Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 28 Mei 2013

4:31:00 PTG

KOLEKSI NOVEL SAYA - 3




Sinopsis


SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Nota kaki : Karya RAM selalu mantap. Saya suka dengan lima kisah di dalam buku ni. Hubungkaitnya antara satu sama lain menjadikan ia 6 kisah. Ada betulnya, kadang kala apabila menulis, kita terbawa-bawa ke dalam kehidupan sendiri. :D




KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ''''''''''''''''Amiruddin'''''''''''''''' dalam diri lelaki Tombiruo itu.




Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.




Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ''''''''''''''''Seorang Tombiruo''''''''''''''''.




Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ''''''''''''''''Tombiruo Terakhir'''''''''''''''' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?




Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.


nota kaki : Saya sukakan ejim. Lelaki hutan yang melalui phasa demi phasa kehidupan. Dari seorang yang jauh ketinggalan di dalam arus kemodenan dunia, dia mula mengenal dunia luar. Selaras dengan perubahan hidup yang dijalaninya, pemikirannya turut berubah. Ketaatannya kepada Allah s.w.t mengagumkan. Cerita ini sarat dengan emosi dan konflik jiwa. Cerita ini memang betul-betul menyentuh hati saya. :D rasa macam terjatuh cinta plak dengan ejim ni ;)

1:00:00 PTG

Selamat Pengantin baru!!

Weekend yang panjang, ditambah pula cuti hari isnin, saya menghabiskan masa balik kampung. Rindu sangat!!!...

Saya jarang balik kampung dek kekangan masa. Lagipun kena bergilir-gilir balik ke dua buah negeri. Satu asal utara, satu lagi asal timur. Jadi kena pandai laaa bawa diri dan berkorban sikit.

Oklah cuti hujung minggu lepas, sepupu saya kahwin. Suami dia orang sebelah rumah je. (kelakar pulak bila time belaroknya) (Maaf saya tak dan nak ambik gambar dengan tab.) Orang yang datang tolong masak untuk kenduri, orang tu jugalah yang belaroknya.) Hahhahaa... belarok pula lalu ikut jalan jauh, sebab jika ikut shortcutnya, tak sampai 50 langkah dah pun sampai. Tapi dah jodohkan? Dekat ke jauh, bila sampai masanya... tak siapa duga, itulah jodohnya.


Ni tempat makan beradab. 

Pengantin dengan kawan-kawannya.. Oppsss pengantin lelaki tak ada ya, ini sesi bergambar untuk pengantin perempuan sahaja. Pengantin lelaki datang tengok je (malam sebelum kenduri)


Eh pengantin lelaki datang rumah sebelum kenduri? Hahhaha.. rumah dekat sangat. Jadi takkanlah tak nak datang tengok isteri cantik manis ni bergambar kan?



Mereka sebenarnya telah diijabkabulkan pada bulan Mac lepas, saya tak berapa ingat tarikh diorang akad nikah, awal bulan kot. Jadi no hallahkan.. Dah halal. Orang tua pun tak boleh nak larang dah...:D

Buat Suzi dan Wan, SELAMAT PENGANTIN BARU,

 SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.





Isnin, 20 Mei 2013

3:39:00 PTG

Aku Sayang Kamu



Alhamdulillah 9 Mei 2013 genap 4 tahun kami bersama.
Kami bukan bercinta sebelum kahwin,
Bukan juga pilihan orang tua atau kahwin paksa,
Kami kahwin dengan pilihan sendiri cuma perkenalan ini singkat sebelum kami mengambil keputusan berkahwin.

Bercinta selepas kahwin bukanlah seindah percintaan yang dicoretkan di dalam novel-novel cinta.
Bercinta selepas kahwin ada manis, payau, kelat, pahit, masam dan masin. Ada pelbagai rasa dan ragam.
Dua insan, dua jantina berlainan yang tidak berapa kenal disatukan dalam ikatan pernikahan ini, banyak ranjau dan onak duri. Ada dua ragam, dua feel dan dua pendapat yang berbeza dalam satu kapal.

Adakalanya seorang ke timur, seorang ke barat. Namun tangan tetap berpegang erat.

Kerana bezanya kami membuatkan kami semakin memahami dan bertoleransi. Panas lawannya sejuk. Api lawannya air. Kisah kami mungkin tak seromantik kisah novel cinta atau drama romantik.

4 musim bersama telah kami lalui. Telah mematangkan dan mencorakkan hubungan ini. Walaupun berbeza pendapat dan ideologi kami sentiasa memerlukan.

Dia pelengkap hidup saya. Dan Saya pelengkap hidupnya. Semoga ikatan ini semakin hari semakin erat. Tahun berganti semakin teguh dan memahami. Semakin mematangkan kami dalam menongkah arus kehidupan ini.

Buat Dia,

Aku sayang Kamu,!!!!
Aku cinta Kamu!!!!

Jumaat, 17 Mei 2013

3:19:00 PTG

Koleksi Novel Saya - 2

Juz nak share novel yang saya ada. Of courselah novel-novel ini merupakan antara yang saya sukai dan sayangi.

Alkisahnya....

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?

Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?

Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna; lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...



Tulis Najah:

apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung

apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana

jadi bagaimana aku harus terus hidup

kalau mentari tidak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya...?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!
Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2008/12/lili-buat-najah-nazurah-aishah.html#ixzz2TX2MGZh9


(passt.. novel ini antara koleksi e-buku yang saya beli menerusi laman emall.karangkraf.com.my. Yess... saya dah mula suka beli e-buku dah. Semakin menjadi-jadi apabila ada emall karangkraf ini. Cuma satu je, tak banyak pilihan lagi di sana. Hope dari hari ke hari, bulan ke bulan e-buku kat sana semakin banyak. Dan saya tentunya semakin SUKA!! )

Ceritanya begini,....

Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila

Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri

Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira