Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Ahad, 9 Mac 2014

11:22:00 PG

Tempat baru, Rutin baru...



InsyaAllah minggu depan saya akan berpindah rumah ke Puncak Alam... Dekat dengan tempat kerja baru. Buat ketika ini saya berulang dari Batu Caves ke Puncak Alam, pergi balik 100km ++ setiap hari. Itu tidak termasuk jika tiba-tiba kena attend meeting. Penat.

Bertukar tempat kerja baru secara automatik rutin harian saya berubah. Tiada lagi masa bersantai. Tiada lagi 5 minit sebelum office hour baru bergerak ke pejabat. Tiada lagi masa menonton drama-drama Korea Online. Bahkan tiada lagi sabtu hari rehat. Hanya Ahad saja masa rehat saya.

Semua ini berlaku dalam waktu yang singkat. Ditukarkan secara tiba-tiba ke company lain, banyak benda saya kena 'absorbed' dalam waktu yang singkat. Tak sampai 2 minggu tempoh diberikan untuk saya belajar dan mengambil alih tugas. Mula-mula memang rasa takut. Mampukah aku memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini dan mampukah aku menjadi seorang ketua yang baik.

Bab kerja, Alhamdulillah saya sedang berusaha keras menyusun dan menyelaras semua kerja dan tanggungjawab yang diberikan sehingga up to date. Di company lama, sistemnya tak adalah complicated seperti company baru ni. Dan di company lama jagu saya tak direct dengan pekerja. Saya direct dengan penyelia mereka sahaja. Tapi di company baru saya direct dengan pekerja.

Dan saya akui, sukarnya untuk menguruskan pekerja ni. Macam ragam macam karenah. Paling pening bila pekerja yang tidak berdisiplin. Anggap tempat kerja macam taman permainan. Bila mereka anggap kerja bukan tanggungjawab dan melaksanakan tanpa rasa amanah, memang susah hendak kawal mereka. bila arahan tidak dianggap penting dan diabaikan. Susah hendak uruskan pekerja sebegini. (Opps banyak plak perkataan susah saya gunakan) :D



Dulu, saya jarang sangat kerja OT. Sekarang setiap hari. Tak cukup dengan tu bawak balik kerja kat rumah. Weekend pun hadap kerja jugak. Jadi Workholic pulak saya ni. adui... tapi Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru dengan baik.

Tempat baru, company pun baru ditubuhkan. Jadi banyak benda kena buat. banyak benda tak selaras n up to date lagi. Ini cabaran baru yang menguji kewibawaan, kebolehan dan kepimpinan saya menguruskannya.

Menjadi orang ke 2 dalam company ni adalah tanggungjawab berat.

Bila stress - stress begini banyak plak idea menulis datang. Rindu nak menulis dan melayan novel... Rindu pula pada rutin lama....

Hope lama-lama nanti saya dapat memperuntukkan masa untuk menulis dan melayan novel... (Ini cara saya release tension).

Pray for MH370



10:37:00 PG

Doakan untuk mereka MH370


Pelbagai spekulasi melanda sejak 24 jam selepas MH370 dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan.

Semua orang sedang bercakap pasal ini. Tapi kita kena ingat apa-apa pun yang terjadi adalah kerana DIA. Kun fayakun.

Jadi sama-sama kita doakan agar mereka yang berada di dalam pesawat tersebut, semuanya selamat. Sama ada di alam ini atau di alam satu lagi.

Mati itu pasti tapi kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana. Jadi sebagai insan yang masih bernafas di bumi ini, sama-sama kita berdoa dan bersolat hajat agar usaha dan menyelamat menemui mereka secepat mungkin. Walau apapun keadaan mereka agar keresahan dan kegelisahan ahli keluarga yang sedang menunggu perkhabaran mereka dapat diubati.

Kita sama-sama faham, bila menunggu dalam keadaan samar-samar ni banyak andaian buruk dan tidak baik bermain-main di dalam fikiran. Hati dan jiwa resah. Apatah lagi perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Doa,
Usaha,
Tawakal

Agar semuanya berakhir secepat mungkin. Dan segala spekulasi terjawab.

Al-Fatihah untuk mereka.