Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Selasa, 29 Disember 2015

9:33:00 PG

Novelog 7 : Pre penghijrahan

Ayah adalah orang yang paling gembira apabila aku mengkhabarkan aku telah mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Ayahlah yang bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan yang aku perlukan. Dia jugalah yang menyemak segala borang yang perlu aku isi. Melihat keterujaan ayah, air mata ku tanpa dapat ditahan mengalir. Sedih mahu meninggalkan keluarga dan kampung halaman.


Tapi aku ada impian dan cita-cita yang perlu aku kejari. Aku akui aku takut nak pergi ke tempat yang tak pernah aku jejaki. Mana aku pernah keluar dari negeri kelahiranku ini sejak lahir. Dulu tak pernah mimpi pun nak keluar berkelana di negeri orang. Tak mimpi pun nak pergi jalan-jalan selain paling jauh ke bandar Kota Bharu sahaja. 

Namun dalam lebih kurang 7 hari lagi aku akan keluar dari daerah kelahiranku. Berkelana di bumi Selangor. Belajar hidup berdikari dan berjauhan dari keluarga. Hatiku gementar. Aku takut. Aku bukan seorang yang peramah. Senang buat kawan. Biasanya aku suka sendiri-sendiri. Boleh bilang dengan jari berapa orang je kawan aku kat sekolah ni yang boleh dipanggil kawan. Tieya dan Nozi je kawan aku. Terbabas sikit Double A. Itu pun dia yang sentiasa cari aku. Mostly ketika aku duduk melayan perasaan dihujung padang sekolah. Dia yang selalu kacau aku. 

Kawan-kawan yang lain nama kawan je. Tak pernah rapat. bertegur pun pasal sekolah je. Masa-masa lain, aku senyap, Banyak menyendiri. Cuma Tieya dan Nozi yang suka himpit aku. Tanya aku pasal matematik dan sains. Diorang memang muka tebal. Kebal dengan jelingan tajam aku. Tanpa mereka confirm aku tak ada kawan BFF ni. 

Sedih nak tinggalkan diorang. Sedih nak tinggalkan sekolah dan sedih nak tinggalkan ayah dan mak serta adik-adik aku. Tapi hati aku nekad. Aku ingin mencuba hidup di tempat baru.

Sebab dalam kehidupan ini. Setiap perkara akan ada kali pertama. Akan ada permulaan untuk perkara baru. Jadi kena sedia, nak ke tak nak kena hadapi juga. Aku kena tempuhi juga. Ya laa sampai bila nak tinggal kat kampung. Orang lain tamat SPM berduyun keluar merantau. Ada yang sambung belajar dan ada yang kerja. Memang tak ramai orang muda di kampung aku. Sebab sampai masa mereka akan berhijrah mencari rezeki dan kehidupan yang lebih baik

"Nombor telefon, Abang Im dan Abang Man ada? Simpan elok. Senang nak minta tolong apa-apa kat diorang." itulah dialog yang selalu ayah ulang. Anak saudaranya memang menetap di Selangor. Bekerja dan bermastautin di situ. Tapi aku ni segan. Jarang sangat bersembang dengan mereka bila mereka datang melawat kami sekeluarga.

"Ada, simpan molek doh,"

Ayah akan teman aku pergi daftar kolej. Kami akan naik bas ke sana. Ayah tak ada kereta. Jadi sampai di sana nanti Abang Im akan tolong bawakan kami ke kolej tersebut. Nasib baik ada anak saudara ayah. Jika tak, tak tahu laa nasib aku macam mana nanti. Tapi aku yakin ayah akan cari jalan jugak hantar aku daftar kolej. Mak tak ikut serta. Mak aku sebenarnya tak sihat. Selepas lahirkan adik bongsu aku, dia terkena angin meroyan. Sampai sekarang tak baik -baik. Emosi mak sekejap elok, sekejap tak elok. Jadi ayah tak kasi mak ikut. Biar dia je temankan aku. Lagipun selepas tinggal aku kat kolej, malam itu jugak ayah akan balik kampung naik bas. 

Jadi melihat kesungguhan ayah dan pengorbanannya, aku tekad belajar bersungguh-sungguh. Aku nak balas balik segala pengorbanannya. Menjadi contoh untuk adik-adik aku. 




Isnin, 28 Disember 2015

6:54:00 PTG

Zen Pad 7.0 : review


Assalam...
Hujung tahun ni malas pulak saya nak up entri. Mood nak bercuti dan bermuhasabah diri buat masa sekarang. Mencari semangat tahun baru. Pasti tahun 2016 takkan sama dengan 2015.

