Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Sabtu, 31 Januari 2015

Januari 31, 2015

Tunggu Awak Datang - Bab 23




Terdengar ketukan di pintu biliknya.
"Auni... Pizza dah sampai," Sayup-sayup kedengaran suara Aazad memanggilnya keluar. Pizza yang dipesan telah pun sampai.
"Ok.. Kejap lagi saya keluar." Auni menyahut panggilan itu. Sempat lagi dia membelek diri di cermin untuk memastikan keadaan dirinya kemas. Tudung yang dipakai terletak elok. Dia tersenyum dan berpuas hati dengan penampilannya barulah dia melangkah keluar.
Not tonite, tomorrow I will see u…”
“Ok..i promise..see u then..bye” Aazad menamatkan perbualannya.
Aazad tersenyum melihat Auni menghampirinya. Langkahnya teratur, memakai baju t-shirt lengan panjang, berseluar panjang longgar dan memakai tudung, Auni seperti remaja belasan tahun. Keningnya terangkat. Bertudung di dalam rumah, menarik! Bukan ke orang pakai tudung apabila keluar rumah? Satu persoalan singgah di hatinya.
“Jemput duduk dan makan,” pelawa Aazad lalu mengambil tempat di sofa.
“Errr apa kata kita makan kat balkoni, nak? Aju Auni laju. Dia suka makan sambil menikmati keindahan malam. Lagipun malam ini di dada langit jelas kelihatan bintang-bintang berkerlipan.
Aazad senyum. Senang dengan permintaan Auni.
“Ikut kau, aku ok  di mana-mana pun,” balas Aazad  dan tanpa kata dia terus mengangkat kotak Pizza ke meja bulat kecil di balkoni. Di situ terdapat 2 buah kerusi juga. Muat-muat untuk mereka berdua.
Masing-masing mengambil tempat. Aazad membuka kotak Pizza manakala Auni mengeluarkan air dari plastiknya.  Kemudian mereka menjamah Pizza dalam keadaan senyap. Malam bercahaya dengan lampu-lampu neon yang menyimbahi Kuala Lumpur. Sesekali bunyi hon kereta di bawah sana. Deruman enjin tak pernah berhenti. Itulah irama yang didengari 24 jam sehari yang tak pernah putus-putus.
Sesekali mata nakal Aazad hinggap di wajah yang sedang mengunyah di hadapannya. Makin bertambah comel. Sejak dia pulang petang tadi, hatinya tidak sabar-sabar menatap wajah itu. Entah mengapa wajah ini, kini makin lekat di dinding hatinya. Manakala wajah ‘kekasih’ kian menjauh.
“Aik sekeping je makan?” soal Aazad. Auni tersengih.
“dah kenyang. Saya tak makan banyak malam-malam macam nie, pukul 9 ni dah lewat,” terang Auni.
“Huh.. diet ? Perempuan dengan diet seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan,” sindir Aazad.
Auni tersenyum. Dia hampir tergelak, perempuan dengan diet bagai irama dan lagu? Hamboi pandai betul Aazad mencipta perpatah baru.
“Pandai  awak buat perumpamaan,  first time saya dengar,”gelak Auni.
“ Tapi saya bukan saja-saja tak nak makan. Dari dulu lagi tak boleh makan lewat sangat malam sebab perut akan meragam pagi esok. Makan sup atau tomyam boleh, asalkan bukan makanan berat. Tak laratlah nak berulang alik ke tandas pagi. Nanti semua kerja tertangguh,” Terang Auni.
“Ooo macam tu pulak. Mungkin sebab kau tak biasa makan malam kot,” Balas Aazad.
“A’aah, mak tak kasi anak-anak makan selepas pukul 8 malam. dia cakap tak elok untuk sistem pencernaan. Jadi dah terbiasa, bila tak ikut perut meragamlah,” jelas Auni.
Terkenang emaknya di kampung. Banyak pantang larang dan petuanya. Dulu dia pun merasa rimas jugak. Ada juga kadang-kadang memberontak dengan larangan mak. Iya.. tengah-tengah malam, selepas belajar perut terasa lapar, selongkarlah makanan di dapur. Mak pula pantang terdengar bunyi-bunyi, terus jaga. Apa lagi kena marahlah. Perut yang lapar jadi kenyang. Tapi keesokkan harinya, sebelum tidur mak pasti akan siapkan semangkuk ataupun seperiuk sup sayur ataupun tomyam sayur untuknya makan apabila lapar.
“Mak kau mesti seorang yang penyayang dan sabarkan?” Bisik Aazad perlahan. terkenang kenangan bersama mamanya yang samar-samar di dalam memorinya.
Mama yang terlalu melindunginya sehinggakan dia menjadi seorang anak manja. Tidak pandai menjaga diri sendiri. Mudah menangis dan tersentuh hati apabila orang bersikap kasar dengannya. Sikapnya itu terbawa-bawa ke alam remaja. Dia dihantar ke sekolah berasrama penuh oleh papa. Mama tidak mampu membantah.
Pertama kali berjauhan, dia tidak dapat menyesuaikan diri. Mujurlah mama titipkan pesanan kepada Johan agar menjadi kawannya. Johanlah yang sentiasa melindungi dirinya daripada dibuli oleh pelajar lain. Melalui Johan dia mengenali Tony dan Remy. Mereka menjadi kawan rapat. Johan menjadi idolanya. Tanpa sedar dia amat menyayangi Johan.
Aazad tersedar dari lamunan. Dia memandang Auni yang sedang menyisip minuman. Pizza masih lagi tinggal separuh tidak terusik. Sekeping je makan? Untunglah siapa yang menjadi kekasih minah ni. Makan pun sikit, maintenance pun tak tinggi. Pandai bawa diri pula tu.
“Patutlah kau comel je. Tak payah susah – susah diet,”  ulas Aazad.
“Jika kita makan ikut sunnah nabi, tak payah susah-susah diet awak. Tubuh pun sihat, minda pun cergas. Itulah yang mak cuba terapkan dalam diri kami adik beradik sebenarnya.”
“Maksud kau? Aku tak faham. Makan ikut sunnah nabi tu macam mana?” Soal Aazad ingin tahu. Makan pun ada sunnah juga? Pertama kali dia mendengarnya. Selalunya orang kata makanlah apa saja yang kita suka ketika masih sihat ni. Bila dah tak sihat, makanan sesedap mana pun sudah tak boleh dimakan lagi. Sudah tak terliur menjamahnya.
“Iya.. Nabi s.a.w amat mengambil berat pemakanannya. Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang, makan sebelum lapar. Cara minum pun ada adab-adabnya juga, makan pun sama.”
“Contohnya?” Aazad kian berminat. dia teringat kali pertama Auni menemaninya makan. Gadis itu ada menyatakan, cara makannya sopan dan beradab seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.
“Contohnya baginda tidak akan mengambil makanan bersifat panas dan sejuk serentak. Contohnya susu dengan telur atau susu dengan daging. Sebab ia boleh mengganggu sistem pencernaan kita. Baginda juga tidak mengambil makanan yang masih berkeadaan panas ataupun disimpan semalaman ataupun yang telah diasinkan. Minum pun sama, ada adabnya. Sebenarnya makruh minum berdiri ni, kecuali terpaksa.”
Auni memandang Aazad yang ralit mendengar kata-katanya. Pelik? takkanlah tak pernah dengar sunnah nabi s.a.w pasal makanan ni? Aazad seolah-olah kelihatan seperti pertama kalinya mendengarnya. Ada tanda tanya menerpa hati Auni.
Aazad ni, bagaimana kehidupannya yang sebenarnya?
Aazad mengangkat wajahnya apabila Auni terhenti berkata-kata.
“Lagi?” pintanya. Dia ingin tahu. Rupa-rupanya selama ini dia banyak yang dia tidak tahu tentang Nabi Muhamad s.a.w. Sunnah makannya bagaikan menarik hati Aazad mengetahui lebih lanjut lagi.
“Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
“Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud, Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
“Awak tahu tak? Jika kita amalkan cara makan Rasulullah s.a.w tu, InsyaAllah kita dapat menjauhkan diri dari penyakit sebab Rasulullah s.a.w ada menyebut ‘ perut adalah tempat bermulanya pelbagai penyakit’,”
“Manakala lapar adalah ubatnya.”
Aazad ketawa. “Kau ni, nak kelentong aku pun, agak-agaklah. Lapar mana boleh jadi ubat. bertambah sakitlah. Tak ada tenaga.”
Auni menjeling. “Bukannya lapar yang kebulur tulah. Maksudnya di sini. tidak makan di dalam kuantiti yang banyak sehingga melemahkan sistem pencernaan dan juga otot-otot dalam badan kita. Contohnya, bila kita makan terlalu kenyang, mata pun mengantuk. Makanan belum sampai ke perut, kita dan tertidur. bukan ke tak elok tidur selepas makan?” Jelas Auni panjang lebar.
Aazad terdiam. Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Auni.
“Siapa yang tak nak kelihatan cantik dan sihat,kan? Semua orang nak. Macam awak jugak. Tak selekeh macam sesetengah lelaki.” Puji Auni. Dia hanya memandang sahaja Aazad menghabiskan Pizza yang ada.
“Haha…kau puji aku ke? Aku sejak dari kecil lagi dilatih supaya sentiasa kelihatan kemas. Mama memang seorang yang pentingkan kecantikan. Dia tak suka anaknya dia comot dan selekeh. Memang pantang bagi dia. So aku terikut-ikutlah sampai ke sekarang.”
“Aku heran dengan kau.”

“Kenapa pula?”

