Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Sabtu, 30 Mac 2013

Mac 30, 2013

Mini cerpen : Kerana suaranya, aku jatuh cinta .. 2


Suhaila senyum-senyum setelah meletakkan gagang telefon. Dijeling Nissa di sebelah.

‘Nissa.. Nissa...’ senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.

“Apa kak Sue ni.. senyum sorang-sorang. Tadi Pak we telefon ajak dating ek?” Soal Khairunissa bernada usikan.

Suhaila mencebik.

“Tak ada maknanya berdating jika kat rumah berderet tiga orang sedang menanti….”

‘Orang tu tanyakan awak…’ kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Teringat bagaimana si pemanggil tadi merisik tentang diri Nissa. Rasanya tak lama sangatlah si Nissa ni kerja di sini. Siapa yang tidak tertarik dan terpikat dengan wajah comel yang murah dengan senyuman ini. Sudahlah peramah, budi bahasa pun tinggi. Walaupun mereka baru bekerja bersama dalam beberapa minggu sahaja, Suhaila amat menyenangi dan menyukai keperibadian Nissa. Orangnya sentiasa merendah diri dan pergaulannya terjaga.

“Nissa orang susah kak. Mak sakit, ayah pun dah tak ada. Jika Nissa tak kerja siapa yang nak bagi makan minum kat mak dan adik.” Pernah Nissa bercerita serba sedikit mengenai dirinya ketika hari pertamanya dulu.

“Nissa kan boleh minta bantuan Zakat?  Bantuan biasiswa pun banyak boleh minta. Cubalah. Takkanlah Nissa tak teringin nak sambung belajar lagi. Nissa muda lagi.”

“Dapat juga bantuan Zakat tu tapi berapalah sangat dapat. Setakat lepas beli ubat mak je. Keinginan belajar lagi tu ada.. memang ada tapi bagi Nissa, pelajaran adik-adik lebih penting. Mak juga perlukan perhatian dan jagaan Nissa juga. Jika Nissa sambung belajar siapa yang akan jaga dia nanti.”

Dalam diam Suhaila memerhati Nissa yang sedang mengemaskini data di dalam computer di hadapannya. Tekun dia membuat kerja. Jika dia ada adik lelaki yang solo lagi, nak juga dipasang-pasangkan dengan Nissa ni. Mesti berseri rumah orang tuanya dengan kehadiran Nissa yang ceria. Walaupun susah Nissa tidak pernah mengeluh.

“Sedap Nissa masak… rasa nak lagi,” Pujinya ketika merasa bekal yang di bawa oleh Nissa.

“Sedap apanya kak. Gulai ikan kering dengan nenas dan telur dadar je. Tak ada istimewanya sangat,” jawab Nissa.

“Walaupun tak istimewa, tapi rasanya sangat sedap. Akak yang tak biasa makan gulai ikan kering ni pun boleh suka. Apa lagi yang dah suka,”
“Akak ni kan.. ada-ada je.” Cebik Nissa apabila tak tahu hendak membalas kata lagi. Dia segan apabila orang asyik memujinya sedangkan dia bukan sesiapa pun. Malah skill memasaknya pun tak sehandal mana.

Nak baca selanjutnya klik di sini


Psst.. full cerpen ni saya upload kat ilham.. Dah lama tak buat cerpen ni... Untuk pengetahuan semua, salah sebuah cerpen yang saya upload diilham terpilih untuk antologi cerpen ilham yang akan dilancarkan di PBAKL nanti.. Nak tahu yang mana? Haaa.... jom-jom baca kat Ilham.. :) nanti tahulaa .....


Jumaat, 29 Mac 2013

Mac 29, 2013

Mini Cerpen : Kerana suaranya, aku jatuh cinta..1

psst... ni cerpen berangan dan syok sendiri... Hahahaha... Jom baca dan tinggalkan komen jika sudi ya..!