Perubahan demi perubahan yang berlaku di tanahair tercinta ini membuatkan saya sedikit gementar. Apa lagi cabaran getir yang rakyat Malaysia perlu hadapi. Enough.

Lebih 2 minggu pakai ZenPad ini agak puashati walaupun senyap juga bila ia tiba tiba blank  dan tak boleh on.. agak ambil masa nak on balik. Pelik jugak.

Bila lama-lama baru faham, salah satu sebab sistem update. Satu sebab lagi panas bila lama tengok youtube atau ambil gambar. But kualiti gambar dan video super dan saya puas hati. Bateri pun tahan lama. 

Nah picture yang saya ambil menggunakan zenpad ni.

Dan berbaloilah  dengan nilainya...





Khamis, 24 Disember 2015

8:34:00 PG

Sempena kelahiran Rasulullah s.a.w, (biodata )


Copy dari group keluarga besar saya ( keturunan Pak ngoh hamad)
Assalammualaikum
Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..
Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa :
• Arab Quraisy
Agama :
• Islam
Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.  
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Isnin, 14 Disember 2015

9:34:00 PG

Novelog 6 : sahabat selamanya.

"Aku minta maaf. Aku tak patut tengking kau. Aku tak patut cakap macam tu, padahal aku tahu kau ambil berat."

Nozi mendiamkan diri. Aku tahu dia terasa dengan kata-kata aku tadi. Dengan suara aku yang tinggi. Tentu sekali dia merasa malu. Aku ni memang kawan tak guna. Orang buat baik, aku layan macam sampah.

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tahu aku ni jahat. Mulut aku lagi jahat."

Aku gigit bibir kuat. Menahan air mata dari keluar. Jarang aku menangis sebab aku ajar hati aku supaya jadi keras. Air mata aku mahal harganya. Semahal maruah diri aku ni.

Tapi hari ini aku tewas. Hati merasa takut kehilangan sahabat yang sentiasa ada di sisi. Menemani aku sepanjang masa. Sebab perangai tak semengah aku ni, bakal menjarakkan persahabatan ini.

Tieya diam memandang kami. Matanya merah.

"Kau tak patut cakap macam tu. Kau tahu kan, kami sayangkan kau. Kau lebih pandai dari kami. Result kau lebih bagus dari kami walaupun kau rasa result kau teruk. Padahal kami lagi teruk. Tapi aku dan Nozi dapat menerimanya dengan lapang dada."

"Kau patut bersyukur dan belajar menerima hakikat tak semestinya setiap apa yang kau nak akan kau dapat. Allah tak bagi sekarang ada sebabnya. Mungkin hari ini kau tak tahu kenapa dan mengapa. Tapi kau kena yakin inilah yang terbaik untuk kau. Kau kena percaya qada dan qadar."

Aku diam. Air mata ku buat kali pertama membasahi pipi di depan kawan-kawan aku. Selama ini aku sembunyi dan menangis sendiri.

"Aku tahu tapi kekadang aku hanya fikir yang bukan-bukan. Mahukan lebih dari apa yang mampu aku dapat."

"Sebab kau tak pernah belajar redha dan merasa cukup dengan apa yang kau nikmati. Sedangkan ada orang lain lagi susah dari kau."

"Kau maafkan aku?"

Nozi angguk. Dia terus merangkul aku ke dalam pelukannya.

"Kau dah check UPU ke?"

Aku geleng kepala.

"Tapi double A, ada check untuk aku. Dia cakap aku dapat matrikulasi KPM."

Tieya dan Nozi tersengih-sengih.

"Sayang benar Double A kat kau ya. Patutlah ramai yang jeles."

"Hey mana ada. Kami kawan je. Sama je dengan korang. Kawan baik aku selamanya," jelas ku dengan wajah malu-malu. Mood sedih tadi sudah kembali  neutral.

"Tak sama. Kami perempuan, dia lelaki. Mana sama. Lelaki dan perempuan tak mungkin akan menjadi sahabat selamanya."

"Sebab mulut je cakap sahabat selamanya. Hati pulak cakap buah hati selamanya," usik Nozi.

Aku mencebik. Sengih. Nak nafikan pun ada benarnya walaupun kami tak pernah declare apa-apa.

"Jauh lagi perjalanan hidup kita. Hari ini takkan sama dengan esok. Lagi pun hati orang ni kita tak boleh baca. Hari ni cinta esok entah-entah dah benci." Perlahan aku memutuskannya.

