Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Sabtu, 29 November 2014

12:53:00 PG

Kecewa...





Menonton filem heroine lakonan Kareena Kapoor dan Arjun Rampal membangkitkan rasa yang telah lama terperam dalam jiwa saya...
Kecewa
Takut untuk gembira
Rasa tak selamat dan yakin diri sendiri
Tak pernah rasa bahagia seikhlasnya
Benar... rasa itu ada dalam jiwa.
Kecewa ditutup dengan senyuman pasrah
Takut untuk gembira ditutup dengan ketawa dan senyuman
Bahagia pula dipaksa hadir... asalkan orang terdekat bahagia....
Bila semua rasa negatif itu hadir... saya tahu saya telah terleka seketika...
Itu adalah peringatan, agar benteng pertahanan yang hampir roboh itu dapat ditegakkan..
Yang longgar diketatkan,,
Yang lupa diingatkan
Caranya.,
Bukan macam Mahi Arora tu buat...
Tapi caranya...
Saya kembali mencari CINTANYA yang hampir dilupakan...
Saya kembali sujud kepada-NYA bukan sekadar yang wajib sahaja...

Jumaat, 28 November 2014

2:10:00 PTG

Abang King Kontrol.

Baru sempat saya langsaikan hutang mereview novel yang telah dibaca di sini. Sebetulnya sekarang saya tidak mempunyai kesempatan untuk membaca novel. Curi baca tapi tak habis memang tak syok. Tak boleh nak jiwang atau menghayati jalan cerita novel ni.






Sinopsis
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

Komen saya.1. Jalan ceritanya tak berbelit dan ringkas sahaja.

2. Gaya bahasa yang santai. Ada kalanya meleret juga. Tapi mampu dihadam oleh saya.

3. Untuk mereka yang sukakan cerita santai dan tak banyak konflik boleh baca novel ni.

4. Penulis berjaya bangkitkan kemenyampahan saya pada Razif. Hehehe... kononnya sayang tapi sebenarnya Razif ni takut pada bayang-bayang sendiri. Terlalu pesimis dan memandang rendah pada kaum wanita (sifat lelaki sebegini memang paling saya benci. Ingat dia hebat sangat ke!)

Oppsss sori teremosi plak... hehehe...

5. Sikap Irdina yang terlampau lembut lepas kahwin pun, buat saya geram... (Aik macamlah saya tak macam tu kan?) Haha.. faham sangat bila dah jadi isteri ni. (boleh kata tak banyak sikit pun 30% diri akan berubah.


Oklah cukup setakat ini review saya.. Nak rasa apa yang saya rasa bila baca novel ni, kenalah beli dan baca sendiri.