Post Top Ad

Post Top Ad

Custom Search

Isnin, 22 Ogos 2016

9:40:00 PTG

Novelog bab 9 : I Miss You

bab 9 I miss you
Hawa sedang termenung.. merindui dia, kawan-kawan dan keluarganya.


Aku mula membiasakan diri dengan tempat baru. Namun hati aku mula rindukan kampung. Aku rindu dengan suara riuh adik-adik aku bergaduh. Aku rindu suara mak aku membebel bila aku bangun lewat. Aku rindu dengan rindu denga mulut kecoh Tieya dan Nozi pagi-pagi. Lebih-lebih lagi Double A. Aku rindu nak tengok senyum senget dia pagi-pagi. Cukup memberikan aku tenaga untuk belajar. Terasa menyesal pulak tinggalkan mereka dan datang ke tempat asing ini.

Julia tarik lengan aku.

Aku pandang dia blur.. Apasal dia ni.

Walaupun aku tak suka dengan sikap gedik dia tapi dalam bilik aku tu dialah yang aku rasa ikhlas sikit. Dia tak kisah aku pinjam seterika. Dia tak kisah berkongsi makanan dengan aku. Julia jugalah yang selalu tunggu aku dan kami sama-sama berjalan menuju ke dewan tempat berkumpul sepanjang minggu orientasi ini. Berbanding Ilah dan Kirah yang sombong sikit. Sebab mereka dari MRSM dan kebanyakan pelajar baru di sini adalah pelajar lepasan MRSM. Lainlah aku dan Julia ni, dari sekolah harian biasa.

“Apa dia?”

Cuba kau tengok sebelah kanan kau, hensemlah abang J hari ini. Warna pakaian kami sedondong,” bisik Julia.

Aku cebik. Julia ni tak habis-habis dengan abang J.

Katanya dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan abang J. Tak berkelip tengok abang J berucap ketika menyampaikan taklimat dan tentatif program minggu orientasi.

“Perasanlah kau. Nama kau pun dia tak tahu Julie,” ejekku. Aku dah mula selesa dengan Julia. Aku tahu Julia tak ambil hati pun.

Julia ni jenis orang yang ambil mudah semua benda. Katanya buat apa yang fikirkan benda  serius. Patutnya ketika ini kita enjoy dengan student life kita. Tak payah nak fikir bendak yang tak patut kita fikir.

Dan aku rasa betul sangat apa yang dia kata tu. Aku ni pulak jenis ambil serius dengan semua benda. Aku nak semua berlaku seperti yang aku rancang. Sehingga aku tak sedar, sebagai manusia biasa, setiap perancangan itu ada kelemahannya. Tak semua apa yang dirancang akan jadi kenyataan.

Dalam melayan angan-angan sampai jugak kami di Kolej Mara. Asrama Nong Chik dan tempat kuliah jauh sikit. Ketika minggu orientasi ni wajib jalan kaki ramai-ramai. Bila dah habis orientasi boleh naik basikal. Sakit juga labu betis masa mula-mula kena jalan. Dahlah kena jalan cepat-cepat. Lambat sikit kena tengking dengan abang dan kakak AJK minggu orientasi.  Senior satu semester je. Mereka ni pelajar perintis program matrikulasi ni. Kebanyakan mereka adalah best student SBP dan MRSM. Jadi berlagak sikit. Maklumlah intake kami ni semuanya adalah yang tercicir ke program ASASI dan juga Diploma. Nasib mereka dah terjamin. Ada yang tunggu masa nak fly je.

“malam ni dah last. Tak sabar aku nak mula kuliah. Minta-minta kita dalam kuliah yang sama. Tutor pun sama. Senang sikitkan,” bebel Julia. Aku angguk je.

Tak nak berangan lebih. Takut kecewa pun lebih jugak. Ketika ini aku jadi rindu Double A. Dia pandai sangat baca aku. Tengok aku termenung sikit pun dia dah boleh agak aku tengah fikir pasal apa. Tak tahu ilmu apa yang dia pakai.

Seolah-olah dia boleh scan minda aku. Setiap nasihat dia macam kena dengan aku. Tapi sayang dia tak ada dekat dengan aku sekarang. Dia jauh beratus batu di kampung halaman.

“Habis minggu orientasi, jangan lupa telefon saya. Saya nak tahu apa yang awak lalui. Walaupun saya jauh tapi hati saya tetap dengan awak.” Itu pesanan terakhirnya ketika kami berjumpa sebelum aku naik bas ke sini.

