Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 22 Disember 2014

9:45:00 PTG

Kita Kahwin Koboi (review novel)





Sinopsis

“Aku akan lakukan apa saja untuk memiliki kau, Aufa. Apa saja. Kau tunggulah, aku akan buat kau melutut di kaki aku, merayu supaya aku kahwin dengan kau! Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat hati kau, tapi sikit pun kau tak nampak keikhlasan aku. Baik, tak dapat dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!”-Wan Katek

Aufa Dhiya tidak pernah menyangka ugutan Wan Katek menyebabkan dia terperangkap. Malangnya bukan dia terpaksa berkahwin dengan Wan Katek, tetapi dengan seorang mat komando! Bukan sahaja bermisai lentik seperti pelepah kelapa, malah berjambang seperti bigfoot.

Selepas akad nikah, barulah Aufa Dhiya menyedari suaminya itu bukanlah mat komando sesat, tetapi seorang pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah artis paling popular. Itulah akibatnya mahu berkahwin terburu-buru, sampaikan bakal suami pun kenal melulu. Kahwin koboilah katakan. Siapa yang tidak kenal Qimie Ridzuan? Pelakon tampan yang menjadi dambaan setiap golongan!

Aufa Dhiya dan Khalish Aqimie… kedua-dua mereka mempunyai masa silam yang kelam. Aufa Dhiya mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dia dan mamanya ditinggalkan terkontang-kanting. Kerjaya ayahnya sebagai pelakon membuatkan Aufa Dhiya cukup anti dengan golongan itu. Khalish Aqimie pula ditinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab. Hidup bersendirian tanpa belaian ibu bapa membuatkan hati Khalish Aqimie keras seperti batu. Sungguh dia tidak kenal erti kasih sayang, dia tidak pandai mengungkap kata cinta. Apa yang dia tahu, cinta itu adalah memiliki, memiliki itu adalah mengusai. Akibatnya, tinggallah Aufa Dhiya di dalam mahligai cinta Khalish Aqimie yang dingin seperti salju. Lantaran itu, Aufa Dhiya nekad, dia harus melarikan diri!

Pemergian Aufa Dhiya membuatkan Khalish Aqimie rasa kehilangan. Bila dekat, asyik bertengkar. Bila jauh, rindu-rinduan. Mampukah Aufa Dhiya mencairkan ego Khalish Aqimie akhirnya? Sempatkah Khalish Aqimie menatap wajah kecil zuriatnya sebelum Aufa Dhiya berlalu pergi? Mampukah Liyana, si pelakon suam-suam kuku yang menggilai Khalish Aqimie mendapatkan jejaka itu? Apakah kesudahan Wan Katek yang tidak jemu-jemu memancing cinta Aufa Dhiya? Saksikan drama cinta penuh ribut dalam Kita Kahwin Koboi.

Ulasan saya:
1. Keseluruhan cerita ini menarik

2. Saya suka maksud tersirat di dalam cerita ini mengikut pemahaman saya. Setiap anak yang lahir di dunia ini ibarat kain putih. Yang melorekkan warna warni di dalam kehidupan anak ini adalah ibu bapa. Jadi baik atau jahat anak itu bergantung pada pendidikan dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa secara langsung atau tidak langsung. 

3. Qimie dan Aufa melalui zaman kanak-kanak mereka. Cerita mereka lebih banyak pahit dari manis. Membuatkan mereka membina satu benteng atau tanda aras dalam diri mereka ketika dewasa. Apa yang dilalui sebelum ini, takkan sesekali mereka mahukan anak-anak mereka lalui. Tapi mereka hanya boleh merancang, yang menentukan adalah DIA. 

4. Cinta definisi setiap orang adalah berbeza. Cara mereka menzahirkan cinta juga berbeza. Begitu juga Qimie dan Aufa, mereka ibarat kutub utara lawan kutub selatan. Tapi yang menariknya, perbezaan itulah rempah ratus yang akan membahagiakan mereka akhirnya.

5. Nak tahu kisah selanjutnya... boleh baca sendiri ya!


Isnin, 1 Disember 2014

2:32:00 PTG

Dalam pelukan bonda..

