Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Ahad, 20 Oktober 2013

Simple & Senang : Bihun goreng putih

Bihun goreng putih.

(Patutnya untuk hiasan kena letak lagi daun bawang dihiris halus, bawang goreng- ni kes terlupa lak)





Senang je nak masak...

Bahan-bahannya

setengah plastik bihun ( 3 @ 4 orang makan) selalu saya guna bihun cap EKA
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih  (dikisar)
5 ekor udang di buang kulit dan dicincang
daging (dipotong nipis- masukkan ikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar serbuk secukup rasa knorr
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula (ini pilihan kalau rasanya dah ok tak masukkan pun tak pe)
5 biji cili burung - dipotong-potong kecil) terpulang pada individu kurang pedas @ pedas.
sedikit carrot dipotong panjang dalam seinci dan sedikit kubis yang telah dipotong)

Cara-caranya.

Bihun direndam di dalam air selama setengah jam ke sejam)
Masukkan sedikit minyak (kuantiti minyak memang saya ambil kira, biasa satu sudu besar je saya gunakan)

Apabila minyak dah panas masukkan bawang  yang telah dikisar dan isi udang dicencang tadi. Bila dah naik bau dan kuali agak kering jangan tambah minyak tapi tambahkan air sedikit.

kemudian masukkan daging... Masukkan setengah gelas air. Kacau dan tunggu daging empuk. barulah masukkan sayur, lada yang telah dipotong.

Tunggu beberapa minit dan masukkan garam, secukup rasa knor - rasa dulu key..

Barulah masukkan bihun. sejat dulu bihun tapi jangan terlampau kering sangat sebab bihun tak berapa lembut lagi. lebihan air tu boleh melembutkan bihun di dalam kuali nanti.

Kacau dan gaul hingga sebati... biarkan seketika untuk air kering.

then dah pun siap.

Untuk hiasan telur di atas bihun tu... Saya gunakan sebiji telur (kalau telur kecil je guna dua biji) pecahkan dalam mangkuk, masukkan 1 sudu kecil secukup rasa knor dan pukul hingga sebati. panaskan kuali leper, masukkan sedikit minyak dan goreng. agak-agak nampak nak kering tu, terus tutup api takut terhangit pulak. biarkan sejuk baru gulung dan gunting.

Nak siap masak dalam 15 minit @ 30 minit. Mudah je. ni cara saya

Dalam peti ais di rumah saya, saya dah siapkan awal-awal untuk memasak dalam 2 @ tiga minggu bahan-bahannya.

1 balang bawang merah & bawang putih yang telah siap dikisar.
1 balang kecil halia yang dikisar
1 balang cili kisar (pasaraya ada jualkan. cili boh pun boleh)

Daging saya dah siap potong kecil-kecil. Begitu juga ayam saya asingkan yang mana isinya untuk masukkan dalam masakan bergoreng dah siap asing dah)

kekadang tu ikan saya dah siap bubuh garam kunyit campur sikit secukup rasa knor. Jadi bila nak goreng keluarkan, panaskan minyak terus goreng.

Untuk sukatan garam gula pula. saya selalu guna sudu kecil sahaja. Dah cukup rasa dah bagi 2 orang makan.

Oklah selamat mencuba...

Ni time saya rajin-rajin masak... ada dalam draf. Tahun 2012 lagi.... Lama betul yang tak bertukang di dapur. Hahahaa.... rindu pulak nak memasak ni...

Balik cuti raya nanti, hendak masaklah.. bawa bekal ke pejabat. Jimatkan?

Langkah berjimat cermat kena mula dah.... Hurmmmm... Nak berenti kerja jugak!!






Featured