Jumaat, 30 Januari 2015

Januari 30, 2015

Tunggu Awak Datang- Bab 22




Auni pulang daripada pejabat seperti biasa. Sebelum melangkah ke dalam bilik, dia akan  berehat sebentar di sofa di ruang tamu itu. Dilonggarkan tudung kepalanya dengan membuka brooch kecil di bawah dagunya. Kepalanya disandarkan ke belakang. Hari ini kerjanya tanpa rehat kerana mengejar dateline menyiapkan gaji pekerja. Pengiraan gaji ini perlu dibuat dengan teliti. Jadi makan dan minumnya tidak sampai setengah jam. Oleh sebab itu badannya terasa lesu dan kepalanya berat untuk diangkat. Nasib baiklah dia ada kudrat lagi melangkah pulang ke kondonya.
Seketika Auni memejamkan matanya tetapi pantas dibuka kembali. Kenapa hari ini perasaannya lain. Auni dapat merasakan dia tidak keseorangan, biarpun ketika dia memasuki konda tadi tiada apa yang berubah. Tetap sunyi seperti biasa. Di pandang sekeliling seperti mencari – cari sesuatu. Kelihatan biasa-biasa sahaja. Lalu disandarkan kepalanya di sofa sekali lagi. Dipejamkan matanya. Dia ingin melelapkan mata seketika di situ.
Alangkah enaknya kalau boleh melelapkan mata dan tidur sekejap. Tetapi hatinya membantah...huhu... tak boleh, tak boleh, kena mandi dulu. Kalau tidak mesti badan terasa berat semacam je. Penyakit malas lagilah bertambah-tambah lagi.
Ditarik nafas panjang, lalu dibukakan matanya dan menarik beg tangan yang terletak di sisi. Statik. Terkejut, melihat seseorang sedang memandangnya di sofa di sebelah kanannya. Pucat mukanya. Betul-betul menakutkan. Ingatkan siapalah manusia tu.
Aazah tarik sengih sejak dari tadi lagi dia memerhatikan tingkah laku Auni. Entah mengapa rindu yang tersimpan mulai terlerai dari kuntumannya.
“Terkejut?” Soal Aazad memecah kesunyian.
“maunya tidak. Yang awak tiba-tiba berada di sebelah dan diam je. Kot iye pun bagilah salam. Tak pun inform dulu bila nak balik. Ini tidak, tiba-tiba tercongak kat depan mata,” tegur Auni. Diherotkan bibirnya. Tanda tak puas hati.
“Patutlah rasa lain je masuk tadi,”sambungnya lagi.
“Hahahhaaha….kau terasa AURA aku ada di sini.”
“Kau tunggu aku ke selama ini,”
“Pleaselah.. tak ada masa nak tunggu awak balik.” Cebiknya.
“Hurmmm..bila sampai ni?” tanya Auni
“Baru petang tadi. Kau dah makan?”
“Kenapa? Awak lapar ke?”
“Dah lama tak makan sedap. Kat laut mana ada makanan sedap. Jom kita keluar makan?” Ajak Aazad
“Malas laa nak keluar, penat. Rasa nak tidur je” jawad Auni malas.
“Awak nak makan apa? Kalau yang simple boleh saya masakkan. Di dapur tu semua bahan ada,” pelawa Auni
Hmmmm… Aazad terdiam. Kasihan pula apabila melihat wajah letih Auni. Ada rasa ingin membelainya.
“ Errr..tak payah masaklah. Kita order Pizza je. Macam mana?” Cadang Aazad. Dia tidak mahu melayan perasaan yang dirasakan tadi. Maunya terkejut gadis ini. Tak pun malam ini juga pindah dari sini. Giler sungguh perasaan ini!
Auni tersenyum lalu berkata “ Saya tak kisah. Terpulang pada awaklah. Lagipun malam saya tak makan sangat.”
Ok then... aku pesan pizza,” putus Aazad.
“hmmm oklah saya masuk bilik dulu. Nak mandi dan berehat jap. Nanti pizza dah sampai tolong panggilkan erk” ujar Auni sambil bangun untuk beredar dari situ.
Aazad tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Pandangannya tidak lepas daripada mengiringi langkah Auni sehingga dia hilang disebalik pintu. Tanpa membuang masa, Aazad terus membuat panggilan untuk memesan pizza hut.
Selesai bercakap, dia melabuhkan punggung melayan cerita-cerita yang disiarkan oleh astro, ditekan-tekan remote astro menukar-nukar siarannya. Membosankan. Astro ni tak ada cerita lain ke nak tayang, cerita yang aku tengok tiga bulan lepas masih dok ulang tayang lagi. membazir duit je bayar mahal-mahal tetapi tengok cerita sama, dengus Aazad.
Terasa sunyi dan lama pula menunggu Auni yang masih berkurung di dalam bilik. Pizza hut akan sampai dalam masa 45 minit lagi. Jadi Aazad tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Takkanlah hendak diketuk-ketuk pintu bilik Auni tu, sedangkan dia baru saja masuk. Mungkin sedang mandi ataupun mungkin sedang berbaring-baring di atas katil.
Keinginan di dalam hati meluap-luap apabila memerhatikan Auni tadi. rasa ingin membelai dan mencium wajah mulus itu. Walaupun jelas tertera keletihan di wajahnya, namun masih lagi nampak menggoda.
Seketika Aazad terpanar?
Benarkah apa yang aku rasakan ini? Aazad meraup wajahnya sendiri. Perasaan ini tidak pernah hadir. Tidak pernah diiktiraf sebaik sahaja dia berkawan dengan Ronny. Godaan gadis-gadis seksi tidak dihiraukan. Dia seronok dengan nikmat yang dinikmatinya.
Malam ini, hatinya mengakui sesuatu? Sesuatu yang dinafikan sebelum ini.
Wanita adalah penenang hati seorang lelaki. Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Mereka dicipta supaya dikasihi dan disayangi oleh lelaki. Tempat seorang lelaki melempiaskan kehendak batinnya. Tempat mereka mencari kedamaian dan ketenangan. Lelaki bukan diciptakan untuk lelaki. Begitu juga wanita bukan diciptakan untuk wanita. Hukum alam setiap pasangan adalah berlawanan jenis yang saling bergantung dan memerlukan. Bukan sesama jantina.
Aazad bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang, rupanya dia masih lagi mempunyai perasaan. Teguran dan nasihat Pak cik Badrul yang selama ini dipandang sepi, berlegar-legar di dalam kepalanya. Pak cik Badrul yang tidak pernah berputus asa menasihatinya supaya berubah. Namun hatinya keras.
Nasihat itu dicemuh kembali. Hatinya memberontak dan membuatkan dirinya menjauhi Pak cik Badrul sekeluarga. Walaupun begitu Pak cik Badrul tidak pernah melepaskan tangggungjawab yang diamanahkan oleh kedua orang tuanya. Dia yang buta hati. Dia yang celik tetapi buta untuk membezakan antara kejahilan dan kebaikan. Antara jalan yang lurus dan jalan gelap yang berliku. Dia tega memilih jalan gelap yang dirasakan berwarna warni itu.
******
Saat Auni melangkah ke dalam bilik, rasa letih yang membelenggu dirinya tadi menghilang. Rasa hangat mulai mengambil tempat. Kenapa dan mengapa? Hatinya menyoal dan dia tidak mampu memikirkan jawapannya. Di luar biliknya, ada tuan rumah. Sejak tiga bulan yang lepas, dia sendirian dan bebas di dalam kondo ini. Malam ini dan entah berapa lama dia akan terkongkong. Tidak sebebas dalam tempoh tiga bulan itu.
Namun bibirnya mengukir senyum. Ada sesuatu telah luruh dari hatinya. Ada rasa kian mengambil tempat di dalamnya. Orang kata cinta boleh datang dalam sesaat, derita pula tidak akan pergi selamanya. Benarkah?
Melabuhkan punggung di atas katil, Auni terusan berfikir entah apa. Ada takut menerjah, ada hangat kian menghangatkan, ada seriau apabila teringatkan kenangan lalu. Dalam termenung mata Auni terpandangkan telefon bimbitnya, serta merta dia teringatkan Syakila.
Tanpa berlengah Auni mengambil telefon tersebut dan terus mencari nama Syakila. Jumpa dan terus dia menekan butang memanggil. Beberapa saat dia menunggu sebelum panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam.”
“Kau sihat,” tanya Auni.
“Sihat akulah macam mana lagi,” Balas Syakila lemah dan batuk-batuk kecil.
“Kenapa jadi balik?” Soal Auni.
“Entahlah, aku pun tak tahu, padahal aku tak pernah tinggal solat, tak pernah lupa amalkan surah-surah yang ustaz berikan. Entahlah Auni, nasib aku malang agaknya. Kalaulah aku tahu siapa yang dah aku sakiti, aku nak minta maaf. Kalau boleh aku nak sujud di kakinya supaya lepaskan aku. Tapi aku tak tahu siapa dia...” terdengar esakan di hujung katanya.
“Sabarlah Kila. Hati orang ni, nampak baik di mata kita, tapi hatinya tak dapat dinilai. Ustaz kan dah cakap orang tu dekat dengan kau. Banyakkan bersabar dan yakin dengan kuasa Allah s.w.t. Kau kena ingat ini ujian dari-Nya, nak duga tahap kesabaran kau takat mana. Kau ingat ke tak ingat kat DIA. Aku yakin penyakit kau akan sembuh. Kau tak seteruk orang lain yang terkena penyakit ni”
“Aku... aku dah putus asa...” Sayup-sayup suara Syakila menuturkannya.
“Jangan Kila. Jika kau rasa putus asa, benda tu senang-senang dapat kuasai diri kau. Kau kena kuatkan semangat. Ingat yang ramai orang sangat sayangkan kau. Bakal suami kau tu mesti kecewa dengan sikap kau kalau dia tahu. Jangan Kila... kuatkan semangat. Tak lama lagi kau nak kahwin.” Nasihat Auni.
Jika dulu Auni sentiasa bersama Syakila apabila dia kelihatan putus asa. Auni tidak putus-putus meniupkan semangat di dalam diri kawannya itu. Ketika Syakila tidak dapat tidur di waktu malam kerana diburu mimpi-mimpi ngeri, dialah yang sentiasa ada di sampingnya.
“Tapi aku tak kuat Auni...”
“No.. no.. bukan kau tak kuat. Itu perasaan kau je. Jika kau tak kuat dah lama kau hidup dalam dunia asing, tak pun dah lama kau pergi. Sebab kau kuatlah kau masih bernafas lagi di dunia ini. Ingat Kila, hidup mati kita terletak ditangan Allah, bukan makhluknya.”Auni tidak putus-putus mahu menyedarkan diri Syakila.
“Auni.. datanglah sini please.. aku nak jumpa kau.. Nak pinjam semangat kau supaya aku tabah,” Ngongoi Syakila lagi.
Auni terdiam. Dia menarik nafas panjang.