Melihat anak lena dalam pelukan, membuat saya terfikir...
Suatu ketika dulu adakah saya juga begini... selesa lena di dalam pelukan kasihnya...
Dulu.. indahnya rasa itu mungkin tak saya hargai...
Kini.. melihat si anak lena dalam pelukan..  indahnya rasa kasih ini... dan rasa ini juga dirasai oleh bonda saya dulu..
Tapi sayang kenapa ada yang sanggup buang anak... dera anak...

Sabtu, 29 November 2014

12:53:00 PG

Kecewa...





Menonton filem heroine lakonan Kareena Kapoor dan Arjun Rampal membangkitkan rasa yang telah lama terperam dalam jiwa saya...
Kecewa
Takut untuk gembira
Rasa tak selamat dan yakin diri sendiri
Tak pernah rasa bahagia seikhlasnya
Benar... rasa itu ada dalam jiwa.
Kecewa ditutup dengan senyuman pasrah
Takut untuk gembira ditutup dengan ketawa dan senyuman
Bahagia pula dipaksa hadir... asalkan orang terdekat bahagia....
Bila semua rasa negatif itu hadir... saya tahu saya telah terleka seketika...
Itu adalah peringatan, agar benteng pertahanan yang hampir roboh itu dapat ditegakkan..
Yang longgar diketatkan,,
Yang lupa diingatkan
Caranya.,
Bukan macam Mahi Arora tu buat...
Tapi caranya...
Saya kembali mencari CINTANYA yang hampir dilupakan...
Saya kembali sujud kepada-NYA bukan sekadar yang wajib sahaja...

Jumaat, 28 November 2014

2:10:00 PTG

Abang King Kontrol.

Baru sempat saya langsaikan hutang mereview novel yang telah dibaca di sini. Sebetulnya sekarang saya tidak mempunyai kesempatan untuk membaca novel. Curi baca tapi tak habis memang tak syok. Tak boleh nak jiwang atau menghayati jalan cerita novel ni.






Sinopsis
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

Komen saya.1. Jalan ceritanya tak berbelit dan ringkas sahaja.

2. Gaya bahasa yang santai. Ada kalanya meleret juga. Tapi mampu dihadam oleh saya.

3. Untuk mereka yang sukakan cerita santai dan tak banyak konflik boleh baca novel ni.

4. Penulis berjaya bangkitkan kemenyampahan saya pada Razif. Hehehe... kononnya sayang tapi sebenarnya Razif ni takut pada bayang-bayang sendiri. Terlalu pesimis dan memandang rendah pada kaum wanita (sifat lelaki sebegini memang paling saya benci. Ingat dia hebat sangat ke!)

Oppsss sori teremosi plak... hehehe...

5. Sikap Irdina yang terlampau lembut lepas kahwin pun, buat saya geram... (Aik macamlah saya tak macam tu kan?) Haha.. faham sangat bila dah jadi isteri ni. (boleh kata tak banyak sikit pun 30% diri akan berubah.


Oklah cukup setakat ini review saya.. Nak rasa apa yang saya rasa bila baca novel ni, kenalah beli dan baca sendiri.

Jumaat, 24 Oktober 2014

1:41:00 PTG

Bintang Hati Saya

Sudah lama saya tak up review novel kan?
Sebab sudah lama saya tak baca novel..
Dan sudah agak lama tak beli novel.



Sinopsis

Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”



Ulasan saya;

1. Cerita yang menarik dan agak misteri.

2. Saya tertarik dengan sikap tidak putus asa Adriyana dalam mengharapkan kembalinya Hakimi ke dalam hidupnya. Dia yakin dan percaya Hakimi masih ada. Dia yang setia dengan cinta tidak berbalas (betul ke?- Nak tahu kena cari jawapannya dalam novel ini.

3. Dan saya rasa emosional n geram pulak pada BFF Adriyana ni. Kawan yang pentingkan diri sendiri. Kononnya dialah cinta mati Adriyana. Yang sentiasa setia dengan Adriyana. Padahal.. dialah hantu yang menghantui Adriyana selama ini. (Nak tahu kenapa? kena baca sendiri ya)

4. Dan tak sangka pula orang yang Adriyana menyampah tu adalah orang yang akan menolongnya suatu hari nanti. Yang ada kaitan juga dengan Hakimi yang ditunggunya selama ini.

