EidulAdha bahagian 4 akhir

Tazkirah

7Zulhijjah 1434@12/10/2013



...sambungan

EidulAdha

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, pakwe awek, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah.

Lagi satu perkara, macam yang aku cakap pada awal artikel aku tadi, pengertian sambutan Aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan Aidilfitri. Tetapi yang kita boleh nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan Aidilfitri tetapi untuk Aidiladha nih buat rilek2 je, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung.

Kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:

Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.

Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (1 Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah) pada hari raya Korban.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah Aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...

Mudah-mudahan Aidiladha kali ini akan memberikan kita satu dimensi baru akan maksud serta pengertian kita terhadap apa yang dikatakan sebagai KORBAN dan PENGORBANAN.

Tidak ramai diantara kita yang benar-benar sanggup berkorban. Dan sangat ramai juga di antara kita yang berdetik-detik atau berkata-kata di dalam hati apabila berhadapan dengan situasi atau suasana atau keadaan yang menuntut kita melakukan pengorbanan... sedang kita amat lupa bahawa kehidupan kita di muka bumi ini adalah merupakan satu perlaksanaan ibadah secara total yang sewajibnya di akhir nafas nanti kita akan terkorban dalam pengorbanan.


Wassalam

Ulasan