Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 30 November 2015

November 30, 2015

Homemade Pizza yang sangat sedap (yummy)

Entri ini saya tulis semalam, tak sempat nak siapkan maka hari ini baru posting)

Ahad yang sejuk.. hujan baru sahaja berhenti di bumi Nusajaya ini.
Pizza ni saya buat jumaat lepas. Hanya 2 cawan tepung gandum saya dapat 6 biji pizza saiz sederhana. Wah lumayan jimatkan. Kalau buat frozen boleh 6 kali makan. Hehe..
Adik saya datang petang jumaat tu. Rezeki dia sekeluarga.
Simple je resepi pizza ni. Saya dapat resepi dari perkongsian dalam facebook. Cuma kena rajin try buat je. (saya modified ikut selera dan bahan-bahan yang ada dalam dapur saya)

Kulit pizza
2 cawan gandum
2 sk. Yis segera (bancuh dalam air suam, biarkan dalam 5 minit)
1 sk garam
1 sb gula
2 sb susu tepung
3 sb minyak masak
1sk soda bikarbonat
1/2 cawan air suam
Campur semua bahan tadi. Uli2 jadi doh dan tak melekit pada tangan. Tutup dengan kain basah dalam sejam

Topping
3 keping daging burger digoreng dan dipotong2 kecil
5 batang sosej dipotong2 bulat
Cheese
Kiub nanas dalam tin
Mixed Vegatables

Sos pizza
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis.
Daun Oregano kering
-panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato dan cili. Kacau2 sehingga sebati. Kemudian masukkan buah tomato, garam dan gula (secukup rasa) dan oregano.
-Sejukkan.

Bila semua dah siap, bolehlah canai doh dan buat pizza. 



Ahad, 29 November 2015

November 29, 2015

Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian akhir


Tazkirah


Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian

Alhamdulillah keranaNya saya masih terus boleh bernafas hari ni….. meningkatnya usia Menghampiri kematian....dan menanti panggilanNya…. Kepada sahabat-sahabat…. Di jalanNya ku pohon kemaafan atas khilafku. Kalau ada yang tersilap kata, tingkah laku, terkasar bahasa dengan kalian semua….dan jazakillah khair pada sahabat-sahabat di SUFAZ dan MML dan pada semuanya syukran khathiiran... masih banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam pengembaraan hidup ini... banyak kurangnya.... dengan adanya kalian... ku banyak pelajari seribu satu perkara... yang banyak mengajar mengenaliNya... subhannallah.... Kalian banyak membantuku dalam mengharungi hidup ini.... Sepanjang berada di madrsah tarbiyah ni. Allah uji kita berbagai macam ujian subhannallah, sekaligus dalam mengharungi liku2 kehidupan yang serba mencabar ini, ku pohon moga Allah sentiasa eratkan ikatan ukhuwah kita. dan moga kita terus tsabat di jalanNya. .:

Azan ashar mengalun

Menghantar langkah
Berjalan menghitung nafas
Dan makna sebuah perhelatan
Dalam matematika amal kehidupan
Gerimis basah
Daun-daun basah
Tanah basah
Tapi langit cerah
Menghantar ajal
Menengok kubur sendiri
Bukan hitungan angka
Pandangan kasar mata
Tapi sebuah sumur hikmah
Dalam tak tergali
Umur bertambah usia berkurang
Sebuah perjalanan jiwa
Pandangan semesta
Muhasabah yang belum selesai
Ya Allah…
Bimbing aku meniti takdir-Mu
Jalan-Mu
Cahaya-Mu
Akhir tujuan
Sebuah keabadian
Sebuah kesenangan
Kesenangan yang abadi
Ya Robbi
Aamin
Aamin ya Robbi…!
(Syukron ya Allah
atas anugerah yang melimpah
atas nikmat yang meruah
meski syukur begitu lemah
beri hamba kekuatan
melawan diriku
jiwa yang beku
untuk terus melangkah
untuk sampai di pelataran ridha-Mu
untuk masuk ke dekapan cinta-Mu
pada-Mu ya Rabb
untuk-Mu…)


Ingatan diri dan sahabat2 semoga dengan baki umur kita yang masih tinggal ini untuk mempertingkatkan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan, jadikan setiap saat berlalunya masa di isi dengan pahala dan menghampirikan diri dengan Allah S.W.T.

