Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Ahad, 30 September 2012

September 30, 2012

mini cerpen : Kerna kau 4


“Hai… assamualaikum.. Aimi kan?”
Berkerut dahi Aimi apabila ditegur oleh seorang jejaka di saat dia menolak troli penuh dengan barang-barang dapur.
Tak kenal pun? Baik buat tak tahu je. Orang sekarang ni bukan boleh dilayan sangat, tak pasal-pasal kena pukau. Teringat pesan abah, jika ada orang tegur ketika tengah jalan dan orang tu tak kenal, jangan tunjuk baik nak jawab teguran tu. Jangan layan dan jangan sesekali pandang matanya. Tak selamat sebab sekarang ni berleluasa penggunaan pukau untuk menipu dan menyamun orang. Jadi lebih baik tak layan.
“Amboi sombongnya dia? Betullahkan awak Aimi, kawan dengan kak Jah saya”
Okeh.. Okeh yang ni pasti orang yang memang kenal dia. Lalu Aimi berpaling mahu melihat lebih teliti siapa dia ni? Yelah, dia bukannya jenis mudah ingat jika jumpa sekali, memang langsung tak kenal.
“Awak ni siapa?” Soal Aimi, matanya pula melilau mencari mama.
Mana pula mama ni pergi? Tinggal dia sorang-sorang kat sini.
“Laa minggu lepaskan kita jumpa. Takkan dah tak ingat.”
Aimi garu kepala yang berlapik tudung. Minggu lepas memang lah dia ada jumpa seorang kakak yang baik hati ni. Kak Jah namanya. Dan lelaki ni pula siapa? Seriusly dia tak ingat langsung.
“Aimi kan? Panjang jodoh kita, jumpa lagi kat sini. Hari tu kak Jah lupa nak minta nombor telefon.”
Aimi tersenyum-senyum apabila melihat kak Jah sampai di sisinya. Jejaka itu pula masih lagi terpacak di hadapannya.
“Siapa ni kak Jah” Soal Aimi tanpa tangguh.
“Laaa tak cam ke? Kan minggu lepas ada jumpa semasa kat rumah Kak Jah. Adik kak Jah ni, namanya Nasrul.” Kak Jah memperkenalkan mereka sekali lagi.
Demi Allah, dia memang tak ingat langsung. Memorinya hanya terjangkau setakat perkenalan mereka sahaja. Watak sampingan sebagai adik kak Jah tidak diingatinya. Merah wajah Aimi. Termalu. Kadang kala memorinya selalu gagal menyimpan kenangan. Lebih-lebih lagi hari di mana dia ditinggalkan oleh kekasih. Jadi harap-harap dia boleh faham. Jika tak faham pun, bukannya aku kisah sangat.  Sudah terang lagi bersuluh, adik kak Jah ni bukan watak penting di dalam hidup aku ni.
“Ooo minta maaflah. Memang Aimi tak ingat langsung kak jah.”
“tak pe, tak pe. Kak Jah faham. Banyak beli barang ni. Nak kenduri ke?” Soal Kak Jah ramah. Si adiknya pula telah jadi bisu dan pemerhati yang berjaya kerana mampu membuatkan dirinya resah.
“Taklah. Mama memang selalu macam ni, beli stok untuk sebulan terus. Senang katanya, setiap minggu beli barang basah je kat pasar minggu. Tak perlu berulang alik datang giant ni.”
“Oooh begitu rupanya. Mama mana?”
“Entahlah. Aimi pun sedang dok cari-carilah ni.”
“Aimi”
“Puas mama cari. Kat sini rupanya. Kan tadi mama pesan tunggu kat kaunter nombor lima”
“Bila pulak? Aimi tak dengar pun,” balas Aimi mempertahankan diri.
“Bagaimana nak dengar, kalau asyik melamun je, menonong tolak troli tu. Nasib baik tak terlanggar orang je,” Bebel Mama.
“Kak Ani kan?” Tegur Kak Jah.
“Laa Tijah ke? Maaf akak tak perasan tadi,” Balas mama dengan nada gembira.
“Aimi ni anak kak Ani ke?”
“A’aah anak sulung akak.”
Dalam diam-diam Nasrul menyimpan senyum. Dia pasti pencariannya bakal berakhir apabila melihat kemesraan tiga orang wanita di hadapannya.  