“InsyaAllah... Nanti aku datang rumah kau. Kau kena kuatkan semangat ya,” Bisik Auni.

Khamis, 29 Januari 2015

Januari 29, 2015

Tunggu Awak Datang - Bab 21




Huh… lega.. Aazad mengeluh lega sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas sofa. Akhirnya dia telah selamat sampai ke rumahnya setelah tiga bulan berada di laut. Bukan Aazad tiada rumah lain yang boleh disinggah, tapi ingatannya kuat kepada rumah ini. Lebih-lebih lagi rumah atas didiami oleh Auni.
“Kau ni Zad, kerja pejabat ada. Tapi nak juga kau kerja di tengah laut tu. Apa yang lebihnya? Nak nampak lagi macho dengan kulit hitam legam tu?” Sindir Joe suatu hari ketika mereka sedang melepak-lepak di starbuck.
“Kau juga yang nasihatkan aku supaya hidup jauh-jauh sikit dari kekasih aku tu kan? Jadi itulah yang aku buat” Balas Aazad.
“Itu bukan hidup jauh tapi mengelakkan diri. Aku rasa nanti lagi melekat adalah” sindir Johan.
“Dia baik bro.. Sepanjang kami bersama dia, susah senang telah banyak kami tempuhi” keluh Aazad.
Dia tidak faham kenapa Joe anti sangat dengan Ronny. Begitu juga sebaliknya. Jika mereka bertemu, dia dapat merasakan suasana tegang. Sebab itulah Aazad mengelak bertemu mereka berdua dalam satu masa. Bersama Joe dia lebih relax. Manakala bersama dengan Ronny kadang kala dia merasa sesak. Ronny selalu ingin bermesra dengannya. Dia pula semakin lama semakin merasa tidak selesa. Bukan sebab dia sudah tidak mencintainya lagi. Tapi mungkin sebab mereka berada di bumi Malaysia. Budaya hidup berbeza membuatkan Aazad terasa janggal. Jika di London keadaan ini amatlah biasa, manakala di sini keadaan intim mereka amatlah luar biasa. Lebih-lebih lagi Auni tinggal di rumah atas. Membuatkan dia lebih berhati-hati.
“Baik? Aku pun baik juga tapi tak ada sampai bercinta dengan kaum sejenis.”
“Kau yang tolak cinta aku dulu,”
“Weh.. boleh tak jangan sebut cinta – cinta ni.. geli geleman aku mendengarnya.”
“Sedarlah Zad. Cinta korang tu takkan bawa ke mana. Takkan ada bahagianya.”
“Buang masa.. buang tebiat,” marah Joe lagi.
Berkali-kali dia disindir, namun jiwanya beku sehinggalah dia merasa tercabar.
Auni.... Auni....
Apa lebihnya dia sampaikan Joe mencabarnya?
Hurmm.. dia baik. Comel? Sikapnya yang tidak berprasangka mungkin?
Atau sebab dia seorang gadis yang mudah memahami? Tidak mengada-ngada yang sengaja dibuat-buat? Atau sebab dia memang istimewa di mata Joe?
 Home sweet home. Aazad tersenyum sendirian. Rindu bukan lagi tercalit tetapi mengepung segenap sudut hatinya. Diperhatikan keadaan sekeliling, kemas dan teratur seperti biasa. Tiada yang berubah. Namun hatinya bibirnya tersenyum tanpa sedar, adakah ini perasaan syok sendirinya ataupun aura di dalam rumah ini telah berubah?  Ada aura mesra dan hangat dirasakannya. Dikerling jam, baru pukul 3 petang. Auni masih lagi berada di pejabat. Dia tidak memaklumkan terlebih dahulu kepulangannya, biarlah ia menjadi kejutan kepadanya.
Setelah berehat seketika, tekak yang haus membuatkan dia melangkahkan kaki ke dapur. Dibuka peti ais untuk mengambil air dan dilihatnya isinya penuh dengan makanan. Aazad mengetutkan dahinya, seketika dia terfikir.
‘Auni tak sentuh ke stok yang dia beli sebelum pergi dulu.’ Dia tidak puas hati lalu diperhatikan lagi jika ada yang dia terlepas pandang.
‘Hmmmm rasanya banyak makanan lain, bukan yang dibeli hari tu.’ Aazad tersenyum lalu diambil jag berisi fresh orange yang terdapat di dalamnya. Dibawa keluar dan dituang ke dalam gelas.
Arghaaa...lega rasanya. Hilang dahaganya.
‘Sedap pula jus ini, tentu Auni yang buat.’ Fikirnya.
‘Macam tahu-tahu je dia nak balik hari ini.’
Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya. Pertama kali sejak dia berulang alik ke laut, hatinya terasa gembira kembali ke sini. Terasa ada seseorang yang sedang menunggunya pulang. Rasa indah ini menjalar di segenap jiwanya. Kekosongan dulu bagaikan menghilang. Tidak pernah dirasakan apa yang dirasakan ini biarpun dulu hidupnya tidak pernah sunyi. Sentiasa meriah dan keseronokan tiada batasannya.
Hati kecilnya teringatkan Ronny lagi, dengannya hidupnya tidak pernah merasa kekurangan di dalam diri. Mereka sentiasa enjoy bersama. Mereka bagaikan isi dan kuku, sentiasa melekat dan sentiasa bersama ke mana sahaja mereka pergi.
Fikirnya ketika itu, dia telah menemui kebahagiaan yang dicarinya, rupa-rupanya tidak. Habis enjoy, jiwanya segelap sebelumnya. Hatinya kosong lebih kosong dari sebelumnya. Aazad tercari-cari di mana silapnya? Kenapa semakin dia mahu menikmati kegembiraan semakin jauh kebahagiaan itu dari jiwanya.
Auni.. Adakah kau mampu menghidupkan jiwa seorang lelaki yang hampir mati ini?


