Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 22 Disember 2014

9:45:00 PTG

Kita Kahwin Koboi (review novel)





Sinopsis

“Aku akan lakukan apa saja untuk memiliki kau, Aufa. Apa saja. Kau tunggulah, aku akan buat kau melutut di kaki aku, merayu supaya aku kahwin dengan kau! Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat hati kau, tapi sikit pun kau tak nampak keikhlasan aku. Baik, tak dapat dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!”-Wan Katek

Aufa Dhiya tidak pernah menyangka ugutan Wan Katek menyebabkan dia terperangkap. Malangnya bukan dia terpaksa berkahwin dengan Wan Katek, tetapi dengan seorang mat komando! Bukan sahaja bermisai lentik seperti pelepah kelapa, malah berjambang seperti bigfoot.

Selepas akad nikah, barulah Aufa Dhiya menyedari suaminya itu bukanlah mat komando sesat, tetapi seorang pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah artis paling popular. Itulah akibatnya mahu berkahwin terburu-buru, sampaikan bakal suami pun kenal melulu. Kahwin koboilah katakan. Siapa yang tidak kenal Qimie Ridzuan? Pelakon tampan yang menjadi dambaan setiap golongan!

Aufa Dhiya dan Khalish Aqimie… kedua-dua mereka mempunyai masa silam yang kelam. Aufa Dhiya mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dia dan mamanya ditinggalkan terkontang-kanting. Kerjaya ayahnya sebagai pelakon membuatkan Aufa Dhiya cukup anti dengan golongan itu. Khalish Aqimie pula ditinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab. Hidup bersendirian tanpa belaian ibu bapa membuatkan hati Khalish Aqimie keras seperti batu. Sungguh dia tidak kenal erti kasih sayang, dia tidak pandai mengungkap kata cinta. Apa yang dia tahu, cinta itu adalah memiliki, memiliki itu adalah mengusai. Akibatnya, tinggallah Aufa Dhiya di dalam mahligai cinta Khalish Aqimie yang dingin seperti salju. Lantaran itu, Aufa Dhiya nekad, dia harus melarikan diri!

Pemergian Aufa Dhiya membuatkan Khalish Aqimie rasa kehilangan. Bila dekat, asyik bertengkar. Bila jauh, rindu-rinduan. Mampukah Aufa Dhiya mencairkan ego Khalish Aqimie akhirnya? Sempatkah Khalish Aqimie menatap wajah kecil zuriatnya sebelum Aufa Dhiya berlalu pergi? Mampukah Liyana, si pelakon suam-suam kuku yang menggilai Khalish Aqimie mendapatkan jejaka itu? Apakah kesudahan Wan Katek yang tidak jemu-jemu memancing cinta Aufa Dhiya? Saksikan drama cinta penuh ribut dalam Kita Kahwin Koboi.

Ulasan saya:
1. Keseluruhan cerita ini menarik

2. Saya suka maksud tersirat di dalam cerita ini mengikut pemahaman saya. Setiap anak yang lahir di dunia ini ibarat kain putih. Yang melorekkan warna warni di dalam kehidupan anak ini adalah ibu bapa. Jadi baik atau jahat anak itu bergantung pada pendidikan dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa secara langsung atau tidak langsung. 

3. Qimie dan Aufa melalui zaman kanak-kanak mereka. Cerita mereka lebih banyak pahit dari manis. Membuatkan mereka membina satu benteng atau tanda aras dalam diri mereka ketika dewasa. Apa yang dilalui sebelum ini, takkan sesekali mereka mahukan anak-anak mereka lalui. Tapi mereka hanya boleh merancang, yang menentukan adalah DIA. 

4. Cinta definisi setiap orang adalah berbeza. Cara mereka menzahirkan cinta juga berbeza. Begitu juga Qimie dan Aufa, mereka ibarat kutub utara lawan kutub selatan. Tapi yang menariknya, perbezaan itulah rempah ratus yang akan membahagiakan mereka akhirnya.

5. Nak tahu kisah selanjutnya... boleh baca sendiri ya!


Isnin, 1 Disember 2014

2:32:00 PTG

Dalam pelukan bonda..

Melihat anak lena dalam pelukan, membuat saya terfikir...
Suatu ketika dulu adakah saya juga begini... selesa lena di dalam pelukan kasihnya...
Dulu.. indahnya rasa itu mungkin tak saya hargai...
Kini.. melihat si anak lena dalam pelukan..  indahnya rasa kasih ini... dan rasa ini juga dirasai oleh bonda saya dulu..
Tapi sayang kenapa ada yang sanggup buang anak... dera anak...