Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 30 Julai 2012

3:04:00 PTG

Sinopsis mini novela : Cinta berputik di hadapan masjid.


Salam dan selamat berpuasa semuanya... sebuah kisah baru... tak panjang dan tak pendek untuk mengisi blog ini... buat permulaanlah. atau mungkin akan dikembangkan menjadi novel... dapat idea ni pun ketika tengah mengedit e-novel lain...

CINTA SEJATI milik insan yang mencintai Allah s.w.t sesungguh hatinya. Pertemuan tanpa dirancang di hadapan masjid Wilayah Persekutuan di bulan Ramadhan menjadi permulaan kisah hati Hanan dan Hariz. Dua hati ini mulai merasai resapan kasih sayang-Nya tetapi tiada keberanian untuk meneroka resapan kasih itu bagi mengenal pasti apakah ia yang sebenarnya. Oleh sebab itu rasa itu tidak berkembang di dalam hati mereka seperti benih yang tidak subur.

Khamis, 26 Julai 2012

1:50:00 PTG

Inilah kisah SRSI bakal terbit ditukar tajuk CINTA PERIGI DAN TIMBA

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menunggu.. karya pertama saya akan terbit.. Tapi bukan tajuk asalnya... Ditukar tajuk .. jeng.. jeng tengok kat cover bawah ni... Rezeki di bulan puasa... 
Jika minggu lepas saya terpaksa tolak tawaran membeli rumah yang saya idamkan selama ini, rupanya DIA hendak memberikan rezeki yang lebih baik lagi.... Ada dua berita gembira yang saya terima. Ini salah satunya dan satu lagi nantilah akan cakap kemudian....

Menurut Penerbit, novel ini akan terbit ogos ni... Jadi stand by ye kawan-kawan semua.... 

Rabu, 25 Julai 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Ahad, 22 Julai 2012

12:00:00 PG

Review : tolong ingatkan aku - mimie afinie


Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.

Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azahmemang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak masuk jarum tapi bukan dengan dia ya.

Jumaat, 20 Julai 2012

2:05:00 PTG

Cerpen : Lepaskan dia pergi...

"Jika sayang... lepaskan dia pergi dengan aman." Amir tidak menoleh pada yang melafazkan kata-kata itu. Dia masih lagi merenung tanah merah di hadapannya.

"Cinta tak semestinya akan dimiliki selama-lamanya. Kadang kala kerana cinta juga kita perlu melepaskannya pergi." Suraya terus mengeluarkan kata-kata nasihatnya.

Amir masih diam. Fikirannya jauh melayang ke masa lalu.

"Mak harap puasa tahun ini kamu dapat sambut di kampung Mir," Ujar Hajah Meriam.

Khamis, 19 Julai 2012

4:30:00 PG

Cute...

Saya minat dengan kucing biarpun saya tak pelihara kucing... Rindu kat kucing saya. entah ke mana miow pergi. Merajuk sebab saya kurung dia di dalam rumah. Pandai pulak dia cari jalan keluar dan sejak itu dia tak pernah pulang....

Jom tengok aksi cute kucing-kucing ni... tapi bukan kucing sayalah....

Rabu, 18 Julai 2012

Selasa, 17 Julai 2012

5:00:00 PG

Review : Pukul 3.00 pagi Aina Emir





Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.

Ahad, 15 Julai 2012

4:13:00 PTG

Simple & senang : Pankek

Semalam (sabtu) saya masak pankek. Sebab Nana (panggilan untuk suami-dia orang penang) tak nak makan nasi katanya. Nak diet. So fikirlah apa nak dimakan ni. teringat Pankek. Lama dah nak buatnya. Buat pertama kali dulu tak menjadi rasa pahit dan tak kenalah. rupa-rupanya terlebih masukkan serbuk penaik. 


(ni gambarnya. tak menarik sangat sebab amik guna telefon je. pinggan yang digunakan pun klasik)

Sabtu, 14 Julai 2012

Rabu, 11 Julai 2012

Isnin, 9 Julai 2012

Ahad, 8 Julai 2012

Isnin, 2 Julai 2012

8:00:00 PG

Pantai kaca...

Jika anda pernah mengunjungi pantai Glass Beach di California,mungkin anda akan merasa kagum kerana di sinilah satu-satunya pantai dengan pasir paling indah di dunia.

Anda pasti tidak akan percaya dengan apa yang anda lihat, dan jika anda merasakan pasir di tempat ini adalah buatan manusia, maka telahan anda benar, tapi tidak 100% tepat.

Sejarahnya, pada awal abad ke 20, pantai ini tidaklah seindah sekarang. Boleh dikatakan sangat kotor kerana penduduk sekitar pantai menggunakan tempat ini sebagai tempat pembuangan sampah seperti piring, gelas,kaca dan sebagainya

Pada tahun 1967, datuk bandar di kawasan tersebut telah memutuskan untuk melarang para penduduk untuk membuang sampah lagi di kawasan tersebut. Tempat itu lalu ditutup, dan seiring waktu, semua sampah ditempat itu diproses secara semulajadi oleh hakisan ombak dan jadilah seperti sekarang.