MIni cerpen : Bibah Debab 5 (edited version)



Ganggggg
Pintu bilik dihempas kuat. Bibah tidak peduli sama ada pintu tersebut rosak ataupun tertanggal terus. dia terus menonong menuju ke kubikelnya. Geram dan marah membakar hatinya turut sama membakar benteng kesabarannya. Adlina dan Mona saling berpandangan dan mencebik. Bukannya bersimpati tetapi sebaliknya mereka jika boleh mahu mengapi-apikan keadaan. Wajah penuh Bibah kemerahan menahan api amarah di dalam hati. Panasnya sehingga dia berpeluh. Dijeling bilik yang dihuni oleh Azam, akauntan merangkap bosnya.
"Suka hati mak nenek dia je nak berhentikan orang. Apa dia ingat, kuasa dia besar sangat ke? Geramnya," terkumat- kumit bibir Bibah membebel. Di dalam hati pula berbakul-bakul sumpah seranah kepada abangnya merangkap bosnya.
"Bibah! Mengamuk tak tentu ni kenapa?" Soal Cik Maz sebaik sahaja menghampiri kubikel Bibah. Kuatnya hempasan pintu tadi sampai ke biliknya membuatkan dia tak senang duduk. Dua beradik nilah, ada-ada saja benda yang membuatkan hatinya tak senang.
"Bibah tunjuk perasaan Cik Maz. macamlah dia tu besar sangat sehinggakan dengan bos sendiri pun nak melawan cakap. Dah tahu buat salah, mengakulah. Senang cerita," celah Adlina tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Serta merta Bibah menjeling tajam. Namun Adlina bukannya takut, dibalas renungan tersebut.
‘Ingat aku takut jelingan tak laku kau tu? Sudahlah debab, berlagak pulak tu,’ hati Adlina tidak habis-habis mengutuk Bibah.
"Nasib baik tak runtuh pintu tadi cik Maz, kuat betul dihempasnya. Bibah kalau kau masuk sumo gerenti menang sebab kekuatan luar biasa tu. Kau tukar profesion jadi ahli gustilah Bibah," sambung Mona pula sambil disambut tawa kecil Sherry dan Adlina.
Cik Maz menahan nafas dan cuba bertenang. Tiga orang pekerjanya ni memang mulut tak ada insuran. Cik Maz memandang Bibah dan kemudian beralih kepada mereka bertiga.
"Kamu ni tak ada kerja lain ke selain jadi batu api kat sini. Sebelum saya keluarkan surat amaran kerana attitude buruk kamu semua, baik pergi buat kerja masing-masing. Dan Bibah, masuk bilik saya sekarang juga," arah Cik Maz tegas sebelum melangkah kembali ke biliknya.
Adlina, Mona dan Sherry terdiam. Bibah pula terkedu di tempatnya.
"Bibah!" Panggil Cik Maz lagi apabila Bibah masih tidak berganjak.
Dengan langkah berat, Bibah menuruti langkah Cik Maz.
"Kau agakkan, kenapa Bibah tadi ya? Kena marah ke kena pecat?" Adlina masih lagi bersok sek.
"Kena pecat kot. Dia bukannya reti buat kerja. Badan pula macam badak. Siapa yang tahan. Lembap pulak tu."
"Kena pecat? Baguslah, dia ada pun menyemak je kat sini."




Psst.. ok  new entri utk semua.. mesti ramai yang dok tunggu ya!..

Ulasan