Mini Cerpen : Bibah debab 4 (edited version)





“Sampai bila Bibah sanggup bersabar? Abang yang dengar ni pun rasa nak kasi penampar sebijik,” luah Azam geram. Kata-kata Mona tengahari tadi terngiang-ngiang di telinganya. Kutukan itu memang berbisa. Hampir saja tangan dia naik ke muka.
“Sabar tu sebahagian daripada Iman, abang Azam. Berbakul-bakul Bibah dapat pahala free sebab mereka mencela Bibah. Bukannya Bibah rugi apa-apa,” balas Bibah selamba. “Hampir tiga tahun, Bibah dah lali.” Bibah sengih
Azam menjeling geram. Adiknya ni terlalu lembut dan penyabar sangat. Senang dibuli orang. Hendak melawan jauh sekali.
‘Bibah tak sukalah gaduh-gaduh ni bang, dah sikap diorang macam tu, kenalah terima,’ itulah alasan yang selalu diberikan.
“Habis tu Bibah nak biarkan diorang tu macam tu? Nak tunggu mereka berubah, sampai bila-bila takkan berubahnya. Harap muka je lawa dengan mekap tebal. Tetapi attitude hancuss! Jika diikutkan hati abang ni, nak je mitak Cik Su berhentikan mereka tu.”
“Hamboi-hamboi dua beradik ni, bercakap pasal apa hinggakan nama Cik Su dilibatkan sama?” Soal Cik Maz sambil menatang dulang berisi air kopi.
“Terima kasih cik Su. Ni yang buat Bibah maaaakin sayanggg Cik Su,” bodek Bibah. Cik Maz menjuihkan bibirnya. Mengada sangat Bibah ni jika dia datang bertandang. Jangan haraplah dia hendak menyambut ataupun menghidang minuman, Cik Su ni jugak yang akan ke dapur.
“Sayang-sayang jugak. Pasal apa tadi sampai sebut nama Cik Su ni?”
“Pasal budak tiga ekor kat pejabat tuh lah.”
“Ooo.. Kenapa pulak?”
“Isyy.. ni sorang lagi. Cik Su tak geram ke diorang asyik dok mengutuk, mengata anak buah Cik Su yang debab ni!”
“Haaaa... Dengar tu Cik Su, orang lain mengata Bibah, dia marah. Tapi dia mengata Dibab debab tak pe pulak. Mana bolehkan?”
Spontan Azam meluku kepala adiknya.
Bibah menyeringai sakit. Digosok-gosok bahagian yang kena luku. Matanya menjeling tajam. Ini yang paling dia tak suka, Azam suka sangat membulinya. Kata orang, dia yang lebih sebenarnya.
 “Main kasar nampak. Nanti Bibah mengadu kat abang sayang Bibah, siaplah abang Azam nanti!” Bibah memberi amaran. Geram apabila kepalanya diluku. Mata terus menjeling Abang Azamnya.
“Adulah. Abang tak takut pun. Agak-agaknya nanti Bibah yang kena marah,” balas Azam.
Bibah geram, lalu diambil bantal kecil di sebelahnya dan dipukul beberapa kali badan abangnya.
“Sudah-sudahlah Bibah, Azam oi,” jerit Cik Maz melarang mereka bergaduh. Boleh bersepah ruang tamu ini apabila mereka mula membaling bantal nanti. Macam budak-budak tak cukup umur lagaknya.
“Dia yang mulakan dulu Cik Su,” Adu Bibah.
Cik Maz geleng kepala. Di rumah mereka bagaikan anjing dengan kucing. Bertengkar je kerjanya. Di pejabat pula bagaikan tikus dan kucing.
“Betul apa yang abang Azam cakap tu Bibah. Sampai bila nak biarkan diorang buli Bibah? Bila Cik Su nak bukak rahsia siapa sebenarnya Bibah, tak kasi. Semakin bermaharajalelah mereka mengutuk dan membuli Bibah.”
“Tak pelah Cik Su, hari ni hari mereka, entah-entah esok hari Bibah pulak. Tak ada hallah. Bibah tak kisah pun,” sengih Bibah.
“Dengar tu Cik Su, bagaimana Azam tak geram!” Celah Azam.
“Sudahlah Azam. Dah dia nak macam tu, biarkan je. Tahulah apa yang dibuatnya.”
Bibah tersengih-sengih sambil mengangkat kening. Azam mendengus geram.

*****

Ulasan

Catat Ulasan