 


Jumaat, 28 September 2012

September 28, 2012

mini cerpen : Kerna kau 3


“Nah minum.. biar tenang sikit hati tu.”
Aimi mengangguk perlahan. Tangisannya telah reda. Walaupun begitu luka di hati pasti mengambil masa yang lama untuk sembuh. Diperhatikan keadaan di dalam rumah kak Khadijah. Wanita baik hati yang menegurnya di taman tadi. Rupa-rupanya mereka jiran satu taman, hanya dipisahkan oleh dua jalan.
“Minum Aimi. Jika sudah sejuk, tak berapa sedap pula teh tu,” Pelawanya lagi. Lalu Aimi menarik cawan berisi teh itu dekat padanya. Disentuh cawan itu seketika untuk merasa suhu. Kemudian barulah diangkat perlahan cawan tersebut ke mulut. Dihirup teh hijau itu perlahan-lahan. Kak Khadijah turut sama menghirup teh hijau tersebut.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam..”
“Awal akak balik berjogging?” Soal seorang pemuda di dalam lingkuan 20an yang semakin melangkah menuju ke arah mereka.
 “dua round je petang ni. Dan kau tu awal balik hari ni? biasanya berdating tak ingat masa?”
“Dating apanya kak. Dah break. Sorang pergi, sepuluh datang. Tak heran pun kak” Balasnya selamba.
Kak Khadijah menggelengkan kepalanya.
“Siapa ni kak?” Soal pemuda itu apabila memandang Aimi di sisi kakaknya.
“Kawan akak. Aimi kenalkan, ni adik kak Jah. Nasrul.”
Senyuman nipis diberikan sebelum Aimi tunduk memandang cawannya.
Tanpa disedari Kak Khadijah dan adiknya bersoal jawab melalui mata. Aimi tiada mood untuk beramah mesra.
“Kak.. saya balik dululah”
“Hmmm.. baiklah. Jaga diri elok-elok. Jangan dok layan sangat perasaan tu” Nasihat Kak Khadijah sambil mengiringi Aimi ke pintu.
Kenapa dengan budak tu kak?” Soal Nasrul apabila kalibat Aimi hilang dari pandangan mereka.
“Macam kau lah baru putus cinta. Frust.”
“Hmmm patutlah monyok. Ada jugak lelaki yang bodoh tinggalkan dia ya. Dahlah cantik, pakaian pun sopan. Entah apa yang dicarinya.” Rungut Nasrul.
Kak Khadijah menjeling.
“Apa yang dicari? Haa.. Kau apa plak yang kau cari? Bercinta dua tiga bulan putus. Lepas tu couple pulak dengan orang lain. berapa lama kau nak bercinta dan putus cinta ni? Pening akak,” Leter Kak Khadijah.
Nasrul tersengih-sengih. Dia tidak punya jawapan untuk soalan-soalan tersebut kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dicarinya. Hatinya mudah terpikat pada yang cantik dan seksi. Apabila bersama barulah dia tahu kecantikan dan keseksian itu adalah keindahan luaran semata-mata. Banyak perkara yang kureng enak di pandangan matanya terserlah menjadikan dia mula tawar hati. Suka yang berputik di hati mulai sirna dan tanpa menunggu lama baik diucapkan babai.
“Kalau aku dapat macam Aimi tu kak, confirm kau akan dapat adik ipar,” Ucap Nasrul tanpa berfikir.
Seketika dia terkenangkan Aimi. Comel dan manis. Tetapi wajahnya muram tak berseri. Kasihan. Siapalah lelaki yang tak tahu menilai kaca dan permata ini? Aku pasti suatu hari nanti dia akan menyesal mengecewakan Aimi.
“Kak Jah pun berkenan dengan si Aimi tu. Tapi kalau kau nak kat dia lepas tu tinggalkan dia, baik tak payah.” Tegas kak Khatijah.
Nasrul tersengih-sengih. Amboi kak jah ni, ambil berat nampak kat Aimi ni, padahal aku ni adiknya, bukan budak tu, rungut hatinya.
“Aku kata kalaulah. Tapi jika betul, apa salahnya. Aku bukan nak mainkan dia. Aku nak pinang dia terus.” Nasrul berkata dengan yakin.
Kak Khadijah menjeling. Malas mahu melayan kerana dia tahu sangat perangai adiknya yang cepat jatuh cinta dan cepat pula lafazkan talak cinta.
“Sudah-sudah Nasrul. Kau tu bukannya budak-budak lagi nak bercinta cintun ni. Baik cari gadis yang elok-elok buat isteri. Hidup pun terurus, fikiran pun tenang. Bukan macam sekarang ni, banyak main-main,” Nasihat Kak Khatijah lagi.
“Kau ni kak, selalu fikir yang bukan-bukan. Aku serius bukan main-main!”