"Hello... sinar terang holding, boleh saya bantu? " tenang Khairunissa menjawab panggilan telefon.
" hello... boleh saya bercakap dengan Encik Helmi?" Pinta si pemanggil.
'Woww... Machonya suara'gumam.
"Apa dia cik?" Soal di pemanggil lagi. Khairunissa terkelu seketika. Tak sangka pula dia boleh dengar. Wajah mula memerah. Memalukan! 
"Sekejap ya encik, saya sambungkan" Dia terlupa hendak bertanyakan siapa pemanggil tadi dan dari mana. Diketuk kepala sendiri apabila menyedari panggilan tersebut telah disambungkan kepada encik helmi.
'Gerenti lepas ni kena marah lagi'rungutnya di dalam hati. Hampir setiap hari dia melakukan kesalahan yang sama walaupun dia sentiasa beringat. Hadoilah kerja senang pun boleh salah. Macam mana agaknya jika diberi tugas yang susah nanti. Boleh tak dia uruskan. Khairunissa bersoaljawab sendiri. 
“Terkumat kumit mulut tu kenapa? Akak tinggal kejap je muka dah masam asam kecut" tegur Suhaila. 
Khairunissa mengherotkan bibirnya ke kanan ke kiri. Matanya sengaja diredupkan.
"Kak sue... Nissa rasa lepas ni mesti kena marah lagi ni" adu Khairunissa.
"Buat salah lagi?" Suhaila geleng kepala. 
"Apa pulak kali ni?" 
"Lupa nak tanya pemanggil tadi dari mana, dia nak cakap dengan Encik Helmi, Nissa terus pass line macam tu je.. tapi..."
"Tapi apa? Dah tahu dah Encik Helmi tu garang dan tak suka diganggu dengan panggilan yang tak berapa penting, kenapa boleh salah lagi?" Soal Suhaila dalam nada tertahan -tahan. Geram pun ada dengan sikap Nissa yang selalu menjawab telefon sambil lewa padahal itulah tugas utama mereka sebagai penyambut tetamu juga merangkap penjawab panggilsn masuk.
"Salah orang yang memanggillah kenapa macho dan romantis. Terbuai jap perasan. Pulak tu dia terdengar Nissa terpuji suara dia tu. Apa lagi, gelabahlah Nissa dan terus pass line kepada Encik Helmi."
Suhaila geleng kepala sambil tersenyum geli hati melihat telatah Nissa sedang bercerita. Siap dengan gaya lagi. Ish budak ni... orang nak marah pun tak sampai hati apabila melihat gaya comelnya.
"Tapi kak.... macam mana ni kalau Encik Helmi marah Nissa nanti. Takutlah..." dipegangnya lengan Suhaila sambil digoyang - goyang.
"Nasiblah siapa suh buat salah.! " mendengar jawapan itu, Nissa mencebik.

Ahad, 10 Mac 2013

Mac 10, 2013

Antara dua benda yang penting..

Broadband dan buku... Dua benda ini penting buat saya... Tanpanya mungkin saya akan kesunyian... Dan boleh kata juga akan kebosanan...
Buku.... tak kisahlah buku apapun asalkan buku... Dah tebiat,  saya akan bawa jika hendak berjalan jauh walaupun saya tahu takkan dapat membacanya ketika dalam kereta atau pun bila dah berjalan2 tu... tapi nak bawak juga untuk beratkan beg.....

Ahad, 3 Mac 2013

Mac 03, 2013

Malaysia tanahairku..

Hai... Hai....

Lama kan blog ini ditinggalkan.. InsyaAllah akan berentri secepat mungkin...

Sekarang ni mari kita sama-sama doakan agar Sabah kembali aman...

Tiada lagi perwira negara terkorban...

Penceroboh diusir keluar...

Walaupun sekarang ini, kita diambang pilihanraya, namun saya harapkan pemimpin- pemimpin kita bersatu dalam menangani keadaan ini. Biarlah mereka bercanggah pendapat mengenai ideologi politik masing-masing tetapi soal keamanan dan kemakmuran negara mereka patut bersatu padukan?

Betul tak?

Tak boleh update panjang-panjang pasal ni.. sebab semua perkembangan dan maklumat semasa sentiasa ada orang update dalam FB.. Hope janganlah pula terlebih update menampakkan kita lemah di mata musuh pula....