Oklah setakat itu je yang saya boleh ulas untuk buku ini.. 

Khamis, 23 Oktober 2014

12:43:00 PG

Akan kembali aktif...

Saya tahu blog ini telah lama bersarang...
 Sekejap ada.. sekejap tak ada.. Itu pun cerita yang tak berkaitan langsung dengan novel kan?
Nak buat macam mana... komitmen lain menghambat...
Tapi... Insyaallah jika semuanya berjalan lancar tahun depan saya akan kembali aktif.
Dan sebenarnya banyak cerita yang ingin saya lakarkan di sini. Banyak juga yang ingin saya kongsikan... Cuma masa buat ketika ini amatlah tidak mengizinkan...
Tengok orang lain telah terbit banyak buah novel saya jadi jeles..
Dalam masa yang sama saya respek mereka. Daya usaha mereka menulis dan terus menulis walaupun masa padat dengan komitmen lain.
Ooo.. ingin sekali rasanya jadi seperti mereka tapi.. saya akur.. tak ada semangat sekuat itu. Tabah dan terus menulis...


Selasa, 23 September 2014

1:12:00 PG

Sakit kepala @ pening bila di pejabat...

Yeah... saya selalu menderita sakit kepala @ pening sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat.. puas saya fikir dan lakukan macam mana cara nak buat agar tak sakit.. yang peliknya sebaik saja sampai di rumah segala sakit semua hilang... sampaikan saya rasa gerun nak ke pejabat....

Macam-macam dah saya fikir... kenapa dan mengapa... aku ada buat salah ke @ ada something wrong kat pejabat ni....

Dan hari ni begitu juga..sakit dan pening kepala.. mata berpinar-pinar tengok semua angka kat depan mata... belum tengah hari lagi tu...

Selepas tengahari... saya cuma fokus satu kerja sahaja... tak banyak berfikir tentang kerja-kerja yang lain... amazing.. sakit kepala dan pening saya hilang...

Baru saya tahu.. rupa-rupanya diri saya tak boleh nak absorbed kerja banyak dalam satu masa... diri saya under stress yang melampau...

Patutlah masuk je pejabat sakit kepala...badan pula lesu.. padahal pagi bersemangat...

Satu lagi... rupanya bila kita jauh dari Allah.. meletakkan urusan dunia terkedepan... salahsatu faktornya juga buat diri saya stress...

Dan bila saya kembali amalkan amalan yang sudah berbulan ditinggalkan (sejak busy dengan rutin baru ni) sakit kepala saya semakin kurang....

Ada sesiapa yang sakitnya macam saya ni? Cuba buat macam saya...

1. Pagi2 lepas subuh... amalkan baca quran selama beberapa minit.. saya amalkan baca yasin dan waqiah.

2. Jangan biarkan kerja menguasai kita tapi biar kita menguasai kita dengan berikan fokus kerja satu persatu...

Cuba buat..
Kerja itu ibadah.. ♡♥¤♥

Ahad, 10 Ogos 2014

12:11:00 PG

Cerita Raya 2014

Tahun ini giliran beraya di Kelantan. Wah memang seronok berkumpul keluarga besar saya.
Kegembiraan yang sukar diperolehi dari mana-mana. Berkumpul dan berjumpa saudara mara setahun sekali ini memang amat saya nantikan...
Maklumlah semuanya tinggal merata tempat di Malaysia ini. Balik kampung pun bukan sepakat. Jika ada terjumpa nasib baik. Jika tidak ketika hari raya inilah kami berkumpul...
Macam saya kekangan masa dan kena pula bergilir balik ke Penang membuatkan saya dapat join hanya setiap 2 tahun...
Dan raya kali ini lebih bererti dengan kehadiran si kecil Ikram..
Dan belum sampai sebulan berkumpul dan beraya bersama, saya sudah merindui saat-saat gembira dan manis bersama sanak saudara....
Hari raya hari mengeratkan silatulrahim. Kami berkumpul dan berkongsi cerita...














Isnin, 14 Julai 2014

6:53:00 PG

Sudah lama tidak menulis

Assalam semua...