Wassalam.

Jumaat, 27 November 2015

November 27, 2015

Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian 3



Tazkirah


...sambungan

Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian

Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Fudail rahimahullah telah bertanya kepada seorang lelaki, " Berapakah umur engkau sekarang?"Jawab lelaki itu, "Sudah enam puluh tahun."Jawab Fudail, "Agak panjang umur engkau, engkau ini dalam perjalanan untuk menjumpai Tuhanmu dan sudah hampir tiba waktunya."Kata Fudail lagi, "Barangsiapa tahu behawa dia adalah hamba Allah, akan kembali kepada Allah, akan menghadap Allah dan akan di soal oleh Allah, maka dia hendaklah menyediakan jawapan-jawapan tersebut."Tanya lelaki tadi, "Bagaimana melakukan yang demikian?"Jawab Fudail, " Engkau berusaha membaiki baki umurmu dan bertaubat pada jalan Allah, nescaya Allah akan berikan pengampunan. Tetapi kiranya engkau engkar kepada Allah, maka engkau akan di siksa atas segala kesalahanmu yang telah lalu dan akan datang.. Amalan itu perlu dijaga waktunya. Jangan engkau abaikan dengan sia-sia dan hendaklah dipenuhi dengan kerja-kerja yang berguna."
Kita perlu menjaga setiap detik kehidupan kita supaya kita menjadi hamba kepada akhirat. Hidup kita sentiasa terkawal dengan ajaran Allah s.w.t.
Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"

Sahabat yang dimuliakan,
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271))
Alangkah banyaknya orang-orang yang panjang umurnya, hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan akibat silaturahim yang dia lakukan. Dan alangkah banyak orang yang menempuh kesengsaraan hidupnya akibat memutuskan tali silaturahim. (naudzubillahmandzolik) Nash-nash agama dan riwayat banyak sekali yang menegaskan mengenai perkara tersebut. Kita sebutkan di sini sebagian saja.

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).
Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.”Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?”Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”(na'uzubillahi min dzaalik)

InsyaAllah bersambung...

