadi perhatian penghuni kolej yang melalui tempat yang kami sedang makan ini. Sesekali Abang Bad mengangkat tangannya ke arah mereka.

“Abang na cakap apa dengan saya?” Soalku setelah agak lama mereka menikmati makanan masing-masing.

“Abang sukakan Zue”

“ooowh..saya pun sukakan abang juga. Respect kat abang kerana mengendalikan minggu suaikenal dengan baik. Walaupun letih tapi saya enjoy. Tak adalah boring sangat” jawabku pula.

“no.. maksud abang.. abang sukakan Zue seperti seorang lelaki yang sukakan perempuan. Dan ingin menyunting perempuan itu menjadi suri hidupnya.”

Aku terkaku. Abang Bad terlalu berterus terang sampaikan aku hilang kata-kata. Aku pula langsung tidak merasakan sebarang perasaan ‘suka’ yang istimewa sepertinya. Aku memandangnya seperti aku memandang abang-abang senior yang lain. Tidak lebih dari itu. Jadi bagaimanakah harus aku menjawab agar hatinya tidak terluka dengan apa yang akan aku cakapkan ini.

Aku mengangkat pandanganku dan melihatnya masih lagi setia memandang wajahku. Dia cuba mencari mataku agar dapat bertentang mata, namun aku segera melarikannya.

“Saya baru sahaja menjadi warga kolej ini. Menjadi mahasiswi di UPM ini. Soal hati dan pasangan hidup ini langsung tidak terlintas di dalam fikiran saya ketika ini. Perancangan hidup saya untuk empat tahun akan datang adalah mendapatkan segulung ijazah dan mencari kerja yang baik untuk membantu keluarga saya. Saya harap abang faham dan hormati saya. Saya sukakan abang tapi suka saya adalah hormat kerana abang adalah senior saya di sini. Yang membimbing pelajar baru seperti saya menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus ini.”Perlahan aku berkata dan memandang wajahnya.

“Abang faham dan abang sanggup tunggu hingga Zue habis belajar. Abang harap hati Zu berikan kepada abang” terangnya lagi.

“empat tahun itu masa yang panjang. Abang pula akan habis belajar tahun ini.  Bila dah kerja nanti, tentu abang akan berjumpa pelbagai jenis orang dan mungkin abang akan berjumpa dengan seseorang yang sebetulnya jodoh abang. Dalam empat tahun ini, apa sahaja boleh berlaku, lagipun selepas saya habis belajar nanti, saya tak terfikirpun untuk terus melangkah ke alam rumahtangga. Saya ada tanggungjawab lagi yang perlu dipikul”ujarku lagi.

Abang Bad terdiam mendengar hujahku. Wajahnya sedikit berubah. Mungkin terasa atau mungkin juga kecewa. Bagiku, lebih baik dia kecewa sekarang daripada kecewa kemudian. Aku tidak ingin memberikan apa-apa harapan yang memungkinkan abang Bad merasakan aku yang terbaik untuk dirinya. Soal Jodoh ini bukan kita yang tentukan, tetapi DIA YANG MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk umat-Nya.

Ketika aku sedang menikmati makananku bersama-sama dengan Abang Bad, dia melalui tempat duduk kami. Aku perasan dengan panahan matanya yang tajam melihat kami berdua. Abang Bad mengangkat tangan menegur, begitu juga dia. Dan dia pun terus berlalu tanpa singgah di tempat kami makan.

Di dalam hatiku dilanda rasa yang tidak menentu. Ada rasa takut andai dia salah faham tentang perhubungan kami. terasa ingin sekali aku memanggilnya dan menjelaskan bahawa aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Abang Bad, hanya sekadar hubungan senior dan junior sahaja. Tetapi itu semua hanya keinginan hatiku, takkan sesekali aku lakukan.

Sejak dari hari itu, itulah kali terakhir aku melihatnya. Hubungan aku dengan abang Bad berakhir di situ. Dia telah berjumpa dengan gadis lain yang mampu membuatkan hatinya terpikat dan seterusnya melupakanku.

Dalam diam aku merindui dia. Dia yang tidak lagi kutemui sejak peristiwa tengah hari itu. Bayangannya langsung tidak kelihatan, apatah lagi dirinya. Sedikit kecewa terasa di hati, namun mungkin ini suratan takdirku.

Kita bertemu bukan untuk bersama,

Kita bermesra bukan untuk bercinta,

Kita bersua bukan untuk selamanya,

Aku dan dia..

Dua insan yang berbeza,

Punya misi dan matlamat yang satu,

Menggenggam segulung ijazah

Mengejar kejayaan dan kebahagiaan.

Aku dan dia..

Saling merasa

Ada rasa indah terselit di hati..

Aku dan dia saling menyimpan rasa..

Takdir telah menentukan

Siapa dia untukku..

Hanya sekadar teman biasa..

Hanya sekadar seseorang yang singgah di hati

Bukan mendiami..

Jadi biarkanlah dia pergi...

Wahai hati...

Aku dan dia..

Tidak pernah ditakdirkan untuk bersua lagi.



Isnin, 2 April 2012

8:00:00 PG

kelakar : Polis..Pak we & Mak We

Psst Entri terbaru..Semoga terhibur dan rajinlah komen ya!!




Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis….

pakwer : ada apa masalah encik ?



polis : anda di dapati memandu melebihi 110km

pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer…mungkin meter saya rosak kot..

makwer : abang tak baik tipu polis tue…tadikan abang pandu lebih dari 150km…

polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi…

pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik…minta maaf,nanti saya betulkan

makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg ..

polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang…

pakwer: saya baru jer bukak encik….masa encik tahan saya…

makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang…tak baik tipu encik nie

si pakwer yang tak tahan dengan kerenah makwer dia terus melenting.

pakwer : diam ler ko,semua ko beritahu polis…ko nak aku kena saman apa??lurus banggang betul ko…budusss,aku tepok paler ko kang…

polis : cik,,selalu ker PAKWER marah cik macam nie??

MAKWER : tak ler…dia jarang marah saya..kalau marah pun masa dia ISAP GANJA jer...


kredit to Forum Cari : Lawak & Jenaka