Sudah separuh ramadan berlalukan? Cepatnya masa berlalu tanpa menanti kita... Dalam hati ada penyesalan sebab banyaknya masa disia siakan..

Sedih pulak hati ini...

Menulis pun telah lama jugal saya tinggalkan.. bukak Mss pun tidak sekarang ni sedangkan orang lain semakin bersemangat menulis... skill pun makin tumpul huh....

Saya tak pasti bila akan kembali menulis... banyak cerita terbengkalai....

Maaf pada yang tinggalkan pesan.. maaf pada yang sentiasa mengunjungi blog ini... insyaAllah saya cuba kembali menulis nnt....

Isnin, 2 Jun 2014

9:11:00 PTG

Ini cinta hati saya...

Alhamdulillah... Dia antara sebab saya diburu waktu dan meninggalkan alam blogging dan penulisan saya buat seketika....
(Ikram- Umi sayang kamu)

Cinta hati saya ini hadir tika saya kelam kabut hendak berpindah ke tempat baru.
Dalam keadaan tidak bersedia, saya menerimanya dengan tangan terbuka.
Dia membuatkan saya sentiasa bersyukur kepada-Nya.
Dia membuatkan semangat saya yang kian rapuh kembali teguh.
Dia juga mengajar saya erti jangan mengalah dan mengeluh.
Dia penghibur jiwa di kala kesakitan dan kepedihan.




Sabtu, 31 Mei 2014

8:31:00 PTG

TUNGGU AWAK DATANG

Salam semua sahabat yang masih lagi sudi berkunjung di blog usang ini. Maaf... sudah hampir tiga bulan saya tidak online dan update blog ini


S.M :RM 24.00
S.S :RM 27.00

Tunggu awak datang... anak ke dua saya selepas Cinta Perigi dan Timba telah keluar ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung bulan April lepas. Saya tak sempat nak promote anak ke dua saya ni. Macam dianaktirikan pula ya... Hahaha... masa sangat-sangat tidak mengizinkan. Online pun sekejap-sekejap... Blog pun terabai. Sungguh saya diburu oleh masa. Banyak perkara yang memerlukan perhatian dan masa saya. Jadi nah... anak ke dua dan blog ini dipandang sepi.

Okey.... Memandangkan sudah sebulan lebih keluar.. ada tak yang sudi memilikinya? Kisah Auni dan Aazad. Kisah seorang lelaki yang tercari-cari identiti diri dan kisah seorang gadis yang mencari cinta sejati... 

"Benarkah apa yang aku rasakan ini? Azzad meraup wajahnya sendiri. Perasaan ini tidak pernah hadir. Tidak pernah diiktiraf sebaik sahaja dia berkawan dengan Ronny. Godaan gadis-gadis seksi tidak dihiraukan. Dia seronok dengan nikmat yang didapatinya.

Malam ini hatinya mengakui sesuatu. Sesuatu yang dinafikan sebelum ini. Azzad bagaikan tersedar daripada mimpi yang panjang. Rupanya dia masih lagi mempunyai perasaan berahi terhadap seorang wanita."

Sebenarnya... kisah mereka sudah lama saya tulis, rasanya dalam tahun 2009 dan dinoktahkan hujung tahun 2012. Jadi rasanya dah lama sangat orang tunggu ni, masih ada ke yang mahukannya? huhuhu? Nerbes... sebab mungkin tak ramai yang ingat lagi kisah mereka. 

Macam biasa.... maaf jika ada banyak kekurangan dan kelemahan dalam novel ke dua saya ini. 


Ahad, 9 Mac 2014

11:22:00 PG

Tempat baru, Rutin baru...



InsyaAllah minggu depan saya akan berpindah rumah ke Puncak Alam... Dekat dengan tempat kerja baru. Buat ketika ini saya berulang dari Batu Caves ke Puncak Alam, pergi balik 100km ++ setiap hari. Itu tidak termasuk jika tiba-tiba kena attend meeting. Penat.

Bertukar tempat kerja baru secara automatik rutin harian saya berubah. Tiada lagi masa bersantai. Tiada lagi 5 minit sebelum office hour baru bergerak ke pejabat. Tiada lagi masa menonton drama-drama Korea Online. Bahkan tiada lagi sabtu hari rehat. Hanya Ahad saja masa rehat saya.

