Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 19 Jun 2013

2:00:00 PTG

Koleksi Novel - 5


Dia terikat oleh keserbasalahan yang tenat, terperangkap antara cinta dan simpati yang maha hebat. Meski dia begitu pasti, mencintai dan dicintai Bakhtiar adalah impiannya.

Namun membiarkan Badrul hanyut dan kembali gila samalah seperti menghancurkan kehidupan Bakhtiar dan dirinya sendiri.



Amira tidak pernah meminta begitu. Gelaran penggangur yang dipegangnya amat menjerut perasaannya. Segulung ijazah belum dapat menjamin masa depannya. Sudah jenuh di perah keringatnya mencari pekerjaan yang setaraf dengan pendidikannya, namun hampa. Percintaannya kecundang di tengah jalan setelah kekasih hati beralih arah.


Isnin, 17 Jun 2013

12:30:00 PTG

Koleksi Novel Saya -4




Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.

Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.
Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?




"Ku tak pernah melakar kata
hanya harapan kulontar dari pandangan mata"

Sinopsis Belakang Buku : 

Azrul Rozaimy atau roy... berdepan jua dgn Ayuni setelah 5 thn peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidakmenyangka Ayu mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa ketelanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dgn menyamar sbg Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni.


Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yg ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dgn rasa cinta yg sgt utuh di dalam hati. hanya roy yg ditunggu dan ingin ditemui.


Salwarina. menyintai Roy sejak kecil lg. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. mereka berkahwin tanpa kerelaan roy, sekadar utk mengeratkan silaturahim keluarga. Semunya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada org ke3.


Sudahnya mereka tersepit dlm perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yg ternoda dulu. Ayuni terus memburu roy tanpa menyedari bhw kekasih yg dicari ada di depan mata. Salwarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.


Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yg akan terluka? Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Ahad, 16 Jun 2013

7:30:00 PTG

Kisah Mak Cik Tua...

Sebenarnya telahh lama saya hendak berkongsi cerita ini. Kisah kehidupan seorang mak cik tua bersama dengan suaminya (terkena serangan strok) berumur dalam lingkungan 90 tahun serta anaknya berumur 30 tahun (ada penyakit mental) selalu keluar masuk HKL.

Sebelum saya berpindah ke pejabat baru, telah beberapa kali juga terjumpa dengan mak cik ni. Tapi biasalah bila terjumpa di jalanan saya tak berapa ambik kisah. Lagipun orang di KL ni ada macam-macam kasih di sebalik wajah. Tambah pula area pejabat lama tu ramai sangat orang asing berkeliaran seolah-olah tempat mereka.

Apabila berpindah ke pejabat baru, Alhamdulillah kawasannya tenang dan tidak sesibuk kawasan pejabat lama. Suatu petang tu, suami saya tunggu saya di restoran di tingkat bawah pejabat saya. Ketika saya menghampiri nya ada juga seorang mak cik tengah makan. Saya lemparan senyuman. Dan mak cik itu tanpa ditanya ramah bercerita.

"Kuih ni tok manis, lembut pulak, sene nak make, mak cik tak gigi nak mamoh" Begitulah permulaannya.

Suami dan saya pun ringan bertanya.

"Mokcik mari mano?"

"Dari pasar borong, jupo sain-sain lama, bulih jugak serial dua ya," Saya dengan suami berpandangan.

"Pok cik ken, kena strok tak leh bangun, kena pakai pampers sokmo. Kalu tak pakai gak, tak cekak laa nak basuh. Habis duit beli pampers mok cik tubik laa jale kok ni. Dapat duit lepas beli pampers tak po doh."

Dan dia terus bercerita. Dia asal orang pasir puteh kelantan. Suaminya orang laloh. Telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur ini. Dulu ketika mereka sihat, mereka bekerja sebagai buruh kasar di pasar borong selayang. Mula mereka menyewa berhampiran pasar borong selayang dengan belas ehsan orang-orang yang mereka kenal di pasar tersebut. Apabila tuan rumah hendak rumah tersebut mereka berpindah ke rumah lama DBKL area Kepong (saya lupa nama taman dan jalannya).

Nasib baik, rumah, air dan elektrik tak perlu dibayar. Mereka mempunyai seorang anak lelaki tetapi ada penyakit mental dan menjadi penghuni tetap wad di HKL. Dalam hati kami jatuh kasihan. Mak cik ni kalau boleh tak ingin meminta sedekah. Ada kerja dia mahu kerja dengan kudrat yang ada.

Petang itu saya dan suami membelanjanya makanan dan bungkus. Kami juga menghantarnya pulang. Esoknya kami kunjungi lagi rumahnya dengan sedikit barang-barang keperluan. Ketika kami sampai mak cik  dan anaknya (pulang ke rumah untuk mengundi) tengah bekerja membersihkan kawasan sekitar. Menurutnya ada seorang tauke datang ke rumahnya dan memintanya membersihkan kawasan tersebut dengan upah (tak tahu berapa banyak). Melihat mak cik dan tenaga tuanya menarik tong sampah hijau besar, saya insaf. Saya belum tentu ada tenaga sekuatnya untuk menarik tong tersebut. Dia berusaha dengan kudrat yang ada untuk mencari sesuap nasi. Dia tidak ingin meminta tetapi keadaan yang membuatkan dia terpaksa meminta.

