Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Rabu, 24 Jun 2015

10:11:00 PG

Menulis atau Membaca



Assalam...
Hari ini, pagi-pagi lagi saya dah mengadap lappy ni. Membuat pembersihan dalaman sebab lappy ni dah tunjuk mogok. Asyik hang memanjang. Kena restrart dua tiga kali, bahkan semalam dekat 10 kali saya restrart. Akhirnya saya pulak yang mogok. Nasib baik tak hempas je lappy ni. Nasib baik juga bulan Ramadankan? Segala mak nenek syaitan telah dikurung. Cuma kena berperang dengan nafsu sendiri je. Itu pun hampir-hampir tertewas.

Tapi hari ini, elok pulak lappy ni saya guna. Dekat 2 jam dah. hari-hari macam ni kan elok. Boleh laa saya mulakan kerja dengan ceria dan bersemangat.

Semasa pembersihan dilakukan, banyak sinopsis yang telah saya tulis. Dan ada 2 cerita dalam proses pengeditan. Tak siap-siap walaupun telah berlalunya tahun.

MSS Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah (SAM)
MSS Berikan Aku Peluang Mencintaimu. (BAPM)

Secoit ya SAM

*** "Abang tahu... sayang tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya. Abang juga tahu, Nur ada cita-cita dan impian hidup Nur sendiri kan. Abang takkan menyekat dan jadikan ikatan kita ini penghalang untuk Nur menikmati  dan menggapai impian Nur itu"
"Abang akan sentiasa ada di sisi Nur.. akan sentiasa menjadi pelindung dan pendorong Nur. Sekarang ni yang penting Nur merasa selesa dan dapat menerima abang dalam hidup Nur."
"Yang lain-lain tu.. biarkan ia terjadi secara semula jadi. Biarkan kita sama-sama inginkan. Bukan abang saja. Malah Nur juga inginkan. Biar kita sama-sama merasai keindahan dan kebahagiaan itu." Hisham tersenyum dan mencium ubun-ubun isterinya.
"Now.. kita belajar bercinta dulu ya, sayang. Abang tak pernah bercinta dulu. Abang tak tahu apa yang orang buat tika bercinta ni. Nur pernah bercinta tak?"Soal Hisham lagi. dia benar-benar mahukan isterinya merasa selesa hidup di sampingnya.
"Entah mana Nur  tahu....****

Secoit BAPM pulak


***“Janda.. Apalaa yang menarik sangat. Bekas orang pula tu. Cantik lagi anak dara. Bergetah dan ada ummmpphh lagi” sengaja Riya berkata begitu. Lelaki ni tidak ada lain, akan fikirkan benda tu juga. Tuan Syed perlu disedarkan. Jangan sesekali berangankan dirinya. Mereka tidak sepadan. Jauh panggang dari api ibaratnya. Ataupun bagaikan pipit dengan enggang, mana boleh terbang bersama-sama. Sangat janggal kelihatan di mata mereka yang sentiasa berusaha mendekatinya.
“Tapi orang kata Janda lagi ada umphh berbanding anak-anak dara zaman sekarang. Tak semuanya suci seperti zahirnya. Jadi pada I lagi baik janda sebab kita telah pasti keadaannya?” Balas Tuan Syed sedikit nakal terlihat diraut wajahnya.
Lain sangat tingkahnya, bagaikan dia amat gembira dan selesa dengan keadaan mereka sekarang. Tanpa Riya sedar Syed Al-Aiman menarik mug berisi milo kepunyaannya dan diminumnya. Selamba je kan. Apalah yang dia mahu lakukan ini. Semacam je. Taktik memikat ke menggoda ni?
“Boleh minta tolong tak, Riya?” Soal Syed Al-Aiman.
Riya berkerut dahi apabila baru menyedari mugnya kini telah berpindah ke tangan bosnya. Nasi goreng pun licin dimakan olehnya. Semuanya telah selamat menjadi rezeki Tuan Syed. Isyy memang tak patut betul. Orang berduit macam dia, patutnya pergilah makan di restoran-restoran lima bintang di luar sana, bukannya menempel di pantri kecil ini. Bedal pula makanan orang lain hmmmm...
“Masakkan untuk I sekali. Nak rasa lagi nasi goreng you ni. Sedap” ***

InsyaAllah lepas ni saya cuba lajukan speed ya. Dalam fikiran banyak nak buat. Banyak nak kena uruskan. Manage masa masih lagi fail ni. Apa ingat surirumah melengut depan TV layan sinetron je ke? 

Membaca pulak, dapat release tensen. Best jugak melayan angan-angan. Tapi saya tak suka baca novel yang telah diadaptasi. Entah kenapa, tak de feel dah. Walaubagaimanapun, ada jugak yang saya baca tapi yang CONFIRM nya, saya tak tengok drama adaptasi. Filem ok laa kot, ada jugak yang saya layan. 

Baca novel lagi BEST... 

Selasa, 23 Jun 2015

9:01:00 PG

Diari Seorang Surirumah : Ubat Selesema



Assalam...
Selamat pagi.
Sudah mulakan kerja?
Surirumah awal-awal lagi dah punch card.
Cuma pagi ni Ikram terbangun sekali, dan nak tidurkan dia semula lepas subuh saya pun tertidur. Sedar-sedar Incik Suami dah hidupkan enjin nak pergi kerja.

Saya selesama, tapi tak demam dan sudah tentu malas nak pergi klinik. Baik gunakan bahan-bahan di rumah untuk dijadikan ubat. Lebih berkesan. Ada 2 ubat yang saya boleh sediakan. Satu sapu dan satu lagi minum. Malas nak buat ubat sapu, saya buat ubat minum.



Minum.
Segelas Air Suam
Satu Sudu Madu (guna sudu plastik tau)
Satu hirisan Lemon.
Satukan dan sedia untuk diminum.
Tindak balas dia, lepas tu tekak dan hidung yang tersumbat tu akan rasa lega.
Tak percaya? Cuba dulu.

Sapu
Bakar beberapa ulas bawang putih
Minyak Zaitun
Tumbuk dan masukkan minyak zaitun.
Then sapu kat belakang, dada dan leher sekali.
Saya sapu jugak kat tapak kaki.
Then rehatlah sekejap.
Pasti akan rasa perubahannya.

Ok?
Selamat mencuba!