Isnin, 24 September 2012

September 24, 2012

Mini cerpen : Kerna kau 2

"Menangis tidak akan menyelesaikan masalah dik. tetapi menangis digalakkan untuk melepaskan perasaan sedih dan hiba. Tetapi jangan keterlaluan. Jangan menangis beriya-iya kerana insan lain. Tetapi menangislah kerana takutkan Allah s.w.t. Menangislah kerana menyesali dosa-dosa kita lakukan selama ini." Kata-kata nasihat itu diluahkan oleh seorang wanita bersuara lembut yang menegurnya tadi. Dia telah mengambil tempat di sisinya.

Aimi diam. Kekecewaan dan kesedihan masih lagi bersesak di dalam hatinya. Membuatkan dia tidak mampu bersuara. Dia takut, bukan suara yang keluar tetapi tangisan sayu.

"Manusia dengan kesedihan tidak dapat dipisahkan. Sedih dan kecewa itu perlu untuk mematangkan diri. membuatkan diri lebih cekal meniti kehidupan. Jangan terlalu bersedih dik. Tak elok." Nasihatnya.

"Hmmm... Sakit hati saya ni kak. Saya langsung tak pernah terfikir selama ini dia hanya berpura-pura cintakan saya sedangkan saya sangat-sangat sayangkan dia," Dalam sendu Aimi meluahkan rasanya.

"Sabar dik. Itu tandanya Allah s.w.t sayangkan adik. Dia menguji adik dalam bentuk putus cinta ini supaya adik jangan terlalu menyayangi seseorang melebihi sayangnya adik pada-NYA. Sebenarnya dugaan yang diberikan ini, adik mampu menghadapinya sebab DIA takkan pilih adik dengan ujian sebegini jika adik tak mampu mengatasinya," Nasihat wanita itu lagi.

"Tapi kak, saya rasa sakit sangat. macam nak mati." Aimi teresak-esak.

"Astaqfirullahal azim... Mengucap dik. ingat pada Allah. Ingat DIA yang Maha Menyayangi. Kasih sayang sesama makhluk ini hanya secebis kasih sayang yang diberikan. Padahal kasih sayang tak terjangkau dek fikiran kita. Jangan diikutkan hati sangat."

Air mata masih lagi laju membasahi pipi Aimi. Walaupun dia cuba bertahan dan menahan tangisan itu.

"Sudahlah dik. jom ikut akak balik. tak elok duduk di sini lama-lama," Ajak wanita itu sambil mendorong Aim bangun mengikutinya.

Jumaat, 21 September 2012

September 21, 2012

Mini cerpen : Kerna kau 1

psst.. saya tahu ramai yang dok tunggu cerita barukan.. ramai yang mengharap sambungan dari e-novel sayakan? Maaf ya.. tak de sambungan lagi.. tapi saya tulis cerita baru...mini novel je n akan habis di sini.. pendek dan ada beberapa episod kat blog ni.

Kecewa itu perlu untuk mematangkan diri dan mencekalkan hati menempuhi liku-liku hidup. Pernah dengar tak ungkapan ini... " Sebelum kita jumpa mr right, kita pasti berjumpa dengan orang yang salah dulu. bukan berkali malah berkali-kali.. percayalah kasih sayang Allah s.w.t itu terlalu banyak untuk kita dan pastinya DIA mahukan yang terbaik untuk kita. Jangan putus asa dan sentiasalah memuji dan mengingatinya.


"Kenapa menangis?" Satu suara lembut menyapanya.

Pantas Aimi menoleh dan pantas juga tangannya menyapu butiran air mata yang tidak berhenti mengalir sejak tadi. Sejak lelaki itu memberikan kata putus, hubungan mereka ternoktah di sini. lelaki yang disandarkan harapan agar memberikannya perlindungan dan kebahagiaan di masa depan. Namun tanpa sebarang riak dan alasan yang kukuh, dia memutuskan perhubungan yang telah menjangkau lima tahun ini. Nyilunya terasa di hati, hampir-hampir membuatnya hilang  arah.

