Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 2 Februari 2015

Februari 02, 2015

Tunggu Awak Datang - Bab 25 (Akhir di blog)



Pagi sudah mula beransur pergi, namun dia baru sahaja membuka matanya.Semalam matanya sukar dipejamkan. Terbayang di ruang matanya Auni yang sedang tidur di tingkat atas. Ingin sahaja dia datang kepada gadis itu. Semakin lama bersama, semakin sukar dia memahami dirinya sendiri. Panggilan dari Ronny terbiar sepi. Walaupun sebahagian dari dirinya mahukan hiburan di luar, namun kaki berat mahu melangkah keluar. Perasaannya kini bercampur baur. Adakalanya dianya merindui kehidupan di kota London, dan adakalanya dia menyesali jalan yang dipilih.
Setelah hampir setengah jam bermalas-malasan di atas katil, barulah dia menggerakkan tubuhnya bangkit. Seketika dia memejamkan matanya. Masih terdengar-dengar suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dinihari tadi yang mengusir resahnya. Mendamaikan jiwanya sehingga terlena. Dia tahu itu adalah alunan ayat-ayat suci al-Quran biarpun dia tidak pernah khatam Al-Quran. Sebuah Al-Quran pun tiada di dalam rumah ini.
Aazad meraup wajahnya. Ingin sekali dia menyentuh Al-Quran dan memahami kandungan di dalamnya.
Aazad tersentak. Tidak!
Tanpa mahu melayani luahan hatinya sendiri, dia keluar dari biliknya. Sunyi sepi, namun ada damainya. Dibawa kakinya melangkah ke dapur. Dilihat ada nota di pintu peti aisnya.
Assalamualaikum.. Hai ..Morning…
Mesti awak bangun lambat nih. Saya dah siapkan breakfast. Mee goreng jerr
Makanlah. Saya pergi kerja dulu. Enjoy ur day..
Wasalam, -Auni
Aazad tersenyum sendirian. Nota ringkas.
Ayat ringkas pun mampu membuatkan dia tersenyum. Mampu menceriakan harinya. Terasa seperti ada seseorang yang mengambil berat tentang dirinya. Lalu diambil pinggan dan menyenduk mee goreng di dalam kuali. Kopi telah pun siap dibancuh, cuma perlu dituangkan ke dalam cawan sahaja. Segera dia teringatkan wajah comel Auni yang sedang tersenyum. Kadang kala dia akan menundukkan wajah, menyembunyikan wajah merahnya. Senyumannya memikat, mendamaikan hati. Membuatkan dia ingin mengusiknya selalu.
“Belum cuba belum tahu bro. Kau tidak boleh berat sebelah. Kau tak pernah rapat dengan mana-mana gadis sebab itulah kau tak tahu keistimewaan seorang wanita ini. Bukankah di dalam Al-Quran telah disebutkan, Allah s.w.t telah jadikan Hawa dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan saling perlu memerlukan. lelaki perlukan perempuan untuk melampiaskan nafsu yang sesak di dalam dadanya. bukan lelaki untuk lelaki. Aku cabar kau cuba dekati seorang gadis dan merasai perasaan itu. Jika rasa itu bukan apa yang kau inginkan, aku akan mengaku kalah.”
“Betul ni?”
“Ya.. dan aku yakin kau yang kalah nanti,”
“Bro keyakinan itu perlu tapi bukan keangkuhan diri.” tempelak Joe.
Aazad memandang sebelah mata saja.. Tidak mungkin hatinya berubah. Baginya wanita tidak lain tidak bukan menyusahkan hidupnya. Tidak tahu menghargai cinta dan kasih sayangnya.
Contohnya Nadini dan Natasya. Dua beradik anak Pak cik Badrul amat menjengkelkan. Sentiasa memandang sinis dan jelek terhadap dirinya. Selalu mengejeknya bapuk. Sakit hatinya.  Mak cik Murni pula pandai bermuka-muka, di depannya baik tetapi di belakangnya bukan main rancak dia mengutuk dan mencela dirinya.
Kenangan lalu amat menyakitkan, apatah lagi ketika itu hatinya sedang berduka kehilangan mama dan papanya.