"Kau tengok budak ni, ni Tieya. Suka sangat berfikiran negatif. Belum apa-apa lagi dah fikir yang bukan-bukan."

"Nak kata apa lagi Nozi. Dah trademark dia."




Jumaat, 11 Disember 2015

12:43:00 PTG

Kasih si kecil, Ikram Muslimin

Assalam.. novelog hawa, tak ada minggu ni.. In shaa allah minggu depan saya bagi 3 entri ya.
Hari ni juz nak kongsi kisah semalam. Kisah anak saya ni. Malam tadi saya pedih ulu hati. Mungkin sebab hampir 2 minggu tak makan nasi dan petang semalam saya makan sikit. Perut menberontaklah sikit. Nasib baik encik suami balik awal semalam.
Berkerut dahi saya tahan sakit semasa bersolat isya' berjemaah dengan encik suami. Ikram ni bila tengok saya berkerut tahan sakit, dia terus menangis. (Tak khusyuk solat). Dia lalu lalang depan saya sambil nangis. Masa saya duduk antara 2 sujud dia sentuh muka saya sambil nangis..
"Akit"
"Akit" sambil sentuh pipi saya
Dalam hati, saya menahan sebak...
Usai bagi salam, terus saya peluk dia. Ikram ni dah nangis tersedu-sesi dah. Nangis sebab saya sakit. Saya usap dan kucup kepalanya. Pujuk dia..
"Umi sakit sikit je"
Kemudian encik suami pujuk ikram juga.
"Jom dik, kita pergi beli ubat untuk umi"
Mulanya dia tak nak pergi, tapi dengar je baba dia bukak pintu terus laju berlari keluar.
Tinggallah saya sendirian sekejap. Terharu, sebak. Kasih anak sekecil ikram, baru 21 bulan usianya.
Semoga kasih sayangnya terhadap saya dan babanya terus mekar hingga dia dewasa.

Khamis, 10 Disember 2015

1:53:00 PTG

Kuih kelantan:cek mek molek

Cek mek molek ni pun semalam jugak saya buat. Jadi encik suami ada pilihan, tak nak makan Spaghetti boleh makan cek mek molek.
Bahan-bahan
2 ketul ubi keledek direbus (masukkan sedikit garam ketika merebus) dan dilenyek
1 cawan tepung gandum
Gula
Cara masak
Campurkan ubi yang dilenyek dengan gandum. Uli sehingga sebati. Lembik sedikit adunan tersebut. Terpulanglah nak tambah gandum sikit lagi pun boleh tapi saya suka rasa ubi banyak dari gandum.
Lembik kan nak buat bulat-bulat panjang tu.
Tip dia, celup hujung jari dalam minyak masak, kemudian baru cubit aduan tadi, barulah adunan tersebut tidak melekat kat tangan. Buat bulat-bulat panjang. Kemudian lemperkan dan letak 1 sudu kecil gula ditengah-tengah. Tutup gula tersebut dan uli-uli dengan tapak tangan agar gula tak keluar.
Panaskan minyak dan sedia untuk menghitung.
Sedia untuk dimakan.
Ringkas dan senang.
1:34:00 PTG

Masakan simple; spaghetti goreng sardin.

Semalam tak tahu nak masak apa. Saya pulak on diet. Ikram sama sekali tak nak makan nasi, tapi spaghetti dia makan. So dalam malas kena masak jugaklah. Yang paling senang dan cepat serta berkhasiat.
Bahan-bahan
Spaghetti yang telah direbus da n diri akan airnya (saya buat untuk 2 orang makan)
1 biji bawang besar dipotong kecil or dadu
2 sudu besar kicap
2 sudu besar dia cili
Sayur campur (yang ni terpulang nak masuk banyak mana)
2 ekor ikan sardin (saya guna ikan sardin dalam tin ADABI) hancurkan.
Minyak zaiton untuk menumis.
Cara masak,
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga naik bau dan nampak kekuningan.
Kemudian masukkan sayur campur. Kacau dalam beberapa minit.
Masukkan kicap dan sos cili. Kacau rata beberapa minit.
Masukkan sardin yang dihancurkan tadi serta sos ikan sardin tu sikit.
Kacau dalam 5 minit kemudian masukkan Spaghetti. Kacau rata dan sebati.
(Tak perlu bubuh garam atau gula, sebab dah secukup rasanya. Nak pedas, boleh Masukkan cili burung yang dipotong)
Sedia untuk dimakan...
Senang je kan..