Saya pernah tanya, kenapa tak balik kampung je. Ada saudara mara tak?.

Jawabnya balik kampung buat apa? Tak ada tanah dan adik beradik pun dah tak ada. Ada saudara-mara pun bukan boleh tumpang. Hendak bertanya khabar pun jauh sekali.

Saya terdiam. Ini adalah salah satu kisah duka di kotaraya ini. Semoga kisah mak cik ini mendapat perhatian dari mereka yang prihatin.

(Maaf, gambarnya tak sempat nak ambil).

Saya ada tanya kakak di restoran (bawah pejabat saya) bila dah tak nampak mak cik tu datang. Menurut akak tu, ada, petang-petang dia datang....Nampaknya selagi ada kudratnya dia akan berusaha mencari sesuap rezeki.... 

Selasa, 11 Jun 2013

8:46:00 PTG

Apabila di uji dengan kesakitan.



Dalam seminggu ini saya sakit. Bila sakit ia banyak mempengaruhi mood saya. Tambahan pula bila diuji dengan sakit penyakit wanita. Tidak dapat saya gambarkan apabila tengah buat kerja tiba-tiba sakit perut datang. Bukan sakit perut biasa seperti kembung ataupun gastrik. tetapi sakit yang mencucuk -cucuk di ari-ari dan juga bahagian kanan pinggang. Sakit itu kadangkala membuatkan saya tidak boleh duduk diam, gelisah dan jika boleh mahu berbaring sahaja dan tentu sekali tidak ingin diganggu. Dan tentu sekali saya naik angin apabila diganggu.

Sakit ini terjadi apabila saya ambil ubat kesuburan. Ya, saya tengah usaha untuk mendapatkan anak. Dengan period yang semakin tidak menentu (selepas kahwin ini) banyak menyukarkan saya. Jika orang lain, ketika anak dara period dan senggugut yang menyerang kembali normal apabila berkahwin. Saya sebaliknya. Jika zaman anak dara dulu, setiap bulan saya tidak pernah miss datang bulan mengambang dan sesekali terkena senggugut ringan. Kini keadaan itu tidak saya alami lagi.

Berbalik kisah saya mengambil ubat kesuburan tadi, tahun lepas saya pernah mengambilnya juga. Itu pun apabila doctor melakukan ujian darah. Cycle ubat subur tersebut untuk 6 bulan. Jadi apabila period saya teratur setiap bulan, kesan sampingannya pada minggu ketiga sehingga datangnya period bulan selepasnya saya menanggung kesakitan. Mood yang tidak menentu, segala penyakit negatif datang. Ya Allah masa tu, hanya zikir dan ayat-ayat al-Quran yang mampu menenangkan saya dan saya dapat tidur lena. Adakah normal apa yang saya alami ini? Siapa yang tahu boleh tolong tinggalkan komen ya!

Rawatan tersebut gagal dan cycle period saya jadi seperti biasa, tidak datang beberapa bulan. Oleh sebab  takut ada penyakit lain yang berkait, saya kunjungi doctor sakit puan lagi,(yang kurang pakar kot) Barulah pertama kali saya mendengar istilah endrometriosis. Nak tahu selanjutnya pasal endrometriosis klik entri ini.
Dan saya usaha dapatkan maklumat mengenai penyakit ini. Ya, tanda-tandanya sama seperti yang saya alami. Walaupun tidak merbahaya tetapi mendatangkan kesan buruk pada jangka masa panjang.

Ini ujian saya... Dan kesakitan ini saya tanggung dan mungkin isteri-isteri di luar sana turut menanggungnya. Dan alangkah bahagianya seandainya suami dapat memahami apa yang dialami oleh si isterikan. (Nasib baik husband saya banyak tolong saya :))


Isnin, 3 Jun 2013

7:30:00 PTG

Khasiat Madu yang patut kita tahu!!




“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)

Rasulullaah SAW, bersabda :


“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Menurut sumber kepustakaan, setiap 1.000 g madu bernilai 3.280 kalori. Nilai kalori 1 kg madu sama dengan 50 butir telur atau 5,575 l susu, atau 1,680 kg daging.

Sebetulnya, khasiat madu amat berkaitan dengan kandungan gulanya yang tinggi. Yakni fruktosa 41%, glukosa 35%, dan sukrosa 1,9%. Serta unsur kan-dungan lainnya, seperti tepung sari ditambah berbagai enzim pencernaan. Lalu ada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, antibiotika, dan lainnya. Meski sama manisnya, perlakuan tubuh manusia terhadap madu yang manis itu berbeda dibandingkan dengan gula atau gula pasir. Madu dapat diproses langsung menjadi glukogen, sedangkan gula harus diproses terlebih dulu oleh enzim pencernaan di usus. Dengan demikian tubuh manusia bisa lebih cepat merasakan manfaat madu dibandingkan dengan gula pasir. Dari beberapa hal itu, rasanya bisa disimpulkan kalau madu bisa memberikan manfaat sangat penting dalam kehidupan manusia.