Aku angguk sahaja. Segan nak balas. Walaupun hati berbunga harum.

Aku tinggal dia jauh di kampung. Tapi aku tahu dalam sikit masa lagi dia akan datang. Cewah macam ia-ia je aku. Tapi aku harap sangat.... 

Sebaik sahaja habis ucapan pengetua kolej, semua pelajar berteraburan. Ada yang terus menerpa ke papan kenyataan dan ada yang duduk berkelompok berbual-bual. Aku malas nak bergerak. 

Tunggulah reda sikit baru pergi tengok nama dekat papan kenyataan itu. Esok ahad. Bolehlah buat persediaan untuk kuliah hari isnin nanti.

Julia hilang entah ke mana. Mungkin cari peluang mendekati abang J dia kot.

Ehemmm....

Aku berpaling dan mendongak sedikit. Dia senyum senget kat aku. Serta merta jantung aku terjaga dan bekerja kuat mengepam darah. Wajahku pula terasa panas.

“Boleh saya duduk?” Suara garau romantiknya menegur.

Aku angguk. Nak bersuara tak terkeluar. Mamat AJK sukan minggu orientasi ni pernah aku usha dari jauh beberapa kali. Sebab muka ada iras Double A. Namapun hampir sama Amru Amin. Double A juga.

“Saya Amin. Awak?”

“Hawa.”

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut kami berdua. Dia bawakan aku sepinggan bihun dan kek. Kami makan dalam senyap. Sehingggalah Julia datang.

“Terima kasih temankan saya makan,” ucapnya sebelum berlalu.

Aku pulak tak hilang kosa kata lagi.

Eh bukan ke patutnya aku yang ucap terima kasih sebab temankan aku ke?

Kening aku berkerut-kerut sambil pandang wajah Julia yang senyum mengusik.

“Amboi Eve.. bukan main lagi kau ya. Pantang aku tinggal kejap dah ada orang teman.”

Aku cebik bibir.


Kejap laa sangat..    


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 15 Ogos 2016

1:14:00 PTG

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya... 

Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian.
Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya.

Pisang!

Buat kek pisang

Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat.

Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya. 

Bahan-bahan

3 biji pisang, dilenyek sukar dapatkan 1 cawan. Jangan lebih atau kurang
2 cawan gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda powder*
3 biji telur**
2 sk esen vanilla** (patutnya pisang, tapi kat rumah x de stok)
1 sk ovelete**
1 cawan gula perang**
3/4 cawan minyak masak
3 sb nestum
3 sb oat segera

Cara masak.

Bahan-bahan bertanda * diayak bersama
Pukul sehingga kembang bahan-bahan bertanda **.
Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Pukul sekejap dan masukkan bahan-bahan yang diayak.
Pukul lagi, kemudian masukkan nestum dan oat.
Last sekali masukkan minyak masak dan pukul sehingga sebati.
Panaskan ketuhar suhu 180 celcius. Bakar selama 40 minit. Ikut ketuhar masing-masing.

Sejam lebih berlalu, 
ting.. ketuhar berbunya, lebar senyuman Tisya. Berdebar jugak hatinya menantikan hasil air tangannya yang pertama. Sebab dia anak bongsu, jadi hal masak memasak ni dia tak ambil kisah sangat. Bila dah kahwin ni barulah kalut menelefon mama dan kakak-kakaknya menanyakan cara nak masak. Puas diketawakan. Namun dia dah biasa. Jadi telinganya tak pedih sangat. 

Dia membiarkan kek pisang di dalam ketuhar dalam 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan. Selesai mengemas dapur, dia bergegas membersihkan diri. Lagi setengah jam suaminya akan sampai. Tisya senyum sendirian. Bahagia. Yup sudah tentu hatinya dipenuhi bunga-bunga cinta. Putik-putik rindu tidak bertunas lama sebelum bunga cinta mekar. Yelaa.. mana nak lamanya kalau berpisah cuma Nzakir pergi kerja je. Sekarang ni kalau outstation memang Nzakir angkut dia sekali. Alasannya

"Abang tak dapat nak buat kerja sebab rindukan Tisya."
"Bantal peluk tak ada, abang tak dapat tidur."
"Tak sampai hati nak tinggalkan buah hati abang lama-lama. Nanti kena culik kat UFO."