Ahad, 6 Disember 2015

10:09:00 PTG

Testing Zenpad 7.0 for first time

Hahaha.... jeng-jeng saya sedang test guna new decide here. Alhamdulillah setelah berfikir berpuluh kali, saya ambil keputusan beli tablet ni. Asus Zenpad 7.0.
Masih lagi explorer kegunaannya. Hope menepati kehendak saya. Paling penting saya boleh always posting here dan keep up to date blog. Lagi penting i can trading and writing they this decide. Hope tidak mengecewakan. Nak beli yang i pad, bajet diciput. Hehehe...
Taraa... ini dia...
Kotak je dulu ek.

Jumaat, 4 Disember 2015

5:43:00 PG

Novelog 5 : Aku dan Dia

Nah... entri ke 2 minggu ni.

"Tahniah! Awak dapat masuk Matrikulasi KPM, Gambang," ucapnya.

Aku diam.

Dia pelik tengok aku. Dah aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Patutnya aku gembirakan? Sebab apa yang aku nak hampir jadi kenyataan.

"Kenapa?" akhirnya dia menyoal.

"Entahlah."

Dia tarik nafas panjang dan hembus. Dia juga turut memandang jauh ke padang sekolah.

"5 tahun kita menuntut ilmu di sini. 2 tahun lepas kita mula kawan sehingga sekarang. Banyak momen indah yang kita kongsikan sepanjang belajar di sini. Setiap permulaan ada pengakhiran. Setiap pengakhiran bermulalah pula permulaan kembali. Sayangkan nak tinggalkan sekolah ni. Awal remaja kita di sini dan di akhir alam remaja ini kita akan melangkah pergi." Dia mula bermelankolik (tak check kamus dewan lagi ni maksudnya, nanti lainkali saya betulkan jika silap makna dan maksudnya -Nota Puan Penulis).

Ya aku ingat kisah persahabatan kami. Bagaimana bermula. Mulanya aku hanya kenal dia dari jauh. Laa siapa tak kenal bintang bola sepak sekolah. Satu-satunya wakil sekolah peringkat negeri Kelantan. Smart, hensem dan tinggi. Wajah pulak ala-ala tok arab. Ramai yang nak kawan dengan dia.. Tapi aku pandang sipi je. Mana layak aku kawan dengan dia. Berangan pun tak layak. Lagipun hampir semua kawan sekelas aku peminat dia. Ada-ada je cerita pasal dia mereka gossipkan. Dan aku jadi tukang dengarlah. Ada juga terdetik hati aku tika tu, masa tu tingkatan 3, nak berkenalan dengan dia.

Crush orang kata. Entah betul, entah tak aku ada crush dengan dia. Tapi dalam diam aku ada jugaklah perhatikan dia. Dan dia adalah satu subjek yang menarik untuk dipandang. Sebab selain sedap nak pandang, dia juga boleh tahan nakal. Selalu je tengok dia kena denda tepi pagar sekolah sebab datang lewat.

Kisah kami bermula tika trial exam PMR. Dia duduk sebelah aku. Bila dekat nak habis paper exam, dia akan kacau aku. Sama ada nak tiru jawapan aku atau bagitahu jawapan kat aku. Ada tu dia sengaja buat-buat nak pinjam pencil atau pen. Tak pun pemadam. Ada-ada je benda yang dia sengaja buat nak tarik perhatian aku. Mula-mula aku okey je. Lama-lama tu bengang jugak lah sebab mengacau orang. Nak jawab exam pun terganggu.

Hari terakhir, dia main pass-pass nota plak.

+Kita kawan nak?
-Buat apa? Saya ramai kawan dah
+ Tapi kawan lelaki tak de lagi kan?
-Mana awak tahu?
+Secret agent saya bagitahu.
-Macamlah awak James Bond, secret agent konon.
+Hahaha... sudi tak?
-Tunggu ilham dari langit dulu, baru kawan.
+Sayalah ilham tu.
-Perasan.. piiiraah.
+Awak comel, cute, manis. 
-Tak cair pun
+ Eleh, padahal hati dah mula mencair.
-Perasan


Dan sejak itu kami berkawan dalam rahsia. Tapi masuk tingkatan 5, dah tak jadi rahsia dah. Persahabatan kami semua orang tahu. Aku pun tak tahu macam mana. Tapi confirm bukan dari mulut aku.