Aimi terdiam. Namun sesiapa pun dapat mengesan bahunya masih lagi terhingguk-hingguk menahan tangis. Dia cuba sedaya upaya menahan diri dari menangis lagi. Pertemuan itu tidak pernah diduga akan berakhir dengan perit begini. Ia langsung tidak terjangkau dek fikirannya. Sangkanya mereka bahagia. Sangkanya lagi percintaan mereka telah ditakdirkan ternoktah di dalam ikatan perkahwinan bukannya berakhir dengan perpisahan yang tragis ini. 

Semalam, hatinya girang. Hampir dua bulan tidak berjumpa kerana dek kesibukan dan jarak yang memisahkan, pertemuan ini amat ditunggu-tunggu olehnya. Sudah dikarang banyak cerita di dalam hati dan ingin diceritakan kepada kekasih hati, namun belum sempat dia berbicara dan belum sempat dia membetulkan duduknya, kekasihnya melafazkan salam perpisahan.

"Selama ini saya cuba sedaya upaya menyayangi awak tapi cinta itu langsung tidak sampai di hati. Selama ini saya cuba meletakkan awak teratas di hati saya, namun tak pernah berjaya. Jadi, saya rasa setakat ini saja perhubungan kita. Lagi lama kita bersama semakin lama hati saya menderita. dan saya tak mahu awak juga menderita kerananya. Aimi.. awak baik. Terlalu baik, tapi awak tak pernah berada di dalam hati saya"

Usai berkata, dia melangkah pergi meninggalkan Aimi mencerna maksud di sebalik kata-katanya. terasa masa berhenti berdetik, suara alam serta merta sunyi. Aimi terduduk di situ. Tanpa sedar air matanya menitis, esakan mula kedengaran memecah kesunyian taman yang damai ini. Orang yang lalu lalang di hadapannya sesekali menoleh, namun tiada siapa pun yang mahu menegurnya. Biarkan. Hatinya luka. Jiwanya merana.

*******

Ahad, 9 September 2012

September 09, 2012

Alhamdulillah, terima kasih semua...

Alhamdulillah syukur di atas rezeki yang dikurniakan-Nya..

Pembelian Cinta perigi dan timba telah pun saya tutup jumaat lepas. tetapi masih ada yang menghubungi saya hendakkan novel ini. Ada dalam 2..3.. buah lebih di tangan saya daripada 60 buah yang saya ambil dari penerbit.. Mungkin ini rezeki mereka. Yang selebihnya berbaki beberapa buah, reserved untuk kawan-kawan saya yang menyokong saya.. terima kasih banyak-banyak. tak sangka... memang tak sangka, kawan-kawan matrikulasi, universiti dan sekolah dulu yang mengenali saya dan jika ikutkan memang jarang malah tak ada langsung berfacebook membeli novel sulung saya ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka. nak sebut nama pun tak tersebut coz ramai...

Walaupun sudah bertahun-tahun tak jumpa.. namun dengan adanya facebook kita dapat mengikuti perkembangan masing-masing dari jauh... Semuanya telah berjaya di dalam kehidupan masing-masing. Semoga kebahagian dan kejayaan terus menyinari hidup mereka di bawah kasih sayang Ilahi. Amin...

Berminat hendak mendapatkan novel sulung saya ini? Boleh terus membuat pesanan online dengan penerbitnya NB kara sdn bhd. klik gambar di bawah untuk besarkan.

Dulu apabila saya hantar manuskrip seharum rindu semanis iman (cinta perigi dan timba ini) harapan yang disandarkan tak sebesar mana. sekadar ingin mencuba nasib di dalam bidang penulisan ini...
Setahun lebih saya menunggu baru dapat berita.. Itu pun tak memberikan harapan novel ini akan keluar dalam jangka masa terdekat...

Rezeki itu datang daripada-Nya dan mintalah dari-Nya.. Usaha doa dan tawakal... InsyaAllah akan tiba saatnya doa itu dimakbulkan.

Apabila novel ini diterbitkan, macam mimpi di siang hari.. Saya tanya penerbit.. betul ke? Bukan ke kena baiki banyak-banyak lagi... hahahaha....

InsyaAllah next novel saya mahu membuat lebih baik dari novel ini. Doakan kejayaan saya ya!!