Rabu, 28 Januari 2015

Januari 28, 2015

Tunggu Awak Datang- Bab 20




“Assalamualaikum.. kau sibuk ke ni?” salam diberi dan terus diterjah dengan soalan.
“Waalaikumussalam. Biasalah. Dekat hujung bulan ni aku tengah kira gaji. Kenapa? Ada apa?”
“Iklan untuk mengambil KPLI dah keluar. Aku sengaja telefon ni beritahu. Takut kau tak terperasan je” Beritahu Zura.
“Ooh.. ya ke? Nasib baik kau cakap. Kalau tak memang aku terlepaslah. Thanks Zura. Sayang kau bangat. Hahhaaha”
“Poorah.. sayang konon. Kalau sayang tak adanya kau nak tinggalkan kami kat sini. Belum apa-apa lagi dah bawa diri” Sindirnya.
Auni tersengih. Sedikit pun tidak kecil hati. Disandarkan kepalanya di kerusinya.
“olooo.. itu pun nak merajuk ke? Cerita lama. Dah dekat dua bulan aku pindah tau. Kau pulak lagi tiga minggu hendak jadi bini orang. Kena bukak minda tu luas-luas. Jangan asyik dok terkezut hati je kerjanya”
“Yelaa... yelaa.. kau juga yang pandai ek!”
“Kila dah angkut semua barang keluar. Dia dah balik kampung. Mak dia suruh berhenti kerja dan balik tinggal kat kampung”
“Kenapa pulak?” Soal Auni. Tak tahu pun.
“Ermmm. Aku nak cakap pun serba salah sebenarnya. tetapi tak cakap rasa tak kena pula. Hmmm”
“Apa halnya?” soal Auni teruja ingin tahu. Entah-entah sakit lamanya telah datang kembali.
“sakit lamanya datang ke?”
“A’aah”
“Bila?”
“Seminggu lepas kau pindah... dulu kau ada tiap-tiap malam kau mengaji kan? Ustaz yang rawat dia cakap, rumah yang kami duduk ni makin panas dan benda yang menumpang kat badan dia dah dapat dekat dengan dia.”
“Itulah dah banyak kali aku cakap. Amal ayat seribu dinar tu. Ayat-ayat pendinding. Sakit dia tu tak ada ubat melainkan dia sendiri kuat semangat nak lawan. Dekatkan diri pada Allah s.w.t” Auni kesal dengan sikap Syakila tidak ambil endah dengan nasihatnya.
Ketika tinggal bersama dulu, memang dia dapat rasakan kepanasan setiap kali berdekatan dengan Syakila. Adakalanya bulu romanya akan berdiri dan ada kalanya dia terperasaan ada sesuatu sedang menunggu di pintu rumah mereka setiap malam. Hal ini hanya dia dan Syakila saja yang tahu.
“Habis tu macam mana dia sekarang?”
“Pucat lesi. Tangan dan kakinya ada tanda lebam. Satu dua tak apa jugak. Ni penuh di lengan dan paha dia tu. Muka pun makin pucat. Nadiralah yang telefon mak dia. kalau ikutkan dia tu, tak nak orang tua tahu. Tapi kami takutlah, jadi apa-apa kang kami juga yang susah”
“Betul apa yang Dira buat tu. Aku lupa nak pesan kau korang. Malam-malam sebelum tidur ambil wuduk dulu dan baca ayat seribu dinar, dan tiga kul tu. Baca sampai korang tertidur pun tak apa.”
“Aku takutlah. Seram je bila duduk dekat dengan dia. lepas dia balik kampung pun rasa seram tu ada lagi. Tak pernah dah aku tinggal sorang kat rumah tu.”
“Tak ada apa-apalah.. perasaan kau je tu. Dah kau takut. Syaitan yang sentiasa intai kau tu sengaja nak takutkan kau lagi” Usik Auni.
Zura mendengus.
“Kau ni sengaja nak takutkan aku kan?”
Tanpa tangguh Auni ketawa.
“Sentiasa mengingati-Nya. Jangan culas solat. Insyaallah takkan apa-apalah”
Tidak lama kemudian, talian diputuskan. Seketika Auni termenung.
Syakila, sahabat yang dikenali ketika menjejakkan kaki di Universiti Putra Malaysia, teman sebiliknya sejak dari tahun satu sampailah mereka menyewa di luar kampus sehingga masing-masing bekerja. Rahsianya telah lama menjadi rahsia Auni juga. Orang cantik dan lembut. Kerana kecantikannya dicemburui. Sanggup berbuat apa sahaja asalkan hasrat mereka tercapai.
Mujurlah Syakila seorang yang kuat semangat. Tidak dilayan penyakit yang datang. Ibu bapanya juga tidak pernah duduk diam mengubati anaknya di dalam diam. Sakit ini ubatnya, penyembuhnya adalah kalam Allah s.w.t. Penyakit khianat dan dengki ini penyebabnya adalah hati yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang dinikmati.
Menurut Syakila, dulu dia ada bersahabat baik. Ke mana-mana sahaja mereka sentiasa berdua. Dan ditakdirkan mereka jatuh hati pada lelaki yang sama dan lelaki itu juga turut menyukainya. Dalam diam sahabat baiknya berdendam dan melakukan sesuatu yang langsung tidak terlintas difikirannya. Sebagai seorang yang hidup di dunia moden ini, kepercayaan kepada ilmu hitam amat kurang. Jadi dia mengambil mudah. Sampaikan satu tahap dia tidak mampu bertahan lagi. Doktor pula mengesahkan dia tidak mempunyai apa-apa penyakit pun. Sebagai alternatif, Syakila diperkenalkan dengan seorang ustaz. Dan sejak itu dia mulai percaya apa yang tidak ingin dipercayainya. Syukur, tuhan memberikan peluang padanya untuk bernafas di dunia ini lagi.
Mendenger cerita Syakila tentang mimpi-mimpi ngeri yang dialaminya membuatkan Auni merasa takut. Takut pada Syakila dan kisahnya. Spontan perasaan itu bukan dibuat-buat. Sedikit demi sedikit dia menyelidik dan mencari fakta tentang penyakit ini. Sebagai kawan, Auni amat bersimpati dengannya, kalaulah boleh menolong, ingin sekali dia menolong. Ilmu hitam ni wujud sejak dulu lagi.
Mungkin Syakila merasakan dia sudah sembuh, sebab itulah dia terleka dan penyakit itu datang kembali. Di dalam hati Auni mendoakan agar sahabatnya itu tabah melayan penyakitnya. Terkena penyakit dengki orang ni susah hendak sembuh. Jiwa seseorang itu kena kuat melawannya dan sentiasa mengingati Allah s.w.t barulah orang suruhan yang dihantar tidak dapat mendekati.