Silahkan selengkapnya berkunjung ke http://saga-islamicnet.blogspot.com/2012/02/khasiat-dan-manfaat-madu-dalam-al-quran.html#ixzz2V4560jGJ

Nilai Gizi Madu per 100 g
Energi304 kcal
Karbohidrat82.4 g
Gula82.12 g
Serat0.2 g
Lemak0 g
Protein0.3 g
Air17.10 g
Riboflavin (Vit. B2)0.038 mg (3%)
Niacin (Vit. B3)0.121 mg (1%)
Asam Pantotenat (Vit. B5)0.068 mg (1%)
Vitamin B60.024 mg (2%)
Folat (Vit. B9)2 mg (1%)
Vitamin C0.5 mg (1%)
Kalsium6 mg (1%)
Besi0.42 mg (3%)
Magnesium2 mg (1%)
Fosfor4 mg (1%)
Potasium52 mg (1%)
Sodium4 mg (0%)
Zinc0.22 mg (2%)
Sumber: USDA Nutrient database

sumber

  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan. 
  • Membersih dan menambah darah. 
  • Mengelak cacing perosak dalam perut. 
  • Menambah kelazatan makanan. 
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman. 
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan. 
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat. 
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak. 
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang. 
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar. 
  • Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran. 
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. 
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu). 
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Jadi... apa lagi dari amalkan produk kesihatan yang mahal  yang belum tentu serasi dengan kesihatan kita. Apa kata kita mula amalkan dengan pengambilan madu setiap hari....InsyaAllah.....

Ahad, 2 Jun 2013

9:10:00 PTG

Sakit Ooohh Sihat...(Madu)

Hai... hai... saya keputusan idea nak update blog ini. Sangatlah jeles tengok blog orang lain sentiasa ada entri terbaru....

Demam dan tak nak demam... Hidung sumbat tapi suhu ok... Alhamdulillah saya amal minum air madu suam pagi dan malam... Nak demam tercancel dah walaupun hidung dok gatal-gatal (makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan kenduri minggu lepas) Macam mana tak gatal kan? Hahahaa... pasal yang dicari...

Bercerita pasal sakit dan sihat ini, lebih tepat lagi kesihatan...teringatkan cerita dalam 2 or 3 minggu lepas. Ada seorang sahabat zaman sekolah dulu nak promote pasal produk kesihatan dia (entah apa benda produk tak sempat nak tanya sebab menyampah). Menyampah cara dia nak promote produknya...

Tak pernah berchatting dan dia tegur saya. Sahabat lama nak bertegur sapa, oklah kan... Walaupun masa sekolah dulu rasanya tak pernah bercakap... Rupanya tegur ada makna. Siap mitak no telepon n ajak keluar.. Ajak pulak macam paksa orang (Oooh... no... hati dah panas).Malam plak tu... Tengah minggu.. Saya pulak memang jenis jika hari kerja, jangan harap nak keluar ke mana-mana. Nak keluar jalan-jalan hujung minggu je. Hari kerja sorry nak keluar malam.....

Lepas saya kata tak nak... keluar plak ayat provok.. Hellooo... semua orang pentingkan kesihatan. Kalau setakat nak jual produk kesihatan tu, berlambak orang jual.. tetapi etika orang berjual ni jarang dok paksa-paksa n buat ayat provok.

Jenis saya senang je, di FB tu berlambak orang dok promote bermacam-macam produk n bukan sorang dua   mempromosikan barang-barang mereka, bahkan saudara mara sendiri pun ada promote barang mereka. Saya akan beli bila saya rasa produk tu ok dan berbaloi serta berpatutan. Jika beli harga beribu, makan sehari je buat apa, buang duit....

Saya jenis kolot sikit bab-bab kesihatan ini. Maklumlah sejak kecil lagi dah rapat dengan hospitalkan. Selalu juga makan ubat. Saya tak berapa percaya mana dengan produk kesihatan ini. Saya lebih percayakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling... Jadi untuk kesihatan ini, saya amalkan minum air madu, dekat setengah tahun dah saya amalkan. Alhamdulillah.. BP saya dah ok, (ubat tetap juga ambil) Demam pun dah jarang-jarang, selesema pun untuk tahun ini belum kena lagi.... Pagi-pagi pun tak ada dah bersin dan berair hidung. Saya amalkan juga makan banyak buah-buahan dan ulam-ulaman...

Madu yang saya amalkan, madu bunga, tak panas macam madu tualang or madu hutan. Setiap pagi segelas air suam dengan satu sudu madu. Untuk malam biasanya saya akan masukkan beberapa hiris halia or sehiris perahan lemon or kedua-duanya sekali. Itu yang saya amalkan. Sebabnya saya teringatkan ayat ini...

“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
Rasulullaah SAW, bersabda :
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jadi sebaik-baik ubat adalah Madu dan ayat-ayat Al-Quran.