Hahaha.. geli hati dengan alasan budak-budak Nzakir. Rupanya ada baiknya juga dia berhenti kerja. Anytime, any place dia boleh ikut. Dapat berjalan-jalan lagi. Kira honeymoon jugaklah. Rasanya Nzakir habiskan masa banyak masa bawak dia berjalan-jalan dari buat kerja. Dia tentunya suka.. suka dan suka. Asyik berhimpit.

Ehemmm.... Sepasang tangan berlingkar di pinggangnya. 
"Bila abang balik?"
"Hmmm... tak lama mana tapi sempat tengok orang tu berangan senyum dan sengih-sengih depan cermin, tayang body macam model catwalk."

Dusssh..berderu darah naik ke muka. Malunya...

Nzakir ketawa gelihati apabila melihat wajah yang mula merah di hadapannya.

"Sayang masak apa hari ni?" soal Nzakir cuba menghilangkan rasa malu Tisya. Tapi dia suka isterinya begini. 

"Jom.. Tisya tunjukkan. tapi kalau tak sedap complaint sedap jugak tau.." Di tarik lengan Nzakir keluar dari bilik.

Tadaa....

www.fantasiceritaku.com
Kek Pisang kasih sayang
"Hangit sikit.."

"Hangit tak pe asalkan sedap. Abang tengok pun macam sedap je."

Tisya cebik, tak makan pujian tapi kembang jugak hatinya. 

Kek Pisang Nestum Oat
"Nah.. cuba rasa. Sedap tak?"
Nzakir ambil sepotong kek yang dihulur.

Tisya menunggu dengan sabar. 

"Sedap tak?"

Tapi Nzakir terus makan. Dicapai sepotong lagi dan dimakannya. 

"Abang..."

Nzakir sengih.

"Sedap."

"Air tangan isteri abang mesti sedap. Kek ni makan tak jemu sebab tak manis sangat. Rasa lemak-lemak gitu."

"Nasib baik abang cakap sedap. Kalau tak lepas ni, Tisya tak nak buat lagi. Sebenarnya resepi kek ni Tisya ambil kat Facebook. tak ada walnut Tisya letak oat dan nestum."

"Kreatif isteri abang ni... Pandai..."

"Laa isteri abang kan memang dah pandai kalau tak, takkan dapat sambung masters." Tisya jungkit kening. 

Nzakir geleng kepala. Ditarik hidung Tisya. Dicapai sepotong lagi kek. Enak... 

Lepas ni kerja kerja keraslah untuk kekalkan six pack nih. 






Rabu, 3 Ogos 2016

10:09:00 PG

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Salam... seperti yang saya janjikan... 
Selamat membaaca dan semoga terhibur
Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook. 
Like jika tak nak komen pun... 


Tisya terdiam.

Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu.

Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermindnya.

Tadi sebaik sahaja sampai di airport Sultan Ismail Petra, mama dan papa menunggu mereka. Nzakir sikit pun tidak kekok. Padahal Tisya baru saja nak perkenalkan mereka, tapi dia pula yang terkaku. Dia tahu Nzakir ni kawan abang ngah, seingatnya Nzakir tidak pernah datang ke rumah keluarganya. Jadi bagaimana mereka boleh mesra. Persoalan yang timbul dibiarkan sahaja di dalam kepalanya.
Sampai sahaja di rumah, dia sekali lagi terkejut. Dua buah khemah besar memenuhi laman rumah. Takkanlah mama dan papa buat rumah terbuka sampaikan kena pasang dua buah khemah?

“Buat apa khemah ni mama?” dia tidak mampu menahan rasa ingin tahu lagi.

“Esok mama nak buat kenduri kesyukuran.”

“Kesyukuran apa?”

“Kesyukuran majlis nikah adik lah.”

“Tapi...”

“Semuanya telah siap. Cuma tunggu adik balik je. Esok pagi akad nikah kat masjid. Mama tempah katering sahaja. Sebab nak cepat. Tambah pulak hari raya ni,” jelas mama.

Tisya kelu. Rasa nak memberontak tapi dia juga cintakan Nzakir. Tapi nikah tiba-tiba ni tidak ada dalam perancangan masa pendeknya. Lagipun mereka kan baru jumpa balik. Tak boleh jadi ni!
Matanya melingas mencari Nzakir, namun Nzakir hilang dari radar matanya.