******

Selasa, 27 Januari 2015

Januari 27, 2015

Tunggu Awak Datang - bab 19



“Hai.. Sorang je? Your boyfriend mana?” Soal Rajan sambil meletakkan tangan di atas bahu Ronny. Diurut-urut perlahan.
“Entah. Sejak kebelakangan ni susah sangat hendak jumpa dia” Adu Ronny.
“Itulah I nak kat you, you tak nak. Giler jugak kat budak melayu tu. Hebat sangat ke? Hebat lagi I” Rajan memukul canangnya sendiri.
Ronny menjeling tajam. ‘Hitam macam dia, tak ada selera aku. Hensem macam Aazad baru sesuai dengan wajah jambu ni’ bisik hati kecilnya.
Enjoy man. Malam-malam minggu ni, jangan ditunjuk muka tapai basi tu. Putus selera orang lain” Rajan memeluk bahu Ronny dan mendorong ke pentas tarian. Lagu rancak ligat diputarkan.
Dalam keterpaksaan Ronny menggoyangkan badannya. Dalam masa yang sama dua tiga orang gadis cantik menghampiri mereka dan turut sama menari. Jiwa yang resah tadi kian terubat. Kerancakan irama lagu menenggelamkan kesedihan tadi. walaupun dia tidak berminat dengan kehadiran gadis-gadis tersebut, namun oleh kerana liuk lentuk badan mereka membuatkan hatinya ingin terus-terusan menari untuk membuktikan dia juga pandai melenggukkan badannya mengikut irama rancak itu.
Kalaulah ada Aazad pasti mereka telah bersaing untuk menunjukkan siapa raja tari malam ini. Dan seterusnya tenggelam di dalam keasyikan duniawi ini.
******
Jauh Auni mengelamun. Minggu pertama di sini terasa janggal. Sendirian walaupun Auni tahu rumah bawah berpenghuni. Perumahan ini tidak terlalu sibuk atau padat. Jiran sebelah menyebelah juga rajin bertegur sapa. Auni sukakan jiran-jiran barunya. Mak cik Mindy selalu menegurnya ketika dia ingin keluar bekerja. Selalu juga memberikannya makanan. Mula-mula tu rasa was-was juga hendak makannya. Namun Mak cik Mindy cepat-cepat beritahu, dia tak minum arak dan makan daging khinzir. Dia selalu membeli makanan halal yang dijual oleh orang melayu sebab salah seorang menantu orang Melayu. Anak sulungnya bernama Aminah telah masuk Melayu..
Alhamdulillah Auni bersyukur di dalam hati. Dia juga turut berdoa agar Mak cik Mindy terbuka untuk menerima hidayah Allah sebagaimana anaknya. Dia gembira tinggal di sini. Kadang kala ada juga Auni terjumpa dengan Ronny yang kadang kala singgah ke rumah Aazad di bawah. Ronny ni mood dia selalu berubah-ubah. Ada kalanya dia ramah tamah. Ada kalanya dia dingin dan beku. Mukanya kelat semacam. Malas juga Auni ambil tahu tapi sebagai sahabat Aazad, Ronny tentunya sahabatnya juga. Keprihatinan Aazad membuatkan dia juga bersikap prihatin biarpun dia tak faham seerat mana perhubungan Aazad dan Ronny.
Walaupun tinggal berlainan rumah Auni merasa sangsi juga, Sebab Aazad mahupun Ronny boleh bila-bila masa menerjah masuk ke rumahnya. Aazad siap pesan lagi. Jika dia ada di rumah, jangan sesekali gatal kunci pintu. Senang dia hendak masuk ke dalam rumah Auni duduki tanpa perlu mengetuk pintu bagaikan hendak roboh. Auni bengang juga. Susah. Nanti kang diterjahnya ketika dia berpakaian seksi. Teringat rumah sewa lama dulu, selamba sahaja memakai singlet dan seluar tiga suku menonton televisyen. Selamba je berkemban apabila ingin mandi tanpa perlu risau soal aurat. Itulah tak ada penyakit, nak juga cari penyakit, padan muka kau, kutuk hatinya sendiri.
Rindu pada Nadira, Syakila dan Zura. Mereka sedang buat apa sekarang ya? Adakah mereka sedang bertemujanji dengan pasangan masing-masing atau sudah pun hanyut di alam mimpi. Jika serumah dulu, malam minggu begini dia sentiasa sendirian. Adakalanya ditemani oleh Zura dan adakalanya Syakila. Jadual mereka tidak tentu sebab sibuk bermadu kasih dan juga membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tidak lama lagi. Jika ada pun salah seorang dari mereka, mesti ada benda yang tak kena telah terjadi dengan pasangan masing-masing. Ada krisis dan ketika inilah Auni tempat mereka mengadu dan mencurah perasaan. Geram dengan si dia, pening hendak pilih warna tema, bajet telah lari dan banyak lagi aduannya. Auni pula setia mendengar dan adakalanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Untuk memberi pendapat, dia tiada pengalaman, lagipun lain orang, lain yang diinginkan. Maklumlah majlis sekali seumur hidup dan tentunya ingin yang sempurna dan meninggalkan kenangan manis untuk di kenang.
Sendirian di rumah ini berjaya membuatkan dia teringatkan mereka semua dan juga teman serumahnya yang baru. Aazad, ada sesuatu di dalam diri pemuda itu membuatkan hatinya terpikat. Bukan kerana dia mempunyai wajah yang memikat tetapi lebih kepada air mukanya. Walaupun dia cuba menyembunyikan dengan senyuman ceria dan celoteh yang mengusik hati Auni, namun ada sesuatu di situ yang membuatkan Auni ingin menerokainya. Ingin menyelami dan memahaminya.
Dia cukup bertuah. Pertama kali melihat kondo ini, hatinya telah terjatuh suka dengan dekorasi dan konsep yang ditonjolkan. Modern style kontempopari. Dia suka dan baginya kekemasan dan konsep yang diterapkan di situ, menggambarkan pemilik yang pentingkan kediaman yang menitikberatkan keselesaan dan kedamaian. Bukan seperti di rumah sewa lamanya yang bagaikan tempat persinggahan sahaja. Tempat lepak dan tempat tidur sementara menanti hari esok. Barang-barang masing-masing yang menjaganya. Soal kemas ke, selerak ke tak siapa yang peduli. Janji ada tempat tinggal sudah cukuplah. Lagipun bukan selamanya akan tinggal di situ.
Bagaikan terpesona, walaupun dia mengambil masa selama seminggu untuk berfikir, hatinya telah awal-awal lagi menerima pelawaan itu. Semua alasan yang sendiri berikan untuk menolak bagaikan angin lalu sahaja. Dan dia dengan sepenuh jiwa menurut keputusan hatinya.
Dia tidak sedikit pun kecewa apabila kondo bertukar townhouse. Dekorasinya juga menarik.
“Terima kasih” Ucap Auni ketika mereka sama-sama menikmati segelas jus di balkoni rumag Auni sambil memerhatikan sekumpulan burung terbang ke utara. Mungkin mahu pulang ke sarang mereka.
“Untuk apa?” Soal Aazad. Sekilas dapat dirasakan Aazad memandang wajahnya sebelum kembali memandang dada langit yang kian berwarna jingga.
“Bersusah payah membantu saya.”
Terukir sebuah senyuman di wajahnya sebelum dia membalas.
“Aku yang sepatutnya mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana sudi tinggal di sini. Terima kasih kerana sudi menjaga rumah aku ni dan terima kasih kerana menerima aku sebagai kawan kau”
Auni terkelu. Walaupun ayat-ayat yang dilafazkan itu biasa-biasa. Namun bagi dirinya belum biasa orang berterima kasih di atas kesudian menghuni rumah ini tanpa sebarang bayaran. Bertuah sungguhkah diri ini?
“Hurmmm peliklah dengan awak ni. Bagi orang duduk free dan siap berterima kasih lagi. siapa awak yang sebenarnya ni? Banyak duit sangat ke sampaikan tak kisah bagi free orang duduk di sini?” Soal Auni. Tetiba ada macam-macam soalan yang timbul di benaknya. Siapakah lelaki ini sebenarnya. Masih muda. Berwajah tampan dan tidak lokek dengan apa yang dimiliki.
Senyuman masih lagi tersungging di wajahnya.
“Agak-agak kau aku ni siapa? Bapa ayam? Gangster?” usiknya membuatkan wajah Auni serta merta berubah. Betulkah? Jika benar, adakah aku akan terperangkap di dalam neraka duniawi ni.
Terbayang lagi diingatannya ketika itu, Aazad ketawa besar dan lama. Ketawa dengan perubahan wajahnya. Jelas terpancar riak ketakutan.
“Kekadang aku lihat kau ni memang betul-betul seorang gadis polos. Yang naif dengan permainan dunia ini. Yang masih suci dari debu kota Auni. Dalam masa yang sama aku melihat kau seorang gadis yang tahu apa yang kau mahukan. Disebalik sifat polos itu ada ketegasan. Kau tetap dengan pendirian. Membuatkan aku tanpa ragu-ragu mempercayai kau Auni.”
“Jadi jangan risau. Aku bukan seperti apa yang aku cakapkan tadi. aku bukan orang yang zalim tetapi seorang yang telah tergelincir dari norma-norma kehidupan sebagai seorang manusia. Berkenalan dengan kau membuatkan aku menyedari sesuatu”
“Aku mahu keluar dari kegelapan yang sengaja dicari. Aku mengharapkan kau berada di sisiku Auni sebagai cahaya di dalam kegelapan.” Aazad bermadah. Dia harus bermain-main dengan kata-kata agar Auni terus terpesona dengannya.
Auni berkerut dahi. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Aazad.
“Tak faham. Apa yang awak nak cakap sebenarnya? Tergelincir? Apa maksudnya?”
Aazad tersenyum lagi.
“Suatu hari nanti aku akan ceritakan. Aku harap sebelum sampai hari itu, kau akan sentiasa ada di sini Auni. Aku harap kau sudi menjadi sahabat aku untuk selama-lamanya”
Auni masih lagi blur. Sampai sekarang dia blurr dengan kata-kata yang diucapkan oleh Aazad. Perbualan di remang petang itu meninggalkan kesan di hati Auni. Membuatkan dia seringkali tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang telah terjadi kepada pemuda itu. Siapa sebenarnya dia dan apa pekerjaannya yang sebenar. Walaupun begitu hatinya tidak pula menyatakan dia seorang yang merbahaya atau dirinya berada di dalam keadaan bahaya.

Auni tersenyum lagi. Sedikit rindu menguntum di hati dengan persoalan yang masih belum terjawab. Dilemparkan pemandangan di luar sana. Kerlipan lampu-lampu kereta,dan juga lampu – lampu jalan memberikan tanda, kota ini tidak pernah sunyi. Tidak pernah tidur. Tetap hidup 24 jam sehari. Dikerlingkan jam di handsetnya, sudah 12 malam. Lamanya dia mengelamun di situ, menikmati angin malam. Kemudian dia berpaling dan melangkah masuk untuk tidur. Menanti esok dengan rutin yang biasa dilakukannya.

