Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 27 Ogos 2012

3:18:00 PTG

Order untuk Pembelian novel CINTA PERIGI DAN TIMBA kini dibuka

Salam Syawal semua...
Saya tak berapa sihat hari ini.
Sakit kepala...
Mood buat kerja dan update entri selepas raya lari sedikit...
Tapi... nak jugak update sedikit nih....
Sesiapa yang nak beli novel CINTA PERIGI DAN TIMBA bertandatangan penulis boleh order sekarang ya!
cara-cara pembelian lihat di sini. 


Harganya semenanjung RM21.90
Sabah & Sarawak RM24.90. 
(Ikut harga buku- kos pos saya tak caj tanda terima kasih saya kepada anda semua yang menyokong saya selama ini...) jadi cepat-cepat order ya! 

Lepas ni nak update entri tertangguh raya pula.. esok kot...:D
Dan..
Akan mula mengaktifkan diri berblog n menulis.. doakan agar saya sentiasa bersemangat menulis di sini.



Jumaat, 10 Ogos 2012

2:12:00 PTG

CINTA TAK MENGENAL........

Salam Ramadhan semua...
Mesti tengah menghitung hari nak balik kampungkan?
Nak sambut raya?.... same with me...
Mood melayan lagu raya huhuhu....
Perbualan dengan adik saya kat kampung.(adik bongsu yang telah lama bercuti di kampung)
Adik : Aku tak de feel pun nak raya....
Saya : Kak dok feeling lagi rayo nih.. lambat eh nak balik...
Adik : Huh... aku tak rasa nak raya pun...
Saya : Mun ni x dok perase an lah dik...
Adik : Hoolaa... aku dok kampung lama doh.. puah weh... Kalu dok UPM nuh rasalah gak.
Saya : Hahahaha....

Apalah dik oi.. Orang bersemangat nak raya dia? No feeling.... Beku kot sebab cuti lama... Heh...

Oklah tajuk kat atas bukan pasal raya tetapi pasal cinta. Ingat cinta dan kasih sayang ni khas untuk manusia je ke? Bukan.. tak langsung... Allah s.w.t telah semaikan perasaan cinta dan kasih ini kepada makhluk cipta-NYA yang lain.. tak caya? tengok photo ni dan hayatilah kasih sayang sepasang burung ini.

Khamis, 9 Ogos 2012

7:00:00 PG

CBDM : Bab 1 (ii)


Bulan Ramadhan cuma hadir setahun sekali. Amatlah terasa rugi apabila tidak memenuhinya dengan bersolat terawih. Sebab itulah Hariz sanggup meninggalkan kerjanya seketika untuk bersama-sama menunaikan solat terawih. Walaupun tidak sempat melakukan sampai 20 rakaat, 8 rakaat pun jadilah. Ditambah lagi dengan solat witir 3 rakaat. Sempurnalah terawihnya.
Misi Hariz pada tahun ini adalah mencukupkan solat terawihnya 30 hari. Dia juga berazam untuk khatam al-Quran sekali di dalam bulan mulia ini. Jika tahun lepas, dia terlepas hampir separuh daripada malam-malam terakhir terawih kerana masalah yang berlaku di tapak projek di Miri. Jadi pada tahun ini, telah dipastikan semua kerjanya berjalan dengan lancar dan dia akan menggunakan sebaik-baik masanya untuk memuliakan bulan puasa ini.

Khamis, 2 Ogos 2012

10:29:00 PG

CBDM : Bab 1 (i)


Hanan cuba sekali lagi menghidupkan keretanya, namun sia-sia. Dia cemar apabila memikirkan kereta di kawasan masjid wilayah persekutuan semakin berkurangan biarpun masih lagi kedengaran suara imam mengimamkan solat sunat terawih. Sebenarnya setelah selesai mengerjakan solat sunat terawih lapan rakaat dan diikuti dengan sunat witir tiga rakaat, Hanan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah yang terletak di Selayang. Jauhkan dia bersolat terawih sedangkan masjid berhampiran rumahnya ada. Tetapi itulah dia Hanan Mardiah, setiap kali bulan ramadhan, setiap malam dia akan berterawih di sini.