Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 26 Oktober 2015

12:02:00 PTG

Makan malam di Fasila Tomyam Seafood

Ni cerita semalam....
Kan saya cuti dari memasak.
Jadi dinner semalam makan tomyam... My favourite food.. Hadap tomyam hari-hari pun tak pe.
Kat JB ni, di sini laa tomyam dia kena dengan selera saya. Restoran ni kat Gelang Patah. Tempat dia macam tercorok sikit laa... satu-satunya restoran ala thai kat situ dan satu2 kedai makan... haa...
Gambar tak berapa jelas sebab smartphone tak berapa nak smart ni...
Janji sedap..

Isnin, 19 Oktober 2015

12:59:00 PTG

Homemade jeruk betik

Saya suka makn jeruk.. asam-adam ni.. jadi bila balik penang, saya tak pernah miss pergi shopping kat jeruk madu pak ali...
Sekarang ni dah lama tak balik kampung, jadi lama dah tak de stok jeruk..
Hari sabtu lepas keluar ada beli betik mengkal.. jadi buatlah experiment skit.
Jeruk betik..
Bahan-bahan yang saya gunakan
Cuka epal
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam boi..
Nak pedas masukkan cili.
Kupas je betik dan potong. Kemudian rendam dalam air garam kejap..
Toskan dan satukan dengan bahan-bahan di atas..
Masuk dalam balang atau tupperware biarkan semalaman..
Dah boleh makan..
Tiada bahan pengawet..
9:11:00 PG

Penulis dan isu copy cat

Semalam ada topik hangat mengenai dunia penulisan. Dunia yang saya admire selama ini dan juga salah satu impian saya adalah menjadi salah seorang dari ramai-ramai penulis.
Ok.. i accept the facts that i'm writer with 2 novel. But i'm infamous writer.
Note promo: sesiapa yang berminat nak baca novel yang saya tulis boleh email saya ya. Peace...
Berbalik kisah penulis n copycat tadi, rasanya kebanyakkan penulis dah amik langkah berwaspada dah. Dunia maya tanpa sempadan inilah yang menyebabkan isu ini semakin menjadi-jadi.
Sebab ini jugak saya tarik semua MANUSKRIP saya dalam blog ini. Citer yang saya tulis bertahun tak siap ni. Sebab adakala bila saya baca novel, tercetus dalam hati.. eh lebih kurang ayat aku je... eh rasa familiar lah citer ni dan macam2 lagi..
Tapi ada gak.. eh rasanya citer ni penah bacalah.. penulis A yang tulis.. apasal sama je novel penulis B ni...
I am as PEMBACA TEGAR NOVEL MELAYU  amatlah sedar perkara ni...
Jadi... nasihat saya janganlah asyik nak mengopy je hasil nukilan orang... buatlah citer baru lahir dari hasil ilham sendiri... yang fresh..
Janganlah perbuatan kita memakan diri sendiri...
Psst... isu ni sentiasa hangat dalam dunia penulisan dan ada penulis telah sedar tentang hak mereka dan mengambil tindakan tegas melalui undang-undang.
Dan saya juga tidak redha jika ada orang mengopy cat karya saya.

Jumaat, 16 Oktober 2015

9:08:00 PG

Saya lebih suka jadi pembaca

Yes... yes... sekarang ni saya banyak membaca novel kat wattpad. Sungguh dah jatuh cinta. Sejak terjebak ngan series AFTER  author ANNA TOD... novel ni dah ada kat google book.. amazon pun ada. Tapi saya tak dapat nak share gambar buku tu kat sini coz smart phone saya tak berapa nak smartlah.. ( i need new gadget)
Jadi now saya lebih suka jadi pembaca.. banyak novel bersiri yang saya follow di wattpad.. hahaha...
Dulu-dulu.. mati-mati tak suka baca novel english coz tak berapa nak faham dan kurang menghayati jalan cerita... haha sekarang ni macam tak boleh nk stop... i like reading...
Addicted...
Ia juga memberikan perspektif baru kepada saya... more ilham coming...  in shaa allah...
Rupa-rupanya isu ciplak ni.. bukan dunia penulisan kita je ada virus ni.. global ya..
Pembaca yang biadap, tak sabar, komen yang sinikal dan lain2 isu juga dihadapi oleh penulis di wattpad...
Hurmmmm.....