Selasa, 4 September 2012

September 04, 2012

Order untuk CINTA PERIGI DAN TIMBA

Salam semua... pagi yang gelap dan mendung kat sini... Ooo saya suka jika cuaca mendung coz apabila bukak tingkap kereta tak panas.. hahahahhaa.. aircond kereta saya rosak.. :D


Sinopsis

Misi yang harus dilaksanakan bermula di saat ini iaitu misi mengurat anak teruna Tan Sri Badrul Syah alias bakal suami Khalisa Basyirah binti Haji Sidek tiga bulan akan datang. Bunyinya agak kelakar kerana bukan dia yang dipikat, tetapi dia yang perlu mengeluarkan segala ayat-ayat memikat dan kemahiran serta aset yang ada dalam dirinya untuk mengikat hati lelaki yang bernama Naim Shauqi.
Kedengaran seperti perigi mencari timba?
Apa salahnya perigi mencari timba? Bukankah wanita itu juga boleh memilih lelaki yang disukainya untuk dijadikan suami?
Bukankah hak wanita dalam Islam sama sahaja dengan hak seorang lelaki?

Nak baca reviewnya boleh klik kat sini...Thanks kepada Liza wati.



Oklah saya nk inform sekali lagi ni.. Sesiapa yang nak order novel pertama saya ni melalui saya (postage percuma dan ditandatangan) boleh berbuat demikian ek.. Order ni akan ditutup jumaat ini. Lepas ni kalau nak beli juga boleh dapatkan terus dari penerbit NB kara ataupun dikedai buku berhampiran.

Untuk menyenangkan semua.. cara-cara membuat pesanan boleh dibaca di facebook ini Semua maklumat saya akan updatekan kat situ ya...

psstt... tarikh pesanan ditutup JUMAAT - 7 SEPTEMBER 2012.


Ahad, 2 September 2012

September 02, 2012

Misteri : Siapa 'Dia'?

(gambar ihsan encik google)

"Dik tutup jendela tu.. dah pukul 7 ni. Nanti nyamuk masuk!"

"Kejap lagilah.. orang tengah syok tengok cerita ni"

"Ikut munlah.. Kalau nyamuk gigit jangan dok marah-marah."

Adik menjeling ke arah kak ngahnya yang turut sama menonton sinetron Indon.
Geram dengan si kakak yang suka sangat membuli dan memberi arahan. Bukan tak boleh buat sendiri tapi sengaja nak dia yang buat. Mentang-mentanglah dia adik... Sesuka suki je kak ngah hendak mengarah. Mengadu kat abah kang baru tahu.

"Apa jeling-jeling? Orang suruh sikit pun dah jeling terbeliak mata. Kalau kak ngah tak de nanti, kau juga yang kena buat semua kerja rumah tau!"

"Huh.. masa tu aku tahulah nak buat." Adik menjawab.

Anak manja yang dimanjakan oleh semua ahli keluarga, jadi dia tidak takut kat sesiapapun. Dia akan membalas setiap suruhan kakak atau abangnya apabila merasakan dirinya dibuli.

"Abah.. tengok kak ngah nih," laung adik apabila nampak kalibat abah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.

Tiada sahutan atau balasan daripada abah sedangkan suara adik bagaikan hililintar sebentar tadi. Adik dan kak ngah saling berbalas pandang. Mereka merasa pelik dan tiba-tiba bulu roma mereka naik. Suasana alam semakin suram dan gelap. Suara cengkerik dan unggas mula kedengaran. Dan tiba-tiba mereka terdengar bunyi burung hantu sayup-sayup.

Tiba-tiba terdengar "Mat.. oo Mat"

Kak ngah menjenguk ke laman rumah.

"Mana abah?" Soal Pak Teh kepada kak Ngah.

"Abah masuk dapur tadi. Nanti sekejap orang panggil." Kak ngah terus menuju ke dapur sambil memanggil abah.

"Abah mana mak?"

"Abah mana balik lagi. Tadikan dia keluar jalan-jalan amik angin petang," jelas Mak.

"Abah dah baliklah mak. Satni dia masuk rumah dan terus masuk ke dapur," terang kak ngah lagi.

"A'aah betul tu mak. adik pun nampak. tapi bila adik panggil abah tak dengar, terus je dia masuk dapur." Jelas adik pula.

Mak tercengang-cengang dan wajah keliru.

"Dari tadi lagi mak kat dapur ni, mana ada abah kamu masuk ke sini!"

"Khayal ke apa? tulah mak cakap remang-remang senja ni jangan tengok tv. Ni tidak.. selagi tak habis indon tu selagi tu dok terbongkang depan tv tu. Mata pun jadi tak betul." Mak mula membebel-bebel.