Khamis, 26 November 2015

November 26, 2015

Novelog: Bab 3, keliru

"Result untuk ke Asasi dah keluar, kau dah check ke belum?" Soal Nozi.
Aku geleng kepala. Tak check pun aku tahu takkan dapat. Ramai lagi result yang cantik dan terbaik.
"Checklah! Mana tahu rezeki kau ada kat situ," gesa Nozi.
"Buang masa. Buang duit aku pergi cyber cafe je," jawabku dalam nak tak nak. Sungguh, aku tak de semangat langsung. Tak excited nak check result.
"Kau ni memang manusia yang tak reti bersyukur. Sia-sia je belajar kat sekolah nih." Tiba-tiba Nozi menengking.
Aku tahu dia bengang dengan aku.
"Patutnya kau kena lagi bersemangat. Kegagalan mencapai apa yang kau nak bukan penamat tetapi pencetus semangat. Banyak peluang lain lagi. Berlambak kolej dan IPTS yang kau boleh sambung study." Nozi terus membebel.
Aku sebal. Nama je kawan aku tapi 1sen pun tak pernah faham keadaan aku.
"Kau cakap memang senanglah sebab kau anak tauke. Aku ni anak tukang rumah. Adik-adik aku berderet lagi masih belajar. Bapak aku bukan kaya macam bapak kau. Boleh bagi apa yang kau nak dengan kau bukak mulut cakap apa yang kau nak. Jadi kau tak layak dan tak de hak nak bebel tak tentu pasal kat aku," lantang aku membalas. Memang confirn satu kelas dengar dan juga kelas sebelah.
Peduli apa aku. Apa yang aku rasa orang tak akan faham. Kononnya kawan aku tapi langsung tak faham keadaan aku. Ingat hidup aku macam hidup diorang ker. Semuanya tersedia. Sedangkan aku semuanya aku yang kena usaha sendiri.
Lepas aku lepaskan perasaan tu, aku terus keluar. Satu kelas terdiam dengar suara aku. Mana aku pernah mengamuk sebelum ni. Orang kenal aku sebagai pelajar yang pendiam. Pemalas tapi pandai. Sentiasa moody dan bersendiri.
Aku melangkah ke tempat yang biasa aku lepak. Selalunya time macam ni, Tieya yang rajin ikut duduk sini. Hujung kelas tepi padang di bawah pokok besar. Orang kata pokok tu dah lebih 100 tahun usia.
Tempat ni strategik sebab boleh nampak hampir keseluruhan kawasan sekolah. Redup pulak tu.
Aku tahu mesti kawan-kawan aku terkejut dengan sikap aku tadi. Siapa suruh cabar aku. Sentuh perkara yang sensitif. Kan dah meletup. Nanti lah 3 hari lagi aku minta maaf dengan Nozi.
Jika difikirkan logik. Nozi tu sebenarnya sayangkan aku. Barangkali dia geram tengok aku makin tak bersemangat sejak result keluar. Study pun tak nak. Datang sekolah asyik termenung je. Malah tiap-tiap hari kena tegur denga Ustazah.
Hmmmm....
"Tak baik selalu mengeluh."
Aku lantas berpaling ke sebelah.
Senyuman itu...
Bagaikan penawar...

Rabu, 25 November 2015

November 25, 2015

Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian 2



Tazkirah


...sambungan

Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian

Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Dalam riwayat lain, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada keburukkannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke Neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi S.A.W. menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan.
Kita pasti akan beruntung atau rugi dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."
Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat. Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah S.W.T.. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.
Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”.
Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi terkejut yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.

InsyaAllah bersambung...

Selasa, 24 November 2015

November 24, 2015

Tazkirah : Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian



Tazkirah


Meningkatnya Usia...Hampirnya Kematian


Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat.Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagianya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemugkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T..
sahabat,

Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).
Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaf Ayat 15).

InsyaAllah bersambung...

