Novelog: 2. Antara mimpi dan realiti

Mimpi dan realiti tak mungkin bersatu. Aku boleh bermimpi yang indah-indah, sedangkan realiti adalah realistik. Tak mungkin semuanya indah. Sebab itulah ia tidak boleh bersatu.
Tapi sekarang ni,  aku hendak bermimpi pun takut. Bila celik je mata realiti terbentang. Kena hadapi dan lalui. Aku rasa aku ni macam robot dah. Tak de perasaan. Pagi pergi sekolah. Cikgu mengajar dekat depan, fikiran aku berlari ke belakang. Hanya jasad sahaja. Bila cikgu soal, terkia-kia nak jawab.
Ah lantaklah. Aku tak minat nak belajar dekat sekolah dah. Aku nak keluar dari sini. Nak pergi belajar jauh. Mahu merantau. Aku mahu meneroka tempat orang. Kenal negeri orang. 18 tahun aku hidup kat sini, cukup-cukuplah. Jiwaku memberontak.
Aku tenung papan hitam. Rasanya boleh tembus jika tenung lagi lama.
Partner aku kat sebelah siku lengan aku.
Aku pandang dia dengan muka blurrr.
"Kau ni kenapa? Muka asam keping tak habis-habis. Sudah-sudahlah tu. Tak guna menyesal sekarang pun. Nasi dah jadi bubur. Baik kau makan dan telan," nasihat Tieya sambil menyindir.
Aku mendengus. Mengeluh.
"Entahlah. Aku takut aku tak dapat tempat sambung belajar nanti. Aku tak naklah ambil STAM,"
"Aku yakin kau akan dapat tempat nanti. Lainlah aku ni, confirm kena reject awal-awal lagi."
Aku sengih. Result Tieya lebih teruk dari aku dapat. Tapi dia sentiasa bersyukur. Lagipun Tieya memang nak ambil STAM pun. Result SMU tahun lepas Tieya cemerlang. Jadi confirmlah STAM pun akan cemerlang jugak.
"Kau tak pe. Memang dah kau nak ambil STAM.
Dia sengih. Tak jawab. Aku pulak, result SMU dulu tak delah teruk mana. Dapat pangkat 1 jugak. Tapi aku..  jiwa aku memang dah tak ada minat dah. Paksa pun buat seksa jiwa.
Walaupun ibu aku lebih suka aku ambil STAM. Namun aku tetap tak suka.
Satu lagi orang lain tak tahu, even ustaz dan ustazah pun. Sebenarnya, aku tak boleh berbahasa arab. Walaupun aku belajar di sekolah ini kebanyakan mata pelajarannya adalah diajar dalam bahasa arab. Tafsir quran, balagrah, imlaq, tafsir hadis dan bahasa arab tinggi. Nama pun Sekolah Menengah Agama, Arab. Confirmlah banyak belajar bab agama dan bahasa arab.
Jadi macam mana aku boleh lulus exam? Dengan menghafal. Yup... otak aku ni, bab kata Tieya dan Na Lisa, otak geliga tapi berkarat. Sebab aku ni pemalas.
Aku?
Angkat bahu. Lantak pi laa diorang nak cakap apa. Sedangkan aku lebih kenal diri aku yang sebenar.
Ada sebabnya. Aku jadi begitu dan begini.

Ulasan