Adik dan kak Ngah terdiam. Mereka tahu kesalahan mereka. tapi hendak salahkan siapa? Siapa suruh pihak astro siarkan cerita yang best-best petang-petang macam ni.

"Tapi pak teh cari abah."

"Pergi cakap kat pak teh.. abah pergi jalan-jalan ambil angin kampung tak balik-balik lagi.Kejap lagi tu baliklah," Arah mak.

Kak ngah dan adik akur. lalu mereka keluar mendapatkan pak teh di halaman rumah.

"Abah tak balik lagi lah pak teh."

"tak balik apa pulak. tadi pak teh nampak dia naik atas rumah."Pak Teh memberitahu kepada kedua beradik itu.

"Tapi abah tak ada dalam rumah,"jelas Kak ngah.

Dalam masa yang sama, mereka melihat abah berjalan santai menuju ke rumah. Adik dan kak ngah saling berpandangan.

Siapa 'dia' tadi? Jika abah baru balik?

Jeng-jeng.... persoalan ni sampai sekarang tak terjawab?
Ini kisah benar tau.
Moralnya: jangan leka tengok tv petang hari masa dekat-dekat nak maghrib tu... 

Sabtu, 1 September 2012

September 01, 2012

Jangan Manja sangat....

Banyak dapat jemputan rumah terbuka?
Alhamdulillah rezeki di bulan Syawalkan? Dapat makan free yang enak-enak dan lazat-lazat..
Apabila sudah makan tu.. titipkan doa agar tuan rumah dimurahkan rezeki berlipat kali ganda ya!


Tajuk atas tu bukan nak berkisah pasal makan-makan ni..
Tapi juz nak share pandangan je tentang adik-adik yang baru lepas belajar dan masuk ke alam pekerjaan.
jangan terkena kejutan budaya di alam pekerjaan plak.
Alam belajar dan Alam kerja... 100 persen takkan sama.
jadi tekanan yang dihadapi juga takkan sama..
Kerja yang kita buat juga takkan sama dengan apa yang kita belajar 100 persen.
Jadi di sini kenalah bersikap matang dan jangan terlalu manjakan diri.
Lawan dan hadapi cabaran kerja itu dengan satu semangat untuk membina kerjaya.
Tak mudah.. Siapa kata mudah?
Lebih-lebih lagi yang memasuki bidang profesional seperti engineer, accountant, auditor dan banyak lagi..
Masing-masing ada cabaran tersendiri..
Jangan pulak bila dilambakkan dengan kerja yang banyak, file yang menimbun dan dateline yang bertindih-tindih, terus surrender...Mula survey kerja lain.. Mula takut dan merasakan diri tak mampu menanganinya..
Jangan.. sebenarnya diri kita lebih dari mampu melakukannya. Percayalah apabila kita dihadapkan dengan timbunan kerja itu dan apabila kita menanganinya dengan penuh komited dan membuahkan hasil.. Kita akan merasakan satu kepuasan yang melegakan diri kita.. Membuatkan kita lebih yakin untuk terus maju..
Dan.. kita takkan percaya diri kita yang lakukan semua itu...
Senyuman penuh keyakinan akan terus menghiasi bibir kita dan kita takkan sesekali menoleh kebelakang lagi sebaliknya terus memburu kejayaan gemilang dalam kerjaya...


ApaBila renung kembali.. barulah kita tahu bahawa diri kita sebenar boleh melakukan apa yang kita fikir di awal-awalnya tak boleh...
Sebabnya jika masa belajar dulu, subjek susah pun kita boleh lulus, jadi benda susah semasa kerja sebenar hanya separuh susah dari subjek susah dulu...
pstt: Saya mula kerja dari bawah. susah dan gaji yang ciput je.. masa tu memang teruk sangat n rasa giveup tapi saya kuatkan semangat n jadilah saya sepertimana saya sekarang...

Entri ini khas utk adik-adik yang akan menerokai alam perkerjaan.. satu lagi nasihat saya.. jangan pilih kerja dan jangan demand gaji.. bila dah cukup pengalaman.. demandlah tinggi mana gaji yang nak n pasti ada majikan yang mahukan kemahiran kita... Buat permulaan.. mulalah belajar dari kesusahan.. Dakilah tangga kerjaya setakak demi setakak.. InsyaAllah akan mendapat apa yang diimpikan selama ini!!!