Ahad, 22 November 2015

November 22, 2015

Novelog: 2. Antara mimpi dan realiti

Mimpi dan realiti tak mungkin bersatu. Aku boleh bermimpi yang indah-indah, sedangkan realiti adalah realistik. Tak mungkin semuanya indah. Sebab itulah ia tidak boleh bersatu.
Tapi sekarang ni,  aku hendak bermimpi pun takut. Bila celik je mata realiti terbentang. Kena hadapi dan lalui. Aku rasa aku ni macam robot dah. Tak de perasaan. Pagi pergi sekolah. Cikgu mengajar dekat depan, fikiran aku berlari ke belakang. Hanya jasad sahaja. Bila cikgu soal, terkia-kia nak jawab.
Ah lantaklah. Aku tak minat nak belajar dekat sekolah dah. Aku nak keluar dari sini. Nak pergi belajar jauh. Mahu merantau. Aku mahu meneroka tempat orang. Kenal negeri orang. 18 tahun aku hidup kat sini, cukup-cukuplah. Jiwaku memberontak.
Aku tenung papan hitam. Rasanya boleh tembus jika tenung lagi lama.
Partner aku kat sebelah siku lengan aku.
Aku pandang dia dengan muka blurrr.
"Kau ni kenapa? Muka asam keping tak habis-habis. Sudah-sudahlah tu. Tak guna menyesal sekarang pun. Nasi dah jadi bubur. Baik kau makan dan telan," nasihat Tieya sambil menyindir.
Aku mendengus. Mengeluh.
"Entahlah. Aku takut aku tak dapat tempat sambung belajar nanti. Aku tak naklah ambil STAM,"
"Aku yakin kau akan dapat tempat nanti. Lainlah aku ni, confirm kena reject awal-awal lagi."
Aku sengih. Result Tieya lebih teruk dari aku dapat. Tapi dia sentiasa bersyukur. Lagipun Tieya memang nak ambil STAM pun. Result SMU tahun lepas Tieya cemerlang. Jadi confirmlah STAM pun akan cemerlang jugak.
"Kau tak pe. Memang dah kau nak ambil STAM.
Dia sengih. Tak jawab. Aku pulak, result SMU dulu tak delah teruk mana. Dapat pangkat 1 jugak. Tapi aku..  jiwa aku memang dah tak ada minat dah. Paksa pun buat seksa jiwa.
Walaupun ibu aku lebih suka aku ambil STAM. Namun aku tetap tak suka.
Satu lagi orang lain tak tahu, even ustaz dan ustazah pun. Sebenarnya, aku tak boleh berbahasa arab. Walaupun aku belajar di sekolah ini kebanyakan mata pelajarannya adalah diajar dalam bahasa arab. Tafsir quran, balagrah, imlaq, tafsir hadis dan bahasa arab tinggi. Nama pun Sekolah Menengah Agama, Arab. Confirmlah banyak belajar bab agama dan bahasa arab.
Jadi macam mana aku boleh lulus exam? Dengan menghafal. Yup... otak aku ni, bab kata Tieya dan Na Lisa, otak geliga tapi berkarat. Sebab aku ni pemalas.
Aku?
Angkat bahu. Lantak pi laa diorang nak cakap apa. Sedangkan aku lebih kenal diri aku yang sebenar.
Ada sebabnya. Aku jadi begitu dan begini.
November 22, 2015

