Sakit Ooohh Sihat...(Madu)

Hai... hai... saya keputusan idea nak update blog ini. Sangatlah jeles tengok blog orang lain sentiasa ada entri terbaru....

Demam dan tak nak demam... Hidung sumbat tapi suhu ok... Alhamdulillah saya amal minum air madu suam pagi dan malam... Nak demam tercancel dah walaupun hidung dok gatal-gatal (makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan kenduri minggu lepas) Macam mana tak gatal kan? Hahahaa... pasal yang dicari...

Bercerita pasal sakit dan sihat ini, lebih tepat lagi kesihatan...teringatkan cerita dalam 2 or 3 minggu lepas. Ada seorang sahabat zaman sekolah dulu nak promote pasal produk kesihatan dia (entah apa benda produk tak sempat nak tanya sebab menyampah). Menyampah cara dia nak promote produknya...

Tak pernah berchatting dan dia tegur saya. Sahabat lama nak bertegur sapa, oklah kan... Walaupun masa sekolah dulu rasanya tak pernah bercakap... Rupanya tegur ada makna. Siap mitak no telepon n ajak keluar.. Ajak pulak macam paksa orang (Oooh... no... hati dah panas).Malam plak tu... Tengah minggu.. Saya pulak memang jenis jika hari kerja, jangan harap nak keluar ke mana-mana. Nak keluar jalan-jalan hujung minggu je. Hari kerja sorry nak keluar malam.....

Lepas saya kata tak nak... keluar plak ayat provok.. Hellooo... semua orang pentingkan kesihatan. Kalau setakat nak jual produk kesihatan tu, berlambak orang jual.. tetapi etika orang berjual ni jarang dok paksa-paksa n buat ayat provok.

Jenis saya senang je, di FB tu berlambak orang dok promote bermacam-macam produk n bukan sorang dua   mempromosikan barang-barang mereka, bahkan saudara mara sendiri pun ada promote barang mereka. Saya akan beli bila saya rasa produk tu ok dan berbaloi serta berpatutan. Jika beli harga beribu, makan sehari je buat apa, buang duit....

Saya jenis kolot sikit bab-bab kesihatan ini. Maklumlah sejak kecil lagi dah rapat dengan hospitalkan. Selalu juga makan ubat. Saya tak berapa percaya mana dengan produk kesihatan ini. Saya lebih percayakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling... Jadi untuk kesihatan ini, saya amalkan minum air madu, dekat setengah tahun dah saya amalkan. Alhamdulillah.. BP saya dah ok, (ubat tetap juga ambil) Demam pun dah jarang-jarang, selesema pun untuk tahun ini belum kena lagi.... Pagi-pagi pun tak ada dah bersin dan berair hidung. Saya amalkan juga makan banyak buah-buahan dan ulam-ulaman...

Madu yang saya amalkan, madu bunga, tak panas macam madu tualang or madu hutan. Setiap pagi segelas air suam dengan satu sudu madu. Untuk malam biasanya saya akan masukkan beberapa hiris halia or sehiris perahan lemon or kedua-duanya sekali. Itu yang saya amalkan. Sebabnya saya teringatkan ayat ini...

“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
Rasulullaah SAW, bersabda :
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jadi sebaik-baik ubat adalah Madu dan ayat-ayat Al-Quran.