Dia mula berubah bila naik tingkatan 5. Sudah tak buat nakal lagi. Macam dah insaf. Tetapi persahabatan kami berjalan seperti biasa. Bila tak rahsia tu, ada jugak aku dengar-dengar cakap belakang pasal aku. Ya laa ramai yang tak puashati sebab kenapa aku yang dia pilih jadi awek dia. Padahal kami hanya berkawan sahaja. Tak pernah melebihi had. Tak pernah dating pun. Kawan, mana ada datingkan?

"Awak patut terima tawaran tu. Pergilah kejar cita-cita awak. Saya pun nak kejar cita-cita saya. Jalan kita akan seiring walaupun melalui jalan yang berlainan. Dan saya akan tunggu awak di hujung jalan. Lepas itu kita akan melangkah bersama. In Shaa Allah," ujarnya. Dalam maksudnya.

Antara aku dan dia, tak pernah terlepas kata cinta atau sayang. Tapi macam ada satu ikatan yang tidak terlihat di mata kasar yang mengikat kami. Dia faham aku. Dia sentiasa ada untuk aku. Dia sentiasa tahu bila aku sedih dan bagaimana nak hiburkan aku.

"Nantilah saya fikir."

Dan dia tersenyum sebelum halau aku masuk kelas.

Rabu, 2 Disember 2015

4:55:00 PG

Novelog 4: Inikah cinta?

Lewat update plak kali ini. Tapi saya ingat nak bagi double entri Novelog ni dalam minggu ini. Jadi jangan tak baca pulak ya. Nak baca Bab-bab awal klik di sini.


Amru Adam. Orang panggil Double A. 

Dia dengan aku macam langit dengan bumi. Sebelum dan selepas dia berubah pun sama. Anak doktor. Ayah dia pemilik klinik Dr Wan Adam dekat, Jelawat. Tegap dan tinggi. Tergolong dalam golongan antara pelajar lelaki popular di sekolah ini dan juga daerah ini. Boleh kata setiap hari ada je pelajar perempuan berkirim salam dan ada juga menghantar surat cinta. Belum lagi tu SMS yang berderet dan juga mesej dalam whatapps.

Tapi kenapa dia selalu ada di saat aku mahu bersendirian. 

"Saya tak boleh biarkan awak layan diri sorang-sorang. Nanti ada plak makhluk lain yang lebih rela hati nak temankan awak."

Itu jawapan standard dia. Aku biasalah, spontan mulut ni nak mencebik. Satu lagi yang aku pelik. MAcam mana dia tahu aku ada kat sini. Padahal kelas dia dan aku lain. Jarak pun jauh jugak. Selang 2 kelas.

"Kenapa awak suka sangat nak temankan saya? Saya boleh jaga dirilah.. Waras lagi ni. Lagipun cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah dah beri ilmu lebih dari cukup. Saya tahulah mana yang betul dan mana yang salah. Lagipun Allah sentiasa ada," selaku. Kadang kala tu aku rimas. Dalam kelas ada bising. Bila cikgu tak masuk, semuanya buka kedai kopi. Bergossip tak habis-habis. Kadang kala aku juga ingin sendirian. Mahkan ketenangan. Tak nak ada gangguan. Barulah aku boleh berfikir dengan tenang. Bermuhasabah diri dan memenangkan diri sendiri. 

Dia pandang aku beberapa saat. Mata kami bertentangan sedetik sebelum dia mengalihkan pandangannya. Tapi yang sedetik itu mampu membuatkan hati berdebar-debar. Ada rasa yang aku sendiri tak faham. Hanya dengan dia. Tak pernah jadi dengan orang lain.

"Awak tahu tak, pokok tua ni rumah makhluk? Berapa ramai yang kena. Tapi awak ni pesen degil. Tak dengar cakap."

"In Shaa Allah. tak ada apalah. Allah ada. Lagipun saya tak buat apa pun. Cuma duduk-duduk layan perasan je."

"Yang tulah lagi diorang suka. Jiwa awak kosong. Minda lemah. Mudah sangat nak masuk," tingkahnya.

"Awak ni penyibuk tahu tak!" Geram aku. Mulut dia tu, sengaja nak sakitkan hatiku.

"Haa tahu pun takut," ejeknya.

Aku mendengus. Satu lagi pasal dia, kata-katanya selalu sahaja mampu mematikan bicaraku. Walaupun nak je aku balas setiap kata-katanya, tapi macam ada yang menyekat. Bukan kelu. Lebih pada hormat kot.

Aku diam. Sekilas aku jeling kawan-kawannya yang 3 orang tu.. Duduk jauh sikit. Berbual-bual sesama mereka. Setiakawanlah. Di mana dia ada, di situlah mereka. 

"Saya dah check result UPU."