Novelog - Bab Pengenalan

Novelog ini saya terus tulis dalam blog ya. Jadi maaflah jika ada tersilap ejaan dan tatabahasa.
Satu lagi jangan harapkan entri yang panjang-panjang dalam satu masa dan juga kekerapan entri baru. Sebab saya taip thru my mobile phone yang tak berapa nak smart ni. Sekali dia buat perangai.. nak masuk blog pun tak boleh...
Jom kita ikuti kisah kehidupan Hawa. Perjalanannya mengenal diri sendiri. Kisah cinta dan juga persahabatannya.
**********
Okey. Macam mana aku hendak mulakan kisah aku ya. Nampak macam biasa je. Macam lautan yang tenang tanpa gelora ombak. Tetapi sebenarnya bersimpang siur arus di dalamnya. Samalah dengan diri aku saat ini. Nampak je aku sentiasa senyum dan kelihatan tenang tetapi padahal jiwa aku bergelora hebat.
Bermacam rasa sedang bertempur dalam jiwa aku ni.
Semuanya gara-gara keputusan SPM yang aku dapat hari ini. Masih lagi aku ingat rentetan peristiwa pagi tadi. Tika aku mengambil result. Lembik segala sendi badan. Aku yakin sangat result aku tak secemerlang PMR 2 tahun lepas. Aku akui, aku menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Aku hanya belajar di saat-saat akhir. Padahal SPM lah tiket penentuan masa depan aku. Hala tuju aku selepas alam persekolahan. Sama ada terkandas di sini atau pun menuju ke puncak.
"Awak okey, Hawa? Nak saya tolong bacakan result awak ni? Soal Ustazah Basariah. Prihatin sangat bila lihat aku ni macam jelly dah. Terduduk di depannya. Tangan pulak terketar-ketar memegang slip yang terlihat.
"Walaupun result awak tidak mencapai target awak, jangan salahkan diri. Ini adalah hasil dari usaha awak selama ini. Jangan jadikan ia pematah semangat awak untuk berjaya di masa hadapan. Awak masih lagi di kalangan pelajar cemerlang SPM tahun ini. Tahniah," ujar Ustazah Basariah lagi.
Aku hanya mampu angguk.
"Terima kasih ustazah."
Susah payah aku berdiri dan melangkah keluar dari dewan. Kawan-kawan aku panggil pun aku tak hiraukan. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Aku perlukan masa untuk bersendirian buat tika ini. Mahu bertenang dan menerima kenyataan.
Sengaja aku bawa diri ke hujung padang. Lari dari hiruk pikuk kawan-kawan yang meraikan keputusan SPM mereka. Ada yang ketawa, suka dan juga menangis. Pelbagai rasa, macam yang aku rasa disaat ini.
Aku menarik nafas perlahan-lahan. Mata pula terfokus kepada slip di tangan. Masih lagi terlipat. Dengan nafas tertahan, aku membuka lipatan slip. Air mata tanpa sedar mengalir. Jauh sangat lari dari target asal.
Menyesal!
Bodoh!
Sebab tak belajar awal-awal. Peluang hanya datang sekali seumur hidup tetapi aku telah sia-siakannya.
"Awak ok?" Tiba-tiba ada suara menyapa.
Aku senyum tawar. Dia duduk di sebelah aku tapi berjarak. Kawan-kawan dia juga ada bersama tetapi agak jauh sikit.
"Okey kot."
"Tengok result?"
Aku tanpa banyak soal menghulur slip SPM ku. Dia juga sama. Kami saling bertukar slip SPM.
Dia pandang aku sambil senyum lebar.
"Tahniah. Result awak lagi elok dari saya," ujarnya.
Aku mencebik. Tahu dia mahu mengambil hatiku. Sedangkan dia tahu sangat, result aku jauh lari dari targetku.
Aku hulurkan kembali slip SPMnya.
"Awak patut bersyukur dengan keputusan awak tu. Lebih dari layak untuk awak minta mana-mana IPTA nanti. Peluang menuntut ilmu masih lagi terbuka luas."
"Tapi... tentu susah nak dapat kursus yang saya nak," keluhku.
"Allah s.w.t hanya akan berikan apa yang awak perlukan. Bukan apa yang awak nak. Sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk awak. Macam saya, alhamdulillah.. saya tetap bersyukur dengan result yang saya dapat ni."
"Memang sebab aw..."
"Walaupun saya juga kecewa dengan result saya," pintasnya.
Aku terdiam.
"Awak.. perjalanan hidup kita baru bermula. Jika awak dah putus asa sebelum langkah bermula, awak takkan dapat capai apa yang awak impikan."
Dia menasihatiku.
"Awak tak faham situasi saya. Awak tak faham penyesalan dalam diri saya sekarang ni. Awak tak duduk di tempat saya."
"Tu laa orang suruh belajar, dia main-main. Result macam tu, naik tingkatan 6 je layak."
Aku tersentak. Hilang kenangan pagi tadi.
"Result aku, suka hati aku lah. Yang kau penyibuk sangat sindir-sindir orang ni kenapa? Macamlah dia tu hebat sangat."
"Tak hebat aku pun, bulan depan dah fly ke UK. Kau ke Ulu kampung je pergi."
Aku ketap bibir. Berlagak. Macamlah dia hebat sangat. Baru nak fly bukannya dah habis belajar.

Khamis, 19 November 2015

November 19, 2015

DIY RECYCLE BOTTLE

Okeh.. ini percubaan pertama saya. Comot dan tak berapa nak kemas lagi... susah tul nak gam tali kat botol tu.. so jadilah comot dengan gam. Saya lupa amik picture botol kosong dulu....
Tang...
Tang...
Practise make perfect kan?.
First time buat... banyak kekurangan lagi ni.
Chaiyok....
Pasu dah ada...
Kena buat bunga pulak...