“Kenapa papa bawa budak bapuk tu tinggal di sini. Tasya tak suka. Sudahlah lembik, kuat menangis pulak tu,” kutuk Natasya sambil marah-marah. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada sambil menghempaskan dirinya di atas sofa.
“Dini pun tak suka. Mama tak malu ke?” Keras suara Nadine sehingga singgah di cuping telinganya. Saat itu dia sedang melangkah menuju ke bilik yang disediakan khas untuknya bersama Nadia. Nadia pula menoleh ke arah ke dua orang kakaknya yang sedang marah-marah. Terkebil-kebil matanya, masih lagi tidak memahami kenapa kak Tasya dan kak Dini marah.
Terlihat di matanya Pak cik Badrul mendiamkan diri sahaja. Tidak menyokong ataupun mempertahankan dirinya. Hatinya bertambah sedih. Semenjak itu, dia selalu berdoa agar masa cepat berjalan, dia ingin keluar dari rumah itu dan hidup berdikari di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Dibawa sepinggan mee goreng dan secawan kopi ke meja makan. Kemudian diambil remote televisyen di atas meja kopi di hadapan televisyen, lalu ditekan untuk membuka siaran.
Sedang dia menikmati mee goreng tersebut, hatinya teringat pula Auni.
Apa yang istimewanya gadis itu?
Apakah yang menyebabkan dia selalu bertindak tanpa berfikir apabila melihatkan gadis itu. Mungkinkah kerana pertaruhan itu atau mungkin seperti yang Joe katakan. Walau apa-apa pun, dia tetap menjunjung egonya. Auni tidak akan mampu menembusi hati lelakinya, tidak sesekali dapat melembutkan hatinya mempercayai bahawa lelaki pasangan perempuan. Hawa dicipta sebagai tempat Adam melimpahkan kasih sayangnya.
I phonenya berbunyi. Aazad menjeling seketika, dia tahu siapa yang mengganggunya pagi ini. Dibiarkan sahaja nyanyian itu sehinggalah terhenti sendiri. Buat kali kedua I phone berbunyi lagi, kali ini dia menyambutnya walaupun hati ingin sekali bermalas-malasan di rumah menunggu Auni pulang.
Hello dear”Aazad menjawab malas.
“Keluar?”
“I tak de mood nak keluarlah. Maybe esok ke, lusa ke, kita jumpa.”
Dia terdiam. Mendengar.
Of courselah I rindu kat u jugak. Tapi I penat, rasa malas nak keluar. Rehat kat rumah je”
“ Tak payah. Tak perlu datang..please.. esok kita jumpa. Promise.
“Ok bye.”
I phonenya direnung. Timbul perasaan bersalah di dalam dirinya. Telah lama sebenarnya mereka tidak berjumpa. Teringat kata-katanya sendiri ketika mereka mengambil keputusan pulang bermastautin di tanahair sendiri. Cepat sungguh kata-kata itu menjadi kenyataan. Kesibukan bekerja dan kehadiran Auni sedikit sebanyak membuatkan masa mereka bersama terhad.
Selain itu, Johan selalu menghubungi dan persahabatan erat mereka kembali terjalin seperti dulu. Sentiasa ada sahaja agenda mereka berempat dan dia tidak merasa ingin berjumpa dengan kekasihnya. Masanya sentiasa penuh. Pak cik Badrul pula tidak pernah berputus asa memujuk menerajui syarikat peninggalkan arwah papanya. Namun sehinga hari ini dia masih belum membuat keputusan.
“You sudah berubah. Mana my dear dulu? I missed him,” sayu suaranya terngiang-ngiang di cuping telinganya.
Argh.. Dia tidak patut melayan Ronny begitu. Ronny yang selalu ada bersamanya. Kerana Ronny jugalah dia bersetuju pulang ke tanah air.
“Apa yang telah aku buat ni!”
Bagaikan tersedar dari mimpi indah, Aazad segera mencari nombor Ronny di dalam I-phone.
Miss you dear, 1 hour lagi I sampai. masak sedap-sedap tau.