Isnin, 26 Januari 2015

Januari 26, 2015

Tunggu Awak Datang - Bab 18



Auni bersendirian di tempat baru. Teman serumahnya, Aazad telah berangkat ke laut untuk selama dua bulan, itu katanya. Auni tersenyum sendirian. Tak sangka pula kata-katanya telah membuatkan Aazad berubah fikiran. Ingatkan mereka betul-betul serumah. Rupa-rupanya tanggapannya meleset sekali. Semakin Auni mengangumi dan memandang tinggi kepada Aazad. Rumah townhouse ni tak kurang starategik kedudukannya walaupun dia terpaksa memandu beberapa minit menuju ke LRT Ampang. Sudah cukup baik kerana dia tidak perlu memandu di lebuh raya, hanya beberapa lorong taman perumahan Mewah ini sebelum sampai ke LRT, Ampang.
Townhouse ini menurut Aazad merupakan rumahnya juga. Setelah berfikir panjang dan mengambil kira pendapatnya dulu, dia mengambil keputusan tinggal di sini. Kondo tersebut akan disewakan atau sesekali dia akan bermalam di sana. Rumah atas, diduduki oleh Auni dan Aazad tinggal di rumah bawah. Jadi Auni bebas bergerak di dalam rumah ini . Bebas melakukan apa sahaja tanpa sedikit rasa bimbang atau takut. Aazad telah berjanji tidak akan sesuka hati memasuki rumahnya walaupun dia membenarkan Auni memasuki rumahnya sesuka hati. Dengan syarat Auni tolong menjaga dan mengemas rumahnya. Memasakkan untuknya ketika dia berada di rumah. Paling penting menemaninya ketika dia ingin ditemani. Itulah bayaran sewa yang Aazad kenakan. Tidak berubah dan Auni senang hati menerimanya. Janji tidak serunah.
Kerja barunya membuatkan dia sentiasa sibuk. Pulang dari pejabat setiap hari di kala jam berdetik pukul lapan malam. Kadang kala sengaja dia pulang lambat, sempat lagi merehatkan minda melepak di taman petronas mengadap tempat permainan kanak-kanak. Telatah mereka menghiburkan hatinya. menghambat kekusutan di dalam fikiran. Auni amat sukakan kanak-kanak, sebab itulah dia tidak berputus asa memohon kursus perguruan lepasan ijazah. Cita-citanya mahu berbakti mendidik anak bangsa.
Sendirian ini, hatinya membawa ingatan kepada Aazad. Dia juga sempat berkenalan dengan teman Aazad, Ronny namanya. Orang juga segak dan tampan seperti Aazad. Berbangsa cina dan sentiasa murah dengan senyuman. Mereka kelihatan amat rapat. Ronny juga ramah dan cepat mesra dengannya membuatkan Auni tidak kekok apabila berjumpa dengannya.
Dia juga prihatin seperti Aazad. Mengingati Aazad membuatkan hatinya terharu. Sebelum berangkat pergi, Aazad telah memenuhi peti sejuk dengan stok makanan yang banyak. Sampaikan dia tidak henti-henti mengeluh. Untuk apa semua stok makanan itu? Sudahlah tinggal percuma di sini, makanan juga disediakan. membuatkan dirinya segan. Segan bukan sedikit, sampaikan Auni terfikir, patutkah dia mencari rumah sewa lain, melarikan diri dari termakan budi. Terperangkap di dalam budi yang ditabur oleh seorang lelaki yang tentunya membuatkan hatinya terpikat tanpa disedari. Sedangkan di dalam keadaan sedar pun, sering kali hatinya terbabas, matanya nakal merenung dan menganalisa lelaki itu. Markah yang terkumpul semakin tinggi, membuatkan dirinya takut. Takut terjatuh hati pada orang yang tidak sepatutnya.
“Kenapa awak perlu bersusah payah macam ni. Saya boleh beli sendirilah” Bebel Auni. Muncung mulutnya, tidak suka dengan sikap mengambil berat dan baik hati tuan rumahnya.
“Susah apa kebendanya? Cold Storage kat KLCC tu je. Tak berat mana pun nak diusung naik ke atas ni. Senang sikit kau nanti, tak perlu susah-susah bawak plastik berat-berat,” panjang jawapan yang diberikan.
“Saya boleh beli sendiri stok makanan tu.” Dengus Auni.
Tak sangka pulak, Aazad ni terlebih gentle. Kalau perempuan lain pasti terjatuh dan terus terjatuh hati. Sudah pasti bukan dirinya. kebaikan dan keprihatinan ini membuatkan hati Auni tidak enak. Suka dalam tak suka, takut dalam tak takut. Arg.. sukar untuk dimengertikan apa istilah yang boleh digambarkan.
“Saya tak nak termakan budi”
“Siapa suruh kau makan budi,” Pantas Aazad membalas sambil memandang Auni.
“Ini adalah upah sebab kau sudi tinggal di sini dan jaga rumah aku ni. Kalau aku nak kasi duit pasti kau takkan ambilkan. Jadi lebih baik aku belikan kau makanan berkhasiat ni supaya kau akan sentiasa sihat sepanjang aku tak ada di sini. Moga-moga kau ringan tulang mengemas rumah. Bukan free tau, ada balasan yang kau kena berikan,” Terang Aazad perkara yang sebenarnya. padahal bukan itu tujuannya, pembelian ini secara spontan. Terasa ada tanggungjawab yang dipikulnya membuatkan dirinya menyiapkan segala bekalan untuk gadis ini. Spontan dan bukan terasa ia sebagai paksaan. Seketika Aazad tergamam, celaru dengan apa yang dilakukan ini. Walaupun begitu, hatinya gembira dan bahagia melihat wajah cemberut Auni di depan mata. Wajah yang penuh protes.
“Auni awak terima je.. bila-bila masa free boleh gak saya datang sini, makan apa yang awak masak,” sampuk Ronny yang sedari tadi menjadi pemerhati.
Auni mencebik. Susah betul cakap dengan dua orang lelaki ni. Dia bukan perempuan lemah yang bergantung hidup dengan lelakilah. Semuanya dia boleh buat sendiri.
“Tapi tak perlulah susah-susah. Saya tak suka orang susahkan diri sendiri sebab saya. Sejak hidup di Kuala Lumpur ni, saya teramatlah berdikari, tak perlu ada orang tolong saya,” tegas Auni.
“Laa kan aku dah cakap tadi, aku tak tolong kau pun, ini adalah upah sebab kau nak tolong jagakan rumah ini.”
Ronny tersengih-sengih. Lucu melihat Aazad dan Auni bertikam lidah.
“Duduak free di sini pun dikira upah dah. Tak perlu banyak upah,” sambung Auni lagi. dia betul-betul tak suka.
Budi baik Aazad minggu lepas pun tak termampu dah nak bayar. Inikan pula budi yang terkini. Dia takut dirinya terselesa dengan keadaan ini dan membuatkan hatinya berterusan bersenandungkan melodi yang entah apa-apa. Macam-macam lagi dihubungkaitkan.
Ingatan Auni terus menyelusuri kisah dua minggu yang sudah. Kesanggupan Aazad datang ke rumah sewa lamanya menggunakan LRT Star menjentik perasaannya. Usia perkenalan mereka baru menjangkau dua bulan dan Aazad telah sanggup bersusah payah kerananya. Menyesal tak sudah terlepas kata bahawa dia phobia memandu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur kerana pernah terlibat dengan insiden beberapa bulan yang lalu. Aazad ketika itu, tanpa berfikir panjang menyatakan dia yang akan datang membantunya berpindah. Puas menolak, Aazad tetap dengan pendiriannya, membuatkan Auni mengalah.
Dan tentunya ketika itu, Aazad menjadi perhatian housematenya yang lain. Mereka turut sama menyibuk untuk menolong. Padahal Auni tahu, mereka semua masih lagi terasa dengan keputusannya. Dikeraskan hatinya, dipujuk berkali-kali hati ini agar sentiasa berpegang dengan keputusan yang diambil. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap permulaan adanya pengakhiran. Zaman mereka bersama sudah hampir ke penghujung. Mereka perlu bergerak ke hadapan, mencorakkan kehidupan berpasangan dan berkeluarga pula.  
“uit…kau jumpa mamat ni kat mana erk? Hensemnya” Puji Nadira.
“Ya lah... Auni, hensem, tak cakap pun kat kitorang kau dah ada pakwe, kacak pulak tu,” sampuk Syakila pula. Auni tersengih-sengih. Macam –macamlah diorang ni. Tapi takkan nak cakap pula. Inilah housemate baru aku. Langsung tak sesuai. Tak boleh pakai. Nantikan mereka akan fikir yang bukan-bukan.
Smart ke? Hensem ke? Nanti aku cakap kat dia yang korang puji dia erk. Mana tahu kot-kot dia pun terbekenan korang jugak, hahaha” usik Auni. Tanpa amaran, dua cubitan hinggap di lengan Auni. Huhu..bisanya.
“Apa kau ni, sakit tahu tak,” Marah Auni sambil menggosok bekas cubitan itu.
“Padan muka kau, kalau kau bagitahu dia, siap kau. Buat malu je,” Nadira memberi amaran.
“Tak adalah. Mesti lagi luas lubang hidung mamat tuh, dengar orang puji dia. Bukannya orang kutuk pun,” ujar Auni selamba tetapi perlahan. Takut didengari oleh Aazad. Sesekali pandangan mereka bertembung dan berbalas senyuman.
“Kalaulah aku belum berpunya lagi, mesti dah masuk jarum ni” kata Zura pula.
“Ada hati, ingat ‘cik abang cinta tak hingat’ kau tuh, kalau-kalau dia terdengar kau cakap macam tuh, tak ke jeles dan merajuk. Siapa yang niaya nak pujuk, kau jugakan” sela Syakila pula.
“Hahahaha…sebab dia tak ada kat sinilah aku berani keluarkan kenyataan maut tu, kalau tidak, gila aku nak cakap macam tu. Dah laa mamat tu suka sangat jeles tak bertempat,” kutuk Zura kepada tunangnya sendiri. Auni menggeleng kepalanya. Itulah dia perangai bakal-bakal ex-housematenya. Cakap lepas. Boleh pula mengutuk pasangan masing-masing. Bukan Auni tidak tahu, dibelakang mereka beranilah, jika ada orangnya di depan, semuanya menikus dan berubah 360 darjah menjadi perempuan melayu terakhir. Dia sudah lali dengan situasi itu.
“Oklah semua, aku minta maaf dan halalkan apa yang aku terambik dan termakan tu erk, kalau dah tetap tarikh per… nak tunang lagi ke, nanti calling-calling atau sms lah aku er”
“Free nanti kita boleh jumpa di mana-mana. Setkan masa. In sha Allah aku akan datang,” ujar Auni lagi sambil bersalam dan berpelukan antara mereka. Terasa sebak juga di hatinya ketika itu. Tetapi lambat laun perpisahan akan terjadi jua. Oleh itu biarlah dia membawa diri dahulu sebelum dia ditinggalkan.
Aazad tetap setia menanti di keretanya. Dia memerhati tingkah laku Auni dan sahabatnya itu. Terbit rasa kagum di hati melihat keakraban mereka. Rupanya dia seorang yang disenangi. Biarpun selalu sendirian. Dia tersenyum.
Deringan telefon menyedarkannya dari khayalan, membawa pergi ingatannya pada teman serumahnya. Siapa pula yang menelefon malam-malam begini. Hatinya bersoal jawab. Lantas kakinya melangkah mendekati meja sisi di mana telefonnya diletakkan.
Berkerut dahinya dengan nombor asing yang muncul diskrin itu. Dalam rasa was-was Auni menekan butang menyambungkan talian tersebut.
“Hello...”
“Hello Auni...”
“Aazad” teka Auni. Rasanya suara itu dapat dicamnya.
“Haaa.. cam pun” Balas Aazad diiringi dengan gelak dihujungnya”
“Awak kat mana ni?”
“Kat lautlah... mana lagi” Balasnya.
“Kau okey... duduk situ?” Soal Aazad prihatin.
“Ya... semua okey... sempurna” Balas Auni.
“Bagus... itu yang aku nak dengar. Baik kau tidur, dah lewat malam ni” Nasihat Aazad lagi.
“Awak tu kenapa tak tidur lagi... bukannya dah lewat juga” Balas Auni pula.
“Aku kerja shift... masa kerja ni, teringat kat kau. Tu yang telefon kejap. Oklah aku kena letak telefon ni. Jaga diri. Bye..”
Tanpa sempat Auni membalas. Talian diputuskan. Seketika Auni merenung telefonnya. Baru sekejap tadi dia mengenangkan Aazad, dan baru beberapa saat, talian baru diputuskan.

‘Adakah dia merasai ada seseorang tengah mengenang dan memikirkan dirinya?’ bisik hati kecil Auni sendirian.