Isnin, 9 November 2015

November 09, 2015

Aiskrim batang

Haaa...
Rasanya ada entri sebelum ni sata cerita pasal aiskrim batangkan?
Aiskrim orang kampung
Aiskrim bajet
Dan tentu sekali puas hati makan.
Satu jug air bandung (1 liter) saya dapat 8 batang. Kopi susu pun sama jugak.
Last sekali aiskrim kacang hijau. Ambil masa sikit sebab saya kena masak bubur kacang hijau ( buat manis sikit) kena tunggu sejuk then blender. Barulah sesi buat ais krim. Alaaa.. beli je plastik aiskrim panjang tu.
Aiskrim kopi susu permintaan suami.
Aiskrim bandung, saya nak makan
Tapi gerenti orang lain yang habiskan aiskrim ni.
Aiskrim kacang hijau memang selalu saya buat.
Anak saya suka aiskrim. Selamat tanpa bahan pengawet.
November 09, 2015

Mamee goreng sedappp

Okeh.. ni cerita 2, 3 hari lepas.
Tak tahu nak masak apa kat Incik Suami. Biasanya Incik Suami tak makan nasi malam. Jadi bukaklah kabinet dapur dan nampk mamee chef.
Jadilah mamee goreng lontong chef.
Alaaa... tak susah pun
1 bijik bawang merah dan putih (diracik halus)
1 sudu besar cili boh
Carrot dipotong memanjang
Sedikit isi ayam (ikut suka nak letak seafood pun boleh)
Sedikit minyak untuk menumis
Perencah mamee
Mamee direndam dalam air panas, bila lembut, toskan. Sekejap je. Lembut sangat tak sedap pulak.
Tumis bawang + cili boh. Kemudian masukkan ayam. Kacau sekejap kemudian masuk carrot.
Lepas tu masuk perencah mamee. (Terpulang ats selera, nak masuk semua boleh, separuh boleh) sebab kalau masuk semua takut termasin plak.
Kacau dan last sekali masukkan mamee. Kacau rata... tadaaaa siap boleh makan.
November 09, 2015

Cantik itu sihat, lemon detox

Yup....
Saya tahu semalam saya tak update blog..
Nak update tapi perangai suka tangguh jadi lah terlupa. Pluss penat.
Okey.. siapa suka lemon?
Si kuning yang cantik..
Dalam FB saya, ramai teman yang share kebaikan lemon ni. That true. Lemon is awasome, briliant. Banyak kegunaan dan kebaikan.
Buah yang wajib ada kat dalam peti ais.
Apa saya buat..
Air lemon. Detox. Sehiris je. Jadikan air minuman..
Segar dan menyegarkan.
Nah ni dia. Masuk dalam peti ais. Minum suam pun okeh..
Orang kata minum selepas bangun tidur setiap pagi, banyak manfaatnya.

Isnin, 2 November 2015

November 02, 2015

GAGAL bukan PENAMAT, tapi PERMULAAN.

Untuk adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM hari ini, selamat menjawab soalan. Jangan tensen-tensen, jangan gabra dan stress... bila blank.. tarik nafas, kosongkan minda dan instiqhfar.. baca al-fatihah sehingga hati rasa tenang...in shaa allah, dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin.
Ramai yang diuji dengan kegagalan. Dan ada yang gagal untuk bangkit kembali tetapi saya yakin RAMAI yang bangkit dan menempa kejayaan.
Saya tahu.. time fail tu, rasa dah tertutup habis, gelap minda. Blank tak boleh nak fikir apa. Sampai berlarutan buat beberapa hari or minggu or ada yang berbulan..
Beberapa hari ok lagi. Kalu berminggu or berbulan, tidak ke waste time.
Padahal time is money. Time is everything and time can heal all the wound.
Orang kata ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Jadi ikutlah akal yang sihat. Anggap gagal itu peringatan dan pengajaran. Mesti ada satu or dua perbuatan kita ( tanpa sedari) penyebab kegagalan itu. Allah s.w.t bagi fail sebab sayangkan kita. DIA nak kita lebih berjaya jika kita mampu harungi kegagalan hari ini.
Jangan bersedih. Ingatlah sesungguh demi masa, manusia sentiasa dalam kerugian.
Sebab masa adalah pengubat dan pengukur setiap kegagalan dan kejayaan.