Semua ini berlaku dalam waktu yang singkat. Ditukarkan secara tiba-tiba ke company lain, banyak benda saya kena 'absorbed' dalam waktu yang singkat. Tak sampai 2 minggu tempoh diberikan untuk saya belajar dan mengambil alih tugas. Mula-mula memang rasa takut. Mampukah aku memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini dan mampukah aku menjadi seorang ketua yang baik.

Bab kerja, Alhamdulillah saya sedang berusaha keras menyusun dan menyelaras semua kerja dan tanggungjawab yang diberikan sehingga up to date. Di company lama, sistemnya tak adalah complicated seperti company baru ni. Dan di company lama jagu saya tak direct dengan pekerja. Saya direct dengan penyelia mereka sahaja. Tapi di company baru saya direct dengan pekerja.

Dan saya akui, sukarnya untuk menguruskan pekerja ni. Macam ragam macam karenah. Paling pening bila pekerja yang tidak berdisiplin. Anggap tempat kerja macam taman permainan. Bila mereka anggap kerja bukan tanggungjawab dan melaksanakan tanpa rasa amanah, memang susah hendak kawal mereka. bila arahan tidak dianggap penting dan diabaikan. Susah hendak uruskan pekerja sebegini. (Opps banyak plak perkataan susah saya gunakan) :D



Dulu, saya jarang sangat kerja OT. Sekarang setiap hari. Tak cukup dengan tu bawak balik kerja kat rumah. Weekend pun hadap kerja jugak. Jadi Workholic pulak saya ni. adui... tapi Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru dengan baik.

Tempat baru, company pun baru ditubuhkan. Jadi banyak benda kena buat. banyak benda tak selaras n up to date lagi. Ini cabaran baru yang menguji kewibawaan, kebolehan dan kepimpinan saya menguruskannya.

Menjadi orang ke 2 dalam company ni adalah tanggungjawab berat.

Bila stress - stress begini banyak plak idea menulis datang. Rindu nak menulis dan melayan novel... Rindu pula pada rutin lama....

Hope lama-lama nanti saya dapat memperuntukkan masa untuk menulis dan melayan novel... (Ini cara saya release tension).

Pray for MH370



10:37:00 PG

Doakan untuk mereka MH370


Pelbagai spekulasi melanda sejak 24 jam selepas MH370 dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan.

Semua orang sedang bercakap pasal ini. Tapi kita kena ingat apa-apa pun yang terjadi adalah kerana DIA. Kun fayakun.

Jadi sama-sama kita doakan agar mereka yang berada di dalam pesawat tersebut, semuanya selamat. Sama ada di alam ini atau di alam satu lagi.

Mati itu pasti tapi kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana. Jadi sebagai insan yang masih bernafas di bumi ini, sama-sama kita berdoa dan bersolat hajat agar usaha dan menyelamat menemui mereka secepat mungkin. Walau apapun keadaan mereka agar keresahan dan kegelisahan ahli keluarga yang sedang menunggu perkhabaran mereka dapat diubati.

Kita sama-sama faham, bila menunggu dalam keadaan samar-samar ni banyak andaian buruk dan tidak baik bermain-main di dalam fikiran. Hati dan jiwa resah. Apatah lagi perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Doa,
Usaha,
Tawakal

Agar semuanya berakhir secepat mungkin. Dan segala spekulasi terjawab.

Al-Fatihah untuk mereka.


Rabu, 15 Januari 2014

8:00:00 PG

KENALI NABI MUHAMMAD SAW 2




Tazkirah
9Muharram 1435@13/11/2013
...sambungan
BIODATA RASULULLAH SAW...KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
 
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Wassalam

Sabtu, 11 Januari 2014

8:00:00 PG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. 1




Tazkirah
8Muharram 1435@12/11/2013
BIODATA RASULULLAH SAW [JOM KENALI BAGINDA]  NABI MUHAMMAD SAW [RASUL YANG TERAKHIR]  KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
 
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
InsyaAllah bersambung...

Ahad, 5 Januari 2014