P/s : Bab Akhir di blog.. 
Adakah Hati Aazad akan berpaling kepada Auni?
Apa pula nasib Ronny nanti? Tegakah Ronny membiarkan Aazad kepada Auni begitu sahaja?
Segalanya terjawab dalam novel ini..
Dapatkan hari ini 

Ahad, 1 Februari 2015

Februari 01, 2015

Tunggu Awak Datang- Bab 24




“Apa macam bro? Progressnya?” Soal Joe sambil menepuk bahu Aazad. Tersedak Aazad dibuatnya.
“Kau ni, tak reti bagi salam ke?” Terus Aazad mengelap tangannya yang terkena air apabila Joe sergahnya tadi.
Joe senyum-senyum. Tak hairan pun kena marah dengan Aazad.
Aik bila pula mamat ni reti mengucap salam-salam ni? Satu perkembangan yang baik.
“So?” Soal Joe ingin tahu. Adakah Auni telah berjaya mencairkan hati lelaki ini?
“So apa dia?” Soal Aazad pula tarik tali.
“Kau dengan dialah.. alaa apa nama?”
“Auni..”
“Haa.. Auni. Apa ceritanya?”
“Kau datang ni sebab nak tanya pasal tu je?”
“Bro... dua puluh ribu tau.”
Aazad sengih. Tak mungkin Joe menang. Hatinya sejak azali lagi setia pada yang satu. Lagipun selama ini susah senang, kekasihnya setia bersamanya. Malah kekasihnya juga yang mendorong perubahan yang dilihat kini.
“So far.. ok. Dia masih lagi tidak mampu mencairkan hati aku ni. Macam aku kata dulu, tak ada perempuan dapat membuatkan aku jatuh cinta.” Aazad angkuh berkata-kata. Maruah dan pegangan hidup tetap dipertahankan. Seorang gadis biasa seperti Auni tidak akan mampu menganggu gugat pegangannya.
“Pertaruhan akan berjalan sehinggalah salah seorang mengaku kalah.” Joe mempertahankan dirinya. Dia tidak akan sesekali mengaku kalah sehinggalah Aazad sendiri yang mengaku kalah. Lagipun pertaruhan ini tiada tempoh masa.
“Tapi aku rasa, sedikit sebanyak hati kau berkocak juga kan?” Joe mengangkat kening.  Kopi latte dihirupnya.
Aazad tersentak dengan kata-kata Joe itu. Betul ke?
Auni dalam lembut ada garangnya. Dalam diam ada tegasnya. Jadi tak salah apa yang Joe katakan, hatinya sedikit berkocak. Ingatan menjengah lagi kenangan semalam bersama Auni.
First time aku tengok kau kenakan mekap masa jumpa kat dalam lift. Sebelum ni tak pernah pun aku tengok kau kenakan mekap. Bedak pun tak pakai. Tapi kulit mulus..geram lak aku nak cubit- cubit” kata- kata yang tidak pernah diungkapkan keluar dari bibir Aazad. Tersentak dengan ucapan sendiri Aazad tersengih-sengih.
“Awak nampak tak ni?” tunjuk Auni buku limanya di muka Aazad. Aazad jungkit kening melihat tangan kecil yang ditunjukkan padanya. Kecil sangat tangan tuh. Tak terasalah kalau kena tumbuk pun, bisik hatinya.
“Kalau awak terasa nak rasa tumbukan saya nie, try laa nak cuit-cuit dan cubit-cubit. Ngan rela hati saya boleh bagi sebijik. Dua, tiga bijik pun ok,”ucap Auni tegas.
“Eeiii..Seriusnya, takut aku…”
“Saja nak usik kau. Comellah bila kau marah. Aku tahu kau bukan macam gadis-gadis kat luar sana nuh. Sanggup offer diri lagi. Nak wat lebih-lebih free of charge plak tuh” terang Aazad.
“Tahu tak apa,”balas Auni.
“Kau pakai apa kat muka, tak mekap pun lebih kurang mekap jugak, cantik,” Aazad memuji. Dia cemburu dengan kemulusan kulit Auni. Kulitnya kasar walaupun bersih dari cela.
“Saya memang tak berapa minat pakai mekap, rasa macam pakai topeng bila mekap tebal-tebal ni walaupun orang kata cantik. Pergi pejabat kena pakai jugaklah sebab tak nak nampak pucat dan muka macam budak-budak pula.”
“Macam yang awak cakap masa first time jumpa saya hari tu lah. Ingat saya seperti budak baru habis sekolah kan. Hmmm… bukan awak saja yang anggap macam tuh. Dah ramai sangat orang cakap macam tu,”
