EidulAdha bahagian 1

Tazkirah oleh Ustaz Sukri Yaakub.
4Zulhijjah 1434@9/10/2013



EidulAdha

Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai Aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun Hijrah, cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan menjadi berlainan pada setiap tahun. InsyaAllah pada hari Selasa ini, umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut salah satu hari yang paling besar, keberkatannya sebenar lebih besar daripada Aidilfitri, nak tau ape hari tu?? sudah semestinya Hari Raya Aidiladha!

Alhamdulillah, semoga kita dapat bertemu kembali dengan hari yang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan ini...

Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan Aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah S.W.T agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail a.s. menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.

Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.

Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)


bersambung....

Psst... Semoga kita semua mendapat manfaat dan ilmu daripada perkongsian ini.
Selamat Hari Raya....

Ulasan