“Pergi masuk dalam rehat. Mandi dan tidur dulu. Nanti bangun Kak Chik pakaikan inai,” arah mama.
Macam mana nak tidur jika ini kejutannya. Tidur dengan mata terbuka ke?

Mana Nzakir ni! Dia tak patut buat begini. Patutnya kena bincang dulu. Tisya terasa mahu menangis!

“Mama...” Tisya paut lengan mama. Matanya berair. Macam kena kahwin paksa pulak.

Mama senyum lembut. Ditepuk tangannya.

“Its okey. Adik mandi dan tidur dulu. Rehatkan badan dan fikiran. Jangan risau, semuanya baik-baik.”

Tisya geleng kepala.

I’m not ready yet,” Dalam suaranya.

But you love him, right?”

Lambat-lambat Tisya angguk.

“Jadi Tisya dah bersedia menjadi isterinya,” pujuk mama.

Tisya keliru. Ini, tak terlintas di dalam fikirannya lagi. Ini bukan apa yang dia mahukan buat masa sekarang.

Mama tarik tangan Tisya masuk ke dalam bilik. Didudukkan Tisya di birai katil sebelum dia mengambil tempat di sebelahnya.

“Mama tahu, semua ni tiba-tiba. Terlalu cepat buat Tisya. Mama pun terasa anak bongsu mama ni masih kecil lagi tapi dah nak kahwin. Tapi mama mahukan yang terbaik untuk anak mama ni.”

“Bila abang ngah beritahu dia jumpa balik kawan dia yang rapat dengan adik dulu, mama suruh dia 
bawa datang jumpa mama. Mama nak kenal dengan orang yang sayangkan anak mama dulu.”

“Nzakir datang jumpa mama lepas adik bermalam di rumah dia.”

“Dia cakap nak jaga anak mama ni. Dia cakap dia sayangkan anak mama dan mahu jadikan isteri.”
Penjelasan mama sudah cukup jelas. Meskipun ketika itu dia memberi layanan dingin buat Nzakir.

“Tapi mama, adik tak nak kahwin lagi.”

“Semua persiapan dah siap. Esok nikah,” tegas mama. Tidak ada kompromi lagi. Tisya mengeluh.

Malam pertama?

Selepas maghrib tadi Tisya terlena. Tak kisah dah mana suaminya. Pandai-pandailah bawak diri di kalangan ahli keluarganya. Dia penat sangat. Tak rehat lagi sejak dua tiga hari lepas. Malam tadi walaupun penat sangat, tak dapat tidur sebab memikirkan majlis hari ini. Selepas selesai dan semuanya selamat baru hatinya lega.

Nzakir masuk bilik pengantin. Terlihat Tisya telah terlena. Isteriku. Hatinya berbunga bahagia. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka. Majlis mereka berjalan lancar. Dia bersyukur akhirnya dia mempunyai keluarga sendiri.

Dia naik atas katil, menyertai Tisya yang sedang lena. Bibirnya mengukir senyum. Jemarinya ringan membelai lembut rambut hitam isterinya.

‘Isteriku,’ dia suka perkataan ini. Terasa hidupnya telah lengkap. Separuh jiwanya telah kembali kepadanya. Perlahan wajahnya dirapatkan. Haruman rambut isterinya menerpa indera baunya. 
 Perlahan diangkat kepala Tisya ke atas lengannya. Tangan kiri menaik memeluk pinggangnya. Dan lena datang tanpa dijemput.

Tisya tersedar apabila dia terasa hangat. Kepalanya terletak di atas dada seseorang. Dia cuba bergerak tapi pergerakannya tersekat. Perlahan diangkat kepalanya, mendongak ke atas. Dalam samar-samar dia dapat melihat wajah tampan Nzakir. Suaminya. Dan dia kembali melabuhkan kepalanya di dada bidang Nzakir. Tangannya bergerak memeluk pinggang suaminya erat.
Dan dia kembali tertidur.

Sebulan berlalu...

Tisya termenung di balkoni. Tak tahu nak buat apa. Sebaik sahaja mereka kembali ke Johor, Nzakir memaksanya menghantar notis berhenti kerja. Dia mulanya memberontak. 

“Bagilah Tisya kerja, please.”

“Abang dah ada. Buat apa Tisya nak kerja lagi. Abang boleh bagi elaun 2 kali ganda gaji Tisya tu.”

“Bosanlah!”

“Tisya kan dah pohon sambung master? Sementara tunggu tawaran tu, duduklah rumah dulu. Layan abang,” pujuk Nzakir.