“Dulu pun masa first interview mereka ingat saya nie belasan tahun lagi. So mereka tak berapa confident nak ambil saya kerja. Tak dapatlah kerjanya. Jadi, terpaksalah saya belajar mekap sikit-sikit. Belajar pakai mekap,” terang Auni panjang lebar.
“Habis tu macam mana kau jaga muka kau, bersih je. Jerawat pun tak ada” soal Aazad lagi. Berminat untuk mengetahui rahsia gadis di hadapannya itu.
“Saya guna sabun Eumora. Pakai sabun tuh 2 kali sehari dah cukup. Tak perlu nak pakai segala jenis krim pemutih ke, krim malam ker. Pencuci ke, toner ke. Juz pakai sabun tu. Bukan sahaja menjaga kulit malah bertindak mengeluarkan bahan kimia dari kulit dan dapat menghilangkan parut, jeragat dan bekas jerawat,” jelas Auni.
“sabun tu je? Biar betul kau, ingatkan kau guna salah satu produk sepert SKII ke, Loreal ke, oil of olay ke.”
“Taklah sabun tu pun dah cukup. Dah lama dah saya pakai sejak zaman belajar lagi. Tak pernah tukar tukar. Lagi pun senang. Tak perlu tepek macam-macam bahan kimia kat muka tuh. Dan satu lagi saya lebih sukakan rawat wajah dengan bahan-bahan semula jadi. Jimat kos. Cantik dan sihat lagi” terang Auni lagi.
“Tak sangka aku, tapi kulit kau nampak sihat dan bermaya. Nanti aku nak try boleh. Sesuai tak untuk lelaki.” Itulah tujuan asalnya dia bertanya.
“Semua orang boleh pakai. Sesuai sangat.”
“Ermmmm..berapa lama awak balik ni?”
“Lebih kurang 2 minggu jugaklah. Kenapa?”
“Kenapa?”
juz asking
“Aku tak ada selama ini kau buat apa?”
“Buat apa? Macam biasalah. Hujung minggu lepak kat taman petronas tuh. Now rajin lak saya tengok wayang,” beritahu Auni. Tersengih.
ooo I see… Nanti bolehlah kita sama-sama tengok wayang,” usul Aazad.
“Awek tak marah ker awak kalau keluar dengan awek lain?” soal Auni pelik. Yelah masa cuti inilah nak habiskan masa dengan awek kan. Takkanlah nak habiskan masa dengan housemate pulak.
“Cik adik manis, kalau aku ada awek, of courselah aku keluar dengan dia dan tentunya takkan ajak kau tinggal dengan aku. Tapi tak ada. So tak salahlah aku ajak kau tengok wayang. Ataupun kot – kot  kau ada orang marah?” soal Aazad pula.
“issssyyy..tak adalah macam tu. Kalau ada dah lama dah kawin. Tak mau couple lama-lama nih.”jelas Auni.
“Ok then, nanti weekend nih kita tengok wayang, nak?”
“ok tak kisah”.
“oklah awak dah habis makankan? Saya dah mengantuklah. Nak masuk tidur dululaa”
“ok…see u tomorrow..gud nite and sweet dream dear” ucap Aazad sambil mengenyitkan matanya. Spontan Auni membalas dengan menjelirkan lidahnya. Aazad..Aazad..makin berani lak dia mengusik.
Auni telah lama masuk tidur. Dia masih di situ. Merenung kepekatan malam yang disimbahi cahaya lampu. Merenung jauh. Entah kenapa perasaannya bercelaru. Antara kasih yang baru berputik dengan kasih lama yang bermukim di hati. Dan adakah Auni dapat menerima dia, siapakah dia yang sebenarnya. Adakah Auni akan memandang rendah pada dirinya nanti?
Aazad tersenyum-senyum. Manis pula kisahnya dengan Auni.
“Confirm dah,” ujar Johan kuat. Dari tadi dia perhatikan gelagat Aazad. Dia yakin sedikit sebanyak Aazad sedang mengalami perubahan cuma, dirinya sendiri tidak menyedarinya.
“Apa dia?” Soal Aazad setelah teringat dia kini sedang minum dengan Johan.
“Entah.. itu kau kena cari sendiri,” balas Johan.

Jika dia cakap pun, pasti Aazad tidak akan mengakuinya malah menafikan sekeras-kerasnya. Jadi lebih baik dia bertindak sebagai pemerhati. Semoga usahanya mendatangkan hasil, membawa kebaikan buat diri sahabatnya.