Ahad, 25 Januari 2015

Januari 25, 2015

Tunggu Awak Datang - bab 17




“Aku dah dapat rumah, minggu depan aku pindah” Beritahu Auni kepada teman serumahnya apabila mereka berempat bersantai di hadapan tv.
Ketiga-tiga mata tajam memandangnya. Ada yang tidak puas hati, ada yang kata sampai hati, andai hati kecilnya. Auni tersengih-sengih.
“Janganlah tengok aku macam tu. Seriau rasanya. Macam aku buat salah besar pulak” Canda Auni. Masih lagi berlagak selamba dengan mengopek dan mengunyah kacang cap ngan yin.
“Kenapa kau nak pindah? Bukannya jauh pun sini dengan KLCC tu, kau tak perlu menapak keluar dari LRT tu. Hanya tukar tren je” Ulas Syakila.
“Jauhlah dua kali tukar tren, lepas tu kena memandu balik pula,” Sanggah Auni.
Dia kalau boleh, tak ingin bersesak-sesak di dalam tren dan juga bersesak-sesak di atas jalan raya. Lebuhraya lingkaran tengah menghala ke Bandar Tasek Selatan ini memang sesak teruk di waktu puncak, ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah dan juga ketika orang bergerak ke tempat kerja. Walaupun dia Cuma perlu memandu tidak sampai lima kilometer, yang sepatutnya sampai dalam masa sepuluh minit, menjadikan perjalanannya tiga puluh minit. Itu yang tidak dimahukan, membazir masa sambil mendengar radio dalam dua puluh minit di dalam kereta. Kemudian membazir lagi masa antara sepuluh hingga dua puluh minit menunggu tren dan bertukar tren. Penat mahu menunggu. Jadi cara terbaik adalah dengan tinggal berdekatan dengan tempat kerja.
Tawaran menarik daripada Aazad amat mengujakan, walaupun dia cuba sedaya upaya bersikap selamba di hadapan pemuda itu, namun hatinya sudah berangan-angan mahu menghuni di bilik sederhana besar yang serba serbi lengkap dan cantik itu.
Padahal hakikat sebenarnya, dia ingin membawa diri terlebih dahulu daripada ketiga-tiga housemate merangkap sahabat seiring sejalan sejak dari universiti lagi.  Hati siapa yang tidak terasa sedih apabila seorang demi seorang dari mereka akan melangkah ke alam rumah tangga, meninggalkan dia sendirian di rumah ini. Dia tidak mahu terasa ditinggalkan. Bukan kerana dengki atau cemburu, tidak, lebih kepada rasa ketinggalan dan sedih sebenarnya. Sebab selepas ini, masa berpoya-poya berempat sudah tidak ada lagi.
“Alasan kau tak kukuh Auni. Takkan sebab itu. Lagipun tempat tinggal kita ni dah kira strategik tau, senang hendak ke mana-mana. Malas nak memandu, bas selalu lalu kat depan tu” Celah Zura pula.
“Itu yang korang tak tahu, aku jumpa tempat tinggal lagi strategik dari sini. Jalan kaki je ke tempat kerja dalam sepuluh minit dah sampai. Sewa pun berpatutan. Jimat kos pengangkutan.” Auni mempertahankan keputusannya ingin berpindah.
“Sampai hati kau nak tinggalkan kita orang” Syakila mula melakonkan watak sedih.
“A’aah sampai hati.. kita telah bersama selama lima tahun Auni. Takkanlah sudah bosan dan nak tinggalkan kami. selama ini susah senang kita kongsi bersama,” Sambung Zura pula.
Auni memandang ketiga-tiga sahabat susah senangnya itu. Siapa tak sedih, namun dia berpijak pada realiti kehidupan. Lambat laun mereka akan terpisah mengikut haluan hidup masing-masing. Tak lama lagi seorang demi seorang akan melangkah ke alam rumah tangga, memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Jadi akan sampai masanya seorang demi seorang akan angkat kaki melangkah pergi.
“Siapa kata aku sampai hati? Siapa kata aku tak sedih nak pindah dan berpisah dengan korang semua. Aku sedih sangat-sangat tau. Aku terasa sangat aku jauh ketinggalan dari korang semua. Tak lama lagi seorang demi sorang akan kahwin, lama kelamaan aku akan tinggal sendiri di sini. Aku tak nak hadapi situasi itu. Aku akan tertekan dan terasa dengan pemergian korang. Jadi inilah langkah terbaik yang aku fikirkan. Sudah sampai masanya kita mengorak langkah ke hadapan. Zaman kanak-kanak ribena telah hampir ke penghujungnya. Fasa lain akan dilalui,” Panjang Auni meluahkan isi hatinya membuatkan Syakila, Zura dan Nadira terkelu seketika.
Di hati masing-masing langsung tidak terdetik akan perpisahan yang bakal mereka hadapi. Auni yang terdahulu memikirkannya. Mereka saling pandang memandang antara satu sama lain. Menyangkal kata-kata Auni adalah mustahil kerana masing-masing sedar dalam jarak masa tiga bulan akan datang, Zura akan melangkah mendahului mereka meninggalkan zaman gadis ini, kemudian diikuti dengan Nadira dan seterusnya Syakila. Pasti Auni terasa kerana dia masih sendiri.
“Maafkan aku, aku langsung tak fikirkan perasaan kau. Aku ingatkan kau tak rasa apa-apa sebab kau sentiasa selamba dan tenang. Tak pernah tunjuk rasa hati yang sebenar” Zura memulakan kata setelah masing-masing terdiam seketika tadi.
Auni tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“Tak ada apalah. Aku okey je.. Cuma yelah sikit-sikit tu terasa jugak ketinggalan. Tapi aku tak kisah pun sebab salah aku juga tak bagi peluang kat orang dekati aku” Ujar Auni menenangkan hati sahabat-sahabatnya.
“Apa kata kau cuba bagi peluang kenal dengan orang yang nak kenal tu” Usul Nadira setelah sekian lama menjadi pendengar.
Pantas Auni menggelengkan kepalanya. Dia masih lagi belum terdesak sampai ke tahap tangkap muat atau menghadiri blind date.
“Tak nak aku. Aku mahukan pertemuan yang natural, tarikan semulajadi pada seseorang itu tanpa perlu mengatur sebuah temujanji. Biarlah orang yang bakal jadi teman hidup aku tu seseorang yang aku temui secara kebetulan  atas aturan-Nya.”
Nadira mencebik. Sampai bila-bila pun takkan jumpa. Ingat senang ke nak jumpa secara kebetulan dan kemudian terus jatuh cinta pandang pertama? Sekali dalam seribu pertemuan belum tentu akan terjadi cinta pandang pertama itu. Lagipun dia kenal sangat dengan Auni ni, susah hendak jatuh cinta. Sekali tersuka, tersilap orang pulak.
“Ataupun kau masih ingatkan dia?” Tebak Syakila secara tiba-tiba. Merujuk cinta pandang pertama Auni di zaman universiti dulu.
Buat sekian kali Auni menggelengkan kepala dan kemudian mencebik.
“Tak de maknanya aku dok melayan perasaan kat mamat tu lagi. Dia telah jadi laki orang. Buat apa buang masa je.” Sangkal Auni. Sejarah baik untuk dikenang bukan untuk diungkit. Baik dijadikan sempadan bukan hanyut mengangankannya berulang kembali.
“Jadi kau memang dah tekad hendak berpindah ni?”
“Yup.. bilik dah dapat pun.”
“Bila pindah jangan lupakan kami pulak”
“Takkan sesekali lupa sebab koranglah kawan dunia akhirat aku.”
“Kila nanti kau kena jaga diri kau baik-baik tau. Jangan leka pula. Sakit kau tu bukan sebarang sakit, sekali terleka ia akan datang balik,” Pesan Auni.
“Kau cakap macam tu Auni, berdiri bulu roma aku ni hah” Zura menunjukkan lengannya.
“Kau ni penakut sangatlah. Patutnya kau takut pada Allah, bukan pada makhluknya,” Marah Auni.
Bukan dia tak merasa apa yang Zura rasa tu, tapi dia buat-buat biasa. Jika dilayan perasaan takut nanti, tak pasal-pasal dia yang terkena.
“Benda tu takkan kacau orang lainlah. Dia nak kat aku je,” Jelas Syakila.
Pap...
“Aku cakap kau main-main pulak” Marah Zura.
“Banyakkan baca Al-Quran dan berzikir. Yakin pada diri kita, tak takut dengan dia tapi takut dengan Allah,” Pesan Auni lagi.

Sihir ni wujud dan kewujudan diakui oleh Al-Quran karim.

Sabtu, 17 Januari 2015

Januari 17, 2015

Tunggu Awak Datang-Bab 16




Diperhati dan diteliti keadaan sekeliling. Hiasan yang serba ringkas dan menarik. Sesuai dengan citarasa pemiliknya seorang lelaki. Sebuah tv plasma berukuran 40 inci terletak elok di dinding, sofa berwarna merah hati tiga serangkai dan juga meja kopi diletak mengadap tv itu. Di satu sudut yang berdekatan dengan dapur pula, terdapat meja makan untuk empat orang. Pemilihan perabot yang simple dan kontemporari, sesuai dengan gaya hidup masa kini. Tidak nampak berserabut dan juga terlalu ringkas. Padanan warna merah terang, putih dan juga hitam mampu membuatkan hiasan dalam kondo ini kelihatan ceria dan menarik. Tidak perlu banyak perhiasan. Mungkin juga boleh ditambah satu dua gubahan bunga segar atau pun plastik agar nampak sedikit feminin dan tidak terlalu maskulin. Dan tentu sekali kondo ini kemas dan bersih, macam bukan rumah orang bujang.

“Bilik kau nanti aku bagi bilik tengah. Mari aku tunjukkan” Beritahu Aazad tiba – tiba, memecahkan lamunan Auni yang sedang leka memerhati dan menilai hiasan dalamannya. Auni tersenyum lalu membontoti lelaki itu.