Tisya cebik bibir.

“Bukannya nak kena layan abang 24 jam sehari pun. Hari-hari abang kerja,” dengus Tisya.

“Lagipun Tisya kerja bukan harapkan gaji semata, tapi pengalaman kerja tu penting.  Mengambil bahagian dalam masyarakat tu pun penting jugak. Kerja kat Sushi King tu, Tisya boleh belajar macam mana nak berkomunikasi dengan orang ramai. Macam mana nak kontrol diri bila berdepan dengan pelanggan yang banyak songeh. Macam mana nak berkomunikasi dengan rakan sekerja.”

“Bila Tisya sambung belajar pun, semua tu Tisya dapat belajar jugak. Berkomunikasi dengan abang pun boleh belajar jugak.”

Tisya ramas bantal kecil di pangkuannya. Susah betul nak bagi suaminya faham! Dia gigit bibir kuat-kuat. Geram!

Mengingati perbualan mereka sebulan lepas, buat hatinya sakit. Habisnya terkurung juga di apartment ini.

“Buat apa termenung kat sini?”

Serentak dengan itu terasa ada sepasang tangan memeluknya dari belakang.

“Merenung nasib. Merenung masa depan. Buat apa lagi,” jawab Tisya dengan nada sinis. Sampai sekarang dia tak puashati dengan Nzakir. Gila kuasa. Selalu guna kuasa veto suami untuk menunduknya.

“I see. Lepas tengok isi dalam envelop ni, abang yakin, nasib sayang akan berubah. Tak ada dah muka asam keping ni.”

Tisya balikkan badannya. Diambil sampul surat berukuran kertas A4 yang dihulurkan. Pantas dibuka dan dibaca. Tawaran menyambung master di UTM. Serta merta riak wajahnya berubah. Pantas dipeluk suaminya.

“Terima kasih abang.”

“I love you, sayang,” balas Nzakir.  

“Jom.”

“Ke mana?”

“Abang ada hadiah untuk Tisya, kat bawah.”

Makin lebar senyuman Tisya.

Di dalam lif menuju ke groundfloor, Tisya tidak melepaskan pelukan di pinggang Nzakir. Dia gembira sangat.

“Sayang... naik atas semulalah.” Bisik Nzakir.

“Kenapa pulak?” Tisya kerut dahi. Cepat betul berubah.

“Abang tak tahan!”

“Nak kencing?”

Nzakir geleng kepala sambil sengih gatal.”

“Nak makan Tisya.”

“Abanggg..” serentak itu tangan Tisya mencubit pinggang Nzakir kuat. Nzakir ketawa galak.
Berkerut Nzakir menahan perit akibat cubitan itu. Nzakir geleng kepala. Makin lama mereka bersama perangai garang manja Tisya semakin terserlah. Pantang diusik, dia pasti membalasnya kemudian merajuk. Macam-macam warna jadinya hidupnya kini. Dan dia semakin merasa bahagia.

“Mana hadiahnya?”

“Bukan di sini sayang, di parking kereta. Sini..” ditarik tangan Tisya menuju ke tempat letak kereta.
Sampai sahaja di hadapan myvi warna biru metalic, Nzakir berhenti. Segugus kunci diletakkan di atas tapak tangan Tisya.

“Hadiah Tisya.” Sambil menunjukkan kereta myvi tersebut.

Tisya pandang kunci di tangannya, kemudian kereta dan kemudian wajah suaminya. Dilihat Nzakir angguk kepalanya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Hadiah Tisya?”

“Iya sayang.. Hadiah sempena perkahwinan kita dan juga Tisya dapat sambung belajar,” jelas Nzakir.
Matanya dah berlinang.

Dia terus peluk suaminya.

“Nak try bawak tak?”

Pantas Tisya angguk. Namun pelukan masih lagi tidak dileraikan.

Ehemm... Nzakir berdehem...

“Hmm... kita try esoklah. Malam dah ni...” Nzakir ubah fikiran.

Segera Tisya meleraikan pelukan mereka.

“Kenapa?”

“Malam ni kita try benda lain dulu.”

Tisya tak faham. Tiba-tiba je suaminya berubah. Terus tarik tangannya menuju ke lif. Nzakir pula, sudah mula terbayang suasana suram bilik tidur mereka... Dan apartment mereka dipenuhi tangisan anak mereka.

Tamat.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.