Dipulas tombol pintu dan ditolak daun pintu luas-luas. Lalu diberikan laluan kepada Auni untuk memasukinya. Hmmm luas jugak. Segalanya ada. Cukup lengkap dan keluasan bilik tidur ini memberikan ruang persendirian yang cukup besar berbanding dengan bilik tidur di rumah sewa lamanya dan juga bilik kecilnya di kampung. Seakan-akan mimpi menjadi kenyataan. Dia bakal menjadi penghuni bilik seluas dan secantik ini.

“Aku telah buat selak dari dalam. Jadi kau akan rasa lebih selamatlah if kalau dalam hati itu masih terdapat keraguan.”jelas Aazad.

“Nanti aku akan berikan kunci yang telah siap diduplicate. Bila kau hendak pindah masuk?” soal Aazad.

Auni mendongakkan kepalanya untuk memandang wajah yakin Aazad di sisinya. Wajahnya jelas menggambarkan keyakinan bahawa Auni tidak akan sesekali menolak tawaran hebat ini. Terlalu yakin sehinggakan Auni juga merasa yakin bahawa jika dia berpindah ke sini, tiada apa yang akan berlaku. Nampaknya walaupun Auni selalu berjaga-jaga di dalam setiap keputusan dan perbuatannya, kali ini dia rasa ingin mengikut kata hati. Keselesaan dan kemewahan yang ditawarkan oleh Aazad terlalu menarik untuk ditolak. Lagipun Aazad telah memberi jaminan bahawa dia tidak selalu ada di sini dan Auni bebas melakukan apa sahaja di dalam kondo ini. Aura tamak dan materialistik mula bertapak di hatinya. bukan dia yang pinta, tetapi Aazad yang terlalu bermurah hati padanya. Entah di mana tarikan pada dirinya yang membuatkan Aazad tanpa ragu-ragu memberikannya sesuatu yang tidak pernah diimpikan.

Dibiarkan soalan Aazad berlalu tanpa jawapan. Sebenarnya dia telah terjatuh hati dengan bilik ini. Bilik air pula ada jakuzi, tab mandi yang diangankan oleh Auni apabila mempunyai rumah sendiri kelak. Dengan cermin besar di dalamnya, cukup membuatkan dirinya teruja. Wardrobe yang besar membuatkan Auni berfikir panjang, banyak mana baju boleh dimuatkan dalam satu masa. Dekorasinya ala-ala dekorasi yang dilihatnya di dalam majalah anjung seri. Serba lengkap dengan set tv plasma yang kecil sedikit daripada ruang tamu, lengkap dengan astro sekali. Jadi bilik ini menjadi ruang persendirian yang cukup lengkap dan dia tidak perlu ke ruang tamu untuk menonton tv. Segalanya telah tersedia di sini.

“So…macam mana? Kau setuju ke tidak menjadi housemate aku ni?”soal Aazad lagi.

Auni memandangnya sambil tersenyum dan kelihatan seolah oleh berfikir.

“Berapa sewa? Cantik dan mewah. Saya takut tak mampu hendak membayar sewa jer” jawab Auni.

“free of charge” jawab Aazad pula.

“Kan aku dah cakap hari tu lagi kan,” sambungnya lagi.

Auni mengerutkan dahinya. Biar betul. Ingatkan dia main-main hari tu. Takkanlah masih ada lagi orang yang tak kisah pasal duit ni, ataupun dia mahukan bayaran dibuat cara lain. Hati Auni seriau, jika begitu dia tidak rela untuk menyerahkan sesuatu yang berharga miliknya. Matanya tajam memandang Aazad yang berada di hadapannya yang sedang membelek-belek I-phone di tangannya.

“Janganlah macam tu, seganlah saya tinggal free je kat sini” Auni berbahasa. Padahal hati mula terasa cuak dan ingin cepat-cepat keluar dari situ.

‘Biar betul? Entah-entah cara ni senang dia nak ngap aku nih’ bisik akalnya.

Aazad masih bersikap bersahaja tanpa sebarang riak, biarpun di dalam hatinya mengharapkan agar Auni bersetuju tinggal di sini. Selain sebagai teman, sudah tentu sekali dia ingin menang pertaruhan tersebut. Mungkin juga dia boleh berubah sebagaimana pak cik Badrul dan Joe harapkan. Mungkin juga suatu hari nanti dia perlukan Auni lebih dari hartanya. Auni mungkin tidak tahu bahawa dia diperlukan untuk melakukan perubahan di dalam hidup seorang lelaki. Harapan tipikal Pak cik Badrul dan Joe lagi.

“Betul aku serius ni, kau just jaga kondo ini macam rumah kau sendiri. kemaskan dan buat apa yang patut. Aku tak selalu ada kat sini. Anggap ini kondo kau” terang Aazad ikhlas.

“Awak kerja apa sebenarnya?” soal Auni pelik.

“Sebenarnya kerja aku, kebanyakan masa berada di laut. Jadi dalam dua atau tiga bulan aku akan balik sesekali. tidak pun jika ada urusan dengan ibu pejabat. Jadi kondo ini kosong. Elok kalau ada orang yang boleh jaga dan uruskan ketika aku tidak ada di sini” terang Aazad lagi.

“Hmmm” Angguk Auni. Matanya masih lagi melilau di sekitarnya.

“So macam mana?”

“Nanti saya fikirkan. Berikan saya masa untuk pertimbangkan baik dan buruknya sebab....”Auni menjeling seketika.

“Tak pernah dibuat orang,” Disambung katanya.

“Silap tu” Bantah Aazad.

“Berkongsi rumah lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa di kota raya ini.” Apa yang hendak dihairankan, kemodenan boleh mengubah jati diri sesuatu bangsa.

“Orang Cina dan India memanglah biasa, tetapi orang Melayu mana biasa? Tak memasal kena tangkap khalwat” Sanggah Auni.

“Yang tulah aku kata kau silap. Ramai kawan aku selamba je berkongsi rumah dengan girlfriend diorang, macam laki bini.”

Auni berkerut dahi.

“Takkanlah. Tak pernah dengar pun” Sangkal Auni lagi.

Aazad tersenyum sinis. Auni... Auni... nama je telah lama menjadi penghuni ibu kota ni, tetapi pergaulan terbatas pada satu kelompok je. Bercampur dan bergaul dengan kelompok yang sama, yang baik-baik mestilah benda ini sesuatu yang luar biasa. Tidak pernah kedengaran sebab orang yang bersekedudukan ini takkan sesekali mencari pasal memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Bak kata pepatah, berani buat, berani tanggung, pandai-pandailah simpannya.

Kebanyakan mereka yang berkongsi rumah lelaki perempuan ni, adalah orang yang terlebih pandai dan di pandang tinggi di mata masyarat. Mereka tinggal di tempat eksklusif. Sudah tentunya tidak dapat dihidu oleh jabatan agama.

“Lama kelamaan nanti kau akan tahu. Kemodenan sebenarnya semakin membuatkan manusia hilang sikap malu dan jati diri mereka sendiri” Aazad berfalsafah.

Auni mencebik. Pandai pulak mamat ni berfalsafah sampah ni. Padahal manusia begini semakin kurang akalnya. Islam sesuai untuk sepanjang zaman. Tiada beza zaman dahulu kala ataupun zaman moden sampai manusia boleh tinggal di bulan. Ketaksuban orang islam pada gaya hidup yang semakin moden ini, tidak lain daripada terpengaruh dengan gaya hidup orang-orang barat. Semakin maju mereka semakin hilang norma-norma kemanusiaan di dalam diri. Mereka semakin jauh meninggalkan fitrah kehidupan manusia yang sebenar. Sebagai contohnya, mereka menghalalkan perhubungan sesama jenis, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Mereka begitu bangga mengumumkan hubungan anak bapa yang melampau batas perhubungan. Hidup bagaikan suami isteri. Bukankah itu menunjukkan manusia semakin jahil. Gagal membezakan perkara buruk dan baik.

Mendengar hujah Aazad, Auni terasa sedih. Walaupun dia dapat merasakan Aazad bukanlah seseorang yang taksub dan terikut-ikut corak hidup orang barat, namun sikap keterbukaannya lambat laun akan memakan dirinya sendiri. Syaitan bisa sahaja menghasut dan meracun fikiran menjadikan perkara tersebut normal baginya. Jika tidak terikut akan digelar manusia kolot.

“Hakikatnya walau moden mana pun kita, walaupun tinggi mana pun taraf kita di mata umum, berjuta pun harta yang kita miliki, sebenarnya gaya hidup islam jauh lebih baik. Al-Quran telah terkehadapan dari kemodenan yang kita kecapi hari ini. Kalau awak nak tahu, dalam al-Quran telah diberikan gambaran bagaimana kehidupan umat akhir zaman.”

Aazad terkedu.

“Tak percaya?” Soal Auni dengan senyuman nipis. Kasihan lelaki ini. Miskinnya jiwa.

“Tak pernah baca tafsir Al-Quran?” Soal Auni pelik.

“Aku...” Belum sempat Aazad menjawab, deringan lagu I’m yours, Jason MArz mengganggu perbualan mereka. Aazad meminta diri untuk keluar menjawab panggilan tersebut. Auni tidak menghiraukannya.

‘Barangkali girlfriendnya telefon,’ telah Auni.

‘Agaknya kalau aku tinggal kat sini, kena serang tak?’ Omel hatinya lagi.



Ya tuhanku.. jika ada sebab yang tersembunyi engkau memberatkan hatinya supaya menerima pelawaan ini, maka KAU lindungilah aku dari umpatan dan celaan, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.